Anda di halaman 1dari 2

PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

Brown dan Pate (1983) menjelaskan agak sukar untuk membezakan antara
psikoterapi dengan kaunseling. Terdapat banyak persamaan di antara keduaduanya. Kedua-dua kaunseling dan psikoterapi adalah proses memberi bantuan
yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak menggunakan teknik dan
kaedah yang sama dan pendekatan utama. Psikoterapi telah diubahsuai ke dalam
tugas-tugas kaunselor.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara psikoterapi dan


kaunseling. Brown dan Pate (1983) menjelaskan antara perkara yang membezakan
antara kaunseling dan psikoterapi ialah matlamat dan kaedah. Dari segi objektif,
kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan kebajikan individu dan juga
perkembangan psikologikal. Individu dilihat sebagai menjelaskan proses
perkembangan dan perubahan dan berhadapan dengan peringkat dan dugaan
dalam kehidupan.

Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya


dan menemui kebahagian. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif
dan promotional bertujuan menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan
individu untuk bersifat tidak bergantung dan mermpunyai arah dalam kehidupan.
Kaunseling adalah lebih bersifat orientasi pertumbuhan lebih dari orientasi
masalah.

Sementara itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum.
Psikoterapi wujud kerana amelioration psikopatologi. Ianya berorientasikan masalah
dan klien menghadapi kesukaran masalah dan klien menghadapi kesukaran yang
lari dari perkembangan psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah
bersifat debilitaing dan menghalang kejayaan kehidupan. Psikoterapi memerlukan
lebih daripada sumber-sumber individu untuk menyelesaikan kecelaruan neurotik.

Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi fokus kepada perubahan


personaliti sementara kaunseling memberi fokus membantu individu untuk
menggunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan
lebih baik.

Corsini (1995) berpendapat bahawa perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi


ialah terdapat persamaan secara kualitatif tetapi berbeza secara kuantitatif. Ahli
terapi lebih banyak mendengar, kurang memberi nasihat dan penerangan.
Seterusnya ahli terapi berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah yang
lebih berat dari klien dalam kaunseling.

BPS Division of Clinical Psychology (1979) menjelaskan kedua-dua kaunseling dan


psikoterapi menggunakan kerangka teoritikal yang sama dan menekankan
keperluan memberi penekanan kepada klien sebagai individu. Kedua-duanya
mendengar secara sistematik dan mendengar apa yang dikomunikasikan. Ia juga
membentuk keupayaan membantu diri dan bertanggungjawab.

Ramai ahli psikologi seperti Truax dan Carkhuff (1967) dan Corey (1991)
menggunakan istilah kaunseling dan psikoterapi secara silih berganti.

Anda mungkin juga menyukai