Anda di halaman 1dari 4

1)

Perkembangan bayi yang baru lahir

Tangan dan kaki bayi masih melengkuk

Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan
kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah normal, dan tangan dan kakinya akan
melurus apabila dia bertambah selesa dengan keadaan di luar perut anda. Jika
kakinya kelihatan melengkung bengkok, jangan bimbang. Ini adalah sebahagian
proses meregang dan akan membetul dengan sendirinya apabila dia berusia lima
atau enam bulan.

Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat mengangkat kepalanya untuk
seketika apabila dia berbaring atas perutnya dan mungkin boleh memusingkan
kepala dari sisi ke sisi. Pergerakan yang tersentak-sentak akan menjadi lebih
lancar apabila sistem urat sarafnya menjadi lebih matang. Namun begitu,
refleksnya yang masih primitif, seperti menghisap dan mengunyahkan
tangannya, masih dominan.

Bayi baru lahir masih sedang mengubahsuaikan diri kepada dunia baru yang
sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim yang selesa hangat dan selamat,
dan inilah sebabnya kebanyakan bayi amat gemarkan bedungan -- dibalut
selamat dalam selimutnya.

Bayi baru lahir dikuasai oleh kelaparannya

Makanan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan bayi baru lahir,
dan tidur adalah yang kedua penting.

Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu dua atau tiga jam sekali siang dan
malam.

Pola tidur bayi seperti itu juga. Kebanyakan bayi baru lahir tidur sejumlah 16
hingga 17 jam dalam masa 24 jam, tetapi ini meliputi jumlah tidur yang tidak
panjang masanya sebanyak lebih kurang lapan kali.

Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat menunjukkan satu pola menyusu
dan tidur yang agak tetap. Namun begitu, anda mungkin tidak mendapati
sebarang pola yang tetap untuk beberapa bulan lagi.

Bayi menangis sebagai bentuk komunikasi utama


Kini, bayi anda belum lagi menunjukkan sebarang personaliti -- atau apa yang
kita boleh kenali sebagai personaliti. Tetapi dia giat mengekspresikan dirinya
dengan cara yang paling diketahuinya: menangis. Dia menghabiskan masanya
dengan melalui dan merentasi beberapa alam mengantuk, berjaga senyap dan
berjaga aktif.

Sesudah melalui trauma kelahiran, dia sekarang sedang cuba menguruskan


kebanjiran pelbagai rangsangan.

Pada bulan ini bayi anda akan menjadi senyap dan tenang apabila anda bercakap
dengannya dengan suara lembut dan apabila anda menegakkan badannya. Dia
mungkin juga mengeluarkan bunyi "ah" apabila dia mendengar suara anda dan
melihat muka anda. Kebanyakan bayi suka dipeluk, dibelai, dicium, diusap, diurut
dan didukung. Sentuhan adalah cara penting bagi anda berkomunikasi dengan
bayi anda.

Dia hanya melihat wajah ibu @ ayah

Penglihatan bayi anda masih kabur dan samar-samar. Muka anda adalah yang
paling menarik baginya pada masa ini, selain dari objek yang berkontras. Inilah
sebabnya mainan hitam dan putih, dan mainan gantungan dikenalkan.
Sebenarnya, jangkauan penglihatan bayi baru lahir hanya dalam lebih kurang
30sm. Dalam erti kata lain, bayi anda dapat melihat muka orang yang
mendukungnya dengan jelas, tetapi tak boleh nampak lebih jauh dari itu.

Kajian menunjukkan bahawa bayi lebih suka melihat muka orang daripada lain-
lain pola atau warnaan. Oleh itu, letakkan muka anda berhampiran dengan
dengan bayi anda supaya dia boleh mengkaji raut muka, hidung, mata dan mulut
anda, dan bercakaplah dengannya.

Pembelajaran bayi bermula dengan serta-merta

Anda mungkin memerhatikan ada masa tertentu di mana bayi anda yang baru
lahir itu senyap dan berjaga. Ini adalah masa yang prima untuk pembelajaran.
Gunakan masa-masa ini untuk bermain dan bercakap dengan bayi anda. Tetapi,
jika anda cuba berinteraksi dengannya dan dia tidak begitu responsif, dia
mungkin terlalu mengantuk atau telah berganjak masuk ke alam berjaga
aktifnya.

Dari saat awal ini lagi, bayi telah boleh mengecam muka dan gerak isyarat
secara intuitif -- dan ada kalanya dia mengajuk gerak-geri ini. Berilah bayi anda
yang baru lahir peluang untuk meniru dan mencontohi ekspresi muka anda
dengan meletakkan muka anda dekat dengan mukanya dan menjeler lidah atau
meninggikan alis mata anda beberapa kali. Kemudian ulangi. Berikan dia sedikit
masa untuk meniru ekspresi anda. Dia mungkin tidak memberi respon dengan
serta merta, atau mungkin dia tidak berbuat apa-apa, tetapi, anda tak perlu ragu
sebab dia pasti memerhatikan anda.

Bermain dengan bayi baru lahir

Mainan gantungan yang mempunyai pola berkontras tinggi dan buku-buku


bergambar yang mempunyai lukisan berlakar terang akan menakjubkan bayi
anda. Tapi, awasilah reaksi bayi anda terhadap rangsangan dan interaksi.
Walaupun memang baik bagi anda membantu dia mempelajari tentang dunianya,
setengah bayi hanya boleh menmanfaatkan interaksi untuk masa yang pendek
sahaja, atau rangsangan terhadap satu deria sahaja pada sesuatu masa.

Bayi akan menunjukkan yang dia dirangsang berlebihan dengan menguap,


mengalih pandangannya, melengkuk badannya, memusing kepalanya, meragam
atau menangis. Bayi juga akan memberitahu apa yang disukainya, dan mudah
akan memahami isyarat-isyaratnya, kebiasaanya datang dari naluri seorang ibu
dan ayah.

Bayi kagum akan refleksi mereka sendiri. Anda boleh menghiburkannya dengan
meletakkan cermin bayi yang tidak boleh pecah di katilnya untuk tatapan bayi.
Bayi belum lagi dapat mengenali dirinya sendiri tetapi akan memerhatikan
pergerakan dalam cermin pada masa-masa tertentu. Peralatan mainan yang
dilengkapi dengan barang yang mampu menarik minat, barang yang boleh
dipukul dan mengeluarkan bunyi membolehkan bayi melatih kemahiran
pergerakan lengan, tangan dan jarinya -- dan dapat mengurangkan kebosanan
berbaring.

Pada bulan-bulan pertama, bayi belum lagi boleh mengerakkan tangannya secara
sedar untuk mencapai objek tertentu pergerakan seperti ini datangnya
kemudian, pada usia empat atau lima bulan.

Adakah bayi boleh berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-
peringkat pencapaian fizikalnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri.
Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh
dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati


bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang
telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Sebab itu, kebanyakan
bayi yang dilahir pramatang diberi dua kiraan usia oleh pakar pediatrik usia
mengikut kronologi (dikira dari tarikh lahir) dan usia yang diubahsuai (dikira dari
tarikh dia dijangka lahir). Anda harus mengukur perkembangan bayi anda
berdasarkan usia yang telah diubahsuai, bukan usia kronologinya. Jangan
bimbang, kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang
berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian
kemahirannya dari tarikh itu.

Anda mungkin juga menyukai