Anda di halaman 1dari 4

Surah At Taubah.

Pengenalan :

1.
Surah ini ialah surah Madaniyyah diturunkan pada tahun 9 Hijrah,
mengandungi 129 ayat dan merupakan antara surah-surah terakhir yang
diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW.

2.
Menurut Ibnu Kathir, awal surah ini diturunkan ketika Rasulullah SAW dalam
perjalanan pulang dari peperangan Tabuk.

3.
Nabi SAW memerintahkan Sayidina Abu Bakar untuk mengetuai rombongan
umat Islam untuk menunaikan haji di Makkah. Kemudian Rasulullah SAW
mengutuskan Sayidina Ali untuk bersama-sama dengan rombongan Sayidina Abu
Bakar ke Makkah untuk membacakan isi surah At Taubah kepada kaum musyrikin
Makkah. Antara kandungan surah yang dibacakan oleh Sayidina Ali kepada kaum
musyrikin ialah tentang hukum mereka (orang musyrikin ) tidak lagi dibenarkan
mengerjakan haji selepas tahun itu ( selepas 9 Hijrah) dan hukum-hukum syariat
yang lain.

4.
Peperangan Tabuk ialah peperangan untuk berhadapan dengan tentera Rome
yang berlaku ketika musim yang sangat panas, perjalanan pula jauh, serta pada
ketika itu buah-buahan sedang masak ranum menyebabkan manusia lebih suka
tinggal di tempat masing-masing menikmati nikmat kehidupan. Ini menjadi ujian
kepada orang-orang beriman sejauh mana keimanan mereka kepada Allah serta
kepatuhan mereka kepada suruhan-Nya ketika perintah untuk berperang
diisytiharkan kepada mereka.

Nama lain surah ini :

1.

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

*Sebahagian ulama tafsir mengatakan bahawa surah ini mempunyai 14 nama.


Bagaimanapun, di sini hanya disertakan 12 sahaja nama daripada nama-nama
tersebut.

Kenapa surah ini tidak dimulakan dengan basmalah?

Berkata Ibnu Abbas, Aku bertanya kepada Ali bin Abi Talib kenapa surah baraah
tidak ditulis Bismillahi rahmanirrahim? Beliau menjawab, kerana lafaz
bismillahirrahmanirrahim ialah aman, dan surah baraah diturunkan dengan pedang
yang tidak ada padanya aman.

Berkata Sufyan bin Uyainah, Lafaz basmalah tidak ditulis pada permulaan surah
ini kerana membaca basmalah adalah rahmat, dan rahmat adalah aman, sedangkan
surah ini diturunkan tentang orang-orang munafiq dan dengan pedang, maka tidak
ada keamanan bagi orang-orang munafiq.

Tujuan utama surah ini :

Menurut As Syeikh Dr Muhammad Ali As Sobuni, surah ini mempunyai 2 tujuan


utama selain daripada tujuan-tujuannya yang lain.

1.
Tujuan pertama : Penerangan tentang undang-undang muamalat dengan
orang-orang musyrikin dan ahli kitab. Antaranya ialah :

a.
Rasulullah SAW sebelum ini mempunyai perjanjian-perjanjian dengan kaum
musyrikin. Tetapi kaum musyrikin telah beberapa kali melanggar perjanjian dengan
Nabi SAW malah bekerjasama dengan kaum Yahudi daripada Bani Nadhir, Bani
Quraizah, Bani Qainuqa untuk mengkhianati Rasulullah SAW. Lalu turunlah surah ini
untuk membatalkan perjanjian-perjanjian ini selepas beberapa kali Rasulullah SAW
dikhianati.

b.
Surah ini turun pada tahun 9 Hijrah. Sebelum turunnya surah ini, orang-orang
musyrikin dibenarkan melakukan ibadah mereka di Kaabah, bahkan sebahagian
daripada mereka melakukan tawaf tanpa pakaian. Apabila turunnya surah ini,
orang-orang musyrikin tidak lagi dibenarkan melakukan ibadah di Baitillahil Haram
pada tahun-tahun yang seterusnya.

2.
Tujuan kedua : Menyingkap keadaan umat Islam ketika Rasulullah SAW
memerintahkan mereka untuk memerangi Rome dalam peperangan Tabuk.

a.
Surah ini menceritakan tentang sebahagian daripada mereka yang tidak ikut
berperang bersama dengan Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk ketika
diperintahkan kepada mereka.

b.
Surah ini juga menceritakan tentang orang-orang munafiq serta perancangan
dan tipu daya jahat mereka. Sebahagian para sahabat memanggil surah ini dengan
nama Surah Al Faadhihah yang bermaksud Surah Yang Mendedahkan Keburukan
kerana surah ini mendedahkan perancangan jahat orang-orang munafiq untuk
menghancurkan Islam.

Kesimpulan umum surah ini :

Syeikh Muhammad Ali As Sobuni mengatakan bahawa secara umumnya surah ini
membicarakan tentang orang-orang munafiq yang lebih bahaya daripada orangorang musyrikin.

Dalam surah ini juga diceritakan tentang pembinaan masjid oleh golongan munafiq
iaitu Masjid Dhirar. Pembinaan masjid ini bertujuan memecah kesatuan orangorang beriman. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkan supaya masjid ini
diruntuhkan dan dibakar.

Allahu alam.

Rujukan :

1.Sofwah At Tafasir, Dr Muhammad Ali As Sobuni.


2.Fiqh As Sirah, Dr Muhammad Said Ramadhan Al Buti.

Anda mungkin juga menyukai