Anda di halaman 1dari 14

ANALISIS MODEL

Tajuk Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi

:
Nama Guru

Nur Zawani binti Mokhtar

:
Kelas

4 Cerdik

:
Kandungan Pengajaran

Alatan tangan

:
Masa

30 minit

LANG
KAH
1

HURAIAN

HURAIAN ANALISIS

MODEL
A Analyze

Menganalisis kumpulan sasaran atau murid adalah

learner

penting bagi membantu dalam merancang pengajaran

(analisis cirri-

dan pembelajaran yang sesuai. Beberapa kriteria perlu

ciri pelajar)

dititikberatkan dalam menganalisis murid. Hal ini


adalah kerana dalam mengenal pasti keperluan setiap
murid yang terdapat dalam sesebuah kelas itu adalah
amat sukar untuk dilaksanakan bagi seorang guru.
Untuk itu, kriteria-kriteria berikut dapat membantu saya
dalam menganalisis murid sebagai panduan dalam
memilih strategi, bahan sumber dan media yang
bertepatan untuk mencapai objektif PdP.
a) Ciri-ciri umum pelajar
Umur: 10 tahun
Kelas: 4 Cerdik
Taraf sosioekonomi: sederhana
Petempatan: luar bandar
Budaya: masyarakat kampung
b) Pengetahuan/pengalaman sedia ada
Saya dapat mengetahui pengetahuan/pengalaman
sedia ada murid melalui sesi soal jawab semasa set
induksi. Set induksi adalah proses terawal dalam
sesuatu pengajaran yang dirancang dengan
sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu (Omardin
Ashaari, 1997). Dalam set induksi, saya
menunjukkan tayangan video kartun Handy Manny

berkaitan alatan tangan. Selepas tayangan video


tesebut, soalan akan dikemukakan kepada murid.
Contohnya, Apakah yang kamu perhatikan dalam
tayangan video sebentar tadi. Murid akan
memberikan respond dengan memberikan jawapan
seperti tukul, pemutar skru dan sebagainya
berdasarkan apa yang ditonton melalui video
tersebut. Jawapan-jawapan yang diberikan murid
akan dicatat pada papan tulis dan ini menunjukkan
bahawa murid telah mempunyai pengetahuan sedia
ada tentang alatan. Namun begitu, murid masih lagi
tidak mempunyai pengetahuan terhadap nama
alatan tangan yang betul-betul spesifik yang
digunakan secara umum. Mereka memberikan
jawapan berdasarkan pemerhatian, pengalaman
dan peniruan yang berlaku dalam kehidupan
seharian mereka.
c) Gaya pembelajaran pelajar
Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang
tersendiri dan berbeza daripada murid-murid yang
lain. Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri
peribadi yang mempengaruhi bagaimana seorang
menerima, mengumpul dan memproses maklumat.
Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar mempunyai gaya
pembelajaran yang berbeza. Antara gaya
pembelajaran termasuk model Dunn dan Dunn,
model Honey dan Mumford dan model Multiple
Intelligence Gardner.
Untuk murid kelas 4 Cerdik, saya lebih berfokus
kepada model Multiple Intelligence Gardner.
Menurut Gardner (1983), terdapat sembilan jenis
kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu
Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan
Logikal, Kecerdasan Muzikal, Kecerdasan Kinestetik,
Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan
Intrapersonal, Kecerdasan Naturalis dan Kecerdasan

Eksistensial. Murid-murid dalam kelas ini lebih


cenderung kepada kecerdasan visual, kecerdasan
muzikal dan kecerdasan kinestetik. Justeru, saya
harus bijak dalam memilih kaedah, media dan
bahan berdasarkan kepada kecerdasan yang
dimiliki oleh murid kelas ini.
2

S State

Pernyataan atau hasil pembelajaran adalah penting

objective

sebagai hala tuju PdP. Objektif PdP perlu dinyatakan

(menyatakan

secara jelas dan khusus terhadap apa bentuk

objektif)

keupayaan baharu yang perlu dicapai oleh pelajar.


Ralph Tyle dan Gange menyatakan tiga sebab mengapa
objektif pengajaran perlu ditulis dengan jelas iaitu
objektif yang jelas dapat membimbing dalam proses
PdP, membantu guru dalam menyiapkan tindakan
penilaian dan murid dapat menyiapkan dirinya sendiri.
Dalam objektif pembelajaran ia merangkumi
empat aspek iaitu :
a) Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?
Kumpulan sasaran yang terlibat dalam mencapai
objektif pengajaran pembelajaran ialah murid tahun
4 Cerdik yang terdiri daripada 35 orang.
b) Apakah

yang

hendak

dicapai

(apakah

bentuk

perlakuan baharu)?
Hal ini merujuk kepada tingkah laku baru yang
hendak dibina atau dibentuk dalam diri pelajar.
Tingkah

laku

yang

dinyatakan

pengajaran-pembelajaran

dalam

hendaklah

yang

objektif
dapat

dilihat dan diukur pencapaiannya. Contohnya, untuk


topik alatan tangan objektif yang ingin dicapai
adalah murid dapat menamakan alatan tangan
dengan betul secara lisan dan mengenal pasti tiga
daripada lima alatan tangan yang dipelajari dengan
tepat.
c) Bagaimanakah
perlakuan)?

hendak

dicapai

(apakah

syarat

Untuk

memastikan

dinyatakan

dapat

objektif
dicapai,

pembelajaran
saya

yang

menggunakan

teknologi multimedia seperti video, teks, gambar dan


persembahan
Mengajar

powerpoint,

lagu

dan

Alat

Bantu

yang menarik. Keadaan ini secara tidak

langsung dapat membantu penguasaan pemahaman


murid terhadap topik yang dipelajari pada hari
tersebut.
Penggunaan video dilaksanakan pada set induksi
untuk menarik perhatian murid. Kemudian, saya
akan

memberikan

penerangan

kepada

murid

mengenai alatan tangan melalui gambar-gambar


yang terdapat dalam persembahan power point.
Seterusnya, saya akan menjalankan aktiviti dengan
menyediakan alat bahan bantu mengajar seperti
puzzle gambar untuk menguji tahap pemahaman
murid.

Aktiviti

tangan

juga

nyanyian

lagu

berkenaan

alatan

digunakan

bagi

membantu

murid

mengingat nama-nama alatan yang diajar.


d) Apakah

tahap

pencapaian

minimum

(standard

pencapaian yang dianggap sudah dikuasai)?


Tahap pencapaian minimum merujuk kepada darjah
ketepatan, kualiti dan kuantiti tingkah laku, tempoh
masa yang ditetapkan dan sebagainya. Mengenal
pasti tiga daripada lima alatan tangan yang dipelajari
dengan tepat merupakan contoh penulisan kriteria
kuantitatif. Namun begitu, penulisan kriteria kualitatif
agar

sukar

pengukuran
membantu

untuk
tahap

saya

didefinisikan.
pencapaian

menyediakan

Pernyataan

seumpama
tindakan

ini

susulan

seperti aktiviti pemulihan bagi membantu murid


yang

belum

mencapai

objektif

pengajaran-

pembelajaran manakala bagi murid yang sudah


menguasai pembelajaran aktiviti pengukuhan dan
pengayaan boleh dilakukan.
3

S Select

Kaedah

methods,

Penentuan kaedah hendaklah diasaskan kepada ciri-ciri

media, and

pelajar,

materials

pembelajaran pelajar serta objektif pembelajaran yang

(memilih

hendak dicapai. Berikut merupakan kaedah yang saya

kaedah,

gunakan untuk topik alatan tangan.

media dan
bahan)

pengalaman

a) Soal jawab
Pemilihan

teknik

sedia

ini

ada

dalam

pelajar,

gaya

pengajaran

dan

pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru


dan pelajar secara berkesan.
Saya menggunakan kaedah ini selepas
tayangan video kartun Handy Manny pada set
induksi. Saya menggunakan kaedah ini untuk menarik
perhatian murid sebelum memulakan sesi pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, kaedah ini juga mampu
merangsang kemahiran berfikir murid secara kreatif,
inovatif, logik dan juga kritis di samping dapat
mencungkil pengetahuan sedia ada yang dimiliki oleh
murid.
Kaedah ini juga saya digunakan selepas
penerangan kepada alatan tangan untuk megukuhkan
lagi pemahaman murid.
b) Didik hibur
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanl
ah perkara yang baru dalam siri

pendidikan

negara.

Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan


secara jelas sebagai komitmen yang bersungguhsungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan
ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan Fun
Learning
pengajaran

yang

digunakan

dan

secara meluas dalam

pembelajaran.

Didik

hibur

merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran


dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur
seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan
puisi secara sistematik dan terancang.
Saya menggunakan kaedah nyanyian di mana
lirik pada lagu Aku yang Dulu Bukan yang Sekarang
ditukar kepada lirik yang berkaitan dengan alatan

tangan.

Nyanyian

tersebut

disertai

dengan

pergerakan

yang

sesuai

untuk

keseronokan

murid

apabila

menyanyikan

tersebut.

Keadaan

ini

bersesuaian

menambah
lagu

dengan

gaya

pembelajaran murid 4 Cerdik yang kebanyakannya


lebih cenderung kepada kecerdasan muzikal dan
kinestetik.
Saya juga menggunakan kaedah permainan di
mana saya akan menyediakan puzzle gambar alatan
tangan. Murid akan dibahagikan kepada beberapa
kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada
empat hingga lima orang. Setelah menyelesaikan
puzzle gambar, murid dikehendaki untuk menamakan
alatan tangan tersebut. Kumpulan yang tidak berjaya
menamakan

alatan

tangan

dengan

betul

akan

dikenakan penalti.
c) Lembaran kerja
Digunakan untuk menguji pengetahuan murid dan
sebagai kayu ukur untuk melihat adakah objektif
pengajaran tercapai atau tidak. Aktiviti pengayaan
dan pemulihan diberikan selepas lembaran kerja
disemak dan guru dapat mengenal pasti murid lemah
semasa murid mengisi lembaran kerja.
Media
Pemilihan format media merujuk kepada bentuk fizikal
sesuatu maklumat yang dipaparkan. Untuk memilih
format

media,

beberapa

kriteria.

(kumpulan
keupayaan

guru

hendaklah
Antaranya,

pelajar:
pelajar,

domain

mengambil
bentuk

kira

audiens

kelas/kumpulan/individu),
objektif

serta

bentuk

maklum bals yang akan dihasilkan. Berikut merupakan


bahan media yang saya gunakan untuk mengajar topik
alatan tangan.
a) Klip video alatan tangan
Saya menggunakan klip video iaitu kartun Handy

Manny yang memaparkan mengenai alatan tangan.


Video tersebut yang berdurasi 2:53 minit ditayangkan
kepada murid pada permulaan sesi pengajaran dan
pembelajaran

iaitu

semasa

set

induksi.

Saya

menggunakan video yang berbentuk animasi kartun


kerana video seumpama itu sangat dekat di hati murid
di mana lumrah kanak-kanak suka akan video kartun
gambar yang bergerak-gerak disertai dengan warnawarna yang

ceria.

Video seumpama

ini

mampu

menarik perhatian murid sebelum memulakan topik


pengajaran pada tersebut.
b)Persembahan power point
Saya menggunakan persembahan power point kerana
saya ditempatkan di sebuah sekolah yang terdapat
kemudahan TMK seperti internet dan projector LCD
serta komputer dalam bilik darjah. Selaras dengan itu,
penggunaan power point juga dapat menjimatkan
masa kerana tidak perlu mencetak bahan berkenaan
sebaliknya hanya perlu dipancarkan pada projektor
LCD dan seterusnya pengajaran dan pembelajaran
boleh dimulakan.
c) Komputer dan projector
Kemudahan seumpama ini sudah disediakan oleh
pihak

sekolah.

Jadi,

saya

sebagai

guru

perlu

memanfaatkan kemudahan ini agar relevan dengan


konsep pengajaran dan pembelajaran masa kini yang
lebih menekankan kepada penggunaan TMK.
Bahan
Bahan

sumber

pengajaran

pembelajaran

merujuk

kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran.


Berikut merupakan bahan-bahan yang saya gunakan
pengajaran topik alatan tangan.
a) Alatan tangan
Di samping menunjukkan gambar alatan tangan yang
terdapat pada persembahan power point, saya juga

menunjukkan

alatan

tangan

yang

sebenar

yang

terdapat di dalam bengkel kepada murid. Hal ini


bertujuan untuk memberi gambaran sebenar kepada
murid alatan tangan yang terdapat di dalam bengkel.
Bukan itu sahaja, murid dapat menggunakan deria
sentuh mereka dengan menyentuh atau memegang
sendiri alatan tangan tersebut. Keadaan ini secara
tidak langsung memberi pengalaman baru kepada
murid terhadap penggunaan alatan tangan.
b)Puzzle gambar
Puzzle gambar digunakan semasa menjalankan aktiviti
berkumpulan. Tujuan puzzle gambar ini dilakukan
adalah untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan
murid terhadap topik yang dipelajari iaitu mengenal
alatan tangan. Konsep puzzle gambar ini adalah
seperti

bermain

sambil

belajar

yang

sangat

dititikberatkan masa kini kerana aktiviti seumpama ini


sangat

menyeronokkan

di

samping

murid

dapat

terlibat aktif dalam pembelajaran.


c) Lembaran kerja
Lembaran kerja disediakan pada akhir pengajaran dan
pembelajaran
pengayaan.

untuk

aktiviti

Lembaran

kerja

pemulihan
bertujuan

dan
menilai

pemahaman murid. Dengan adanya lembaran kerja,


guru

dapat

mengetahui

sama

ada

objektif

pembelajaran tercapai atau tidak.


4

U Utilize

Tindakan

yang

perlu

media and

memastikan media dan bahan sumber pengajaran dan

materials

pembelajaran (PdP) dimanfaatkan sepenuhnya di dalam

(menggunak

kelas.

an media dan1. Semak/pratonton/kaji


bahan)

dilakukan

bahan

oleh

sumber

guru

bagi

sebelum

digunakan di dalam kelas.


Guru hendaklah mengkaji/menyemak/menonton bahan
sumber yang telah dipilih sebelum menggunakannya
di dalam kelas. Contoh sumber yang digunakan untuk
pengajaran topik alatan tangan ialah alatan tangan
dan

lembaran

kerja.

Saya

sebagai

guru

perlu

memastikan alatan tangan yang hendak digunakan itu


sesuai atau tidak dengan peringkat umur tahun 4.
Saya perlu memastikan alatan tangan yang hendak
digunakan itu tidak membahayakan murid dan juga
perlu memastikan bahawa alatan tangan tersebut
tidak terdapat kerosakan. Hal ini adalah kerana jika
alatan tangan tersebut berbahaya contohnya seperti
tajam dan karat akan mendedahkan murid kepada
risiko kecedaraan. Keadaan ini secara tidak langsung
akan mengganggu kelancaran sesi PdP di dalam kelas
seterusnya akan menyebabkan objektif pembelajaran
gagal dicapai dengan jayanya.
Selain itu, lembaran kerja yang saya sediakan
itu haruslah menguji tahap pemikiran murid yang
mengandungi aras kesukaran berdasarkan Taksonomi
Bloom.

Saya

perlu

memastikan

lembaran

kerja

tersebut tidak mempunyai soalan yang mempunyai


aras

kesukaran

yang

paling

tinggi

dan

rendah.

Sekiranya lembaran kerja tersebut mempunyai soalan


yang mengandungi aras kesukaran yang paling tinggi,
hal ini menunjukkan bahawa lembaran kerja tersebut
merupakan lembaran kerja yang susah menyebabkan
murid tidak dapat menjawab soalan-soalan yang
terdapat pada lembaran kerja tersebut. Namun begitu,
sekiranya

lembaran

mengandungi

soalan

kerja
yang

yang
berada

disediakan
pada

aras

kesukaran yang paling rendah menunjukkan lembaran


kerja tersebut merupakan lembaran kerja yang senang
dan mudah. Jika keadaan ini berlaku, guru tidak dapat
membezakan murid yang sudah menguasai objektif
pembelajaran
menguasai

dengan

objektif

murid

yang

pembelajaran.

masih
Justeru,

belum
saya

sebagai guru haruslah menyediakan lembaran kerja


yang mengandungi soalan yang berada pada aras
kesukaran sederhana. Soalan aras kesukaran paling
tinggi dan paling rendah juga perlu ada tetapi tidak

terlalu banyak.
2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
Untuk topik pengajaran alatan tangan, saya perlu
memastikan alatan tangan yang hendak diajar itu
terdapat di dalam begkel Kemahiran Hidup dan berada
dalam

keadaan

baik.

Seelok-eloknya

saya

perlu

memastikan bahawa untuk setiap jenis alatan tangan


terdapat lebih daripada dua item. Hal ini untuk
memastikan bahawa setiap murid dapat merasai
pengalaman
tangan

menyentuh

tersebut

yang

dan

memegang

alatan

akan

dilakukan

secara

berkumpulan. Saya juga perlulah bersedia dengan


kemungkinan

risiko

kecederaan

semasa

murid

menyentuh atau memegang alatan tangan tersebut di


mana saya perlu menyediakan peti kecemasan untuk
tujuan tersebut.
Untuk lembaran kerja pula, saya perlu
menyediakan salinan secukupnya. Contohnya, murid 4
Cerdik terdapat 35 orang, jadi saya perlukan sediakan
35 salinan agar setiap murid dapat peroleh lembaran
kerja tersebut.
3. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan.
Menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk
kepada penyusunan media dan bahan sumber agar
mudah dicapai, diambil atau dilihat. Sebagai contoh,
persembahan
perlulah

jelas

power

point

dan

terang

yang

saya

apabila

sediakan

dipancarkan

menggunakan projektor LCD. Sebelum itu saya perlu


memastikan bahawa projector LCD berfungsi dengan
baik

dan

dapat

digunakan

sepanjang

sesi

PdP

berlangsung.
Tambahan itu, keadaan bengkel Kemahiran
Hidup

juga

memastikan

perlu

dititiberatkan.

keadaan

bengkel

Saya

perlu

Kemahiran

Hidup

berada dalam keadaan bersih, teratur dan selesa. Hal


ini

adalah

kerana

mempengaruhi

keadaan

konsentrasi

seumpama
murid

itu

akan

semasa

PdP

berlangsung. Susun atur bengkel juga hendaklah


bersesuaian dengan peringkat umur murid tahun 4.
Kadangkala terdapat bengkel yang mempunyai meja
yang

tinggi

dan

sebaliknya.

Jadi,

dititikberatkan

kerusi

yang

keadaan

sebelum

rendah

seumpama

sesuatu

sesi

dan

juga

ini

harus

PdP

itu

berlangsung.
4. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada
bahan sumber.
Menyediakan pelajar untuk pengalaman pembelajaran
sama pentingnya dengan menawarkan pengalaman
pembelajaran yang merangsangkan. Induksi yang
terancang dan memotivasikan dapat menimbulkan
rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Menurut
Ausubel, pelajar boleh disediakan untuk menerima
maklumat baharu dengan membuka minda mereka
dengan

advance

organizer,

iaitu

memberikan

gambaran menyeluruh berkaitan isi pelajaran yang


akan dipelajari.
Saya memulakan set induksi dengan
menayangkan video kartun Handy Manny berkaitan
alatan tangan. Murid akan tertanya-tanya dan akan
timbul rasa ingin tahu apabila tayangan video kartun
tersebut ditunjukkan. Kemudian, saya sebagai guru
akan

mengaitkan

video

tersebut

dengan

topik

pembelajaran selepas sesi soal jawab dilaksanakan.


Saya juga akan memberitahu murid akan objektif
pembelajaran pada hari tersebut dan kepentingan
menguasai isi pelajaran. Dengan cara ini, secara tidak
langsung murid dapat dimotivasikan untuk belajar.
5. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran, guru
hendaklah

berjaya

memilih

kaedah

dan

teknik

penyampaian yang sesuai.


Semasa penyampaian isi pelajaran, saya
menggunakan

persembahan

power

point

yang

dipancarkan menggunakan projektor LCD menerusi

komputer. Saya akan memaparkan satu persatu slaid


dan menerangkan kemudian bersoal jawab dengan
murid bagi memastikan murid faham apa yang di ajar.
Di samping itu saya akan menunjukkan alatan tangan
yang sebenar kepada murid. Alatan tangan yang
sebenar ini merupakan bahan maujud di mana murid
di

peringkat

rendah

sangat

sesuai

dengan

penggunaan bahan maujud.


Dalam perkembangan pembelajaran, fokus
pembelajaran
Strategi

hendaklah

berpusatkan

keutamaan.
diaplikasikan

murid

Strategi
di

diberikan

mana

keutamaan.

hendaklah

berpusatkan
murid

diberikan

murid

dilibatkan

boleh
secara

langsung dalam proses pembelajaran. Antara kaedah


yang sesuai ialah didik hibur iaitu nyanyian dan
bermain. Nyanyian yang disertai dengan pergerakan
akan menjadikan murid berasa seronok semasa sesi
PdP berlangsung seterusnya menjadikan pembelajaran
berkesan. Saya juga menggunakan kaedah belajar
sambil bermain di mana murid akan menyusun puzzle
5

R Require

gambar alatan tangan secara berkumpulan.


Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar

learner

beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan

participitatio

perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh

semua teori pembelajaran seperti teori behaviourisme

(memerlukan

dan juga teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis

penyertaan

yang menjadi amalan umum hari ini juga mengambil

pelajar)

kira keaktifan pelajar dalam proses membina


pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman
pembelajaran yang berkesan.
Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat
mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti
pembelajaran. Lantaran itu, guru hendaklah
memberikan maklum balas sebaik sahaja pelajar
menunjukkan kejayaan. Contohnya aktiviti didik hibur
iaitu nyanyian. Melalui aktiviti seumpama ini murid
akan berasa seronok dan mereka akan secara aktif

melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Saya sebagai


guru haruslah memberikan maklum balas yang positif
agar murid sentiasa bermotivasi sepanjang PdP
berlangsung.
Seterusnya, pemilihan media dan bahan sumber
yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan
penglibatan pelajar dalam proses belajar. Gambar, foto,
persembahan slaid power point dan video contohnya
dapat mencetuskan perbincangan kumpulan,
6

E - Evaluate

penjanaan idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.


Menurut Heinich, 1982, penilaian perlu dibuat secara

and revise

berterusan dan bersepadu serta menyeluruh pada

(menilai dan

semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh

mengulangka

mana

ji)

prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau

keberkesanan

media

yang

dipilih

terhadap

hasil pembelajaran yang dikehendaki. Langkah ini


menyentuh dua aspek penilaian iaitu:
a) Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran boleh dibuat dalam pelbgai
bentuk. Bentuk penilaian pembelajaran terbahagi
kepada dua iaitu penilaian formal dan penilaian
informal. Penilaian formal merujuk kepada ujian.
Pernilaian informal dibuat melalui hasil kerja pelajar,
pemerhatian,

soal

jawab,

aktiviti

kumpulan,

pembentangandan seumpamanya.
Penilaian pembelajaran boleh dibuat sepanjang
proses

pengajaran

dan

pembelajaran.

Melalui

lembaran kerja guru boleh mengenal pasti murid yang


lemah, sebagai contoh jika murid dapat menamakan
tiga alatan tangan dengan betul, maka murid telah
faham dan jika tidak, maka murid tidak menguasai
pembelajaran

tersebut.

Selain

menggunakan

lembaran kerja, guru boleh melakukan penilaian


melalui pemerhatian dan soal jawab. Guru boleh
menilai tingkah laku murid yang tidak faham dengan
melihat reaksi murid yang mengerutkan dahi dan
mendiamkan diri apabila guru mengajukan soalan.

Maka murid dapat dikenal pasti tidak faham dan


tindakan pemulihan perlu dijalakan.
b) Penilaian pengajaran
Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai
proses PdP melalui amalan refleksi. Melalui proses
refleksi, guru perlu melihat semula perancangan,
pengajaran, tindak balas pelajar terhadap aktiviti
pembelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya.
Jika murid gagal mengenal pasti alatan tangan
yang terdapat di dalam bengkel Kemahiran Hidup
dengan betul, maka objektif pembelajaran tidak
tercapai. Oleh itu, guru perlu mempertimbangkan
kesesuaian objektif yang hendak dicapai. Selain itu,
penilaian pengajaran guru boleh dilihat dari aspek
penyertaan dan respon murid. Jika murid tidak dapat
menjawab soalan guru atau tidak melibatkan diri
dalam pembelajaran, hal ini mungkin disebabkan oleh
kerana pengajaran tidak sesuai dengan tahap murid
atau aktiviti yang dijalankan membosankan dan
terlalu berpusatkan guru. Jelaslah di sini menunjukkan
pengajaran guru sangat mempengaruhi pembelajaran
murid.
Jadual 1: Model ASSURE

Anda mungkin juga menyukai