Anda di halaman 1dari 5

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI -13 TAHUN 2016

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,


SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.
YANG BERUSAHA
ENCIK ZAKI BIN ISMAIL
GURU BESAR SEK KEB SIMPNG PULAI
YANG DIHORMATI
ENCIK SUHAILI BIN ISHAK
YANG DIPERTUA PIBG SK SIMPANG PULAI
YANG DIHORMATI
ENCIK BAHARUDIN BIN BASRO
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SK SIMPANG PULAI
YANG DI HORMATI
PN HJH PUTERI MIMI JAMILAH BT MEGAT HARUN
PENOLONG KANAN SK SIMPANG PULAI
YANG DIHORMATI
PN NOOR AINI BT ABBAS
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
YANG DIHORMATI
PN NURUL AYUNI BT HJ AZMI
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
BARISAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG, GURU-GURU DAN PARA IBU BAPA YANG DIHORMATI
SEKALIAN. ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA.
KATA ALU-ALUAN
ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA
PEMBUKA KATA LIDAH BICARA
IZINKAN SAYA MULAKAN ACARA
SEMOGA MAJLIS DISAMBUT CERIA
KOMPANG BERGEMA PUSAKA BANGSA
DIPALU OLEH SI ANAK MUDA
HADIR TUAN MERIAH SUASANA
KAMI MENYAMBUT PENUH GEMBIRA

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,


ALHAMDULILLAH

DIPANJATKAN

KESYUKURAN,

KERANA

DENGAN

IZIN

SERTA

LIMPAH

RAHMATNYA KITA DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK BERHIMPUN DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 14 TAHUN 2016.
SEMOGA MAJLIS INI MENJADI BERTAMBAH MERIAH, PENUH CEMERLANG DAN MEMBAWA
MAKNA KEPADA KITA SEMUA. PASTINYA PERTEMUAN PADA HARI INI BERTUJUAN UNTUK
BERTUKAR PANDANGAN DAN PEMIKIRAN MEMBINA, KE ARAH MEMBANTU PIHAK SEKOLAH
DALAM MENINGKATKAN POTENSI ANAK-ANAK KITA KHUSUSNYA DALAM BIDANG AKADEMIK DAN
DUNIA PENDIDIKAN SETERUSNYA MENJULANG NAMA SK SIMPANG PULAI SAMA ADA DI BIDANG
KURIKULUM, KO-KURIKULUM MAHUPUN SAHSIAH PELAJAR.

BAGI MEMBERKATI MAJLIS, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN KEHAMBAAN


DENGAN PENUH KEINSAFAN , SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT DAN HIDAYAHNYA
UNTUK KELANCARAN MAJLIS INI. UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN AL-FADHIL USTAZ
KHAIRIL ANUAR BIN MOHD NOR BAGI MEMIMPIN BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN.
BACAAN DOA
AMINAMIN.YA RABBAL ALAMIN
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA AL-FADHIL FADHIL USTAZ
KHAIRIL ANUAR BIN MOHD NOR ATAS PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI. MUDAH-MUDAHAN
MAJLIS KITA PADA PAGI INI MENDAPAT RAHMAT HINGGA KE PENGHUJUNGNYA.

SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,


SETERUSNYA, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA EN ZAKI BIN
ISMAIL, GURU BESAR SK SIMPANG PULAI UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. MAJLIS
MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.

UCAPAN 1(GURU BESAR)

MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA EN ZAKI BIN ISMAIL, GURU BESAR SK
SIMPANG PULAI ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN ITU TADI.
SETERUSNYA KITA DENGARKAN PULA UCAPAN DARIPADA YANG DIHORMATI ENCIK SUHAILI BIN
ISHAK, YANG DIPERTUA PIBG SK SIMPANG PULAI UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DIPERSILAKAN.

UCAPAN 2(YDP)

MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI ENCIK SUHAILI BIN
ISHAK, YANG DIPERTUA PIBG SK SIMPANG PULAI ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN
SEBENTAR TADI.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,


MAJLIS MEGALU-ALUKAN KEHADIRAN GURU BESAR SK SIMPANG PULAI, YANG DIPERTUA PIBG,
BARISAN PENTADBIR DAN BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG. MAJLIS DITERUSKAN DENGAN

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2016 YANG AKAN DIPENGERUSIKAN OLEH YANG DIPERTUA
PIBG ENCIK SUHAILI BIN ISHAK. DENGAN ITU SAYA DENGAN HORMATNYA MENYERAHKAN
MAJLIS INI KEPADA YANG DIPERTUA PIBG.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,


DEMIKIAN TADI MESYUARAT PIBG TAHUN 2016, DIHARAPKAN DENGAN PERLANTIKAN AHLI
JAWATANKUASA YANG BARU AKAN MENJADIKAN KITA SEMUA LEBIH BERSATU PADU DEMI
MEMBANGUNKAN SAHSIAH DAN MENINGKATKAN TAHAP KECEMERLANGAN ANAK-ANAK SK
SIMPANG PULAI
SETERUSNYA TIBA LAH MASA YANG DITUNGGU-TUNGGU IAITU ACARA CABUTAN NOMBOR
BERTUAH.

MAJLIS

DENGAN

SEGALA

HORMATNYA

_________________________________________

UNTUK

MENJEMPUT

MEMBUAT

10

YANG

BERUSAHA

CABUTAN

NOMBOR

BERTUAH HADIRIN SEKALIAN DIMINTA BERSEDIA DENGAN NOMBOR MASING-MASING.

PANGGIL 10 NOMBOR BERTUAH

UNTUK MEMBUAT 10 CABUTAN SETERUSNYA DIPERSILAKAN _________________________


UNTUK MEMBUAT CABUTAN.
PANGGIL 10 NOMBOR BERTUAH

MAJLIS

MENGUCAPKAN

TERIMA

KASIH

KEPADA

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ATAS

KESUDIAN MENCABUT NOMBOR BERTUAH ITU TADI DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA
HADIRIN YANG BERTUAH PADA HARI INI.

HADIRIN SEKALIAN,
DENGAN CABUTAN NOMBOR BERTUAH ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH MESYUARAT AGUNG
PIBG TAHUN 2016. SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN RIBUAN
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA HADIRIN YANG TELAH MENYUMBANG SECARA LANGSUNG ATAU
SECARA TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.
DENGAN PENUH TAKZIM, MAJLIS TURUT MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS
KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN PARA IBU BAPA YANG SANGGUP MELUANGKAN MASA
SEHINGGA MAJLIS INI BERJALAN DENGAN LANCAR.

MADAH DI UNGKAP SANTUN BICARA,


PANTUN DI LANTUN MENGUSIK HATI
SALAH DAN SILAP TUTUR BICARA
POHON DI AMPUN SEIKHLAS HATI
KAIN YANG CARIK CUMA DIHUJUNG
DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI
SEKIAN TERIMA KASIH.