Anda di halaman 1dari 14

1.

PENDAHULUAN
Semantik secara ringkasnya dapat dinyatakan sebagai suatu bidang ilmu yang

mengkaji makna perkataan dan ayat-ayat di dalam bahasa di mana pada umumnya,
semantik dalam bahasa dpat diteliti dari pelbagai sudut. Begitu juga semantik dalam
bahasa Melayu juga dapat diteliti dari aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenisjenis makna, perubahan makna, peribahasa termasuklah simpulan bahasa dan unsurunsur nahu. Namun begitu, kata semantik itu sendiri sebenarnya berasal daripada kata
adjektif bahawsa Yunani iaitu semantickos yang membawa maksud penting atau
bererti.
Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula dijelaskan sebagai
kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan. Manakala
Palmer (1992) mendefinisikan istilah dengan merujuk kepada bidang kajian makna,
iaitu suatu istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Dari segi etimologi pula,
kata semantik yang berasal daripada kata Yunani sema yang bererti tanda dan
lambang. Oleh itu, semantik secara umumnya dpat diertikan sebagai ilmu yan
menyelidik serta mengkaji paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang boleh
menghasilkan sesuatu bahasa serti makna atau ertinya. M. Breal (1990) ialah orang
yang mula menggunakan istilah semantik dalam bukunya, Semantics : Setudies in
the Science of Meaning.
Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari dalam
buku mereka Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu, menyatakan semantik
sebagai kajian makna istilah. Kebiasaannya terdapat beberapa perbezaan di antara
semantik dan sintaksis. Oleh yang demikian, semantik adalah merujuk kepada struktur
atau pola yang formal bagi pernyataannya samada secara bertulis atau bertutur.
Semantik kebiasaannya dapat dibezakan dengan dua aspek lain dari simbol yang lebih
sederhana serta lebih pragmatik, penggunaan praktis simbol oleh agen atau komuniti
pada suatu keadaan atau konteksnya yang tertentu.
Semantik juga telah didefinisikan oleh Tarigan (1985) sebagai suatu telahan
makna atau kajian yang menelaah lambang-lambang atau tanda yang menyatakan
makna dan juga hubungannya serta peranan yang dimainkan terhadap manusia dan
masyarakat. Oleh itu, semantik meliputi makna, perkembangan dan perubahan leksem
selain sebagai elemen penguat kepada kajian linguistik dalaman selain daripada
1

sintaksis, fonologi dan fonetik serta morfologi. Sekali lagi menurut Tarigan (1985),
ahli-ahli bahasa telah membahagikan makna itu sendiri kepada beberapa bahagian
utama seperti makna linguistik dan makna sosial.
Secara ringkasnya semantik merupakan salah satu cabang baharu dalam kajian
linguistik yang membahaskan tentang makna. Ianya juga dikatakan sebagai salah satu
daripada cabang linguistik yang mengkaji bahasa secara lebih teliti dan dijelaskan
juga bahawa semantik sebagai suatu bidang yang mengkaji makna perkataan dan
ayat-ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Dalam aspek kajian mengenai makna kata
pula, apa yang boleh dilihat ialah dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna di
dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk
makna daripada semantik.

2.0

KONSEP KAJIAN SEMANTIK LEKSIKAL


Semantik secara ringkasnya telah dijelaskan sebagai satu bidang kajian makna

di mana bidang kajiannya sangat luas meliputi kebanyakan daripada struktur dan
fungsi bahasa serta masalah-masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.
Manakala leksikal pula bermaksud makna sesuatu kata itu sendiri iaitu tanpa melihat
kepada penggunaannya di dalam ayat untuk memudahkan pemahaman. Makna
leksikal itu sendiri boleh dianggap sebagai makna asli, asal atau makna kamus iaitu
makna kata yang diperolehi daripada kamus.
Leksikal menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (2008) adalah berkaitan
dengan kata; berkaitan dengan leksem; berkaitan dengan kosa kata. Manakala
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, leksikal didefinisikan sebagai berkenaan
perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa iaitu makna atau maksud sesuatu
perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam ayat dan sebagainya.
Makna atau maksud leksikal atau kata merupakan subbidang kepada
linguistik. Ianya merujuk kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau yang
dimaksudkan oleh sesuatu perkataan di dalam sesuatu bahasa terutamanya bahasa
Melayu. Bagi John T. Jensen (1990), beliau beranggapan bahawa leksikal hanya
sebagai suatu senarai tentang apa yang tidak diramalkan tentang morfem dalam
sesuatu bahasa, dalam organisasi dalaman terutamanya berdasarkan kepada anggapan
oleh Bloomfield (1993) yang menyatakan bahawa leksikal sebenarnya adalah
2

hamparan tatabahasa iaitu suatu senarai tentang ketaklanaran yang asas. Bagi Fatimah
(1999) pula, makna leksikal adalah makna unsur-unsur-unsur bahasa sebagai lambang
benda, peristiwa, dan sebagainya. Tarigan (1985) menyatakan erti leksikal sebagai
sebahagian daripada makna linguistik selain daripada makna struktural.
Justeru itu, makna leksikal dapat disimpulkan sebagai makna alami
berdasarkan pandangan mata, berkenaan apa yang ada pada sifat benda atau peristiwa
itu. Contoh makna leksikal antaranya ialah :
i.

Bunga iaitu bahagian tumbuhan untuk pembiakan. Contoh ayatnya adalah


seperti berikut :
Bunga itu cantik. Bunga dalam ayat tersebut mengandungi makna leksikal
tentang sifat tumbuhan tersebut.

ii.

Hulu iaitu permulaan. Contoh ayatnya adalah seperti berikut :


Askar Jepu sudah bersiap sedia di hulu Sungai Golok. Hulu di dalam ayat
tersebut mengandungi makna leksikal tentang kedudukan askar tersebut
yang berada di permulaan sungai.
Kedua-dua contoh ayat yang ditunjukkan di atas tidak membawa maksud lain

tetapi hanya menggambarkan keberadaan objek atau peristiwa secara lahirah sematamata.

3.0

DEFINISI DAN KONTEKS PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA


MELAYU
Secara amnya, bahasa merupkan salah satu sistem komunikasi yang paling

utama bagi setiap kehidupan terutamanya manusia. Sebagai suatu unsur yang penting
serta dinamik, bahasa sentiasa di analisis, dikaji dan diselidiki dengan menggunakan
berbagai pendekatan, antaranya ialah pendekatan makna. Bidang makna atau
semantik ini sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana
ianya merupakan satu perkara yang amat penting memandangkan bahawa jika tiada
unsur makna, kajian bahasa itu tidak akan menjadi sempurna. Menurut pendapat
R.H.Robbins (1952), beliau menegaskan bahawa kajian makna dalam bahasa
merupakan salah satu bahagian yang cukup penting dalam linguistik am. Manakala
Firth (1944) sebelum itu telah menegaskan bahawa makna merupakan inti dalam
3

kajian bahasa. Pada dasarnya, makna membawa erti maksud atau erti manakala kata
makna pula boleh diberikan pelbagai macam pengertian sehinggakan Ogden dan
Richard (1956) dalam buku The Meaning of Meaning pernah memberikan sehingga
16 pengertian dan erti bagi kata makna.
Pada dasarnya terdapat banyak faktor yang boleh membawa kepada perubahan
makna dalam bahasa. Menurut Ullman (1957), terdapat enam sebab utama bagi
perubahan makna dalam bahasa, antaranya ialah disebabkan oleh bahasa itu sendiri
atau linguistik, sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan kepada kata
yang baharu. Berlainan pula dengan Bloomfield (1992), yang telah menyenaraikan
sebanyak sembilan jenis sebab berlakunya perubahan yang berlaku dalam bahasa.
Beliau menyenaraikan perubahan makna dalam bahasa berlaku disebabkan oleh
perluasan makna, penyempitan makna, metafora, metonimi, sidekdoksi, hiperbola,
litotes, pejorasi dan ameliorasi. Bagi bahasa Melayu pula, menurut S. Nathesan,
sebagai bahasa yang dinamik, bahasa Melayu sendiri telah mengalami perubahan dari
segi struktur dan kosa katanya sejak dari zaman dahulu lagi.

4.0

FAKTOR PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU


Dalam mana-mana bahasa komunikasi di dunia ini, makna merupakan suatu

unsur penting dalam setiap ujaran atau tulisan terutamanya sebagai alat untuk
berkomunikasi. Jika tiada sebarang unsur makna dalam bahasa, maka setiap apa yang
diujarkan atau dituliskan tidak akan memberikan sebarang kefahaman kepada sesiapa
sahaja yang berkomunikasi atau bertutur, begitu juga dengan orang yang membaca
apa yang telah dituliskan. Di dalam mana-mana bahasa di dunia ini, perubahan makna
di dalam bahasa tersebut merupakan suatu fenomena atau keadaan yang selalu berlaku
disebabkan oleh sifat bahasa itu sendiri yang dinamik dan sentiasa berevolusi. Namun
begitu, kebanyakan perubahan makna yang berlaku di dalam setiap bahasa di dunia
ini terutamanya bahasa Melayu adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang berikut,
iaitu :

4.1

Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.


Dalam konteks ini, perubahan makna kata di dalam bahasa adalah
disebabkan perkembangan bahasa itu sendiri. Ini disebabkan terdapatnya
perkataan-perkataan yang telah mengalami beberapa perubahan dari segi
makna jika dibandingkan dengan makna asal perkataan itu sendiri. Sebagai
contoh, perkataan belayar pada asalnya perkataan tersebut hanya digunakan
untuk perahu yang bergerak menggunakan layar sahaja. Namun begitu, makna
bagi perkataan tersebut telah berubah walaupun pada dasarnya masih merujuk
kepada kapal yang bergerak di lautan. Ini adalah kerana kapal yang belayar
sekarang tidak lagi menggunakan layar tetapi menggunakan tenaga enjin
sebagai agen untuk bergerak.
Contoh lain yang boleh dilihat berlakunya perubahan makna yang
disebabkan oleh perkembangan bahasa itu sendiri ialah perkataan tangan.
Perkataan tersebut pada asalnya hanya merujuk kepada salah satu anggota
badan manusia tetapi apabila berlakunya perkmbangan bahasa, perkataan
tangan itu turut juga berubah maknanya. Pada masa kini, perkataan tersebut
mencakupi maksud menguruskan atau mengendalikan seperti contoh ayat
yang berikut :
Kita semua perlulah berhati-hati ketika menangani kes kecemasan
seperti ini.
Dalam konteks yang tertentu, ada ketikanya makna yang sebelumnya
membawa takrifan negatif telah berubah menjadi maksud yang positif
disebabkan penggunaannya dalam bahasa. Perkataan gejala sebagai
contohnya merupakan suatu ayat atau ujaran yang menunjukkan amat
berleluasa yang pada asalnya merujuk kepada perkara atau kegiatan yang
negatif. Namun begitu, perkataan gejala kini tidak lagi dinyatakan sebagai
suatu ungkapan negatif tetapi telah berubah maknanya menjadi suatu kejadian
yang membawa maksud yang lebih positif.
Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi perkataan-perkataan lain yang
telah berubah maknanya seperti perkataan hayat yang dahulunya merujuk
dengan hidup terutamanya umur bagi manusia dan makhluk yang bernyawa
5

tetapi kemudiannya telah mengalami perubahan makna. Perkataan hayat


tidak sahaja merujuk kepada umur kehidupan tetapi kepada benda-benda yang
mempunyai tempoh masa seperti jangka hayat bateri, jangka hayat kereta dan
sebagainya. Malah, perkataan hayat juga pada masa sekarang membawa
maksud mengikuti dengan sepenuhnya jika merujuk kepada ayat di bawah :
Alin menghayati sepenuhnya kandungan syarahan agama yang
disampaikan oleh Ustaz Nasrul tadi.
Banyak punca yang menyebabkan berlaku perubahan makna perkataan
dalam bahasa Melayu yang dapat dikaitkan dengan faktor perkembangan
bahasa itu sendiri, antaranya adalah disebabkan oleh kemajuan sains dan
teknologi. Contoh yang paling mudah ialah perkataan taman, yang
dahulunya membawa maksud kebun bunga atau kawasan yang dipenuhi
dengan pokok bunga. Disebabkan keperluan terhadap perkembangan bahasa
itu sendiri, makna taman sekarang telah berubah menjadi kawasan
perumahan, kawasan perindustrian serta kawasan alam semula jadi seperti
Taman Negara Kuala Koh. Begitu juga dengan perkataan datuk, dahulunya
perkataan tersebut merujuk kepada bapa kepada ayah seseorang tetapi
sekarang ini perkataan tersebut juga membawa maksud gelaran kehormat yang
dikurniakan kepada sesorang di atas jasa bakti mereka oleh Raja atau Sultan
yang memerintah.

4.2

Perubahan Kerana Tanggapan Penutur


Perubahan makna kata di dalam bahasa juga disebabkan oleh
tanggapan penutur. Ianya turut memainkan peranan yang cukup penting dan
menjadi penyebab kepada berlakunya perubahan terhadap maksud sesuatu
perkataan itu. Panggilan atau ungkapan perkataan abang pada asalnya
merupakan panggilan kepada saudara lelaki yang lebih tua di dalam sesebuah
telah digunakan sekarang untuk memanggil atau sebagai ungkapan untuk
orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira hubungan kekeluargaan seperti
dahulunya. Begitu juga dengan seorang isteri yang memanggil suaminya
dengan panggilan abang bagi menunjukkan perasan kasih dan sayang.
Pada awalnya perkataan saudara hanya merujuk kepada saudara
6

kandung di dalam sesebuah keluarga sahaja. Namun

begitu, perkataan

saudara telah berubah makna katanya mengikut penutur sendiri apabila pada
masa kini ianya digunakan bukan sahaja untuk menggambarkan saudara
kandung tetapi juga kepada semua orang yang ada hubungan keluarga atau
pertalian darah dengan si penutur. Selain itu, ungkapan keluarga juga telah
telah digunakan untuk maksud yang lebih luas apabila dijadikan sebagai
maksud untuk saudara sesama agama atau Islam.
Berdasarkan kepada contoh yang telah diberikan dalam penerangan
ringkas di atas, jelas menunjukkan tanggapan penutur terhadap sesuatu
perkataan juga merupakan salah satu faktor yang membawa kepada perubahan
makna kata bagi perkataan itu sendiri. Antara contoh-contoh lain yang berlaku
perubahan makna kata ialah adik dimana perubahan yang berlaku adalah
seperti mana berlaku perubahan bagi perkataan abang dalam penerangan di
atas.

4.3

Perubahan Kerana Perluasan Maksud.


Perubahan yang disebabkan oleh perluasan maksud akan hanya berlaku
apabila sesuatu perkataan yang hanya memiliki satu makna juga memiliki
makna-makna yang lainnya. Sebagai contohnya, perkataan saudara, pada
asalnya hanya membawa maksud orang yang mempunyai ayah dan ibu yang
sama. Begitu juga dengan perkataan abang dan adik yang asalnya
membawa maksud orang lelaki yang lebih tua atau yang lebih muda di dalam
keluarga yang sama ayah dan ibunya. Namun begitu, makna bagi perkataanperkataan tersebut telah diperluaskan maksud meliputi orang yang mempunyai
pertalian kekeluargaan dan akhirnya dikembangkan atau diperlusakan lagi
sehingga menjadi satu bentuk panggilan sebagai kata ganti nama diri orang
kedua dalam bahasa Melayu.
Begitu juga dengan perkataan taman yang asalnya merujuk kepada
kebun bunga atau satu kawasan yang dipenuhi dengan tanaman bunga sahaja.
Akibat daripada kemajuan sains dan teknologi serta keperluan untuk perluasan
makna bahasa, akhirnya perkataan taman telah diperluaskan penggunaan
maknanya mencakupi kawasan perumahan, kawasan alam semula jadi dan
7

kawasan riadah seperti Taman Hiburan Air Bukit Merah.


Perkataan-perkatan lain juga telah diperluaskan makna katanya
mengikut keperluan kepada perubahan makna dalam bahasa Melayu.
Antaranya ialah perkataan semangat yang asalnya membawa maksud jiwa
atau roh. Namun begitu apabila perkataan tersebut diperluaskan maksudnya
telah menjadi perasaan seperti semangat kenegerian, semangat kemerdekaan,
semangat patriotik dan sebagainya. Ianya juga diperluaskan bagi menerangkan
maksud kemahuan atau keinginan yang tinggi seperti ingin berjaya dalam
pelajaran, berjaya dalam perlumbaan dan sebagainya.

4.4

Perubahan Kerana Pembatasan atau Penyempitan Maksud


Dalam konteks perubahan ini pula, ianya bermaksud makna sesuatu
perkataan itu boleh juga dibataskan untuk tujuan yang tertentu sahaja.
Contohnya, perkataan sarjana yang asalnya

digunakan untuk merujuk

kepada orang yang bijaksana, pandai atau seseorang cendekiawan. Namun


begitu, pada masa kini perkataan tersebut dibataskan atau disempitkan hanya
hanya kepada mereka yang mendapat kelulusan ijazah pertama di pusat-pusat
pengajian tinggi seperti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Ijazah Sarjana Muda
Ekonomi dan sebagainya.
Kepentingan bagi membataskan maksud bagi sesuatu perkataan
tersebut mula timbul adalah untuk menentukan istilah supaya penggunaannya
hanya dikhususkan kepada bidang yang tertentu sahaja. Misalnya perkataan
pendeta pada asalnya membawa maksud orang yang mempunyai ilmu atau
cerdik pandai seperti Pendeta Zaba. Namun kini, mengikut Abdul Chaer
(1995) perkataan pendeta telah disempitkan maksudnya khas untuk guru
bagi agama Kristian sahaja.
Perkataan sendi pada asalnya membawa maksud tulang ruas tulang
berhubung pada anggota tubuh manusia khasnya tetapi apabila disempitkan
dalam ilmu bahasa, ianya diajukan khas untuk kata-kata yang berfungsi
menghubungkan di antara perkataan dengan satu perkataan yang lain atau
antara ayat dengan satu ayat yang lainnya.

4.5

Perubahan Untuk Tujuan Simbolik dan Stilistik


Bagi menghasilkan karya yang menarik minat pembaca perubahan
makna dalam bahasa perlu dilakukan. Perubahan makna untu itu dinamakan
sebagai perubahan untuk tujuan simbolik dan stilistik yang selalu digunakan
oleh pengkarya ketika menghasilkan karya mereka seperti puisi, sajak,
gurindam, novel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang berunsur binatang,
tumbuh-tumbuhan serta unsur alam sering digunakan dalam perubahan makna
tersebut.
Antara contoh yang sering digunakan ialah perkataan kumbang yang
dimaksudkan dengan jejaka atau lelaki manakala bunga pula dimaksudkan
dengan perempuan atau wanita. Ini berbeza dengan maksud asal perkataan
tersebut iaitu kumbang merupakan sejenis serangga manakala bunga
adalah sebahagian daripada tumbuhan. Selain serangga dan juga tumbuhan,
warna juga sering diberikan perubahan makna bagi melambangkan sesuatu
seperti merah merupakan makna simbolik bagi sifat berani atau keberanian
manakala putih pula adalah simbolik bagi bersih atau melambangkan
kesucian.
Bagi perubahan untuk tujuan simbolik dan stalistik, unsur-unsur
personafikasi juga menunjukkan perubahan kepada makna dalam bahasa
Melayu di mana unsurpunsur alam serta tumbuhan sering digunakan bagi
menunjukkan sesuatu kejadian atau perlakuan yang mencantikkan lagi hasil
karya seseorang pengkarya agung. Malah, menurut Raminah Sabran dan
Rahim Syam (1984), unsur-unsur personafikasi yang diterapkan di dalam
setiap hasil karya sastera seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan
merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesuatu dengan
indah dan menarik.

6.0

KESAN PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU


Kita semua sedia maklum, masyarakat sekarang sedang berlumba bersama

arus kemajuan ilmu yang semakin pesat. Kemajuan dalam dunia sains dan teknologi
sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Kebudayaan tradisional mula
tenggelam perlahan-lahan melalui perubahan dengan penerapan unsur-unsur luar
melalui carayang tersendiri. Perubahan-perubahan ini termasuklah perubahan bahasa
pertuturan sesebuah masyarakat khususnya bahasa Melayu. Unsur-unsur baharu
muncul dalam pelbagai bentuk ilmu dan pengetahuan yang baharu, samada dipelajari
secara formal atau tidak, dan unsur-unsur tersebut terus diaplikasikan ke dalam
pelbagai aspek kehidupan.
Untuk terus bersaing dengan perubahan serta unsur-unsur baharu yang muncul
dari semasa ke semasa, maka wujudlah dalam konteks bahasa perubahan-perubahan
makna,juga sejumlah laras baru yang akan memperkatakan perkara-perkara baharu
seperti laras bahasa dalam bidang sains, teknologi, ekonomi dan sebagainya. Ternyata,
setiap kemajuan sesuatu bahasa itu amat bergantung kepada pemupukan ciri-cirinya
olah setiap penutur bahasa tersebut. Maju atau mundur sesuatu bahasa itu juga
ditentukan oleh cara penuturnya mengolah serta mengungkapkan buah fikiran melalui
struktur bahasa penutur itu sendiri agar ianya akan difahamai oleh kelompok yang
mendengar atau membacanya. Maka disinilah letaknya kepentingan serta kesan
perubahan makna kata bahasa dalam menghasilkan bahasa Melayu baharu supaya
ianya boleh menjadi bahasa ilmu moden, bahasa yang mampu menyalurkan ilmu
pengetahuan serta buah fikiran moden, sejajar dengan perkembangan sains dan
teknologi masa kini.
Bahasa Melayu itu sendiri telahpun direncanakan untuk menjadi bahasa yang
cukup ekspresif bukan sahaja dalam bidang sastera tetapi juga ekspresif dalam bidang
ilmu merangkumi bidang sains dan teknologi. Kita tidak mahu menjadi pengemis
bahasa apabila terpaksa meminjam beberapa istilah luar untuk menjelaskan maksud
sesuatu ilmu yang disampaikan. Hanya melalui perubahan makna kata samada
disebabkan faktor bahasa itu sendiri, perluasan maksud atau apa sahaja faktor yang
memungkinkan perubahan tersebut berlaku, bahasa Melayu dapat mencapai taraf
kecendekiaan dan bahasa saintifik. Dengan adanya perubahan tersebut, bahasa
10

Melayu tidak lagi berada pada tahap yang rendah pada pandangan masyarakat global
tetapi sebaliknya bahasa Melayu semakin mula mendapat pengikhtirafan sebahagai
satu bahasa yang elit dan bahasa ikmu yang bertanggungjawab untuk membentuk
pemikiran masyarakat ke arah pembangunan sebuah negara Malaysia khasnya.
Perlu kita sedar bahawa bahasa Melayu kini mula dikenali sebagai bahasa
Melayu tinggi, iaitu bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan setiap konsep
serta pemikiran yang teknikal, maju dan yang berfungsi sebagai sarana budaya tinggi
seperti yang telah dinyatakan oleh Nik Safiah Karim (1986). Awang Sariyan (1996)
pula telah menyatakan bahawa bahasa Melayu tinggi itu ialah ragam bahasa Melayu
yang digunakan untuk pembinaan dan pengembangan ilmu, pemikiran dan teknologi.
Ini bermakna bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu, bahasa yang digunakan untuk
mengungkapkan ilmu dan memiliki ciri-cirinya yang tersendiri. Namun begitu, bahasa
Melayu tidak mungkin boleh menjadi bahasa ilmu sekiranya perubahan dalam bahasa,
khasnya perubahan makna tidak berlaku seperti hari ini kerana sekiranya perubahan
itu tidak terjadi, bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang lemah. Malah, tidak
mustahil bahasa Melayu sekadar menjadi bahasa etnik Melayu semata-mata dan
bukannya bahasa ilmu seperti mana yang kita daulatkan pada hari ini.

7.0

KESIMPULAN
Perubahan makna dalam sesuatu bahasa bukan sahaja berlaku pada peringkat

perbendaharaan kata, sistem pembentukan kata,sebutan mahupun struktur ayat sahaja


tetapi perubahan itu berlaku melibatkan bidang makna sesuatu bahasa. Berdasarkan
kepada penerangan serta penjelasan ringkas yang telah diberikan di atas jelas sekali
bahawa perubahan yang berlaku itu meliputi kepelbagaian dalam system bahasa itu
sendiri.
Kedudukan bahasa Melayu pada awalnya boleh disamakan dengan sebuah
kereta lama yang sedang bergerak di dalam kesesakan lalulintas sebuah bandaraya
yang begitu sibuk. Bayangkan bagaimana kereta tersebut hendak bergerak lancer
sekiranya enjin sentiasa meragam, ditambah dengan kondisi kereta juga tidak
mempunyai kemudahan teknologi yang terkini seperti pendingin udara dan
sebagainya. Sekiranya kereta lama ini tidak diperbaiki dan diberikan sentuhan terkini,
adalah mustahil untuk kereta tersebut terus bergerak sehingga sampai ke destinasi
11

yang hendak ditujui.

Selaras dengan perkembangan masa, bahasa juga harus berkembang untuk


terus bangun bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia dan antara perubahan yang
boleh dilakukan adalah dengan melaukan perubahan dalam makna bahasa itu sendiri
agar bahasa Melayu dapat terus bersaing di persada dunia. Perubahan dalam makna
bahasa tidak dapat dielakkan kerana ianya banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor
yang telah dijelaskan di atas. Oleh kerana itu tidak hairanlah jika pada masa kini,
dalam bahasa Melayu telah muncul pelbagai kata atau perkataan yang mempunyai
makna yang baharu. Namun begitu, makna asal perkataan tersebut tidak semestinya
hilang atau tenggelam tetapi tetap terpelihara sebagai khazanah bangsa yang tidak
ternilai harganya.

( 3147 patah perkataan )

12

RUJUKAN

1.

Abdullah Hassan (2005a), linguistik am, siri pengajaran dan pembelajaran


bahasa Melayu, Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

2.

Abdullah Yusuf, (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu.Kuala


Lumpur: Guru, Kuala Lumpur : Penerbit Icon Regian Sdn Bhd

3.

Abdullah Yusuf, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari, (2009) Semantik
dan Pragmatik Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.
Bhd.

4.

BML 3083 Semantik Sem.3 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pusat


pendidikan Luar 2012.

5.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

6.

Modul Pembelajaran : BBM 3206 Semantik ; Universiti Putra Malaysia;


Selangor Darul Ehsan

7.

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D) , (2000). Kuala


Lumpur : Pengantar Linguistik Am, Penerbitan Sarjana.

8.

S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan


Pustaka, Kuala Lumpur.

9.

________ (2009). Modul HBML 3303 Psikolinguistik dan Sematik. Universiti


TerbukaMalaysia : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

10.

Abd. Rahim Abd. Rahsid (1999). Kemahian Befikir Merentasi


Kurikulum. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

11.

Tarigan, H.G. (1990). Membaca dalam Kehidupan. Bady. Penerbit Angkasa.

12.

http://makalahdanskripsi.blogspot.com/2009/06/makna-denotatif-maknakonotatif-dan.html

13.

http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm

14.

http://cikgu-rozali.blogspot.my/2012/06/bahasa-dan-budaya-melayupembakuan.html

13

15.

http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24058/Article_5.PDF

16.

http://dokumen.tips/search/?q=Kepentingan+Semantik+Dalam+Masyarakat

14

Anda mungkin juga menyukai