Anda di halaman 1dari 11

Saya

telah

diberi

tugasan

untuk

memerhatikan

suasana

pengajaran

dan

pembelajaran semasa kelas Matematik yang dijalankan oleh guru terlatih Matematik. Saya
memilik Sekolah Jenis Kebangasaan Tamil Slim River untuk melaksanakan Pengalaman
Berasaskan Sekolah yang lebih dikenali sebagai (PBS). Antara aspek yang saya perlu
dipertimbangkan adalah :
a) keceriaan bilik darjah
b) aspek kebersihan
c) susun atur bilik darjah dan kesesuaian kedudukan murid
d) rancangan yang baik tentang penggunaan ruang-ruang dan tempat menyimpan
segala kemudahan supaya dapat digunakan secara optimum.
e) kerja-kerja rutin dalam pengurusan bilik darjah untuk menjamin kelicinan dan
f)

keberkesanan pengajaran.
lain-lain aspek yang sesuai.

Pengurusan bilik darjah sering menjadi isu bagi guru yang belum lama ditempatkan di
sekolah. Kanak-kanak sekarang berbeza dengan kanak-kanak dahulu. Mereka adalah
aktif,kelihatan seperti hiperaktif,ada yang nakal dan suka bermain,Sementara yang lain
mempunyai masalah pembelajaran. Murid ini sebenarnya menganggu implementasi
rancangan pengajaran dan pembelajaran harian. Untuk mengatasi masalah ini,guru perlu
memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pengurusan
bilik darjah.Salah satu aspek yang sangat penting adalah keceriaan kelas. Hal ini kerana
kelas yang cantik akan merangsangkan minda murid.
Saya telah memilih darjah satu untuk memerhatikan suasana pengajaran dan
pembelajaran. Seramai 32 pelajar belajar di tahun satu. Saya mendapati bahawa kelas
tahun satu tidak begitu selesa. Hal ini kerana susur atur meja tidak teratur dan saya
mendapati bahawa ia tidak dapat merangsang minda pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, kelas tahun satu, sentiasa kelihatan gelap. Papan kenyataan tidak
berfungsi ,tidak dikemaskinikan oleh guru dan tidak menarik. Disamping itu, dalam kelas
tersebut tidak mempunyai sebarang karya bertulis yang dihasilkan oleh murid. Apabila saya
melihat meja guru, tidak mempunyai alas meja. Disamping itu, meja guru diletakkan di
belakang kelas. Walaupun luas kelas adalah besar, secara keseluruhanya suasana kelas
tidak begitu kondusif. Berikut merupakan kelas tahun 1 yang saya diperhatikan. Kelas yang
ceria akan menceriakan minda pelajar juga.

Cikgu sedang mengajar murid subjek Matematik

Pada pemerhatian saya, murid ini


tidur dalam kelas disebabkan oleh
pengajaran dan pembelajaran tidak
merangsang minda pelajar .Hal ini
kerana kelas ini tidak begitu
kondusif.

Meja-meja ini diletakkan di belakang kelas. Murid-murid membuang sampah


di kotak tersebut. Pada pandangan saya , tempat ini tidak begitu menarik.
Bilik yang berkelihatan gelap nampak jelas dalam gambar ini.

Hanya dua carta sahaja yang terdapat di sudut Matematik. Subjek


Matematik tidak diberi perhatian yang sepenuhnya di kelas tahun satu ini.

Dari segi aspek kebersihan pula, kelas tahun satu tersebut tidak begitu bersih.
Kertas, pensil dan pemadam yang tidak digunakan oleh murid berada di merata-rata tempat.
Kebersihan kelas adalah sangat penting. Perkara yang amat menyedihkan saya adalah di
kelas ini tidak mempunyai bakul sampah. Oleh sebab itu, pelajar-pelajar tahun satu
membuang sampah di sebuah kotak yang berada di belakang kelas. Pada pandangan saya
perkara ini tidak boleh berlaku. Kita menuju ke arah wawasan 2020. Kita masih
mengamalkan budaya yang tidak prihatin terhadap kebersihan kelas sedangkan kerajaan
kita memperuntukan kewangan yang tertentu.
Disamping itu, sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlaku guru tidak
menggunakan ruang-ruang dan tempat menyimpan segala kemudahan. Dalam kelas
tersebut hanya dua carta yang berkaitan dengan Matematik sahaja ditampalkan di belakang
kelas.Saya bukanya hendak kritik guru-guru di sekolah tersebut. Apbila saya memerhati
pengajaran dan pembelajaran Matematik, guru tidak langsung menggunakan sebarang
carta atau alat sebagai bahan bantu mengajar sedangkan Guru Besar di sekolah tersebut
telah membeli pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang berkaitan dengan Matematik.

BAHAN BANTU MENGAJAR MATEMATIK

Selain itu, saya mendapati pengajaran tidak berlaku secara sistematik. Pengajaran terus
bermula dengan latihan. Saya diberi pendedahan daripada pensyarah-pensyarah Matematik
bahawa pengajaran dan pembelajaran tidak boleh bermula dengan latihan dan ia masih
bermula dengan set induksi, mengajar murid konsep, soal jawab dan baru memberi latihan.
Apabila saya memerhati kelas ini, saya memang sudah keliru dengan pengajaran yang tidak
sistematik berlaku di kelas tahun satu. Sebagaimana kita tahu darjah satu adalah asas
kepada para murid. Di kelas inilah murid-murid mengenal kepada nombor.Jika pengajaran
dan pembelajaran berlaku secara tidak terancang maka peringkat perkembangan mental
murid dalam subjek Matematik akan terbantut. Saya juga mendapati bahawa guru
Matematik tidak mengajar murid mengikut rancangan pengajaran harian.

Selain itu, sebagai guru kita perlu memotivasikan murid dengan mengharapkan yang
terbaik daripada mereka. Guru perlu sentiasa menggalakkan mereka giat berusaha. Guru
juga perlu menunjukkan contoh yang baik seperti hormat kepada murid dan perlu membina
suasana yang positif adalah penting. Saya telah melihat, guru menggunakan kata-kata yang
tidak memberi rangsang kepada murid-murid. Apabila murid memberi jawapan yang salah,
guru memarahi murid dengan menggunakan perkataan kamu diam, langsung tak guna
dan sebagainya. Guru juga, menampar salah seorang pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran beliau. Saya mendekati murid tersebut dan mendapati bahawa murid itu
hanya tidak menyiapkan satu soalan daripada lapan soalan. Selepas situasi tersebut, murid
itu kelihatan sangat muram dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran hari itu. Guru
perlu menanamkan keyakinan diri dalam kalangan murid dan memberi galakan supaya
mereka mendapat keputusan yang baik dalam pembelajaran mereka.
Secara keseluruhanya, saya mendapati bahawa pengajaran dan pembelajaran
subjek Matematik tidak berjalan dengan sistematik. Keceriaan bilik darjah juga tidak begitu
cantik dan dari segi aspek kebersihan pula lantai bilik darjah tidak bersih dan kertas-kertas
buangan didapati di lantai.Selain itu,

Soalan 3
Pengurusan bilik darjah merupakan teknik yang perlu dipelajari dan dimasteri oleh
semua guru. Guru sebagai pengelola bilik darjah dalam mengurus dan mentadbir segala
urusan yang berkaitan dengan bilik darjah etika menyampaikan kurikulumnya. Pengurusan
bilik darjah yang berkesan akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif. Bilik darjah dengan suasana kondusif ialah rutin bilik darjah yang berjalan dengan
lancar meliputi kebersihan dan keceriaan bilik darjah, perabot berada dalam keadaan yang
teratur dan kemas, disiplin kelas berada dalam keadaan yang terkawal, penggunaan
bahan dan sumber pengajaran secara baik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan teratur dan lancar. Selain itu, guru turut memainkan peranan sebagai

pengurus bilik darjah, perancang bagi menghidupkan dan menggerakkan suasana bilik
darjah, pengelola aktiviti-aktiviti bilik darjah, pengarah dan pengawal bilik darjah. Guru juga
perlu dimasteri oleh semua subjek termasuk dalam subjek Matematik.
Matematik adalah badan ilmu yang berpusat kepada konsep-konsep seperti kuantiti,
struktur, ruang dan pertukaran. Ia berkembang melalui penggunaan logik, penghitungan,
pengukuran, bentuk, objek-objek fizikal dan lain-lain lagi. Ilmu Matematik juga memainkan
peranan yang utama dalam kebanyakkan bidang. Oleh sebab itu, ilmu yang disampaikan
oleh guru dalam subjek Matematik harus meliputi dengan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Berdasarkan pemerhatian, saya mempunyai beberapa cadangan untuk
memperbaiki organisasi bilik darjah tahun satu supaya sesuai digunakan untuk menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik yang berpusatkan murid. Dari segi bahan
pengajaran dan pembelajaran Matematik, saya mempunyai beberapa cadangan untuk
memperbaiki organisasi kelas. Pada permulaanya, sebagai guru Matematik, saya akan
mewujudkan sudut Matematik di belakang kelas. Disitu saya akan menghamparkan
permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan muri-murid. Ruang ini lebih
bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka berada di
rumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah turut
disusun untuk bacaan umum dan rujukan murid. Selepas menyediakan ruang sudut dan
ruang bacaan untuk murid, saya juga akan menekankan tentang tanggungjawab semua
orang dalam menjaga buku-buku yang berharga.

Selain itu, saya juga akan mengubah suai susun atur kerusi dan meja murid. Perkara
utama yang mesti diberi perhatian di kelas ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi
dan berada dalam keadaan yang selesa. Tujuanya adalah saiz kerusi dan meja haruslah
sesuai dengan peringkat tahap umur murid. Bagi susunan pula, saya akan menyusun meja
murid secara berdua-dua. Hal ini kerana susunan yang sebegini memudahkan untuk
pengajaran berpusatkan murid. Disamping itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi
antara murud dengan guru. Pada masa yang sama, murid juga boleh fokus kepada kerja
sendiri dan pelajaran yang diajar oleh semua guru. Saya juga sentiaa akan memastikan
bahawa bilik darjah berkelihatan yang menarik dan kondusif kondusif untuk pembelajaran.
Sebagai seorang guru, dalam kebanyakan kes guru perlu bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap penampilan dan keselesaan bilik darjah. Pencahayaan dan pengudaraan yang

cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan
yang mencukupi. Di kelas tahun satu yang saya perhatikan mempunyai masalah cahaya
yang tidak mencukupi. Untuk membaiki keadaan ini saya akan memastikan lampu bilik
darjah cukup terang dan peredaran udara yang baik. Saya akan meminta tolong
daripada Persatuan Ibu bapa dan Guru untuk memberikan sumbangan kipas kepada
kelas tahun satu dan satu lampu syiling. Hal ini kerana kelas tahun satu, selalu kelihatan
gelap walaupun mempunyai dua lampu syiling. Anda meminta murid anda menjaga
kebersihan dan menghiasi bilik darjah. Sudah tentu murid anda seronok belajar dalam bilik
darjah yang selesa.
Rak
Buku
Almari

Pintu Kecemasan

Kedudukan Meja
Murid

Ruang
Bacaan

Meja
Guru

Tingkap untuk
pengudaran

Pintu Utama

Alat Pemadam
Api

Papan Putih

Papan
Kenyataan

Rak Guru

Pelan Susunan Tempat Duduk Murid, perabot, ruang bacaan, tempat menyimpan bahan.

Di samping itu. meja guru perlu meja guru diletakkan di depan kelas dan
berada di tepi kanan meja murid. Kedudukan seperti ini adalah amat sesuai sekali
diaplikasikan terutama pada murid tahun satu. Meja guru juga hendaklah menghadap meja
murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru di depan kelas dan berada di tepi
kanan meja murid ini juga tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan
pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila murid mengetahui setiap
gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat kerja individu dengan sebaiknya.

Dengan itu, kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat merangsang
semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif.
Disamping itu, di kelas tahu satu tidak mempunyai jam dan kalendar. Setiap kelas
perlu mempunyai jam dinding. Jika di kelas tidak mempunyai jam dinding, bagaimana guru
boleh mengajar tentang betapa pentingnya masa dalam kehidupan seharian kita. Saya akan
meminta pihak sekolah atau saya sendiri akan membeli jam dinding dan akan diletakkan di
hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa. Kalendar pula digunakan untuk
rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari dan peristiwa penting seperti
Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih murid supaya peka dengan peristiwa-peristiwa penting
sebegini. Selain itu, saya juga akan membeli rak guru untuk diletakkan di sebelah meja guru
bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan bantu mengajar, fail-fail, termasuk kegunaan
murid.
Secara keseluruhannya, perkara-perkara ini diperbaiki pasti suasana yang ceria
akan wujud di kelas. Kelas akan kelihatan cantik seperti rumah dan ia akan merangsang
minda murid lalu mereka akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam
pembelajaran mereka. Oleh sebab itu, bukan hanya untuk guru Matematik, guru-guru lain
juga perlu mewujudkan suasana kelas yang kondusif.

Peruntukan kewangan yang diperlukan untuk penambahbaikaan aspek-aspek yang


saya dikenal pasti.
No

Perkara

Kuantiti

Anggaran Perbelanjaan

Permaidani

RM 110.00

- satu ( RM 55.00)
Rak buku

RM 62.00

- satu ( RM 62.00)
Buku-buku rujukan

Kipas

RM 300.00
1

RM 80.00

Lampu syiling

RM 18.00

Jam Dinding

RM 15.00

JUMLAH

RM 585

Anda mungkin juga menyukai