Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan
sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan
pada aspek pemahaman dan penaakulan pebagai bahan secara kritis dengan
menggunakan pelbagai teknik membaca. Di samping itu, murid juga berupaya
menghayati teks yang dibaca.
1.1.0 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran berdasarkan Kemahiran Membaca
1.1.1 Terdapat pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh
dilaksanakan bagi kemahiran membaca. Contohnya berdasarkan DSKP Tahun 1
aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk standard kandungan 2.1 asas membaca
dengan sebutan yang betul adalah aktiviti kad imbas. Mula-mula guru haruslah
memperkenalkan kad imbas yang akan digunakan. Setiap kad imbas tersebut
mempunyai huruf yang berlainan. Kad imbas tersebut haruslah mempunyai
konsonan dan vokal. Di hadapan kelas diberi dua bakul yang berwarna merah
dan biru. Bakul berwarna merah adalah untuk kad imbas konsonan. Manakala
bakul berwarna biru adalah untuk kad imbas vokal. Guru haruslah memberi
arahan yang jelas kepada murid-murid. Setiap murid haruslah mengambil satu
kad imbas. Kemudian murid haruslah membaca dan membunyikan huruf yang
terdapat pada kad imbas tersebut. Setelah membaca kad imbas tersebut, murid
haruslah meletakkan kad imbasan mereka dalam bakul merah atau biru. Setelah
selesai aktiviti tersebut guru haruslah merumuskan aktiviti tersebut melalui
diskusi bersama murid-murid. Akhir aktiviti pembelajaran ini, murid akan dapat
membaca bentuk-bentuk abjad dan vokal dengan sebutan yang betul dan dapat
mengkategorikan huruf-huruf tersebut sama ada vokal atau konsonan.
2.0 Aspek Seni Bahasa
Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid memahami, mengungkap
dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan
secara didik hibur. Murid memperoleh bahasa yang indah secara didik hibur
daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi. Seni bahasa juga
menampakkan

keindahan

bahasa

dari

segi

pembentukan

ayat

yang

menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat


dalam puisi dan prosa kreatif. Idea yang kreatif dapat dilahirkan oleh murid
melalui lisan dan penulisan.

2.1.1 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran berdasarkan Aspek Seni Bahasa


Bagi aspek seni bahasa guru boleh melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik.
Contohnya berdasarkan DSKP Tahun 1, aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk
standard kandungan 4.1 menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu
melalui menyanyi secara didik hibur adalah menyanyi lagu kanak-kanak.
Contohnya guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti radio,
komputer riba, dan projector LCD untuk menunjukkan lirik lagu dan muzik lagu
kanak-kanak.

Ataupun

guru

boleh

menggunakan

kertas

mahjung

untuk

menuliskan lirik lagu kanak-kanak. Contohnya guru haruslah mengajar lagu


kanak-kanak dahulu seperti bangun pagi, gosok gigi. Kemudian guru memberi
arahan untuk menggunakan apa-apa sahaja bahan yang boleh dijadikan sebagai
alat muzik seperti pensel, botol air atau apa sahaja untuk menghasilkan bunyibunyian. Kemudian guru memberi arahan kepada murid untuk menyanyikan lagu
tersebut sambil membunyikan muzik dengan apa jua bahan yang ada dalam
kelas. Setelah menyanyikan lagu tersebut, guru haruslah menanyakan apa
maksud yang terkandung dalam seni lagu tersebut. Pada akhir pembelajaran,
murid-murid dapat menyanyikan lagu kanak-kanak dengan baik dan memahami
makud seni lagu tersebut.
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran (DSKP) merupakan
panduan yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu,
sebagai guru kita haruslah merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mengikut standard kandungan dan stardard pembelajaran yang terdapat dalam
DSKP tersebut.

Anda mungkin juga menyukai