Anda di halaman 1dari 54

Pendedahan Kepada

Pengetahuan Dan
Kemahiran Asas
Dalam Seni Peringkat
Sekolah Rendah
2.2 Seni Muzik
Ahli Kumpulan: Melvin Georage
Santhirasegaran
Sathiswaran

Pengenalan Kepada Pengetahuan Asas Konsep Muzik


Definisi Muzik
Satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan
bunyi-bunyi vokal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi
semula jadi dari persekitaran atau
rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan
mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia
yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Sathis

Objektif pendidikan muzik:


1. Menikmati pelbagai pengalaman muzik
2. Memperkembangkan nilai estetika, kreativiti, dan
ekspresi diri.
3. Merasai dan mengenal konsep muzik
4. Meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara
aktif.
5. Mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang
asas.
Sathis

6. Memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan


nyanyian, muzik dengan gerakan dan permainan alat.
7. Memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri.
8. Mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama.
9. Mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air,
tradisional dan semasa.
10.Mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain.
11.Menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan
berdiskriminasi.
Sathis

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda

Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka


supaya memerhati, mendengar, meniru, serta membezakan bunyibunyi yang didengarnya. (kaedah penemuan kendiri).

Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama,


ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika.
(pembelajaran mengikut urutan).

Sathis

Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas


amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik).
Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk
mengkaji muzik dan membuat latihan-latihan (kaedah
pendekatan berkonsep).
Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental
harus diselaraskan.

Sathis

Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

1. Pendekatan Edwin Gordon

Edwin Gordon lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan


pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential.

Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol dimana


keutamaan
diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu
sebelum
simbol-simbol muzik diperkenalkan.

Sathis

2. Pendekatan Emile Jacques Dalcroze


Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh
badan untuk menanam kefahaman dan
menimbulkan kepekaan atau sensitiviti
terhadap aspek-aspek muzik.

Sathis

3. Pendekatan Carl Orff

Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal.


(i) Imitasi (Mengajuk Balik)

Perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan menggunakan pertuturan berirama dan


irama badan( aktiviti bertepuk tangan, petik jari, hentak kaki).
(ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)

Pelajar digalakkan membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan membuat gerakan
dengan usaha sendiri.
(iii) Improvisasi- Belajar dari asas ton.

Melakukan improvisasi secara individu atau kumpulan dengan kesemua peralatan Orff. Skel
pentatonik disyorkan.
(iv) Creation (Mencipta)

Penciptaan dengan menggunakan bahan asas dengan menggunakan pertuturan berirama,


gerakan, nyanyian, dan permainan alat-alat muzik Orff.
(v) Literasi

Menulis dan membaca notasi muzik.

Sathis

4) Pendekatan Zoltan Kodaly


- Kodaly memberi penekanan kepada aktiviti membaca dan menulis notasi
muzik dari peringkat awal lagi melalui aktiviti nyanyian semerta dan
menurunkan melodi dengan notasi.

Sathis

Terdapat 7 konsep muzik yang wajib


dikuasai oleh seseorang pelajar
menjelang tamatnya pesekolahan mereka
di sekolah rendah.Konsep seperti berikut :
Melodi
Irama
Warna Ton
Jalinan atau Tekstur
Harmoni
Ekspresi
Bentuk
Santhiran

Konsep Muzik
1.

Melodi

-.

Susunan pic secara melintang.


a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana.
b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar.
c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat.
d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu
kumpulan atau rangkaian pic.
e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu.
f. Pic boleh disusun secara berurutan.
g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi
lagu.

Santhiran

Objektif untuk konsep melodi ialah:


Murid dapat mengenal pasti dan
membezakan
1.Antara melodi dan iringan
2.Pic tinggi,rendah dan mendatar
3.Skel yang dimainkan
4.Pic yang melompat dan berulang
5.Nada sesebuah lagu yang
dimainkan/nyanyikan
Santhiran

2. Harmoni.
Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan
dinyanyikan/dimainkan serentak.
a. Dua pic boleh dibunyikan serentak.
b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak.
c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan
serentak.
d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni.

Santhiran

Objektif untuk konsep harmoni


ialah:
Murid dapat;
1.membezakan antara melodi
(rangkaian) dan harmoni (himpunan pic
iringan)
2.mengenal pasti antara lagu/muzik satu
suara dan lagu/muzik dua atau lebih suara
3.menyanyi lagu pusingan
round,berkembar dan lagu-lagu yang
mengandungi kaunter melodi dan deskan.
Santhiran

3. Irama
Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa
dalam muzik.

a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil.


b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek.
c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter.
d. Beat-beat mempunyai tekanan.
e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan
atau berulang-ulang.

Santhiran

Objektif untuk konsep irama ialah:


Murid dapat;
1.merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik
2.membezakan panjang pendek sesuatu
corak irama
3.merasa tekanan/accent pada sesebuah
lagu
4.membezakan irama/rentak yang sama dan
tidak sama
5.mengenal pasti meter sesebuah lagu yang
dimainkan/nyanyikan
Santhiran

4. Ekspresi

Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi


satu ekspresi ide muzik.
a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut.
b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.
c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan
secara beransur-ansur.
d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan.
e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud.

Santhiran

Objektif untuk konsep ekspresi


ialah:
Murid dapat
1.mengenal pasti dan membezakan antara
bunyi sesebuah lagu/muzik yang kuat dan
lembut
2.memahami bahawa pada tempat-tempat
yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik
boleh beransur menjadi kuat atau sebaliknya
3.memahami bahawa sesebuah lagu/muzik
boleh dipelbagaikan dengan bunyi pendek,
panjang, lembut, terputus-putus dll.
Santhiran

5. Bentuk
Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton.
a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea.
b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik
yang lebih besar.
c.Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan.
d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan.

Santhiran

Objektif untuk konsep bentuk ialah:


Murid dapat membezakan dan
mengenal pasti
1.frasa yang sama dan yang lain
melalui lagu-lagu yang
dinyanyikan/dimainkan
2.rangkaian lagu berangkap dan
korusnya
3.intro dan koda sesebuah lagu atau
muzik
Santhiran

6. Warna Ton

Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri


yang tersendiri.
Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi
satu gambaran atau idea yang tersendiri.
Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri
dibuat daripada bahan-bahan tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan.

Santhiran

Objektif untuk konsep warna ton


ialah:
Murid dapat
1.mengenal pasti bunyi-bunyian yang
didengar sekeliling mereka
2.menghasilkan pelbagai bunyi yang
didengar,diterokai,dieksperimenkan
3.membeza dan mengenal pasti bunyibunyian yang lembut,kasar,tinggi,
rendah,garau dll
4.mengenal pelbagai jenis alat muzik
seperti piano,rekoder,dram,dll
Santhiran

7. Jalinan

Merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar menjadi
lebih menarik dan diminati ramai.

I.

Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja


iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi
sahaja.

II.

Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang


berharmoni yang mempunyai kod.

III.

Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan


berterusan dengan menggunakan alat iringan.

Santhiran

Objektif untuk konsep tekstur ialah:


Murid dapat
1.mengenal pasti samada
lagu/muzik yang didengar atau
dinyanyikan oleh seorang,dua atau
lebih
2.membezakan bunyi yang
bercirikan monofoni,homofoni dan
polifoni.
Santhiran

Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.

I.

Kemahiran Muzikal Nyanyian


- memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan,
pernafasan da eknik pengeluaran suara.

1. Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-elemen :- Postur : Keadaan fizikal semasa menyanyi secara berdiri atau duduk .
- Pernafasan: Bagaimana proses pernafasan bila menyanyi.
- Sebutan : Cara menyebut sesuatu bunyi linguistik bahasa dengan betul.
- Artikulasi : Penghasilan bunyi vokal atau konsonan dalam nyanyian .
- Ekspresi : Dinamik dan mud dalam nyanyian.
- Penghasilan ton (register) : Gelap atau cerah sesuatu bunyi dihasilkan .
- Memfrasa : Rangkaian dalam lagu.

Sathis

2. Membina kemahiran menyanyi


a.

Kemahiran Individu
- Menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo
- Menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun
- Menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan
- Menyanyi serta merta mengikut skor muzik

b. Kemahiran Ensemble
- Menyanyi dalam ensemble vokal secara unison
- Menyanyi secara ensemble vokal secara berharmoni dalam lapisan suara.
- Mendengar secara aktif dan selektif

Sathis

Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan


Muzikdengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar
menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik.
-Bergembira bergerak dengan muzik.
-Melibatkan diri secara aktif.
-Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan.
-Memahami konsep muzik melalui pergerakan.
-Mengenali aspek budaya yang berkaitan dengan pergerakan
dengan muzik.
-Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan.
-Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

Sathis

Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.


Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan
psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.
-Bergembira bermain alat muzik.
-Melibatkan diri secara aktif.
-Mendengar secara aktif dan selektif.
-Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal.
-Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat.
-Mengenali alat muzik tradisional.
-Membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti alat permainan.
-Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

Sathis

ALAT MUZIK UNTUK ANAK-ANAK


Membuat muzik dengan memainkan alat
muzik boleh menjadi salah satu bahagian
yang paling menarik daripada pengalaman
muzikal.
Anak-anak bergerak balas terhadap alat
muzik, dan mereka suka membuat percubaan
dengan pelbagai nada bunyi daripada kayu,
drum, simbal, loceng, dan pelbagai alat lain.

Melvin

Alat irama, yang nyata adalah alat


muzik, banyak memberikan
kesempatan kepada kanak-kanak
untuk fokus pada eksplorasi kreatif.
Setiap alat berbeza, mereka mudah
digunakan dan mereka boleh
dimainkan dengan pelbagai cara
yang menarik.
Melvin

Mari kenali beberapa alatan


muzik

Melvin

Segitiga (tringles)
-Yang bergantung pada seutas tali dengan
bebas. Ia mengetuk dengan lembut.
Segitiga ini menghasilkan bunyi yang
indah.
Claves
-claves yang tebal dan sempurna
diperbuat daripada kayu keras. Letakkan
satu clave di telapak tangan anda dan
lagakan dengan clave lain.
Melvin

Melvin

Irama kayu(rhythm sticks)


-dimainkan secara berpasangan. Ia
boleh menjadi halus atau bergerigi.
Dimainkan dengan memegang satu
irama kayu dan memukul dengan
yang lain, atau menggosokan
sepanjang kayu tersebut.
Melvin

Melvin

Blok kayu ( wood blocks)


-kecil, blok kayu yang berongga
menghasilkan bunyi yang bergema. Ketuk
blok kayu ringan dengan kayu atau penukul
getah keras.
Maracas
-dicipta daripada labu (atau plastic keras) dan
dipenuhi dengan biji atau batu kerikil. Goyang
dengan perlahan, mengikut jeda untuk
menghasilkan irama.
Melvin

Melvin

Gendang (dram)
-menghasilkan pelbagai jenis bunyi,
bergantung pada bagaimana ia
dimainkan. Gendang boleh
dimainkan dengan jari, tangan, atau
buku jari atau dengan paluan. Bunyi
gendang terbaik ketika dipukul
dengan sentuhan melenting cepat
sehingga kulit di atas gendering
boleh bergaung.

Melvin

Melvin

Jingle bells
-dipasang pada plastik atau kain dan
boleh digoncang dengan tangan atau
diikat pada pergelangan kaki atau
pergelangan tangan.

Melvin

Melvin

Rebana (tambourines)

-kegemaran anak-anak kecil. Dilengkapi


dengan bingkai yang diperbuat daripada
kayu atau plastic dengan plastic atau kulit
gendering dan set kecil alat bunyian yang
diletakkan disekeliling rebana. Anda boleh
mengetok dengan tangan atau jari,
menggoncang rebana atau mengabungkan
kedua-dua tindakan tersebut.

Melvin

PANDUAN MENYEDIAKAN AKTIVITI


MUZIK DAN PERGERAKAN
Pelbagai aktiviti yang boleh
dilakukan oleh guru bagi aktiviti
dalam bilik darjah.
Guru itu haruslah mempunyai daya
kreativiti untuk membuat sesuatu
aktiviti kanak-kanak supaya dapat
menarik minat kanak-kanak di dalam
kelas.
Melvin

Antara panduan yang boleh


dilakukan oleh guru untuk aktiviti
muzik dan pergerakan ini ialah guru
perlu memulakan dengan aktiviti
yang mudah kepada yang sukar
dilakukan oleh kanak-kanak.
Memilih tajuk dan tema yang
bersesuaian dengan aktiviti.
Contohnya tema anggota badan.

Melvin

Sediakan aktiviti yang fleksibel


supaya ia nampak menarik.
Memahami keperluan dan kebolehan
kanak-kanak mengikut tahap umur
dan tahap kebolehan mereka.
Gunakan bahasa yang mudah
difahami.

Melvin

Gunakan pelbagai muzik sama ada


muzik daripada kaset ataupun muzik
yang dipersembahkan oleh guru
ataupun pemuzik supaya dapat
merangsang lagi kanak-kanak
bergerak bersama muzik.
Akhir sekali sediakan ruang bagi
aktiviti pergerakan.
Melvin

Jika ruang kelas terlalu sempit, maka


adalah lebih sesuai menggunakan
pergerakan bukan lokomotor seperti
menepuk tangan, memetik jari dan
menghentak kaki.

Melvin

Kepentingan Muzik di Sekolah Rendah


Digunakan untuk membantu penyampaian
pengajaran sesuatu mata pelajaran dengan
berkesan.
Memperkembangkan intelek pelajar menerusi
kebolehan untuk bermain alat muzik, menyanyi
dan menghayati muzik, serta kemahiran
mendengar dapat ditingkatkan menerusi muzik.
Mengurangkan tekanan perasaan pelajar.
Melvin

Nilai-nilai murni seperti kerjasama kumpulan dan semangat


berpasukan dapat dibentuk.
Mencapai matlamat pendidikan yang utama iaitu mewariskan
budaya sesuatu bangsa.
Meningkatkan tahap penghayatan muzik dalam kalangan pelajar.
Membentuk pemahaman pelajar tentang peranan dan
kedudukan muzik dalam masyarakat.
Membantu pelajar meluahkan emosi secara terkawal.
Muzik berpotensi untuk mempengaruhi kelakuan dan pemikiran
pelajar.

Melvin

Kesimpulan:
Kita dapat mempelajari kepentingan
ilmu Seni Muzik dalam PDP
-pengajaran yang menarik
-dapat memenuhi kehendak murid
sekolah rendah
Unsur Seni Muzik ini dapat di pupuk
dalam bilik darjah-maka unsur-unsur
tradisi bangsa kita tidak akan pupus.

Sumber Rujukan
http://psikomotor48.blogspot.com/20
10_03_01_archive.html
http://bagirocobra.blogspot.com/201
3/01/irama-irama-ialahkelainan-pene
kanan.html
http://cikguaisyahthestory.blogspot.
com/p/kssr-muzik-tahun-2_24.html
http://suhaily1975.blogspot.com/201
1/12/konsep-muzik.html
Youtube:

Renungan bersama.

Anda mungkin juga menyukai