Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN (IPGKTAA)


27200 KUALA LIPIS

KERTAS KERJA KURSUS BINA INSAN GURU (BIG) FASA VI LAWATAN


BENCHMARKING INTERAKSI DENGAN GURU CEMERLANG

Kertas Kerja ini dibentangkan dengan tujuan mendapatkan:


i- Punca kuasa melaksanakan program.
ii- Kelulusan peruntukan kewangan untuk melaksanakan program.
iii- Kebenaran menjalankan program di Sekolah Kebangsaan Tempoyang.

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru atau BIG merupakan satu program yang dirangka khas
untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen
Asas Dinamika Guru (ADG). Pelaksanaan program BIG merupakan satu mekanisme
tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru
yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan
juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.

Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa
profesion perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap tanggungjawab yang
tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang
cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada masyarakat.

Melalui aktiviti Bina Insan Guru ini, peserta dapat mengenal jati diri dan mampu
mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi ke arah membangunkan diri
sebagai warga pendidik yang bersemangat dan berilmu pengetahuan secara berterusan di
samping mempunyai kemantapan sahsiah yang tinggi dan profesionalisme yang unggul
dalam menghadapi cabaran pendidikan.

2.0 NAMA PROGRAM


Lawatan Benchmarking Interaksi Dengan Guru Cemerlang.

1/6
3.0 RASIONAL

Rasional yang dipegang oleh program ini adalah untuk membina jati diri yang kukuh
dan kuat dalam diri peserta program agar peserta sentiasa memberi sumbangan tanpa
meminta sebarang ganjaran atau bayaran. Program ini menekanakan kepada unsur-unsur
hidup bermoral sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru yang berpaksikan
kepada prinsip rukun negara. Pembinaan insan guru adalah asas kepada pembentukan
masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa.
Pelaksanaan BIG ini bertujuan memantapkan pembinaan ciri-ciri peribadi, sosial dan
profesional insan guru melalui aktiviti luar bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti ilmiah dan dalam
konteks sebenar bagi menerapkan kemahiran insaniah. Selain itu, ia dirancang untuk
memberi input dan pengalaman kepada guru pelatih supaya dapat mengetahui, memahami,
menguasai ilmu pengajaran untuk dipraktikkan di sekolah yang akan berkhidmat pada masa
akan datang. Program ini juga adalah satu aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan sesama
guru pelatih dengan pihak lain tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

4.0 MATLAMAT
Tujuan Lawatan Benchmarking Interaksi Dengan Guru Cemerlang ini adalah untuk:
4.1. Mendedahkan kepada guru pelatih mengenai inovasi pedagogi Guru Cemerlang.
4.2. Mendedahkan amalan pengajaran Guru Cemerlang kepada guru pelatih.
4.3. Memupuk dan menanamkan ciri-ciri profesionalisme dan komitmen Guru Cemerlang
dalam diri guru pelatih.
4.4. Mengalakkan kerjasama di kalangan guru pelatih.
4.5. Memupuk para guru pelatih supaya lebih berfikiran positif dan bermotivasi dalam
bidang keguruan sepanjang hayat.

5.0 OBJEKTIF
Objektif program Lawatan Benchmarking Interaksi Dengan Guru Cemerlang ini adalah
untuk:

5.1 Melaksanakan Bina Insan Guru (BIG)


5.2 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugasan secara berkumpulan di kalangan guru pelatih.
5.3 Membina hubungan baik dengan pihak lain seperti sekolah.
5.4 Memupuk kemahiran membuat pengurusan diri dan kumpulan.
5.5 Memupuk kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

2/6
5.6 Mengenali dan menilai potensi diri insan guru.
5.7 Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbaklti.
5.8 Memahami realiti dan tanggungjawab sebagai seorang guru.

6.0 MAKLUMAT PROGRAM

6.1 Tarikh : OKTOBER 2017


6.2 Tempat : Sekolah Kebangsaan Tempoyang.
6.3 Kumpulan Sasaran : 1. Guru
2. 50 orang Guru Pelatih Semester 6 Ambilan Jun 2014
(Senarai Peserta Dilampirkan di LAMPIRAN I.)

7.0 PELAKSANAAN

Program Bina Insan Guru kali ini akan mengambil masa sehari yang melibatkan aktiviti
berunsurkan ilmiah dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di dalam jadual
program adalah seperti di LAMPIRAN II.

8.0 STRUKTUR ORGANISASI

Pengerusi : LEE MING HAN

Naib Pengerusi : SHAMSUL IKMAL BIN NORZALI

Setiausaha : JENNY TING

Naib Setiausaha : NUR LIYANA BINTI RAZALI

Bendahari : SALMIAH BT AHMAD SHOKRI

AJK:
Pengangkutan : WAN NUR SYAMIMI WAN AZMI

Aktiviti : TAY SHAN SHEN


: NASHIERA A/P PARIMAN

3/6
Hadiah & Cenderamata : EFFA NADHIRA FARHANA SAPAWI
: NURUL AFIQAH OSMAN

Makanan : KHUZIERIN A/P TUSAN


: NURUL ASIKIN BINTI LONG

Fotografi / Multimedia : YEOW JING YUAN


: SUHAIZI BIN MAJID
: LEE MIENG CONG
: MOHD. SHAFIQ BIN HJ. SAINI

Keselamatan : AIWON MAIDOL


: AGO RANTAU BIN GHANI

Peralatan : TAN HONG SHENG

MC : TAN LEAN CHUEN


: GOH JIE NIN

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL KEWANGAN JUMLAH CATATAN


(RM)
1. Makan Ditanggung oleh IPG:
RM 10 x 54 orang x 1 hari 540 RM 10 x 54 orang x 1 hari = RM 540
Selebihnya akan dibayar oleh pelajar
Semester 6 Ambilan Jun 2014
2. Cenderamata Dibayar oleh pelajar Semester 6
Ambilan Jun 2014
3. Pengangkutan
1 buah bas - Membuat permohonan penggunaan
4 buah kereta Pensyarah bas IPGKTAA.

Jumlah 540

4/6
10.0 PENUTUP/SYOR
Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang
terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Aras ini dengan sempurna. Hasil
daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan
yang lebih sistematik dan mempraktikan nilai-nilai kepimpinan. Semoga kertas cadangan
pelaksanaan Kursus Bina Insan Guru Fasa VI Semester 6 Ambilan Jun 2014 ini akan
mendapat kelulusan dan dapat dilaksanakan atas keperluan bahawa usaha ini memberi
manfaat yang besar dalam membina jati diri bakal guru yang berketerampilan. Diharapkan
juga program ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Terima
kasih tidak terhingga atas sokongan penuh Yang Berbahagia Tuan Pengarah dan
kepimpinan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan yang sentiasa menyokong usaha-usaha
mempertingkat pembinaan jiwa insaniah guru.

Disediakan,

____________________________
(JENNY TING)
Setiausaha,
Kursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa VI

Disemak, Ulasan:
________________________
________________________
________________________ ________________________
(KHAZALI BIN ISMAIL)

Disokong, Ulasan:
________________________
________________________
______________________________ ________________________
(SHUKRI BIN MAT YAACOB, AMP.)
Ketua Unit Kokurikulum,

5/6
Diluluskan, Ulasan:
_______________________
_______________________
_____________________________________ _______________________
(HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF, SMP.)
Pengarah
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

6/6

Anda mungkin juga menyukai