Anda di halaman 1dari 1

Lot 1017/20

Kampung Baru Hj Mat Isa


Paloh Rawa
18500 Machang
Kelantan
31 DISEMBER 2015
Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH
201, Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Tuan/Puan,
RAYUAN BAGI MENUNAIKAN IBADAH HAJI PADA TAHUN 1437 H / 2016 M.
ABDULLAH AL BAWEH @ SAARANI BIN ISMAIL
NO. AKAUN : 630501000310087
RUHANI BINTI IBRAHIM
NO. AKUAN : 630501063887532
Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas.
Untuk makluman tuan, kami adalah golongan warga emas yang disenaraikan untuk pergi menunaikan
ibadah haji pada tahun 1454 H. Justeru itu, kami memohon dan merayu untuk memperoleh
penempatan haji bagi tahun 1437 H / 2016 M berdasarkan kepada sebab-sebab seperti berikut :
1. Usia kami yang semakin meningkat ini akan menghalang kami daripada mengerjakan ibadat
haji dengan sempurna sekiranya kami tidak dapat menunaikannya dalam masa yang terdekat.
2. Kesihatan kami yang agak baik pada masa sekarang akan memberi keyakinan kami untuk
mengerjakan ibadat haji dengan sempurna berbanding dengan masa hadapan yang kami tidak
pasti akan kesihatan kami.
3. Akaun Tabung Haji kami telah mencukupi untuk mengerjakan haji.
Justeru itu kami amat berbesar hati sekiranya rayuan kami ini dapat dipertimbangkan seterusnya
diberikan peluang mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.
Kerjasama dan jasa baik pihak tuan dalam mempertimbangkan rayuan kami amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wassalam.
Yang benar,

___________________________________
ABDULLAH AL BAWEH@SAARANI BIN ISMAIL
480804-03-5205

___________________________________
RUHANI BINTI IBRAHIM
491028-03-5010

Anda mungkin juga menyukai