Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Pesta Kebudayaan 2014 Anjuran Opsyen Tesl 2, RBT 1, Math 1 dan BC 1

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk melibatkan diri dalam pesta
kebudayaan 2014 yang telah dilaksanakan pada 7 Oktober 2014. Para pelajar PISMP Tesl 2,
RBT 1, Math 1, dan BC 1 telah menjayakan pesta kebudayaan ini dengan baik. Melalui
program ini, banyak kebaikan dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada
aktiviti ini.
Sebelum menjalani program ini kami terlebih dahulu telah melaksanakan tugas sebagai
Ahli Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Sepanjang proses persediaan melakukan pesta
kebudayaan, kami telah mengadakan beberapa kali mesyuarat di mana mesyuarat ini telah
banyak membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai pesta kebudayaan
dan juga untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Saya juga rasa amat bertuah kerana
Ahli jawatankuasa tertinggi pada kali ini telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Dalam
program pesta kebudayaan ini, saya dengan beberapa rakan saya telah diberi tugas untuk
membuat pameran mengenai pakaian traditional.Kami telah menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Disini saya sedar bahawa kerjasama dan
komitmen setiap ajk amatlah diperlukan. Saya amat bertuah kerana dapat bekerjasama
dengan rakan ajk saya. Saya juga sedar memikul tanggungjawap yang sangat besar bukan
lah mudah dan memerlukan kecekalan dan ketabahan. Saya berharap semoga suatu hari
nanti saya juga boleh menjadi pemimpin yang baik dan mempertingkatkan lagi keyakinan
dalam diri saya.
Pada masa yang sama, saya juga sedar bahawa kita haruslah bertanggungjawab dalam
semua perkara yang telah diamanahkan kepada kita. Bagi memastikan semua aktiviti dan
persembahan yang terdapat dalam pesta kebudayaan berjalan dengan lancar, para pelatih
guru telah menjalankan tugas yang diamanahkan tanpa rungutan. Keadaan ini telah
memberikan satu idea kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang sanggup berkhidmat
untuk masyarakat, kita tidak patut memilih kerja-kerja yang semata-mata untuk tujuan
kesenangan diri-sendiri sahaja. Sebaliknya, kami harus sentiasa bersiap sedia untuk memikul
beban dan menggalas tanggungjawab ketika memikul sesuatu tugas yang berat di samping
sentiasa bekerjasama demi kebaikan bersama. kita juga harus berkorban apa jua, sama ada
masa, tenaga, jiwa raga, dan sebagainya untuk kebaikan dan masa depan murid dan juga
masyarakat.
Di samping itu, saya juga sedar bahawa amatlah penting untuk menepati masa dan
mengurus masa dengan baik. Pada program pesta kebudayaan ini, saya menyedari bahawa
pengurusan masa saya adalah baik. Perkara ini amat penting untuk diri setiap guru pelatih,
bak kata pepatah masa itu emas. Saya juga berpendapat bahawa sikap menepati masa
haruslah dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan sesuatu aktiviti tersebut dapat
dijalankan dengan lancar.
Sepanjang proses penyediaan dan perlaksanaan pesta budaya ini saya juga dapat
melihat kekuatan yang ada dalam diri pelatih yang mana sanggup bekerjasama antara satu
sama lain menjayakan program pesta kebudayaan ini. Sebelum bermulanya pesta
kebudayaan, para guru pelatih sentiasa membantu dan menolong antara satu sama lain demi
memastikan kerja kami dapat disiapkan dengan baik. Kesannya, kami berjaya melancarkan
pesta kebudayaan dalam keadaan suasana yang riang dan gembira. Jadi, jelaslah di sini
bahawa pesta kebudayaan ini secara tidak langsung akan dapat merapatkan hubungan
silaturahim antara para guru pelatih dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi
lebih akrab dan kukuh.
Melalui program pesta kebudayaan ini, saya juga sedar betapa indahnya budaya negara
kita

Menimba ilmu pengetahuan dan menggunakan ilmy ni apabila

Anda mungkin juga menyukai