Anda di halaman 1dari 2

Pembiakan Aseks Pembiakan Menggunakan Keratan Batang Lembut, Kayu

Sederhana Dan Kayu Keras


Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah keratan batang lembut ini
termasuklah Scindapsus atau Sireh Puteri, Tradescantia, Hedera serta banyak lagi.
Bahan yang diperlukan adalah: a) Beberapa keratan batang pokok berkenaan
(Scindapsus) sepanjang lebih kurang 1 kaki b) Gunting pokok atau 'sekateur' c)
Bekas tanaman d) Medium pasir sungai e) Plastik atau bekas lutsinar f) Hormon
penggalak akar

Saradix, Hortomone A g) Air siraman Kaedah pembiakan: 1 Sediakan bekas dan


medium tanaman dengan memasukkan pasir sungai ke dalam bekas tanaman
sehingga dua inci ke paras bibir bekas, ratakan. Goncang sedikit bekas tanaman
untuk memadatkan sedikit medium bagi menyenangkan pertumbuhan pokok. 2
Potong pokok Scindapsus di bawah buku batang dan pastikan sekurang-kurangnya
dua buku bagi setiap potongan. Buangkan daun di buku paling bawah bagi
mencepatkan pertumbuhan tunas baru dan mengelakkan pereputan batang. Jika
terdapat akar udara yang tumbuh di buku keratan, jangan dipotong kerana akar ini
akan mencepatkan pertumbuhan tunas baru. Sapukan hormon penggalak akar di
bahagian buku dan akar udara. 3 Buatkan beberapa lubang bagi memenuhi setiap
ruang medium tanaman, tanam keratan batang tadi sehingga medium menutupi
buku batang yang paling bawah sekali dan padatkan medium di sekeliling batang
keratan. 4 Siram medium dan letakkan bekas tanaman dalam plastik atau bekas
lutsinar serta di tempat teduh. Tunas serta akar baru akan tumbuh dalam masa
beberapa minggu.

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian


37 Apabila pertumbuhan batang menjangkau melebihi lima ruas, anda bolehlah
memindahkannya untuk ditanam sama ada dalam beg politena atau pasu cantik
menggunakan medium tanaman untuk pokok berpasu. Selepas itu anda bolehlah
mula membajanya dengan baja kandang (najis ayam atau kelawar) atau baja kimia
berwarna hijau untuk pertumbuhan daun dan batang yang cepat. Pembiakan
dengan cara keratan selalunya dilakukan untuk pokok jenis renek, hiasan, herba,
penutup bumi, menjalar, orkid, buluh dan lain-lain. Walaupun pokok hiasan boleh
dibiakkan dengan cara keratan, tetapi pokok hiasan yang dibiakkan dengan biji
benih kelihatan lebih tegap, sihat dan berbentuk asli. Pokok renek yang boleh
dibiakkan dengan cara keratan ketiga-tiga jenis dahan (keras, sederhana dan
lembut) ialah pokok bunga raya
(Hibiscus sp

.), pokok bunga kertas


(Bougainvilla sp
.) dan lain-lain

Anda mungkin juga menyukai