Anda di halaman 1dari 1

Petua Untuk Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian 1. 2. 3. 4. Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air.

Rendam pakaian yang bertahi lalat ke dalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen. Seperti biasa jemur hingga kering.

Petua Untuk Hilangkan Gatal-Gatal 1. Tepung Sagu - Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air . Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada ba hagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda. 2. Daun Kunyit - Cari daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman .Tum buk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam. Kemudian sapu pada tempat gata l. 3. Gambir - Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, ambil sekeping gambir, masukkan ke dalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Sapu pada bahagian gatal. 4. Garam Kasar - Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilang kan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air. Jangan biarkan garam itu te rlarut. Kemudian sental garam itu di bahagian yang kena gigitan. 5. Daun Rambutan - Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal. Masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi 3 gelas air, hancurka n daun rambutan . Setelah itu perah 2 biji limau nipis serta kacau hingga sebati . Tapis air tersebut, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Seba ik-baiknya dan amalkan 2 minggu sekali. Petua Untuk Halau Semut Pilihan 1. Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kun tun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau as am keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula. Petua 2. Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan se mut atau tempat semut berkerumun. Petua 3. Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghinda rkan semut menghampiri gula. Petua 4. Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tem pat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya. Petua 5. Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tidak perlu ku pas kulit bawang tersebut. Petua 6. Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Anda mungkin juga menyukai