Anda di halaman 1dari 9

1.

PENDAHULUAN


.....
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
".dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan-perbuatan keji dan mungkar " )Al-Ankabuut : Ayat 45 )
Ibadat solat merupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh setiap
umat Islam.Solat yang sempurna akan menjadi benteng yang kukuh sebagai
penghalang kepada kemungkaran dan kemaksiatan kepada ALLAH S.W.T.
Justeru itu,pelaksanaan Kem Bestari Solat di sekolah rendah digarap
bagi memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari
segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan.Program ini diharap
akan melahirkan murid-murid yang berilmu,beriman,beramal serta berakhlak
mulia.

2.0

TUJUAN KERTAS KERJA

2.1
2.2

Mendapatkan kelulusan untuk melaksanakan program.


Mendapatkan tajaan dan sumbangan dari pihak-pihak atau
individu-individu tertentu bagi menampung sebahagian daripada kos
pelaksanaan program.
Menjelaskan dasar, pelaksanaan dan pengurusan program.
Mendapatkan sokongan daripada semua pihak dalam menjayakan
program ini.

2.3
2.4

3.0

TAKRIF PROGRAM

Model Bestari Solat


ini adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk
memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan,
perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan dalam kehidupan seharian.

4.0

OBJEKTIF PROGRAM

4.1
4.2
4.3

4.6

Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar
Murid dapat melafazkan bacaan Doa Qunut dengan betul dan lancar
Murid-murid dapat membaca dan menghafaz surah-surah dengan betul
dan lancar.
Murid dapat menyatakan syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah solat
Murid dapat melafaz bacaan Tahiyat Awal dan Akhir dengan betul dan
lancar.
Murid dapat menyatakan pengertian bacaan-bacaan pendek dalam solat
Murid-murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu.
Memastikan murid-murid melaksanakan tuntutan fardhu 'ain dengan
mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam.
Murid-murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam
solat dengan betul dan lancar.
Murid-murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada
secara bersendirian atau berjemaah.
Murid-murid akan beristiqamah untuk mendirikan solat di rumah.

5.0

TEMA

4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.4
4.5

BERILMU , BERIMAN , BERAMAL DAN BERAKHLAK

6.0

KUMPULAN SASAR

Semua murid Tahun 4 dan 5 yang beragama Islam. Murid-murid Akan


dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 hingga 14
orang murid di bawah bimbingan satu atau dua orang fasilitator (mengikut
kesesuaian) bagi setiap kumpulan. Pelaksanaan mengikut LDK yang telah
dilaksanakan samada bacaan atau amali.

7.0

TARIKH

Program ini akan dilaksanakan sebanyak empat siri bagi tahun 2015. Siri
Pertama
akan dilaksanakan pada hari Sabtu 4 April 2015 (Sabtu). Program
ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari.
2

8.0

TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Seri Setia, kelas-kelas,bilik agama dan Surau Sekolah


Kebangsaan Seri Setia

9.0

URUSETIA DAN FASILITATOR

9.1
9.2
9.3

Guru-guru j-QAF
Guru-guru Pendidikan Islam
Guru-guru lain yang berkebolehan

10.0

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL
1.

PERKARA

JUMLAH

MAKANAN
1) Peserta
(Rehat dan Tengah hari)

2.

Fail & Bahan Edaran

3.

Banner

4.

KOS

RM 7.00 X 160 Orang

RM 1120

RM 60

RM 60

RM 50
JUMLAH KESELURUHAN

RM 50
RM 1230

11.0

MAJLIS JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat

: En.Soharto Bin Baharen


(Guru Besar SK SERI SETIA)

Pengerusi

: Pn.Dawi Zubaidah Bt Juperi


(GPK PENTADBIRAN 1 )

Naib Pengerusi

: Pn.Wizana Bt Harun
(GPK KO KURIKULUM)

Penyelaras

: Pn. Zalina Bt Rifin


(KP PENDIDIKDN ISLAM)

Setiausaha

: Pn. Norbaizura Bt Abdullah

AJK

: Semua guru Pendidikan Islam dan guru-guru SK Seri Setia

11.1

JAWATAN KUASA KECIL

BIL JAWATANKUASA KECIL


1
Pendaftaran
Cik Suria Bt Ab Rashid
Pn Mimi Aini bt Abd Pani

BIDANG TUGAS
1. Menyediakan senarai kehadiran
guru dan murid.
2. Mengambil kehadiran murid

1. Menyediakan Buku Atur Cara


mengikut atucara majlis yang
dipersetujui
2. Menyediakan Buku Atur Cara untuk
semua tetamu.
3. Menunjukkan
Buku Atur Cara
kepada Guru Besar untuk disemak.
1.
Menyediakan teks pengacaraan
majlis.
2. Menjadi juru acara sepanjang majlis
berlangsung.
3. Menyerahkan teks pengacaraan
kepada Guru Besar untuk di semak.
BIDANG TUGAS

Buku Atur Cara


Pn Siti Shamsiah bt Abdul Rahman
Cik Nur Izzati Aisyah bt Abdullah Sani

Juru Acara
En Aswandie bin Marsidi
Pn Nor Ashikin bt Yusuff

BIL JAWATANKUASA KECIL

Hiasan Pentas dan Banner


En Mohd Raduan bin Kamaruddin
En Mohd Fadzil bin Abdul Wahab
Pn Noor Hidayah Bt Hassan
Pn Nurul Amira bt Johari
Cik Rosliliwani bt Mat

1. Menempah banner
2. Menghias pentas
3. Menyiapkan back drop sehari
sebelum majlis bermula.
4. Menyimpan semula peralatan dan
membersihkan
pentas
selepas
majlis berakhir.
1. Menyedia dan memastikan semua
perlatan seperti LCD, mikrofon dan
laptop berfungsi dengan baik.

Siaraya
En Mohd Nasir bin Abdullah

Juru Gambar
En Kamal bin Abdullah

Makanan
Pn Norhanifah bt Sirat
Pn Fatimah bt Awang
Pn Norehan bt Kamarulzaman
Pn Hilda Ilya bt Hilmi

1. Mengambil gambar semasa majlis


sedang berlangsung.
2. Menyerahkan
gambar
kepada
jawatankuasa dokumentasi.
1. Memastikan makanan mencukupi
untuk semua tetamu yang hadir.
2. Memastikan
makanan
siap
terhidang atau dibungkus pada
waktu yang telah ditetapkan.

Bacaan Doa
En Abdul Hafiz Bin Abdul Satar

1. Menyediakan teks bacaan doa


2. Memimpin bacaan doa

Kem Komandan
En Hakiman Bin Hanifa

1. Menyelaras dan mengelola peserta.


2. Memastikan
peserta
mengikut
arahan dan menepati masa

10

Dokumentasi
Pn. Norbaizura bt Abdullah

1. Menyiapkan dokumentasi dalam


dalam masa seminggu selepas
majlis berakhir.
2. Mengumpul semua maklumat atau
bahan untuk didokumentasikan
3. Menggunakan fon Times New
Roman bersaiz 11 untuk huruf dan
angka.

BIL
11

JAWATANKUASA KECIL
Fasilitator
Pn Norzarina bt Hassan
Pn Norhayati bt Abdul Rahman
Pn Normalai bt Hitam
Pn Siti Shamsiah bt Abdul Rahman
Pn Siti Sabariah bt Sahem
Pn Suhailiyah bt Muhamad
Pn Nor Hasanah bt Hanas
Pn Villma Nabiha bt Md. Affindi
Pn Zalina bt Rifin
En Hakiman bin Hanifa
En Abdul Hafiz bin Abdul satar
En Mohd Kaikila bin Mohd Yusof
En Ismail bin Othman
En Supian bin Zainuddin
En Ab Manaf bin Zakaria
En Afandi bin Mohamed
Pn Azizah bt Johari
Pn Norhafiza bt Hamdi
Pn Rabiatul Adawiyah bt Dulkarim
Pn Jamaliah bt Sharib
En Mohd Faizal bin Abu Bakar
En Norhafiz bin Jaffar Ali
En Rosli bin Hassan
En Rasidi bin Abdul Rahman

BIDANG TUGAS
1. Membimbing dan memudahcara peserta
melaksana LDK
2. Mengisi borang rekod pencapaian murid
dan kelas.

12.0

TENTATIF PROGRAM

8.00 PG
8.20 PG
8:30PG

: Pendaftaran Peserta
: Lagu Negaraku
: Bacaan Doa

8:40 PG

: Ucapan Perasmian Oleh Guru Besar

9:00 PG

: LDK 1

10:00

: Rehat

10:25

: LDK 2

11:25
12:00

: LDK 3
: Makan Tengah hari dan Bersurai

13.0

SUKATAN PENGISIAN LDK KEM BESTARI SOLAT 2014

Sila rujuk Lampiran 1

14.0

SENARAI MURID DAN FASILITAOR

Sila rujuk Lampiran 2

15.0

BORANG SENARAI SEMAK

Sila rujuk Lampiran 3

16.0

PENUTUP

Pihak Jawatankuasa Pelaksana mengharapkan agar program ini dapat


memberi input yang semaksima mungkin dalam mencapai objektif yang telah
digariskan. Oleh yang demikian, adalah diharapkan kepada semua pihak
khususnya pihak pentadbir Sek. Keb. Seri Setia, para fasilitator dan urusetia, ibu
bapa dan murid-murid dapat memberikan kerjasama, sokongan dan bantuan
yang diperlukan sama ada sumbangan kewangan, idea atau titisan keringat
dalam menjayakan usaha yang murni ini.
Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama
yang diberikan. Akhir kata, semoga program ini akan memberi kesan yang
mendalam kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan
dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan tuntutan fardhu ain yang
diperintahkan oleh ALLAH s.w.t dan seterusnya melahirkan generasi pelapis
yang bersahsiah cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..
( Pn. Norbaizura Binti Abdullah)
S/U Kem Bestari Solat 1 2015,
SK Seri Setia, 58200 Kuala Lumpur.

.
(Pn Zalina Binti Rifin)
Ketua Panitia Pendidikan Islam,
SK Seri Setia, 58200 Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

( En. Soharto Bin Baharen )


Guru Besar,
SK Seri Setia, 58200 Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai