Anda di halaman 1dari 15

SUB TAJUK 3.

3.1

Permainan Bola tampar

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat

3.2

1.

menguasai kemahiran asas dalam satu permainan yang dipilih.

2.

menguasai kemahiran mengajar dengan mengaplikasikan pelbagai


kaedah dan pendekatan.

3.

mengaplikasikan prinsip-prinsip ansurmaju dan variasi aktiviti dalam


pengajaran dan pembelajaran

4.

memahami konsep serta tafsiran butiran mengajar sewaktu lakuan aktiviti


dalam usaha memperkemaskan teknik.

Memahami Konsep Kemahiran Asas Bola tampar


Sebelum menguasai permainan sebenar seseorang itu seharusnya dapat
mengetahui kemahiran-kemahiran asas dalam sesuatu permainan. Kemahiran
asas ini adalah merupakan kemahiran-kemahiran kecil dalam sesuatu permainan
yang apabila digabungkan ianya adalah merupakan kemahiran sebenar sesuatu
permainan. Contohnya dalam permainan bola tampar; kemahiran-kemahiran
asasnya adalah kemahiran menyangga, kemahiran servis, kemahiran
mengumpan, kemahiran merejam dan kemahiran menghadang.
Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar ialah
i.
ii.
iii.
iv.
v.

menyangga
servis
mengumpan
merejam dan
menghadang

118

i.

Menyangga

Menyangga ialah cara asas menyambut dan menghantar bola dengan


kedua-dua belah tangan. Kemahiran ini digunakan untuk menyangga dan
mengawal bola yang di terima pada paras bawah pinggang seperti menerima
bola servis atau rejaman.

Rajah 1: Menyangga

119

ii.

Servis

Setiap permainan bola tampar dimulakan dengan servis. Servis dilakukan


oleh setiap pemain mengikut giliran. Servis dilakukan dari sepanjang garisan
belakang gelanggang pasukan yang melakukan servis tanpa memijak
garisan tersebut. Kesilapan yang dilakukan oleh pasukan yang melakukan
servis akan mengakibatkan hilang servis.
Contoh servis dari bawah

Rajah 2 : Servis Bawah

Contoh servis dari atas

Rajah 3 : Servis Atas

120

iii.

Mengumpan

Mengumpan ialah kemahiran menyediakan bola untuk rakan sepasukan


melakukan rejaman. Kebiasaannya, seorang pemain (setter) akan diberi
tugasan untuk melakukan umpanan. Kemahiran ini memerlukan
kesefahaman yang tinggi antara pemain yang melakukan umpanan dengan
pemain yang akan melakukan rejaman. Umpanan boleh dilakukan di tepi
jaring atau di tengah gelanggang mengikut strategi .

Rajah 4 : Mengumpan

121

iv.

Merejam

Rejaman ialah kemahiran serangan mematikan bola dalam gelanggang pihak


lawan untuk mendapatkan mata atau mematikan servis lawan. Kemahiran ini
adalah kemahiran yang kompleks dalam permainan bola tampar. Pemain
perlu mempunyai kordinasi yang baik iaitu melakukan larian, lompatan,
pergerakan di udara, memukul bola dan mendarat. Rejaman boleh dilakukan
dari mana-mana bahagian gelanggang oleh semua pemain. Pemain barisan
belakang dibenar melakukan rejaman tanpa melepasi garisan serangan
(garisan tiga meter).

Rajah 5 : Merejam

122

v.

Menghadang

Hadangan adalah lapisan pertahanan yang pertama menghalang serangan


pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan ketepatan dan kuasa otot kaki ketika
melompat. Hadangan boleh dilakukan secara individu, berdua atau bertiga.
Hadangan hanya boleh dilaksanakan oleh pemain barisan hadapan.

123

Rajah 6 : Menghadang

3.3

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
i.

Jenis kaedah

Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan adalah


a.
b.
c.
d.
e.
f.
3.4

kaedah tradisional
kaedah tugasan
kaedah resiprokal
kaedah penyelesaian masalah
kaedah kumpulan
kaedah Gestalt

Butiran mengajar dalam kemahiran asas


Butiran mengajar adalah fokus pembelajaran yang ditekankan / diutamakan
untuk memastikan teknik lakuan dilakukan dengan betul. Contohnya dalam
teknik menyangga dan mengawal bola yang di terima pada paras bawah
pinggang seperti menerima bola servis atau rejaman.

i. Teknik
Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran
dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah
124

betul. Contohnya dalam permainan bola tampar; kemahiran yang dipilih adalah
menyangga dari bawah. Bagaimanakah lakuan menyangga dari bawah
dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan menyangga itu
dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara merendahkan badan sebelah kaki
dihadapan, mata memandang kearah bola, luruskan kedua dua belah tangan
untuk menyambut bola, kontek bola di bahagian lengan bawah, luruskan lutut
apabila menyangga dan akhiri aksi dengan tumit ditinggikan.

Rajah 7 : Teknik Menyangga

ii.

Pendekatan Mengajar
Sewaktu pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh
menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih
haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Bagi
memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru
mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid.

iii.

Prinsip Ansur maju dalam Pengajaran dan Pembelajaran


a. Prinsip Ansurmaju
i. Daripada pergerakan kasar kepada pergerakan halus.
( Coarse to refine )
ii. Daripada pergerakan ringkas kepada pergerakan kompleks.
( Simple to complex )
iii. Daripada pergerakan mudah kepada pergerakan susah.
( Easy to difficult )
b. Kebaikan Ansurmaju:
Melibatkan guru
i.

Guru mengajar secara berperingkat-peringkat dan menegaskan


butiran mengajar secara terperinci bagi setiap peringkat pergerakan.

125

ii. Guru dapat mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid pada
setiap peringkat dan membetulkannya dengan serta merta.
iii. Guru dapat membuat tunjukcara / demonstrasi bagi setiap peringkat
pergerakan dan menjelaskan kaitannya antara setiap peringkat.
iv. Membantu guru mengajar menggunakan model jika guru sendiri
tidak dapat melakukan kemahiran.
v. Menunjukkan tingkat kreativiti guru dalam pengajaran.
vi. Perkembangan pengajaran menunjukkan pemeringkatan sesuai
dengan kebolehan murid secara teratur dan terkawal.
vii. Pemeringkatan penguasaan kemahiran mengikut urutan memacu ke
arah pencapaian objektif.
viii. Dapat minimumkan berlakunya kemalangan dan kecederaan.
ix. Jika berlaku juga kemalangan, tahap serious kecederaan dapat
dikurangkan.
Melibatkan murid
i. Murid memahami dengan jelas setiap peringkat pergerakan aktiviti.
ii. Murid dapat mengenalpasti setiap kesalahan yang dilakukan pada
setiap peringkat pergerakan.
iii. Murid dapat melihat kaitan / hubungan gerakan bagi setiap peringkat
pergerakan.
iv. Dengan berperanan sebagai penyokong murid dapat memainkan
peranan sebagai pembantu guru.
v. Murid tidak akan merasa bosan kerana terdapat berbagai gaya
gerakan dalam sesuatu aktiviti.
vi. Dapat memupuk semangat keberanian dan keyakinan murid setelah
menyedari tahap kecederaan amat minimum.
vii. Menekankan aspek kerjasama, saling tolong menolong dan
membantu penerapan nilai murni.
viii. Murid akan amat responsif dan terlibat sepenuhnya dalam aktiviti
3.5

Variasi aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran


Variasi merupakan pelbagai aktiviti yang dirancang untuk mengajar satu
kemahiran dalam sesuatu permainan.
a.

Ciri-ciri Variasi
i.
ii.
iii.
iv.

Mempelbagaikan aktiviti yang diajar tetapi kemahiran tetap satu.


Melakukan latihtubi melalui pelbagai variasi.
Pengukuhan penguasaan kemahiran yang di ajar.
Mengelakkan murid merasa bosan dengan melakukan satu aktiviti
sahaja.
v. Menunjukkan kreativiti guru dalam pengajarannya.
vi. Mendedahkan murid kepada gerakan-gerakan yang mungkin
dilakukan atau dilaluinya dalam situasi permainan sebenar.
vii. Penglibatan murid aktif dan menyeluruh

126

Contoh variasi dalam pengajaran kemahiran bola tampar


Kemahiran : Menyangga bola
Variasi 1 : Latihan Statik ( Dari bawah dan atas )
(a) A melambung bola dan pemain-pemain menyangganya balik kepada
A secara bergilir.

Rajah 8 : Variasi 1a.

(b). Setelah menyangga bola pemain-pemain akan beredar ke belakang


barisannya

Rajah 9 : Variasi 1b

Variasi 2 : Latihan Bergerak Berpasangan


(a)

Pemain B akan bergerak ke kiri atau kanan untuk menyangga bola


balik kepada pengumpan yang melambungkannya.

127

Rajah 10 : Variasi 2a

(b)

Pemain A akan menyebut salah satu huruf dan pemain berkenaan


akan lari ke depan dan menyangga bola itu yang dilambung
kepadanya.

Rajah 11 : Variasi 2b

Variasi 3 : Latihan Berkait


(a)

Pemain akan menyangga bola balik kepada A melalui atas


jaring. Tugas A membaling bola kepada pemain.

Rajah 12 : Variasi 3a
(b)

Pemain cuba menyangga bola ke sebelah gelanggang supaya bola


jatuh dalam gelanggang. A akan melambung bola dan memberi
isyarat gelanggang mana yang dia mesti menghalakan bola itu.

128

Rajah 13 : Variasi 3b

Latihan
Anda perlu menyenaraikan beberapa butiran penting dan buatkan catatan ringkas
mengenai kemahiran berikut ;
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Menyangga ;
Servis ;
Mengumpan ;
Merejam dan
Menghadang
Soalan Tutorial

Anda dikehendaki berbincang dengan rakan mengenai


mempelajari kemahiran servis (rujuk rajah di bawah).

butiran-butiran

dalam

Anda juga perlu menyenaraikan langkah-langkah keselamatan dan mengelakkan


kecederaan semasa melakukan kemahiran tersebut.

129

3.6

Rumusan
Pembelajaran kemahiran dalam sesuatu permainan adalah asas kepada
permainan tersebut. Pelbagai teknik, kaedah dan pendekatan perlu dipelajari
bagi memantapkan lagi kemahiran tersebut khususnya lakukan kemahiran
berulang-ulang dengan ansurmaju yang sesuai iaitu daripada kemahiran yang
mudah kepada kemahiran yang lebih sukar dan kompleks atau divariasikan
latihan kemahiran tersebut.

Bacaan Asas
Teng Boon Tong. (1994). Panduan Pengajaran Kemahiran Permainan. Petaling
Jaya : Longman.

RUJUKAN
American Sport Education Program. (2001). Coaching youth volleytball (3rd.ed.).
Champaign, IL: Human Kinetics.
Jensen, J.. (1994) Fundamental volleyball. Minneapolis: Lerner Publications.
Kluka, D.A., & Dun, P. (2000). Volleyball: winning edge series (4th.ed.). Dubuque, IA:
McGraw Hill.
Viera, B.L., & Ferguson, B.J. (1996). Volleyball: steps to success (2nd.ed.).
Champaign, IL: Human Kinetics.

130

Wise, M. (2002). Serving. In D. Shondell & L. Reynard (eds.). The volleyball coaching
bible. (pp. 112-120). Champaign, IL: Human Kinetics.
Modul kejurulatihan bola tampar peringkat kebangsaan (1991). Persatuan Bola
Tampar Amatur Malaysia.
Baley, J.A. & Field, D.A. (1976). Physical Education and Physical Educator (2nd. Ed.)
Boston : Allyn & Bacon.
Barrow, H.M. (1971). Man and His Movement: Principles of Physical Education
Philadelphia : Lea & Febiger.
Bucher, C.A. (1983). Foundation of Physical Education (9th. Ed.). St. Louis : C.V.
Mosby.
Buschner, C.A. (1994). Teaching Children Movement Concepts and Skills.
Champaign, IL : Human Kinetics.
Corbin, C.B. & Lindsey, R. (1994). Concepts of Physical Fitness with Laboratories.
Dubuque : Wm.C. Brown.
Gallahue, D.L. (1996). Developmental Physical Education For Todays Children (3rd
ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark.
Graham, G. (1992). Teaching Physical Education : Becoming A Master Teacher.
Champaign, IL : Human Kinetic.
Hopple, C.J. (1995). Teaching For Outcomes In Elementary Physical Education : A
Guide For Curriculum And Assessment. Champaign, IL : Human Kinetics.
Jasma, P. & French, R. (1994). Special Physical Education : Physical Activity,
Sports
and Recreation. N. Jersey : Prentice Hall.
Johnson, B.L. & Nelson, J.K. (1986). Practical Measurements For Evaluation In
Physical Education. Minneapolis : Burges.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. K.
Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
_____________________________ (1997). Buku Panduan Pendidikan Pergerakan :
Gimnastik Artistik. K.Lumpur : DBP.
_____________________________ (1998). Buku Panduan Ujian Kecergasan
Fizikal. K.Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
_____________________________ (2001). Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.
K.Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

131

Majlis Belia dan Sukan. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia. (1996). Ujian
Kecergasan Jasmani Kebangsaan : Panduan Penilaian. Kuala Lumpur :
Kementerian Belia dan Sukan.
McGee, R. & Farrow, A. (1987). Test Questions For Physical Education Activities.
Champaign, IL : Human Kinetics.
Mosston,M.(1981). Teaching Physical Education. London Sydney : Charles E. Merill
Pub, Co, A. Bell, Howell.
Pangrazi, R.P. & Dauer, V.P. (1992). Dynamic Physical Education For Elementary
School Children (10th ed.). N.Y. Macmillan.
Pate, R.R. (1994). Health and Fitness Through Physical Education. Illinois : Human
Kinetics.
Randall L.E. (1992). The Student Teachers Handbook For Physical Education.
Champaign IL: Human Kinetics.
Teng Boon Tong. (1995). Panduan Pengajaran Gimnastik Artistik. Petaling Jaya:
Longman.
Teng Boon Tong. (1994). Panduan Pengajaran Kemahiran Permainan. Petaling Jaya
: Longman.
Yusof Ismail. (1994). Gimnastik. Shah Alam : Fajar Bakti.

132

Anda mungkin juga menyukai