Anda di halaman 1dari 25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

JALAN SIKAMAT, 70400 SEREMBAN


NEGERI SEMBILAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(PISMP)
AMBILAN JUN 2013

BAHASA TAMIL (SK)


(SEMESTER 1)
SESI JUN 2013 - SESI NOV 2013

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI


MALAYSIA
EDU 3101
NAMA PELAJAR

: SANTHIYA PERISAMY

NO. KAD PENGENALAN : 880606-08-5474


UNIT
PENSYARAH

: PENGAJIAN TAMIL
: ENCIK SUFIAN BIN ABD MUTALIB

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
Ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :
Nama

: SANTHIYA PERISAMY

Tarikh

Halaman Judul

TAJUK TUGASAN
1. Ulasan Inventori Falsafah Pendidikan
2. Esei Pendek Amalan Guru Terhadap FPK dan FPG
NAMA JABATAN/UNIT
Unit Kokurikulum
Unit Bahsa Tamil

NAMA INSTITUSI
IPG Kampus Raja Melewar,Negeri Sembilan

PENGHARGAAN
Saya SANTHIYA PERISAMY dari Unit Bahasa Tamil Ambilan Jun 2013 telah
menyiapkan tugasan tentang Hubungan Etnik WAJ 3062. Dalam tugasan ini perlu
menganalisis usaha usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membendung
krisis perkauman selepas belakunya rusuhan kaum pada 1969 dan mengenal pasti
langkah langkah yang bolehdiambil untuk mengekalkan perpaduan antara kaum di
Malaysia.
Pensyarah Hubungan Etnik,

telah membantu kami untuk menyiapkan

tugasan ini. Beliau telah mengajar kami untuk merancang dan menyiapkan tugasan
ini dari awal hingga akhir. Ini membantu kami untuk menyiapkan kerja kursus pendek
ini dengan sempurna dan tepat dalam masa yang diberi.
Kami turut berterima kasih pada ibu bapa kami kerana menolong kami dari
segi kewangan. Kami juga ingin berterima kasih pada rakan rakan sekelas kami
kerana sudi bekerjasama dengan kami untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai
sumber.
Akhir kata, kami sekumpulan ingin berterima kasih pada semua pihak yang
mendorong kami untuk menyiapkan tugasan ini dan menulis laporan serta
menghantar pada masa yang ditetapkan.

1.0 PENGENALAN

Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur


kepada negara sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju kearah status
negara maju, seperti yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam Wawasan 2020.
Pencetusan kepada proses transformasi sosioekonomi yang luar biasa ini ialah
peristiwa rusuhan etnik 13 mei 1969 yang telah membuat kesemua rakyat Malaysia
tersentak lalu membuka mata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam
masyarakat kita, khususnya dari segi hubungan etnik, walaupun kita sudah merdeka
dan perlahan-lahan sudah mula menikmati keselesaan ekonomi.
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna
orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya.
Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu
kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan
dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Budaya biasanya
dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti
kesenian, barangan, makanan, tarian dansebagainya.
Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh negara di dalam menyatupadukan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah dari segi bahasa,
sistem pendidikan kebangsaan, kebudayaan, ekonomi, agama dan lain-lain.
Kepelbagaian bahasa petuturan ini menyebabkan akan timbulnya masalah
komunikasi

di

kalangan

rakyat yang pelbagai.

Antara

isu yang pernah

timbul yang membabitkan soal sensitiviti agama ialah berkenaan tuntutan jenazah
orang yang telah memeluk Islam oleh keluarganyayang tidak Islam, pembinaan
rumah

ibadat

orang

bukan

Islam

di

kawasan

penduduk

majoriti

Islam

dan yang terkini ialah iklan Hari raya Aidilfitri yang menyelitkan unsur-unsur agama
lain.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia
keenam, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan langkah yang
bersesuaian dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa jua
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun
Negara. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara
asas yang ingin mewujudkan dalam semangat perpaduan ialah perasaan hormat-

menghormati, keikhlasan dan sikap silang mempercayai antara kaum. 1 Malaysia


juga ingin mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian
berpaksikan keutamaan rakyat seperti slogan utamanya: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.
Secara kesimpulannya, pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu
berjalan dengan lancar dan simbang agar tidak wujud kepincangan sehingga
mnimbulkan konflik. Keseimbangan tersebut melibatkan agihan kekayaan ekonomi
secara saksama dan perkongsian kuasa yang matang.

PERISTIWA 13 MEI 1969


Pada hari ini tanggal 13 Mei 1969, pertumpuhan darah dan kacau bilau yang dahsyat
telah berlaku di Malaysia dan hamper menghancurkan Negara. Dalam sejarah Malaysia
moden, peristiwa berdarah 13 Mei telah mencatatkan satu titik hitam yang pasti tidak dapat
diluoakan oleh setiap takyat di Negara ini.

Kenapa berlakunya peristiwa 13 Mei? Tunku Abdul Rahman telah menyalahkan


komunis dan anasir-anasir kongsi gelap lain yang dikatakan bertanggungjawab berlakunya
peristiwa tersebut. Bagaimanapun Tun Dr.Ismail Menteri Dalam Negeri ketika itu
mengatakan bahawa demokrasi telah mati di Negara ini. Demokrasi mati di tangan partiparti politik pembangkang yang telah mendorongkan meletusnya keganasan ini.
Laporan Majlis Keselamatan Negara (9 Oktober 1969) berpendapat bahawa
peristiwa ini terjadi akibat peranan yang dimainkan oleh Parti Komunis Malaya dan kongsi
kongsi gelap cina di samping beberapa factor yang lain. Walaubagaimanapun sebabnnya 13
Mei merupakan satu krisis perkauman yang terbesar di Negara, yang melibatkan tiga kaum
terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pertelingkahan itu memakan korban yang besar iaitu
seramai 196 orang mati,dan 149 orang cedera. Walaubagaimanapun pihak polis dengan
bantuan tentera berjaya mengawal keadaan daripada terus berpanjangan.
Apabila keadaan kekacauan seperti ini berlaku adalah menjadi tanggungjawab polis untuk
memulihkan keadaan dan mewujudkan kestabilan awam. Dalam melaksankan tugas untuk
mengamankan Negara semasa berlakunya peristiwa 13 Mei itu PDRM Berjaya memainkan
peranannya dengan berkesan, bukan sahaja disebabkan oleh kemampuan dn kecekapan
anggota anggotanya bertindak tetapi lebih penting ialah cara tindakan mereka yanf todak
beray sebelah yang adil dan saksama.
Apabila keadaan pulih seperti sedia kala, pasukan polis menerusi Cawangan Khas
terus bertindak dengan lebih berhati-hati dan lebih peka pada isu-isu sensitive yang boleh
mencetuskan penentangan dan pergaduhan antara kaum. Sesungguhnya peranan yang
dimainkan ileh polis untuk memupuk perpaduan dengan berusaha menghindar tercetusnya
krisis bercorak perkauman tidak pernah dipublisitikan secara meluas walaupun terbukti
berkesan sekali.
Dalam menyelesaikan satu-satu masalah yang bercorak perkauman yang boleh
mencetuskan penggeseran antara kaum, PDRM bertindak berhati-hati. Pertama, sesuatu isu
itu diselesaikan dengan rundingan dan nasihat. Kedua PDRM terpaksa menggunakan
undang-undang untuk memastikan bahawa sesuatu isu itu tidak boleh merebak atau
dieksploitasikan untuk mencetuskan krisis bercorak perkauman.
Di samping pelampau perkauman, Negara juga berhadapan dengan ancaman
pelampau politik dan keagamaan. Pihak polis tidak menyalahgunakan kuasanya untuk
menyekat hak dan kebebasan politik dan keagamaan seseorang warganegara. Tumpuan
ialah tindak-tanduk seseorang indivdu atau kumpulan yang memperalatkan

politiknatau

agama untuk mencetuskan pergolakan atau menimbulkan pertentangan atau krisis hingga
boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta keselamatan Negara.

KRONOLOGI PERISTIWA

Semasa Pilihan Raya 1969, calon pilihan raya terutamanya daripada parti
pembangkang,telah membangkitkan soal-soal sensitif

cnthnya : Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan
orang bukan Melayu.

Parti Perikatan telah mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya 1969.Parti Perikatan
telah hilang majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat.

Kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan
mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor

Jam 3.00 petang,berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua
kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Jam 4.00 petang dua pemandu motosikal
Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok
dibakar dan pemandunya dibunuh.

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 dan Mageran dibentuk di bawah
pentadbiran Tun BERLAKUNYA
Abdul Razak. Parlimen13
dibubarkan.
PUNCA-PUNCA
MEI

c
D
p
e
M
u
ils
tfb
m
ry
a
h
k
g
S
d
n
P
z
J
-B
mb
e
M
u
is
k
g
n
a
itf p
s
e
n
itk
d
a
a n
ilh
p
y u
ra
m
e n
P
uu
d
n
a
k
un
p
e
J

s ta
a
D
rin
e
p
c rits
e
rp
B
h
h
n
a
d

P tu
a
rs
e
p
rs e
n
a
ik
tn
a

te b
is
S
g
n
a
y
n in
p
m
s
ra
e
k n
d
a
g
rb e
e
P
na
za
ma
g
a n
d
da
u
b
y

Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus
kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikanm khususnya oleh kaum Cina.
Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan
sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang
Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan
punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.
Proses demokrasi yang bergelora
Pada 10 Mei 1969, pilihanraya telah diisytiharkan di Semenanjung Malaysia yang
memberi keyakinan kepada parti UMNO tetapi tanpa disedari ia telah mengancam proses
demokrasi. Kerenggangan penyokong-penyokong berbangsa Cina mula dirasai dan
penguasaan UMNO di dalam kekuasan politik Persekutuan dan juga Negeri mula terlucut;
kapal layar Parti Perikatan, yang terdahulunya sentiasa berada di hadapan di dalam setiap

pilihanraya, telah mula kelihatan mengharungi lautan yang bergelora dan di peringkat inilah
kedudukan penguasaan UMNO di dalam kerajaan mula goyah dan bermulalah krisis
keyakinan di dalam proses demokrasi itu sendiri.
Kekecewaan mula timbul bukan sahaja terhadap keputusan pilihanraya 1969 tetapi
terhadap proses demokrasi itu sendiri. Komuniti bukan Melayu, akibat konsensi dan
kompromi yang diberikan oleh orang Melayu sendiri, kini memperolehi sebahagian daripada
kuasa politik negara. Pada pagi Isnin, 12 Mei 1969, Dr. Tan Chee Khoon yang telah
memenangi kerusi dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Batu, Selangor telah
meminta kbenaran pihak polis untuk mengadakan satu perarakan kemenangan oleh ahli-ahli
parti Gerakan. Kebenaran dan permit telah dikeluarkan oleh pihak polis. Sebaliknya DAP
tanpa mendapat kebenaran pihak polis, turut membuat keputusan untuk mengadakan
perarakan yang sama pada 13 Mei 1969. Justeru DAP telah turut sama dengan perarakan
yang dibuat oleh Gerakan. Gabungan dua parti pembangkang yang selama ini diibaratkan
sebagai api di dalam serkam mula mengkucar-kacirkan keadaan. Sebagai tindak balas,
pemuda-pemuda Melayu UMNO mula bertindak untuk mengadakan satu perarakan UMNO
bagi membalas perarakan Parti DAP dan Gerakan sebelum ini.
Kejadian mengamuk secara beramai-ramai yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca
dari khabar-khabar angin yang merebak bagikan api. Tanggapan bahawa perubahan akan
berlaku terhadap konfigurasi kuasa politik dan keraguan di kalangan masyarakat Melayu
telah mengeruhkan lagi keadaan yang kian genting. Kemarahan orang-orang Melayu
khasnya mereka yang menyokong parti UMNO telah ditujukan kepada orang-orang Cina
dan India yang dianggap pembelot yang telah meninggalkan Parti Perikatan, parti yang
mengabungkan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India.
Penutup
Tidak dinafikan bahawa yang nyata, rusuhan ini adalah berpunca daripada polarisasi
perkauman ( ethnic polarisation) dan kemarahan orang Melayu serta rungutan yang
berterusan terhadap ketidakseimbangan sera pencapaian tahap ekonomi yang lemah.
Keberkesanan pihak tentera menjalankan tugas bagi mengawal keadaan kacau bilau serta
huru-hara khususnya di kawasan ibu kota mendapat pujian. Sekiranya pihak tentera lambat
bertindak, berkemungkinan keadaan menjadi tidak terkawal mengakibatkan ramai menjadi
mangsa tercedera dan terbunuh akibat perasaan marah yang membara dan sukar
dibendung lagi ketika itu.
Peristiwa yang berlaku ini perlu dijadikan teladan kepada semua pihak, dan sebagai
rakyat yang cintakan keamanan, kita perlu menanganinya dari berlaku lagi pada masa akan

datang. Keamanan dan kestabilan negara bukan sahaja dipikul oleh pasukan keselamatan ,
khasnya pihak tentera, tapi oleh semua. Masyarakat majmuk perlu faham budaya dan adat
resam lain-lain bangsa. Pemimpin-pemimpin parti politik seharusnya jangan sesekali
mengambil peluang atas kedudukannya dan melaga-lagakan rakyat demi kepentingan
peribadi. Prinsip Rukun Negara yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei perlu diamati dan
dijiwai oleh rakyat demi sejahteraan kita semua.
Rakyat jangan ambil mudah di atas keamanan yang sedang dikecapi kerana di
sebalik itu terdapat anasir-anasir yang sedang berusaha untuk memporak-perandakan
keadaan.

LANGKAH LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN


Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang
kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama
hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan
damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni
Bersekutu Bertambah Mutuuntuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan
kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.
Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita harus
memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya
rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur dengan tebing
sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang
keenam, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi
menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah bulat air kerana pembetung bulat
manusia kerana muafakat. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu
melakukan usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat
Seantero Malaysia.
Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus dibuat bagi
membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaan mempunyai peranan dalam
merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka
peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan.
Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis
sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang
tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri
dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum
dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan
hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada
perpaduan

kaum

seperti

kata

pepatah

bersatu

teguh,

bercerai

roboh.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang


memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini
dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.
Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang
hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk
semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus

dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk
menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek
kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat
perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga,
semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda
program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap
diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan
masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat
berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara
juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga
boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usahausaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program
Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.
Seiring dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas
untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah
wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan
kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasa hubungan
kaum di peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi
negara

kita

sebagai

bahasa

perantaraan

di

sekolah-sekolah

kebangsaan

turut

membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa
bangsa. Secara jelasnya, memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara
kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.
Pihak kerajaan juga telah melaksanakan program pendemokrasian pendidikan yang
juga dapat memupuk integrasi antara etnik. Pendemokrasian antara etnik yang telah
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum
atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka
yang bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Kemudahan yang sama bermaksud
seperti reka bentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama, alat-alat yang dibekalkan
seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak akan timbul

perbezaan antara sekolah sama ada yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau
Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk bersekolah di mana-mana sekolah
di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah mengikut pilihan masing-masing. Sekolahsekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan yang sama. Walaupun mereka
menggunakan bahasa penghantar yang berlainan, tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu
dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.
Kumpulan-kumpulan etnik lain juga berhak untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan
kumpulan etnik masing-masing dan patut dihormati dan diberi perlindungan yang
sewajarnya. Melalui kebebasan seperti ini, adalah diharapkan agar pendemokrasian
pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik.
Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan
pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang pesat telah
menyebabkan keadaan mobility masyarakat terus berubah. Dalam masa yang sama, kita
harus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang telah diasaskan sebelum ini. Bidang
pendidikan merupakan bidang yang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik.
Hanya menerusi pendidikan sahaja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai
rasa semangat perpaduan dan integrasi sejak dari kecil lagi hinggalah dewasa. Oleh itu,
segala dasar dalam pendidikan

yang dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah

disokong oleh setiap rakyat Malaysia.

Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan
salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam
mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu,
Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek
pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai
contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu
iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose
juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan
warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan
seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam Negara.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam

sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.
Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui
aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat
disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk
perpaduan kaum.
Bunyinya nampak seperti tidak penting. Namun peranan keluarga penting dalam
memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana ibu bapa boleh mendidik anak-anak agar
berbaik-baik dengan kaum lain. Oleh itu, ibu bapa mesti menjadi contoh kepada anak-anak
dengan mengamalkan nilai hormat-menghormati terhadap jiran berbilang kaum. Semasa
hari perayaan kaum pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak menziarahi rumah jiran
tetangga. Didiklah anak-anak agar jangan menyentuh sensiviti kaum lain. Hal ini adalah bagi
mengelakkan ketegangan antara kaum.
Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan
kaum. Contohnya, masyarakat hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan ialah nilai bekerjasama dan bertolak
ansur. Jika ada wujudnya masalah kaum, pemimpin kaum hendaklah berbincang untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Media massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan
untuk memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi minda
seseorang tentang sesuatu perkara. Contohnya, stesen televisyen boleh menyiarkan iklaniklan yang membawa mesej perpaduan kaum. Surat khabar pula boleh menylarkan rencana
tentang kebaikan perpaduan kaum. Namun perkara yang sedihnya, media massa yang ada
di negara kita lebih suka membangkitkan ketegangan antara kaum. Segelintir pihak yang
berkepentingan sengaja mengambil kesempatan menggunakan media massa untuk
mencetuskan permusuhan antara kaum.
Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk memupuk
perpaduan kaum. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi kesedaran kepada pelajar
tentang kebaikan perpaduan kaum secara berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang
program yang melibatkan pelbagai kaum di kalangan pelajar sekolah. Antara program yang
boleh dilaksanakan ialah program sukan dan bergotong-royong bagi menceriakan kawasan
sekolah.

Pihak lain yang boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum ialah
pihak kerajaan. Hal ini kerana pihak kerajaan untuk menjaga dan memelihara keharmonian
antara kaum di dalam negara. Program Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan program
yang baik ke arah perpaduan kaum dan ia mesti diteruskan. Apa yang penting pihak
kerajaan tidak seharusnya bersikap berat sebelah dalam menjaga kepentingan kaum di
negara kita.
Remaja ialah mereka sendiri menjadi suri teladan kepada rakan-rakan sebaya.
Dalam hubungan ini setiap remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan semangat
perpaduan dalam kalangan rakan sebaya.

Remaja mesti menunjukkan sikap saling

menghormati rakan-rakan yang berbeza latar belakang budaya dan agama. Contohnya,
remaja perlu menghormati amalan dan anutan agama rakan-rakan. Di samping itu remaja
perlu mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang sensitif dan dapat menaikkan
kemarahan rakan-rakan dari bangsa dan agama yang lain. Setiap perselisihan pendapat
hendaklah diatasi secara bijaksana dan berhemah, bak kata pepatah seperti menarik
rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak. Oleh yang demikian,
remaja perlu menjadi suri teladan untuk memupuk semangat perpaduan.
Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa
serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan
kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi
dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat
ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama
dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina,
Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,
Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2
April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, subetnik

dan

kebudayaan.

Semua

pihak

mestilah

bersama-sama

menjayakannya.

Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta
formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang,
gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima
iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di
antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'.
Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari

1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang
demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat di
negara ini.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia
ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan
rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di
negara ini.
Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh mewujudkan
perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali
penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu
perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan
permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping
pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola
keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja
dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki
dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan
dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa,
akan

dapat

menanamkan

semangat

cinta

akan

negara. Usaha

ini

tentu

dapat

mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat


antarabangsa.
Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh
keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu
lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai
kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai
aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari
Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan
negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan
yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada
duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di
negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah
menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.
Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak dan penting bagi mengekalkan
keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat
menjamin

kebahagiaan

dan

keselamatan

rakyatnya.

Sesungguhnya

negara

yang

mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dan kejayaan dengan mudah serta
tidak mudah ditakluki kuasa asing.
Pihak kerajaan terutamanya harus memainkan peranan utama dalam usaha
memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia selain menyemai semangat patriotisme
dalam kalangan rakyat. Kita tidak mahu peristiwa hitam seperti yang telah berlaku pada 13
Mei 1969 yang melibatkan rusuhan antara kaum di negara kita yang telah menyebabkan
berlakunya pertumpahan darah dan kemusnahan harta benda yang telah merugikan semua
pihak. Peristiwa ini berlaku adalah akibat daripada tidak wujudnya semangat perpaduan dan
integrasi nasional. Sesungguhnya mereka berjumpa tetapi tidak wujud komunikasi antara
mereka.
Antara langkah dan usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha
memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia ialah dengan menubuhkan Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969 yang dahulunya lebih
dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan ini merupakan sebuah agensi di
bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).
Tujuan utama kerajaan menubuhkan jabatan ini adalah untuk memelihara,
meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan
dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. JPNIN
juga mempunyai visi untuk menjadi sebuah agensi kerajaan yang unggul dalam melahirkan
bangsa Malaysia yang bersatu padu, berwawasan dan berdaya maju. Misi jabatan ini pula
ialah untuk memupuk kefahaman dan semangat muhibah melalui jaringan dan interaksi
sosial ke arah pembentukan Bangsa Malaysia yang bersatu padu dan beridentiti nasional.
Moto bagi jabatan ini pula ialah Bersatu Kita maju.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional juga berperanan untuk
mengukuhkan

perpaduan

Negara

dan

Integrasi

Nasional,

menerapkan

nilai-nilai

kewarganegaraan ke arah pembentukan suatu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Selain
itu, JPNIN juga berfungsi untuk mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah
serta memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat.
Peranan lain yang turut dijalankan oleh JPNIN ialah menyelaraskan program dan aktiviti
perpaduan dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak lain, dan yang paling
utama adalah berusaha merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia
khususnya di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Sesungguhnya, kebijaksanaan pihak kerajaan dalam usaha melicinkan matlamatnya


untuk memupuk perpaduan dan integrasi dalam negara kita dengan menubuhkan sebuah
jabatan khas untuk menguruskan usaha ini adalah merupakan suatu langkah yang terbaik.
Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ternyata telah berjaya
memainkan peranannya dan membawa impak yang positif kepada kita semua.
Pelan tindakan kerajaan yang seterusnya ialah dengan melancarkan satu program
pembangunan bersepadu dan menyeluruh iaitu dengan melancarkan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang tujuan utamanya adalah untuk membentuk perpaduan negara.
Dua langkah telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang
pertamanya ialah untuk mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan
menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Langkah kedua pula ialah dengan mempercepatkan
proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki dan memulihkan keadaan
ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang dan setarusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah
dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga 1990 dengan harapan
daripada pihak kerajaan pada masa itu iaitu Kerajaan Perikatan agar dapat mengurangkan
ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan Bukan Bumiputera dari segi semua
bidang. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia
ke-2, RMK-2 (1971-1975) sehingga Rancangan Malaysia ke-5, RMK-5(1986-1990) yang
tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang begitu besar dari
segi ekonomi tanpa mengira kaum serta mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei 1969.
Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20 tahun adalah
untuk meningkatkan peratus penanaman modal dalam syarikat-syarikat berhad kerana
peratusan kaum bumiputera pada ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 hingga semasa
dasar ini baru diperkenalkan adalah sangat rendah dan wujud jurang yang sangat besar di
antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan pihak asing. Matlamat akhir dasar
ini ialah pada tahun 1990, peratusan penanaman modal Bumiputera dalam syarikat-syarikat
berhad akan dapat ditingkatkan dari hanya 1.5 peratus sahaja pada tahun 1971 kepada 30
peratus pada tahun1990. Sementara itu, kaum bukan Bumiputera yang menguasai
sebanyak 23.7 peratus penanaman modal akan cuba untuk ditingkatkan kepada 40 peratus
pada tahun 1990. Bagi pihak asing yang menguasai sebanyak 62.1 peratus pada tahun
1971 akan cuba dikurangkan kepada hanya 30 peratus sahaja apabila cukup tempoh 20
tahun.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan ini sebenarnya telah
membawa Malaysia untuk mengorak langkah ke hadapan untuk menuju ke arah negara
maju melalui Wawasan 2020 dengan usaha menghapuskan kemiskinan secara mutlak
seperti yang pernah diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir b.
Mohamad Daripada,serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru(DEB), tiada sesiapa pun
yang menentang pembasmian kemiskinan secara mutlak tanpa mengira kaum dan
kedudukan geografi. Semua rakyat Malaysia, sama ada mereka yang tinggal di kawasan
bandar atau luar bandar, sama ada mereka di selatan, utara, timur atau barat, mesti
dinaikkan daripada garis kemiskinan mutlak.
Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini, ianya secara tidak langsung
telah membawa kesan yang positif dalam memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia.
Pelaksanaannya telah berjaya mengubah keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu
setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu pendidikan, pembangunan dan kedudukan
istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam dasar-dasar dan program-program
tertentu.
Sesungguhnya, perpaduan dan integrasi adalah suatu unsur yang sangat penting
bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur, kestabilan politik dan
perkembangan ekonomi yantg pesat. Tugas ini tidak seharusnya dipertanggungjawabkan
hanya

kepada

pihak

kerajaan

sahaja,

tetapi

semua

lapisan

masyarakat

harus

menyumbangkan tenaga bagi merealisasikan impian murni ini.


Memetik ucapan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam
perutusan Kemerdekaan Negara Ke-51, beliau mengingatkan rakyat bahawa perpaduan
adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan daya saing
ekonomi negara. Oleh yang demikian, kita semua haruslah bersama-sama membantu pihak
kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan integrasi ini dan kita mestilah
menyayanginya bak kata pepatah bercerai kasih bertalak tidak,bagaikan rambut bersimpul
mati,inginku mati di hujung kuku,ingin ku kubur di tapak tangan.
Negara yang dianggap paling maju sekalipun, harus berusaha melakukan
penyelidikan dan inovasi untuk terus menjadi lebih maju. Begitu juga negara yang dianggap
paling aman juga harus terus berusaha mengekalkan keamanan. Malaysia bukanlah negara
yang paling maju mahupun yang paling aman. Kita mempunyai wawasan yang tertentu
untuk menjadi negara maju dan banyak tanda menunjukkan bahawa kita akan dapat
mencapai sasaran kita tepat pada waktu yang ditetapkan. Kita juga terus berusaha dan
cuba mencari jalan bukan saja untuk mengekalkan keamanan yang sedia ada, tetapi
mencari penyelesaian kepada isu-isu yang boleh memantapkan keamanan dalam

masyarakat Malaysia. Salah satu isu fokus yang sering memberikan cabaran kepada kita
ialah isu hubungan etnik.
Di peringkat pengajian tinggi pula, fokus diberikan kepada pembelajaran dan
pemahaman budaya yang berbeza dengan harapan akan timbul apresiasi di kalangan
mahasiswa terhadap budaya-budaya tersebut. Pengenalan kursus-kursus ini selalunya
bersesuaian dan bertindan dengan cabaran-cabaran terkini yang dihadapi oleh negara.
Contohnya, bila Islam sedang dilihat oleh sebahagian kelompok sebagai agama yang sering
dikaitkan dengan keganasan dan penggunaan kekerasan, kursus Tamadun Islam dan
Tamadun Asia Tenggara diperkenalkan. Ini diteruskan di peringkat nasional dengan
memperkenalkan konsep Islam Hadhari supaya Islam dapat dikaitkan kembali dengan
fokusnya yang sebenar iaitu pembangunan insan, pembangunan masyarakat, dan
perdamaian.
Pengenalan kursus hubungan etnik di institusi pengajian tinggi negara yang begitu
hangat diperdebatkan pada masa ini pula adalah sebagai salah satu usaha untuk
menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam proses pembangunan
negara. Ianya tidak bersifat reaktif, kerana ini bukanlah masalah yang baru, tetapi lebih
kepada meneruskan kesinambungan dalam usaha kita mencari jalan penyelesaian kepada
isu ini. Huraian di atas yang berdasarkan kajian dan sejarah menunjukkan bahawa ianya
adalah sesuatu yang sangat perlu. Fokusnya kepada golongan mahasiswa di institusi
pengajian tinggi adalah sesuai, dan usaha-usaha Kementerian Pengajian Tinggi haruslah
disokong dan dibantu. Pengenalan kursus seumpama ini adalah yang terbaik kepada
golongan ini kerana di samping didedahkan kepada konsep-konsep hubungan etnik, mereka
juga diberi peluang untuk melakukan aktiviti secara bersama yang bukan sahaja dapat
menambah ilmu tentang isu yang difokuskan, tetapi lebih penting lagi dapat menggalakkan
interaksi antara mereka. Contohnya, di Universiti Sains Malaysia (USM), di samping
mengikuti kuliah tentang hubungan etnik di negara ini, mahasiswa juga diletakkan di dalam
kumpulan-kumpulan

kecil

untuk

menjalankan

praktikum

atau

kerja

luar

dengan

menfokuskan kepada isu-isu berkenaan masyarakat Malaysia sebagai bahan kajian. Isu-isu
ini merujuk kepada kepelbagaian etknik di Malaysia dengan harapan akan timbul dan
berkembang apresiasi mahasiswa terhadap kekayaan budaya, adat resam, dan cara hidup
yang berbeza di negara ini. Tajuk-tajuk yang dipilih oleh mahasiswa sebagai tajuk praktikum
ini pada semester yang lalu termasuk kajian terhadap alat muzik, tarian, atau pakaian
tradisional; kepercayaan-kepercayaan dan hari-hari perayaan yang utama; tokoh dan
karyawan dalam sejarah pembentukan dan pembangunan negara; serta amalan-amalan
seharian termasuk apa yang dimakan, dijadikan sebagai permainan, dan lain-lain lagi.
Penekanan diberikan khususnya kepada mempelajari dan memahami apa yang menjadi

amalan kumpulan etnik yang lain. Interaksi dalam kumpulan yang berbilang kaum serta
interaksi dengan responden untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tajuk yang dipilih
dapat memberi ruang dan peluang mengeratkan lagi hubungan etnik antara mahasiswa di
institusi pengajian tinggi.
Perdamaian yang positif pula membawa maksud bahawa wujud semua perkara yang
disebut di atas tentang perdamaian negatif - iaitu masyarakat yang tiada keganasan,
kekerasan, dan peperangan. Bezanya ialah dalam perdamaian positif, undang-undang dan
peraturan yang ada dalam masyarakat bukanlah untuk menekan rakyat tetapi adalah
berdasarkan keadilan dan bertujuan mewujudkan keadilan sosial, ekonomi, dan politik
dalam masyarakat tersebut. Ianya tidak bertujuan menindas luahan aspirasi ataupun
mengetepikan mana-mana kelompok masyarakat. Terdapat pula saluran-saluran dan
mekanisme yang sah untuk memastikan luahan ini dapat disalurkan dan konflik yang ada,
dan bakal timbul, dalam masyarakat dapat diurus dan diselesaikan dengan baik.
Perdamaian yang positif juga tiada keganasan struktural - iaitu struktur masyarakat yang
menindas sebahagian ahlinya sendiri; dan tidak mempunyai budaya keganasan - iaitu
kebiasaan menggunakan kekerasan dan keganasan dalam menyelesaikan masalah. Apa
yang ada adalah budaya perdamaian. Untuk menanam budaya perdamaian ini boleh
dilakukan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada cara yang paling penting adalah
melalui pendidikan. Di sini pentingnya kursus-kursus seperti hubungan etnik ini yang
menekankan perdamaian sebagai cara hidup kita.
Kesimpulannya, dalam konteks Malaysia, perdamaian adalah sinonim dengan
perpaduan dan perpaduan pula sinonim dengan hubungan etnik yang baik. Jika kita
menyokong perdamaian, maka kita haruslah menyokong perpaduan dan usaha-usaha untuk
meningkatkan kualiti hubungan etnik di negara ini. Program-program yang diperkenalkan
untuk meningkatkan usaha-usaha seperti ini, termasuk program seperti hubungan etnik di
institusi pengajian tinggi, akan dapat memberi kesan yang positif jika ianya dilakukan
dengan niat yang betul dan sokongan masyarakat yang komited kepada perpaduan dan
perdamaian. Alternatifnya boleh kita perhatikan dalam masyarakat lain yang bergelumang
dengan isu dan konflik etnik yang tidak terkawal dan merosakkan, dan seharusnya dicegah
dari berkembang di bumi Malaysia.

REFLEKSI
Saya SANTHIYA PERISAMY dari PISMP BT/SN/SEJ. Saya dikehendaki membuat
kerja kursus tentang konsep etnik, agama, dan budaya, cabaran-cabaran yang dihadapi
dalam menangani dan menguruskan perpaduan kaum di Malaysia dan akhir sekalinya ialah
konsep 1 Malaysia. Saya dikehendaki mengumpul data dan membuat sebuah tugasan
berdasarkan data yang saya kumpul. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan saya yang
lain kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dan juga ribuan terima kasih dengan
bantuan yang diberi kepada saya semasa menjalankan kerja kursus ini. Terima kasih daun
keladi. Saya amat berterima kasih kepada rakan sekumpulan saya yang selalu memberi
kerjasama tidak kira siang atau malam bagi menyelesaikan tugasan ini.
Dalam proses menyiapkan kajian ini, saya telah dapat mempelajari cara
berkomunikasi dengan rakan sekumpulan saya dan dengan orang ramai.

Kami perlu

banyak berkomunikasi supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi sepanjang


proses pelaksanaan kajian ini. Jika tidak ada komunikasi antara rakan-rakan sekumpulan,
memanglah susah bagi kami untuk menyiapkan kerja kursus ini. Komunikasi yang baik
antara orang ramai amat diperlukan ketika bertanya pendapat orang lain. Penggunaan
bahasa yang baik dengan orang ramai perlu ada supaya mendapat layanan yang baik.
Kami membahagi soalan untuk menyiapkan tugasan ini secepat yang mungkin.
Soalan yang saya dapat ialah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menangani dan
menguruskan perpaduan kaum di Malaysia dan mengenai 1 Malaysia. Selain itu, saya juga
telah mendapat pengetahuan yang ekstra mengenai 1 Malaysia. Saya mengkaji tentang
cabaran-cabaran dan 1 Malaysia dengan lebih mendalam.

Saya menimba ilmu

pengetahuan saya mengenai aspek-aspek 1 Malaysia ini. Ilmu ini juga akan membantu saya
pada masa akan datang ketika saya pergi bekerja di sekolah nanti.
Tambahan pula, saya meluaskan dan menambah maklumat dengan mengunjungi
perpustakan bagi mencari bahan-bahan rujukan yang berkaitan mengenai tugasan saya.
Saya juga melayari laman-laman web bagi mengumpul maklumat-maklumat yang
dikehendaki. Selain itu, saya meminjam buku-buku rujukan yang dimiliki oleh kawan-kawan
saya.
Setelah menyelesaikan tugasan kumpulan ini, barulah saya tahu bahawa betapa
pentingnya perpaduan itu dalam mengekalkan keamanan, kestabilan ekonomi dan politik,

pendidikan dan nilai-nilai dalam masyarakat. Tanpa perpaduan adalah sukar untuk
mentadbir negara dan rakyat.
Saya dapat mendapat tahu mengenai kepentingan unsur-unsur tradisi dalam konteks
hubungan etnik pada hari ini. Saya juga dapat menghuraikan permasalahan yang berlaku
pada masa kini yang berpunca daripada ketidaksefahaman dan juga ada perasaan tidak
berpuas hati dengan unsur-unsur yang telah diperlembagakan ini.
Selain itu, saya juga dapat membincangkan bagaimana sekiranya semua kaum di
Negara ini mempunyai satu bahasa yang sama iaitu menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pertuturan harian dan digunakan dalam semua aktiviti. Ini akan dapat meningkatkan
lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat di Negara kita dan seterusnya dapat
mempertahankan kemerdekaan Negara kita.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk memohon minta maaf
kepada rakan-rakan sekumpulan saya yang lain berkaitan dengan masalah yang saya
timbulkan sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini. Harap semua dapat memaafkan
segala salah silap saya.
Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai