Anda di halaman 1dari 8

01220914687873

UTF-8

Cerita

mstar.com.my/ce

o
o
o

o
o
o

o
o
o
o

o
o
o
o
o
o
o
o
o

o
o

mSTAR
Rabu Februari 24, 2010

Utama
Berita
Mahkamah
Jenayah
Luar Negara
Hiburan
Apa Cer!
Adoiii...
Tengok Wayang
Kolumnis
Khabarnya...
Marcapada
Bisikan Hati
Dari Rantau
Variasi
Mingguan mStar
Rencana
Pendapat
Agama
Sukan
Suara Alternatif
Inspirasi
Kampus
Permotoran & Rekreasi
Interaktif
Forum
Galeri
Foto
Video
Arkib
Kenali mStar
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL
PACKAGES

Mengangkasa Warisan Seni

Kraf Negara

Price Range

to

Theme
Select Theme
Destination
Select Country

Search

Batik adalah antara produk kraf yang dihasilkan oleh


usahawan kraf tempatan. Pelbagai hasil batik dipamer dan
dijual di Karyaneka, anak syarikat Kraftangan Malaysia di

Paling Popular

Emel

Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay dekat Kuala


Kontroversi Tak Ganggu Kerjaya

Lumpur. - Foto Bernama

SENI kraf bukan sahaja warisan yang perlu dipelihara kerana


nilai estetiknya tetapi sumbangan besarnya kepada
pembangunan sosio ekonomi usahawan industri itu.

Neelofa

Joe Jonas Suka Pakai Pakaian Kotor


Daniel Craig Anggap Rokok
Merugikan
Chong Wei Mara Ke Pusingan Akhir
Bermula hanya sebagai industri desa, seni kemahiran tradisi ini Kejohanan Dunia
Ops Sikap Ke-24 Guna Pendekatan
banyak menggunakan hasil rimba termasuk rotan di samping
Berbeza

seramik, tekstil (songket dan batik) dan logam seperti tembaga.


Penubuhan Lembaga Kraftangan Malaysia (LKM) pada 1973
ialah langkah terawal kerajaan untuk menjadi pemangkin
kepada pembangunan industri berkenaan dan untuk menjaga
kepentingan pengusahanya yang kebanyakannya terdiri
daripada penduduk desa.

Status LKM bertukar kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan


Malaysia (Kraftangan Malaysia) pada 1 Okt 1979.
Kraftangan Malaysia ditubuhkan di bawah Akta 222, Akta
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979 sebagai
badan berkanun, ketika itu diletakkan di bawah bidang kuasa
Kementerian Perusahaan Awam.
Meletak Wawasan
"Kraftangan Malaysia mempunyai wawasan untuk menjadi
pemimpin dalam pembangunan industri kraf negara, kukuh dan
berdaya saing.

"Untuk mencapai wawasan ini, perancangan dan pendekatan


mapan perlu dilakukan bagi memastikan industri kraf akan terus
kekal menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara di
samping menjana sumber pendapatan pengusaha," Ketua
Pengarah Kraftangan Malaysia, Mohd Kamil Mohd Ali
memberitahu Bernama dalam wawancara di pejabatnya di
Jalan Conlay di sini baru-baru ini.
Untuk memastikan wawasan itu bukan setakat impian atau
igauan, Kraftangan Malaysia meletakkan lima sasaran untuk
dicapai sepanjang 2010.
Sasaran berkenaan, mengikut kata Mohd Kamil, ialah
meningkatkan kesedaran dan minat terhadap penggunaan kraf
tempatan, membangunkan produk berkualiti yang
berorientasikan pasaran serta memperluas saiz pasaran produk
kraf.
Dua matlamat lain ialah menggalakkan pertumbuhan dan
memajukan industri kraf dan menyediakan tenaga terlatih
mengikut keperluan industri kraf.
Kraftangan Malaysia juga menyusun enam strategi untuk
merealisasikan matlamat-matlamat berkenaan.
Strategi itu ialah membangunkan pasaran domestik dan
antarabangsa, membangunkan produk, meningkatkan
penggunaan teknologi dalam proses pembuatan serta
menyediakan insentif dan kemudahan untuk pengusaha.
Kraftangan Malaysia juga akan berusaha mengekalkan kraf
warisan 1Malaysia di samping menyediakan kemudahan
pembelajaran dan prasarana bagi melahirkan tenaga terlatih.
Banyak Pengalaman
Mohd Kamil Mohd Ali boleh dikatakan berpengalaman luas
dalam industri kraf negara.
Anak jati Kelantan ini menyandang jawatan Ketua Pengarah
Kraftangan Malaysia bermula 15 Julai 2009.
Beliau memulakan karier dalam industri kraf apabila berkhidmat
dengan LKM pada 1977 sebagai Penolong Pegawai Kemajuan.
Tugasan pertama beliau ialah sebagai pengurus pusat
kemajuan kraf Alor Star, Kedah di Alor Star, Kedah pada 2 Jun
1977.
"Tidak ada pejabat sendiri ketika itu dan kami menumpang di
bengkel bangunan MADA. Seingatan saya, hasil kraf pertama
yang dibuat ialah daripada tanduk kerbau.

"LKM masa itu ialah anak syarikat Majlis Amanah Rakyat


(Mara) dan ditubuhkan di bawah Akta Mara," kata Mohd Kamil
yang mempunyai kelulusan Diploma Pengajian dan Perniagaan
(Kewangan) serta Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dan
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran dan Kewangan).
Selepas berkhidmat kira-kira lima tahun di Kedah, beliau
kemudian dipindahkan ke Kuala Lumpur pada Januari 1982.
Menurut Mohd Kamil, sebahagian besar daripada pengusaha
kraf ketika itu melakukan perusahaan mereka secara separuh
masa.
"Pihak LKM berusaha menyakinkan mereka untuk menjadi
pengusaha kraf sepenuh masa.
"Sebelum kita boleh ubah pemikiran pengusaha-pengusaha
kraf ini, kita kena pastikan produk kraf ada pasaran. Sebab
itulah dari semasa ke semasa kita akan memperhebat program
promosi kita," demikian kata Mohd Kamil.
Komitmen Kerajaan

Kesungguhan kerajaan untuk memastikan


industri kraf negara terus unggul dan
berkembang diterjemahkan melalui
peruntukan yang besar untuk industri kraf.
Mohd Kamil berkata pada 2009, bajet pembangunan yang
disalurkan menerusi Kraftangan Malaysia untuk membantu
usahawan kraf bernilai RM54 juta.
"Untuk tahun 2010, peruntukan yang diberi kurang sedikit tetapi
ini tidak akan menjejaskan usaha dan komitmen kita untuk terus
membantu pengusaha kraf," jelasnya.
Jumlah bajet yang besar sebelum ini membolehkan Kraftangan
Malaysia menubuhkan pelbagai prasarana, antaranya pusat
pembangunan kraf di seluruh negara termasuk Sabah dan
Sarawak.
"Sekarang semua negeri sudah mempunyai cawangan
Kraftangan Malaysia. Ini untuk memberi khidmat yang lebih
berkesan kepada pengusaha-pengusaa kraf.
"Kami ada petugas yang mempunyai pengetahuan teknikal dan
bukan teknikal sesuai dengan khidmat yang akan diberikan
kepada pengusaha sedia ada dan juga pengusaha baru.
"Antara khidmat petugas ini ialah untuk membangunkan
usahawan kraf termasuk dari segi bantuan rekaan yang
berorientasikan pasaran," kata Mohd Kamil.

Bantuan serta komitmen kerajaan menjaga kepentingan industri


kraf dilihat sebagai antara faktor yang menyumbang kepada
penambahan bilangan pengusahanya.
Daripada sekitar 4,000 pengusaha pada 2004, bilangan itu
dilaporkan meningkat kepada kira-kira 6,000 orang pada 2009.
"Pihak Kraftangan Malaysia sedang membuat bancian terkini
dan menjelang Mac ini kita jangka dapat mengetahui bilangan
terkini pengusaha di negara ini," tambah Mohd Kamil.
Pelbagai Bantuan
Tidak keterlaluan jika dibuat andaian bahawa pengusaha kraf
negara dijaga seperti "menatang minyak yang penuh".
Pelbagai bantuan dihulurkan kepada pengusaha kraf bagi
memastikan minat serta kemahiran mereka tidak "luntur dek
hujan dan tidak lekang dek panas".
Bentuk bantuan bagaimanapun berbeza mengikut saiz
perusahaan kraf dan menurut Mohd Kamil, bantuan untuk
pengusaha kecil lazimnya ialahdari segi menyediakan bengkel,
rekaan dan promosi.
Bagi pengusaha besar pula, bantuan lebih difokuskan kepada
aspek pemasaran termasuk penyertaan dalam program
promosi kerana pihak berkenaan tidak mempunyai masalah
dalam kemampuan pengeluaran.
Bagi tahun 2010, Mohd Kamil berkata pihaknya akan terus
menyalurkan bantuan dari aspek rekaan, bengkel,
mesin/jentera di samping peralatan yang diperlukan bergantung
kepada jenis perusahaan kraf.
Di samping itu, Kraftangan Malaysia juga akan mempergiat
usaha pemasaran serta promosi untuk meningkatkan
permintaan produk logam terutamanya tembaga.
Agensi itu juga berperanan mengenal pasti bahan mentah
gantian yang lebih murah agar produk yang dipasarkan mampu
dibeli dan meningkatkan penggunaan teknologi terkini dalam
proses pembuatan.
Antara Aktiviti Utama
Kraftangan Malaysia secara berterusan mengadakan pelbagai
program pembangunan untuk membawa usahawan kraf
tempatan ke tahap yang lebih berdaya saing, berdaya maju dan
berdaya tahan.
Satu daripada aktiviti utama di bawah Program Pembangunan
Usahawan Krafnya ialah Projek Satu Daerah Satu Industri

(SDSI).
Di bawah projek ini, Kraftangan Malaysia setakat ini
membangunkan 69 projek berbanding 16 ketika projek ini
dimulakan pada 2003. Ia terdiri daripada bidang hasil logam,
hasil rimba, seramik dan tekstil.
Antara projek yang dibangunkan ialah tenunan di daerah
Pekan, Pahang, batik di Kota Bharu, Kelantan, hasil
rimba/ukiran kayu di Temerloh, Pahang dan kraf buluh dan
bemban di Serian, Sarawak.
Seramai 691 usahawan kraf berjaya dibangunkan melalui
projek SDSI ini dan ia juga memberi peluang pekerjaan kepada
3,165 orang.
"Untuk satu daerah, biasanya kita ada tiga hingga lima
pengusaha. Kami akan dari semasa ke semasa mencari
usahawan yang berpotensi untuk dimajukan secara lebih
bersistematik.
"Pengusaha yang kami cari mesti berdaya maju dan sanggup
bersama kita untuk dididik supaya dia boleh maju ke depan dan
produk kraf yang dihasilkan mempunyai mutu komersil," jelas
Mohd Kamil.
Pejabat negeri Kraftangan Malaysia akan memantau kemajuan
pengusaha setiap bulan dari segi tempahan yang diterima juga
hasil jualan.
Keperluan pengusaha turut diambil kira yang membabitkan
antaranya pengeluaran dan rekaan.
"Untuk memastikan industri kraf negara terus unggul dan
berkembang, kita perlu kuatkan dari segi pengeluaran juga
usaha bersepadu dalam bidang rekaan," kata Mohd Kamil.
Institut Kraf
Di samping mengambil tenaga mahir dari dalam dan luar
negara untuk membantu dari aspek meningkatkan kualiti
kemasan produk, Kraftangan Malaysia turut membantu melatih
kumpulan pekerja bagi kegunaan pengusaha kraf.
Latihan tenaga mahir dan terlatih dalam bidang kraf ini
dijalankan di Institut Kraf Negara (IKN) yang terletak di Km 20,
Jalan Ipoh-Rawang, Taman Rekreasi Templer.
Penubuhan IKN diluluskan Jemaah Menteri pada Ogos 2001
dan ia kini menjadi pemangkin untuk melatih lebih ramai modal
insan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang
kraf.

Pada masa ini, Institut ini menawarkan Kursus Akademik dan


Kemahiran Kraf peringkat Sijil dan Diploma dalam jurusan batik,
tenunan, logam, kayu, seramik dan rotan.
Sehingga 31 Dis 2009, seramai 346 orang pelajar peringkat
Diploma dan 159 pelajar peringkat Sijil mengikuti pengajian di
Institut itu.
Seramai 78 orang pelajar peringkat Sijil dan 120 orang pelajar
peringkat Diploma tamat pengajian pada 2009.
Skim Adiguru
Sebagai usaha untuk memelihara ketinggian mutu seni kraf
negara supaya ia kekal menjadi lambang budaya dan jati diri
rakyat, satu skim diberi nama Adiguru Kraf dimulakan pada
1986.
Skim ini antara inisiatif Kraftangan Malaysia di bawah Program
Pemuliharaan Kraf untuk memastikan warisan seni kraf turun
temurun ini dapat dikekalkan.
Adiguru Kraf ialah seseorang, baik lelaki atau perempuan yang
diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia
sebagai tokoh atau master craftsman.
Mereka yang dipilih perlu memenuhi beberapa kriteria sebelum
dinobatkan sebagai Adiguru Kraf.
Antaranya mempunyai pengetahuan serta kemahiran tinggi
dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli dalam seni
kemahiran ketukangan, penciptaan, penggubahan produk dan
pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia.
Kriteria lain ialah beliau memainkan peranan penting dalam
usaha memulih dan memelihara seni kraf warisan dan
mempunyai daya kreatif dan inovasi yang tinggi dalam memaju
dan meningkatkan kualiti produk kraf yang diusahakan.
"Setakat ini, 24 orang pengusaha kraf dipilih untuk Skim
Adiguru Kraf. Di bawah program ini juga, tokoh kraf ini boleh
melatih dan memindahkan pengetahuannya kepada anak-anak
muda yang berlatih dengannya.
"Anak-anak muda inilah yang akan menjadi pewaris kepada
bidang kemahiran kraf Adiguru ini.
"Secara tidak langsung, ini juga dapat memperbetul tanggapan
sesetengah pihak bahawa pengusaha kraf hanya terdiri
daripada warga emas," kata Mohd Kamil.- BERNAMA

Lagi Berita
mstar_manusia_p

Go
Kembali
Site Map | FAQ | Privacy Statement | Terms Of Use | Write To Us | Advertise With Us
Hakcipta Terpelihara 1995-2011 Star Publications (Malaysia) Bhd (Co No 10894-D).

Anda mungkin juga menyukai