Anda di halaman 1dari 7
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Director General of Education Malaysia KEMENTERIAN: pecenee! Oi seis SLO ecco PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (lal Oe eee 6077 eT 62604 PUTRAJAYA « KP/KPPMI6 Jid. 2 ( ¥4) Tark.2g Disember 2015 Semua Ketua Bahagian ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri ‘YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 12 TAHUN 2015 PENUKARAN TEKS KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 5 MULAI TAHUN 2016 TUJUAN 1. Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan bagi tujuan memaklumkan semua sekolah menengah tentang penukaran teks yang digunakan dalam komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Komponen ini wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah menengah. Surat pekeliling ikhtisas ini ialah lanjutan daripada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan § Tahun 2015 bertarikh 5 Mac 2016. LATAR BELAKANG 2. KOMSAS telah diperkenalkan dalam kurikulum sekolah menengah sejak tahun 2000 (Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2000 bertarikh 23 Februari 2000 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2000 bertarikh 18 Februari 2000). Pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid serta memperkukuh kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran KOMSAS diharap dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peluasan pengetahuan dan persepsi murid serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan. PELAKSANAAN 3. Penggunaan teks baharu KOMSAS Bahasa Melayu bagi Tingkatan 2 dan Tingkatan 5 hendaklah dilaksanakan di sekolah menengah mulai bulan Januari tahun 2016, 4. Teks baharu ini digunakan untuk peperiksaan Kertas Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 dan Kertas Bahasa Melayu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun 2017. GENRE DAN BILANGAN TEKS KOMSAS. 5. Genre dan bilangan teks KOMSAS Bahasa Melayu bagi Tingkatan 2 dan Tingkatan 5 adalah seperti yang berikut: 5.1 murid bagi setiap tingkatan perlu mempelajari satu (1) teks novel daripada empat judul novel yang ditetapkan mengikut zon; dan 5.2. murid bagi setiap tingkatan perlu mempelajari satu (1) teks antologi yang terdiri daripada genre cerpen, drama, puisi moden (sajak), puisi tradisional dan prosa tradisional (Sila rujuk Lampiran 1 - Judul novel mengikut zon serta judul teks antologi dan karya bagi setiap tingkatan.) ‘SKIM PINJAMAN BUKU TEKS. 6. _Teks KOMSAS bagi Bahasa Melayu ini diletakkan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pengagihan novel dijalankan mengikut zon. PERUNTUKAN WAKTU 7. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, dua (2) daripada enam (6) waktu dalam seminggu diperuntukkan untuk pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. TARIKH KUAT KUASA 8 Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa pada tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 9. YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan dimohon memakilumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian- bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pengetua di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/ tuan/puan. Sekian, Terima kasih. “BERKHII UNTUK NEGARA” (DATO’ SRIDR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF) Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sks 10. YB Menteri Pendidikan Malaysia YB Timbalan Menteri Pendidikan | YB Timbalan Menteri Pendidikan II Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia LAMPIRAN 1 SENARAI TEKS KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU. NOVEL TINGKATAN 2 ‘Sekolah hendakiah menggunakan novel yang telah ditetapkan mengikut zon seperti yang berikut 1. | Jalan ke Puncak | Zon 4 Perlis Kedah Perak Pulau Pinang 2. | Menitiimpian | Zon 2 Selangor | Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan Putrajaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 3. | Jejak Monpus | Zon 3 Melaka Pahang Kelantan Terengganu 4,_| Darah Titik Zon4 diSemantan |S hor Sabah ‘Sarawak Wilayah Persekutuan Labuan 2. ANTOLOGI TINGKATAN 2 Semua murid Tingkatan 2 akan menggunakan antologi berjudul Baik Budi Indah Bahasa yang mengandungi kompilasi genre dan karya yang berikut 4. | Cerpen + Banjir di Mata Emak * Talia dan Raksasa Qadqad + Menuai Emas 2. | Drama + Mahkamah Puisi Moden + Dalam Persekitaran Kata-Kata © Roti * Kucari Damai di Sini «Pada Sekuntum Mawar 4, _ | Puisi Tradisional + Pantun 4 Kerat + Syair Nasihat 5, | Prosa Tradisional © Pelanduk Memijak Anak Memerang 3. NOVEL TINGKATAN 5 ‘Sekolah hendaklah menggunakan novel yang telah ditetapkan mengikut zon seperti yang berikut: Songket Berbenang Emas Zon1 Perlis Kedah Perak Pulau Pinang 2. | Tirani Zon2 Selangor Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan Putrajaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bimasakti Menari Zon3 Melaka Pahang Kelantan Terengganu 4, | Silir Daksina Zon4 Johor ‘Sabah Sarawak Wilayah Persekutuan Labuan 4, ANTOLOGI TINGKATAN 5 ‘Semua murid Tingkatan 5 akan menggunakan antologi berjudul Sejadah Rindu yang mengandungi kompilasi genre dan karya yang berikut: 1. |Cerpen + Cinta Ahmad Mutawakkil + Hipertensi + Gerhana Manusia 2. | Drama + Bukan Gila 3. | Puisi Moden *- Sejadah Rindu + Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus + Erti Hidup Bererti © Kudup Perang 4. | Puisi Tradisional © Gurindam Beberapa Petua Hidup + Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu 5. | Prosa Tradisional + Burung Terbang Dipipiskan Lada

Anda mungkin juga menyukai