Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,


Kepada : Semua Pelajar UniMAP Yang Mendaftar Ujian MUET MR0040 (Speaking) Sesi Mac 2016
REMINDER 1 : HEBAHAN BERKAITAN UJIAN MUET KERTAS 800/2 (SPEAKING) SESI MAC 2016 DI
PUSAT UJIAN MR0040 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian MUET Kertas 800/2 (Speaking) Sesi Mac 2016 di Pusat Ujian MR0040
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan dijalankan seperti butiran tersebut di bawah:

Tarikh : 2 Mac 2016


Masa : Sesi Pagi : 8.00-10.30 Pagi , Sesi Tengahari: 11.30-12.30 Tengahari
Tempat : DKA 1 & DKA 2, Pengkalan Asam, Jln Kangar - Alor Setar

3. Sehubungan itu, semua pelajar UniMAP yang telah mendaftar untuk menduduki ujian ini adalah dipohon
untuk mengambil perhatian tentang lokasi dan masa ujian dijalankan seperti mana yang dinyatakan di atas.
4. Semua calon hendaklah mematuhi etika pakaian semasa menghadiri ujian iaitu berpakaian kemas dan formal
(jeans dan selipar tidak dibenarkan) . Calon dinasihatkan untuk berada di lokasi ujian 30 minit sebelum ujian
bermula.
5. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung ujian ini, sila hubungi Pn. Tengku Zadora di Pusat Bahasa
Antarabangsa, di talian (04) 9871344.
Sekian, untuk perhatian.
-BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
`Mencarik Adat, Melarik Hasrat'
Tengku Zadora Binti Tengku Ahmad Zainal Abideen
(English Language Instructor )
Centre for International Languages
Universiti Malaysia Perlis
Asrama Pekerja, Jln Ulu Pauh,
Kampung Tengah, Ulu Pauh,
02600, Pauh, Arau

Anda mungkin juga menyukai