Anda di halaman 1dari 2

Apakah keutamaan dalam pembangunan pendidikan bagi membina modal insan yang

berkualiti dalam cabaran globalisasi.


Terdapat 5 keutamaan yang telah dikenalpasti oleh kumpulan kami melalui pembacaan dan
rujukan. Kelima-lima keutamaan tersebut adalah sains dan teknologi, pembestarian sekolah,
pemantapan kurikulum, pemantapan kokurikulum dan pemantapan program sukan.
Keutamaan pertama yang penting adalah dari segi sains dan teknologi. Faktor yang paling
utama untuk menjadi sebuah Negara maju ialah keupayaan dan keperibadian masyarakat
negara tersebut (Baharom Mohamad, 2009). Keperibadian yang dimaksudkan disini adalah
nilai seseorang itu dari segi pengetahuan, keterampilan dan nilai murni yang terdapat didalam
dirinya. Dari segi pengetahuan pula, pendidikan Sains merupakan usaha berterusan untuk
mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif serta berilmu dan membentuk warganegara
berfikir secara kreatif dan kritis dan keterampilan yang mengamalkan sains dan teknologi.
Dibidang pendidikan, strategi pdp Sains adalah berfokus kepada sains sebagai proses
inkuiri dan berasaskan konstruktivisme, pembelajaran konteksual, pembelajaran masteri
dan

pendekatan

sains,

teknologi

dan masyarakat. Kaedah pdp guru juga akan

dipelbagaikan dan lebih berpusatkan pelajar, misalnya dengan menjalankan lebih banyak
eksperimen, perbincangan, simulasi, lawatan, penyelesaian masalah, penggunaan sumber luar
bilik darjah dan penggunaan teknologi dalam ICT. KPM juga akan memperkenalkan
beberapa pendekatan p&p baru supaya dapat menarik minat para pelajar seperti melalui
pelaksanaan program F1 Technology Challenge dan Robotik.
Keutamaan yang kedua adalah pembestarian sekolah. Ia adalah satu proses berterusan ke arah
pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti PdP,
keberkesanan pengurusan

dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Banyak

infrastruktur dipertingkatkan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tetapi jika
mentaliti masyarakat masih berada di minda kelas ketiga, ia tidak dapat mencapai satu modal
insan yang lengkap. Oleh itu, masyarakat teutamanya pelajar dan guru harus menukar minda
kelas ketiga kepada minda kelas pertama. Ini yang dikatakan oleh Tun Datuk Ahmad Badawi
Bin Abdullah didalam ucapannya didalam RMK 9 pada 31 ogos 2006.RMK9 didalam ucapan
beliau telahpun mengariskan strategi modal insan untuk meletakkan mentaliti masyarakat kita
ke kelas pertama. Menurut Baharum, 2007, Bagi negara yang mana aset materialnya rendah
seperti Korea Selatan dan Jepun, mereka berjaya membuktikan bahawa pembangunan
modal insan dapat membantu memajukan diri dan negara setanding negara maju lain.
Kejayaan

yang dicapai kedua dua negara itu sering dijadikan model oleh negara lain,

termasuk pesaing dalam menangani aspek nilai dan jati diri sebagai pemacu kepada
pertumbuhan negara. Dengan nilai modal insan yang tinggi, rakyat Jepun dan Korea
Selatan berjaya membuka mata dunia terhadap kemajuan yang dicapai. Rakyatnya
mempunyai kesetiaan tinggi bukan saja terhadap negara, malah pekerjaan. Sikap rakyat
Negara negara ini patut dicontohi masyarakat Malaysia untuk turut serta memperkembangkan
lagi sektor ekonomi negara. Sekiranya seseorang itu sekadar mempunyai modal insan
seperti

berbakat

sahaja, sebenarnya akan dipermodalkan sekiranya insan itu sendiri

tidak tahu menggunakan dirinya sebagai modal. Modal insan perlu dipenuhi dengan
intelektual dan kemahiran.
.

Anda mungkin juga menyukai