Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih Pengacara majlis dan selamat pagi kepada Tuan Pengetua, Puan

Rosidah Bt Musa, PK Pentadbiran, Puan Rosdiah bt Suid, PK HEM, Puan


Zarini, PK KOKO, En.Fauzi, Barisan GKM , guru-guru yang dihormati dan
pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Pada minggu yang ke 10, saya bertugas sebagai ketua guru bertugas dan dibantu
oleh En. Muhammad Kamil Bin Hat, Puan Hazira Bt Halim, Puan Suzana Bt
Abdul Aziz. Berikut adalah laporan saya. Pada hari Ahad 20/03/2016, Program
peningkatan UPSR telah diadakan di Dewan Seri Delima dan dirasmikan oleh
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom. Pada hari Selasa
22/03/2016 dan Rabu 23/03/2016, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memberikan cuti pdp kepada semua sekolah di seluruh negeri kedah disebabkan
oleh fenomena el-nino dan gelombang haba. Guru-guru dikehendaki hadir ke
sekolah seperti biasa dan menjalankan tanggungjawab mereka. Pada hari
khamis 24/03/2016, pihak klinik kesihatan daerah kuala muda telah melawat
sekolah kita untuk memberikan suntikan ATT (kancing gigi) kepada semua
pelajar tingkatan 3. Displin pelajar pula adalah terkawal. Kebersihan kelas perlu
diberi perhatian oleh semua pelajar terutamanya kelas menengah rendah. Pelajar
perlu datang ke sekolah tepat pada waktu persekolahan tetapi ada sebilangan
pelajar yang datang lewat ke sekolah. Ini perlu dielakkan.
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada kelas
terbersih menengah rendah dan menengah atas. Untuk itu, majlis dengan
sukacitanya menjemput Tuan Pengetua bagi menyampaikan sijil kepada para
pemenang. Kelas yang paling ceria menengah bawah adalah kelas 3A3.
Dijemput ketua tingkatan kelas 3A3 untuk naik ke pentas untuk menerima sijil.
Bagi kelas menengah atas, kelas yang paling ceria adalah kelas 4k3. Dijemput
ketua tingkatan kelas 4k3 naik ke pentas untuk menerima sijil.
Disini ada beberapa pengumuman. Dua orang pelajar sekolah kita telah berjaya
didalam acara pingpong iaitu wendy ong chee yee dari kelas 2A7 dan Lau Chun
Hoe dari kelas 5k3.
Wendy Ong Chee Yee telah menjadi johan peseorangan perempuan kategori
Bawah 15 Tahun peringkat Kuala Muda/ Yan. Johan perseorangan perempuan
bawah 18 Tahun, Johan berpasukan perempuan bawah 15 tahun peringkat
negeri dan dipilih untuk mewakili kedah didalam MSSM.

Dijemput Wendy Ong Chee Yee untuk naik ke pentas untuk menerima hadiah.
Seterusnya ialah Lau Chun Hoe dari kelas 5 K3. Beliau menjadi Johan
perseorangan lelaki bawah 18 tahun peringkat kuala muda /yan. Di peringkat
negeri pula, beliau telah menjadi johan perseorangan lelaki bawah 18 tahun.
Beliau juga telah menjadi johan berpasukan lelaki bawah 18 Tahun. Di
peringkat kebangsaan, beliau telah menjadi naib johan berpasukan lelaki bawah
18 tahun.
Dijemput Lau Chun Hoe untuk naik ke pentas untuk menerima hadiah.
Terima Kasih kepada tuan pengetua/ penolong kanan pentadbiran diatas
penyampaian hadiah sebentar tadi serta tahniah dan syabas kepada para
pemenang. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin memetik ucapan
daripada tokoh islam yang terkenal iaitu imam al ghazali. Beliau menyatakan
didalam bahasa inggeris bahawa :
If we dont learn from lessons from people, we become lessons to other
people .Imam al-Ghazali
Jika kita tidak belajar daripada orang lain, kita akan menjadi pengajaran kepada
orang lain.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai