Anda di halaman 1dari 5

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID

SJK (C) CHUNG HWA, W.P. LABUAN 2016

8.00
 Ketibaan para hadirin dan jemputan khas. Mengumumkan… ketibaan Dato’ Sia Ket Lee@ Seah Kiat Chong,
Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah
 Assalamualaikum dan Salam sejahtera diucapkan kepada Yg. Berbahagia Dato’ Sia Ket Lee @Seah Kiat
Chong, Yg.Berusaha Pn. Yong Kui Chen Yang Guru Besar SJKC Chung Hwa. Yang dihormati, Ahli
jawatankuasa Lembaga Pengurusan Sekolah, SJKC Chung Hwa, penolong-penolong kanan, guru-guru, ibu
bapa seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
 Kami bagi pihak majlis mengucapkan, Selamat datang ke Dewan Foo Chow sempena dengan Hari Anugerah
Kecemerlangan Murid SJKC Chung Hwa 2016. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan
memeriahkan lagi majlis pada hari ini.
 Sebentar lagi lagu ‘Negaraku’, lagu Wilayah dan lagu sekolah akan diperdengarkan, hadirin diminta
berdiri….
 Terima kasih, hadirin dijemput duduk.
 Hadirin yang dihormati sekalian, seterusnya majlis menjemput Yg.Berusaha Pn. Yong Kui Chen, Guru Besar
SJK C Chung Hwa untuk memberikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan…
 Majlis mengucapkan terima kasih
 Sekarang majlis dengan hormatnya mempersilakan Yg berbahagia Dato’ Sia Ket Lee@ Seah Kiat Chong,
Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah,untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
anugerah Kecemerlangan Murid SJKC Chung hwa 2016 ini.
- Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih Kepada Yang berbahagia Dato’ Sia Ket Lee@ Seah Kiat Chong,
Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, di atas ucapan dan perasmian Majlis sebentar tadi.
 Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis dengan suka citanya menjemput Yg.Berusaha Pn. Yong
Kui Chen, Guru Besar SJKC Chung Hwa untuk menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Sia Ket Lee@ Seah
Kiat Chong.
 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

8.50 Persembahan pentas (1)


Hadirin sekalian, rasanya tidak berseri jika majlis tidak diiringi dengan persembahan daripada murid-murid SJKC
Chung Hwa. Sekarang tibalah masa yang dinantikan iaitu persembahan yang bakal menyerlahkan bakat mereka.
1) Persembahan pertama ialah sebuah Nyanyian berkumpulan. Kumpulan ini dianggotai oleh adik Mabel, adik
Shanon,adik Nureen Azmira Dan adik Vanessa dari tahun 6 dengan tajuk lagunya proud of you.
Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih.

2) Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersembahan tarian tradisional dari murid-murid tahun 1 dan 2.
Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan yang mengasyikkan tadi. Untuk pengetahuan hadirin,
tarian itu tadi adalah dibawah bimbingan Pn Yap Li hung, Cik Vivien Chong Man Li dan Pn.Lim Choon
Duan.
3) Majlis dihiburkan lagi dengan persembahan nyanyian solo oleh adik Charlene Lim . Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih.
4) Persembahan seterusnya. Adalah tarian moden yang bernama Salute yang akan dipersembahkan oleh Murid
tahun 6. Kumpulan ini dibimbing oleh Cik Tsen Yen Sen. Majlis mempersilakan.
Terima kasih kepada murid-murid tahun 6 yang membuat persembahan sebentar tadi.

9.00 Penyampaian Hadiah 1


 Hadirin sekalian, semoga terhibur dengan persembahan itu tadi. Tertib acara diteruskan lagi dengan
penyampaian hadiah dan sijil akademik.

Dengan ini majlis mempersilakan _________________________________________________ mengiringi


______________________________________________________________untuk menyampaikan hadiah dan sijil.
 Bagi penyampaian Akademik Terbaik, Kita mulakan dengan kelas tahun 1. Ibu bapa dijemput untuk mengiringi
anak masing-masing naik ke pentas. Dipersilakan.#
…..adik….(Refer List)
Seterusnya, bagi tahun 2, #
…..adik….(Refer List)
Kita teruskan lagi dengan Tahun 3,#
…..adik….(Refer List)
Seterusnya, Pencapaian Akademik terbaik bagi tahun 4 ialah,#
Tempat Pertama…..adik….(Refer List)
Kita teruskan lagi bagi tahun 5,#
Tempat pertama adik……..(refer list)
Seterusnya tahun 6,#
Tempat Pertama…..adik….(Refer List)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _____________________________________kerana sudi menyampaikan


hadiah.

 Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian wang Intensif (ang Pau) oleh pihak Lembaga Pengurusan
Sekolah kepada murid yang telah mewakili W.P. Labuan dalam pelbagai acara pertandingan. Pemberian
wang Intensif ini bertujuan untuk memberi galakan kepada murid-murid supaya lebih aktif untuk menyertai
pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.
Dengan ini majlis mempersilakan _______________________________________mengiringi Dato’ Sia Ket Lee
@Seah Kiat Chong untuk menyampaikan hadiah.
 Dipersilakan penerima pertama adik………………………….(Refer List)
 Seterusnya adik…….(no 2 hingga 10)
 Penerima wang Intensif yang terakhir ialah adik………………………..

 Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada jurulatih bola jaring. Majlis mempersilakan Puan Liza
Anak Didi.#
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Sia Ket Lee @Seah Kiat Chong kerana sudi menyampaikan
hadiah.

9.30 Persembahan pentas (2)


 Hadirin sekalian, Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi memberi laluan kepada
persembahan murid.
 Persembahan yang akan kita saksikan sebentar lagi adalah sebuah Tarian Moden yang bernama Boombayah
yang akan ditarikan oleh murid tahun 6.
 Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih persembahan yang begitu menarik sebentar tadi. Untuk pengetahuan hadirin,
tarianini adalah dibawah bimbingan Cik Tsen Yen Sen.
 Kita teruskan majlis dengan persembahan tarian Tradional daripada murid tahun 4 dan 5 di bawah pimpinan Pn
Yup Li Hung, Cik Vivien Chong Man Li dan Pn Lim Choon Duan.
Majlis mempersilakan.
Terima kasih diatas persembahan tarian yang begitu menarik sebentar tadi.
 Seterusnya, Nyanyian duet yang akan di sampaikan oleh adik Mabel dan Cassandra dari tahun 6 .
Majlis mempersilakan.
 Majlis mengucapkan terima kasih.
 Seterusnya, kita akan dihiburkan lagi dengan nyanyian duet oleh adik Joey dan adik Jevon dari tahun 6 dengan
tajuk lagunya See You again.
Majlis mempersilakan.
 Majlis mengucapkan Terima kasih, pada semua murid yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

9.50 Penyampaian Hadiah 2


Hadirin yang dihormati, seterusnya adalah penyampaian Anugerah Inovasi “Kreativiti Dan Inovasi Pemacu
Kualiti Dan Pemangkin Organisasi Progresif”

Dengan ini majlis mempersilakan _________________________________________________ mengiringi Dato’ Sia


Ket Lee @Seah Kiat Chong untuk menyampaikan sijil.

 Bagi Anugerah Inovasi, majlis mempersilakan

 Pn Siti Hajar Binti Imran dan


 Pn Shafikah Binti Pengiran

 Anugerah Menggalakkan Pelaksanaan Inovasi Guru majlis mempersilakan


Pn Yong Kui Chen

 Anugerah Guru Aktif Kajian Tindakan majlis mempersilakan

Pn Tan Siang Eing

 Untuk pengetahuan hadirin, SJK (C) Chung Hwa telah mendapat Anugerah Kelas Pembelajaran
Abad ke-21 Terbaik Di Seluruh Sekolah Labuan, dengan ini majlis mempersilakan

Pn Yong Kui Chen, Guru Besar SJKC Chung Hwa untuk menerima hadiah.

 Seterusnya, Anugerah Kewangan Cemerlang 2015, majlis mempersilakan


 Pn Yong Kui Chen dan
   En Dato Rizuan Bin Dato Johan
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Sia Ket Lee @Seah Kiat Chong kerana sudi
menyampaikan sijil.
Kita teruskan majlis dengan penyampaian Anugerah Tokoh Murid dan Anugerah Tokoh Murid Terbaik dalam bidang
Kokurikulum 2016.
 Berikut dibacakan biodata dan pencapaian murid tersebut.
 Belajar di kelas 6B
 Dilahirkan pada 09 November 2004.
 Mendapat Keputusan Akademik 1A 1B 4C 2D(lulus semua matapelajaran)
 Memegang Jawatan sebagai:
1. Penolong Ketua Pengawas
2. Pengerusi Rumah Biru
3. Setiausaha Pengakap
4. Pengerusi Kelab Pencinta Alam
5. AJK Kelab Bola Jaring
 Murid ini telah mencatatkan kejayaan dalam Pertandingan dan aktiviti Kokurikulum antaranya:

No  Aktiviti  Pencapaian
1 Pertandingan Pengetahuan Umum Peringkat Sekolah  Mendapat tempat
Saguhati
2 Pertandingan Scrable Peringkat W.P. Labuan  Mendapat Tempat ketiga
3 Acara lari 4 x 200m  Mendapat Johan
4 Acara lari 100m  Mendapat Johan

5 Acara lari 200m  Mendapat Naib Johan


6 Acara Lompat Tinggi  Mendapat Johan

 Murid ini juga berjaya mencatatkan Pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Akuatik MSSWPL
2016
No  Aktiviti  Pencapaian
1 Gaya Bebas 50m  Mendapat Johan
2 Gaya Bebas 100m  Mendapat Johan
3 Gaya Lentang 50m  Mendapat Johan
4 Gaya Lentang 100m  Mendapat Johan

 Murid ini juga menjadi olahragawati Terbaik peringkat sekolah 2016 dan perenang terbaik kategori Perempuan
Peringkat MSSWPL 2016.

Sebelum majlis mengumumkan Tokoh murid, Majlis dengan sukacitanya menjemput Pn Yong Kui Chen dan En
Seah Keat Leong ketua Kampung Sg. Keling untuk menyampaikan sijil dan wang Intensif.
Untuk Pengetahuan hadirin, wang Intensif ini adalah pemberian daripada Ketua kampung Sg. Keling.
 Murid yang dianugerahkan sebagai Tokoh Murid dan Tokoh Murid Terbaik dalam bidang Kokurikulum 2016 ialah
Adik Mabel Teo Yu Jie. Majlis dengan bangganya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Seah Keat Leong kerana sudi menyampaikan wang intensif sebentar
tadi.
Seterusnya, penyampaian Sijil Tamat Pengajian Tahun enam..
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Yang berusaha Puan Yong Kui Chen Guru Besar SJKC Chung Hwa
untuk menyampaikan Sijil Tamat Pengajian kepada murid tahun 6.
Majlis mempersilakan murid tahun 6A , 6B dan 6C untuk menerima Sijil Tamat Pengajian daripada Yg. Berusaha
Guru Besar.Dipersilakan.
Majlis megucapkan terima kasih.
Hadirin yang dihormati, rasanya tidak lengkap jika tidak mendengar ucapan daripada wakil Tahun 5 dan Tahun 6.
Dengan ini majlis mempersilakan adik Vivian Chin Zhou Teng wakil Tahun 5 untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

 Terima kasih adik Vivian Chin diatas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, ucapan Perpisahan daripada wakil Tahun 6. Majlis dengan sukacitanya menjemput adik Corliss Lim Jing
Shi. Dipersilakan.

 Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.


Sebagai tanda penghargaan kepada sekolah, Murid Tahun 6 akan menyampaikan cenderahati. Oleh itu, majlis
menjemput Yg. Berusaha, Pn.Yong Kui Chen Guru Besar SJKC Chung Hwa untuk menerima cenderahati yang akan
disampaikan oleh Wakil murid tahun 6 adik _______________________
o Majlis mengucapkan terima kasih.
o Para hadirin, jika sebentar tadi, kita telah saksikan persembahan nyanyian dan tarian yang begitu mengasyikkan,
sekarang marilah kita sama-sama saksikan, Persembahan Koir Murid Tahun 6. Mereka akan menyampaikan 3
buah lagu. Pertama bunga sakura, Kedua tentang bulan dan ketiga Fight Song. Majlis mempersilakan.
o Majlis mengucapkan terima kasih kepada murid tahun 6 di atas persembahan itu tadi.Koir ini di bawah pimpinan
Cik Liew Sin Sin, Cik Tsen Yen Sen dan Pn. Ritah.
o Dijemput Dato’ Sia Ket Lee, Semua AJK Lembaga Pengurusan Sekolah, Guru Besar dan Guru-guru untuk berdiri
dibawah pentas untuk bersalam-salaman dengan murid-murid tahun 6.
Dengan ini maka berakhirlah Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid SJKC Chung Hwa 2016. Kepada para penerima
anugerah dan sijil, majlis mengucapkan tahniah dan kepada yang tidak menerima jangan berputus asa tahun
hadapan boleh mencuba lagi. Majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin yang telah hadir
pada hari ini dan kepada seluruh warga kerja SJKC Chung Hwa yang telah menjayakan majlis penuh meriah ini. Kami
bagi pihak majlis, memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Majlis menjemput tetamu
vip dan ibu bapa serta guru-guru ke jamuan di belakang dewan.

 Sekian Terima kasih, dan jumpa lagi pada Majlis Anugerah Kecermerlangan Akademik pada tahun 2017.

Anda mungkin juga menyukai