Anda di halaman 1dari 11

Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan

Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian


bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun
pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan
ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain
pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.
Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan
berkumur.Buatlah selama beberapa hari.
Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang
kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh
juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya
diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan
diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.
Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah
dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.
Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.
Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan
ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang
bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.
Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian
rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak
kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan
terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan
menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu
pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak
kotor.
Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh
(masih hijau) ke dalam air yang
mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa
sehingga jerawat di muka anda hilang.
b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan
pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian
setiap hari.

Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2
sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian
digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk
biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa
dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan
ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu

hendak tidur.
Melebatkan tumbuh rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di
atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul
sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus
ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang
botak.Buatlah sedemikian setiap hari.
Membuang tahi lalat hidup
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan
dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan
caranya membuang ketaut kulit dan mengubat
tapak kaki yang
pecah-pecah.
Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya
untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau
tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya,
mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya
1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air
sejuk.
Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan
hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu
tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan
pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.
Daun petai cina ubat seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan
tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan
mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru
bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan
bulan.

ramas pada telapak


wajah anda sewaktu
dibersihkan dengan air yang
petang selama lebih kurang 1

Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian
dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian
dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.
Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan
celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak
anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.
Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang
mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah
dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah
dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan
pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang

itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat
ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu
sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak
tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.
Menghilangkan bau ketiak
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan
biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air
sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.
Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang
terkena panau itu.
Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan
sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk
dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.
Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli,
campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.
Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air
tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air
tersebut.
Gatal Kulit
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan
terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa
dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa
kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi
dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran
sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur
sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum
pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam
periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air
kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang
secara beransur-ansur.
Menghilangkan Bulu Ketiak
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada
tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa
yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit
dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak
anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah
pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian
hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati
anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi
menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.
Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian
dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih
kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira
satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu

lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum


kira-kira 3/4 gelas.

Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan
diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu
menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

Bisa-bisa tulang
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama
2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.
Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat
di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah
mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh
seminggu.Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit
anda boleh sembuh.
Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus
dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning
ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah
liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4
nahagian,angkat dan sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah,
penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat
tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh
sesudah mencubanya.

Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus,
kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit
garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.
Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah
tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.
Demam Berdarah
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis,
panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan
basahkan kepala dengan air tersebut

Cara-cara mengurangkan demam


a.Beri pesakit minum air yang banyak
b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain
yang tebal

Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya


a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi
sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari
naik dan ucapkanlah:
"Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah
rasulmu"
Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari
berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari
lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak
bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam
perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi
halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian
digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2
kali.
Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun
kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah
lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat
segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

Ubat Kencing Batu


Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa
teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras
dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5
gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap
kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.
Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam
perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat
mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang
tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar
(masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu
itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1
potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada
sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih
dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3
minggu atau sebulan.
Sakit Kepala
Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel
saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini
dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat
kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih
teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit
terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah
otak.
i.Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang
boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak

wangi yang keterlaluan


ii.Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan
dengan sumber cahaya yang terang
iii.Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh
menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak
sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala
iv.Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan
sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.
v.Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh
menyebabkan sakit kepala

Ubat sakit kepala


i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam
membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas,
dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus
dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening
mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.
atau
ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1
sudu teh lalu diminum.

Cirit-Birit
Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah
hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya).Biji kopi
dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan
madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut
Kencing Tidak Lawas
Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan
diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum
apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di
atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.
Menyembuhkan Luka
Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah
ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka
hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan
di atas bahagian yang luka itu.
Menyembuhkan sakit gigi
Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung
dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam
dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk

menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit


pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.
Untuk mendapat anak
Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah
secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai
sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan
semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah
selawat sebelum meminum air tersebut.
Jika terlekat tulang
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali,
masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu
perlahan-lahan.Insya-allah,tulang yang melekat itu akan keluar dengan
mudah.
Untuk mengubati penyakit batu karang
Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat
kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai
sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.
Panawar racun dan sengatan binatang berbisa
Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga
sebati,kemudian diminum.
Penawar jika dipatuk ular
Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian
ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada
tempat yang terkena patukan.
Penawar gigitan anjing gila
Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan
kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah
ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila
tersebut.
Untuk merawati masalah batuk kering
Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah
ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan
ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan
hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.
Penawar sesak nafas
Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak
yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu
lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.
Penyakit gagap
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah
serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka
yang mempunyai masalah di dalam percakapan.
Batuk Biasa
Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari
kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia
bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali
makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.

Benjol dan luka yang teruk


Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah
delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah
pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.
Mempercepatkan penumbuhan rambut
Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan
semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan
ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.
Mata berselaput
Bahan-bahannya;Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat
dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di
dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu,kemudian letakkan
campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.
Penjagaan badan supaya sentiasa langsing
Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus,
kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah
selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu
hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.
Pelembap muka
Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan
mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan
dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah
kulit muka akan menjadi lembab dan segar.
Membersihkan Muka
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu
tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga
rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka
untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah
cerah,lembut dan kurang berminyak.
Deman Selsema
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu
tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga
rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka
untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah
cerah,lembut dan kurang berminyak.

KHASIAT

Khasiat buah betik ubat sedu


Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur
dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan
sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan
mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali
sehari.
Kopi halia ubat kembung
Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia
pula dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau
dihaluskan.Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu

selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi.Minum air
kopi masa masih panas-panas sedikit demi sedikit.Air ini juga boleh
digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya sejuk,orang
yang selalu pening dan tidak sedap badan.
Khasiat dari akar kayu sengugut
Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas
itu tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali
sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya
mata.Insya-Allah.
Khasiat pucuk jambu
Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini.Ambil
beberapa tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk
dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat dicampurkan dengan
segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya
selama 3 hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan
muntah-muntah lagi.
Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan
Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi
kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan
dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak
tangan anda menjadi lembut.
Khasiat bunga raya masalah gugur rambut
Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu
dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga
keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya
tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.
Khasiat daun jarak
Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini
5-6 lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak
kelapa dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun
itu tidak jatuh, elok diikat dengan selendang.Insya-allah, penyakit itu
akan sembuh dan anak anda akan dapat tidur lena kemudianya.
Khasiat dari akar kelapa
Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan
sebagainya.Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya
akar kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu
direbus.Air rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.
Khasiat dari ubi jalar
Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi
jalar atau ubi keledek dicuci bersih dan digiling halus.campur pula
dengan sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang
luka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan
terus sembuh.
Khasiat buah mentimun
Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut
mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku
kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil
airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah
diparut itu.Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Dengan izin
allah, bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.

Khasiat buah betik ubat sedu


Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur
dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan
sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan
mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali
sehari.
Kopi halia ubat kembung
Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia
pula dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau
dihaluskan.Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu
selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi.Minum air
kopi masa masih panas-panas sedikit demi sedikit.Air ini juga boleh
digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya sejuk,orang
yang selalu pening dan tidak sedap badan.
Khasiat dari akar kayu sengugut
Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas
itu tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali
sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya
mata.Insya-Allah.
Khasiat pucuk jambu
Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini.Ambil
beberapa tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk
dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat dicampurkan dengan
segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya
selama 3 hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan
muntah-muntah lagi.
Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan
Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi
kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan
dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak
tangan anda menjadi lembut.
Khasiat bunga raya masalah gugur rambut
Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu
dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga
keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya
tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.
Khasiat daun jarak
Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini
5-6 lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak
kelapa dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun
itu tidak jatuh, elok diikat dengan selendang.Insya-allah, penyakit itu
akan sembuh dan anak anda akan dapat tidur lena kemudianya.
Khasiat dari akar kelapa
Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan
sebagainya.Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya
akar kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu
direbus.Air rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.
Khasiat dari ubi jalar
Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi

jalar atau ubi keledek dicuci bersih dan digiling halus.campur pula
dengan sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang
luka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan
terus sembuh.
Khasiat buah mentimun
Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut
mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku
kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil
airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah
diparut itu.Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Dengan izin
allah, bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.

Anda mungkin juga menyukai