Anda di halaman 1dari 1
Gejala sosial dalam kalangan remaj Pada zaman moden ini, gejala sosial merupakan sesuatu gejala yang amat diminati dalam kalangan remaja. Remaja yang terlibat dalam gejala sosial sering menimbulkan masalah kepada masyarakat. Antara gejala sosial ialah seperti merosakkan harta awam, menconteng dan sebagainya. Perbuatan tersebut amat merugikan sesiapa sahaja terutamanya kerajaan. Untuk mengelakkan berlakunya gejala sosial, terdapat pelbagai tindakan untuk mengatasinya, Antaranya ialah nilai kasih sayang haruslah diamalkan sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur telur biarlah dari rebungnya. Mereka akan mempunyai kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas, lama-kelamaan mereka akan menghindari daripada gejala sosial. Lantaran itu, mereka juga akan sentiasa mengingati dan mengamalkan nilai tersebut kerana mereka mengamalkannya sejak kecil lagi Selain itu, para remaja yang terlibat dalam gejala sosial juga patut mengamalkan nilai harga diri, Hal ini demikian kerana kegiatan gejala sosial ini akan menjatuhkan nama dan maruah diri serta keluarga. Mereka seharusnya patut mempunyai keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kebidupan. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam kegiatan gejala sosial ini adalah kerana untuk melepaskan perasaan tidak pusa hati, Hal ini banyak berlaku kerana mereka berpendapat mereka tidak perlu menanggung perbuatan meraka yang tidak bertanggungjawab, Sehubungan itu, mereka juga harus mengamalkan nilai bertanggungiawab. Para pelajar perlu mempunyai kesanggupan diri untuk memikul dan melaksanakan tugas tugas serta kewajipan dengan sempurna Dengan mengamalkan nilai bertanggungjawab, mereka akan sedar akan perbuatan tersebut sama ada betul dilakukan atau tidak. Secara tidak langsung, mereka akan menjauhi kegiatan gejala sosial dan tahu akan akibatnya, Kesimpulannya, saya sedar bahawa kegiatan gejala sosial mempunyai banyak keburukan dan saya berazam tidak akan sesekali terlibat dalam kegiatan gejala sosial. Lantaran itu, semua pihak yang berkenaan haruslah berganding bahu mengatasi masalah tersebut. Bak kata pepatah, pemudi tiang negara, pemuda harapan bangsa. Remaja kini harus insaf supaya dapat menjadi seseorang yang berbakat dan berguna terhadap negara pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai