Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah buku rujukan. Aku diperbuat daripada kertas.

Aku dilahirkan di sebuah


kilang yang terletak di Kuala Lumpur. Di sana, aku menemui banyak rakan. Setelah
beberapa lama dilahirkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Selepas itu aku
dimasukkan ke dalam sebuah van.

Aku dibawa ke segenap ceruk rantau Malaysia. Tidak lama kemudian, aku dibawa ke
sebuah kedai buku. Di sana, aku menemui rakanku semula. Aku disusun rapi di atas
sebuah rak buku di kedai buku itu.

Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan datang ke kedai buku itu. Dia
melihat aku dari pintu kedai itu lalu mendekati aku. Dia membelek-belek tubuhku.
Begitu juga dengan rakan-rakanku. Akhirnya,dia membeli aku. Aku diletakkan
didalam plastik dan dibawa pulang.

Sampai sahaja di rumah, tuanku terus membalut kulitku menggunakan pembalut


buku. Kemudian, dia membacaku. Aku pun menunjukkan kebolehanku dengan
memberinya pengetahuan yang dalam. Dia benar-benar berpuas hati setelah
membacaku.

Pada keesokan harinya, aku dibawa ke sekolah tuanku. Aku ditunjukkan kepada
rakan-rakannya. Dia berasa sangat bertuah kerana memilikku. Aku selalu digunakan
oleh tuanku untuk membuat rujukan.

Semakin lama khidmatku tidak perlukan lagi kerana tuanku sudah mempunyai
komputer. Di dalam komputer itu pula mengandungi internet yang memberi banyak
maklumat terhadap tuanku. Aku sudah tidak diperlukan lagi oleh tuanku. Aku
diletakkan di dalam sebuah almari buku dan tuanku tidak membacaku lagi.

Anda mungkin juga menyukai