Anda di halaman 1dari 4

HIDAYAH

Haji Ayub Abdul Rahman


Paderi yang Kini Jadi Daie
Oleh
Zalmimazura Zahari
Foto
Asmawal Arshad

Ketika sedang tidur, beliau didatangi mimpi


apabila ada suara memintanya mengkaji
terlebih dahulu tentang agama Islam.
Nama asal
Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam
Nama hijrah
Haji Ayub Abdul Rahman
Umur
60 tahun
Tarikh masuk Islam
4 September 1978
Asal
Bukit Mertajam Pulau Pinang
Nama isteri
Baiti Adenan, 60 tahun
Nama anak
Musa 24 dan Abd Wahab Isa 23 tahun
Apa yang saya cari dalam al-Quran, tiad a
satu
pun
keburukannya,
sebaliknya s aya m e n e m u i ke c a n t i k a n d i d a l a m nya. Memang niat
awal
saya
mengkaji al-Quran
semata-mata
mahu
m e n c a r i keburukan tentang Islam untuk jadikan senjata bagi tujuan berdebat kepada
orang Islam. Tetapi tidak di sangka-sangka, lain pula yang saya temui.
Yang membuatkan hati saya terkesan apabila membaca surah Maryam. Betapa dalam alQuran begitu mengangkat martabat seorang wanita iaitu Maryam ke tahap yang tinggi
walaupun dia bukan dari bangsa Arab," jelas Haji Ayub Abdul Rahman memulakan bicara.
Sebagai seorang pendeta atau Paderi Besar Kristian Roman Katholik yang telah dididik
dengan fahaman ajaran itu sedan kecil lagi, beliau sangat berasa kagum dengan apa yang
dikaji dalam kitab terjemahan al-Quran tersebut. Kalau sebelum ini beliau menganggap
Jesus hanya wujud dalam agama Kristian sahaja, tetapi alQuran mengangkat lebih tinggi
martabatnya.

"Sebagai paderi yang mempunyai kedudukan tinggi (monk), saya sendiri pun belum
pernah baca dalam mana-mana kitab Bible yang mengatakan Jesus dianugerahkan
mukjizat sejak kecil dengan meniup tanah liat dan kemudiannya menjadi burung. Tetapi di
dalam al-Quran ada disebut," kata bekas paderi ini yang pernah berkhidmat di Gereja
St. Benedict ofEinsiedeln, Switzerland selama hampir 10 tahun.
Menceritakan dengan lebih lanjut, beliau yang ditugaskan sebagai Biecht-vader iaitu
bertanggungjawab mengampunkan penganut Kristian yang berdosa ketika itu, tidak
menyangka mimpi menjadi titik tolak penghijrahannya. Semuanya bermula sewaktu beliau
bermeditasi (amalan biasa bagi paderi pada setiap pagi), Haji Ayub 'terganggu' dengan satu
ayat yang terdapat dalam kitab Bible yang mengatakan tanpa seseorang itu dibaptis, tidak
memungkinkan seseorang itu masuk syurga.
Lantas beliau terkenangkan kebaikan jiran-jirannya beragama Islam yang banyak
membantu tanpa mengira latar agama dan bangsa. Kata Haji Ayub, setiap kali bulan
Ramadan, keluarganya merupakan orang pertama yang menerima juadah berbuka dari
jirannya itu. Malah apabila ada ahli keluarganya yang sakit dan memerlukan rawatan segera,
jiran Melayu inilahyang akan bersusah payah menghantar ke hospital.
"Saya kira mereka ini merupakan jiran terbaik yang pernah saya jumpa sewaktu menetap di
Kampung Pelanduk Jatuh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tapi saya benar-benar sedih
apabila memikirkan mereka ini tidak pernah dibaptiskan dan sudah tentu mereka ticlak layak
masuk syurga," jelasnya lagi.
Kaji Islam di London
Kerana menyimpan kunci pintu gereja maka pada suatu malam, di hadapan altar beliau
berrmunajat dan `merayu' kepada tuhan supaya jiran-jirannya dikecualikan daripada memasuki neraka. Disebabkan keletihan, beliau tertidur di situ. Ketika sedang tidur, beliau
didatangi mimpi apabila ada suara memintanya mengkaji terlebih dahulu tentang agama
Islam.
Lantas beliau memohon kebenaran dari ketuanya iaitu Bishop Dionysius dari Vertican Rom
untuk mengkaji dan mendalami Islam yang sekaligus bakal dijadikan senjata untuk melemahkan umat Islam. Permintaannya dipenuhi maka pada tahun 1973 beliau dihantar
ke Millhill Missionary Institute di utara London bagi membolehkannya mempelajari Islam
secara intensif dan mendalam. Pada masa yang sama beliau mengambil peluang belajar
perbandingan agama.
Sewaktu di London, beberapa orang yang arif tentang Islam termasuk dari negara Afrika
Utara, seperti Nigeria, Maghribi, Libya dan Tunisia menghulurkan bantuan. "Mereka
beragama Islam dan sanggup membantu saya dengan memberi macam macam buku
termasuklah dua siri terjemahan al-Quran oleh Marmaduke Pickthall dan juga buku sirahsirah nabi," ujarnya yang pernah berkhidmat sebagai paderi di Swizerland, Jerman
dan London dan mahir dalam bahasa Jerman dan Inggeris.
Kajian terhadap al-Quran terjemahan itulah yang telah membuka mata hatinya tentang
kebenaran agama Islam yang selama ini tidak pernah diketahuinya. Selama enam bulan
menyelami kitab suci itu, akhirnya beliau yakin clan mengakui bahawa al-Quran adalah
wahyu yang diturunkan untuk dijadikan panduan bagi umat manusia.
Bahkan beliau juga melihat wujudnya perbezaan antara pegangan agama Kristian dan
Islam. Pada pemerhatiannya, beliau dapati orang Islam di Jerman sangat serius dalam
soal amal ibadat, sedangkan penganut Kristian amat malas walaupun pergi ke Gereja

seminggu sekali. Malah orang Islam itu sendiri mempunyai sikap yang terpuji dan suka
menolong tanpa mengira latar agama dan bangsa.
Lari ke Makkah
Setelah betul-betul yakin Islam adalah agama yang membawa kebenaran, niat di hati
untuk memeluk Islam tertunai, berkat pertolongan Ketua Menteri Sarawak ketika itu Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaacob yang mengajak beliauberhijrah ke bumi Kenyalang.
Pada tanggal 4 September 1978, menjadi tarikh keramat buat Reverend Anthony Samy
PerumalViagulam apabila menjadi Muslim dengan memilih nama Ayub sebagai nama hadapan
diikuti nama Abdul Rahman sempenanama Ketua Menteri Sarawak yang banyak berjasa
kepadanya.
Haji Ayub mengakui, bukan muclah untuknya mengambil keputusan menerima agama
Islam sebagai pegangan hidup, apatah lagi dirinya sangat berpengetahuan dalam
ajaran Injil itu sehingga beliau diberi peluang mengunjungi hampir 22 buah negara di
seluruh dunia untuk menjayakan misi misionari Kristian. Namun jika itu kehendak Allah,
tiada siapa yang dapat menghalangnya. Justeru, walaupun dalam masa yang agak singkat
untuk mengenali Islam, namun kerana yakin dengan wujudnya Pencipta yang Esa, tanpa
menoleh ke belakang, tekadnya bulat dengan pilihannya.
Keputusannya memeluk Islam bukan sahaja menimbulkan kejutan kepada banyak pihak,
tetapi turut mendatangkan bahaya. Tentu satu yang menakutkan apabila rumah yang didiami dibaling orang dengan ketulan-ketulan batu. Haji Ayub mengambil keputusan untuk
berangkat ke Jeddah, Arab Saudi berkhidmat di hospital Dr Bakhsh.
"Baru tiga bukan memeluk Islam di tanah air, saya sudah pun menjejakkan kaki ke Makkah.
Hebatnya kuasa Allah! Jika bukan kerana faktor keselamatan, belum tentu saya berpeluang
pergi ke Tanah Suci. Apabila berada di Rumah Allah, hati rasa sebak dan tanpa disedari air
mata mengalir laju. Seumur hidup saya tidak pernah menangisi diri tetapi saya benar-benar
merasakan diri begitu kerdil apabila berdiri di hadapan Kaabah," jelas Tokoh Maal Hijrah
Peringkat Negeri Sarawak (Saudara Baru) 2006 ini lagi.
Selama tiga tahun berada di sana, Haji Ayub memanfaatkan peluang mendalami ilmu Islam
terutama bidang al-Quran bagi menambah keyakinan dan kekuatan. Setelah kembali ke
tanah air, beliau tetap meneruskan pencarian ilmu dengan mengikuti kelas-kelas agama dan
belajar melalui ustaz ustaz yang bertauliah. Ilmu yang diperoleh kemudiannya dimanfaatkan
untuk dakwah, termasuk menyebarkan Islam ke pedalaman Sarawak dan Semenanjung di
samping melakukan pelbagai kerja kebajikan.
Kini bapa kepada dua orang anak lelaki ini, banyak menghabiskan masa dengan kerja-kerja
kebajikan antaranya menjadi pendakwah bebas di bawah Rabithoh al Alam al Islami 'Naib
Presiders Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Negeri Sarawak, Pengerusi Hal Ehwal Bahagian
Makanan di Peryatim (Persatuan Anak-anak Yatim Sarawak), Timbalan Setiausaha Agung
Majlis Kebajikan Sosial Negeri Sarawak dan Pengerusi Pengambilan Darah Persatuan Bulan
Sabit Merah Negeri Sarawak.
Pengalaman Berpuasa
Ditanya tentang pengalaman berpuasanya, Haji Ayub tertawa kecil. Katanya, antara
pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah sewaktu berpuasa pada tahun pertama
bergelar Muslim. Disebabkan pada waktu itu beliau masih lagi 'hijau' tentang agama Islam
dan tidak mengetahui adanya organisasi yang menjaga kebajikan hal ehwal saudara baru,

beliau hanya faham berpuasa tidak diwajibkan penuh untuk saudara baru. Justeru,
puasanya tidak seperti mana orang-orang Islam berpuasa. Apa yang diamalkannya; satu
hari puasa, dua hari rehat sehinggalah ia berlarutan selama lima tahun. Beliau hanya
mengetahui kesilapannya setelah isterinya bertanyakan tentang pengalamannya berpuasa.
"Kalau clikira saya hanya berpuasa 10 hari dalam setahun dan jika didarab lima tahun hermakna saya hanya berpuasa 50 hari sahaja. Isteri saya terkejut kerana saya banyak
'berehat' dari berpuasa. Dia kemudian meminta saya mengqada' puasa puasa yang
'direhatkan itu sampai habis. Jadi saya berusaha 'mengqada' semua puasa yang tidak penuh
itu.
Katanya, sewaktu mula-mula memeluk Islam, sebagai saudara baru beliau diberitahu tidak
perlu puasa penuh jika tidak berkemampuan.
"Rupanya itu hanya untuk mereka yang baru belajar berpuasa. Disebabkan salah faham
dan ticlak bertanya pada orang yang lebih arif, makanya jadilah begini sehingga
berlarutan lima tahun berturut-turut," ujarnya sambil tergelak.

November 2008

** link Youtube adalah atas usaha pemilik blog ini sendiri

2009 HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL


* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka dengan menampilkan dari mana asal usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.

Anda mungkin juga menyukai