Anda di halaman 1dari 2

... Ingat 14 Pesan Rasulullah SAW Kepada Wanita ...

Untukmu wahai saudariku wanita muslimah, ingatl ah baik baik akan pesan
ini:
1. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri)
yang solehah. (Riwayat Muslim).
2. Apabila perempuan yang memakai wewangian (Parfum) kemudian ia
keluar berjalan diantara kaum lelaki, agar mereka mencium bau harumnya
maka ia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap matayang memandang itu
adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3. Dinikahi wanita itu karana empat perkara: karana hartanya, karana
keturunannya, karana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah
yang kuat beragama niscaya kamu beruntung.
4. Wanita apabila ia sholat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan,
memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah ia dari pintu
syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani,Anas
bin Malik).
5. Perempuan yang berpakaian dalam dan berhias bukan untuk suaminya
dan muhrimnya adalahseumpama kegelapan di hari kiamat, tidak ada
cahaya baginya. (Riwayat Tarmizi)
6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima
Sholatnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya
(meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair,
malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama
ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang
dan puasanya).
8. Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Apabila wanita yang berdiri
di atas kakinya membakar roti (Memasak) untuk suaminya hingga muka dan
tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari
bakaran api neraka.

9. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalamurusan agama, maka


Allah memasukkanya dalam syurga lebihdahulu dari suaminya (sepuluh ribu
tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian
dan bau-bauan syurgauntuk turun ke mahligai suaminyadan mengadapnya.
10. Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan
janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum
oleh Allah dari air sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan
akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman daritaman-taman
syurga serta dicatatkan Allah baginya terbebas dari neraka dan selamatlah
ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
11. Wanita yang berkata kepada suaminya tidak pernah aku dapat dari
engkau satu kebajikan pun. Maka Allah akan hapuskan amalannya
selama70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadahpada
malamnya.
12. Apabila wanita mengandung janindalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap
hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
13. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perangsabil).
14. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinyaseperti
keadaan ibunya melahirkannya..
Semoga bermanfaat buatku terutama dan smua wanita diseluruh dunia yang
mengaku muslimah,salam santunku____^_^

Anda mungkin juga menyukai