Anda di halaman 1dari 9

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SOALAN AMALI

HBPE 3103
KEGIATAN PROFESIONAL
(PERMAINAN)

SEMESTER MEI 2016

SOALAN AMALI
Permainan boleh dimainkan di gelanggang atau di padang untuk pelajar lelaki atau
perempuan pelbagai peringkat umur. Aspek dalam permainan yang diberi penekanan ialah
kemahiran asas, peraturan dan undang-undang berkaitan. Strategi permainan dan program
latihan juga memainkan peranan penting untuk memantapkan aspek ini di samping
memperolehi kejayaan dalam setiap permainan atau pertandingan yang disertai. Pada masa
yang sama, aspek pengendalian, pengelolaan dan pengurusan juga memainkan peranan yang
penting dalam proses pengurusan kejohanan atau pertandingan.
Sehubungan itu, anda dikehendaki melaksanakan DUA kemahiran dari dua jenis sukan yang
disenaraikan di bawah mengikut prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. Anda juga
dikehendaki melaksanakan permainan kecil untuk mengaplikasi kemahiran tersebut dalam
situasi permainan berdasarkan prosedur yang ditetapkan.
PERMAINAN 1: BOLA TAMPAR
Alatan: bola tampar secukupnya
Kemahiran: Menyangga bola berpasangan

Bersedia dengan merendahkan badan, sebelah kaki di hadapan


Mata memandang ke arah bola
Luruskan kedua-dua belah tangan
Kontak bola di bahagian lengan bawah
Luruskan lutut apabila menyangga
Sangga secara berpasangan pada jarak 2 meter
Sangga berterusan sekurang-kurangnya 10 kali percubaan

y
2 meter

Rajah 1
Kemahiran: Servis bawah - individu

Rendah dan condongkan badan ke depan, sebelah kaki di hadapan


Bola pada paras pinggang, mata pandang bola
Bahu bersudut tepat ke jaring, buka tangan yang memukul
Tangan hayun dari belakang, bawa berat badan ke belakang
Bola dilambungkan sebelum dipukul (airborne) melepasi jaring
tangan dihayun ke hadapan, berat badan dipindahkan kepada kaki hadapan apabila
bola disentuh
Guna pangkal tangan yang dibuka
Kontak di bawah belakang bola
Tangan ikut lajak (pindah berat badan) dan tuju ke sasaran
2

Kemahiran: Merejam secara individu


Dalam posisi bersedia dan berdiri berhampiran dengan jaring
Kedua lutut di bengkokkan dan bahu menghala ke arah hadapan
Bergerak selangkah ke arah bola sambil merendahkan badan secara perlahan untuk
membuat persediaan lompatan
Buat lonjakan dengan menggunakan kedua belah kaki
Tangan dihayun ke belakang dan ke atas kepala untuk merejam bola sekuat mungkin
Pukulan boleh dibuat dengan menggunakan buku lima tangan atau tapak tangan
terbuka
Pergerakan tangan mengikut lajak
Lakukan sebanyak 5 kali percubaan
(5 markah)

x1
y

y1

x1

x1

y1

x1
y

x1

Rajah 2
Nota: y dan y1 adalah feeder

Permainan kecil
Syarat pertandingan:
4 orang satu kumpulan
Hanya menggunakan kemahiran servis bawah tangan, menyangga dan merejam sahaja
Sekurang-kurangnya tiga hantaran / pukulan dalam kumpulan sebelum menghantar
bola ke pihak lawan
Mata dikira hingga 11 sahaja
Permainan dimainkan di gelanggang bola tampar
Aplikasi undang-undang permainan bola tampar sedia ada

PERMAINAN 2: BOLA BALING


Kemahiran: Menghantar bola aras bahu - berkumpulan (5 markah)

Pegang bola dengan sebelah tangan pada paras bahu


Sebelah kaki ke hadapan; bahu tangan bebas menghala ke sasaran
Bawa bola ke belakang dan tolak bola (flick) ke sasaran dengan siku bergerak terlebih
dahulu
Luruskan jari ke arah hantaran
Pindah berat badan ke kaki hadapan atau gerakkan kaki belakang ke hadapan (ikut
lajak)
Jarak antara peserta adalah 3 meter
(5 markah)

Kemahiran: Menyambut bola aras bahu

Berdiri dengan kaki buka seluas bahu


Berat badan berada di bebola kaki
Hulurkan kedua-dua tangan lurus ke atas melebihi 450 dengan jari dibuka ke arah bola
Mata memandang ke arah pergerakan bola
Bergerak ke arah bola
Sambut bola dengan menggunakan kedua-dua belah tangan
Sebaik sahaja bola disambut, serap daya dengan membawa bola ke dada
Aktiviti 1

3m

3m

Rajah 3

Prosedur :

Wisel dibunyikan dan peserta memulakan membuat hantaran dan menyambut bola
Ikut pergerakan seperti dalam Rajah 3
Lakukan sebanyak 5 kali percubaan dan kemudian tukar arah. Ulang aktiviti dan
lakukan sebanyak 5 kali percubaan lagi
Alatan: 5 biji bola, 5 skital, 1 wisel

Kemahiran: Menggelecek melalui halangan individu

Kawal bola dengan sebelah tangan setiap masa


Siku dan lutut dibengkokkan semasa melantun bola
Berat badan pada bebola kaki
Gunakan jari-jari untuk menolak bola
Lantunkan bola pada aras yang mudah dikawal
Bola berada di depan sisi untuk melicinkan pergerakan melalui halangan
Mata memandang ke arah pergerakan
Bergerak pantas mengelilingi skital
Bertukar arah
Bebas menggunakan kedua-dua belah tangan
(5 markah)
Jarak dari garisan mula ke skitel pertama: 4
meter.
Jarak antara skitel : 3 meter

GARISAN Mula/ Tamat

Tamat

Mula

Rajah 4

Prosedur:

Wisel dibunyikan dan peserta memulakan kemahiran menggelecek


Ikut pergerakan seperti dalam Rajah 4
Lakukan sebanyak 2 kali percubaan
Alatan : 5 biji bola, 5 skital, 1 wisel

Kemahiran: Menjaring paras bahu secara individu

Berdiri dalam keadaan selesa pegang bola di atas tapak tangan dengan
menggunakan tangan dominan
Ambil satu langkah ke hadapan dan kaki belakang dibengkokkan sedikit
Tangan yang memegang bola dibawa ke belakang dan siku dibengkokkan
Bola dibawa ke atas kepala dan tangan diluruskan jauh ke belakang
Hayunkan tangan ke hadapan dan baling bola seberapa kuat yang boleh ke arah pintu
gol atau mana-mana penjuru gol
Badan dan tangan pelaku ikut lajak setelah bola dilepaskan
Setiap peserta diberi 5 kali percubaan
(5 markah)

4
2
3
Rajah 5

Permainan kecil: Mini bola baling


Syarat permainan:

5 orang satu pasukan


Hanya menggunakan kemahiran hantaran aras bahu, mengelecek dan menjaring aras
bahu sahaja
Tempoh masa bermain ialah 10 minit
Gunakan kon sebagai sasaran jaringan
Kumpulan pertama yang menjatuhkan kelima-lima kon adalah pemenang.

Rajah 6

ARAHAN
1.

Anda dikehendaki menyediakan tempat dan alatan yang sesuai untuk aktiviti tersebut

2.

Penilaian dibuat secara individu dan pelaksanaan adalah secara berkumpulan

3.

Penilaian ujian amali tersebut akan dilaksanakan pada Tutorial ke 4

ARAHAN KEPADA TUTOR

Tutor hanya bertindak sebagai pemantau dan penasihat ketika amali berlangsung.

Minta pelajar memberitahu status kesihatan dan bagi pelajar yang mendapat
pengecualian sediakan borang pengakuan lampiran.

Markah amali bagi pelajar yang di kecualikan atas sebab kesihatan ialah minimum.

Bagi menjimatkan masa, permainan yang dipilih boleh dijalankan secara serentak dan
digilirkan.

Sekiranya mempunyai masalah sila selesaikan secara profesional dan pertimbangan


pengalaman anda.

BORANG SKOR

NAMA :

___________________________________________

NO. MATRIK :

___________________________________________

TARIKH :

___________________________________________

Permainan /
Kemahiran

SKALA SKOR
3

Jumlah
SKOR

Tandatangan Penilai:

_____________________________
(Nama :
)

Tarikh : ______________

Anda mungkin juga menyukai