Anda di halaman 1dari 3

nota Aqidah seterusnya:

pengertian syahadah:
Syahadah yang dimaksudkan ialah pengakuan dan penyaksian seorang
hamba bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan
Allah. Kalimah yang diungkapkan ialah:
Ungkapan syahadah ini sering dilaungkan oleh muazzin setiap kali azan dan
dilafazkan oleh setiap orang yang solat. Ia sangat penting dalam hidup
setiap manusia yang beriman. Selain itu, kepentingan syahadah dilihat
dalam 2 keadaan:
Pertama : Islam dibina di atas beberapa rukun dan salah satu rukunnya
ialah kalimah syahadah ini. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat AlBukhari dan Muslim, yang bermaksud :
Agama Islam dibina di atas lima rukun iaitu mengucap dua kalimah
syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji
ke Baitullahilharam dan puasa pada bulan Ramadan.
Kedua : Setiap orang yang ingin memeluk Islam hendaklah mengucapkan
kalimah syahadah ini. Inilah yang dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW,
cantohnya ketika Islamnya Abdullah Bin Salam yang asalnya seorang
pendeta Yahudi. (Hadis riwayat Al-Bukhari).
Rasulullah SAW telah menjanjikan banyak kelebihan yang terdapat pada
penyaksian agung ini. Sabda baginda SAW dalam hadis riwayat Muslim, yang
bermaksud :
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya aku
adalah rasul Allah. Tidaklah seorang hamba yang bertemu Allah dengan dua
kalimah ini tanpa sebarang syak melainkan akan masuk syurga.
Sabda baginda lagi dalam hadis riwayat Muslim, yang bermasud:
Barangsiapa yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, nescaya Allah haramkan ke atasnya
neraka.
Ramai manusia telah menuturkan kalimah syahadah ini; namun ia tidak
memberi apa-apa makna dan manfaat. Ini kerana, ia sekadar diucap dengan
pengucapan kosong tanpa kesedaran dan penghayatan pada makna serta
tuntutannya. Justeru, Rasulullah SAW telah meletakkan syarat bagi mencapal
kelebihan kalimah mulia ini mestilah dengan ilmu. Sabda rasul SAW dalam
hadis riwayat Muslim, yang bermaksud :

Barangsiapa mati dalam keadaan dia mengetahui bahawasanya tiada Tuhan


melainkan Allah, nescaya dia masuk syurga.
Syahadah atau penyaksian

membawa maksud: suatu iktikad yang kukuh bahawa tiada tuhan yang
berhak dan layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang
tidak ada sekutu bagi-Nya dan bahawa nabi Muhammad adalah hamba dan
pesuruh Allah.
Tuntutan dan cara menghayati syahadah yang pertama iaitu Tiada
Tuhan Melainkan Allah adalah seperti berikut:
1. Menuturkan kalimah dalam keadaan mengetahui dan memahami
maksudnya sebagaimana firman Allah dalam surah Muhammad, ayat 19 :
Maksudnya:
Ketahuilah bahawasanya Tiada Tuhan melainkan Allah
2. Beramal dengan maksud kandungan kalimah itu. la adalah asas
pengutusan para rasul, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Anbiya,
ayat 25, yang bermaksud :
Dan tidak Kami utuskan seorang rasul pun sebelum kamu melainkan kami
wahyukan kepadanya, bahawa tiada Tuhan melainkan Aku, maka abdikanlah
diri kepada-Ku
3. Menyerah diri kepada Allah SWT, sebagaimana firmanNya dalam surah AlBaqarah, ayat 128, yang bermaksud:
Tuhan kami! Jadikanlah kami ber- dua (Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail)
menyerah diri kepada-Mu dan juga dari zuriat kami satu umat yang
menyerah diri kepada-Mu
4. Membenarkan segala yang datang daripada Allah SWT sebagaimana
firmanNya dalam surah An-Nisa, ayat 87, yang bermaksud :
dan siapakah yang lebih benar percakapannya daripada Allah?
5. Ikhlas dalam melakukan pengabdian dan berlepas diri daripada sebarang
bentuk syirik dan khurafat. Firman Allah dalam surah Az-Zumar, ayat 11,
yang bermaksud :
Katakanlah wahai Muhammad! Sesungguhnya aku diperintahkan untuk

mengabdikan diri kepada Allah dalam keadaan ikhlas beragama kepadaNya


6. Mengasihi Allah melebihi segala yang lain, sebagaimana firmanNya dalam
surah Al-Baqarah, ayat 165, yang bermaksud :
dan orang-orang yang beriman sangat cintakan Allah.

Tuntutan dan cara menghayati syahadah yang kedua iaitu Nabi


Muhammad hamba dan pesuruh Allah adalah seperti berikut:
1. Meyakini bahawa Rasulullah adalah manusia pilihan Allah. Baginda juga
bukan sekutu bagi Allah. Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi, ayat 110,
yang bermaksud :
Katakanlah (wahai Muhammad)! bahawasanya aku ini adalah manusia biasa
seperti kamu yang diwahyukan kepadaku. Bahawasanya Tuhan kamu adalah
Tuhan yang satu.
2. Meyakini bahawa baginda Rasulullah dipelihara oleh Allah daripada
terjebak dalam sebarang bentuk dosa. Baginda juga dipelihara daripada
tersalah dalam menyampaikan risalah Allah.
3. Mentaati segala perintah Rasulullah dan menjauhi segala larangannya.
Firman Allah dalam surah Al-Hasyr, ayat 7, yang bermaksud :
Dan yang dibawa datang kepada kamu oleh Rasulullah hendaklah kamu
ambil dan yang baginda larang, maka hendaklah kamu tinggalkan.
4. Membenarkan setiap yang baginda sampaikan. Ini kerana baginda tidak
berkata-kata sebarangan, sebaliknya ia adalah panduan daripada Allah.
Firman Allah dalam surah An-Najmi, ayat 3 dan 4, yang bermaksud :
Dan dia yakni Nabi Muhammad tidak bertutur dengan hawa nafsu,
sebaliknya ia adalah wahyu yang diutuskan oleh Allah.
5. Mencintai Nabi melebihi makhluk yang lain. Sabda rasulullah SAW dalam
hadis riwayat Al-Bukhari:
Maksudnya:
Tidak beriman seorang daripada kamu hinggalah dia menjadikan aku yang
paling dicintai melebihi bapanya dan anaknya serta semua manusia.

Anda mungkin juga menyukai