Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayahNya
serta selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad SAW tugasan HBIS3103
FIQH 1 dapat disiapkan. Tugasan ini menghuraikan dan membahaskan dengan terperinci
tentang ibadat puasa. 5 Bahagian utama yang dibincangkan di dalam tugasan ialah
definisi puasa dalam Islam, hukum puasa dalam Islam, perbezaan puasa dalam agamaagama selain Islam dan hikmah berpuasa menurut Islam dan konteks sosial dan ekonomi.
2.0 PENERANGAN TENTANG MAKSUD PUASA DALAM ISLAM, HUKUM
BERPUASA DAN JENIS PUASA
Puasa adalah salah satu rukun islam. Salah satu pilar penegak agama islam inisecara
jelas disebutkan dalam Al quran, misalnya dalam surat Al Baqarah ayat 183 yang
kurang lebih artinya : Hai orang
-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu kamuberpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa

.Puasa juga diperintahkan kepada umat-umat sebelum umat Nabi Muhammad


SAW.Tujuan utama puasa ini adalah agar kita bertaqwa, bertaqwa kepada Allah
SWT. Puasamerupakan ibadah

mahdhoh yang telah

ditentukan syarat,

rukun dan

ketentuannya.Puasa terbagi atas puasa wajib, sunnah, makruh dan haram. Puasa yang
diwajibkanmisalnya, puasa pada bulan Ramadhan dan puasa nadzar. Tidak seperti ibadah
mahdhohyang lain, dimana amalan ibadah mahdhoh seperti shalat adalah untuk kita
sendiri, akantetapi ibadah puasa ini adalah milik Allah SWT.Puasa juga sebagai sarana
latihan bagi kita untuk menahan hawa nafsu yang timbuldalam diri kita. Selain itu, puasa
juga memberikan kesehatan jasmani bagi orang yangmelaksanakannya salah satunya adalah
kesehatan pencernaan.
Puasa ari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada melakukan sesuatu. Dari segi
syarak pula puasa bermaksud menahan diri pada waktu siang daripada melakukan
perkara-perkara tertentu dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa juga boleh
difahami sebagai mencegah diri daripada memenuhi dan melayan tuntutan syahwat perut
seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan pada waktu yang tertentu iaitu dari
faAmalan berpuasa telah lama menjadi ritual agama-agama penting di dunia. Tatkala
amalan ini menjadi perhatian dunia apabila umat Islam seluruh dunia berpuasa serentak

pada bulan Ramadhan, amalan berpuasa ini telahpun lebih awal menjadi amalan lazim
masyarakat bukan Islam terdahulu seperti di zaman Mesir kuno,Yunani Greek, bangsa
Romawi dan China kuno. Dan ritual ini masih dipraktikan oleh sesetengah agama seperti
Kristian, Judaism, Buddhism, Hindusim, Jainism dan sebagainya.
Amat benarlah perintah Allah bahawasanya puasa itu telahpun disyariatkan kepada umatumat terdahulu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, mogamoga kamu bertaqwa. [al-Baqarah 2:183]
Konsep puasa difahami oleh agama-agama umumnya sebagai satu kaedah penyucian jiwa
dan raga manusia, selain sebagai langkah penyatuan dan ketakwaan kepada Tuhan.
Secara konseptualnya puasa difahami sebagai suatu tindakan menahan diri daripada
melakukan sesuatu. Justeru walaupun amalan berpuasa ini terdapat dalam agama-agama
lain, puasa dari segi syariat dan pengisiannya adalah berbeza-beza.
Menahan diri daripada melakukan sesuatu bagi sesetengah agama merujuk kepada makan
dan minum, atau salah satu darinya untuk beberapa waktu, atau juga terhadap sesuatu
tindakan seperti menahan diri daripada berkahwin. Melihat kepada agama-agama
samawi, kewujudan dan pemahaman tentang puasa juga wujud dalam bentuk-bentuk dan
cara-cara yang berbeza.
Yahudi (Judaism)
Puasa dalam agama Yahudi (Judaism)
Dalam agama Yahudi, amalan berpuasa telah wujud dalam beberapa hari berdasarkan
kalender bulan Yahudi. Hal ini ada disebutkan di dalam Bible apabila Jesus dirujuk
kepada amalan pengikut Yohanes:
Orang-orang berkata kepada Jesus, "Pengikut Yohanes dan pengikut orang Farisi
sering berpuasa dan berdoa. Tetapi pengikut-pengikut-Mu makan dan minum."
[Luke 5:33]
Bilakah mereka berpuasa?
Pihak synagogue juga berkuasa menyuruh penganut Yahudi untuk berpuasa apabila
ditimpa musibah. Namun amalan berpuasa yang wajib ialah pada hari yang dinamakan
Yom Kippur (Hari Penebusan atau Pembersihan Dosa), satu-satunya puasa yang
diperintahkan dalam hukum Taurat (Mosaic Law). Setelah menfokuskan 10 hari untuk
tujuan bertaubat sejak Rosh Hashanah (Tahun Baru mengikut kalender Yahudi), diikuti
dengan berpuasa pada hari Yom Kippur untuk memastikan taubat dan diampunkan dosa-

dosa tahun sebelumnya kerana mengikut kepercayaan mereka pada hari Yom Kippur
itulah nasib semua penganut Yahudi ditentukan untuk tahun berikutnya.
Selain Yom Kippur, ada yang menambah empat hari tambahan puasa masing-masing satu
hari di bulan Ab, Tammuz, Tebeth dan Tishri. Ini bertujuan untuk berkabung atas
bencana yang menimpa kaum Yahudi.
Bagaimana mereka berpuasa?
Terdapat segolongan penganut Yahudi ortodoks yang berpuasa seperti mana puasa Nabi
Yahya, Nabi Musa dan Nabi Ilyas yang berpuasa selama empat puluh hari lamanya. Ada
juga yang hanya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis secara sukarela.
Adapun pada hari Yom Kippur, golongan Yahudi berpuasa sejak terbenamnya matahari
sehinggalah terbenamnya matahari keesokkan harinya menjadikan mereka berpuasa
selama lebih kurang 25 jam.
Dalam berpuasa, mereka tidak sahaja menahan diri daripada makan dan minum, mereka
juga dilarang berkerja, bersetubuh dan mandi, malahan menggunakan minyak sapuan
atau krim (ointment) dan kasut kulit juga adalah dilarang.
Kristian
Puasa dalam agama Kristian
Memandangkan amalan berpuasa juga telah diamalkan oleh agama-agama sebelum
zaman kedatangan Jesus, amalan berpuasa juga dilakukan oleh Jesus dan Nabi-nabi
terdahulu. Hal ini banyak direkodkan dalam Bible (Perjanjian Lama), dalam satu laporan
Jesus didakwa berkata:
Dan apabila kamu berpuasa, janganlah muram mukamu seperti orang munafik.
Mereka mengubah air mukanya, supaya orang melihat bahawa mereka sedang
berpuasa. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya mereka sudah mendapat
upahnya.Tetapi kalau kalian berpuasa, cucilah mukamu dan sisirlah rambutmu,
supaya tak ada yang tahu bahwa kalian berpuasa, kecuali Bapamu yang tidak
kelihatan itu saja. Dia melihat perbuatanmu yang tersembunyi itu dan akan
memberi upah kepadamu."(Mathew 6:16)
Bilakah mereka berpuasa?
Dalam agama Kristian waktu berpuasa tidak ditetapkan secara spesifik oleh agama,
contohnya mazhab Kristen Protestan tidak mewajibkan untuk berpuasa, sedangkan
Kristen Katolik mewajibkan untuk berpuasa pada waktu-waktu tertentu.

Amalan berpuasa dalam agama Kristian pada masa ini telah mengalami perubahan
apabila tidak ada pengkhususan terhadap amalan berpuasa apabila ia dianggap perbuatan
sukarela. Ada mazhab Kristian yang menganggap Bible hanya memperkenalkan puasa
sebagai sesuatu yang baik, berguna dan digalakkan. Namun tradisi pernah membuktikan
penganut Kristian (Katolik) berpuasa selama 40 hari bermula dari Ash Wednesday
sehingga hari Easter. Mereka juga berpuasa pada hari Good Friday, Rogetion
Days, Ember Day dan hari-hari lain secara sukarela.
Bagaimana mereka berpuasa?
Perbezaan ini berpunca daripada kefahaman bahawa terdapat perbezaan jelas antara
amalan berpuasa yang tercatat dalam kitab Perjanjian Lama dan kitab Perjanjian Baru di
dalam Bible yakni perbezaan tujuan berpuasa sebelum kedatangan dan selepas
kedatangan Jesus. Justeru amalan berpuasa dalam agama Kristian boleh dilakukan dalam
pelbagai bentuk mengikut mazhab Kristian yang ada, baik dengan menahan diri dari
makan dan minum, hanya memakan daging, hanya memakan sayur dan air putih,
berpuasa dengan tidak bersuara dan juga berpuasa sehingga 40 hari 40 malam lamanya.
Berikut disertakan contoh-contoh berpuasa seperti mana yang dilaporkan di dalam Bible:
a) Puasa hanya dengan tidak memakan yang lain seperti hanya makan sayur
dan minum air putih (Daniel 10:3)
b) Puasa dalan rangka berkabung selama 21 hari atau 3 minggu (Daniel 10:2)
c) Puasa untuk mendengar suara Tuhan (Acts 13:2-3)
d) Puasa tanpa makan dan minum (Matthew 11:18)
e) Puasa 3 hari 3 malam tidak makan dan tidak minum (Est 4:16)
f) Puasa tidak makan dan semalaman berbaring di tanah (2 Sam 12:16)
g) Puasa selama 3 hari 3 malam tidak makan, tidak minum dan tidak melihat (
Acts 9:9, Yunus 1:17)
h) Puasa 7 hari 7 malam tidak bersuara (2:13)
i)
Puasa selama 40 hari 40 malam (Exodus 24:16, Exodus 34:28, 1 Kings 19:8,
Jonah 3:4-5, Matthew 4:2)
Hindu
Puasa dalam agama Hindu
Golongan beragama Hindu berpuasa pada hari ekadasi ini dengan tujuan dan kepercayaan
bahawa hari tersebut dapat menghilangkan semua dosa sekaligus merubah nasib hidup
mereka, bahkan dapat meningkatkan kekuatan dalaman mereka. Bagi yang tidak
mempunyai kekuatan untuk berpuasa tanpa makan dan minum, mereka dibenarkan
memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan meminum susu.
Bilakah mereka berpuasa?
Dalam kitab Vedic, golongan beragama Hindu sangat dianjurkan untuk melakukan puasa
pada hari Ekadasi. Ekadasi merupakan bahasa Sanskrit yang bermaksud hari kesebelas,

Eka bererti satu dan Dasa bererti sepuluh, yakni hari kesebelas yang dihitung mulai dari
sehari setelah purnama (bulan purnama) menjadikannya dua hari dalam sebulan. Hal ini
membuktikan bahawa agama Hindu juga memiliki kalender mereka yang berpandukan
kepada bulan.
Bagaimana mereka berpuasa?
Terdapat pelbagai tatacara puasa dalam agama Hindu, ianya disesuaikan dengan cara
ddan pilihan masing-masing, Dilaporkan ada 26 macam cara dan sejarah di sebalik puasa
Ekadasi ini.Ada penganut agama Hindu yang berpuasa pada siang hari dan menfokuskan
diri untuk bersembahyang atau bermeditasi pada malamnya.
Buddha
Puasa dalam agama Buddha
Puasa dalam agama Buddha disebut sebagai Uposatha, puasa bukanlah merupakan suatu
perbuatan wajib dalam agama Buddha, sekiranya ada penganut agama Buddha yang
berpuasa.
Bilakah mereka berpuasa?
Ia selalu dilakukan berdasarkan kalender agama Buddha yang juga bergantung kepada
peredaran bulan, berpuasa dilakukan pada bulan cerah dan bulan purnama atau hari 1 dan
15 kalender Buddhist. Uposatha difahami dengan maksud hari yang dilalui dengan
berpuasa.
Bagaimankah mereka berpuasa?
Uposatha (puasa) dilakukan dalam dua cara.
Cara pertama yang dinamakan sebagai Uposatha-sila atau uposatha atthasila, iaitu lapan
aturan yang telah ditetapkan iaitu:
1. Bertekad akan melatih diri menghindari pembunuhan makhluk hidup.
2. Bertekad akan melatih diri menghindari mengambil barang yang tidak diberikan
(mencuri).
3. Bertekad akan melatih diri menghindari seks (memuaskan seksual)
4. Bertekad akan melatih diri menghindari berbicara atau berucap yang tidak benar
(berbohong)
5. Bertekad akan melatih diri menghindari segala makanan dan minuman yang dapat
melemahkan kesedaran (alkohol, ubat-ubat yang terlarang).
6. Bertekad akan melatih diri menghindari makan setelah tengah hari sehingga watu
subuh (saat matahari berdiri tegak sehingga subuh kesokan harinya)
7. Bertekad akan melatih diri menghindari menyanyi, menari, bermain muzik, pergi
melihat hiburan, memakai bunga-bungaan, wangi-wangian, serta alat- alat kosmetik yang
bertujuan untuk memperindah/ mempercantik diri.
8. Bertekad akan melatih diri menghindari tempat tidur dan tempat duduk yang mewah.

Puasa (uposatha)penganut agama Buddha hanya layak dinyatakan sah, apabila berjaya
mematuhi kesemua lapan larangan, panduan serta aturan tersebut seperti yang tertulis di
atas. Jika salah satu larangan tersebut dilanggarbaik secara sengaja atau tidak bererti
puasa yang dilakukan itu tidak dianggap sempurna.
Cara kedua ialah dengan menjadi vegetarian, iaitu tidak memakan makanan daripada
makhluk hidup, dalam erti kata daging dan hanya memakan sayur-sayuran atau buahbuahan. Makanya tiada hari atau waktu tertentu dalam aspek larangan kerana mereka
yang vegetarian bebas untuk makan sayur-sayuran pada bila-bila masa.
Kesimpulan
Kajian ringkas ini cuba mengupas ritual puasa yang wujud dari sudut pelbagai agama
yang ada dalam cubaan mengetengahkan persamaan serta perbezaan ketara yang wujud
antara agama lain dan ajaran Islam seperti mana yang pernah Nabi Muhammad
Sallallahualaihi Wa Sallam lakukan (melalui hadis-hadis) dalam mengetengahkan
kepada umat Islam ciri-ciri ritual puasa agama lain sebagai pengetahuan tambahan dalam
beramal. Hal ini ketara dalam sabda Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wa Sallam
apabila cuba membezakan puasa umat Islam dan agama lain.
"Perbezaan antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian)adalah
makan sahur ". [Hadith Riwayat Imam Muslim no.1096]
Agama ini akan sentiasa menang selama mana manusia menyegerakan berbuka,
kerana Yahudi dan Nasrani (Kristian) mengakhirkannya ". [Hadith Riwayat Imam
Abu Daud no. 2353]
Dengan rasa penuh hormat terhadap kajian ringkas berkenaan ritual puasa yang terdapat
dalam agama-agama lain selain Islam dan selaku seorang Muslim, penulis berpandangan
jenis dan cara puasa dalam agama-agama lain ini mempunyai beberapa persamaan dari
sudut konsep berpuasa seperti mana yang dipraktikkan dalam ajaran agama Islam.
Namun konsep puasa dalam Islam dilihat lebih luas dengan tidak hanya difahami melalui
definisi lahiriahnya sahaja yakni menghindari makan, minum, persetubuhan antara suami
isteri dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dengan sengaja dari
bermulanya terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Ajaran Islam juga menyuntik
keseimbangan dalam aspek rohani atau spiritual dan fizikal melalui perintah kewajiban
berpuasa sepanjang bulan Ramadhan (bulan ke 9 dalam kalender Islam) berserta dengan
tawaran-tawaran pahala beganda serta pengampunan dosa.
Dengan hanya melihat bulan ke-9 dalam kalender Islam (bulan Ramadhan) ini sahaja
sudah boleh dianggap suatu mukjizat, mengambil negara-negara di utara bumi sebagai
contoh, sekiranya utara bumi menyambut bulan berpuasa itu pada musim sejuk, waktu

fajar adalah lebih pendek menjadikan tempoh berpuasa adalah lebih pendek sesuai
dengan suasana sejuk yang dialami pada musim tersebut, hasilnya waktu Subuh lebih
lewat dan waktu Maghrib yang lebih awal. Adapun sekiranya bulan berpuasa di utara
bumi sewaktu musim panas, lain pula waktunya apabila waktu siang menjadi lebih
panjang berbanding waktu malamnya yang singkat. Hal ini membuktikan bahawa musim
sejuk atau panas membantu dalam memberi kesesuaian kepada mereka yang sedang
berpuasa sesuai dengan musim yang dialaminya.
Dari aspek pembersihan spiritual dan fizikal pula, apa yang ditekankan dalam kewajiban
berpuasa dalam ajaran agama Islam boleh diertikan sebagai suatu manifestasi dalam
bentuk keimanan, kepercayaan serta tingkah laku mendidik seorang manusia dalam
kehidupan beragama. Elemen-elemen galakan seperti keberkatan bersuhur (makan dan
minum sebelum terbit fajar sebagai persediaan menghadapi waktu berpuasa pada siang
hari),mengelak daripada berkata dusta, meninggalkan perbuatan keji dan sia-sia,
menyegerakan berbuka puasa dan menunaikan solat secara berjemaah pada malam hari
atau dikenali sebagai solat terawih serta banyak lagi senarai amalan-amalan bagi meraih
pahala pada bulan puasa, semua amalan ini dianggap komprehensif dalam menjana
program pembentukan nilai-nilai murni baik secara spiritual, fizikal dan mental seorang
manusia.
Apabila disoal definisi puasa, bila (waktunya) dan bagaimana seorang Muslim itu
berpuasa barangkali dijawab sama antara seorang Muslim dengan yang lainnya. Namun
puasa seorang Muslim itu hanya dapat dilihat dari aspek luaran berdasarkan definisi zahir
maksud puasa yang telah disebutkan di atas, Tetapi masih ada yang digambarkan hanya
mendapat lapar dan dahaga, manakala ada pula yang berjaya kenal erti takwa. Ritual ini
juga diangkat Tuhan sebagai ibadah yang dilakukan khusus kepadaNya dalam bentuk
penghambaan (pengabdian) diri ini yang bakal memperoleh ganjaran besar yang hanya
diketahui Tuhan jumlah ganjaran sebenarnya bagi seorang Muslim yang berpuasa.
Kini setelah kita mengetahui kewujudan ritual puasa ini dalam agama-agama lain berserta
dengan perbezaan-perbezaan yang wujud, hal ini dapat memberi kita peluang melihat
konsep kehidupan beragama dengan lebih luas seperti mana saranan dalam kitab suci alQuran yang turut menceritakan kewujudan agama-agama lain dengan metod pencarian
serta proses mendekatkan diri kepada Tuhan yang berbeza-beza.
jar sehingga terbenam matahari.

Anda mungkin juga menyukai