Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS 3203
GOLONGAN ASNAF GHARIMIN

NAMA

:HAFIZOH BT HASSAN

NO.MATRIK

:780419025574001

NO.IC

:780419-02-5574

NO.TELEFON

:013-4695811

ALAMAT E-MAIL

hafizah_pgt166@yahoo.com.my
NAMA PENSYARAH

:PN.FAIZAH BINTI ALI

LEARNING CENTRE

:KEDAH LEARNING CENTER


( ALOR SETAR)

SEMESTER SEPTEMBER 2016

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

PENGENALAN

2.0

PENGERTIAN ASNAF GHARIMIN DAN CIRI-CIRI ASNAF

3.0

MEKANISMA PUSAT ZAKAT DALAM MENENTUKAN

ASNAF GHARIMIN DAN BENTUK BANTUAN


4

KEBERKESANAN AGIHAN ZAKAT DAN CADANGAN

KESIMPULAN

13

RUJUKAN

14

1.0

PENGENALAN

Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga, ia wajib dilaksanakan oleh


setiap umat Islam yang memenuhi syarat-syaratnya. Ia juga berkait rapat
antara hubungan manusia dengan Allah s.w.t., dan juga hubungan
manusia sesama manusia. Zakat Memainkan peranan yang penting dalam
membangunkan ekonomi umat Islam dan diredhai Allah s.w.t serta
berupaya meningkatkan martabat ummah. Allah swt telah menetapkan
bahawa hanya lapan asnaf atau golongan sahaja yang berhak menerima
zakat. Firman Allah swt dalam surah at-Taubah, ayat 60.

Maksudnya : Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang


miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan)
budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang
dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Ia menggambarkan hubungan manusia dengan Allah s.w.t kerana ia
merupakan satu ibadah yang difardukan. Hubungan sesama manusia pula
dilihat dari aspek pemberian dan bantuan kebajikan. Golongan yang
berada diwajibkan mengeluarkan zakat bagi membantu golongan yang
kurang

berkemampuan.

Ini

berdasarkan

firman

Allah

s.w.t

yang

bermaksud:
Dan pada harta-harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan
menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang
menahan diri (daripada meminta). (Al-Dhariyat, 51:19)

Kewujudan golongan berada dan golongan kurang berada dalam


pola kehidupan masyarakat turut dijelaskan dalam al-Quran sepertimana
firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan Allah telah melebihkan sebahagian daripada kamu atau sebahagian
yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya. (Al-Nahl,16:71)
Asnaf zakat pula bermaksud orang-orang yang berhak menerima
zakat menurut hukum syarak. Asnaf zakat ini telah disebut dalam alQuran sepertimana firman Allah swt yang bermaksud:
Sesungguhnya sedekah-sedekah itu adalah kepunyaan orang-orang fakir
dan miskin dan orang-orang yang menguruskannya dan orang-orang yang
dijinakkan hatinya, dan orang-orangyang berhutang,danuntukjalanAllah,
danIbnuSabil,

yangdemikian

itu

sebagai

kefarduanyangdifardukanAllah,dan

Allahamat

mengetahuilagiamatbijaksana. (Al-Taubah,9:60).
Berdasarkan maksud firman Allah dalam ayat al-Quran di atas,
terdapat lapan golongan yang berhak menerima zakat. Mereka terdiri
daripada golongan fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, al-gharimin (orangorang yang berhutang), fisabilillah dan ibnu sabil. Asnaf al-gharimin
merupakan asnaf keenam yang disebut dalam ayat tersebut.
2.0

PENGERTIAN ASNAF GHARIMIN DAN CIRI-CIRINYA DALAM

ISLAM
Dari segi bahasa, al-gharimun adalah kata jama dari gharim yang
bermaksud tetap. Al-Gharim bermaksud orang yang mempunyai hutang
untuk

kepentingan

bukan

maksiat

dan

tidak

mampu

untuk

menyelesaikannya. Ini bermakna hutang itu tetap pada orang yang


berhutang.
Takrif al-gharimin menurut Mazhab ulama Syafie ada tiga jenis iaitu;
4

a) Orang yang berhutang kerana mendamaikan antara dua orang yang


berselisih faham ;
b) Orang yang berhutang untuk kepentingan yang harus atau yang tidak
harus, tetapi dia sudah bertaubat; atau
b) Orang yang berhutang kerana menjamin hutang orang lain sedangkan
dia dan yang dijaminnya tidak dapat membayar hutang itu.

Golongan (b) dan (c) diberikan zakat jika mereka tidak berupaya
membayar hutangnya. Manakala golongan ( a) diberikan zakat walaupun
kaya.

Di Malaysia, agihan zakat kepada golongan asnaf zakat diuruskan


oleh Pusat Urus atau Pungutan Zakat Negeri, Lembaga Zakat, Jabatan
Zakat Negeri atau Baitulmal yang terletak di bawah Majlis Agama Islam
Negeri. Setiap negeri mempunyai tafsiran tersendiri mengenai asnaf alGharimin.
Di Negeri Kedah tafsiran asnaf al-Gharimin bermaksud untuk
kepentingan bukan maksiat dan tidak sanggup membayarnya. Adapun
orang yang berhutang untuk memelihara persatuan umat Islam dibayar
hutangnya itu dengan zakat, walaupun ia mampu membayarnya.
Manakala bagi negeri Selangor al-Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk
memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada
keupayaan untuk membayarnya.
Berdasarkan

kepada

penerangan

tersebut,

mereka

yang

menghadapi masalah dalam tanggungan hutang yang tidak mampu


dibayar adalah tergolong dalam asnaf al-Gharimin. Walau bagaimanapun,
tidak semua golongan yang berhutang secara automatik termasuk dalam
takrifan Gharimin yang layak menerima zakat. Ia mestilah atas sebab
5

yang dibenarkan syarak, iaitu untuk menampung keperluan asas bagi diri,
keluarga dan tanggungannya.
Di antara ciri-ciri asnaf al-Gharimin yang berhak menerima zakat ;
i.

Gharimin tidak mempunyai harta atau sumber kewangan yang


melebihi keperluan asasinya.
Orang yang berhutang sememangnya benar-benar tidak mampu

membayar hutangnya. Individu mestilah tidak memiliki harta dalam kadar


yang mencukupi (had kifayah).

Had

kifayah

bermaksud

garis

kecukupan minimum bagi keperluan asasi seseorang dan tanggungannya


berdasarkan

kos

sara

hidup

masa

kini

(www.e-zakat.com.my).

Keperluan asasi yang diambil kira dalam menentukan had kifayah


merangkumi

beberapa aspek. Lembaga Zakat Selangor misalnya

mengambil kira enam aspek iaitu

perlindungan,

makanan,

pakaian,

perubatan, pendidikan dan pengangkutan.


ii.

Tujuan hutang yang dibuat di dalam perkara-perkara yang halal dan


harus atau perkara syarie.

Tujuan sesuatu hutang dibuat menjadi penentu sama ada orang


yang berhutang tersebut layak atau tidak menerima dana zakat
bagi membayar hutangnya. Al- Qaradawi (2002); menjelaskan
bahawa
bertujuan

tujuanberhutang

mestilah

perkara

melaksanakan

ketaatan

kepada

yang

harus

atau

Allah.Tidaktermasuk

gharimin bagi orang yang menanggung hutang sama ada untuk


untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan orang lain akibat
melakukan perkara maksiat. Sebagai contoh, seseorang berhutang
untuk tujuan berjudi dan membeli nombor ekor tidak layak untuk
menerima zakat bagi membayar hutangnya.

Orang yang berhutang untuk tujuan yang tidak syarie termasuklah


menanggung beban hutang kerana berbelanja secara berlebih-lebihan,
membazir dan bermewah-mewah (al-Qaradawi, 2002).
Hal

ini demikian kerana Allah melarang perbuatan berlebih-lebihan

sebagaimana Firman Allah dalamal-Quran yang bermaksud:


Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias
pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan
sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu
melampau;

sesungguhnya

Allah

tidak

suka

akan

orang-orang

yangmelampaui batas. (Al-Araf, 7:31)


Ini bermakna, tidak semua individu muflis layak menerima zakat di
bawah asnaf gharimin. Dalam konteks muflis, tujuan hutang yang
menjadi punca kepada kemuflisannnya harus dikenal pasti terlebih
dahulu. Muflis yang beragama Islam layak menerima bantuan zakat
sekiranya hutang yang dibuat di dalam perkara-perkara yang halal dan
harus atau perkara syarie.

iii.

Tidak

berlebih-lebihan

dalam

memenuhi

keperluan

diri

dan

masyarakat.
Individu yang muflis terpaksa berhutang bagi memenuhi keperluan
yang mendesak

dengan tidak berlebih-lebihan. Ini bermakna hutang

hanya bertujuan memenuhi

perkara yang perlu sahaja. Umpamanya

dalam pengurusan jenazah, hutang untuk

perbelanjaan

batu

nisan yang cantik dan membina binaan di kubur adalah termasuk


dalam hutang yang

membazir

dan

berlebih-lebihan.

Ruang

lingkup hutang yang

berlebih-lebihan juga boleh bergantung kepada

uruf setempat.
iv.

Wujud keperluan menyelesaikan hutang dengan segera.


Bagi individu muflis, sememangnya mereka berada dalam keadaan

terdesak untuk

menyelesaikan

hutang

memandangkan tempoh membayar

mereka

hutang

dengan

telah

segera
sampai,

malahan bayarannya tertunggak. Walau bagaimanapun, tujuan

mereka

berhutang juga perlu dikenal pasti terlebih dahulu dalam menentukan


kadar yang sepatutnya boleh diambil kira sebagai kategori asnafalGharimin.
v.

Wujudnya kemudaratan terhadap diri dan keluarga jika hutang tidak


dibayar
Di Malaysia, individu yang diisytiharkan muflis berhadapan dengan

tekanan hidup

dan

kemurungan kerana belenggu hutang. Ada yang

terpaksa mengetepikan

keperluan

anak

dan

menyelesaikan hutang. Hal ini demikian kerana

isteri

untuk

harta

mereka

dibekukan oleh Jabatan insolvensi. Golongan ini boleh juga dikembangkan


kepada

orang-orang

yang

berhutang

dengan

ah

mengetahui betapa kejamnya ah Long menyeksa


tidak mampu

membayar

hutang.

diberikan amat dahsyat dan tidak


vi.

Seksaan

dan

Long.Umum
mereka

yang

ancaman

yang

berperikemanusiaan (Saad, 2013).

Orang yang berhutang telah berusaha untuk membayar hutangnya


Individu

muflis

berikhtiar dan berusaha

haruslah

menunjukkan

untuk

bahawa

menyelesaikan

membuat permohonan tersebut.

mereka

hutang

telah

sebelum

3.0

MEKANISMA PUSAT ZAKAT DALAM MENENTUKAN ASNAF


GHARIMIN SERTA BENTUK BANTUAN .

Pengurusan zakat di malaysia berada dalam pentadbiran atau di bawah bidang kuasa majlis
agama Islam di setiap negeri. Setiap negeri kebanyakannya telah menubuhkan pusat zakatnya
sendiri bagi menguruskan kutipan zakat mereka. Sebagai contoh, Lembaga zakat Selangor
bertanggungjawab menguruskan hal pungutan zakat di negeri selangor begitu juga dengan
negeri-negeri lain.
Institusi pengurusan zakat berperanan memungut, mengumpul dan mengagihkan
zakat kepada golongan yang memerlukan. Mereka juga bertanggungjawab dalam memberi
penerangan dan membantu masyarakat berkaitan dengan hal zakat.
Lembaga-lembaga

zakat

di

Malaysia

menyenaraikan

tujuan-tujuan

berhutang bagi asnaf gharimin yang berhutang untuk kemaslahatan diri


sendiri seperti berikut;
I.

Memenuhi

keperluan

perkara

asasi

atau

daruri

bagi

diri,

keluarga,tanggungan.
II.

Pendidikan: Kos pengajian universiti, yuran STAM, STPM.

III.

Bayaran balik pinjaman pendidikan berjadual kepada Kerajaan


Negeri.

IV.

Kos rawatan penyakit kritikal: Rawatan penyakit kronik, dialisis


darah.

Tujuan-tujuan berhutang bagi asnaf gharimin yang berhutang untuk


kepentingan orang lain menurut Lembaga-lembaga Zakat Negeri di
Malaysia adalah seperti berikut:
I.

Memenuhi keperluan perkara asasi atau daruri bagi masyarakat.

II.

Baik pulih pondok pengajian dan sumbangan kepada institusi khas


(sek. Terencat akal/ anak yatim/buta/pekak).

III.

Bantuan baik pulih surau dan masjid, bantuan kepada sekolah


agama rakyat, pertubuhan bukan kerajaan dan tajaan program
Islamik.

IV.

Hutang persatuan kerana permasalahan ummah.

V.

Berhutang

untuk

faedah

awam

seperti

menghapuskan

persengketaan kedua-dua pihak.


VI.

Pengurusan jenazah tanpa waris.

Gharimin yang berhutang untuk menyelesaikan permasalahan asasi


seperti kesihatan, pelajaran diperingkat rendah dan menengah, makanan,
tempat perlindungan sementara dan segala hutang untuk meninggikan
martabat agama dibantu terus daripada peruntukan asnaf Gharimin tanpa
melihat kepada jumlah yang ditanggung. Ini bermakna, peminjam
Pinjaman

Tabung

Pendidikan

Tinggi

Nasional

(PTPTN)

yang

tidak

mempunyai sumber dana bagi menjelaskan pinjaman pelajaran boleh


tergolong sebagai al-Gharimin.
Berdasarkan kepada takrifan Gharimin oleh Lembaga-lembaga
Zakat di Malaysia, tiada satu pun negeri yang melayakkan Gharimin yang
berhutang untuk perkara yang bukan untuk kepentingan syarie untuk
menerima zakat. Individu yang berhutang untuk tujuan bermewah-mewah
juga terkeluar daripada asnaf Gharimin yang berhak menerima zakat.
Oleh yang demikian itu, punca seseorang itu diisytiharkan muflis
menjadi antara kriteria utama dalam menentukan kelayakannya untuk
menerima zakat di bawah asnaf Gharimin. Oleh itu, tidak semua muflis
layak menerima zakat di bawah asnaf gharimin kerana kelayakan
menerimanya bergantung kepada sebab atau punca hutang. Sekiranya
muflis menanggung beban hutang kerana membiayai mana- mana
keperluan asasi bagi diri dan tanggungannya, individu tersebut dikira
layak menerima zakat. Muflis juga layak menerima zakat sekiranya
10

menanggung beban hutang kerana menjaga kepentingan masyarakat dan


ummah seperi yang dinyatakan sebelum ini.

4.0

KEBERKESANAN BANTUAN AGIHAN ZAKAT DAN CADANGAN


PENAMBAHBAIKKAN.

Pengurusan

zakat

yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar

memberi impak yang positif kepada keberkesanan bantuan agihan zakat


di kalangan penerima zakat khususnya asnaf al-Gharimin, di antaranya
dapat ;
Mengurangkan masalah jurang kemiskinan yang membelenggu masyarakat Melayu
kerana mekanisme zakat ini sememangnya hanya ditumpukan khas kepada masyarakat
Melayu yang beragama Islam. Prestasi kutipan zakat contohnya di negeri Kedah adalah
sangat memberangsangkan, namun nasib golongan miskin masih tidak terbela sepenuhnya
lagi. Jabatan zakat Negeri Kedah telah memperkenalkan 26 skim bantuan untuk asnaf fakir
miskin termasuk asnaf Gharimin bagi membantu

golongan yang serba kekurangan ini

meneruskan kelangsungan hidup mereka. Skim bantuan yang diberikan merangkumi jenis
bantuan dari segi kewangan bulanan, pendidikan, bencana alam, perumahan, kesihatan, dan
bantuan dalam bentuk perniagaan atau pekerjaan.

11

Seterusnya bantuan dalam bentuk perniagaan atau pekerjaan dilihat mampu


memberikan masa depan yang cerah dalam usaha pembasmian kemiskinan berbanding jenis
bantuan yang lain. Ini kerana jenis bantuan ini bersifat produktif yang mampu mengeluarkan
penerima zakat daripada kemiskinan dan seterusnya menjadi pembayar zakat dalam jangka
masa panjang. Bantuan perniagaan atau pekerjaan ini memberi peluang pekerjaan yang luas
kepada penerima zakat.
Manakala asnaf yang diberi bantuan bagi memulakan perniagaan sama ada dalam
bentuk

bantuan kewangan atau bantuan bukan kewangan. Asnaf yang layak menerima

bantuan tersebut adalah yang berupaya dan berpotensi untuk menambah pendapatan sendiri
dan berpotensi untuk mengubah hidup mereka. Kebiasaannya mereka telah menjalankan
perniagaan kecil-kecilan dan perlu dibantu untuk lebih maju. Melalui bantuan zakat,
penerima zakat dapat mempelbagaikan peluang pekerjaan dan memberi pendapatan
yang tetap melalui pekerjaan yang diceburinya. Di samping dapat
menambah pendapatan sampingan Keluarga.

Selain itu, peranan zakat dilihat dapat mendekatkan jurang yang jauh antara anggota
sesebuah masyarakat di antara golongan kaya dan golongan miskin dengan mengagihkan
semula pendapatan mengikut hak-hak yang ditetapkan. Ini jelas daripada kutipan sebahagian
harta

orang-orang

kaya

untuk

dibahagi-bahagikan

kepada

mereka

yang

kurang

berkemampuan dan memerlukan. Dengan itu, masalah sosio-ekonomi umat Islam dapat di
atasi dan seterusnya dipertingkatkan. Ini kerana zakat merupakan sumber kekuatan umat
Islam.
Seterusnya, golongan asnaf berkenaan dapat meningkatkan taraf hidup mereka
daripada dibelenggu kemiskinan dan secara tidak langsung dapat membantu golongan asnaf
yang lain. Justeru dapat menjana ekonomi negara di mata dunia.
Cadangan Penambahbaikan :
Di antara cadangan penambahbaikan yang perlu di titikberatkan bagi menaik taraf kehidupan
asnaf al-Gharimim ialah ;

12

1. Memberi sumber bantuan kewangan dalam usaha mengatasi masalah kemiskinan


iaitu dengan cara memperuntukkan sebahagian besar dana yang diperolehi kepada
golongan fakir miskin terutamanya yang cacat anggota bagi membantu mereka
menyara hidup selain dapat dimanfaatkan sebagai modal untuk mereka menjalankan
pekerjaan. Saraan hidup yang diberi dengan kadar mencukupi sesuai mengikut
keadaan ekonomi, masa, tempat dan keperluan mereka agar dapat dibelanjakan bagi
mencukupkan keperluan makan minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan
kesihatan. Manakala modal pula diberi mencukupi berdasarkan kadar projek yang
hendak dilaksanakan sesuai dengan keadaan ekonomi, masa dan tempat.

Perlu diingat, bantuan bagi menyara hidup dan modal yang disumbangkan bukanlah
bertujuan menggalakkan kemalasan, pengangguran sehingga mengancam ketenangan
dan keselamatan negara sebaliknya dapat meringankan beban yang ditanggung serta
menjadi sumber dan penggalak bekerja untuk golongan fakir dan miskin.

2. Bantuan modal yang diberikan kepada fakir miskin untuk mereka bekerja sama ada
berupa pemberian hangus yang tidak dituntut semula atau pinjaman tanpa faedah
mampu menutup pintu pinjaman yang berasaskan riba. Di sinilah zakat mampu
berperanan alat untuk memerangi penyakit riba yang dilaknat Allah dan Rasul-Nya
ke atas mereka yang terlibat sama ada penerimanya, pemberinya, pencatatnya dan
mahupun saksi-saksinya.
Hal ini disebutkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW: Rasulullah SAW melaknat
penerima riba, pemberinya, pencatatnya dan saksi-saksinya, dan baginda bersabda
mereka semua adalah sama. (H.R Bukhari dan Muslim)

3. Dalam mengagih dana zakat, pihak berwajib seharusnya merancang dengan teliti dan
sistematik agar kesan positif yang optima mampu dihasilkan. Golongan penerima
zakat hendaklah diselesaikan keperluan asasinya agar akhirnya mereka mampu keluar
daripada golongan penerima zakat dan seterusnya berupaya menjadi penyumbang

13

atau pemberi pada masa akan datang dan keadilan sosial dapat diwujudkan dalam
masyarakat sejagat.

4. Semua pihak perlu mengurangkan karenah birokrasi iaitu, mewujudkan satu sistem
yang menyeluruh iaitu memberi fokus kepada semua golongan yang memerlukan
bantuan agar sumbangan yang disediakan dapat disalurkan seperti derma, wakaf,
bantuan sara hidup sumbangan orang ramai yang terkumpul, dapat disalurkan kepada
golongan yang memerlukan dan memenuhi kriteria.

5. Golongan masyarakat perlu mengikis sikap mementingkan diri sendiri serta


bertanggungjawab dan bersifat ihsan sesama manusia, bagi membantu golongan yang
miskin dan memerlukan. Di samping memupuk kasih sayang sesama manusia.

5.0

KESIMPULAN

Secara umumnya, individu yang berhutang dan muflis layak menerima


zakat

bagi

menyelesaikan

masalah

keberhutangan

mereka.

Walau

bagaimanapun, ia tertakluk kepada enam syarat. Artikel ini juga


mendapati tafsiran asnaf al-gharimin bagi setiap negeri tidak seragam
dan tidak menyeluruh. Hal ini menimbulkan masalah kepada amil dalam
mengenal pasti mereka yang layak menerima zakat. Masyarakat pula
14

tidak jelas tentang siapakah yang layak untuk menerima zakat asnaf algharimin.
Oleh

itu,

artikel

ini

mencadangkan

tafsiran

tersebut

dibuat

penambahbaikan dengan memasukkan keenam-enam syarat. Tafsiran itu


juga

perlu

menyatakan

secara

khusus

berkenaan

siapakah

yang

sebenarnya termasuk dalam asnaf zakat al-gharimin dengan memberikan


contoh yang jelas. Hal ini akan memudahkan amil mengenal pasti asnaf
al-gharimin yang

benar-benar layak. Masyarakat setempat juga dapat

membantu pihak jabatan zakat dengan menyalurkan maklumat individu


yang layak menerima bantuan zakat asnaf al-gharimin.
Walau bagaimanapun artikel ini hanya menilai tafsiran asnaf
algharimin berdasarkan maklumat yang diperoleh dari laman web jabatan
zakat di setiap negeri di Malaysia. Kajian terperinci boleh dilakukan
melalui temu bual dengan pegawai jabatan zakat dan kumpulan pakar
dalam bidang berkaitan zakat untuk tafsiran yang lebih menyeluruh dan
teratur serta seragam yang

dapat digunapakai oleh semua negeri di

Malaysia.

6.0

RUJUKAN

15

Buku ;
1 Ali Akbar Osman (1997), Mengapa Perlu Membayar Zakat, AlHidayah Publisher, Kuala Lumpur.
2 Mahmood Zubdi Abd. Majid (2003), Pengurusan Zakat, Dewan
Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3 Sanep Ahmad. (2009). Agihan zakat merentasi asnaf: Ke arah
memperkasa institusi zakat, Prosiding Persidangan Kebangsaan
Ekonomi Malaysia (PERKEM), 2, 62-74.
4

Nidzamuddin Zakaria & Siti Fairuza Haji Asmungi. (2008). HBIS3203 Fiqh 11.
Selangor: Meteor Doc.Sdn Bhd.

Internet ;
1. http://eprints.usm.my/29109/1/Keberkesanan_agihan_zakat_kepada.pdf
Diperolehi pada 25 Okt 2016
2. https://www.scribd.com/doc/21216928/Pengurusan-Zakat
Diperolehi pada 25 Okt 2016
3. http://www.zakatselangor.com.my/lapor-asnaf/
Diperolehipada 30 Okt 2016
4. http://www.zakatselangor.com.my/faq-agihan-zakat/
Diperolehipada30 Okt 2016

16

Anda mungkin juga menyukai