Anda di halaman 1dari 7

ZAKAT PEMANGKIN EKONOMI UMMAH

Mohamad Bazli Bin Md Radzi,


Politeknik Kuching Sarawak

1.0 Pengenalan

Zakat merupakan sebahagian daripada rukun Islam yang lima yang wajib ditunaikan. Perintah
berkenaan zakat telah disebut di dalam al-Quran sebanyak 35 kali dan disebut sebanyak 32
kali beserta dengan perintah untuk menunaikan solat. Pensyariatan zakat telah berlaku pada
tahun kedua hijrah. Kefardhuan berzakat adalah sama sebagaimana perintah menunaikan
solat. Oleh yang demikian, zakat merupakan perkara yang wajib ditunaikan selaras dengan
tuntutan terhadap rukun-rukun Islam yang lain. Di samping itu, zakat merupakan satu bentuk
amal kebajikan berbentuk kemasyarakatan dimana golongan yang kaya membantu golongan
yang memerlukan. Dari aspek bahasa, zakat didefinisikan sebagai bersih, suci, subur, berkat
dan berkembang. Menurut istilah syarak pula, zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian
harta dengan kadar yang tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf tertentu yang berhak
menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang berpandukan kepada syarak.

2.0 Latar Belakang Penulisan

Dalam melahirkan modal insan yang berketerampilan seiring dengan pembinaan negara yang
membangun, memerlukan kekuatan kewangan yang kukuh. Melalui kekuatan kewangan yang
kukuh akan menjadi instrument bagi mewujudkan bantuan-bantuan bagi melahirkan
masyarakat Islam yang berketerampilan dan cemerlang dari pelbagai aspek. Impak daripada
bantuan zakat yang diberikan juga akan meningkatkan taraf ekonomi sesebuah keluarga.
Dengan adanya kekuatan ekonomi dan peningkatan pendapatan sesebuah keluarga secara
tidak langsung akan meningkatkan kualiti hidup yang mencakupi aspek pendidikan dan
kesihatan. Oleh yang demikian, pelaksanaan zakat adalah bertujuan untuk memberi manfaat
kepada masyarakat Islam secara keseluruhannya kerana dalam kewajiban zakat terkandung
unsur moral, pendidikan, sosial dan ekonomi (Rozalindah, 2014)

3.0 Bentuk-bentuk Zakat

Terdapat dua kategori zakat yang wajib dikeluarkan, iaitu:


1. Zakat Fitrah
Zakat fitrah merupakan zakat diri yang diwajibkan terhadap setiap individu sama ada
lelaki ataupun perempuan yang berkemampuan berdasarkan syarat-syarat yang
tertentu.

2. Zakat harta

Harta yang wajib dikenakan zakat adalah seperti berikut:

a. Zakat pendapatan
b. Zakat perniagaan
c. Zakat binatang ternakan
d. Zakat tanaman padi
e. Zakat wang simpanan
f. Zakat emas dan perak
g. Zakat pelaburan
h. Zakat galian dan harta karun
i. Zakat KWSP
j. Zakat takaful

4.0 Penerima Zakat

Di dalam surah at-taubah Allah s.w.t telah menyatakan bahawa golongan yang layak
menerima zakat diistilah sebagai golongan asnaf, mereka adalah terdiri daripada:

1. Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan tidak memiliki apa-apa
harta, atau individu yang bekerja dan memperolehi pendapatan akan tetapi pendapatan
yang diperolehi adalah tidak mencukupi bagi menampung keperluan seharian.
Sebagai contoh, dia memerlukan perbelanjaan sebanyak sepuluh ringgit, akan tetapi
hanya mempunyai dua ringgit sahaja. Hasil pendapatan yang diperolehi adalah tidak
memenuhi 50% daripada keperluan hariannya.
2. Miskin

Asnaf miskin ialah golongan yang memiliki harta, atau sumber pendapatan akan tetapi
tidak dapat memenuhi dan menampung keperluan harian yang diperlukan
sepenuhnya. Sebagai contoh, bagi memenuhi keperluan seharian, dan tangungan yang
berada di bawah tanggungannya, beliau memerlukan perbelanjaan berjumlah sepuluh
ringgit, akan tetapi beliau cuma memperolehi perbelanjaan sebanyak lapan ringgit
sahaja. Kategori asnaf miskin ini memperolehi pendapatan yang lebih daripada asnaf
fakir.

3. Amil

Merupakan insan yang telah diamanahkan untuk menguruskan hal ehwal berkaitan
dengan zakat. Mereka adalah individu atau organisasi yang terlibat secara langsung
dengan perihal berkaitan zakat. Oleh itu, mereka adalah layak untuk menerima zakat.

4. Muallaf

Asnaf muallaf ialah mereka yang dikategorikan sebagai insan yang dijinakkan hatinya
ataupun insan yang diharapkan kecenderungannya untuk menerima agama Islam.

5. Al-Riqab

Membebaskan atau memerdekakan orang Islam daripada sistem perhambaan dan


penjajahan sama ada dari penjajahan aspek fizikal atau penjajahan dari aspek mental
seperti kejahilan dan belenggu dari kawalan orang-orang tertentu.

6. Al-Gharimin

Asnaf al-gharimin ialah golongan yang dibenarkan oleh hukum syarak untuk
berhutang bagi memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga
tanggungannya atau keperluan kepada penyelesaian yang segera.

7. Fisabilillah

Golongan asnaf fisabilillah ialah golongan yang melibatkan diri dalam aktiviti yang
menegakkan, mempertahankan dan program berbentuk dakwah dalam memartabatkan
syiar Islam.
8. Ibnu Sabil

Golongan asnaf ibnu sabil ialah orang yang berada dalam maksud-maksud yang
dibolehkan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan
bantuan.

5.0 Maqasid Agihan Zakat

Dari aspek Bahasa, maqasid membawa maksud menuju ke suatu arah. Manakala dari
aspek istilah pula, maqasid membawa maksud tujuan, makna dan hikmah yang telah
ditetapkan oleh Syariat Islam berdasarkan hukum-hakam yang telah disyariatkan
beserta rahsia disebaliknya dengan tujuan mencapai kemaslahatan manusia. Menurut
Mohamad & Riki (2016) apabila dilihat dengan lebih terperinci, tanggungjawab
membayar zakat itu dapat mencapai kelima-lima unsur yang terdapat di dalam
maqasid Syariah iaitu:

1. Prinsip menjaga kemuliaan agama


Melalui pelaksanaan kewajiban membayar zakat, individu yang melaksanakannya
akan mendapatkan keberkatan dan dihormati oleh masyarakat. Namun demikian,
sekiranya terdapat pihak yang enggan mengeluarkan zakat sedangkan beliau
memenuhi syarat dan tuntutan berzakat, maka akan dipandang seorang oleh
masyarakat.

2. Prinsip Menjaga Nyawa


Melalui amalan berzkat, keperluan insan-insan yang memerlukan agihan zakat,
terutamanya golongan asnaf fakir dan miskin dapat dipenuhi dan dibantu. Melalui
bantuan yang diberikan dapat menjaga golongan asnaf daripada keseluruhan dan
sebagainya.

3. Prinsip Menjaga akal fikiran


Akal dan fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t merupakan anugerah yang
tidak ternilai. Akal dan fikiran adalah penting dalam proses menuntut ilmu dan
kemahiran yang membolehkan seseorang itu mencari rezeki yang halal. Tanpa
kewarasan akal yang sempurna akan terdorong seseorang untuk melakukan
perkara diluar kawalanya.

4. Prinsip menjaga maruah dan keturunan


Individu yang menunikan tanggungjawab berzakat akan memerolehi
penghormatan dikalangan masyarakat. Sebaliknya, mereka yang tidak
menunaikan zakat akan dicela oleh agama dan masyarakat.

5. Prinsip Menjaga Harta

Islam telah menggariskan kaedah dan garis panduan dalam pencarian harta
bersumberkan kepada perkara yang halal. Selaras dengan itu, harta yang
digunakan untuk berzakat hendaklah bersandarkan kepada sumber-sumber yang
halal dan bukannya daripada sumber yang haram.

6.0 Zakat Pemangkin Ekonomi Ummah

Melalui berzakat, keperluan golongan asnaf yang memerlukan terutamanya


golongan asnaf fakir dan miskin dapat dipenuhi. Konsep berzakat juga
merupakan satu bentuk tanggungjawab sosial dalam hidup bermasyarakat
dimana golongan yang kaya membantu golongan yang memerlukan. Menurut
Mohamad (2016), kutipan dan agihan zakat memberikan implikasi terhadap
masyarakat, antaranya ialah:

1. Agihan Pendapatan
Segala pemberian harta dan kekayaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t
adalah tidak tertumpu kepada satu-satu golongan sahaja. Pemberian dan
harta kekayaan yang dikurniakan hendaklah diagihkan kepada golongan
yang memerlukan. Konsep saling membantu golongan yang memerlukan
haruslah diterapkan dalam sistem bermasyarakat. Golongan yang kaya
haruslah membantu golongan yang memerlukan. Antara bentuk bantuan
yang boleh diberikan oleh golongan kaya ialah melalui pelaksanaan zakat.
Zakat yang ditunaikan oleh masyarakat Islam akan disalurkan kepada
golongan asnaf yang memerlukan.

Pensyariatan zakat adalah bertujuan untuk mengatasi masalah


ketidakseimbangan agihan pendapatan dan mengelakkan daripada
berlakunya penumpukan harta oleh golongan yang tertentu sahaja. Dengan
pelaksanaan zakat, jurang pendapatan dan agihan dikalangan masyarakat
dapat dikurangkan dan dirapatkan. Bantuan zakat yang diperolehi daripada
hasil kutipan daripada ummah Islam akan dapat digunakan dalam
membantu memperkasakan ekonomi ummah.

2. Pembasmian kemiskinan
Antara objektif atau maqasid utama pelaksanaan zakat ialah bagi
mengimbangi sosio ekonomi dikalangan masyarakat. Disamping itu juga,
melalui berzakat, kemiskinan dikalangan masyarakat dapat dikurangkan.
Permasalahan berkaitan kemiskinan merupakan perkara yang perlu
dititikberatrkan dalam Islam. Impak daripada kemiskinan boleh membawa
kepada permasalahan yang lain seperti jenayah dan permusuhan
dikalangan masyarakat. Menurut Billah (1996), zakat merupakan
komponen utama dalam sistem keselamatan sosial. Melalui pelaksanaan
zakat kepada golongan fakir dan miskin, akan dapat dijadikan sebagai
sumber dana dan modal bagi melaksanakan pelbagai bentuk perniagaan
dan perusahaan bagi menjana ekonomi ke arah yang lebih baik.

Disamping itu juga, menurut Imtiazi et. al. (1989), melalui konsep
berzakat, ianya dapat mengurangkan kemiskinan dan jurang pendapatan
ekonomi ummah Islam. Melalui berzakat juga, ianya berperanan untuk
meaningkatkan taraf hidup, pendapatan dan juga dapat membasmi
kemiskinan dikalangan masyarakat. Oleh yang demikian, melalui
pelaksanaan zakat, ianya merupakan konsep saling bantu membantu
dikalangann masyarakat bagi melahirkan ummah Islam yang unggul dari
pelbagi aspek terutamnya daripada aspek ekonomi.
7.0 Bibliografi

Ahmad Atabik (2015). Peranan Zakat Dalam Pengentasan Kemiskinan. Jurnal


wakaf dan zakat Vol. 2, No. 2.

Imtiazi I.A., et.al (1989). Management of Zakat in Modern Muslim Society.


Jeddah: Islamic Research and Training Institute, IDB

Khairul Azhar bin Meerangani. (2017). Potensi Zakat Dalam Pembangunan


Umat Islam di Malaysia. In Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan
Islam Kolej Universiti Islam Melaka. Melaka

Mohd. Ma’sum Billah (1996). The Modern Social Security System – The
Institution Of ‘Zakat’ An Appraisal. Business Law Journal, February 1996.

Mohamad Sabri Haron & Riki Rahman (2016). Pengagihan zakat dalam
konteks kesejahteraan masyarakat Islam: satu tinjauan berasaskan maqasid
al-syari’ah. Labuan e-Journal of Muamalat and Society, Vol. 10, 2016, pp.
129-140

Rozalinda (2014). Ekonomi Islam: Teori dan Aplikasinya pada Aktivitas


Ekonomi: Jakarta.

Anda mungkin juga menyukai