Anda di halaman 1dari 7

3.

0 TANGGUNGJAWAB PEMILIKAN
3.1 DEFINISI
Tanggungjawab ialah satu perkara yang perlu dipikul oleh setiap individu yang terlibat
dalam menjalankan amanah tersebut. Tanggungjawab adalah keadaan apabila sesuatu perkara
buruk terjadi, akan ada seorang individu yang akan dipersalahkan,dipersoalkan dan perlu
mengambil tindakan ke atas perkara tersebut. Dalam erti kata lain, tanggungjawab ialah
kesadaran kita sebagai manusia yang memikul sesuatu amanah supaya melakukan amanah
tersebut dengan betul dan tepat.

Sikap tanggungjawab ini sudah semestinya sangat penting dalam kehidupan kita. Malah
perlu dipratikkan dalam kehidupan seharian supaya kehidupan kita lebih teratur dan
tersusun. Tanpa adanya rasa tanggungjawab maka sudah pasti kehidupan akan berantakan.
Islam juga telah menjelaskan supaya kita sebagai khalifah hanyalah pemegang amanah sahaja,
yang perlu mengutamakan sikap tanggungjawab ini. Hal ini juga telah banyak dibahaskan
dalam Al-Quran yang menyuruh manusia supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan
sebaiknya walau dari segi apapun. Firman Allah dari surah Az-zariyat ayat 19:

“Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin
yang tidak mendapat bahagian.” (QS. Az zariyat: 19)

Ayat ini mengajarkan kita untuk bersedekah kepada orang-orang yang membutuhkan.
Sebab dalam harta kita terdapat bagian (hak) bagi kaum miskin. 1

Bukan itu sahaja, firman allah di atas ingin menerangkan bahawa tanggungjawab
merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan kita. Ia menunjukkan
bahawa agama islam memupuk sikap peduli kepada orang sekeliling dengan mewujudkan
dalam setiap harta seorang individu adanya hak orang lain yang perlu ditunaikan dan
dilunaskan.2

1
Daisy, 19 Ayat Al-Quran Tentang Tanggungjawab, (No. 8), 1/12/2021, https://dalamislam.com/landasan-
agama/al-quran/ayat-al-quran-tentang-tanggung-jawab,
2
Sukron Ma’mun, Makna Tanggungjawab Dalam Islam, 1/12/2021, https://binus.ac.id/character-
building/2020/05/makna-tanggung-jawab-dalam-islam/
Pemilikan pada dasarnya telah menjadi persoalan dalam setiap benak individu tentang
bagaimana ia berfungsi dalam kehiupan seharian kita. Kepemilikan dalam syariat islam ialah
memiliki kuasa ke atas sesuatu sama ada dari segi harta atau benda. Pada intinya, islam tidak
membatasi bentuk atau jenis usaha seseorang dalam membeli properti, demikian juga Islam
tidak membatasi jumlah hasil yang dapat dicapai umat islam melalui usaha seseorang. Itu
tergantung pada kemampuan, keterampilan dan kehandalan daripada individu itu sendiri.
Setiap orang jika dilakukan secara sah dan adil, yang berarti sah menurut hukum dan hukum
sesuai dengan standard moral dan kewajaran juga tidak merugikan orang atau lainnya.

Pemilikan secara umumnya dikenali atau difahami dengan maksud kepunyaan atau hak
milik. Hak milik yang difahami dengan konteks berupa proses,perbuatandan cara untuk
memilikinya. Dalam islam, pemilkan dikenali dengan nama al-milkiyah atau al-mal atau harta.
Kepemilikan adalah penguasaan seseorang atas sesuatu yang berupa komoditi atau properti,
baik dalam keadaan sebenar atau secara hukum yang mengizinkan pemiliknya melakukan
perbuatan hukum, seperti jual beli, hibah, wakaf, dan lain-lain. Dengan kekuatan ini, orang
lain, baik individu atau institusi, dihalang atau terhalang daripada menggunakan atau
memanfaatkan harta tersebut.3

Tanggungjawab pemilikan secara relevannya bermaksud, semua harta yang terdapat di


muka bumi ini adalah hak milik mutlak Allah swt. Manakala manusia hanyalah sekadar
penjaga harta atau dipanggil khalifah di muka bumi ini yang diperlukan untuk melaksanakan
perkara ini sebagai satu amanah dalam kehidupan seorang khalifah. Tanggungjawab pemilikan
ini, diwujudkan atas dasar ingin merapatkan jurang kekayaan antara yang kaya dan yang
miskin. Oleh itu, Allah swt telah menetapkan hak-hak orang miskin juga termasuk dalam setiap
harta yang dimiliki oleh seseorang individu itu.

3
Fadilah Ulfah, Kepemilikan Dalam Islam, 1/12/2021
file:///C:/Users/ASUS/Downloads/KEPEMILIKAN%20DALAM%20ISLAM%20(Fadilah%20Ulfah).pdf
Tanggungjawab pemilikan terbahagi kepada 2 iaitu ketetapan wajib dan ketetapan
sunat. Ia menjelaskan secara umum mengapa perlu adanya perkara-perkara tersebut. Seperti
dalam firman Allah swt dalam surah At-Taubah ayat 60 yang membawa maksud:

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,


pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak,
orang-orang yang berutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan,
sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana.” (QS. At-Taubah: 60).

Ayat diatas menjelaskan tentang orang-orang yang berhak menerima zakat 4

4
Daisy, 19 Ayat Al-Quran Tentang Tanggungjawab, (No. 10), 1/12/2021, https://dalamislam.com/landasan-
agama/al-quran/ayat-al-quran-tentang-tanggung-jawab
3.2 KETETAPAN SYARAK’ YANG WAJIB
a) mengeluarkan zakat
Seperti yang kita tahu, zakat telah menjadi satu perbahasan hangat sejak daripada islam
mula-mula ditubuhkan lagi. Zakat diwajibkan dalam setiap pemilikan harta ke atas individu
tertentu di mana cukup nisab hartanya. Zakat dari segi bahasa bermaksud menyuburkan atau
membersihkan atau meningkatkan. Manakala dari segi syari’ie bermaksud mengeluarkan
sejumlah harta mengikut kadar yang tertentu kepada golongan yang telah ditetapkan dalam
jangka masa yang telah diwajibkan.

Dalam erti kata lain, zakat merupakan satu tanggungjawab kepada setiap individu yang
layak untuk mendermakan hartanya mengikut nisab yang telah ditetapkan bagi mengurangkan
risiko kemisikinan dalam sesuatu negara. Hal ini dikatakan kerana, tujuan zakat adalah untuk
membantu mereka yang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan daripada orang sekeliling
ataupun orang terdekat. Kita semua sudah maklum bahawa, zakat terdiri daripada rukun islam
yang ketiga. Hal ini demikian kerana, kefardhuan zakat datang selepas puasa Ramadhan yang
5
telah difardhukan ke atas umat islam pada tahun kedua hijrah.

Selain itu, kewajipan zakat telah diseru oleh Allah SWT sejak daripada zaman Mekah
lagi. Perkara ini juga telah disebutkan dalam hadis Nabi SAW bersabda yang membawa
maksud: “Tidak ada keimanan bagi orang yang tidak melaksanakan solat, dan tidaklah
sempurna solat seseorang yang tidak membayar zakat.” 6

Kesimpulannya, mengeluarkan zakat merupakan tanggungjawap kepada mereka yang


memiliki harta yang cukup nisabnya. Seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas zakat ini
fungsinya sama dengan solat iaitu menyucikan dan membersihkan sama ada dari segi rohani
atau jasmani. Mereka yang enggan mengeluarkan zakat adalah sama seperti mereka menolak
kewajipan solat. Oleh hal yang demikian, menunaikan solat dan zakat haruslah seiring supaya
kita dapat merasai kemanisan iman yang sebenar serta dapat diampunkan segala dosa dalam
kehidupan kita.

5
Wikipedia Ensiklopedia Bebas, Zakat, 1/12/2021, https://ms.wikipedia.org/wiki/Zakat
6
Annisa Nurul Hasanah, Hadis-Hadis Keutamaan Zakat, (no.6), 1/12/2021,
https://bincangsyariah.com/khazanah/hadis-hadis-keutamaan-zakat/
b) Memberikan Nafqah Kepada Ibubapa, Anak, Isteri

Dalam meniti arus pemodenan ini, nafqah merupakan perkara yang lazimnya diketahui
oleh semua umat islam, tidak mengira umur dan tahap pengetahuan mereka. Nafqah juga sangat
dituntut dalam islam dan merupakan satu tanggungjawab yang perlu diberikan kepada mereka
yang berada di bawah tanggungan seseorang itu. Para ulama’ mentakrifkan bahawa nafkah
ialah suatu perbelanjaan yang diberikan kepada isteri dan ahli keluarganya serta mereka yang
berada di bawah tanggungannya. Nafqah dari segi syarak’ bermaksud perbelanjaan atau biaya
sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang itu. Perbelanjaan yang dimaksudkan
ialah tempat tinggal, makanan, keperluan ibadat, pembelajaran dan lain-lain. 7

Nafkah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin
ialah, nafkah yang dikhaskan daripada seorang suami kepada seorang isteri. Dalam erti kata
lain, nafkah batin ialah belaian rohani yang diberikan kepada sang isteri dari segala aspek.
Contohnya, hubungan persetubuhan, belaian manja, mendengar luahan hati dan sebagainya.
Nafkah batin tidak hanya tertumpu kepada satu perkara sahaja seperti yang dijangka oleh
mereka yang belum berkahwin. Malahan, nafkah batin ini ialah, satu nafkah yang boleh
membawa sesuatu rumah tangga itu dalam kedamaian dan ketenangan.

Nafkah zahir pula ialah segala keperluan kehidupan yang diperlukan oleh orang yang
berada di bawah tanggungjawab atau tanggungan seorang ketua keluarga. Nafkah zahir
dikelaskan kepada tempat tinggal, makanan dan pakaian. Contohnya, seorang suami harus
menyediakan sebuah rumah untuk isterinya dan keluarganya tinggal sebagai tanda nafkah zahir
tersebut. Dengan itu, nafkah zahir amatlah dituntut dalam islam dan dalam alam berumah
tangga.8

Dengan keadaan demikian, nafkah adalah wajib dan amat dituntut dalam islam. Perkara
ini juga telah disebutkan dalam al-quran yang membawa maksud: “Kaum lelaki itu adalah
pemimpin dan pengawal yang bertanggugjawab terhadap kaum perempuan. Oleh kerana Allah
telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang
perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)
sebahagian dari harta mereka.”

7
Bab Kedua, Nafkah, 1/12/2021, http://studentsrepo.um.edu.my/5028/3/BAB_KEDUA-LAST_DRAF.pdf
8
Definisi Nafkah Dan Jenis-Jenisnya, 1/12/2021, http://dedaunjaeha.blogspot.com/2011/04/definisi-nafkah-
dan-jenis-jenisnya.html
3.3 KETETAPAN SUNAT

Ketetapan sunat ialah perkara sunat yang boleh dilakukan oleh pemilik harta dengan
mengikut kemahuannya. Seperti, pemilik harta berhak menentukan samada hartanya perlu
disumbangkan kepada aktiviti kemasyarakatan atau tidak. Ketetapan sunat terbahagi kepada
beberapa perkara, antaranya ialah sedeqah, menyumbang kepada kerajaan sewaktu bencana,
menyumbang dalam aktivit kemasyarakatan dan fi sabilillah.

Sedeqah merupakan salah satu cara kita boleh memberlanjakan harta di jalan Allah.
Dalam islam juga digalakkan bersedeqah walau dalam apa bentuk sekalipun sedeqah tersebut.
Tamsilannya, sedeqah boleh diberikan dalam bentuk wang ringgit yang akan memudahkan
orang yang menerima sedeqah tersebut membeli perkara yang diperlukannya. Walaupun
sedeqah dituntut dalam islam namun ia tidak memaksa umatnya untuk bersedeqah jika tidak
mampu. Walau bagaimanapun, sedeqah boleh diberikan dengan pelbagai cara sepertinya kita
boleh menyedeqahkan tenaga dengan membantu mereka yang memerlukan sukarelawan.

Seterusnya, sedeqah dengan menyumbang kepada kerajaan atau dalam aktiviti


kemasyarakatan. Sumbangan ini biasanya memerlukan sokongan ramai memandangkan
kapasitinya yang besar dan melibatkan keadaan dalam negara.

Justeru itu, islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa bersedeqah atau


menyumbang walau dalam bentuk apa sekalipun. Dalam al-quran menjelaskan bahawa, orang
yang bersedeqah ini akan terlepas dari dukacita dalam kehidupannya. Segala kesedihan yang
dialaminya akan hilang dengan cara bersedeqah. Hal ini kerana, sudah fitrah sebagai seorang
manusia, kita akan merasa bahagia apabila suatu punca kebahagian itu daripada kita sendiri.
Allah swt berfirman dalam surah al-baqarah ayat 274, yang bermaksud: “Orang-orang yang
membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau
terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan
berdukacita.”9

9
Mohammad Fahmi Syah, 7 Dalil Berkaitan Sedeqah, 1/12/2021, https://fahmishah.medium.com/7-dalil-
berkaitan-sedekah-untuk-anda-mula-bersedekah-73b5468764fa
3.4 TANGGUNGJAWAB PEMILIK AL-MAL
Pemilik al-mal atau harta haruslah mempunyai ciri-ciri yan tertentu untuk melayakkan
seseorang individu itu menjadi seorang pemilik kepada harta tersebut. Antara ciri-ciri yang
perlu ada pada pemilik al-mal ialah simpanan. Ia bermaksud, seorang pemilik harta itu tahu
dan maklum untuk sentiasa menyimpan dan menjadikannya sebagai satu simpanan untuk masa
depan serta untuk diri sendiri. Hal ini demikian kerana, islam menuntut umatnya supaya
sentiasa menyimpan walau dalam apa bentuk sekalipun dan tidak membazir.
Selain itu, pemilik harta haruslah pandai menjaga harta yang telah diamanahkan
kepadanya. Hal ini disebabkan oleh kepercayaan yang telah diberikan kepada penjaga harta
untuk menjaga harta dengan baik. Pemegang amanah atau penjaga harta merupakan satu
tanggungjawab yang besar untuk dipikul dan tidak semua orang layak untuk memikulnya,
hanya orang yang benar-benar jujur dan amanah dan tidak akan dikuasai nafsu boleh
menjalankan tugas ini.
Akhir sekali, pemilik harta haruslah menggunakan harta tersebut di jalan yang benar
dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana, setiap apa yang
dikerjakan oleh setiap manusia itu pasti akan dipersoalkan oleh Allah swt kelak. Bak kata
pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’. Oleh itu, pemilik harta haruslah sentiasa berjaga-
jaga dengan perkara yang dilakukan kepada harta tersebut. Justeru itu, setiap individu haruslah
sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dapat sama ada banyak atau sedikit itu bukanlah
persolannya. Persolan yang perlu dipikirkan ialah, adakah harta yang kita dapat itu halal dengan
sebaik-baik halal?. Walaubagaimanapun, setiap individu harus sentiasa bersyukur dan
meningkatkan prestasi diri dari segala aspek.

Anda mungkin juga menyukai