Anda di halaman 1dari 7

MTE 3093

MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG

ANDA DIKEHENDAKI MEMBUAT BACAAN DAN MENGUMPUL MAKLUMAT


SERTA

MENULIS

SECARA

KRITIKAL

ARTIKEL

RINGKAS

MENGIKUT

KEFAHAMAN ANDA BERKAITAN KONSEP MATEMATIK TAJUK NOMBOR,


PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG BERLANDASKAN SATU
ATAU LEBIH BAHAN RUJUKAN. NAMUN, KESEMUA MAKLUMAT TERSEBUT
HARUSLAH

DIAKUI

KESAHIHNNYA.

SENARAIKAN

SEMUA

RUJUKAN

SEKURANG-KURANGNYA 5. SEMUA RUJUKKAN DITULIS MENGIKUT FORMAT


APA.

MTE 3093
MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG
Konsep Matematik Tajuk Nombor, Pecahan, Perpuluhan Peratusan Dan Wang
Oleh:
Narmatha Mani Maran
Pengenalan
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah satu bidang yang sentiasa
menjadi bahan kajian para penyelidik. Seseorang bakal pendidik harus memahami cara
mengajar yang berkesan. Mereka mesti belajar cara mengajar. Proses pengajaran dan
pembelajaran dalam matematik agak berbeza dengan subjek-subjek lain. Pengajaran
matematik melibatkan pembinaan konsep di samping penguasaan kemahiran dan
penyelesaian masalah (Souviney, 1990; NCTM, 1989; ICME, 1994; Skemp, 1987; Swetz &
Tim, 1988; Cockroft, 1982; Nik Azis, 1992; Ibrahim, 1994). Terdapat banyak kajian yang
telah dijalankan, sama ada dari dalam atau luar negeri, yang menyentuh tentang konsep
matematik dalam beberapa topik seperti nombor, pecahan, perpuluhan peratusan dan wang
(Mack, 1995; Neuman, 1995; Hunter et. al, 1994; Sowder & Wheeler, 1989; Resnick et. al,
1989; Vinner & Dreyfus,1989; Wachsmuth, Behr & Post, 1985; Mokros & Russell, 1995; Aida
Suraya, Syarifah Md. Nor & Habsah Ismail, 1992; Omar Hamat, 1994, Asiah Ismail, 1994).
Hampir semua kajian ini menjurus kepada konsep matematik beberapa topik seperti
nombor, pecahan, perpuluhan peratusan dan wang.

Konsep Nombor
Nombor ialah satu entiti abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran. Simbol untuk nombor
dipanggil angka. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi
sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau
tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor. Dalam penggunaan biasa,
angka sering digunakan sebagai label (penomboran rumah), penunjuk susunan (nombor
bersiri), dan kod (ISBN). Dalam bidang matematik, takrif nombor telah diperluas untuk
merangkumi

keabstrakan

seperti pecahan, nisbah,

serta

nombor-nombor

negatif,

transenden, dan kompleks. Konsep asas yang perlu dipelajari adalah kesedaran kepada
bunyi nombor dan turutan nombor, mengira dan padanan satu dengan satu. Nombor boleh
dibahagikan kepada dua aspek iaitu:
i.
ii.

nombor kardinal dan;


nombor ordinal.

MTE 3093
MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG
Nombor kardinal digunakan untuk membilang berapa banyak objek dalam satu set atau
kumpulan. Memahami nombor kardinal amat penting kerana dengan adanya kebolehan
menjumlah serta mengenal kuantiti sesuatu objek, murid akan dapat menggunakan nombor
bulat untuk empat operasi matematik. Nombor ordinal ialah nombor yang digunakan untuk
mengetahui kedudukan relatif sesuatu objek atau peristiwa.
Contohnya :

Konsep Pecahan
Konsep pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau
sekumpulan benda. Pecahan juga merupakan pembahagian sesuatu objek atau rajah.
Pecahan ditulis dalam pasangan nombor dengan nombor di atas ialah pengangka dan
nombor di bawah adalah penyebut. Lazimnya nombor ini dipisahkan dengan garisan yang
melintang atau mencondong. Bagi murid Tahun Empat yang masih berada di sekolah
rendah, garisan melintang digunakan supaya murid tidak terkeliru. Pecahan juga terbahagi
kepada tiga iaitu:
i.
ii.
iii.

pecahan wajar,
pecahan tak wajar dan;
pecahan setara.

Pecahan wajar merupakan pecahan yang pengangkanya lebih kecil dari penyebutnya.
Pecahan Tak wajar merupakan pecahan yang pengangkanya dan penyebutnya sama
ataupun penyebut lebih besar daripada pengangka. Pecahan setara merupakan pecahan
yang mempunyai nilai-nilai yang sama.
Bilangan pecahan merupakan bilangan yang terdiri dari dua bahagian angka, iaitu angka
sebagai pembilang (numerator) dan angka sebagai pembagi (denominator) dimana kedua
bahagian angka ini dipisahkan dengan simbol garis miring ( / ). Di dalam ilmu faraid,
5

MTE 3093
MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG
pembahagi ini seringkali disebut sebagai asal masalah atau pokok masalah. Format
penulisan bilangan pecahan adalah sebagai berikut : A/B , dimana A adalah pembilang
dan B adalah pembahagi.

Misalnya :

Konsep Perpuluhan
6

MTE 3093
MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG

Maksud perpuluhan merupakan sistem angka yang menggunakan sepuluh sebagai asas. Ia
merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan dalam bidang matematik.
Perpuluhan sangat mirip dengan pecahan. Akan tetapi perbezaannya ialah bahagian
penyebutnya selalunya melibatkan nombor-nombor seperti 10, 100, 1000 dan lain-lain.
Dalam perpuluhan, simbol titik (.) digunakan. Simbol titik ini bertujuan untuk memisahkan
angka perpuluhan daripada setiap nombor bulat di sebelah kiri titik perpuluhan.

Misalnya:

MTE 3093
MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG
Konsep Peratusan
Perkataan percent diambil daripada perkataan Latin iaitu per centum. Manakala cent
bermaksud seratus. Simbol % digunakan untuk mewakili peratus. Simbol tersebut
berkemungkinan tercipta semasa abad ke-15. Menariknya, simbol % mengandungi 2 sifar
seperti angka 100. Menurut Mok Soon Sang & Siew Fook Cheong (1988) konsep peratus
ialah perkiraan yang dinisbahkan dengan dasar seratus untuk memudahkan perbandingan.
Perbandingan di antara kuantiti yang sama jenis di mana kuantiti asas dinisbahkan sebagai
seratus (Mok Soon Sang, 1988).
Beberapa pendapat dan definisi lain bagi peratusan ialah :
i.

The term percent means parts per hundred


(W. George Cathart et.al, 2006).

ii.

The numerators of fractions with a denominator of 100 are called percents


(Benny F. Tucker et.al, 2006).

Misalnya:

Simbol yang digunakan untuk mewakili peratus ialah %. Jadi,7 peratus boleh ditulis sebagai
7%.

Konsep Wang
8

MTE 3093
MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUSAN DAN WANG

Wang adalah sejenis barang atau alat yang digunakan sebagai medium pertukaran untuk
mendapat sesuatu barang yang kita perlukan. Wang boleh dikenali daripada sifat fizikal
(bentuk dan rupa) dan daripada nilainya. Mata wang Malaysia yang digunakan adalah dalam
ringgit dan sen. Ada dua bentuk wang, iaitu wang kertas dan wang syiling.

i.
ii.

10 keping wang syiling 1 sen


10 keping wang kertas 1 ringgit

1 keping wang syiling 10 sen


= 1 keping wang kertas 10 ringgit

Penutup
Memahami konsep matematik tajuk nombor, pecahan, perpuluhan peratusan dan wang
dengan betul akan membantu seseorang menguasai topik matematik dengan lebih mudah
dan akan dapat mengelak daripada salah pengkonsepsian. Proses pengajaran dan
pembelajaran matematik melibatkan perlaksanaan aktiviti yang terancang, kemas dan
teratur. Tiada jalan pintas (Short cut) yang akan sampai ke kemuncak kecemerlangan
matematik di kalangan murid-murid. Malah sebaliknya ia merupakan 'jalan mati' yang akan
menghumbang murid ke dalam gaung kebuntuan, kebencian, kebimbangan dan keresahan
terhadap mata pelajaran Matematik. Oleh yang demikian, para bakal pendidik matematik
seharusnya berusaha menyiap dan memperkemaskan diri dengan segala keperluan seperti
pengetahuan tentang konsep matematik pedagogi dalam mengajar bidang matematik
sebelum bertemu dengan anak didik masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai