Anda di halaman 1dari 3

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.

Menunding jari kepada PPSMI sebagai penggugat kepada martabat


Bahasa Melayu adalah kurang tepat. Sememangnya Bahasa Melayu
adalah bahasa yang masih ada martabat kerana menjadi bahasa
kebangsaan di Malaysia. Namun, apa yang kita tidak sedari kini ialah
raja dan sultan sebenarnya adalah pelindung Bahasa Melayu dan
orang Melayu. Tetapi sejak akhir-akhir ini perlembagaan sultan
seperti dipermainkan oleh sebilangan pihak yang berpengaruh
secara tidak langsung menjadi musuh orang Melayu. Mengapa tidak
diselesaikan musuh sultan tersebut dahulu kemudian barulah kita
sedar mengapa boleh wujud pemimpin yang sedemikian rupa.
Sebenarnya keruntuhan Bahasa Melayu tidak seharusnya
ditunding kepada pihak pendidikan. Tetapi kepada pemimpin kita
sendiri iaitu ketika bermesyuarat atau berparlimen, mengapa tidak
menggunakan bahasa Malayu? Menjadi tanda tanya kerana mereka
mempolitikkan isu ini sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka
sendiri tidak menjalankan tanggungjawab memartabatkan Bahasa
Melayu. apabila seseorang pemimpin itu ditemu ramah oleh
wartawan dan sebagainya mereka menjawab dengan menggunakan
Bahasa Inggeris dengan penuh bangganya tetapi tidak menjadi
masalah kepada masyarakat. Akibatnya PPSMI pula yang menjadi
isu yang semakin mengelirukan pelajar. Sedangkan pelajar yang
belajar, bukan ibu bapa, penunjuk perasaan dan sebagainya. Kelak,
anak mereka yang menjadi mangsa kepada sikap yang tidak
berpandangan jauh mereka.
Ibu bapa seharusnya memahami proses pembelajaran yang
memerlukan banyak pengorbanan ini. Mempelajari dua perkara
dalam satu masa sememangnya menyukarkan para pelajar yang
lemah tetapi memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar
tersebut apabila ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA atau universiti.
Saya mempunyai pengalaman apabila seluruh pelajar di dalam kelas
kuliah kakak saya telah dimarah pensyarahnya kerana terlalu lemah
Bahasa Inggeris. Bukan seorang dua tetapi seluruh kelasnya.
Walaupun telah melanjutkan pelajaran ke universiti, tiada sesiapa
yang dapat menjaminkan diri kita tentang Bahasa Inggeris jikalau
bukan usaha kita bersama kerajaan untuk meneruskan PPSMI ini.
Janganlah kita menjadi terlalu ego dengan sikap kita ini, yang
akhirnya memusnahkan harapan anak-anak muda masa depan yang
bakal menjadi pewaris dunia ini. Justeru, kita seharusnya berfikiran
jauh untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan kerajaan
melalui PPSMI.
Saya selaku pelajar mengakui PPSMI akan menyukarkan
seseorang itu, tetapi itulah caranya belajar. Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian. Bersusah-susah dahulu, bersenang-
senang kemudian. Untuk pengetahuan pembaca, bahasa itu bukan
menjadi punca kepada pelajar tidak faham, sebaliknya mereka tidak
mahir dengan konsep matapelajaran itu. Hal ini kerana, apabila diajar
dalam Bahasa Melayu konsep yang sama juga menjadi punca
ketidakfahaman seseorang pelajar. Bukan kerana menggunakan
Bahasa Inggeris, tetapi konsep matapelajaran tersebut. Saya
percaya dan yakin, tidak kira sekolah yang terpelajar ataupun tidak,
setiap guru akan membantu pelajarnya untuk faham dengan
mengajar dalam dwibahasa, tetapi terdapat juga guru yang memaksa
anak muridnya berkendiri untuk memahami sesuatu konsep yang
sukar kerana proses kendiri akan memberikan hasil yang
memberansangkan.
Pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk
memartabatkan Bahasa Melayu, seperti pembelajaran matapelajaran
Bahasa Melayu lebih serius dan bukan sambil lewa kerana menjadi
sikap pelajar apabila sesuatu perkara itu adalah mudah, mereka akan
bertindak sambil lewa kerana mereka terlalu yakin dengan usaha
yang sedikit boleh membuatkan mereka berada di tempat yang
selesa. Majoritinya pelajar Melayu sendiri yang berfikiran sedemikian.
Selain itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak memasukkan
bahasa pinjaman asing ke dalam Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, jikalau tidak kamus tersebut akan menjadi kamus bahasa
asing tidak lama kelak.
Dalam hal ini, kita tidak seharusnya memilih taraf untuk
memartabatkan Bahasa Melayu kerana perkara ini menjadi
tanggungjawab semua pihak. Janganlah kita ego dengan
menggunakan bahasa pinjaman kerana hal sedemikian seperti
membanggakan benda yang bukan hak milik kita. Saya berasa
dukacita apabila melihat rancangan Ally berkenaan dengan tajuk
Bahasa Melayu. Penceramah yang dijemput sememangnya bukan
calang-calang orang tetapi menjawab soalan seperti kanak-kanak
apabila ditanya berkenaan pihak yang membenarkan bahasa
pinjaman asing ini di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
beliau mengatakan dari langit. Saya begitu kecewa kerana soalan
yang menjadi tanda tanya seluruh pihak menjadi bahan jenaka
beliau. Jadi, persoalannya di sini. Siapakah yang membenarkan
kamus dewan bahasa dan pustaka tersebut dipenuhi oleh bahasa
pinjaman asing? Hal ini kerana, memasukkan bahasa pinjaman asing
tersebut seperti kekurangan bahasa dan tidak mempunyai perkataan
sendiri dalam Bahasa Melayu. Jadi, perkara ini yang sebenarnya
menggugat martabat Bahasa Melayu dan akhirnya nanti akan
menjadi bahasa yang diperlekehkan kerana menggunakan pinjaman
asing yang terlalu banyak.
Di samping itu, kerajaan hendaklah mewajibkan setiap
pemimpin di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap
mesyuarat, wawancara, ulasan dan sebagainya yang melibatkan
ramai pihak dan pendengar. Hal ini kerana, konsep pemimpin melalui
teladan adalah menjadi resam bagi sesebuah masyarakat yang
dipimpin di bawah satu pimpinan. Jika pemimpin sendiri tidak
melaksanakan, masyarakat apatah lagi.
Kita tidak seharusnya menunding jari kepada PPSMI kerana
menyukarkan pembelajaran anak-anak. Tetapi menyalahkan diri
sendiri kerana tidak menyedari dan memahami perkara dan situasi
sebenar yang melanda kepada sistem pendidikan dini hari yang
memerlukan bukan sahaja kepada akademik tetapi kepada
kokurikulum. Namun, dengan dunia yang semakin hari semakin
ramai orang yang pandai dan cemerlang dilahirkan, adakah dengan
syarat-syarat yang telah ditetapkan itu memadai? Oleh itu, apa yang
diperlukan adalah kelebihan dalam kelebihan yang boleh
menjaminkan seseorang itu menjadi orang yang terpilih.
Tambahan lagi, mengapa tidak diwajibkan sari kata Bahasa
Melayu bagi setiap cerita yang dipaparkan di televisyen agar setiap
orang yang membacanya dapat memahaminya dengan lebih baik.
Contohnya di Singapura, tidak kira cerita apa yang ditayangkan sari
kata Bahasa Mandarin akan disediakan.
Oleh itu, PPSMI tidak sewajarnya dipersalahkan atas alasan
tidak memartabatkan Bahasa Melayu. Sesuatu persatuan itu
seharusnya memikirkan dahulu jangka masa panjang tentang
PPSMI. Jangan mengharapkan jangka masa pendek dapat
menyelesaikan sesuatu masalah.

Anda mungkin juga menyukai