Anda di halaman 1dari 2

Jika kamu memancing ikan....

> setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu


> mengambil terus ikan itu....
> janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
> air begitu sahaja....
> kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman
> mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia
> masih hidup.
>
> Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
> kepada seseorang...
> setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
> hatinya....
> janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
> sahaja....
> kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
> mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
> mengingatimu....
>
> Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
> mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
> begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
> Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
> menampalnya semula....
> akhirnya ia dibuang....
> sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih
> boleh digunakan lagi....
>
> Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
> seadanya....
> Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
> menganggapnya begitu istimewa....
> anggaplah dia manusia biasa.
> Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
> bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa
> meninggalkannya.
> Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
> kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....
>
> Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
> pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
> Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
> lain..
> Terlalu ingin mengejar kelazatan.
> Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
> memakannya.
> Kamu akan menyesal.
>
> Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
> insan.....
> yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
> Menyayangimu. Mengasihimu.
> Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
> yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
> Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
> milik orang lain
> Kamu juga yang akan menyesal.....

Anda mungkin juga menyukai