Anda di halaman 1dari 2

MOHAMAD HILMI BIN MOHD DAN

INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR


PPISMP 2009
http://mohdhilmi.com & http://bakalguru.com

Konsep Kesediaan Membaca

Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima


pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca
melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama
ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-
peringkat lain yang lebih tinggi.

Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan


sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal,
emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas

Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan
alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan
matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-
bunyi.

Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi


minatnya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan,
membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat melihat
orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan,
khususnya yang berupa cerita.

Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya
mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-
apa yang telah diketahuinya.

Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawal umur empat tahun
dan ada pula kanak-kanak hanya bersedia membaca setelah berumur enam
tahun.

Selain faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran amat mempengaruhi
kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah
dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di
sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya
akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya
yang tidak mendapat peluang yang sama

Syed Abu Bakar Syed Akil dalam bukunya Panduan Mengajar Kemahiran
Membaca (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat
penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk
mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh
menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru.”

Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan


semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh
mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu meniarap,
merangkak dan berdiri terlebih dahulu.

Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan


dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang sama
berlaku untuk kemahiran membaca, cuma bentuknya berbeza.

Dengan berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar ini dapat kita rumusan
perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-peringkat bacaan
seperti yang di bawah.

Di ambil dari: http://www.scribd.com/doc/12950789/konsep-kesediaan-


membaca?secret_password=&autodown=docx

Anda mungkin juga menyukai