Anda di halaman 1dari 1

Latihan 1

Arahan: Imbuhkan setiap perkataan dalam kurung menurut konteks penggunaannya dalam petikan.

Setiap rakyat Singapura mempunyai peranan penting dan tidak (1.ambil)___ sikap sambil lewa
dalam menjaga (2.harmoni)___ kaum dan agama di sini meskipun warga kini hidup dalam harmoni. Hal
ini kerana isu kaum dan agama (3.rupa)___ isu serius dan sensitif serta memerlukan (4.bijaksana)___
dalam menguruskannya, lebih-lebih lagi ia boleh (5.pengaruh)___ oleh kejadian-kejadian yang tidak
diingini dari luar negeri.Oleh itu, mesej Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, supaya rakyat
(6.pelihara)___ perpaduan sosial merupakan (7.gesa)___ tepat pada masanya. Demikian rata-rata
(8.pandang) beberapa pemimpin mengenai mesej utama Encik Lee yang (9.utara)___ dalam Rapat Hari
Kebangsaan kelmarin.Mengulas mesej tersebut, Anggota Parlimen (AP) GRC Hong Kah, Encik Zaqy
Mohamad, (10.kata)_____ topik itu begitu penting hingga Encik Lee membincangkannya dalam
(11.ucap)___ ketiga-tiga bahasa.'Ruang bersama kita (12.makin)___ mengecil dan kita kini menerima
ramai bakat asing sebagai jiran di flat (13.diam)___ kita,’ jelasnya.'Kita hidup sebagai jiran tetapi kita
agak kurang berinteraksi (14.banding)___ pada waktu dahulu. Jadi, hal ini merupakan peringatan tepat
pada masanya,’ sambungnya lagi.'Kita juga (15.keliling)___ Malaysia dan Indonesia. Oleh itu, tentang
agama juga adalah isu sensitif. Jika tidak (16.tangan) dengan baik, ia boleh menjadi buruk,' kata Encik
Zaqy menyambungnya lagi.Pemimpin akar umbi Choa Chu Kang, Haji Abdul Mutalif Hashim, berkata isu
itu perlu ditekankan kerana (17.perintah)___ tidak mahu masyarakat (18.rasa)___ puas hati dan
(19.ambil)_____ sikap sambil lewa ketika (20.tangan)___nya

Latihan 2

Arahan: Imbuhkan setiap perkataan dalam kurung menurut konteks penggunaannya dalam petikan.

'Saya tidak terkejut dengan penekanan yang diberikan Encik Lee kerana kita boleh perhatikan
apa-apa yang (1.laku)___ di luar, seperti China, selatan Thailand dan Indonesia. Jadi, keharmonian kaum
ini penting,' kata Haji Abdul Mutalif.Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Mohd Alami
Musa, pula berkata usaha (2.dukung)___ prinsip dan nilai keharmonian kaum telah berjalan (3.kian)___
lama di sini.'Di peringkat masjid, peringkat badan-badan Islam dan akar umbi, umat Islam telah dapat
bersama-sama dengan masyarakat lain dan mereka sangat (4.titik berat)___ soal-soal keharmonian
ini.'Jadi, kita lihat ucapan Encik Lee dalam bahasa Melayu, kita lihat umat Islam Singapura sudah dalam
arus utama, dan mereka mempunyai identiti yang (5.sendiri)___, identiti umat Islam dalam satu
masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama tapi mereka dapat hidup dengan selesa, dalam
(6.pelbagai)___ ini,' kata Haji Mohd Alami.Pengerusi bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG),
Ustaz Ali Haji Mohamed, (7.pendapat) bahawa mesej Encik Lee itu adalah suatu (8.ingatan)___ dan
nasihat yang sangat berguna.'Setiap rakyat dapat (9.main)___ peranan dan (10.faham)___ bahawa
keharmonian itu penting.

Anda mungkin juga menyukai