Anda di halaman 1dari 1

DayuDesigns.Com F.A.

Q LIST
Website: http://iranian_gurl.fotopages.com & www.dayudesigns.com
Symbolizing Love & Traditions Email: info@dayudesigns.com Tel: 012 6777 889

SOALAN - SOALAN LAZIM BERKENAAN PERKHIDMATAN INAI PENGANTIN DAYU DESIGNS


SOALAN:
Dari mana asalnya inai yang digunakan oleh Dayu Designs dan adakah Dayu Designs membancuh inai sendiri?
JAWAPAN:
Mengenai Inai yang Dayu Designs gunakan, ianya diimport dari Timur Tengah (Middle East) iaitu dari negara Yaman kemudian Dayu campur dengan beberapa bahan untuk menaikkan warnanya
lagi terutama campuran minyak dari Sudan untuk mendapatkan warna yang lebih pekat & gelap.

SOALAN:
Saya inginkan lukisan inai yang cantik, halus dan kemas, mampukah Dayu Designs menghasilkannya?
JAWAPAN:
Insya’allah kami akan lakukan yang terbaik untuk memenuhi permintaan dan impian pelanggan kami kerana Dayu Designs memberikan perkhidmatan yang professional. Pastinya dengan
peralatan inai kami iaitu ‘Professional Henna Stater Kits’ yang diimport khas dari Eropah mampu memberikan hasil yang lebih menawan berbanding kebanyakkan artis yang melakukan lukisan inai
tersebut menggunakan kon atau tiub. Corong mata besi yang pelbagai saiz akan menjadikannya lebih halus, kemas dan cantik.

SOALAN:
Saya mempunyai contoh gambar corak lukisan inai yang telah saya muat turun dari laman sesawang yang selain daripada portfolio online Dayu Designs. Bolehkan Dayu Designs melukiskan corak
tersebut pada saya?
JAWAPAN:
Tidak menjadi suatu permasalahan bagi kami jikalau anda tidak memilih dari ratusan gambar-gambar hasil Dayu Designs sendiri yang terdapat di dalam online portfolio yang telah sedia ada. Kami
sedia memenuhi segala permintaan anda. Cuma kami ingin maklumkan di sini, jikalau anda inginkan hasil lukisan inai yang cantik, contoh gambar corak inai yang telah dipilih hanyalah sebagai
rujukan oleh Dayu Designs. Disarankan agar tidak mengkongkong artis Dayu Designs dalam menghasilkan lukisan tersebut berpandukan gambar corak inai yang diingini. Kebebasan yang anda
berikan pada artis Dayu Designs untuk berkarya akan menghasilkan ‘stroke’ lukisan inai yang lebih bersahaja dan menarik. Jikalau tidak, ‘stroke’ lukisan inai akan tampak kaku.

SOALAN:
Adakah inai yang digunakan oleh Dayu Designs ini akan menghasilkan warna merah ataupun warna coklat?
JAWAPAN:
Inai Dayu Designs akan menghasilkan warna yang menarik dan berseri sejurus ditanggalkan selepas membiarkan tempelan inai tersebut lebih dari 7 jam pada kulit. Hasil warna inai berbeza dari
seorang individu dengan individu yang lain. Ianya bergantung pada keadaan kulit dan bahagian tubuh yang diinaikan. Pastikan sesi berinai anda TIDAK dilakukan dengan di dalam bilik berhawa
dingin dan bersuhu biasa agar tempelan inai tersebut dapat mengering dengan sendiri secara normal. Jangan paksa tempelan inai itu mengering dengan cara menghalakan kipas atau pengering
rambut pada kawasan yang berinai. Suasana suhu badan yang biasa atau hangat akan membantu hasil inai tersebut menjadi warna pekat dan gelap. Untuk maklumat lebih lanjut tentang hasil
henna pada kult, sila layari: http://www.hennapage.com/henna/encyclopedia/skin/

SOALAN:
Apa yang perlu saya lakukan sebelum mendapatkan perkhidmatan inai pengantin?
JAWAPAN:
Cuci tangan dan kaki dengan air sahaja. Kemudian lap sehingga kering. Pastikan bahawa anggota tubuh badan anda bebas dari losyen atau minyak dan kuku anda bebas dari cat. Untuk kepentin-
gan anda sendiri, pastikan bahawa anda sudah makan dan pergi ke tandas terlebih dahulu.

SOALAN:
Saya ingin mendapatkan rawatan ‘manicure’ dan ‘pedicure’. Bilakah waktu terbaik bagi saya untuk melakukan rawatan ini?
JAWAPAN:
Sebaiknya rawatan tersebut dilakukan satu atau dua hari sebelum sesi berinai anda berlangsung. Kebiasaannya bila anda melakukan rawatan tersebut, losyen diserapkan pada tangan dan kaki. Hal
ini akan menjadi sebagai penghalang antara tempelan inai dengan kulit, ianya akan melambatkan penyerapan tempelan inai pada kulit. Dengan kata lain, losyen pada tangan dan kaki hasil dari
rawatan tersebut akan membuatkan hasil warna inai tidak berapa pekat. Maklumat ini boleh diperolehi dari www.hennapage.com

SOALAN:
Saya akan menjalani rawatan mandi lulur atau ‘body scrub’. Bilakah waktu terbaik bagi saya untuk melakukan rawatan ini?
JAWAPAN:
Sekali lagi, sebaiknya rawatan tersebut dilakukan satu atau dua hari sebelum sesi berinai anda berlangsung. Jikalau anda terpaksa menjalani rawatan tersebut selepas sesi berinai, sila maklumkan
kepada terapis anda agar tidak menggosok atau menyental bahagian anggota badan yang telah diinaikan. INGAT! Elakkan atau kurangkan konteks secara langsung dengan air kerana ianya akan
membuatkan lukisan inai anda akan pudar dengan lebih cepat.

SOALAN:
Adakah saya terpaksa berjaga malam atau tidur saya tidak akan lena jikalau tempelan inai tersebut masih melekat pada anggota badan saya?
JAWAPAN:
Sudah tentu tidak. Pastinya anda akan tidur dengan lena kerana berpuas hati dengan perkhidmatan inai pengantin Dayu Designs. Ini kerana, tempelan inai pada anggota tubuh anda akan mula
mengering dan melekap tegap pada kulit sehingga keesokan harinya. Inai Dayu Designs tidak akan berderai dan jatuh dari kulit walaupun anda sedang tidur.

SOALAN:
Perlukah saya menyediakan air untuk melembabkan tempelan inai pengantin yang telah dilukis oleh Dayu Designs?
JAWAPAN:
Anda tidak perlu menyediakan air untuk melembabkan tempelan inai yang mula mengering itu [melainkan anda ingin menyediakan air untuk dihidangkan kepada artis Dayu Designs, amatlah
digalakkan dan didahului dengan ucapan terima kasih ;)] kerana inai yang digunakan oleh Dayu Designs akan menyerap ke dalam kulit dan hanya meninggalkan tempelan inai yang tipis di atas
kulit yang menyerupai pelekat. Ianya tidak seperti sesetengah jenis tempelan inai yang mana memerlukan anda untuk sentiasa melembabkan tempelan inai tersebut dan akhirnya jatuh berderai
jikalau dibiarkan kering.

SOALAN:
Adakah Dayu Designs menawarkan perkhidmatan terus ke rumah pengantin atau saya perlu ke sana?
JAWAPAN:
Ke sana mana ya? Sememangnya Dayu Designs menyediakan perkhidmatan inai pengantin terus ke rumah anda untuk memberikan keselesaan dan kemudahan kepada bakal pengantin. Al
maklumlah, bakal menjadi ratu sehari ini, darahnya manis. Kebiasaan orang-orang tua mahupun ibu bapa bakal pengantin sendiri tidak membenarkan anak gadisnya keluar rumah menjelang
majlis yang julung-julung kalinya itu. Dayu Designs sanggup bertungkus-lumus mencari lokasi rumah anda demi keselesaan dan kemudahan bakal pengantin. Tambahan lagi, agar sesi berinai
dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Oleh itu, caj pengangkutan dikenakan mengikut kos dan jarak lokasi.

SOALAN:
Saya tiada bajet untuk membayar caj pengangkutan tetapi saya masih mahu Dayu Designs yang inaikan. Bagaimana caranya?
JAWAPAN:
Jika tiada siapa yang melarang untuk keluar rumah menjelang hari bahagia anda serta anda sanggup bersusah payah, anda dialu-alukan untuk datang ke tempat artis henna Dayu Designs jikalau
persetujuan dan temujanji telah dibuat terlebih dahulu. Tetapi anda haruslah membawa seorang teman yang boleh memandu anda pulang ke rumah kerana dikhuatiri anda tidak boleh membuat
sebarang pergerakan yang terlampau dalam 2 jam pertama selepas diinaikan pada kedua atas tangan, kedua tapak tangan, kedua atas kaki dan inai penuh 20 hujung jari (pakej standard yang
ditawarkan oleh Dayu Designs)

SOALAN:
Saya sebenarnya sedang membuat tinjauan untuk memilih perkhidmatan inai pengantin berdasarkan bajet dan corak pilihan saya. Mengapa saya perlu memilih Dayu Designs sebagai henna artis
dalam senarai keutamaan saya?
JAWAPAN:
Kami tiada masalah jikalau anda ingin membuat tinjauan terlebih dahulu serta membuat perbandingan dengan henna artis lain yang ada di dalam pasaran. Pihak Dayu Designs sedia memenuhi
permintaan anda dengan menyediakan sebut harga secara percuma sejurus anda mengisi borang ‘online’ yang terdapat di bahagian ‘Hubungi Kami’ pada laman sesawang www.dayudesigns.com.
Jikalau bajet terhad , sila dapatkan nasihat & pandangan dari Dayu. Dayu akan cuba menawarkan khidmat nasihat mengenai corak dan pakej mengikut bajet yang telah ditetapkan oleh anda.
Andainya anda sukakan sesuatu yang eksklusif, inginkan kelainan dan tampak lebih menawan pada Majlis Akad Nikah & Persandingan serta sebagai penambah seri pada gambar-gambar
Perkahwinan anda, Memilih Dayu Designs merupakan pilihan yang bijak & tepat. Ini kerana Dayu Designs menampilkan sesuatu yang eksklusif untuk hari bahagia anda. Sesungguhnya inai yang
cantik berseri mampu menarik minat suami dan secara tidak langsung menggodanya. Hehehehehe... ;)

Anda mungkin juga menyukai