Anda di halaman 1dari 5

10 

Muwassafat Tarbiyah
www.iLuvIslam.com
Aufa_Risya
editor : IskethaykaL

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki


dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini
hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti
di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi
seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah: 

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang
da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini,
sabdanya:

  "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang
lemah,  tetapi pada keduanya ada kebaikan."  

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak
memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan
beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat
sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji,
berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu
menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-
Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna: 

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba
menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur,
sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar
jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan
meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan
pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja
dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua
lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan
apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan
bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam
kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan
Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada
Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu,
jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa
dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar
untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau
atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap
urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan
mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam
mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin
melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa
dengan kesusahan.
8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah
kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman
dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan
dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat
Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah
penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam
bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang
lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu
orang lain.Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke
jalan Allah

Dalam kita menjalani kehidupan kita sebagai seorang Muslim kita kadang-kadang tak sedar
bagaimanakah sifat dan peribadi seorang Muslim itu. Jadi As-Syahid Imam Hassan Al-
Banna telah pun menggariskan 10 Muwassafat Tarbiyah sebagai panduan kepada kita
untuk menjadi seorang Muslim yang bukan sekadar pada nama sahaja tapi hati kita,
pemikiran kita, pengamalan kita, kata-kata kita, gaya hidup kita dan segala-galanya biarlah
berdasarkan asas yang sama iaitu Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

1) Aqidah yang Sejahtera (Salimul Aqidah)

Kalau kita gambarkan Islam itu sebagai pokok, aqidah itu adalah pada akarnya. Akar yang
kukuh menghasilkan pokok yang kukuh kuat dan tak akan tergugat walaupun ditiup angin
yang sangat kencang. Maka kalau kita mempunyai kekuatan aqidah yang mantap dan sukar
digugat, secara tak langsung meningkatkan keyakinan kita terhadap Allah dan Rasul-Nya.
2) Ibadah yang benar (Shahihul Ibadah)

Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah wajib dan ibadah sunat. Ibadah yang wajib itu dah
pasti kena buat. Tapi untuk melengkapi apa yang dikatakan dengan shahihul ibadah nie, kita
tak sekadar menunaikan yang wajib saja tapi kita mampu beristiqamah dalam
melaksanakan ibadah yang sunat itu. Tapi tak laa sampai melampau-lampau dalam
beribadah sampai buat perkara yang Nabi sendiri tak buat. Makna kata tahu yang mana satu
dikatakan ibadah dan yang mana satu adat & mampu menentukan apa yang bid'ah dan apa
yang tidak. Dengan itu, dapatlah kita kecapi shahihul ibadah.

3) Kuat Tubuh Badan (Qawiyyul Jism)

Kekuatan tubuh badan tue sangat penting untuk setiap Muslim. Andai kita tidak mempunyai
kekuatan tubuh badan jangankan nak pergi berperang, nak solat pun susah sebab tubuh
badan kita tak kuat. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, tetapi
pada keduanya ada kebaikan."

4) Akhlaq yang mantap (Matinul Khuluq)

Untuk mencapai akhlaq yang mantap tak lain tak bukan kita perlu mencontohi role-model
terhebat kita iaitu Rasulullah saw yang mana akhlaq baginda adalah Al-Quran. Jadi menjadi
satu keperluan kepada setiap Muslim untuk berusaha menjadi lebih baik dari hari ke hari.
Malah akhlaq yang baik itu akan dipandang bukan sahaja oleh orang Islam malah orang
bukan Islam dan ini boleh jadi satu dakwah kepada diorang dengan menunjukkan Islam itu
sememangnya satu cara hidup yang sempurna.

5) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqaful Fiqr)

Seorang muslim perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu
menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-
Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi
pakar dalam bidang yang diceburi."
Jadi lesulah kita kalau kita tak mampu nak menguasai ilmu dan isu semasa. Buktinya
senang je, tengok saja umat Islam sekarang. Tak payah jauh pun takpe, kita tengok orang
Melayu Islam adakah budaya ilmu itu hebat dalam kalangan kita sendiri? Ataupun adakah
kita nie menuntut ilmu sekadar terima saja apa yang diberi tanpa menilai apa yang baik dan
apa yang tidak. Kita hanya menerima saja ilmu-ilmu yang ada seperti riba' lalu kita
praktikkan perkara itu dalam kehidupan kita sedangkan kita tahu riba' itu haram dalam
Islam.

6) Mampu berusaha (Qadiran 'Ala Kasbi)


Seorang muslim walaupun kaya, perlu bekerja. Tak perlu bagi kita nak terlalu mengejar
jawatan dalam organisasi atau kerajaan. Adakalanya meletakkan jawatan dan menumpukan
tumpuan kita dalam gerak kerja Islam itu lebih utama dari gaji kita. Tapi perlulah setiap
pekerjaan itu dilaksanakan dengan keikhlasan dan ihsan. Kerja-kerja itu juga perlu
dilaksanakan dengan betul. Dalam soal pemakanan pula, memilih dalam mencari makanan
yang betul-betul diyakini halal. Andai statusnya diragui terus tak beli atas dasar nak
memelihara diri kita dari makan perkara-perkara yang haram yang akan memberi mudarat
yang lebih besar di masa hadapan.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadatul 'Ala Nafsi)

Seorang muslim perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan
mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam
mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui
suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan
kesusahan.

8) Menjaga Waktu (Haarithun 'Ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan
yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para
sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka. Firman Allah swt :

َ ‫ص ۡو ْا ِب ۡٱل َح ِّق َو َت َو‬


)٣( ‫اص ۡو ْا ِبٱلص َّۡب ِر‬ َ ‫ت َو َت َوا‬ َّ ‫ِين َءا َم ُنو ْا َو َع ِملُو ْا ٱل‬
ِ ‫ص ٰـل َِح ٰـ‬ َ ِ ‫) إِنَّ ٱإۡل‬١( ‫ص ِر‬
َ ‫) إِاَّل ٱلَّذ‬٢( ‫نس ٰـ َن َلفِى ُخ ۡس ٍر‬ ۡ ‫َو ۡٱل َع‬

Maksudnya : Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-
orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan
kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamul Fi Syu'unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan
dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam
dan dakwah.

10) Berguna/Bermanfaat untuk orang lain (Naafi'un Lighairih)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah
penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam
bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain
daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain.
Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah

Anda mungkin juga menyukai