Anda di halaman 1dari 2

"Apa pendapat awak tentang guru?

"

"Kalau dulu, orang-orang lama mengibaratkan guru sebagai lilin bukan? Pada pendapat saya,
ia tidak lagi sesuai digunakan. Perubahan berlaku dan sebenarnya ada perkara lain yang lebih
sesuai untuk dijadikan perumpamaan."

"Awak benar, pepatah guru sebagai lilin sudah tidak sesuai digunakan. Guru diibaratkan
sebagai bulan di mana bulan menerima cahaya matahari, selepas itu memancarkannya ke
seluruh alam sarwajagat. Begitu juga dengan guru, guru belajar dan menyampaikannya pula di
dalam kelas."

Dialog ini merupakan satu perbincangan antara ana dan kenalan yang merupakan seorang guru
sandaran di bumi Sabah. Pandangannya, membenarkan tanggapan ana bahawa guru tidak boleh
lagi diibaratkan sebagai lilin.

Masih ana ingat sewaktu di sekolah rendah, pasti sajak-sajak yang dibacakan penuh perasaan
tatkala sambutan Hari Guru menyebutkan kepentingan menghormati dan menyayangi guru.
‘Guru ibarat lilin, yang membakar dirinya untuk menerangi kita.’ Bait-bait sajak yang dibaca
penuh emosi agar menyentuh hati para pendidik.
"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti
sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca
(dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan
minyak dari pohon yang berkahnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur
(sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir
menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah
membimbing kepada cahayaNya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat
perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." Surah
An-Nur: 35

Qudwah hasanah = Suri teladan yang baik

Apa kaitan guru dengan qudwah hasanah?

Seseorang muslim mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai.
Segala tingkah-lakunya menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya
seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, pertuturan, malah dalam seluruh tingkah laku
dan diamnya.

Ini bermakna sebagai seorang guru, dia haruslah menunjukkan contoh baik yang boleh diteladani
oleh pelajar-pelajarnya daripada segala aspek; akhlak, moral dan nilai-nilai murni.

Namun begitu, bertambah indahlah dunia andai guru dapat menjadi qudwah hasanah, sekaligus
sebagai da’ie yang berdakwah kepada mad’unya (pelajar).
Tugas dan tanggungjawab seorang pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar kerana mereka
menyampaikan dakwah kepada lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan
tabiatnya. Da’ie wajib menyampaikan dakwah kepada semua golongan itu sesuai dengan kadar
kemampuan penerimaan akal mereka.

Seperti guru juga, mereka perlu menyampaikan ilmu pengetahuan mengikut tahap kebolehan
pelajar, bukan main semberono sahaja. Maka, seseorang guru haruslah mempunyai sifat sabar,
lemah-lembut dan berhati-hati.

Melalui pembacaan akhirnya ana menemui satu artikel, ‘Jangan Jadi Lilin’ oleh Ustaz Hasrizal.
Penjelasan yang lebih mantap dan ilmu yang tersirat banyak terdapat pada artikel tersebut.
Bacalah.

Hakikatnya, adalah sukar untuk menjadi sesempurna idea dan impian. Namun begitu, langkah
untuk mencapai hasrat dan impian tersebut tidak boleh dihentikan lantaran kita sebagai seorang
Muslim dituntut untuk mengubah diri ke arah kebaikan.

Ikhlaskan diri dan niat kerana Allah. Selamat berkhidmat dan berjuang, wahai guru!

Guru..dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi seorang guru..

Anda mungkin juga menyukai