Anda di halaman 1dari 2

“Maafkan aku seandainya tiap bicara, tiap tingkah dan laku, tiap keputusan, tiap buah

fikiran, tiap perasaan... tiada keserasian, tiada kesejiwaan, tiada kesamaan mahupun
yang diharap tak kunjung tiba. Aku hanya insan biasa... Ketahuilah rindu, sayang dan
cinta itu tak ternilai dan tergambar dengan kata-kata. Cubalah perlihatkan dengan
perbuatan yang mungkin dapat dirasakan, dinilai mahupun dijadikan bukti yang hakiki...
moga ia kekal hingga ke akhir nanti…”

Adakah telapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat
di kerongkong? Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan Cinta, itu
NAFSU.
Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu
KESEPIAN.
Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta,
itu KESETIAAN.
Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai
hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita terpikat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita telah berhutang budi kepadanya? Itu
bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kita mengatakan kepadanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kita rela memberikan semua hal yang kita senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi... adakah kita tetap bertahan kerana di antara kesedihan dan kegembiraan,
penderitaan dan kebahagiaan yang membutakan dan sukar difahami walau berjuta
penyair mencari maknanya... menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH
CINTA.
Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika
demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH
CINTA.
Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.
Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga
menusuk? ITULAH CINTA.

Anda mungkin juga menyukai