Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS PERLIS INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

NAMA INOVASI :

PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI :

Inovasi ini saya lakukan untuk mengatasi masalah murid bising semasa ingin menjawab soalan guru. Saya mendapati kelas akan bertukar menjadi bising apabila ramai murid yang ingin menjawab soalan saya dimana mereka mengangkat tangan dan menggunakan suara untuk menarik perhatian saya memilih mereka untuk menjawab soalan. Maka bagi mengatasi masalah ini saya mendapat idea untuk mengunakan persekitaran kelas sebagai sesuatu yang membantu saya oleh itu saya mendapati menggunakan jadual tugasan harian ini untuk menetapkan siapa yang akan menjawab soalan saya. Sebagai contoh saya akan memanggil semua murid yang bertugas pada hari ahad untuk bangun dan saya memilih salah seorang daripada mereka atau memilih mereka yang tidak mejalankan tugas pada hari tersebut.

IPG KAMPUS PERLIS 2011 | MUHAMMAD SAUFI BIN ABDUL WAHAB

PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI Hasil pemerhatian dan penilaian yang telah saya lakukan, inovasi ini sangat berkesan terhadap P&P yang saya lakukan. Ini dibuktikan apabila murid diminta menjawab soalan guru tidak membuatkan kelas menjadi bising dan berada didalam keadaan yang tenteram dan proses menjawab soalan berjalan dengan lanacar. Ini juga memudahkan saya untuk memilih murid untuk menjawab soalan saya.

IPG KAMPUS PERLIS 2011 | MUHAMMAD SAUFI BIN ABDUL WAHAB

Anda mungkin juga menyukai