Anda di halaman 1dari 95

Che Guevara dan Revolusi Kuba

Oleh Mike Gonzalez

Diterbitkan pada tahun 2004 oleh Penerbit Bookmarks.

Diterjemah oleh Muhammad Salleh (Jun 2004). Penerjemahan buku ini adalah sebahagian
daripada projek penerjemahan Suara Sosialis, sebuah kumpulan sosialis yang berhubung
dengan Peralihan Sosialis Antarabangsa (International Socialist Tendency). Lihat
http://arts.anu.edu.au/suara

Mengenai Pengarang

Mike Gonzalez adalah seorang pensyarah dalam Kajian Hispanik di Universiti Glasgow. Dia
sudah banyak menulis mengenai kesusasteraan dan budaya Amerika Latin, dan mengenai
politik Amerika Latin mutakhir – terutamanya mengenai Kuba, Nikaragua dan Chile. Dia
menduduki badan penyunting jurnal International Socialism dan adalah seorang ahli Dasar
Socialist Worker dalam Parti Sosialis Scotland. Dia juga pernah mengikuti pelbagai
rancangan radio dan terlibat dalam beberapa projek pentas.
I. Wajah Seorang Pejuang

Para pekerja tidak bertanah di Brazil membawa dua imej apabila mereka menduduki tanah
kosong. Yang satu adalah pemimpin masyarakat desa di Canudos, yang berjuang menentang
kerajaan pada tahun 1890-an. Yang kedua adalah Che Guevara. Di Carakas, di Buenos Aires,
di Bolivia dan di El Salvador, pemuda-pemudi yang bertempur dengan polis semasa
pemberontakan menentang kapital global menyelimuti muka mereka dengan kain yang
membawa imej Che. Di Eropah, penunjuk rasa memakai kemeja-T dengan muka Guevara
tercetak pada dada mereka.

Ernesto ‘Che’ Guevara meninggal dunia pada usia muda. Doktor dari Argentina ini, yang
meninggalkan tanahair dan kerjayanya untuk menyertai Revolusi Kuba, dibunuh di sebuah
kampung pergunungan di Bolivia sewaktu dia tercedera. Tarikh bulan itu adalah Oktober
1967, dan Ernesto Guevara belum berusia 40 tahun.

Di Kuba, di mana Che merupakan seorang pemimpin revolusi tahun 1959 yang berwibawa
dan berkuasa, wajahnya yang disinari oleh lampu neon menghiasi beberapa tingkat
bangunan di Dataran Revolusi, di Havana. Dan pada poster dan papan tanda, imej Che
berdiam diri di sisi laungan untuk menyokong kerajaan Kuba. Sambil anda menjelajahi
bandar-bandar Kuba, ia adalah wajah Che yang memenuhi tempat-tempat awam, dan
bukannya wajah lelaki yang telah menguasai kehidupan politik Kuba sejak revolusi tersebut
– Fidel Castro.

Kini lahirnya sebuah generasi baru yang mengenali dengan serta-merta mata dan janggut
nipis Guevara, yang memakai kemeja-T tersebut dan membeli pelbagai barangan pengguna
yang membawa imej terkenal itu. Namun, dalam kebanyakan kes, mereka tidak memahami
dengan baik dan tidak mempunyai memori mengenai Revolusi Kuba. Sebenarnya, butir-butir
mengenai kehidupan Guevara tidak dikenali ramai. Namun, ia seolah-olah wujudnya
sesuatu perjanjian sulit bahawa wajahnya mempunyai kuasa simbolik dan makna yang
difahami dan dikenali oleh semua orang.

Kumpulan-kumpulan muzik yang mengunjungi pelancong di Havana menggemari satu lagu


– lagu Carlos Puebla bagi Che yang bertajuk ‘Hasta Siempre’ (‘Sehingga Akhir’):

Aquí se queda la clara, la entrañable transparencia,


De tu querida presencia, comadante Che Guevara
(Anda meninggalkan wajah jelas, memikat hati
Kehadiran suci, komadante Che Guevara)

Lagu ini agak sesuai. Ini, dan beratus-ratus lagi lagu dan syair yang mengingati Guevara,
seolah-olah berkongsi bahasa kebangkitan semula, bahasa seorang pejuang syahid yang akan
hidup semula. Fotograf yang paling terkenal – badan tidak berbaju, wajah muram, mata
hitam dan janggut nipis – diambil tidak lama sebelum kematiannya. Dicetak semula beribu-
ribu kali sejak itu, ia setiap kali menjadi lebih mirip dengan gambar Nabi Isa.

Perubahan menarik itu menunjukkan dengan jelas satu aspek Guevara – manusia menjadi
lagenda, dan imej-nya diubah menjadi sesuatu perasaan, sesuatu semangat. Ia adalah
semangat revolusi itu, sesuatu kesetiaan dan keghairahan perjuangan, yang sebuah generasi
baru telah mengambil dari gambar-gambar seorang revolusioner yang telah meninggal
dunia. Dari satu segi, kehidupan Che, pengalaman bersejarahnya, tindakan-tindakannya,
telah melesap ke latarbelakang – walaupun pada satu tahap, kebanyakan orang memahami
hubungan Che dengan Kuba.

Pada zaman ahli-ahli politik korupse, apabila hanya segelintir orang memercayai pemimpin-
pemimpin dan wakil-wakil mereka – atau sememangnya memercayai proses pilihanraya
yang dapat memberi kuasa kepada George Bush tanpa majoriti – kejujuran dan dedikasi
menjadi nilai-nilai penting. Lihatlah wira-wira gerakan anti-kapitalis – Malcolm X, Martin
Luther King, Che. Apa yang mereka berkongsi adalah pengorbanan diri, dedikasi, kesetiaan
kepada sesuatu tujuan. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia pada usia muda, dan setiap satu
kekal dalam memori popular sebagai manusia muda, idealistik, suci.

Pada tahun 1989, Tembok Berlin ditumbangkan dan mendedahkan realiti ngeri
negara0negara Eropah Timur yang telah menggambarkan diri, sekurang-kurangnya sehingga
titik tersebut, sebagai negara ‘sosialis.’ Beratus-ratus ribu orang progresif pada masa lalu
telah menyamakan negara-negara ini dengan kemajuan menuju sosialisme. Sememangnya,
negara-negara ini mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai pemilik-pemilik kapital
swasta, bahawa kerajaan mentadbir dalam nama seluruh masyarakat, bahawa rakyat mereka
bebas dan menikmati taraf kehidupan tinggi dan pengagihan kekayaan yang adil.
Bertentangan dengan itu, beberapa pihak sosialis mendesak bahawa negara-negara ini
hanyalah karikatur sosialisme, dengan sebuah kelas pemerintah yang mempertahankan
kepentingannya sebelum kepentingan majoriti. Ini bukanlah negara-negara sosialis dengan
beberapa kelemahan, mereka berkata, tetapi negara-negara yang diatur mengikut
kepentingan, keperluan dan matlamat sebuah minoriti yang menguasa kerajaan.1

Namun, apabila Tembok Berlin ditumbangkan, apa yang didedahkan kepada mata awam,
dari beberapa segi, jauh lebih ngeri daripada apa yang dimimpikan. Birokrasi-birokrasi kecil
telah menyerang rakyat, menjadi kaya dengan mengeksploitasi rakyat, dan merampas kuasa
rakyat untuk menentukan kehidupan mereka. Bagaimanakah ini dapat disamakan dengan
wawasan perubahan yang berakar dalam idea kebebasan dan kuasa kolektif? Apakah
persamaan anak-anak yatim Rumania, kerajaan polis Stasi di Jerman Timur atau penderitaan
rakyat Chechnya dan kaum-kaum minoriti lain dengan wawasan sosialis itu?

Masalahnya adalah bahawa segala tindakan ini dilakukan oleh golongan yang menamakan
diri mereka sebagai sosialis, dan kadang-kala juga sebagai revolusioner.

Dari kabus kekeliruan dan kehampaan ini, imej Che Guevara muncul semula di seluruh
dunia, dijumpai oleh sebuah generasi baru. Pemberontak Zapatista di Meksiko selatan
memakai kain dengan wajah Che apabila mereka melancarkan pemberontakan mereka
menentang kapital global pada tahun 1994.2 Pemberontak bandar di Caracas pada tahun 1989
mendukung panji-panji dengan imej-nya, sebagaimana dengan pemuda-pemudi Itali yang
berdemonstrasi menentang Berlusconi lima tahun selepas itu.

Wajah simbolik ini memiliki kuasa tulin, sesuatu perasaan marah dan keyakinan yang
dimiliki oleh mereka yang mendukung imej tersebut sebagaimana dengan asal-usulnya. Ia
mewakili pemberontakan menentang imperialisme yang telah menanggalkan topengnya
sekali lagi di Iraq dan Palestin, untuk mendedahkan wajah ngeri di bawah. Ia juga mewakili
keinginan revolusioner bagi sebuah dunia tanpa ketidak-adilan, kemiskinan, atau ketidak-
samarataan.

Pada masa yang sama, ia mewakili sesuatu ketidak-hadiran, sesuatu tanda soalan-soalan
yang belum dijawab dan percanggahan-percanggahan yang belum diselesaikan.
Bagaimanakah dunia baru ini akan dibentukkan – ‘dunia lebih baik’ ini di mana
kemungkinannya, dan kepentingannya, telah menjadi tema forum-forum sosial yang telah
menggambarkan penentangan terhadap kapital global?

Dalam usaha mencari jawapan bagi persoalan-persoalan penting lagi bersejarah, gerakan
anti-kapitalis baru hanya menghadapi dengan waspada pengalaman-pengalaman masa lalu
yang dikotori oleh korupse dan hipokrasi. Tradisi revolusioner benar, yang sentiasa
mendesak bahawa sosialisme dan kebebasan tidak dapat dibahagikan, bahawa kuasa pekerja
hanya dapat diluahkan oleh para pekerja sendiri dan bukannya oleh golongan lain bagi pihak
pekerja, telah disembunyikan di bawah sisa-sisa itu.
Simbolisme Che – beret, bintang dan kain merah – adalah, jika anda mendengar dengan baik,
laungan sesuatu projek lain untuk mengubah masyarakat. Projek itu sudah mempunyai
sifatnya tersendiri – ia adalah pemurah hati, jujur, sanggup mengorbankan diri dan romantik.
Dan ia adalah muda. Selain itu, terdapat pelbagai soalan yang belum dijawab, sambil gerakan
kita mencari jalan ke hadapan.

Dalam perdebatan terbuka lagi penting ini mengenai masa depan yang kita menginginkan,
Che Guevara dapat memberikan beberapa jawapan politik – selepas kita melintasi simbol
tersebut dan mengkaji kehidupan dan sejarah politik sebenarnya.
II. Menjumpai Che Semula

Ernesto Guevara dilahirkan pada 14hb Mei 1928 di Argentina. Sebelum dia berusia dua
tahun, tanahairnya memasuki zaman pemerintahan ketenteraan selepas diperintah sebagai
sebuah republik liberal selama 15 tahun oleh Presiden Hipólito Yrigoyen. Pemerintahannya
telah membawa perubahan mendalam bagi masyarakat Argentina, sesuatu perubahan yang
bermula pada tahun 1880-an. Pada masa itu, Argentina menjadi ekonomi pengeksport daging
yang membekalkan Eropah dan menerima barangan sebagai ganti. Tetapi barangan bukanlah
satu-satu benda yang melintasi Lautan Atlantik. Manusia juga mengikuti – petani-petani
miskin dan penganggur dari Itali utara, Spanyol dan Jerman, yang tertarik dengan perjalanan
murah dan janji kemakmuran yang Argentina menawarkan kepada pendatang baru.

Bandar pelabuhan Buenos Aires menjadi kaya dengan perdagangan asing, tetapi pendatang
baru tidak dialu-alukan ke bandar yang semakin besar itu, dengan jalan-jalan besar yang
dibina mengikuti contoh Paris. Mereka dihimpunkan berdekatan dengan pelaburan, di
rumah-rumah kayu berwarna-warni di kawasan miskin La Boca. Di sana, mereka bertutur
dalam bahasa hibrid yang dikenali sebagai lunfardo, menggaulkan Bahasa Itali dan Spanyol,
dan menari mengikut lagu tango – muzik tarian yang dimainkan oleh kumpulan-kumpulan
muzik miskin di dunia lelaki kelas pekerja tanpa perempuan ini.

Sambil Buenos Aires berubah dan berkembang, kilang-kilang penyembelihan dan


pembungkusan daging menjadi hati gerakan kelas pekerja. Idea-idea anarkis dan sosialis
membunga di kalangan pekerja-pekerja baru – dan ia bukanlah secara kebetulan bahawa
kebanyakan pemimpin mereka merupakan pendatang baru dari Eropah. Menjelang tahun
1916, sifat militan pekerja berlaku seiras dengan perasaan tidak puas hati di kalangan kelas
menengah dan kelas menengah bawahan di bandar yang masih terkecuali dari kehidupan
politik, kerana masyarakat Argentina masih dikuasai oleh kelas-kelas tuan tanah lama yang
menetap di rumah-rumah besar di daerah Belgrano.

Pada tahun itu, apabila hak mengundi penuh diperkenalkan bagi kaum lelaki, ia merupakan
Parti Radikal di bawah Yrigoyen yang menjadi kerajaan. Ia memperkenalkan kebajikan sosial
dan tindakan-tindakan lain, tetapi di luar kerajaan, kuasa-kuasa lain semakin berkumpul.
Gerakan Reformasi Universiti pada tahun 1918, yang bermula di bandar Córdoba, menyebar
ke seluruh benua, menuntut pendidikan tinggi yang demokratik dan perubahan dalam apa
yang diajar. Pendidikan baru patut mencerminkan realiti benua Amerika Latin yang mencari
arah baru, yang ingin membina negara-negara bebas, dan menulis semula sejarahnya.
Setahun selepas itu, kelas pekerja menduduki pusat pentas bersejarah dalam gerakan
permogokan besar tahun 1919.

Apabila Che dilahirkan, harapan radikal tahun-tahun awal itu semakin terlepas, dan
Yrigoyen seringkali menyerang sokongan kelas pekerja dalam usaha untuk mendiamkan
kaum kaya. Menjelang tahun 1930, kepentingan-kepentingan lama menyerang balas. Tujuan
sebenar rampasan kuasa oleh tentera pada tahun itu didedahkan dengan laju, apabila pada
tahun 1933 rejim baru menandatangani perjanjian perdagangan dengan Britain – Perjanjian
Roca-Runciman – yang memulihkan kuasa-kuasa ekonomi lama. Bagi kelas pekerja, ini
merupakan kekalahan jelas.

Ibubapa Guevara berasal dari kelas menengah tempatan. Guevara sendiri mengakui bahawa
keluarganya berasal dari sebuah oligarki penternakan lembu dengan hubungan jauh dengan
Ireland dalam satu tangan dan elit kolonial Spanyol dalam tangan sebelah. Bapa Ernesto,
seorang pedagang yang kurang berjaya, memindah keluarganya dari kawasan Misiones
berdekatan dengan sempadan Paraguay ke Buenos Aires dan akhirnya ke Rosario, sambil
mengikuti projek-projek berlainan. Kehampaan mungkin menyelimuti atmosfera di rumah
keluarga itu, sambil setiap projek menemui kegagalan.
Pada usia muda, Ernesto muda dijangkiti penyakit asma. Bandar Buenos Aires tidak sesuai
dengan anak muda ini, dan keluarganya berpindah pertama sekali ke bandar Córdoba dan
dari sana ke Altagracia, di daerah di mana bandar itu merupakan ibu negeri.

Penyakit asna menghantui dan membentukkan kehidupan awal Guevara. Kehadirannya di


sekolah berubah dari hari ke sehari, dan dia dididik oleh ibunya, seorang perempuan yakin
yang gemar mengambil risiko. Betapa jauhnya penyakit asma mempengaruhi sifat Guevara
dipertikaikan – walaupun seorang penulis biografi (Castañeda) mendesak bahawa ia
sangatlah penting. Apa yang jelas dari kenyataan kawan-kawan dan ahli-ahli keluarganya
adalah bahawa Guevara sangatlah degul dan kadang-kala juga cuai, sentiasa ingin bermain
ragbi walaupun permainannya diganggui oleh penyakitnya:

Sifat-sifat yang kemudiannya mencapai dimensi lagenda dalam kedewasaan Guevara sudah
dapat dijumpai dalam budak lelaki itu. Keberanian fizikal, kebiasaan memimpin orang lain,
kedegilan, semangat bersaing dan disiplin diri – semuanya dapat dijumpai dalam ‘Guevarita’
muda dari Altagracia.3

Tidak terdapatnya bukti mendalam yang mencadangkan bahawa Ernesto muda tertarik
dengan bidang politik pada tahap ini dalam kehidupannya. Dia sendiri berkata:

Saya tidak mementingkan persoalan sosial semasa muda dan saya tidak pernah mengambil
bahagian dalam perjuangan pelajar atau aktiviti politik di Argentina.4

Dia seolah-olah lebih tertarik dengan cerita-cerita pengembaraan Jules Verne dan lain-lain –
dan dengan kegemaran biasa seorang pemuda kelas menengah yang membesar dengan
keinginan membuktikan kebolehan fizikal dan kemampuan bersaing dengan rakan-
rakannya. Ragbi, yang dia menggemari, bukanlah hanya sesuatu sukan baginya: ia
merupakan arena di mana pemuda Argentina dari golongan elit berlatih untuk perjalanan
mereka menuju kelelakian.

Sambil keluarganya tidaklah aktif dalam bidang politik, mereka jelasnya sedar akan
peristiwa-peristiwa di dunia. Ibunya membina sebuah rumahtangga Bohemia yang seringkali
memberi perlindungan kepada penulis dan seniman, serta pengunjung lain seperti keluarga
pelarian Republik Spanyol yang tiba di rumah mereka pada hujung tahun 1937. Bapanya
terlibat secara langsung dalam pengumpulan bantuan dan sokongan bagi Republik Spanyol
yang diserang. Walaupun kesetiaan politik mereka diberikan kepada parti Liberal, ibu bapa
Guevara bersifat anti-fasis dan berpendapat, seperti beratus-ratus ribu orang lain di merata
dunia, bahawa kejayaan bagi fasisme di Spanyol akan membawa malapetaka bagi demokrasi.

Tetapi sambil Ernesto (baru berusia sepuluh tahun) jelasnya sedar akan sebab-sebab bagi
ketibaan keluarga dari Spanyol itu, tidak terdapatnya bukti bahawa dia merupakan seorang
bakal revolusioner. Mungkin lebih penting lagi daripada persoalan politik ini adalah perihal
kelas sosial yang diduduki oleh keluarganya.

Walaupun perniagaan bapanya mengalami kemakmuran sementara diikuti oleh kegagalan,


keluarga Ernesto merupakan sebuah keluarga kelas menengah dengan beberapa hubungan
dengan kewibawaan di Spanyol dan Ireland. Di ibu negara, saudara-maranya berada dalam
keadaan selesa, walaupun rumahtangganya sendiri kurang terjamin dan kadang-kala
mengalami keadaan susah. Namun demikian, Che tidak pernah mengalami keadaan miskin.
Ia bukanlah pengalaman kesusahan yang bakal menjadikannya seorang revolusioner.

Namun, dalam beberapa aspek penting, dunia-nya itu telah membentuk sifat Che dari segi
politik dan juga psikologi. Tanpa mengira jika dia sedar akan bidang politik – dan buktinya
adalah bahawa dia tidak berminat – peristiwa-peristiwa di luar dirinya membentukkan Che
muda. Sebagai seorang warganegara Argentina, Perang Dunia Kedua bukanlah pengalaman
penting sebagaimana dengan warganegara Eropah. Tetapi kesan-kesannya mempengaruhi
peristiwa-peristiwa dalaman.

Bapa Ernesto, yang masih aktif dalam kumpulan-kumpulan anti-fasis, diyakinkan bahawa
Argentina merupakan tapak bagi aktiviti pro-Nazi di kalangan mereka dari masyarakat
Jerman.5 Terdapatnya juga simpati bagi Kuasa Aksis di kalangan beberapa bahagian
angkatan tentera Argentina, terutama sekali mereka yang telah mengunjungi Itali Mussolini
pada tahun 1930-an, seperti Juan Domingo Perón. Dalam riwayat hidupnya, bapa Guevara
menggambarkan beberapa aktiviti sulit menentang sel-sel Nazi di daerah Córdoba.6 Dia
mendakwa bahawa anaknya memiliki kesedaran anti-fasis yang membunga – tetapi sahabat-
sahabat Ernesto hanya mengakui bahawa Hitler dan Mussolini kadang-kala muncul dalam
permainan mereka.

Kerajaan ketenteraan yang berkuasa di Argentina semasa Perang Dunia Kedua mungkin
lebih merisaukan takdir pasaran-pasaran Eropah bagi daging dan gandum. Britain,
pelanggan Argentina yang paling penting dari segi bersejarah, kini tertakluk kepada aktiviti
perkapalan Jerman di Atlantik Selatan; seluruh Eropah pula tidak dapat dimasuki kerana
sekatan ekonomi, dan Amerika Syarikat tidak menghiraukan usaha Argentina untuk mencari
pasaran baru. Kerajaan ketenteraan di bawah Castilllo yang berkuasa pada tahun 1940
menunjukkan simpati bagi Aksis Hitler-Mussolini.7 Tetapi terdapatnya juga sebab-sebab
ideologi yang menjelaskan mengapa sebuah kerajaan nasionalis enggan menyokong kuasa
imperialis lama, iaitu Britain. Keselamatan kepentingan-kepentingan dalam negara
menyingkirkan segala pertimbangan lain. Sememangnya, peperangan, bagi sebuah negara di
mana eksport utamanya – daging dan gandum – diperlukan oleh angkatan tentera yang
bertempur, merupakan peluang komersil.

Pada tahun 1943, sambil bapa Ernesto meneruskan perjalanannya yang tidak tentu sebagai
seorang pedagang, keluarganya berpindah ke bandar Córdoba. Sementara itu, di ibu negara,
iaitu Buenos Aires, adegan politik semakin berubah. Castillo telah menamakan sebagai
penggantinya seorang yang dikenali kerana hubungannya dengan kapital Britain.
Terdapatnya kerisauan bahawa dia akan menyokong Britain dan memasuki Perang Dunia
Kedua, sesuatu kerisauan yang dipegang, misalnya, oleh sebuah kumpulan pegawai tentera
nasionalis – GOU – di mana permusuhan mereka terhadap kuasa imperialis lama bersaing
dengan kehormatan mereka bagi Itali Mussolini. Sejurus selepas keluarga Guevara berpindah
ke Córdoba, Castillo ditumbangkan oleh rampasan kuasa ketenteraan yang diketuai oleh
kumpulan tentera yang dipengaruhi oleh GOU.

Darurat diisytiharkan, segala aktiviti politik ditunda dan pemberontakan pelajar


dihancurkan. Walaupun dia secara kebetulan terlibat dalam satu pertempuran dengan polis,
Ernesto secara umumnya tidak mementingkan (walaupun ini tidak bermakna dia tidak
dipengaruhi) oleh perubahan-perubahan ini. Namun demikian, sahabat karibnya, Alberto
Granado, ditaham semasa demonstrasi tersebut dan dipenjara.

Oleh kerana sejarah Che kemudiannya, ia bukanlah menakjubkan bahawa perjumpaan


tanda-tanda kesedaran politik Che yang awal telah menjadi industri kecil. Namun, buktinya
menunjukkan seorang pemuda yang dibentukkan oleh latarbelakang kelasnya. Cerita
terkenal mengenai usahanya untuk menyelamatkan seorang peminta sedekah dari kanak-
kanak yang membaling batu menunjukkan nilai pemurah hati. Reaksi peminta sedekah
tersebut – menyerang dan menghulur kata-kata masam terhadap pemuda yang
membantunya – mungkin menunjukkan bagaimana Che membawa tanda-tanda kelasnya. Ini
tidak melemahkan perkembangan politik Che. Sebaliknya, ia menggariskan betapa
pentingnya lompatan kesedaran yang dia akhirnya membuat untuk menjadi seorang
revolusioner.

Beberapa bulan sebelum akhir Perang Dunia Kedua, pada awal tahun 1945, kerajaan
Argentina menyokong kuasa-kuasa Persekutuan – mungkin kerana mereka dapat melihat
siapa yang bakal memenangi peperangan itu. Namun, fakta bahawa Argentina menjadi
tempat perlindungan bagi ramai pemimpin Nazi mencadangkan bahawa simpati mereka
yang berkuasa kurang bersifat anti-fasis. Tetapi dalam masa dua tahun, ia merupakan
kumpulan pegawai-pegawai nasionalis yang diketuai oleh Juan Domingo Perón yang
membentukkan peristiwa-peristiwa dari kegelapan. Apabila ketuanya di jabatan peperangan
menjadi timbalan presiden, Perón memesan agar dia dipindah ke Jabatan Tenaga Pekerja. Ia
merupakan keputusan yang baik baginya. Pada masanya di sana, Perón mengubah jabatan
tersebut menjadi sebuah kementerian dari mana dia dapat membina dasar sokongan bagi
cita-cita politiknya. Dipenjara seketika pada bulan Oktober 1945 di pulau River Plate, Perón
dibebaskan selepas demonstrasi pekerja menuntut kebebasannya. Dia kembali ke Buenos
Aires dan berucap kepada perhimpunan dari istana presiden – Casa Rosada atau Rumah
Merah Jambu. Kurang dari setahun selepas itu, Perón menjadi presiden Argentina.

Berjuta-juta perkataan telah ditulis dalam usaha menghuraikan dan mengenalpasti politik
Juan Domingo Perón. Jika kebanyakan usaha untuk mengkaji Perónisme tidak membawa
kesimpulan tetap, ia adalah kerana politik Juan Perón bersifat tidak tetap dan bercanggah,
sebagaimana dengan sifat wakilnya yang paling terkenal – isterinya Evita.8 Perón merupakan
seorang populis kelas, mendakwa dirinya sebagai wakil beberepa sektor sosial dan
meluahkan tuntutan setiap satu dalam cara oportunistik. Apa yang tidak dapat dinafikan
adalah bahawa demonstrasi-demonstrasi yang menuntut pembebasannya dari penjara dan
yang kemudiannya mengalu-alukan dia di dataran utama di ibu negara, Plaza de Mayo,
terdiri secara umumnya daripada kelas pekerja (Che mungkin hadir secara kebetulan semasa
demonstrasi Oktober yang besar). Tetapi ia bukan sahaja terdiri daripada kelas pekerja. Dasar
sokongan Perón merupakan lapisan pekerja baru, pendatang baru dari desa atau pekan-
pekan kecil, yang telah berhijrah ke ibu negara untuk mencari pekerjaan dalam industri-
industri besar. Mereka secara umumnya tidak menyertai kesatuan pekerja, meskipun
kekuatan tradisional gerakan kesatuan pekerja Argentina.

Evita berasal dari dunia yang sama seperti mereka, berucap dengan pelat mereka, dan dapat
mendakwa bahawa dia memahami keperluan mereka. Perón membenarkannya berucap bagi
pihaknya – dan dengan itu menjamin kesetiaan kumpulan ini, yang dinamakan ‘mereka yang
tidak berbaju – atau descamisados. Mereka merupakan dasar sokongan Perón. Sebagai menteri
tenaga pekerja, Perón telah memperkenalkan beberapa tindakan kebajikan yang membantu
mereka. Dan ia adalah benar bahawa Perón menikmati sokongan dari sektor-sektor lain –
kumpulan-kumpulan perdagangan yang menentang pengaruh Britain dan beberapa
nasionalis sayap kanan, di antara yang lain. Menentangnya semasa pilihanraya presiden
pada tahun 1946 merupakan sebuah persekutuan yang sama besar dan sama keliru, iaitu
Kesatuan Demokratik, yang menikmati sokongan dari bahagian-bahagian perdagangan yang
lain serta sokongan sosialis dan Komunis.

Dari sudut pandangan Parti Komunis Argentina, Perón telah menggunakan jawatannya
sebagai menteri tenaga pekerja untuk membina pertubuhan-pertubuhan baru yang dapat
mencabar kesatuan-kesatuan pekerja, di mana kebanyakannya dipimpin oleh pihak
Komunis. Serupa dengan itu, kesetiaan pihak Komunis kepada Kesatuan Soviet dan
kepentingan-kepentingannya membawa mereka untuk melihat sokongan Perón bagi Aksis
Jerman-Itali semasa Perang Dunia Kedua sebagai persoalan paling penting. Maka mereka
mengutuk Perón sebagai seorang penyokong Nazi.9 Namun, walaupun usaha-usaha Perón
mungkin menggalakkan pandangan seperti itu, bagi beratus-ratus ribu pekerja, dia telah
mempertahankan kepentingan pekerja dan beberapa kali telah mencampur tangan dalam
masalah perindustrian untuk menyokong pekerja menentang pihak majikan. Ia tidak dapat
dinafikan bahawa dia melakukan ini untuk sebab-sebab pragmatik, mengikat kesatuan-
kesatuan pekerja kepada kerajaan dan mengubahnya menjadi alat-alat politik bagi
kegunaannya sendiri. Apabila dia menyerang kesatuan-kesatuan pekerja lama pada hujung
tahun 1940-an, pengaruh itu menjadi alat utama – dan kekal sebagai alat penting malah
selepas penumbangannya sepuluh tahun selepas itu.
Namun, bagi ibubapa Guevara, Perón merupakan seorang yang zalim. Simpati dan
hubungan politik ibunya – apa yang wujud – berada dengan Parti Komunis. Bapanya pula
terlibat dengan Acción Argentina, sebuah pertubuhan anti-fasis besar. Bagi pihak Komunis,
hasil permusuhan mereka terhadap Perón adalah bahawa dalam masa yang singkat, mereka
kehilangan sebahagian besar daripada dasar sokongan mereka di kalangan pekerja –
maklumlah, mereka berpihak dengan imperialisme, dengan kerajaan Amerika Syarikat yang
menyerang Perón, dan dengan kelas tuan tanah dan majikan menentang lelaki yang
mendakwa dirinya berucap untuk semua rakyat Argentina, dan terutama sekali bagi
golongan miskin.

Ernesto memulakan pendidikan sekolah menengah di Córdoba, dan menaruh minat dalam
sukan, seks dan pengambilan risiko, sebagai balasan kepada kelemahan badannya. Dia dan
sahabat karibnya, Alberto Granado, berkongsi minat dalam bidang sains, bertukar petikan
dari ahli-ahli falsafah terulung, dan bersetuju bahawa kerjaya dalam kejuruteraan merupakan
sesuatu yang baik. Pada tahun 1948, ibubapa Guevara berpindah ke Buenos Aires, walaupun
menjelang masa itu, perkahwinan mereka sudah mengalami kesusahan. Ernesto terus
menetap di Córdoba, walaupun dia berkejar ke ibu negara apabila dia mendengar bahawa
neneknya, yang dia menyayangi, hampir meninggal dunia. Kebanyakan penulis biografi Che
bersetuju bahawa keputusannya untuk menjadi seorang doktor merupakan balasan peribadi
terhadap kesedihannya akibat kematian neneknya. Kurang diketahui, tetapi mungkin juga
penting bagi keputusannya, adalah rawatan ibunya selepas dia didapati menghidapi
penyakit barah. Ernesto sangat menyayangi ibunya, Celia, yang sentiasa hadir dalam
rumahtangga dan kehidupan keluarganya.

Che berusia 19 tahun dan mungkin diarah mengikuti perkhidtaman ketenteraan, tetapi
penyakit asma membolehkannya mengelakkan pekhidmatan tersebut. Dia kini juga menjadi
seorang pelajar perubatan, walaupun rekod dari masa itu mencadangkan seorang pemuda
yang lebih mementingkan pengembaraan seksual, dan di mana pembacaan luas meliputi
bidang falsafah, politik, sejarah, psikoanalisis dan kesusasteraan Amerika Latin
mencadangkan keghairahan umum. Maka, percintaan serius yang pertama tidak
melemahkan hasratnya untuk menjelajahi seluruh Argentina dan kemudiannya Amerika
Latin dengan motorsikal. Ia merupakan tahun-tahun bergelora dalam kehidupan politik
Argentina. Dan namun, sambil Guevara jelasnya menanam pendapat dan bersedia untuk
berucap mengenai isu-isu yang menarik perhatiannya, tidak terdapatnya tanda-tanda
kesedaran politik mendalam. Menurut kakaknya, Ana María:

Dia tidak mengambil pihak berkenaan dengan Perón. Dia seolah-olah enggan mengotori
tangannya... Sekurang-kurangnya dengan saya, dia tidak pernah berbincang politik.10

Hubungan peribadinya, melalui keluarga serta sahabatnya di universiti, membawanya lebih


rapat dengan parti Radikal dan Komunis yang bersifat anti-Perónis. Melainkan hubungan
seksual dengan pekerja perempuan, tidak terdapatnya bukti mendalam untuk
mencadangkan bahawa Ernesto mempunyai hubungan dengan kaum pekerja, dari siapa dia
mungkin mendapat pandangan lain mengenai cara Peronisme mungkin difahami oleh
sektor-sektor lain dalam masyarakat.

Maka, sambil Che Guevara bersedia untuk pengembaraan awalnya, imej seorang
pengembara ghairah yang lebih mementingkan risiko dan benda yang tidak dijangka
mungkin adalah lebih tepat. Selepas kematiannya, sambil imej-nya bertumbuh dari segi
kepentingan, penulis-penulis biografi dan riwayat hidup berkejaj untuk mencari, dalam
kehidupan seorang warganegara Argentina dari kelas menengah, bijih-benih pemahaman
revolusioner. Sememangnya terdapat cadangan seorang insan yang memahami tragedi
peribadi, yang menyayangi dan disayangi, yang menggemari kehidupanna dan dipenuhi
dengan tenaga dan keyakinan pemuda. Apabila, dua tahun selepas dia memulakan kursus
perubatan, dia dan Alberto mengunjungi sebuah pusat rawatan penyakit kusta, reaksi Che
sangatlah berperikemanusiaan.
Tetapi Che muda bukanlah seorang Marxsis, dan bukannya seorang revolusioner. Realiti
masyarakat yang tidak adil belum mempengaruhi kesedarannya secara langsung atau
dengan serta-merta. Itu bakal berlaku kemudian. Idea bahawa perubahan bukanlah mustahil,
bahawa sebuah dunia berbeza dapat bangkit dari aktiviti kumpulan-kumpulan dalam
masyarakat, belum dijumpai oleh dirinya dengan yakin. Peristiwa-peristiwa bakal mengubah
ini, tetapi sambil kesedaran politiknya berbunga, pemahaman dan balasannya bakal
dipengaruhi, biarpun dia menyedarinya atau tidak, oleh pengalaman-pengalamannya yang
awal.

Perónisme telah menggerakkan kaum pekerja, tetapi demi menyokong seorang pemerintah
yang hanya menunjukkan kesetiaan kosong dan seketika kepada kepentingan rakyat. Walau
apa pun, orang yang berbincang politik dengan Ernesto kemungkinan besar tidak
mempertahankan Perón – mereka berkongsi keraguan Ernesto. Dalam tangan sebelah,
mereka di sekelilingnya yang mendakwa diri mereka sebagai pengawal tradisi revolusioner –
pihak Komunis dan sosialis – merupakan golongan lemah di Argentina pada masa itu.
Mereka enggan bertukar pendapat, korupse dan mempergunakan orang, serta tidak
berprinsip dalam kesediaan mereka untuk membentukkan persekutuan dengan pihak yang
bermusuh dengan kelas pekerja.

Apabila Che mula menyemai hubungan dengan tradisi revolusioner, jauh selepas ini,
pemahamannya mengenai tradisi tersebut menyingkirkan kelas pekerja sebagai ejen
perubahan sosial.
III. Perjalanan di Lebuhraya, Menjelajahi Kaki Langit

Pada bulan Januari dan Februari 1950, semasa cuti musim panas yang panjang, setelah
mengikuti penghijrahan perkauman besar ke Mar del Plata, Ernesto memulakan perjalanan
seorang diri yang memerlukan stamina, keberanian dan keyakinan lebih tinggi daripada apa
yang dibayangkan olehnya; satu perjalanan berkitar sepanjang 4,000 kilometer melintasi dua
belas daerah di Argentina utara. Ia bakal meninggalkan kesan pada dirinya.11

Bapa Che sudah lama tertarik kepada kawasan tropika Paraguay, di mana keluarganya
pernah menetap seketika pada waktu apabila Che masih muda. Tetapi juga terdapatnya
sebuah Argentina yang lebih besar, ke utara dan selatan, yang para penghuni bandar hanya
dapat membayangkan. Che memilih untuk menjelajah ke utara. Ini bukanlah Argentina
bersifat bandar, Eropah dan berkulit putih yang Ernesto telah mengenali sehingga itu, tetapi
kawasan pergunungan miskin lagi terpulau di mana para penduduknya lebih rapat dengan
tradisi peribumi dan sejarah Pergunungan Andes Tinggi berbanding dengan benua Eropah
dari mana berasalnya sebahagian besar daripada penduduk Buenos Aires. Kawasan ini, dan
terutamanya daerah Salta, bakal mempengaruhi kehidupan Che.

Dalam pelbagai cara, sejarah Argentina moden adalah perjuangan di antara bandar pada
pinggir River Plate, yang sentiasa menanam hubungan dengan Eropah, dan kawasan
pedalaman – sebuah kawasan yang memiliki pelbagai lanskap – yang mempunyai hubungan
semulajadi dengan Amerika Latin. Penyelesaian perjuangan ini pada hujung abad ke-19
memastikan yang masa depan kawasan desa akan diikat kepada perdagangan luar, berpusat
di bandar Buenos Aires yang melihat dirinya lebih sebagai sebuah penempatan Eropah
daripada sebuah ibu negara Amerika Latin.

Maka Ernesto bertolak pada bulan Januari 1950 dengan apa yang Taibo menamakan
semangat raidismo – iaitu usaha mencari Lebuhraya 66 mistika yang menuju ke kaki langit.
Kudanya merupakan sebuah motorsikal lama yang dia membina dengan tangannya sendiri.12
Selama enam minggu, dia menjelajah, melawati sebuah pusat rawatan kusta dengan
sahabatnya Alberto, tetapi kemudiannya bergerak ke utara menuju pergunungan Amerika
Latin yang lasak. Perjalanan ini dipenuhi keghairahan:

Saya menyedari bahawa sesuatu yang membesar dalam diri saya buat masa yang lama... telah
menjadi matang; ia adalah kebencian terhadap tamadun, imej karut di mana manusia bergerak
dengan gila mengikut irama bunyi riuh yang berbunyi bagi saya seperti anti-tesis
keamanan.13

Ini bukanlah deklarasi seorang revolusioner, tetapi seorang pemuda ghairah yang ingin
mengenali dunia. Ernesto Guevara didesak oleh apa yang seorang penyair Argentina dari
abad ke-19 menggambarkan sebagai ‘keinginan mencari kaki langit.’ Namun, wawasan
romantiknya mengenai alam semulajadi yang suci bakal digantikan oleh realiti kehidupan
petani di kawasan yang indah tetapi menyusahkan ini.

Dia kembali ke kolej perubatan selepas enam minggu panjang ini. Dia melulusi
peperiksaannya tanpa markah tinggi dan terlibat dalam siri projek membuat wang, termasuk
rekaan sesuatu ubat serangga. Ubat serangga itu akhirnya didapati tidak berkesan, dan
kesemua skima-nya tidak menemui kejayaan. Pada bulan Oktober, dia jatuh cinta dengan
serius tetapi, seperti yang disedari oleh temannya Chichina Ferreyra, ini tidak dapat
menakluki kegemaran Che untuk mengembara.14 Dia sudah merancangkan penjelajahannya
yang seterusnya dengan Alberto.

Ia bermula pada bulan Oktober 1951, apabila dua sahabat itu menaiki motorsikal 500cc yang
diberikan nama La Poderosa – ‘Yang Kuat’ – dan menuju ke Chile. Diari-Diari Motorsikal
menggambarkan perjalanan mereka selama dua bulan ke ibu negara Chile – dan perjalanan
seterusnya tanpa motorsikal, yang menamatkan perjalanan di Santiago, melalui Chile utara,
ke Peru dan akhirnya ke Venezuela.

Seorang penulis biografi menggambarkan perjalanan ini sebagai ‘perjumpaan Amerika oleh
Che.’15 Diari-diari tersebut, sambil ia masih merupakan cerita seorang pemuda yang sedang
mengembara – bergembira, bermeria, mengambil risiko, bergerak dari bandar ke bandar –
juga merupakan rekod kesedaran yang semakin berkembang. Dari Buenos Aire dan Córdoba
sehingga kawasan ini melebihi perjalanan fizikal. Ia juga merupakan perjumpaan dengan
Amerika Latin, dengan masa lalu alternatif, dengan pemberontakan rakyat yang dimiliki oleh
sejarah alternatif itu.

Terdapat beberapa peristiwa penting semasa perjalanan tersebut. Di Chile utara, misalnya,
Che dan Alberto berhadapan dengan lombong-lombong tembaga besar, terkecuali dari
lanskap gurun yang luarbiasa lagi indah, berhabuk dan ganas, dengan jentera besar seperti
mulut mekanikal yang meludah himbunan pasir. Ini merupakan sumber kekayaan dan
matawang asing Chile – namun, apabila Che melihatnya, segala kekayaan ini dimiliki oleh
perusahaan multinasional asing, seperti Kennecott dan Anaconda, yang membeli dan
menjual tembaga tersebut pada pasaran dan pertukaran asing yang mereka menguasai.

Tulisan Che dalam diari-nya bagi hari-hari ini agak kabur, walaupun dia menyedari bahawa
lombong-lombong tersebut merupakan kuburan bagi beribu-ribu pelombong. Seorang
pelombong Komunis tua yang dia menjumpai di sana menerima kehormatan Che, tetapi ia
juga tidak sesuai untuk berkata bahawa kunjungan itu merupakan sesuatu perjalanan ke
Damascus bagi Che, apabila segalanya menjadi jelas bagi dirinya.16 Ulasan Che adalah
menarik dan berpengetahuan, tetapi ia juga adalah kata-kata seorang penyaksi, seorang yang
hanya berkunjung dan mengalami dunia ini buat kali pertama – ingin tahu, tetapi masih
tidak terlibat.

Peru, dalam tangan sebelah, membawa kesan emosi yang kuat. Sambil mereka melintasi
sempadan dari Bolivia ke Peru, Che mengulas dengan keliru mengenai kaum peribumi yang
dia melihat di tepi jalan – ditindas, takut dan terkecuali. Tetapi ia adalah apabila dia tiba di
bandar pergunungan Machu Pichu, 17,000 kaki di atas paras laut di Pergunungan Andes
Tinggi berdekatan dengan Cuzco, yang dia seolah-olah diatasi oleh perasaannya. Sebuah
tapak tentangan Inka terhadap serangan Spanyol, Machu Picchu diabaikan selepas kekalahan
kaum Inka dan dilupai sehingga ia dijumpai oleh seorang ahli kajipurba Harvard pada awal
abad ke-20. Kuil-kuil besar dan teres besar mencontohi gunung – dindingnya, seperti yang
didapati oleh penyerang Spanyol apabila mereka mencuba merobohkannya, dibina untuk
berdiri selama-lamanya.

Terdapat satu gambar Che berdiri di bawah gerbang salah satu kuil di sana. Rekabentuk dan
kuasa tempat ini mempengaruhi dirinya. Pada ketika itu, realiti empayar-empayar pra-
Kolumbia mungkin disedari olehnya – kesedaran mengenai Amerika alternatif itu, yang
sudah lama dilupai, didiamkan dan ditindas. Dalam beberapa petikan dari diarinya, terdapat
rujukan kepada peranan buruk empayar-empayar asing, iaitu empayar Spanyol dan Amerika
Utara, dan mengenai kuasa Indo-Amerika. Sememangnya, dia merupakan seorang
warganegara Argentina dari bandar, yang tidak membawa pengetahuan mendalam
mengenai dunia itu.

Perjalanan mereka diteruskan ke kawasan Amazon, di mana dia dan Alberto mengunjungi
sebuah pusat rawatan kusta dan Che bergelut dengan penyakit asma di sekitar kawasan
hutan rimba, sebelum bergerak ke Venezuela, Miami dan kembali ke tanahair. Perjalanan itu
membawa pelbagai pelajaran baginya. Ia menunjukkan baginya makna menjadi seorang
warga Amerika Latin, dan ia menjadikannya lebih ghairah, ingin tahu, tidak sabar bagi
pemahaman. Sikapnya terdapat apa yang dia melihat di pusat rawatan kusta menunjukkan
seorang insan yang berperikemanusiaan dan murah hati. Mungkin ini merupakan keadaan-
keadaan awal bagi seseorang menyemai sikap revolusioner. Tetapi dengan sendiri, ia tidak
mencukupi. Ahli-ahli revolusioner sememangnya memerlukan perasaan ingin membetulkan
ketidak-adilan, tetapi mereka juga memerlukan wawasan sebuah dunia yang berlainan,
pemahaman mengenai kepentingan kelas dan nilai-nilai yang akan membentukkan dunia
baru itu, dan bagaimana kelas tersebut dapat mengatur diri dan menumbangkan susunan
lama.

Che ingin menjelajah sekali lagi selepas dia kembali ke Argentina, tetapi dia menunduk
kepada tekanan keluarga dan bersetuju untuk menduduki peperiksaan perubatannya.

Dia bekerja siang dan malam di Perpustakaan Kebangsaan di Buenos Aires, dalam usaha
bersedia untuk 15 kertas yang dia perlu melulusi. Pada bulan April 1953, lebih kurang enam
bulan selepas dia kembali dari Miami, Che menelefon ibubapanya untuk memberitahu
mereka bahawa dia kini merupakan seorang doktor – dan untuk memberitahu mereka, pada
masa yang sama, bahawa dia sedang bersedia untuk penjelajahannya yang seterusnya.
Ibunya Celia merungut, ‘Saya tidak akan melihatnya lagi – saya yakin mengenai ini.’
Sebenarnya, dia melihat anaknya sekali lagi, beberapa tahun selepas itu, tetapi keadaannya
sudah berubah secara dramatik.

7hb Julai 1953 merupakan hari gelap lagi basah di stesen keretapi Retiro di Buenos Aires. Che
dan sahabatnya Carlos Calica Ferrer mendapat kerusi, dan mengucap selamat tinggal kepada
Celia. Sambil keretapi mereka bertolak, Che menjerit, ‘Saya akan menjadi seorang pejuang
bagi Amerika Latin.’ Ia bersifat ramalan secara kebetulan – tetapi pada tahap ini, satu-
satunya rancangan yang Che mempunyai adalah untuk berjumpa semula dengan Alberto
dan kembali ke pusat rawatan kusta di Amazon.

Tiga ribu kilometer selepas itu, para pengunjung tersebut tiba di ibu negara Bolivia, La Paz.
Ia merupakan masa luar biasa di Bolivia. Hanya setahun selepas itu, revolusi yang dipimpin
oleh federasi pekerja Bolivia (COB), dan terutama sekali kesatuan pelombong, telah
memberikan kuasa kepada sebuah kerajaan nasionalis baru. Apabila Che tiba di negar itu,
perdebatan mengenai perjalanan dan arah revolusi tersebut masih berlangsung. Di hati
perdebatan itu merupakan idea merampas kekayaan negara – terutamanya kekayaan
lombong-lombong – dan menggunakan keuntungan darinya untuk meningkatkan taraf
kehidupan kaum miskin dan pelombong berbahasa Aymara di Pergunungan Andes Tinggi.
Sememangnya, dua atau tiga individu kaya yang memiliki sumber-sumber timah di Bolivia
telah meraih keuntungan besar – dan melaburkan keuntungan mereka di Eropah dan
Amerika Utara. Pedagang timah paling kaya di Bolivia, Simon Patiño, misalnya, memiliki
syarikat perkapalan P&O dan menetap di sebuah bilik mewah di Hotel Waldorf Astoria di
New York, sambil memiliki rumah-rumah mewah di Paris, Madrid dan tempat-tempat lain.
Apabila revolusi itu akhirnya muncul, para pelombong sudah menjadi letih – tetapi Patiño
tidak pernah memulangkan wang yang diraih dari pengeksploitasian pekerja Bolivia selama
50 tahun.17

Bayangkanlah keadaan pelombong-pelombong pada ketinggian 10,000 kaki atas paras laut,
di kawasan pergunungan Andes yang indah tetapi lasak. Angin sentiasa sejuk, habuk
sentiasa berkitar, dan para pelombong mengalami kemiskinan melampau di kampung-
kampung pergunungan. Apa yang dimiliki oleh mereka dimenangi melalui perjuangan –
dalam permogokan panjang yang sentiasa membawa kematian dan penindasan selepasnya.

Revolusi tahun 1952 dalam beberapa cara merupakan dendam balas sejarah – atau ia
sepatutnya menjadi itu. Tetapi pemimpin-pemimpin gerakan pekerja memasuki siri
persekutuan dengan ahli-ahli politik nasionalis yang membawa proses itu berjauhan dari
tuntutan dan kepentingan para pekerja Bolivia. Apabila, 15 tahun selepas itu, Che kembali ke
Bolivia di bawah keadaan yang sangat berbeza, para pelombong masih berjuang.

Namun, pada tahun 1953, sambil dia menyedari ketegangan di negara itu, Che masih
menggambarkan dirinya (dalam surat kepada bapanya) sebagai seorang ‘penyaksi tidak
berat sebelah.’ Dia merupakan seorang pemerhati baik, tertarik dengan apa yang berlaku di
sekelilingnya, tetapi lebih bersedia untuk menulis karya panjang mengenai
pengembaraannya atau butir-butir kejuruteraan lombong daripada bidang politik. Dalam
surat kepada Tita Infante, seorang sahabat di Argentina, dia sememangnya menggambarkan
keadaan politik – imbangan kuasa-kuasa yang tidak stabil di kalangan desas-desus mengenai
kontra-revolusi.18 Dan dia menjadi marah dengan layanan buruk dan rasis terhadap kaum
peribumi yang bersabar di luar Kementerian Urusan Petani.

Dia memerhati, dia tertarik dan ingin tahu, tetapi dia masih berjauhan. Dalam diari dari
perjalannya kedua yang baru diterbitkam, Che jarang membincangkan apa yang jelasnya
merupakan salah satu peristiwa politik paling penting semasa perjalanannya (revolusi di
persimpangan jalan). Sebaliknya, dia seolah-olah ingin meninggalkan Bolivia dan kembali ke
bandar-bandar Inca di Peru yang dia pernah menunjungi.

Di dataran Andes, Ernesto dan Carlos berlayar pada Tasik Titicaca dan melintasi sempadan
Bolivia-Peru di bandar Puno yang sejuk dan kecil. Pegawai kastam merampas beberapa buku
(sebuah penerbitan kerajaan Bolivia dan senaskah Lelaki di Kesatuan Soviet) sebelum
membenarkan mereka bertolak ke Cuzco, bandar utama Inka yang menarik perhatian Che
semasa perjalannya yang pertama. Dari sana, mereka bertolak ke Lima, iaitu ibu bandar Peru,
di mana Che berjumpa sekali lagi dengan Hugo Pesce, seorang doktor Komunis yang,
menurut dedikasi yang diberikan kepadanya dalam Perang Gerila, ‘mendorong perubahan
besar dalam sikap saya terhadap kehidupan dan masyarakat.’

Perjalanan itu berterusan dan para penjelajah itu mengambil keputusan untuk bertolak ke
Guatemala, di Amerika Tengah. Perjalanan itu juga bakal menjadi titik perubahan daam
kehidupan Che. Guatemala juga sedang mengalami proses kebangkitan dan perubahan
sosial. Ahli-ahli biografi dan para pengulas telah mencadangkan bahawa inilah mengapa Che
bertolak ke sana – bahawa dia ingin mencari revolusi. Tetapi tidak terdapatnya bukti untuk
menyokong idea tersebut. Ia merupakan, pada tahap itu, hanya fasa baru dalam
perjalanannya. Tetapi ia tidak dapat dinafikan bahawa selepas Guatemala, perjalanannya akan
mengambil makna baru dan tujuan yang sangat berbeza.
IV. Republik Pisang

Sebelum Guatemala, perjalanan warga Argentina itu memang penting, tetapi hanya dari segi
emosi dan budaya. Kini, Ernesto Guevara bakal mengalami perubahan politik benar...
Jelasnya, Guevara tiba dengan beban ideologi berat dalam beg-nya, tetapi dia bakal
meninggalkan Guatemala dengan peti-peti yang penuh dengan idea, kesukaan, kebenciaan
dan pentafsiran.19

Seorang ahli biografi lain berkata:

Apabila dia tiba di Guatemala, Ernesto seolah-olah melalui perubahan politik – atau sekurang-
kurangnya dia berusaha untuk mengalami sesuatu perubahan politik.20

Dari satu segi, ini hanyalah spekulasi berdasarkan apa yang bakal berlaku. Apa yang tidak
dapat dinafikan adalah bahawa Guevara meninggalkan Guatemala lapan bulan selepas
ketibannya sebagai seorang yang berza.

Sememangnya, dia memiliki pandangan dan sikap politik sebelum dia tiba di Bandar
Guatemala pada bulan Disember 1953. Anderson sangat mementingkan nota yang Che
menambah kepada diari-nya sebagai nota tambahan.21 Ia menggambarkan perbincangan
dengan seorang revolusioner tidak bernama yang meramalkan kematian Guevara, walaupun
dalam cara yang sangat kabur. Ia merupakan sesuatu nota retorik, agak melodramatik dan
penuh dengan impian kewiraan revolusioner dan bahasa pengorbanan dan kematian. Ia
bukanlah sesuatu dokumen politik, tetapi ia mencadangkan sesuatu idea kewiraan dan sifat
dramatik yang mengalir dalam tulisan-tulisan lain dan pemikiran Che Guevara.

Di Peru, dia berhadapan, di kubu Inka di Machu Picchu, dengan kebesaran Amerika
peribumi dan kebinasaan yang dibawa oleh penyerang dari Spanyol, iaitu imperialis
pertama. Di Bolivia, dia melihat rasisme dan semangat perjuangan pada wajah para
pelombong. Dia meluahkan kebenciannya dengan ahli-ahli politik oportunistik yang
mempergunakan rakyat – orang seperti Juan Lechín, pemimpin kongres kesatuan-kesatuan
pekerja Bolivia. Mereka mungkin mengingatkannya mengenai Juan Perón yang licin dan
oportunistik.

Namun, sebelum ketibaannya di Guatemala, tidak terdapatnya bukti dalam tulisannya atau
memori orang lain mengenainya bahawa Che merasai apa-apa kesetiaan perbadi bagi tujuan
kebebasan, atau melihat ruang bagi dirinya dalam perjuangan politik. Ini bukanlah untuk
meragui kesetiaan revolusioner Che selepas itu, tetapi hanya untuk menunjukkan bahawa
ahli-ahli revolusioner tidak dilahirkan begitu sahaja, mereka tidak berada di atas orang biasa.
Orang menjadi revolusioner sambil melihat dunia sebenar, memahami keperluan perubahan
dan mengenalpasti kuasa-kuasa yang dapat membawa perubahan itu.

Guatemala pada tahun 1953 masih merupakan negara peribumi – 60 peratus daripada
penduduknya mempunyai hubungan dengan moyang dari tamadun Maya yang menguasai
Meksiko dan Amerika Tengah beberapa abad sebelum ketibaan pihak Spanyol. Tentangan
Maya di Guatemala terhadap kolonialisme tidak berakhir sepenuhnya sehingga pertengahan
abad ke-17, dan perjuangan defensif oleh masyarakat Maya terus berlaku menentang
serangan dan penindasan oleh tuan-tuan tanah kolonial, iaitu golongan elit berkulit putih
yang terus menguasai tanah dan kekayaan negara itu selepas peninggalan Spanyol.

Sebuah ekonomi kopi sepanjang abad ke-19, pertumbuhan pasaran Amerika Syarikat (AS)
bagi pisang dan kopi, yang bertumbuh dengan baik dalam tanah subur Guatemala,
membawa syarikat-syarikat AS ke negara tersebut. Dalam 40 tahun pertama pada abad ke-20,
sejarah Guatemala adalah sejarah satu syarikat Amerika Utara, iaitu United Fruit, dan
pengasas serta pemiliknya, Sam Zemurray.22
Beberapa pemerintahan diktator ketenteraan telah mengekalkan ikatan Guatemala dengan
tuntutan-tuntutan Syarikat United Fruit. Menjelang awal tahun 1940-an, di bawah
kepimpinan Jeneral Jorge Ubico, lebih kurang 40 peratus daripada tanah Guatemala berada
di bawah syarikat tersebut, yang dikenali di seluruh Amerika Tengah sebagai La Yunai.
Kemudian, pada tahun 1944, sebuah kerajaan baru di bawah Rafael Arévalo mengumumkan
rancangan reformasi. Maklumlah, Presiden Franklin Roosevelt telah mengumumkan
kesetiaan AS kepada ‘empat kebebasan demokratik bersempena dengan akhir Perang Dunia
Kedua. Jurang besar di antara kaum kaya dan miskin di Guatemala, dan penguasaan
ekonomi-nya oleh sebuah syarikat asing, jelasnya menjadikannya calon baik bagi perubahan
demokratik.

Kunci kepada rancangan Arévalo, secara logik, merupakan reformasi tanah – pengagihan
semula harta United Fruit di kalangan masyarakat-masyarakat tidak bertanah – bersama
dengan rancangan-rancangan sosial yang meliputi hak-hak kesatuan pekerja dan rancangan
pendidikan popular. Pilihanraya pada tahun 1951 memberikan kuasa kepada seorang
pegawai tentera muda yang pernah berkhidmat di bawah Arévalo – Jacobo Arbenz – untuk
menyempurnakan rancangan tersebut. Pada tahun 1952, dia menandatangani perintah
reformasi tanah yang menasionalisasikan tanah United Fruit dan tuan-tuan tanah utama.

Ia adalah penting untuk menekan bahawa Arbenz bukanlah seorang revolusioner. Dari satu
segi, projeknya merupakan modenisasi ekonomi di bawah kerajaan Guatemala yang mampu
mengawal dan menentukan pengagihan sumber-sumbernya. Tetapi proses reformasi
sederhana yang dia membenarkan telah melepaskan kuasa-kuasa lain yang tidak mudah
dikawal. Pertubuhan-pertubuhan pekerja, terutamanya pekerja desa dan petani,
menggenggam peluang untuk memastikan yang perubahan-perubahan tersebut berlaku.
Maka, proses tersebut diumumkan dari atas tetapi didesak dari bawah.

Sememangnya, di AS, keadaan tersebut dilihat dengan perasaan terkejut dan marah. Ini
merupakan zaman Perang Dingin, iaitu kesan pembahagian dunia di antara dua zon kuasa –
blok Soviet, dengan Kesatuan Soviet di hatinya, dan AS, kuasa yang lebih besar dan
berkuasa. Mereka dibahagikan oleh apa yang dinamakan oleh Churchill sebagai ‘Tabir Besi’ –
garisan pembahagian yang bersifat ketenteraan, politik dan ideologi. Dalam atmosfera ini,
segala usaha perubahan sosial disifatkan sebagai Komunisme – pengaruh menjalar Soviet.
Dan ini pula memunasabahkan campur tangan ketenteraan oleh AS – seperti yang sudah
berlaku di beberepa tempat di dunia.

Maka, reformasi-reformasi di Guatemala dihuraikan di Washington sebagai ancaman


Komunis di kebunnya sendiri. Secara kebetulan, beberapa tokoh penting dalam kerajaan
Washington terlibat secara rapat dengan Syarikat United Fruit – antara mereka, John Foster
Dulles, Setiausaha Kerajaan, dan adiknya, Allen Dulles, ketua CIA. Mereka berkongsi
kebencian terhadap kerajaan Guatemala dengan tuan-tuan tanah kaya di Guatemala sendiri
dan dengan pemerintah-pemerintah diktator di negara-negara Amerika Tengah seperti El
Salvador, Honduras dan Nikaragua. Bersama-sama, mereka mengatur penumbangan
Arbenz, yang bakal dipimpin oleh sebuah kuasa ketenteraan biayaan AS, di bawah Carlos
Castillo Armas.23

Che tiba di Bandar Guatemala, iaitu ibu negara, hanya enam bulan sebelum penumbangan
Arbenz. Konfrontrasi dan konflik benar berkembang di kawasan desa, tetapi atmosfera di ibu
negara juga tegang, terutamanya kerana sayap kiri Amerika Latin mempunyai tapak besar di
sana. Pihak sosialis dan revolusioner tiba di Guatemala dari seluruh benua – beberapa kerana
mereka dibuang negara, yang lain kerana mereka ingin melihat bagaimana proses tersebut
akan berkembang.

Sebab-sebab Che untuk berada di sana agak keliru, tetapi ia tidak dapat dinafikan bahawa
dia menjadi semakin sedar dari segi politik. Sesuatu sifat anti-imperialisme yang dia sudah
meluahkan dari segi umum kini menjadi kukuh sambil dia menyaksikan persediaan AS
untuk menumbangkan Arbenz. Washington jelasnya bekerjasama dengan Syarikat United
Fruit. Ia juga jelas bahawa apa-apa reformasi atau pembaikan yang membawa kesan bagi
kepentingan AS akan dikutuk sebagai campur tangan Soviet. Menulis kepada ibu
saudaranya, Beatriz, dari Guatemala, Che mengumumkan, ‘Saya telah mengambil pendirian
kukuh di sisi kerajaan Guatemala dan dengan PGT Komunis.’24 Dalam cara lain, juga, di
meluahkan hubungan romantik dengan Rusia – kemungkinan besar sesuatu sisa dari
hubungannya dengan pihak Komunis Argentina melalui ibunya.

Pada tahap yang agak asas, kedegilan AS menggalakkan perasaan naluri Che bahawa tidak
terdapatnya alternatif melainkan perjuangan bersenjata. Apabila rampasan kuasa itu berlaku,
Bandar Guatemala diserang dari udara selama seminggu, dan tentangan bersenjata tidaklah
mendalam. Sebab-sebab mengapa ini berlaku masih dipertikaikan. Namun, penjelasan paling
baik adalah bahawa, apabila Arbenz enggan menyenjatakan pekerja, harapan tentangan
menjadi semakin pudar. Dia meletak jawatan hanya seminggu selepas serangan udara
pertama, yang digabungkan dengan serangan oleh pasukan-pasukan tentera dari Honduras,
sebuah negara jiran.

Rampasan kuasa tersebut bukanlah sesuatu yang tidak diramalkan. Pada 2hb Februari, Che
telah menulis kepada bapanya untuk berkata bahawa sesuatu serangan bakal berlaku pada
bila-bila masa. Menjelang akhir bulan itu, beberapa pihak telah meninggalkan negara itu
kerana meramalkan serangan. Pada bulan Mac, Mesyuarat Inter-Amerika yang dikuasai oleh
sahabat-sahabat Washington meluluskan resolusi yang mengancam mana-mana negara yang
mewakili ‘ancaman hemisfera’ – rujukan jelas dan secara langsung kepada Guatemala.
Kuasa-kuasa semakin berkumpul, dan ia jelasnya dilihat oleh semua orang. Namun, Che
memilih masa ini untuk mengunjungi tapak-tapak kajipurba di El Salvador dan Honduras.
Apabila dia kembali ke Guatemala pada hujung bulan Mei, ketegangan dapat dirasai dalam
udara. Semua orang sedar bahawa serangan bakal berlaku.

Ahli-ahli sejarah ‘rasmi’ yang mengkaji kehidupan Che, terutamanya di Kuba, telah
mendakwa bahawa dia terlibat, secara politik dan ketenteraan, dalam persediaan tentangan.
Tetapi tidak terdapatnya bukti untuk menyokong cadangan ini. Lencongannya pada bulan
Mei mencadangkan bahawa dia tidak merasai dirinya terlibat, dan hanya beberapa minggu
sebelum itu dia meluahkan keinginan untuk meninggalkan negara itu kerana dia tidak dapat
mencari pekerjaan. Ia merupakan gabungan kekurangan wang dan apa yang kelihatan
seperti tawaran pekerjaaan yang menukar rancangannya.

Pada masa yang sama, dia jelasnya risau dan sedar akan apa yang berlaku pada minggu-
minggu tersebut. Pada tahap yang lebih abstrak, pendidikan politik-nya bergerak dalam arah
baru. Pihak Amerika Latin yang dia menjumpai dan bergaul dengan sejak ketibaannya di
Guatemala semuanya terlibat dalam bidang politik. Dan dia juga semakin terpikat dengan
seorang aktivis politik dari Peru, Hilda Gadea, yang dari beberapa segi menjadi penasihat
politik baginya. Hubungan peribadi mereka kurang jelas. Dia membantu dan
menyokongnya, memperkenalkan dia kepada sahabat dan hubungan baru, dan menjelajahi
pelbagai idea revolusioner dengan dia. Gadea bukanlah seperti kebanyakan pemudi yang
Che biasanya terpikat dengan – dan mungkin ia adalah sesuai, akhirnya, untuk mengakui
bahawa ini lebih merupakan persahabatan dan bukannya perluahan hasrat seksual. Namun
demikian, sehingga ketibaannya di Kuba, Hilda menjadi pengaruh politik yang penting:

Penetapan Che di negara Maya bukanlah masa perasaan nasfu, tetapi masa pembangunan
politik.25

Unsur-unsur ini – sesuatu imperialisme mendalam, kesedaran yang semakin membangun


akan idea-idea Marxsis dan sosialis, sisa-sisa kesetiaan kepada Kesatuan Soviet, ketidak-
sabaran dengan korupse – menjadi semakin jelas di Guatemala. Namun, ia tidak
membawanya menuju apa-apa peranan tetap semasa hari-hari rampasan kuasa – dia
mendaftar sebagai doktor bagi para pejuang, tetapi dia tidak mempunyai peluang untuk
menyertai perjuangan tersebut.

Diari-nya pada masa itu meluahkan kekecewaan serta kesusahan memahami peristiwa-
peristiwa yang berlaku. Pada 20hb Jun 1954, dia memberitahi ibunya, ‘Semangat rakyat
sangatlah tinggi. Terdapatnya iklim perjuangan benar.’ Menulis tiga hari selepas itu, selepas
perletakan jawatan Arbenz, dia memberitahu ibunya bahawa ‘air sejuk telah dituang pada
semua mereka yang menghormati Guatemala.’ Dia sedar bahawa ia adalah Washington dan
sekutu-sekutu mereka yang bertanggungjawab bagi apa yang berlaku.

Mempertimbangkan kelajuan peristiwa-peristiwa ini, dia sekali lagi menulis kepada Celia
pada 4hb Julai:

Ia merupakan mimpi indah yang anda enggan meninggalkan... Sekali lagi, hukumnya
dibuktikan bahawa pembubaran angkatan tentera adalah prinsip demokrasi benar...
Kebenarannya adalah bahawa Arbenz tidak menyedari cara untuk menggunakan keadaan
ini.26

Che juga memerhati bahawa kepimpinan gerakan politik dari bawah, dan terutamanya Parti
Komunis Guatemala, gagal memberikan kepimpinan apabila tibanya masa – kerana mereka
juga menerima kewajiban untuk mengikut Arbenz.

Namun, Che tidak mengkaji isu-isu ini dengan mendalam. Kekurangan senjata dan
kesediaan ketenteraan, bagi dirinya, merupakan isu utama:

Dia dapat memberikan senjata kepada rakyat, tetapi dia enggan berbuat sedemikian... Kini
kita melihat hasilnya.27

Pada permukaannya, itu merupakan isu utama – dan isu yang diutarakan oleh Che dalam
perbincangan dan perdebatan dengan sahabat-sahabatnya. Hilda melaporkan bahawa Che
menjadi semakin ghairah apabila melihat pembentangan proses tersebut dari jawatan
sementera di hospital – dan tidak dapat melakukan apa-apa. Ia sangatlah mengecewakan dan
susah. Apabila kerajaan ketenteraan baru di bawah Castillo Armas merampas kuasa,
penindasan menjadi semakin ganas. Terdapatnya hampir 700 warga Amerika Latin di
Guatemala yang terlibat dengan apa yang mereka membayangkan sebagai eksperiman
politik radikal. Kini ramai daripada mereka melarikan diri, sambil yang lain mencari
perlindungan di kedutaan masing-masing.

Latarbelakang Hilda menjadikannya sasaran baik, tetapi tidak tidak dapat meninggalkan
Guatemala tanpa visa. Che akhirnya mencari perlindungan di kedutaan Argentina. Diari-nya
menggambarkan kebosanannya dan jangkitan penyakit asma. Untuk melalui masa, dia
melukis potret sahabat-sahabatnya. Dia mengetepikan beberapa daripada mereka kerana
kekurangan pendidikan politik mereka, tetapi Ricardo Ramírez, yang bakal menjadi tokoh
penting dalam perjuangan bersenjata Guatemala, meninggalkan kesan pada dirinya.28

Ia adalah jelas bahawa Che kini menganggap dirinya sebagai seorang komunis – misalnya,
dia mengutuk salah seorang pelarian yang berlindung di kedutaan Argentina, yang dia
menggambarkan sebagai:

Seorang insan yang tidak bijaksana, dia hanya mampu menyedari bahawa satu-satunya jalan
sesuai bagi kelas pekerja adalah komunisme.29

Namun, demikianm tulisan-tulisannya pada masa ini tidak menunjukkan bahawa dia
mempertimbangkan persoalan pengaturan, pendidikan dan kesedaran yang mengalir dari
pertimbangan seorang komunis. Satu-satunya isu yang dia mengutarakan apabila dia
mengkaji rampasan kuasa tersebut adalah persoalan senjata. Namun, jika rakyat Guatemala
diberikan senjata tanpa pengaturan politik untuk menentukan ila dan bagaimana ia patut
digunakan, hasilnya kemungkinan besar akan membawa padah seperti selepas
penumbangan Arbenz. Dan sebab mengapa senjata tidak diagihkan bukanlah kerana
kelemahan Arbenz sendiri, tetapi kerana parti-parti yang berada dalam kedudukan untuk
memimpin perjuangan tersebut tidak bersedia.

Pada tahap ini dalam kehidupannya. Che tidak memberikan tanda bahawa isu-isu ini
mementingkannya. Satu-satunya benda yang pasti adalah bahawa dia akan meninggalkan
Guatelama – ia tidak lagi selamat bagi seorang warga asing yang menaruh simpati bagi
Arbenz untuk kekal di Guatemala. Namun, dia enggan kembali ke Argentina dan akhirnya
berpindah ke Meksiko bagi apa yang dia menghuraikan sebagai ‘tahap seterusnya dalam
pengembaraan saya.’

Pengembaraannya sehingga itu menjadi persediaan bagi ketika apabila Ernesto Guevara
diubah menjadi El Che. Fasa berikutnya menandakan jalan yang baru dan sangat berbeza
bagi dirinya.
V. Dimensi Kuba

Kebanyakan daripada mereka yang dibuang negara dari Guatemala sudah berpindah ke
Meksiko. Semasa Perang Saudara Spanyol, kerajaan Meksiko telah mengalu-alukan pelarian
Republikan Spanyol. Walaupun ia dikuasai oleh sebuah presidensi korupse dan zalim (yang
dilantik), Meksiko berjaya mengekalkan reputasi sebagai tempat perlindungan bagi pelarian
politik – dan bukan sahaja dari Guatemala. Di kalangan mereka yang berjaya mencari
perlindungan di Meksiko merupakan beberapa warga Kuba.

Ini berlaku pada hujung bulan September 1954, dan Che sedang bergerak menuju Bandar
Meksiko. Dia hanya mempunyai seorang sahabat di sana – seorang penyair tua yang bekerja
dalam industri filem. Tetapi satu-satunya pengalaman Che dengan industri filem merupakan
perjumpaan dengan seorang pelarian dari Spanyol yang memberikannya sebuah kamera
agar dia dapat mengambil gambar keluarga-keluarga dan kekasih yang berjalan-jalan di
Taman Chapultepec. Kepada ini, dia menambah pekerjaan di sebuah klinik dan perjumpaan
kebetulan yang membawa kerja di sebuah agensi berita.

Che hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apabila Hilda tiba di Bandar
Meksiko, Che masih belum berjaya mencari tempat tinggal tetap, dan mereka berjumpa
beberapa kali seminggu di hotel atau tempat makan. Che ingin berkahwin dengan Hilda
yang hamil, dan mereka bakal kahwin kemudian, tetapi Hilda lebih berwaspada. Dia
mungkin sedar bahawa lelaki tampan ini, yang menggemari hubungan-hubungan singkat,
akan menjadi seorang teman yang susah. Tetapi dari segi politik, dia masih menjadi titik
rujukan bagi Che, walaupun di Bandar Meksiko, Che membuat persahabatan baru atau
memperbaharui persahabatan lama. Salah seorang sahabat lama, Ñico López, berbincang
dengannya mengenai tentangan bersenjata di Kuba. Ia bakal menjadi perbincangan penting.

Che kini bergerak dalam bulatan-bulatan politik, dan surat-surat kepada keluarganya
meluahkan perasaan marah dengan kuasa imperialis di utara, sesuatu perasaan yang
dilahirkan oleh apa yang dilihat di Guatemala. Namun, dia secara asasnya masih merupakan
seorang pengembara, seorang insan dengan pelbagai rancangan penjelajahan dan tentangan
terhadap apa-apa disiplin kolektif. Dalam surat kepada ibunya, dia menulis:

Pihak Komunis [Guatemala] patut diberikan kehormatan dan lambat-laun saya akan
menyertai parti tersebut; paling sekali, apa yang tidak membenarkan saya menyertai mereka
pada masa ini adalah fakta bahawa saya masih mempunyai keinginan besar untuk
mengunjungi Eropah dan saya tidak sanggup ditakluki oleh disiplin besi.30

Menjelang bulan November 1954, sekurang-kurangnya dari sudut pandangannya sendiri,


Che telah melintasi garisan penting. Dia belum lagi menjadi seorang revolusioner sepenuh
masa, dan dia belum memiliki kesedaran jelas mengenai apa yang diperlukan dari seorang
revolusioner. Dia jarang sekali berbincang mengenai strategi dan taktik. Namun, kesetiaan
peribadinya sudah mencapai tahap tinggi, dan dia semakin mengajukan wawasan mengenai
cara kehidupannya mungkin dibentangkan.

Pada awal tahun 1955, Che mempunyai beberapa pekerjaan, dan semakin bergaul dengan
pelarian dari Kuba. Beberapa penulis mencadangkan bahawa mereka kurang menyemai
mimpi kosong dan perbincangan nostalgia berbanding dengan pelarian Amerika Latin yang
lain. Ini adalah pentafsiran yang kurang baik, kerana ramai daripada mereka akhirnya
berjuang dan meninggal dunia demi keadilan di Amerika Latin. Tetapi ia jelasnya benar
bahawa pihak Kuba itu lebih teratur dan terlibat secara langsung dengan keadaan di tanahair
mereka. Dan walaupun mata Che masih terpaku pada Eropah, pihak Kuba itu kini
meyakinkan dia bahawa Kuba patut diberikan kepentingan dalam rancangan masa
depannya.
Pada 26hb Julai 1953, sebuah kumpulan bersenjata telah menyerang berek Moncada di Kuba.
Serangan itu menemui kegagalan, dan beberapa ahli yang terlibat dibunuh. Yang lain,
terutamanya pemimpin kumpulan tersebut, Fidel Castro, ditahan. Setahun sebelum itu, lelaki
yang menguasai politik Kuba sejak tahun 1930-an – Fulgencio Batista – telah merampas kuasa
dan membatalkan pilihanraya. Bagi Castro, ia merupakan petanda bahawa perubahan
demokratik tidak mungkin berlaku di Kuba. Batista disokong oleh AS, yang menganggapnya
sebagai hubungan penting dalam rantai rejim-rejim anti-Komunis yang ia mendirikan atau
mendorong di Amerika Latin. Apa yang Presiden Roosevelt berkata mengenai Somoza,
pemerintah Nikaragua, juga dapat dikatakan mengenai Batista: ‘Dia memang anak anjing,
tetapi sekurang-kurangnya dia anak anjing kami.’

Kuba merupakan koloni Spanyol terakhir di benua Amerika. Ia mencapai kemerdekaan pada
tahun 1898 selepas peperangan selama tiga tahun. Tetapi kemerdekaan benar tidak
berlangsung buat masa yang lama. Peperangan ini masih dirujuk kepada di AS sebagai
Perang Spanyol-Amerika. Kehadiran askar AS di pulau itu, dan peranan mereka dalam
kekalahan Spanyol, membentukkan kemerdekaan Kuba dalam cara yang tidak dapat
dibayangkan oleh José Martí, iaitu pemimpin perjuangan Kuba menentang kolonialisme
yang dibunuh pada tahun 1895, pada permulaan perang kemerdekaan kedua.

Menggunakan alat yang bakal menjadi kebiasaan bagi AS dalam hubungannya dengan
dunia, Washington mencampur tangan secara langsung dalam urusan Kuba dengan alasan
bahawa ia sedang mempertahankan ‘kepentingan warganegara AS.’ Letupan pada kapal laut
USS Maine sewaktu ia berada di pelabuhan Havana memberikan alasan bagi Pemindaan Platt
1901 – fasal yang diselitkan dalam perlembagaan Kuba yang membenarkan AS untuk
bertindak pada tanah Kuba apabila kepentingannya diancam. Tambahan pula, Teluk
Guantanamo disewa selama 99 tahun sebagai pangkalan laut Tentera Laut AS. Washington
memilih ketua bank nasional, perkhidmatan kastam dan polis. Ia merupakan langkah awal
dalam usaha memasukkan Kuba ke dalam sfera ekonomi AS – sebagai pembekal gula yang
menjadi penting sebagai salah satu komponen makanan bagi penduduk bandar, dan sebagai
pasaran bagi barangan AS.

Kuba bergerak licin dari sebuah negara kolonialisasi menuju negara neo-kolonialisasi. Dalam
tiga tahun pertama selepas kemerdekaan, lebih 13,000 ahli spekulasi tanah dan pelabur tiba
dari AS dan membeli lebih kurang 60 peratus daripada tanah.31

Kapital AS mengukuhkan penguasaannya ke atas ekonomi Kuba. Harga gula sangatlah


tinggi dalam tiga tahun sehingga 1920. Semakin banyak kawasan diberikan kepada
penanaman gula, dan semakin banyak pelaburan disumbangkan kepada industri tersebut.
Kemudian, harganya runtuh dam kebanyakan pengeluar tempatan yang besar menjadi
muflis. Tanah mereka dijual kepada firma-firma AS, sehingga mereka ini memiliki
sebahagian besar daripada ladang gula Kuba dan mengimport kebanyakan daripada gulanya
menjelang tahun 1921.32

Kemerosotan ekonomi AS pada tahun 1929 dan Kemelesatan Besar yang mengikutinya
menampar Kuba dengan kuat. Sambil taraf kehidup merosot dan pengangguran meningkat
akibat pembatalan eksport gula, perasaan tidak puas hati menentang rejim Machado yang
korupse semakin bertumbuh. Pada tahun 1933, perasaan itu meletup dalam siri
pemberontakan, permogokan dan demonstrasi yang menumbangkan Machado. Dalam ribut
pemberontakan dan perjuangan ini, soviet-soviet pekerja ditubuhkan seketika di bawah
kepimpinan Komunis. Para pelajar, dipimpin oleh ahli-ahli Directorio Revolucionario, atau
Direktorat Revolusioner, memainkan peranan utama – sehingga pemimpin pegawai-pegawai
tentera, anak seorang pemotong tebu, Fulgencio Batista, mengarah para pelajar untuk
menamakan presiden negara yang baru. Pilihan mereka, seorang profesor universiti bernama
Grau San Martín, memperkenalkan hari bekerja lapan jam, membatalkan Pemindaan Platt
dan mengumumkan rancangan untuk menasionalisasikan industri elektrik.
Tetapi republik baru ini hanya wujud selama beberapa bulan, seperti yang dijangka oleh
Batista. Kerajaan baru itu ditumbangkan oleh pemberontakan pegawai-pegawai tentera –
sesuatu pemberontakan sarjan di bawah Batista – yang menerima sokongan tersirat dari
kerajaan AS.

Ia hanyalah tahun 1940 sebelum Batista sendiri menjadi presiden, walaupun dia sudah
memerintah sejak tahun 1934 dari sebalik takhta presiden. Apabila dia merampas kuasa, ia
berlaku dengan sokongan Parti Komunis Kuba, atau PSP. Ini mungkin kelihatan seperti
perkahwinan aneh, terutamanya kerana pengaruh Parti Komunis telah bertumbuh pada
zaman pergolakan sosial dan pemberontakan pada tahun 1933 yang diakhiri secara pra-
matang oleh pemberontakan sarjan tersebut. Pemberontakan itu meluahkan tuntutan agar
penguasaan ekonomi dan kerajaan Kuba oleh AS diakhiri, tetapi ia enggan memberi tekanan
bagi revolusi sosial yang sudah diletak pada agenda oleh pemberontakan 1933. Ia hanyalah
kebebasan kemerdekaan yang sarjan-sarjan tersebut menuntut pada ketika-ketika radikal
mereka, bukannya penubuhan kuasa pekerja.

Namun, menjelang tahun 1940, keadaan tersebut telah berubah dari beberapa segi penting.
Parti-parti Komunis di seluruh dunia memulakan polisi kerjasama dengan pihak liberal,
radikal, dan malah pihak konservatif dalam apa yang dikenali sebagai barisan-barisan
popular. Strategi ini bukanlah hasil daripada keadaan-keadaan tertentu di sesebuah negara,
tetapi dihasilkan oleh keinginan Kesatuan Soviet membina sebuah persekutuan antarabangsa
menentang Nazisme dan meninggalkan pemulauannya apabila berhadapan dengan
perluasan Jerman. Ini bermakna mereka terpaksa mencari isu sependapat dengan pelbagai
kuasa sosial yang sebenarnya bermusuh dengan wawasan sosialisme dan komunisme –
tetapi yang mungkin bersetuju dengan dasar anti-fasis. Stalin, ketua Kesatuan Soviet, dan
sekutu-sekutu Komunis di seluruh dunia bersedia membayar kos barisan popular ini jika ia
mengurangkan pemulauan dan kelemahan Rusia. Tetapi kos politiknya sangatlah tinggi dan
kesan-kesannya sangatlah luas dan berpanjangan, kerana ia memerlukan pengabaian
perjuangan untuk menggantikan kapitalisme dengan sistem sosialis yang lebih demokratik.
Di Spanyol, misalnya, kesannya adalah bahawa Parti Komunis menentang perkembangan
balasan revolusioner terhadap kebangkitan fasis pada tahun 1936 dan sebaliknya memberi
sokongan kepada persekutuan parti-parti tengah dan sayap kanan, di mana satu-satunya ciri
bersama mereka merupakan ketakutan terhadap revolusi pekerja.33

Perkahwinan aneh di antara Batista dan PSP merupakan hasil desakan politik ini. Pihak
Komunis Kuba dipengaruhi (kerana sebab-sebab jelas) oleh Parti Komunis AS, di mana
pemimpinnya, Earl Browder, merupakan seorang penyokong polisi barisan popular.34 Pada
hujung tahun 1930-an, AS, di bawah pemerintahan Franklin Roosevelt, sedang pulih dari
zaman Kemelesetan melalui siri projek kerajaan, seperti pembinaan Empangan Lembah
Tennessee. Perjanjian Baru Roosevelt bertutur dalam bahasa perlibatan sosial dan pembinaan
(atau pembinaan semula) negara. Ia seolah-olah menjadi sebuah barisan popular, dan
Browder, dalam keghairahan untuk menumbuhkan sebuah persekutuan, mencadangkan
pembubaran Parti Komunis. Polisi kerjasama melampau ini akhirnya dikenali sebagai
Browderisme. Pihak Komunis Kuba pula berusaha untuk menunjukkan tanda-tanda
kedamaian dan berusaha mencari persekutuan dengan kuasa-kuasa sayap kanan.

Hadiah mereka merupakan perlibatan dua menteri Komunis dalam kabinet Batista – Juan
Marinello, pemimpin parti, dan Carlos Rafael Rodríguez, seorang ahli Komunis berusia 30
tahun yang bakal memainkan peranan penting dalam politik Kuba setengah abad selepas itu.
Dari satu segi, perlibatan mereka dalam kerajaan membawa parti tersebut sesuatu
perkongsian kuasa. Pihak Komunis sangatlah penting bagi pertumbuhan kesatuan-kesatuan
pekerja militan pada tahun 1930-an – kini mereka melontar pengaruh itu di belakang
kerajaan persekutuan. Terdapat beberapa kebaikan: kementerian tenaga pekerja bersetuju
dengan beberapa konsesi kepada kesatuan-kesatuan pekerja besar sebagai ganti bagi
sokongan mereka. Tetapi pihak Komunis dalam kerajaan memenuhi peranan yang sangat
berbeza daripada mereka yang memimpin perjuangan-perjuangan kelas pekerja hanya
beberapa tahun sebelum itu. Dari kedudukan mereka dalam kerajaan, mereka menjadi alat
untuk mendamaikan kepentingan kerajaan dan pekerja, dan ini hanya menumpulkan
kemampuan pertubuhan-pertubuhan pekerja untuk bertindak secara bebas daripada kerajaan.

Batista diikuti ke dalam istana presiden oleh Gra San Martín (pada tahun 1944) dan
kemudiannya oleh Prío Socarrás (pada tahun 1948) yang korupse. Pihak Komunis juga
menyokong kerajaan Grau. Namun, pada tahun 1947, sekutu mereka itu mula menyerang.
Maklumlah, Perang Dunia Kedua sudah berakhir dan di dunia paska-peperangan, AS dan
Kesatuan Soviet menjadi empayar-empayar bermusuh yang terkunci dalam Perang Dingin.
Persekutuan semasa peperangan digantikan oleh iklim konflik dan konfrontasi – dan
persekutuan-persekutuan di Amerika Latin menjadi mangsa awal bagi perang baru ini.

Pada tahun 1945, Fidel Castro Ruz memasuki fakulti perundangan di Universiti Havana. Dia
berusia 19 tahun, anak keluarga tuan tanah kaya yang berasal dari Spanyol, dari timur pulau
Kuba. Seperti ramai pelajar nasionalis dari kelas menengah, dia meragui pihak Komunis di
dalam dan luar universiti. Di Kuba, seperti di tempat-tempat lain, mereka telah bekerjasama
dengan kerajaan yang korupse dan zalim sebagai ganti bagi sokongan demi Kesatuan Soviet.
Komunisme sudah menjadi konsep lemah dan korupse apabila generasi Castro
menjumpainya. Namun, dia dan golongan mutakhir sangatlah bermusuh terhadap rejim
Batista dan terhadap kepentingan-kepentingan imperialis yang masih menguasai ekonomi
Kuba.

Jika Komunisme tidak lagi mewakili politik tentangan anti-imperialis, alternatif-nya


merupakan sejenis nasionalisme radikal yang ditawarkan oleh Directorio Revolicionario
(Direktorat Revolusioner Pelajar) yang, dari beberapa segi, mengekalkan dan mewakili
wawasan revolusioner dari tahun 1933. Ia mengajukan tindakan secara langsung dan
konfrontasi bersenjata dengan kerajaan. Oleh kerana itu, ia berusaha secara sulit.

Pada tahun 1948, Castro terlibat dalam pengembaraan aneh yang menjadi petanda bagi
aktiviti masa depannya. Dengan sekumpulan pelajar yang kecil, dia mengatur latihan
ketenteraan di sebuah teluk terpulau di Karibean. Tujuannya adalah untuk bersedia demi
serangan bersenjata terhadap Republik Dominika, yang pada masa itu ditindas oleh
pemerintahan diktator Trujillo selama 30 tahun.35 Serangan itu tidak berlaku – projek tersebut
berubah menjadi siri kesilapan dan kesalah-fahaman, dan akhirnya tidak membawa kesan.

Di Havana semula, Fidel terlibat dengan parti Ortodoxo yang diketuai oleh Eduardo Chibas,
seorang tokoh radio terkenal dan calon bagi pilihanraya Kongres tahun 1952. Pada akhir
tahun 1951, Chibas membunuh diri semasa rancangan radio, semasa bantahan yang jelasnya
tidak mengikuti rancangan. Tidak lama selepas itu, Batista melancarkan rampasan kuasa dan
menghapuskan proses pilihanraya, seperti yang dijangka oleh orang ramai. Tindakan
awalnya selepas merampas kuasa menjadi petanda bagi masa depan: dia mengharamkan
parti-parti politik, memenuhi kerajaan dengan kroni-kroni dan melancarkan kempen
penindasan. Bagi Castro, ini hanya membuktikan apa yang sudah dipercayainya – bahawa
proses demokratik tidak dapat membawa perubahan, dan hanya tindakan kumpulan-
kumpulan kecil lagi yakin dapat merampas kuasa dari rejim-rejim diktator.

Serangan Moncada merupakan tindakan pertama bagi strategi baru ini. Dihadapkan dengan
makhamah kerana serangan tersebut, Castro enggan meminta maaf. Ucapan panjangnya dari
makhamah (walaupun agak pendek mengikut tarafnya selepas itu) mengumumkan bahawa
‘sejarah akan memaafkannya.’ Ia digunakan sebagai sesuatu manifesto bagi kumpulan yang
dia bakal menubuhkan dua tahun selepas itu, apabila dia dilepaskan di bawah pengampunan
kerajaan. Untuk mengingati serangan Moncada, kumpulan tersebut dinamakan Gerakan
26hb Julai (M-26-J). Matlamatnya merupakan penumbangan bersenjata rejim Batista dan
pembinaan sebuah negara merdeka:
Kami diajar bahawa anda tidak patut merungut demi kebebasan; ia dimenangi dengan kapak
dalam tangan. José Martí berkata, ‘Insan yang memathui undang-undang tidak adil dan
membenarkan sesiapa untuk memijak tanahairnya bukanlah insan berhomat.’

Saya tidak menakuti penjara, sebagaimana saya tidak menakuti kezaliman seorang pemerintah
yang merampas nyawa 70 komrad saya di Moncada.

Kutuklah saya. Ia bukanlah penting. Sejarah akan memaafkan saya.36

Dengan kata-kata ini dari makhamah, Castro meletakkan dirinya di pusat kehidupan politik
Kuba – dan mengubah kekalahan menjadi sesuatu jenis kejayaan moral. Bahagian lain
daripada ucapannya hanyalah kenyataan seorang nasionalis radikal. Ia menuntut
kemerdekaan ekonomi dan politik tulin dari pengaruh luar, dan mengutuk Batista. Namun,
secara paradoks, dalam pelbagai cara ia merupakan kenyataan semula matlamat-matlamat
dan tujuan pemberontakan yang Batista telah memimpin pada tahun 1934.

Pihak Komunis Kuba tidak tertarik. Castro merupakan seorang pemimpin pelajar yang
terikat dengan idea konfrontasi bersenjata dengan kerajaan, dia mengutuk tradisi Komunis
dan tidak mempunyai pengalaman mahupun hubungan dengan perjuangan kelas pekerja.
Mereka tidak memercayainya, dan dia sendiri sangat bermusuh dengan sebuah parti yang
dikotori oleh perlibatan panjang dengan seorang diktator. Hasil daripada itu, Castro enggan
mendekati idea-idea sosialisme dan meragui idea bahawa pekerja mungkin berada di pusat
apa-apa proses perubahan sosial.

Directorio masih wujud. Pada tahun 1957, ahli-ahlinya mencuba membunuh Batista di Istana
Kebangsaan. Tetapi semua ahli kumpulan itu dibunuh, termasuk pemimpin berwibawa
mereka, José Antonio Echavarria, lalu meninggalkan Castro tanpa pesaing bagi kepimpinan
gerakan bersenjata.

Dua tahun selepas pemenjaraannya, Castro dilepaskan di bawah pengampunan kerajaan.


Apa yang ironik adalah bahawa, sambil Fidel dan adiknya Raúl dilepaskan berserta dengan
ahli-ahli kumpulan mereka yang lain, tidak terdapatnya pengampunan bagi ahli-ahli
Komunis. Mungkin penasihat-penasihat AS di sebalik Batista tidak melihat Castro sebagai
ancaman. Walau apa pun, Castro kekal di Kuba selama beberapa minggu sambil Raúl
berpindah ke Meksiko untuk bersedia demi ketibaan abangnya.

D universiti, Raúl telah membaca karya-karya Marxsis klasik dan berhubung dengan pihak
Komunis. Sejak itu, di menjadi hubungan di antara Parti Komunis dan kepimpinan Gerakan
26hb Julai, jambatan di antara dua kumpulan yang meragui satu sama lain. Dia melarikan
diri ke Kuba selepas dia dikutuk oleh kerajaan Batista sebagai orang yang bertanggungjawab
bagi siri letupan di Havana. Di Meksiko, Che Guevara terlibat dengan kumpulan yang
menjemput Raúl:

Raúl berucap mengenai kepercayaan pada abangnya dan pendapat peribadinya, mengulangi
pandangan Ernesto, bahawa di Kuba dan seluruh kawasan itu, kuasa dapat diraih bukannya
melalui pilihanraya, tetapi hanya melalui peperangan. Dengan sokongan popular, seseorang
dapat merampas kuasa dan kemudian mengubah masyarakat dari kapitalisme menuju
sosialisme.37

Perbincangan ini agak menarik. Kerana Raúl, meskipin latarbelakangnya dalam bacaan
Marxsisme, jelasnya tidak berkongsi kebanyakan idea-idea Marxsisme yang asas – diajukan
oleh Lenin dan Marx – bahawa revolusi mestilah menjadi ‘tindakan kelas pekerja sendiri.’
Sosialisme melibatkan pemahaman kuasa yang sangat berbeza. Apabila Marx
menggambarkan dirinya sebagai seorang demokrat revolusioner, dia mengajukan sejenis
demokrasi yang sangat berbeza, di mana majoriti dalam masyarakat, golongan yang
menghasilkan kekayaan, akan menjadi pentadbirnya.
Bagi Raúl dan Fidel, perubahan hanya dapat dicapai melalui tindakan bersenjata oleh sebuah
minoriti. Mereka, dan bukannya kelas pekerja, akan menjadi subjek dalam proses perubahan
ini. Cara pemahaman ini mengenai maksud menjadi seorang revolusioner mencerminkan
latarbelakang kelas menengah kumpulan tersebut – tetapi lebih-lebih lagi, ia mendedahkan
jurang politik di antara mereka dan para pekerja. Projek mereka meramalkan sebuah kerajaan
bebas yang dapat meluluskan perubahan dalam masyarakat dari atas.

Dalam proses ini, alat utama bukanlah pertubuhan-pertubuhan rakyat atau kuasa pekerja,
tetapi senjata yang dipegang oleh pihak revolusioner. Kuasa-kuasa politik kurang penting
daripada kuasa senjata.

Che dipengaruhi oleh perdebatan ini kerana ia seiras denan kesimpulan yang dia menyemai
dari pengalamannya di Guatemala. Ia merupakan kepercayaan ini yang membawa Che dan
Raúl bersama. Dua minggu selepas itu, pada 7hb atau 8hb Julai, Che berjumpa dengan Fidel.
Dia kembali ke rumah dalam keadaan ghairah. ‘Ñico memang betul,’ dia memberitahu Hilda.
‘Fidel Castro akan mencipta revolusi.’ Dua tahun selepas itu, dia menjelaskan kepada
seorang wartawan Argentina:

Saya melihat Fidel sebagai seseorang yang luarbiasa. Dia memilik kepercayaan nekad bahawa,
selepas dia memulakan perjalanan ke Kuba, dia akan tiba di sana, dan apabila dia tiba di sana
dia akan berjuang, dan dia akan menang. Saya berkongsi keyakinan dia. Anda perlu
bertindak, berjuang, melakukan apa yang anda berkata anda akan melakukan. Anda perlu
berhenti menangis dan berjuang.38

Beberapa hari selepas itu, Hilda merekodkan, Che mengambil keputusan untuk menyertai
serangan bersenjata Castro ke atas Kuba.

Fidel mendakwa bahawa Che lebih mementingkan ideologi, lebih jelas dalam kepercayaan
politiknya, daripada dirinya sendiri. Pihak lain juga bersetuju. Realitinya, saya percaya,
mungkin berbeza. Che sendiri menamakan Karl Marx, dengan menyindir, sebagai ‘Wali
Charlie.’ Dia sememangnya membaca karya-karya Marx, walaupun kita tidak diberitahu
mengenai tulisan-tulisab Marx yang menarik perhatian Che. Tetapi dia juga menulis rencana
mengenai fungsi doktor di Amerika Latin pada masa itu, serta memperkembangkan bebrapa
idea dalam bidang rawatan alergi.

Pada bulan Ogos, Che berkahwin dengan Hilda Gadea di Tepozotlán, sebuah pekan kecil
berhampiran dengan Bandar Meksiko yang terkenal kerana tapak-tapak pra-Hispanik. Raúl
Castro turut hadir, walaupun dia tidak dapat bertindak sebagai saksi rasmi – kehadirannya
di Meksiko masih dirahsiakan. Dalam surat-surat kepada keluarganya yang mengumumkan
perkahwinan tersebut, Che masih menulis mengenai perjalanan yang dia ingin mengikuti –
ke Eropah, ke Afrika. Hilda sudah hamil dengan anak perempuan mereka, Beatriz.

Jelasnya, inilah ketika apabila El Che muncul dari kehidupan Ernesto Guevara. Ia adalah
persimpangan yang aneh. Sambil Che sendiri mengumumkan dengan yakin bahawa ‘Wali
Charlie [Marx] kini merupakan aksis [kehidupan saya],’39 masih tidak terdapatnya bukti dari
kajian-kajian pada masa dalam kehidupannya ini bahawa dia menunjukkan kesetiaan kepada
pendidikan politik atau bahawa dia sedang mempertimbangkan isu-isu penting dalam
sejarah sosialis. Dia masih merupakan seseorang yang rumit dan kadang-kala mengelirukan.

Kita sudah melihat bahawa Che berperikemanusiaan dan murah hati dalam
pertimbangannya mengenai kaum miskin, kurang bernasib baik dan menderita. Kita sudah
melihat bahawa dia penuh dengan tenaga dan keyakinan, bersifat ghairah dan dinamik, dan
bahawa semangatnya mempunyai kesan dan menjangkiti orang yang dijumpainya. Namun,
anda dapat merasai sesuatu kekecewaan dalam dirinya, sesuatu perasaan bahawa pihak
musuh (imperialisme) dikenali dan tugasnya adalah jelas, walaupun diluahkan dalam cara
yang sangat abstrak – untuk membina sebuah dunia yang lebih baik, untuk mencapai
kebebasan dan keadilan. Dari segi politik, ia adalah jelas bahawa simpati Che terletak dengan
tradisi Komunis yang dia belum mengenali dengan baik. Dia menyaksikan penumbangan
Perón di Argentina pada bulan September 1955 secara berjauhan, walaupun dia agak risau
dengan keganasan yang mengikuti penumbangan Perón.

Ia bukanlah Argentina tetapi pengalamannya di Guatemala yang menjadi pengaruh penting


bagi Che. Dia menarik kesimpulan bahawa tindakan merupakan kunci kepada segala-
galanya. Seperti yang Fidel berkata selepas itu:

Pada hari-hari di Meksiko itu, kami tidak membincangkan teori revolusioner. Apa yang kami
membincangkan hanyalah perjuangan menentang Batista, rancangan untuk bertolak ke Kuba,
memulakan perang gerila... Ia merupakan semangat perjuangan Che, sebagai insan yang
bertindak, yang membawanya untuk menyertai saya dalam perjuangan.40

Inilah yang menarik Fidel dan Che kepada satu sama lain – sesuatu keberanian cuai,
keinginan bertindak, dan kepercayaan kukuh bahawa kejayaan atau kekalahan sesuatu
revolusi bergantung secara eksklusif kepada keyakinan dan latihan sebuah kumpulan
revolusioner yang kecil.

Mereka berdua merupakan hasil zaman mereka. Tradisi sosialis revolusioner yang berkaitan
dengan parti-parti Komunis sudah lama diperkecil-kecilkan melalui hubungan mereka
dengan rejim-rejim di Eropah Timur yang zalim. Di Amerika Latin, kesediaan pihak
Komunis untuk berkompromi dengan parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan sayap kanan
mengosongkan segala makna Marxsisme. Ia hanyalah beberapa tahun selepas itu41 apabila
topeng mula dilepaskan oleh Stalinisme dan apabila parti-parti Komunis yang
mempertahankan Stalinisme mula melepaskan genggaman mereka pada permilikan tradisi
sosialis. Sementara itu, sebuah generasi revolusioner baru memandang ke arah lain demi
politik mereka.
VI. 82 Lelaki dan Sebuah Kapal Laut

Sekurang-kurangnya buat seketika, kehidupan dua lelaki tersebut dihubungkan dengan


rapat. Mereka memiliki pelbagai persamaan, namun mereka juga sangat berbeza.

Walau dengan betapa abstrak, kesetiaan Che adalah kepada perubahan sosial. Malah pada
masa itu, apabila pendidikan politiknya masih berada pada tahap awal, Che mengajukan
sebuah jenis masyarakat yang berbeza. Dari satu segi, idea-ideanya mengenai perihal ini
mungkin lebih jelas dilauhkan dalam perbincangannya mengenai peranan doktor – sebagai
hamba kaum paling miskin dalam masyarakat – dan sifat anti-imperialisme yang umum.
Bertentangan dengan Fidel, dia kadang-kala menggambarkan dirinya sebagai seorang
komunis, walaupun dia kurang jelas mengenai maknanya.

Castro jelasnya merupakan seorang ahli politik yang mengidamkan kuasa. Fidel tidak sabar
dengan perdebatan politik dan meragui sosialisme yang dia kemudiannya mewakili bagi
ramai orang. Dia juga yakin akan kedudukannya dalam sejarah – ucapannya dari makhamah
tidak meninggalkan raung bagi keraguan mengenai itu.

Dari segi politik juga, Fidel dan Che sangat berbeza. Fidel merupakan seorang nasionalis
dengan rancangan politik yang dihadkan kepada lima tuntutan berkenaan dengan reformasi
tanah, pengakhiran korupse dan pendirian semula perlembagaan tahun 1940. Sokongan bagi
polisi-polisi ini bukan sahaja berasal dari pekerja dan petani, tetapi juga dari beberapa
pedagang yang membantu Castro secara kewangan. Ia merupakan sokongan ini yang
membolehkannya membeli sebuah kapal laut bernama Granma, dan membiayai kem-kem
latihan gerila berdekatan dengan Chalco di Meksiko. Guevara, dalam tangan sebelah,
menggambarkan dirinya sebagai seorang revolusioner dan seorang komunis. Namun, tidak
terdapatnya pertikaian mengenai pusat kuasa dalam Gerakan 26hb Julai. Castro merupakan
pemimpinnya yang tidak bertanding.

Ramai penulis telah menjelaskan atau merasionalisasikan hubungan di antara mereka ini:

Kedua-dua mereka merupakan anak dari keluarga besar dan sangat manja; cuai mengenai
wajah mereka; menggemari hubungan seksual, tetapi bagi siapa hubungan peribadi ditakluki
oleh matlamat peribadi. Kedua-dua mereka dipenuhi oleh makismo Latin; mereka percaya akan
kelemahan kaum perempuan, mengutuk golongan homoseksual dan mengagumi lelaki berani
yang bertindak.42

Castro dengan laju menyedari kualiti-kualiti Che – semangatnya, kesetiaannya dan


keghairahannya. Menjelang akhir tahun 1955, ia menjadi jelas bahawa Castro ingin
memberikan Che sesuatu peranan besar dalam persediaan bagi Revolusi Kuba, tetapi ia akan
dihadkan kepada latihan dan tugas-tugas praktikal. Dari segi politik, Fidel dan Che masih
sangat berjauhan. Namun, Che tidak mencabar atau berdebat dengan Fidel. Mungkin ia
merupakan karisma Fidel yang menyebabkan ini. Fidel sememangnya merupakan seseorang
yang berkuasa dan berwibawa. Che menakluki dirinya kepada Fidel. Dia menghormati lelaki
yang bersemangat dan yakin akan takdirnya itu. Dan sememangnya, Che terlibat dalam
serangan asing. Dia tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Kuba, dan
menerima penjelasan dan pentafsiran Fidel. Dia jelasnya juga kagum dengan kumpulan yang
dipimpin oleh Fidel. Raúl Castro sudah membawa kesan besar pada diri Che, dan seorang
pemimpin gerakan tersebut di kawasan bandar, Frank País, juga menarik perhatian Che.
(Walaupun ia tidak jelas jika mereka berjumpa semasa lawatan País ke Meksiko, mereka telah
berjumpa pada tahun 1957, tidak lama sebelum kematian País).

País bakal menjadi tokoh penting dalam Gerakan 26hb Julai, sebagai pengatur gerakan di
bandar. Dia berusaha untuk meyakinkan Fidel agar tidak melancarkan serangan, kerana
pertubuhan bandar belum cukup berpengaruh. Walaupun seorang pemimpin yang baik, País
– seorang cikgy muda – merupakan seorang ahli baru dalam kumpulan tersebut. Akhirnya,
Castro meyakinkannya mengenai kepentingan serangan itu.

José Antonio Echevarria, seorang lagi pemimpin Directorio, merupakan seorang tokoh
penting sehingga kematiannya semasa usaha membunuh Batista pada tahun 1957. Namun,
Castro sangat meragui keganasan bandar yang digunakan oleh kumpulan tersebut – dan
malah mengutuk pembunuhan salah seorang pengatur perkhidmatan keselamatan Batista.
Berhadapan dengan fakta bahawa Fidel sedang merancangkan perang gerila, ini mungkin
kelihatan aneh. Dalam tangan sebelah, Echevarria merupakan seorang pesaing politik
baginya, dan Castro enggan berkongsi kepimpinan kuasa bersenjatanya.43

Beberapa ahli sejarah44 telah menambah kepada senarai pengunjung ke koloni Kuba di
Meksiko beberapa nama tokoh-tokoh dari Parti Komunis. Tujuan mereka adalah untuk
menunjukkan bahawa mereka terlibat dalam rancangan Castro. Realitinya adalah bahawa
mereka mengunjungi Castro untuk memaksanya menggugurkan rancangan tersebut dan
menerima kepimpinan mereka. Kata-kata kritikal mereka mengenai Castro selepas itu
mencadangkan bahawa dia menafikan permintaan mereka – seperti yang dapat diramalkan
dari seseorang yang angkuh, bercita-cita dan bersifat anti-Komunis.

Pada hujung tahun 1955, kumpulan kecil itu memulakan latihan fizikal. Pada mulanya, ini
melibatkan perjalanan panjang melalui jalan besar 17 batu – Insurgentes – yang melalui
Bandar Meksiko. Kemudian, kumpulan itu mencuba mendaki gunung berapi Popocatépetl di
luar bandar tersebut. Oleh kerana debu yang menyelimuti gunung tersebut, ia merupakan
pendakian susah dan penyakit asma Che menghalangnya daripada mencapai puncaknya.
Tetapi dia terus berusaha. Terdapatnya fotograf yang menunjukkan kumpulan tersebut
berperahu pada sebuah tasik di taman Chapultepec. Pada bulan Februari, mereka
memulakan latihan sasaran di sebuah pusat menembak luar bandar. Pada 26hb Februari,
anak perempuan Che, Hilda Beatriz, dilahirkan.

Pada ketika itu, Alberto Bayo menyertai kumpulan tersebut. Dia pernah menjadi seorang
kolonel dalam tentera Republikan semasa Perang Saudara Spanyol, dan merupakan seorang
hubungan kekeluargaan Fidel. Dia bersetuju untuk membantu kumpulan tersebut dalam
latihan mereka, dan menyewa sebuah ladang kecil berdekatan dengan Chalco demi tujuan
tersebut.45 Aktiviti-aktiviti mereka berterusan selama sebulan. Pada pertengahan bulan Jun,
polis Meksiko menahan Castro dan beberapa ahli lain, dan kem Chalco dibubarkan. Tidak
lama selepas itu, Che juga ditahan.

Ia adalah susah untuk membayangkan bagaimana kumpulan aneh di Chalco itu dapat
menjadi, dalam masa kurang daripada enam bulan, sebuah angkatan tentera revolusioner –
atau sekurang-kurangnya nukleus bagi tentera seperti itu. Namun, ia adalah pada minggu-
minggu itu, semasa latihan yang agak amatur, yang Ernesto Guevara menjadi El Che,
seorang doktor ekspedisi. Malah cara bertuturnya mula berubah sambil dia menggunakan
pelat Kuba dan karenah Karibean.46 Dia mula membawa tulisan-tulisan Marxsis dengan lebih
sistematik, walaupun dia masih menulis syair-syair kewiraan yang penuh dengan rujukan
kepada pengorbanan dan keberanian. Namun, dalam konteks kumpulan ini, dia semakin
bangkit sebagai seorang ahli politik. Taibo merekodkan perbincangan di kem tersebut, yang
mendedahkan betapa luasnya idea-idea dan sikap yang terdapat di kalangan mereka yang
berada di bawah payung Gerakan 26hb Julai:

Ia agak mudah, dia berkaya. Kami perlu memberikan tamparan pertama. Itulah cara Batista
merampas kuasa dalam sehari, kini kami perlu melakukannya untuk menyingkirkan Batista.
Apa yang penting adalah rampasan kuasa. Saya berkata bahawa kami perlu membuat gerakan
mengikut dasar prinsip, bahawa benda penting adalah untuk menyedari apa yang kami akan
melakukan dengan kuasa.47
Lelaki yang Che berbincang dengan itu akhirnya meninggalkan kumpulan tersebut – tetapi
dia merupakan seorang pengikut Castro semasa serangan Moncada, dan maka bukannya
berucap demi dirinya sahaja.

Apabila Che menjumpai dirinya dalam penjara dengan pihak Kuba itu, ia kelihatan logikal
bahawa dia patut berada di sana – walaupun dia juga memberitahu Fidel agar tidak
merisaukan diri dengannya, bahawa dia tidak mahu usaha melepaskannya dari penjara
untuk mengancam rancangan mereka. Tetapi Fidel berjaya melepaskannya – dan Che berasa
kagum dengan kesetiaan yang ditunjukkan oleh tindakan tersebut. Pada bulan Julai, dia
menulis kepada ibubapanya untuk berkata:

Masa depan saya kini terikat dengan revolusi Kuba. Saya akan berjaya dengannya, atau
meninggal dunia dalam usaha itu.48

Masa depan mereka sudah ditentukan. Latihan, walaupun singkat dan terhad, sudah
berakhir. Pada bulan September, Fidel membeli sebuah kapal laut usang, Granma, dari
seorang penghijrah Amerika bagi $40,000. Wang itu diberikan oleh sumber yang kurang baik
– Prío Socarrás, presiden korupse dan zalim yang ditumbangkan oleh Batista.49 Tetapi adakah
Che sedar mengenai ini? Kemungkinan besar tidak. Pada masa itu, dia merupakan seorang
pelarian, seorang pendatang tanpa izin, kerana gagal meninggalkan Meksiko dalam masa
sepuluh hari selepas meninggalkan penjara. Berpindah-randah di antara tempat
perlindungan, dia agak terkejut apabila Fidel memanggilnya dan ahli-ahli lain di merata
negara untuk berkumpul pada 22hb November di sebuah rumah di Tuxpan, di Teluk
Meksiko.

Pada malam 24hb November, 82 orang berkumpul pada Granma. Kesemua sukarelawan tidak
dapat menyertai serangan itu. Kapal laut tersebut terlalu kecil dan usang, dan cuaca malam
itu kurang baik. Ia hujan dengan lebat, dan angin kuat menimpa kawasan perairan dan terus
meniup selama tiga hari semasa perjalanan 80 batu mereka. Mereka bertolak pada 1.30 pagi
seterusnya dengan sunyi – anda hanya dapat mendengar salakan anjing, Faustino Pérez,
mengingati.

Tiga hari itu menjadi tujuh. Kapal kecil tersebut dan pasukannya ditiup mengikuti jalan yang
salah oleh angin kuat. Kemudian, pada pagi 2hb Disember 1956, mereka dapat melihat darat.
Ia merupakan sesuatu tempat bernama Belic. Mereka berada dua kilometer dari pantai yang
diharapkan oleh mereka. Dan ketibaan mereka sudah dijangka.

Seperti yang dijanjikan, Frank País telah mengatur kebangkitan di bandar Santiago pada 30hb
November, diatur untuk berlaku pada masa yang sama dengan ketibaan Granma.

Sekumpulan 27 lelaki bersenjata, buat kali pertama memakai lambang-lambang Gerakan


27hb Julai, bertandang ke jalanraya pada waktu subuh. Pada petang itu, mereka menarik diri,
selepas sembilan daripada anggota mereka dibunuh. Penindasan kejam mengikuti. Lebih-
lebih lagi, kuasa-kuasa Batista sudah diberikan amaran. Polis perairan dikuatkuasakan dan
angkatan tentera bersedia di kawasan pantai.

Perjalanan Granma menemui kegagalan besar. Kapal tersebut terlalu kecil dan tidak selamat
bagi sebuah kumpulan seramai 82 orang. Kebanyakan mereka mengalami kesakitan laut dan
tidak terdapatnya ubat yang Che dapat mengagihkan. Dia sendiri mengalami kesakitan – dia
tertinggal ubat penyakit asma semasa persediaan menaiki kapal tersebut dan penyakit itu
melumpuhkannya.

Celia Sánchez menunggu dengan senjata dan ahli-ahli lain di tempat yang dijanjikan. Selepas
dua hari, dia menganggap bahawa rancangan itu dibatalkan, lalu meninggalkan kawasan
tersebut. Apabila ekspedisi tersebut tiba, mereka mendapati bahawa kawasan Belic
sebenarnya merupakan kawasan paya bakau. Mereka berpisah menjadi dua kumpulan, dan
berusaha melalui lorong-lorong berliku paya bakau. Kapal-kapal penyerang menembak ke
arah kawasan mereka sepanjang dua hari perjalanan itu, sebelum dua kumpulan itu bersatu
semula.

Mereka semya letih apabila mereka tiba di sebuah kebun tebu di Alegría del Pío. Pembantu
mereka, seorang petani tempatan, melarikan diri sambil pihak gerila itu berehat di tepi
kebun. Pada pukul 4.30 petang, angkatan tentera menyerang dengan sokongan tentera udara.
Che menggambarkan keadaan tenat mereka pada masa itu:

Semasa pertempuran bersenjata di Alegría del Pío, seorang komrad menjatuhkan kotak peluru
di kaki saya- ia terlalu lambat bagi peluru, saya berkata... Buat kali pertama, saya menghadapi
dilema memilih di antara dedikasi saya kepada bidang perubatan dan tugas saya sebagai
seorang askar revolusioner. Di kaki saya terdapat sebuah kotak perubatan dan sebuah kotak
peluru. Kedua-duanya terlalu berat untuk diangkat. Saya memilih untuk mengangkat
peluru... Kemudian saya merasai pukulan hebat pada dada saya. Saya pasti saya sudah
meninggal dunia.

Dalam diari-nya, Che berkata, ‘Saya kehilangan harapan selama beberapa minit.’ Ketika itu
tidak diterbitkan dalam Ingatan:

Almeida mendesak saya untuk bergerak. Kapal-kapal ringan berterbang di udara. Adegan itu
sungguh menjijikkan – seorang gerilero mencuba bersembunyi di sebalik dahan tebu, seorang
lagi mendesak kami berdiam diri berhadapan dengan keriuhan...

Apabila kami tiba di sesuatu hutan kecil, kami berjalan kaki sehingga waktu malam, kemudian
tidur bersama. Kami diserang nyamuk, diseksa oleh kedahagaan dan dikejami oleh kelaparan.
Ini merupakan baptisme api Tentera Pemberontak – pada 5hb Disember 1956.50

Beberapa hari seterusnya seolah-olah mimpi ngeri. Mereka yang masih hidup berkeliaran di
kawasan desa sambil dikejar angkatan tentera. Kumpulan Che seramai lima orang terus
bergerak – mereka hanya mempunyai sedikit air atau makanan. Mereka berasa, dia berkata,
‘seperti tikus dalam perangkap.’ Pada 13hb Disember, seorang petani bersimpati menjemput
mereka dan mereka memendamkan kelaparan buat kali pertama dalam masa lebih seminggu
– tetapi mereka terlalu memendamkan kelaparan. Setiap satu dalam kumpulan mereka (kini
terdapatnya lapan orang) dijangkiti penyakit.

Sedikit demi sedikit, mereka mendapat tahu apa yang telah berlaku, walaupun maklumat
susah diperolehi. Beberapa ahli dari kumpulan Granma dibunuh semasa pertempuran awal
atau selepas penahanan mereka. Beberapa berjaya melarikan diri, termasuk Fidel.

Daripada 82 orang yang menaiki Granma, hanya 19 masih hidup. Lapan orang lagi bakal
menyertai mereka kemudian. Dalam adegan menarik, buku paling terkenal mengenai
kempen gerila tersebut dan permulaannya yang kurang baik adalah Dua Belas Orang oleh
Carlos Franqui.51 Mengapa dua belas? Ia adalah mustahil untuk mengetepikan unsur-unsur
keagamaan, serta mitos yang dikaitkan dengan ahli-ahli revolusioner itu. Buku itu
diterbitkan selepas kejayaan revolusi Kuba (1960). Ia memberitahu kita bagaimana Castro
menginginkan dirinya dilihat di Kuba baru, sebagaimana dengan peristiwa-peristiwa semasa
perang gerila tersebut.

Pada 21hb Disember, kumpulan Che bersatu semula dengan Fidel. Tetapi ia bukanlah
perjumpaan gembira. Fidel sangat marah kerana kumpulan Che kehilangan semua senjata
mereka. Ia merupakan reaksi kurang sopan, dan Che dihampakan olehnya, terutama sekali
selepas Castro mengambil pistolnya dan menggantikannya dengan senapang usang –
pemaluan yang dimaksudkan. Namun, kehormatan Che yang disakiti tidak merosakkan
kesetiaannya terhadap Fidel. Ia merupakan contoh makismo degil Fidel. Tetapi ia mungkin
juga merupakan cara menyembunyikan kegagalan rancangan serangan pertama.
Ketibaan Granma merupakan kegagalan besar, dan pemberontakan Santiago, walaupun
berani, merupakan tindakan terpulau dan minoriti. Gerakan 26hb Julai memiliki penyokong
dan penaruh simpati di seluruh pulau Kuba, tetapi mereka tidak mempunyai hubungan
dengan kesatuan-kesatuan pekerja atau pertubuhan-pertubuhan lain di luar bulatan mereka.
Namun, Fidel mungkin mengharapkan sesuatu kebangkitan umum oleh rakyat. Kini, sisa-
sisa kumpulannya mula mendirikan semula hubungan dengan Celia Sánchez dan
penyokong-penyokong lain. Namun, ia jelas bahawa strategi bagi perang gerila berlanjutan
perlu diutarakan.

Mana-mana kumpulan gerila (atau foko, seperti yang dihuraikan oleh Che) dapat hidup tanpa
sokongan gerakan bandar. Hubungan di antara gunung (sierra) dan dataran (llano) berada di
hati perdebatan-perdebatan politik yang mengikuti pada tahun-tahun seterusnya – paling
sekali, dalam perdebatan mengenai bahagian yang perlu memimpin gerakan tersebut.

Namun, buat masa itu, kumpulan tersebut berjaya melalui Tahun Baru 1957. Fidel ingin
meninggalkan tanda – dan menunjukkan dengan cara besar bahawa mereka berjaya
menyemalatkan nyawa selepas ketibaan Granma. Pada 17hb Januari, peluangnya muncul.

Chicho Osorio merupakan seorang tuan politik tempatan yang terkenal. Menjumpai diri
mereka pada ladangnya, pihak gerila itu menyerang pengawal-pengawal Osorio dan
membunuh Osorio yang dibenci itu. Ia bukanlah operasi yang berlaku dengan sempurna. Pin
pada dua bom tangan gagal dipelaskan, dan bahan letupan lain tidak berjaya diletupkan.
Namun demikian, pihak gerila itu masih hidup dan membuat kenyataan pertama. Dari segi
retrospek, manual-manual Che memberikan impresi keputusan taktik yang sempurna.52
Sebenarnya, ini bukanlah sesuatu pasukan yang dilatih atau diatur dengan baik. Pada tahap
ini, peristiwa-peristiwa sedang berlaku dengan tidak terkawal, dan kebanyakan kejayaan
mereka disebabkan oleh nasib baik.
VII. La Sierra y el Llano: Gunung dan Dataran

Kumpulan itu terus bergerak, dikejar oleh angkatan tentera. Pada tahap ini, kerisauan utama
Che merupakan aktiviti penasihat, atau chivatos, yang memberikan angkatan tentera
maklumat mengenai gerak-geri kumpulan gerila tersebut. Aktiviti mereka memaksa pihak
gerila tersebut terus bergerak dan sentiasa menghadapkan mereka dengan kebahayaan, dan
Che sangat membencikan mereka. Semasa konfrontasi dengan tentera Batista beberapa hari
selepas itu, Che membunuh buat kali pertama. Mendengar bahawa seorang yang melarikan
diri dari kumpulan mereka telah diseksa dan dibunuh oleh angkatan tentera, Che mengulas
bahawa ia ‘sedih tetapi memberi pelajaran.’53 Apabila Eutimio Guerra, yang menganiayi
kumpulan itu, ditangkap, ia merupakan Che yang membunuhnya dengan tembakan pistol.
Tulisannya mengenai pembunuhan tersebut dipenuhi dengan sesuatu keghairan moral,
tetapi dia tidak meluahkan kesakitan hati mahupun rasa kesal. Segalanya menunjukkan
bahawa Che sedang mengalami perubahan-perubahan psikologi penting:

Ernesto Che Guevara kini sedang berperang, mencuba mereka sesuatu revolusi, hasil daripada
lompatan kepercayaan.54

Pemuda yang cuai kini menjadi lebih gigih, lebih berani dan berdisiplin, yakin bahawa
sebuah pasukan perjuangan perlu menyemai disiplin dalaman tegas. Walaupun dia
mengamalkan peraturan tegas pada dirinya sendiri, ketegasan dan tumpuan pada
regimentasi dalaman ini dapat ditafsir dalam dua cara. Antara ia merupakan bukti
kelemahan pasukan ini yang bergantung, akhirnya, pada petani-petani terpulau dengan
tradisi politik lemah, atau ia merupakan tanda tekanan Che pada kualiti-kualiti ketenteraan
dan bukannya keyakinan politik dalam tentera gerila. Anderson menggambarkannya sebagai
sesuatu ‘Calvinisme,’ sesuatu wawasan dunia hitam-putih yang tidak dapat menerima
perubahan pendapat atau kekaburan, tidak dapat menerima seseorang yang duduk di atas
pagar.

Walaupun Che sudah menduduki tempat penting dalam arena ketenteraan, dia belum
menjadi sebahagian daripada kepimpinan politik Gerakan 26hb Julai. Diari dan tulisannya
dari fasa perjuangan ini bertalun dengan semangat moral dan tekanan pada keberanian dan
pengorbanan. Bertentangan dengan itu, dia tidak merujuk kepada gerakan lebih luas pada
pulau tersebut mahupun kepada persoalan-persoalan strategik yang ia perlu menghadapi.
Dia tidak mempunyai hubungan bebas dengan unsur-unsur pembangkang yang lain kecuali
melalui Fidel dan Raúl, dan dia tidak menunjukkan pengetahuan mendalam mengenai
hubungan dan ketegangan rumit dalam gerakan tersebut.

Realitinya adalah bahawa dalam wawasan Che mengenai perang revolusioner – sesuatu
peperangan yang diutarakan oleh golongan revolusioner bagi pihak rakyat – keadaan gerakan
pekerja atau tentangan di kawasan bandar bukanlah isu penting. Dalam pandangan Che, hati
perjuangan berada dalam perjuangan gerila di kawasan pergunungan – la sierra. Apabila
sejarah perjuangan-perjuangan pra-revolusioner ditulis selepas tahun 1959, kepentingan
pergunungan dianggap sebagai isu utama. Namun, pada minggu-minggu awal 1957, apabila
pihak gerila masih merupakan kumpulan yang terurai, dikejar dan diburu oleh angkatan
tentera, sesuatu pertempuran politik dalam gerakan tersebut sudah bermula di bawah
permukaan.

Pada satu tahap, perdebatan tersebut menyoal siapakah yang patut memimpin gerakan itu –
pihak gerila di bawah Fidel, atau gerakan bandar, atau Directorio, atau pihak Komunis. Lebih
penting lagi, ia menyoal siapakah yang patut menerajui perang gerila – sememangnya,
siapakah pihak gerila, di samping sebuah kumpulan kecil yang tiba dari kapal Granma?
Adakah tentera gerila sebuah militia kelas pekerja, terdiri daripada pekerja yang bersenjata
dan teratur? Adakah ia merupakan kuasa yang menarik bersama pekerja-pekerja pertanian
(dan di Kuba, ini bermakna, secara umumnya, pemotong tebu) dan petani kecil untuk
berjuang di kawasan desa? Di sini, Che dan Fidel berada dalam persetujuan, walaupun demi
sebab-sebab yang berbeza.

Perang gerila tersebut bakal diperjuangkan di kawasan Sierra Maestra, sesuatu kawasan
pergunungan di mana askar Batista dihadkan dalam gerakan mereka dan dalam balasan
mereka terhadap tindakan gerila. Para penghuni kawasan tersebut secara umumnya
merupakan petani miskin yang terpulau dan yang berjauhan, dari segi fizikal dan sosial, dari
pusat-pusat tindakan kolektif di kawasan bandar atau ladang-ladang besar. Mereka
sememangnya membencikan rejim Batista, yang bagi mereka mewakili kuasa ahli-ahli politik
tempatan dan kerajaan pusat yang tidak menawarkan mereka sokongan padu. Dalam tangan
sebelah, apabila ia menjadi jelas, mereka sama sekali tidak diyakinkan secara automatik oleh
kumpulan gerila tersebut – dan seringkali menakuti tindakan balas kerajaan jika hubungan
mereka dengan pihak pemberontakan didedahkan.

Dari segi lain, perdebatan mengenai fokus perjuangan pada llano – iaitu, kawasan dataran,
tetapi juga merujuk kepada kawasan bandar – atau sierra, sebenarnya merupakan perdebatan
mengenai pihak yang patut memimpin perjuangan menentang Batista. Sesuatu rancangan
demi merampas kuasa sememangnya mengandungi, dalam satu benttuk atau bentuk yang
lain, benih-benih sesuatu jenis masyarakat lain yang akan bangkit apabila dan jika kuasa
dirampas.

Berita bahawa seorang wartawan Amerika, Herbert Matthews, yang bekerja dengan majalah
Life, ingin menemuramah Fidel berlaku pada masa baik – dan Fidel menggunakan peluang
tersebut dengan penuh.

Masa temuramah tersebut, pada bulan Februari 1957, berlaku pada masa yang sama dengan
perjumpaan pertama di antara direktorat Gerakan 26hb Julai dan Fidel sejak pendaratan
Granma.

Realitinya adalah bahawa Fidel mungkin hanya mempunyai 17 pejuang gerila pada masa itu.
Sambil kehadiran mereka di kawasan pergunungan merupakan pengetahuan umum, kesan
ketenteraan mereka bukanlah besar. Di kawasan bandar, M-26-J memiliki sedikit sokongban,
tetapi kegagalan kebangkitan di Santiago hanya tiga bulan sebelum itu mendedahkan betapa
kecilnya gerakan tersebut – dan betapa ia bergantung kepada para pelajar. Ia belum berjaya,
pada masa itu, untuk memenangi sokongan di kalangan pertubuhan-pertubuhan pekerja.55

Pada pagi 17hb Februari, Herbert Matthews dibawa ke kem Fidel. Persediaan rapi dibuat
untuk memberikan Matthews impresi yang baik mengenai Gerakan 26hb Julai. Misalnya,
semasa temuramah tersebut, seorang pejuang menyampaikan mesej dari sebuah kolum gerila
(yang palsu). Fidel juga enggan memberikan gerakan tersebut apa-apa label politik. Apabila
wartawan tersebut bertanya jika Fidel merupakan seorang anti-imperialis, Fidel mengelakkan
soalan tersebut. Matthews dikagumkan:

Karenah lelaki itu sungguh mempengaruhi. Ia adalah mudah untuk melihat bahawa
penyokongnya memuja dirinya dan juha untuk melihat mengapa dia telah menangkap
imaginasi pemuda-pemudi Kuba di seluruh pulau tersebut... Rancangannya adalah kabur dan
diutarakan dari segi umum, tetapi ia dapat disamakan dengan rancangan baru bagi Kuba,
sesuatu rancangan radikal, demokratik dan maka anti-Komunis.56

Ia merupakan serangan publisiti yang baik menentang Batista, yang telah mengumumkan
kematian Castro dan penghancuran tentera gerila beberapa kali pada hari-hari sebelumnya.
Earl T. Smith, duta AS dan sekutu Batista, sememangnya marah dengan laporan-laporan Life.
Ia seolah-olah menunjukkan sokongan yang semakin lemah bagi sahabat-sahabat
kepentingan AS di Kuba.57
Che tidak hadir semasa temuramah Matthews dan tidak sedar bagaimana Fidel ingin
menggunakan ketika tersebut. Ini mungkin menghairankan, kerana peranan penting yang
Che bakal memainkan dalam revolusi sebelum dan selepas penumbangan Batista. Dan dia
sememangnya merupakan doktor ekspedisi tersebut – fungsi yang penting. Dalam tangan
sebelah, dia bukanlaj seorang ahli direktorat kebangsaan. Mungkin dia masih membayar bagi
apa yang Fidel menganggap sebagai kesilapan penting di Alegría del Pío? Penjelasan yang
lebih munasabah mungkin dijumpai dalam persimpangan politik di mana M-26-J kini
menjumpai dirinya, sesuatu persimpangan di mana Fidel ingin membuktikan
kepimpinannya ke atas revolusi tersebut.

Che merekodkan dalam diari-nya bahawa ia adalah pada masa ini yang dia berjumpa
dengan pemimpin-pemimpin utama dalam Gerakan 26hb Julai58 buat kali pertama – peguam
Armando Hart, Frank País, Haydée Santamaría, yang menyertai serangan Moncada dengan
abangnya (yang dibunuh semasa serangan tersebut),59 Vilma Espín, bakal isteri Raúl Castro,
dan juga Celia Sánchez. Kesemua mereka berasal dari gerakan pelajar. Dalam diari-nya yang
belum diterbitkan, Che meluahkan kerisauan dengan latarbelakang kelas menengah mereka.
Dia juga terkejut dengan wawasan politik terhadap kebanyakan daripada mereka. Mereka
bersifat anti-Komunis dan nasionalis – tetapi bukannya sosialis atau revolusioner.60

Perjumpaan direktorat kebangsaan berterusan sehingga hari seterusnya. Frank País


menyokong pembinaan gerakan perjuangan di bandar dan mencadangkan agar Fidel
menyusuli temuramah Matthews dengan lawatan perpaduan di luar Kuba. Faustino Pérez
menyokong pembukaan medan pertempuran kedua di Escambray. Ia bukanlah mustahil juga
bahawa Raúl sedang membina hubungannya dengan pihak Komunis dan mungkin
menyokong perkembangan hubungan-hubungan ini sebagai sesuatu yang penting.

Matthews memang tepat mengenai karenah Castro yang karismatik. Menjelang akhir
perjumpaan direktorat tersebut, Fidel telah mengajukan wawasan politik peribadi.
Pembinaan tentera pemberontak akan diberikan keutamaan, dan laungan akan disuarakan
demi penubuhan sesuatu ‘pemberontakan awam’ yang akan berfungsi sebagai sokongan bagi
pejuang gerila, dari segi materialis dan dengan tindakan-tindakan sabotaj. Manifesto Fidel
mendakwa bahawa tentera pemberontak semakin membesar – ini tidaklah betul. Sebenarnya,
hukuman zalim yang dikenakan ke atas sesiapa yang membantu tentera gerila memulaukan
tentera tersebut daripada petani tempatan. Namun, imbangan politik dalam pemberontakan
tersebut semakin menyebelahi Castro selepas mesyuarat tersebut, dan tidak menyebelahi
wakil-wakil bandar seperti Carlos Franqui, iaitu penyunting jurnal Revolución (pihak yang
Che menyifatkan sebagai ‘anti-Komunis’). Apabila Franqui menerbitkan sesuatu manifesto
pada hujung bulan Februari yang menggambarkan gerakan tersebut sebagai ‘demokratik,
nasionalis dan sosialis,’ Castro dengan laju menafikan gambaran tersebut. Franqui juga
meluahkan kerisauannya pada masa itu bahawa Fidel semakin menjadi seorang ketua tanpa
cabaran – seorang caudillo dalam bahawa politik Amerika Latin.61

Peristiwa-peristiwa pada awal bulan Mac mengukuhkan struktur-struktur kepimpinan. Pada


13hb Mac, kegagalan usaha membunuh Batista menghancurkan Directorio, dan kematian
pemimpinnya, Echevarría, menyingkirkan cabaran terbesar terhadap sokongan Castro di
kalangan pelajar dan pemuda.

Fidel menarik diri ke kawasan Sierra Maestra. Che memulakan perjalanan tersebut dengan
Fidel, tetapi menjelang akhir bulan Februari, penyakit asma semakin melumpuhkannya.
Keputusan diambil bahawa dia patut menunggu ahli-ahli baru dari kawasan bandar, serta
bekalan adrenalin yang baru. Tentera pemberontak tersebut kini mencapai 80 ahli. Jelasnya,
temuramah Matthew yang baru sahaja diterbitkan, dan yang mengutarakan kontroversi,
bertindak sebagai sarjan keahlian. Begitu juga dengan penumbangan Directorio. Lebih-lebih
lagi, Frank País dan Armando Hart, ketua-ketua utama dari gerakan bandar, dipenjarakan
selepas kegagalan melepaskan bom di Camaguey.
Apabila kumpulan-kumpulan Che dan Fidel berjumpa sekali lagi, Fidel mengkritik Che
kerana gagal menaklukan ahli-ahli bandar yang baru dan pemimpin mereka, Sotús, di bawah
arahan Che. Meskipun usaha Raúl untuk meyakinkan abangnya bahawa Che patut diberikan
peranan politik yang penting, Fidel mengetepikannya sekali lagi.

Namun, Che tidak membantah. Dalam dunia wira dan keyakinan moral serbe berubah yang
didiami olehnya, setiap pengamalan arahan Fidel mengutarakan kehormatan baru dalam diri
Che. Bertentangan dengan itu, dia sangatlah kritikal terhadap pejuang-pejuang bandar dari
Directorio. Mungkin Anderson adalah tepat untuk mencadangkan bahawa bagi Che, yang
sehingga itu merupakan seorang individualis radikal, apa yang penting pada ketika ini
adalah kumpulannya, persahabatan sekumpulan pemberontak. Walaupun Che sedang
memperkembangkan pandangan politik umum, ia juga jelas bahawa pentafsirannya
mengenai peristiwa-peristiwa merupakan pentafsiran moral. Tanda ukurannya adalah
kesetiaan, keberanian, ketulusan dan kesediaan teknikal. Dia tidak memiliki kelicikan dan
kemampuan menyesuaikan diri yang menandakan kerjaya politik Fidel. Namun, kesan
kualiti-kualiti peribadi Che pada orang lain membangkitkan balasan yang sama dari mereka.
Walaupun Fidel bersikap angkuh terhadapnya, komrad-komradnya yang lain sangat
menyayangi doktor Argentina yang menghisap rokok agar mengelak digigit nyamuk, dan
yang janggutnya (kini diwajibkan bagi ahli revolusioner) tidak pernah melepasi tahap nipis.

Namun, ia adalah jelas bahawa Che dan Fidel bersetuju mengenai taktik yang kini patut
diikuti oleh tentera gerila tersebut. Dalam buku panduannya bagi ahli gerila – Perjuangan
Gerila – Che mengutarakan konsep ‘propaganda bersenjata.’ Tindakan-tindakan tentera
pemberontak, di tempat pertama, bukanlah direka untuk mencapai kejayaan ketenteraan
serta-merta, tetapi sebaliknya untuk melemahkan dan melumpuhkan semangat kuasa-kuasa
kerajaan dengan mendedahkan kelemahan mereka. Sememangnya, sifat lain daripada taktik
ini adalah penghormatan dan penyanjungan kejayaan-kejayaan pihak pemberontak –
penciptaan mitos kekuatan, dan gerak-geri bijak lagi sesuai.

Jika pihak pemberontak ingin memunasabahkan reputasi mereka, sesuatu tindakan


bersenjata kini diperlukan. Pada 28hb Mei, enam pemberontak dibunuh semasa serangan ke
atas berek tentera di Uvero. Pada suatu ketika, Che, yang merasakan bahawa serangan itu
tidak akan berjaya, berdiri dan berlari sambil menembak senapangnya, lalu bersuara, ‘Kami
mesti berjaya.’ Tindakan kurang bijak dan sifat spontan ini memenangi kehormatan dan
pengesahan Fidel. Che dibenarkan mengetuai perjalanan pihak yang tercedera, sambil Fidel
sekali lagi menarik diri ke kawasan pergunungan. Kumpulan Che bergerak dengan sangat
perlahan-lahan, dan penduduk tempatan kurang yakin untuk membantu gerila yang
tercedera.

Apabila Fidel dan Che berjumpa sekali lagi pada 17hb Julai, Che terpaksa berhadapan
dengan realiti buruk. Sekali lagi, pragmatisme Castro bercanggah dengan idealisme dan
keyakinan yang memberikan Che semangat untuk berjuang. Sambil Che bergerak dengan
perlahan-lahan, Fidel sedang berbincang dengan dua wakil dari parti Ortodoxo lama, yang
dia pernah menyertai. Salah seorang daripada mereka merupakan Raúl Chibas, abang
Eduardo yang telah meninggal dunia; yang satu lagi adalah Felipe Pazos, bekas gabenor
Bank Nasional Kuba. Sebenarnya, Castro sudah menandatangani dan menerbitkan perjanjian
dengan mereka sebelum pilihanraya presiden tahun 1958.

Ia merupakan perjanjian dengan sesuatu kumpulan ahli politik sayap kanan. Che tidak
memercayai ‘prima donna gerakan’ itu, dan dengan betul – dia meragui perlibatan mereka
dengan Gerakan. Mereka sememangnya menentang Batista, tetapi bagi sebab-sebab
oportunistik tersendiri. Mereka tidak dapat dianggap sebagai sekutu politik sesuatu gerakan
revolusioner, sekurang-kurangnya tidak selepas ketika itu. Diari Che merekodkan
perbincangan-perbincangan panjang dengan Fidel, yang meyakinkannya bahawa dia ingin
menghasilkan sesuatu ‘dokumen militan benar’ yang dihalang oleh ‘otak-otak zaman batu’
ini.62 Akhirnya, Che diyakinkan. Tetapi kini, bukannya buat kali pertama atau terakhir,
pragmatisme dan idealisme bercanggah.

Realitinya adalah bahawa Gerakan tersebut di kawasan bandar telah mengalami siri
kekalahan. Carlos Franqui dipenjarakan dan, dari rangkaian bandar, hanya Celia masih bebas
selepas pemenjaraan País dan Hart. Dalam masa beberapa minggu, pemimpin Gerakan 26hb
Julai di kawasan bandar, Frank País, telah meninggal dunia.

Mungkin inilah yang meyakinkan Che untuk menerima apa yang kemudiannya dinamakan
Perjanjian Miami dengan Chibas dan Pazos. Dia masih tidak gembira mengenainya. Tetapi
sebab-sebabnya bercanggah dari beberapa segi. Sambil dia menentang, dari segi prinsio, apa-
apa perjanjian dengan ahli politik korupse atau liberal, dia juga terkejut dengan kesediaan
Fidel untuk mengabaikan benda-benda penting dalam rancangan agar menggembirakan
mereka. Syarat reformasi pertanian, misalnya, kini digubah untuk meliputi hak gantirugi
bagi tuan-tuan tanah – konsesi jelas kepada sekutu-sekutu Fidel yang baru. Che cukup
mengenali karenah para petani untuk memahami bahawa ini tidak dapat memenangi
sokongan mereka.

Dalam tangan sebelah, dia menyamakan politik bandar (llano) dengan reformisme dan politik
gerila di pergunungan (sierra) dengan revolusi. Che berucap mengenai bandar seperti sesuatu
kawasan yang tidak dapat dibezakan. Sebenarnya, penafian perjuangan bandar olehnya
mengetepikan kesatuan-kesatuan pekerja dan juga para pekerja. Namun, sierra bukanlah
sama dengan desa Kuba, di mana sebuah kelas petani dan pekerja pertanian mungkin dilihat
sebagai dasar alternatif bagi gerakan revolusioner. Bahagian-bahagian masyarakat Kuba ini
juga menetap di kawasan ‘dataran’ (llano). Che (dan Fidel) memaksudkan kawasan Sierra
Maesta yang lebih terpencil – sesuai bagi strategi pemburuan ketenteraan, tetapi bukannya
kawasan di mana penduduknya yang tersurai dan terpulau dapat membina sebuah gerakan
sosial. Strategi yang Che dan Fidel memiliki bersama mengutarakan sesuatu perang gerila
yang diamalkan oleh kumpulan-kumpulan pejuang geril yang kecil, dan bukannya oleh
rakyat yang mereka mendakwa diri mereka menyokong.

Selepas pembunuhan País, Che mula bersurat dengan ‘Daniel’ (René Lamos Latour), yang
menafikan dengan marah pandangan lemah Che mengenai pertempuran di kawasan
‘dataran.’ Bagi Che, ia merupakan ahli revolusoner yang membina revolusi dalam nama dan
bagi pihak rakyat. Daniel membalas bahawa, walaupun usaha di bandar tidak menawarkan
peluang-peluang kewiraan, mereka yang menyokong pihak gerila di kawasan bandar tidak
kurang berani. Tetapi dia tidak mencabar pandangan Che dari segi politik.

Terdapatnya sebab-sebab jelas dalam latarbelakang Che untuk menjelaskan penyingkiran


kelas pekerja dan petani kecil kepada kedudukan menyokong gerila. Sememangnya, ia
merupakan salah satu titik persetujuan di antara Fidel dan dirinya apabila mereka berjumpa
di Meksiko. Permusuhan Fidel terhadap tradisi politik sosialis yang berakar dalam kuasa
pekerja adalah jelas dan didokumentasi dengan baik (Che menggambarkannya sebagai ‘anti-
Komunisme’).

Maka dalam satu tangan, Che meletakkan dirinya bersama dengan Raúl Castro (pemimpin
yang paling rapat dari Gerakan 26hb Julai dengan Parti Komunis) dalam kritikannya
terhadap Perjanjian Miami. Dalam tangan sebelah, alternatifnya merupakan idealisme
revolusioner dan ketulusan moral, dan bukannya usaha dengan kuasa-kuasa sosial lebih luas
yang dapat membina revolusi. Dia masih menghormati dan menyanjung Fidel kerana sebab
itu.

Pada 21hb Julai, Che akhirnya dijadikan ‘komadante’ – walaupun kenaikan pangkat tersebut
dicemar oleh fakta bahawa Raúl dijatuhkan pangkat menjadi leftenan bagi sebab-sebab yang
kurang jelas, tetapi yang mungkin disebabkan oleh percanggahannya dengan Perjanjian
Miami. Mungkin Fidel sedang mengatur semula buah-buah catur pada papan permainan.
Kini terdapatnya petanda bahawa Washington sedang bergerak menentang sekutu lama
mereka, Batista – di mana kerajaannya yang zalim dan korupse jelas menjadi semakin
memalukan, terutama sekali apabila alternatif politik mendapat wajah awam. Duta AS yang
baru, Earl Smith, yang pernah menyokong Batista, kini membuat rujukan awam kepada
penyeksaan oleh polis semasa kunjungannya ke seluruh pulau tersebut. Dan CIA membuka
hubungan dengan pihak pembangkang. Pegawai-pegawai reformis dalam angkatan tentera
laut, misalnya, sedang merancangkan rampasan kuasa di pelabuhan Cienfeugos, untuk
berlaku seiras dengan tindakan-tindakan serupa oleh pihak pembangkan dalam angkatan
tentera darat dan udara. CIA menjanjikan bantuan jika itu berlaku.

Lebih-lebih lagi, apa yang mengejutkan Che adalah bahawa Gerakan 26hb Julai juga
berhubung dengan CIA. Frank País, sebelum kematiannya, telah berbincang dengan Fidel
mengenai kemungkinan berjumpa dengan ejen-ejen CIA, dan wang sudah diterima oleh
Gerakan tersebut dari agensi-agensi kerajaan AS. País juga mencadangkan struktur baru bagi
Gerakan tersebut, yang akan memberikan setiap kawasan aktiviti perwakilan yang sama
dalam kepimpinan. Namun, Fidel menganggap dirinya sebagai pemimpin tunggal dalam
tentangan terhadap Batista – tentangan yang jelasnya sedang bertumbuh pada beberapa
medan.

Serangan Cienfuegos berlaku pada 5hb September 1957. Tetapi kebangkitan seiras yang
dijangka di Havana dan Santiago tidak berlaku dan Batista memusatkan kuasanya untuk
menghancurkan pemberontakan tersebut. Penindasannya sangatlah kejam. Lebih kurang 300
ahli konspirasi dibunuh, dan ramai daripada mereka diseksa terlebih dahulu.63 Balasan
Batista sangatlah kejam sehingga beberapa daripada mereka di Washington melihatkan
sebagai seseorang yang melemahkan kedudukan mereka. Kesan penindasan Cienfuegos dan
kematian Frank País mengesahkan Fidel sebagai pemimpin pemberontakan tersebut.

Apakah pendirian Che pada ketika ini? Perdebatan dengan ‘Daniel’ memberikan jawapan
jelas. Che bukan sahaja merupakan seorang gerila dan pengatur ketenteraan yang setia – dia
juga merupakan seorang pemimpin politik Gerakan 26hb Julai, di mana pandangan dan
kepercayaannya bertumbuh sieras dengan Fidel. Tetapi dia resah dengan perjanjian dan
gerak-geri Castro dengan ahli-ahli politik sayap kanan, CIA dan Mafia Miami – dan dia
meluahkan keresahannya dalam diari-dairinya.64 Dia sudah meluahkan kegementarannya
dengan pihak ‘anti-Komunis’ dalam M-26-J. Namun, pihak ini berasal dari latarbelakang
yang sama, dari segi politik, seperti Fidel dan berkongsi permusuhan yang sama terhadap
Parti Komunis Kuba yang korupse dan tercemar. Menjelang masa ini, Che menganggap
dirinya sebagai seorang Marxsis, dan memberikan pendidikan Marxsisme asas kepada
rekrut-rekrut baru yang dia melatih. Ini sememangnya merapatkannya dengan Raúl Castro,
yang, di antara kesemya pemimpin Gerakan, paling rapat dengan pihak Komunis. Namun,
Che juga mengkritik sesuatu Komunisme yang telah menganiayai prinsip-prinsip paling asas
– dan ketegangan ini akan menjadi lebih jelas sambil, pada tahun 1960-an, percanggahan dan
penganiayaan Komunisme ‘rasmi’ di Eropah Timur didedahkan.

Dalam bidang politik serta kesetiaan revolusioner, Che sangatlah gagah. Tetapi baginya, alat
perubahan revolusioner merupakan tentera pemberontak, dan caranya adalah melalui
perang gerila. Maka, buku panduan Che bagi pejuang-pejuang pergunungan, iaitu Perang
Gerila, bukan hanya sesuatu dokumen logistik atau ketenteraan – ia juga merupakan
dokumen politik. Ia memperdebatkan bahawa perang revolusioner dapat dimenangi atau
dikalahkan mengikuti tahap persediaan teknikal, kepandaian ketenteraan, dan paling sekali,
disiplin dalam sel revolusioner atau foko. Ini menjelaskan fakta mengejutkan bahawa Che
sangatlah tegas dengan pengikut-pengikutnya dan dengan sesiapa yang mengancam tujuan
mereka, dengan sengaja atau tidak. Dia membunuh pemberi maklumat dan sesiapa yang
melarikan diri, tetapi juga bersifay murah hati dengan tentera musuh. Ini merupakan balasan
yang hanya dapat bangkit dari kos kehormatan ketenteraan.
Che memandang ke arah gerakan pekerja, pelajar dan pemberontak untuk menyokong dan
membekalkan pihak gerila. Dia kini menggambarkan dirinya sebagai seorang Marxsis. Tetapi
bagi Marx, revolusi merupakan ketika apabila kelas pekerja mencapai pembebasannya
sendiri melalui tindakan kolektif. Ini tidak dapat dilihat dalam pandangan Che – atau dalam
tulisan-tulisan politiknya – sebagaimana ia tidak dapat dilihat dalam ucapan atau manifesto
politik Castro.
VIII. Perarakan Pendek Ke Havana

Pada bulan September, Guevara mendirikan kem tetap di El Hombrito. Ia memiliki bilik
persenjataan yang kecil, bengkel membuat cerut dan pemancar radio yang mula
berkumandang pada bulan Februari 1958. Che menggambatkan tapak di bawah kawalan
gerila sebagai ‘zon bebas’ dan melukis gambar kehidupan utopia di sana. Rekrut-rekrut
muda di bawah Che secara umumnya diraih dari kawasan sekeliling, dan sangat baru
kepada idea-idea Marxsis yang Che merumuskan bagi mereka semasa seminar-seminar
tertentu. Sememangnya, Che dan Fidel seolah-olah mencadangkan bahawa idea-idea ini
tidak wujud dalam budaya politik Kuba, tetapi ini sebenarnya menyingkirkan pengaruh
Komunis dan sosialis revolusioner lain dengan perlibatan lama dalam bidang politik Kuba.65

Menjelang akhir tahun 1957, pihak gerila dan kerajaan Kuba telah mencapai tahap tidak
tentu. Dia medan pertempuran baru telah didirikan, walaupun realitinya adalah kurang
menarik daripada retorik. Medan-medan tersebut terdiri daripada kumpulan-kumpulan
gerila kecil yang didirikan untuk memulakan akumulasi kuasa-kuasa. Secara umumnya,
angkatan tentera telah menjauhkan diri daripada kawasan pergunungan.

Pentafsiran Guevara bagi tahun 195766 sangatlah positif (sebagaimana dengan pentafsiran
Fidel):

Menjelang akhir tahun pertama dalam perjuangan, sesuatu kebangkitan umum di seluruh
negara semakin menonjol di kaki langit.67

Dia, saya berpendapat, menokok-tambah untuk memberi kesan besar. Tidak dapat dinafikan
bahawa tentera gerila tersebut meninggalkan tanda – dan telah memenangi simpati majoriti
rakyat Kuba. Kezaliman Batista dan penindasan terhadap sesiapa yang mungkin menyokong
Gerakan tersebut hanya memenanginya lebih ramai musuh – dan keengganan Washington
untuk mencampur tangan. Rekrut-rekrut baru semakin menyertai pihak gerila di kawasan
pergunungan. Dalam tangan sebelah, gerakan bandar telah mengalami kekalahan mendalam
lagi besar, bermula dengan pemubunuhan Frank País dan kegagalan kebangkitan Camaguey.

Perdebatan-perdebatan di antara Che dan Daniel68 juga mencerminkan perdebatab dalaman


yang telah bangkit dalam usaha untuk memahami jurang di antara dua pengalaman tersebut.
Dalam pandangan Che, gerakan di kawasan bandar telah gagal, dan ini memunasabahkan
strategi yang dia dan Fidel mengajukan, yang memberikan fokus kepada perjuangan
bersenjata. Apabila dia menggambarkan kehidupan di ‘zon-zon bebas,’ dia berusaha untuk
menunjukkan bagaimana orang di sana telah berubah – dan perubahan dalam pandangan
Che bermula dengan perlibatan dalam perjuangan bersenjata. Maka, dia dapat berkata,
misalnya:

Saya pernah memberitahu seorang pemimpin PSP, yang kemudiannya mengulangi kata-kata
saya sebagai penyifatan tepat mengenai zaman tersebut: ‘Anda dapat membina kader-kader
yang dapat mengalami penyeksaan paling zalim dengan sunyi di penjara, tetapi anda tidak
dapat membina kader yang dapat menyerbu sarang senapang automatik.’69

Pada setiap waktu, tekanan Che adalah pada kesetiaan dan keyakinan ahli-ahli revolusioner.
Tidak terdapatnya kajian mengenai kuasa-kusa sosial, tidak terdapatnya perbincangan
mengenai cara membina sebuah gerakan besar atau mengenai hubungan di antara tentera
pemberontak dan gerakan yang lebih luas. Akhirnya, kawasan pergunungan merupakan
lokasi ketenteraan. Politik – iaitu dataran – sentiasa tertakluk kepada kawasan pergunungan.

Bagi pihak sosialis revolusioner, sesuatu proses revolusioner adalah proses di mana orang
terlibat secara langsung dalam pembentukan takdir mereka, dan ia adalah pengalaman
menjadi seorang ejen aktif yang akan membentukkan masyarakat baru – sosialis- yang akan
bangkit. Sosialisme bukanlah berkaitan dengan perubahan pemimpin, tetapi sebaliknya
berkaitan dengan pembinaan masyarakat baru berdasarkan nilai-nilai berbeza (pengeluaran
demi keperluan dan bukannya keuntungan, misalnya). Ia melibatkan pandangan yang sangat
berbeza mengenai makna demokrasi – perlibatan seharian secara langsung dalam
pembentukan masyarakat dan bukannya undi jarang bagi seseorang ahli politik.

Pada awal tahun 1958, Che dan Fidel masih bergelut dalam perjuangan politik sengit
berkenaan cara perang revolusioner patut diperjuangkan. Apa yang mungkin menakjubkan –
kerana keraguan Fidel – adalah bahawa hubungan dengan Parti Komunis Kuba semakin
membunga dan terdapat hubungan rapat di antara bandar dan pergunungan. Beberapa ahli
Komunis penting menyertai tentera pemberontak, dan hubungan di antara pertubuhan-
pertubuhan mereka menjadi semakin erat. Ini mencerminkan kemerosotan hubungan di
antara pihak Komunis dan Gerakan 26hb Julai di kawasan bandar. Ia adalah jelas bahawa
sokongan baru PSP bagi pihak gerila lebih berkaitan dengan keinginan untuk membesarkan
jurang di antara dua bahagian Gerakan tersebut.

Pada bulan Mac 1958, gereja Katolik membiayai inisiatif kedamaian – dan makhamah
kelihatan seperti bersedia untuk menghukum samseng Batista. Diktator itu membalas
dengan menundakan pilihanraya yang patut diadakan pada bulan Jun dan melancarkan
ombak penindasan baru. Gerakan tersebut membalas dengan tuntutan demi ‘perang
menyeluruh’ menentang rejim tersebut – bermula dengan permogokan umum pada 9hb
April. Ia merupakan kegagalan besar. Kesatuan-kesatuan pekerja tidak bergerak dan PSP,
diketepikan oleh kepimpinan Gerakan di bandar, tidak menyokong usaha tersebut.

Selepas kegagalan tersebut, Gerakan 26hb Julau membuat perubahan politik penting. Pada
3hb Mei, direktorat kebangsaan berjumpa di Sierra Maestra. Melaporkan selepas itu, Che
berkata:

Mesyuarat itu membincangkan dan memberi pendapat mengenai dua konsep yang telah
bercanggah dengan satu sama lain sepanjang tahap terdahulu dalam perang. Konsep gerila
bakal muncul sebagai pemenang dari mesyuarat itu. Kedudukan dan kekuasaan Fidel
dikukuhkan.70

Ia bukan sahaja kekuasaan yang kini dipusatkan dalam tangan Fidel, dengan sokongan tanpa
persoalan Che. Struktur gerakan tresebut juga kini dibentukkan oleh perjuangan ketenteraan.

Bagi pihaknya, Che telah tiba pada kesimpulan-kesimpulan yang dia kemudiannya
memperkembangkan dalam Perang Gerila. Pertama sekali, bahawa seesuatu tentera popular
dapat memenangi perjuangan ketenteraan menentang tentera biasa. Kedua, bahawa dalam
keadaan-keadaan khusus Amerika Latin, ia adalah kaum petani miskin yang merupakan
kelas paling revolusioner – dan bukannya pekerja yang teratur dalam industri atau pertanian.
Ketiga, bahawa keadaan-keadaan bagi revolusi tidak perlu wujud sebelum perjuangan
bermula – foko revolusioner dapat menciptakan keadaan-keadaan tersebut.71

Idea-idea Che bakal membawa kesan yang dia tidak dapat membayangkan. Ia bakal
membentukkan perjuangan masa depat bagi sebuah generasi revolusioner muda di Amerika
Latin dalam cara yang membawa pengaruh buruk dan berjangka masa panjang.

Dari satu segi, Che sedang bereaksi menentang sesuatu gradualisme pesimistik yang dia
melihat dalam ahli-ahli sosialis lain – konsep bahawa ‘keadaan-keadaan objektif’ perlu wujud
sebelum perubahan dalam dicapai, seolah-olah ahli revolusioner tidak mempunyai pernaan
dalam usaha membangkitkan keadaan-keadaan tersebut. Namun, dalam mengenalpasti
petani miskin sebagai kumpulan sosial utama dalam revolusi, Che sedang menolak idea
utama Marxsisme – bahawa ia hanyalah kuasa kelas pekerja teratur yang dapat membawa
revolusi sosial. Beberapa negara di Amerika Latin masih dikuasai oleh pengeluaran pertanian
berskala kecil – dan perdebatan bahawa kaum petani merupakan kelas revolusioner masih
mempunyai pengaruh dalam keadaan-keadaan itu. Tetapi seperti negaranya sendiri,
Argentina, atau Meksiko – dia mana Che telah meluangkan masa – Kuba terkandung dalam
ekkonomi antarabangsa sebagai pengeluar gula dan sudah mengalami pertumbuhan
kawasan bandar.

Konsep revolusi Che hanya mengakui peranan mereka yang mendukung senjata dan
berjuang. Hanya merekalah yang menjadi pelakon revolusioner. Bagaimana pula dengan
pekerja bandar, pelajar, penduduk di bandar-bandar kecil? Tugas mereka hanyalah untuk
membekalkan dan menyokong tentera pemberontak. Dan jika itulah cara revolusi akan
dibina, ia juga adalah cara bagaimana masyarakat yang bangkit dari revolusi akan dibina.
Ahli-ahli revolusioner akan berkuasa dan majoriti akan menawarkan sokongan kepada
mereka yang berjuang bagi pihak rakyat. Dalam struktur ketenteraan, tidak terdapatnya
demokrasi mahupun pendedahan – kedua-duanya dapat membawa malapetaka dalam
konteks ketenteraan. Tetapi dalam sesuatu masyarakat, ketidak-hadirannya dapat membawa
kesusahan.

Walaupun Fidel dan Che tidak mengetahuinya pada masa itu, menjelang bulan Mei, rejim
Batista semakin kehilangan sokongan dari tuan-tuannya di Washington dan semakin
mereput dari dalam.72 Sememangnya, kerajaan AS tidak mengalami kesusahan hati kolektif.
Kerajaan-kerajaan diktator yang lain di bawah naungan AS masih berkuasa di Nikaragua,
Guatemala, Peru dan sebagainya. Ini masih merupakan zaman Perang Dingin di mana setiap
gerakan kebebasan, kemerdekaan kebangsaan atau keadilan sosial ditafsir oleh Jabatan
Dalam Negara AS sebagai bukti pengaruh Komunis.

Tetapi penguasaan AS di rantau tersebut tidak dipersoalkan, hanya kemampuan rejim Batista
yang tidak popular untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan AS daripada
tentangan luas dan popular. Dan tentangan tersebut semakin bertumbuh.

Selepas kegagalan permogokan April, Batista menghantar lebih ramai askar untuk
menyerang pihak gerila. Menjelang akhir bulan Mei 1958, 10,000 askar kerajaan telah
mengelilingi pihak pemberontak. Meskipun keengganan awam AS untuk menghantar senjata
kepada rejim Batista, peluru berpandu AS digunakan dalam serangan udara pada kampung
dan pengkalan di kaki bukit.

Sepanjang masa ini, Che berada di kem latihan Minas del Frío, menyediakan rekrut-rekrut
baru yang kemudiannya menjadi dasar bagi medan pertempuran kedua di kawasan timur. Ia
merupakan tugas penting, tetapi mengecewakan bagi Che. Dia berharap untuk mengambil
bahagian dalam pertempuran dengan tentera, bersama sahabatnya Camilo Cienfuegos.
Tetapi sambil Fidel tidak bergerak dari pusat arahan, Che secara umumnya menjadi timbalan
ketua, mengurus rangkaian radio dan komunikasi yang sangat penting. Sambil ia mungkin
kelihatan seperti ini merupakan tugas-tugas sekunder semasa konfrontasi, kesan
pemberontak tersebut berganda dan menyebar melalui komunikasi ini dengan dunia di luar
kawasan pergunungan. Ia membantu mereka impresi pertubuhan yang lebih besar dan
berkuasa daripada yang sebenarnya wujud.

Apakah realiti kuasa-kuasa pemberontakan pada masa ini? Fidel mempunyai lebih kurang
280 askar bersamanya dengan lebih kurang 50 keping peluru setiap satu. Medan kedua Raúl,
di Sierra de Cristal, mungkin melibatkan 200 pejuang. Kedua-dua kumpulan ini diserang dan
dikelilingi oleh tentera darat Batista dan serangan udara:

Kumpulan tersebut bukanlah besar pada mulanya. Seluruh pusat pemberontak itu...
sebenarnya hanyalah sesuatu kawasan kecil, beberapa batu persegi. Jarak dari komandansia
Fidel sehingga kampung Las Mercedes di medan pertempuran utara adalah 12 kilometer, dan
sekolah rekrut di Minas del Frío terletak di antara kedua-duanya. Ke selatan, kurang daripada
lapan kilometer dari ibupejabat pemberontak, merupakan kawasan perairan.73
Dalam serangan itu, percanggahan baru sedang timbul, terutamanya di kalangan rekrut-
rekrut baru di bawah Che. Beberapa daripada mereka melarikan diri, dan perasaan tidak
puas hati meningkatkan dan mewarnai serangan bom ke atas pihak pemberontak itu pada
awal bulan Jun. Jika mereka belum bersurai, ia jelasnya disebabkan sebahagian besar kerana
kualiti peribadi Che sebagai seorang pemimpin. Dalam satu tangan, dia bertenaga dan berani
sehingga agak cuai. Dia jujur dengan pengikutnya, dan jelasnya bersedia melakukan apa
yang dia mengarahkan orang lain melakukan. Dalam tangan sebelah, dia tidak menaruh
simpati dengan sesiapa yang dia percaya telah menganiayai atau mengancam matlamat
mereka. Beberapa pembunuhan berlaku, dan hukuman sangatlah tegas. Seorang pelajar yang
menjadi takut dan mencuba melarikan diri dihukum sepuluh hari tanpa makanan.
Ketakutan, usaha melarikan diri, kesusahan itu bukanlah susah untuk difahami dalam
sebuah pasukan sukarelawan yang sentiasa diserang. Namun, bagi mereka yang
mengikutnya, Che Guevara seolah-olah berani mati.

Menjelang akhir bulan Jun, angkatan tentera semakin mendekati pusat arahan Fidel di La
Plata. Kolum-kolum luar Gerakan 26hb Julai ditarik balik, kecuali kolum Raúl di Sierra
Cristal. Jumlah mereka yang melarikan diri semakin meningkat dan serangan itu masih
berterusan. Tetapi serangan oleh tentera Batista kini memasuki bulan ketiga. Dua pertiga
daripada tentera kerajaan askar wajib. Beberapa telah berpindah kepada pihak pemberontak.
Mereka yang kekal sudah menjadi letih, ramai pula tercedera dan kawasan yang mereka
menduduki dirasai sebagai musuh sebagaimana dengan pemberontak berseragam hijau
zaitun yang saling menembak mereka dan bersuara melalui pembesar suara. Keinginan
berputus asa merupakan sekutu paling besar bagi pihak pemberontak.

Apabila kolum Raúl menculik 46 warga Amerika, Fidel tidak gembira. Masa lebih kurang
selama seminggu yang diperlukan untuk merundingkan kebebasan mereka merupakan masa
berehat bagi pejuang-pejuang Raúl. Tetapi ia melemahkan usaha cermat Fidel untuk
memenangi sokongan awam AS. Pada awal bulan itu, misalnya, Fidel telah menandatangani
perjanjian di Caracas dengan sebuah kumpulan pembangkang Kuba yang lain, tetapi yang
tidak meliputi pihak Komunis Kuba. Sebenarnya, terdapatnya beberapa ahli Komunis di
kawasan pergunungan itu yang berbincang dengan Fidel pada masa itu, tetapi dia enggan
menyebarkan berita ini. Che mendapati ini sangat mengelirukan – Fidel tidak berkongsi
rancangannya dengan Che.

Pada akhir bulan Julai, arus mula berubah. Pihak pemberontak menculik beberapa askar
Batista dan menyerang beberapa kompeni askar. Menjelang 7hb Ogos, angkatan tentera itu
semakin bergerak – atau bersandung – keluar dari kawasan pergunungan. Sambil serangan
udara baru bermula sekali lagi beberapa hari selepas itu, tentera pemberontak telah berjaya
menyelamatkan diri.

Ia kini menjadi penting untuk menggunakan peluang baru ini dan meluaskan medan
pertempuran dengan membuka medan baru di timur. Tugas ini jatuh kepada Che – dan ini
bakal menyegarkan kedudukannya sebagai legenda di kalangan pihak pemberontak.
Pemilihan Che bagi tugas ini oleh Fidel merupakan tanda kehormatan dan kepercayaan
dalam warga Argentina itu. Namun, sambil dua lelaki itu bersetuju sepenuhnya mengenai
strategi ketenteraan, dan dalam kewaspadaan mereka akan beberapa ahli gerakan mereka di
kawasan bandar, terdapat perbezaan pendapat di antara mereka yang bakal muncul apabila
mereka berkuasa.

Ini berpusat pada sikap masing-masing terhadap Amerika Syarikat dan pihak Komunis
Kuba. Perjanjian Caracas menjadikannya sangat jelas bahawa Fidel melihat jurang yang
semakin membesar di antara kerajaan AS dan Batista sebagai faktor penting dalam keadaan
itu – dan dia menghalang apa-apa usaha yang mungkin membolehkan pihak konservatif di
AS untuk menggambarkan Gerakan 26hb Julai sebagai gerakan Komunis. Maka
penyingkiran PSP dari Perjanjian Caracas, dan usaha laju Fidel untuk memulangkan tebusan
yang diculik oleh Raúl. Terdapatnya perdebatan tanpa akhir sejak itu jika Fidel sebenarnya
merupakan seorang Komunis sulit yang berpura-pura menjadi seorang nasionalis
revolusioner. Realitinya adalah bahawa hubungannya dengan pihak Komunis, pada masa itu
dan juga pada masa kerajaan revolusioner, lebih bersifat pragmatik dan bukannya
berprinsip. Buat masa yang lama, hubungan itu sangatlah rapuh dan susah.

Che, dalam tangan sebelah, sambil sangatlah kritikal terhadap pihak Komunis dari pelbagai
segi, menggambarkan dirinya sebagai seorang Komunis. Dia menyokong Kesatuan Soviet
dan melihat masa depan Kuba dalam hubungan dengan blok negara-negara Eropah Timur.
Namun, sambil revolusi itu berkembang, Che menjadi semakin kritikal terhadap contoh
Soviet sambil Fidel menjadi pemimpin dan lambang Komunisme Kuba.

Namun, pada masa ini, simpati Che bagi pihak Komunis, berserta dengan kualiti-kualiti
peribadinya, merupakan kunci kepada tugas yang Fidel memberikan kepadanya. Ia bukan
sahaja penting untuk membuka medan pertempuran baru, Che juga diberikan tugas
menyatukan beberapa kumpulan yang memperjuangkan perang gerila tersendiri di kawasan
Escambray.

Keputusan ini menandakan perubahan dalam taktik ketenteraan. Castro mendakwa bahawa
peperangan tersebut kini bergerak dari fasa gerila yang terdiri daripada unit-unit laju yang
mendedahkan kelemahan musuh, ke peperangan kedudukan dengan beberapa medan di
mana tentera pemerintahan diktator akan diserang. Fidel kini menjadikan laungan Danton,
seorang ahli revolusioner Perancis – ‘Keberanian, keberanian dan keberanian lagi’ – sebagai
laungannya sendiri. Oleh kerana tahap senjata dan pengikutnya, ia merupakan rancangan
yang agak bercita-cita. Tetapi unsur utama bukanlah bersifat ketenteraan tetapi politik –
kekalahan serangan Batista pada Sierra Maestra, pertumbuhan keresahan di kalangan tuan-
tuan politik di Washington, dan rasa tidak puas hati popular dengan korupse dan rejim yang
ganas. Di kawasan Oriente, malah kehidupan medan pertempuran kedua di bawah Raúl
dapat dilihat sebagai sesuatu kejayaan.

Fidel kini mengumumkan ‘serangan’ ke atas seluruh pulau tersebut – dan ia merupakan Che
yang akan melakukannya.

Pada 30hb Ogos 1958, Che bertolak menuju pertengahan pulau tersebut. Komradnya, Camilo
Cienfuegos, sudah bertolaj menuju kawasam barat jauh, iaitu Pinar del Rio, dengan 82
anggota untuk membuka medan baru. Che mengikuti dengan 142 anggota dalam kolum-nya.
Dia meramalkan bahawa empat hari akan mencukupi untuk tiba di pergunungan Escambray
di daerah Las Villas, di kawasan pertengahan. Tetapi malapetaka melanda dari mula-
mulanya lagi. Bekalan petrol dan dua daripada lori mereka dimusnahkan dalam
pertempuran dengan tentera Kuba. Dua lori lagi dimusnahkan semasa ribut yang
menenggelamkan lori tersebut. Empat hari itu menjadi perjalanan susah selamsa 42 hari
melalui lumpur dan hujan. Semasa ‘perarakan panjang’ itu, legenda Che Guevara dilahirkan
tanpa dapat dinafikan lagi.

Kemungkinan besar sesiapa yang tidak memiliki kekuatan peribadi, keyakinan dan
kehormatan bagi pengikut-pengikutnya seperti yang dimiliki Che tidak akan menghabisi
perarakan panjang ini. Mereka yang mengikuti Che bulan pejuang lama tetapi rekrut muda
yang baru, pelajar dan petani, dengan pengalaman minimum. Jika dia membawa mereka
melalui 300 kilometer paya dan pergunungan, ia adalah bukti kepimpinan dan contohnya.
Tetapi Che juga bersifat degil – dia tidak memaafkan kelemahan (ini sudah menjadi jelas bagi
rekrut-rekrut di sekolah latihan gerila di Minas) dan dia tidak bersimpati apabila sesiapa
yang dia memimpin membuat kesilapan:

Dia tidak dapat menerima kesilapan dalam pengikut-pengikutnya: dia menjadi marah,
mencela dan menghukum mereka... Kebaikan hati (dan kemurahan hati) Che sentiasa
membawanya meminta maaf selepas beberapa jam atau hari. Dan dia tidak pernah meminta
dari pengikut-pengikutnya apa-apa yang dia tidak akan mengenakan pada dirinya sendiri.
Tetapi kualiti-kualiti abstrak ini mengganggui orang di dunia benar: orang lain tidak
berkongsi perasaan bertakdir, intelek atau keberanian dirinya.74

Namun, terdapat juga mereka yang menghormati kualiti-kualiti itu – dan bergantung
kepadanya untuk mengatasi keadaan-keadaan susah. Ia menjadikan Che seorang pemimpin
ketenteraan yang baik. Dan ia jelasnya adalah cabaran-cabaran ini, tuntutan-tuntutan
melampau ini yang membawa perasaan kejayaan paling besar baginya. Ia adalah menarik,
misalnya, bahawa diari Che tidak menyebut penyakit asma pada masa ini – walaupun
keadaannya mungkin menimbulkan penyakit tersebut. Ia seolah-olah letusan adrenalin,
keghairahan ketika-ketika ini mencukupi untuk menghindari penyakit asma.

Musuh dikenalpasti dengan jelas, keadaannya adalah jelas, komrad-komrad sangatlah


berdedikasi; dia berdamai dengan dirinya sendiri dan telah menjumpai bahawa rawatan
paling baik bagi penyakit asma adalah... wangi serbuk letupan.75

Bagi Che, ini merupakan peluang pertama untuk meraih kepimpinan secara langsung dan
bebas, dengan sokongan Castro sepenuhnya. Kesediannya mengorbankan diri dan
keberaniannya bukan sahaja menjamin bahawa dia akan memenuhi tugas penting ini – dia
juga dapat memenangi sokongan kumpulan-kumpulan lain di kawasan itu. Castro mungkin
menokok-tambah apabila menggambarkan tugas itu sebagai serangan. Realitinya adalah
bahawa kejayaan paling besar yang dia dapat meramalkan adalah ketibaan di pertengahan
pulau tersebut, melepasi pengelilingan daerah Oriente, dan pengasasan kehadiran di
kawasan di sekitar ibu negara, iaitu Havana.

Ini dicapai oleh Guevara, dan perjalanan itu menjadi lebih dramatik akibat beberapa
pengumumnan oleh komander tentera tempatan, Leftenan Kolonel Suárez Suquet, bahawa
Guevara berjaya ditahan dengan dokumen-dokumen yang membuktikan hubungannya
dengan pihak Komunis.

Perjalanan ngeri itu berakhir pada 16hb Oktober 1958. Che kini menghadapi dua tugas
penting. Yang pertama adalah untuk mendirikan perpaduan di antara kumpulan-kumpulan
yang bertelingkah di bukit-bukau Escambray. Yang kedua adalah untuk mengatur dan
menggalakkan pemulauan pilihanraya kebangsaan yang dipanggil oleh Batista bagi 3hb
November. Pilihanraya itu dipaksa pada diktator tersebut oleh AS, dengan harapan bahawa
alternatif borjuasi kepada Batista dapat dijumpai dan dapat memberikan perubahan terhad
yang mungkin memuaskan penduduk Kuba yang semakin tidak puas hati. Jika Gerakan
26hb Julai ingin mengekalkan penguasaan politiknya ke atas tentangan terhadap
pemerintahan Batista, ia sangatlah penting agar sifat terhad dan palsu pilihanraya tersebut
didedahkan.

Dalam tugas pertama di atas, Che membuktikan dirinya sebagai seseorang yang mahir dan
bebas dari segi politik. Di kalangan kumpulan-kumpulan di Escambray terdapatnya dua unit
bertelingkah yang telah muncul dari sayap bandar Gerakan, yang telah berusaha untuk
membunuh Batista dua tahun sebelum itu. Tambahan pula, Parti Komunis Kuba memiliki
kumpulan tersendiri di kawasan itu. Pihak Komunis merupakan pihak pertama yang
berhubung dengan Che, melalui Ovidio Díaz Rodríguez yang berusia 26 tahun dan yang
memimpin pertubuhan Pemuda Sosialis Las Villas. Reputasi Guevara sangatlah terkenal, dan
Ovidio meluahkan keghairahannya apabila berjumpa dengan seseorang yang sudah menjadi
lagenda.

Dia mendapati bahawa Che sangatlah terbuka dan bersimpati, sebagaimana dengan
seseorang kader PSP lain yang dihantar untuk bekerja dengan Che dalam tugas-tugas
propaganda dan komunikasi. Che bersimpati dengan Komunisme secara umumnya, tetapi
bukannya dengan Parti Komunis Kuba secara khususnya. Dia telah menyerap keraguan Fidel
dengan PSP, sesuatu keraguan yang dikongsi oleh kebanyakan ahli Gerakan 26hb Julai, dan
terutamanya oleh seorang jurutera muda yang berasal dari Poland, Enrique Oltuski, yang
memimpin unit ketenteraan mereka. Dia bersedia untuk bekerja dengan Che, walaupun dia
enggan menyokong rancangan Che untuk merompak sebuah bank di bandar Sancti Spiritus.
Tetapi dia enggan bekerjasama dengan pihak Komunis.

Sambil mencari cara untuk menyatukan kumpulan-kumpulan yang bermusuh ini, Che
menydari bahawa tugas yang lebih penting adalah untuk memulakan aktiviti ketenteraan
sebagai persediaan bagi pilihanraya November. Namun, tindakan pertamanya sebagai
komander kawasan tersebut adalah untuk mengamalkan undang-undang reformasi
pertanian, berikutan undang-undang revolusioner yang sudah diumumkan oleh Castro di
Sierra Maesta. Pada tahap ini, ia secara asasnya merupakan kegiatan propaganda, oleh
kerana kawasan tanah terhad di bawah kawalan tentera pemberontak. Namun, terdapatnya
perselisihan mengenai tahap yang undang-undang ini patut diamalkan. Bagi Castro,
reformasi tersebut patut dihadkan kepada pengagihan tanah yang dimiliki oleh Batista dan
tanah lain yang tidak digunakan. Che pula berpendapat bahawa reformasi tersebut patut
bermakna rampasan ladang-ladang besar, pengendalaan pembayaran sewa dan pengagihan
tanah tanpa gantirugi. PSP bersetuju dengannya.

Hubungan dengan pihak Komunis masih tegang dan susah. Sememangnya, PSP mengutuk
strategi perjuangan bersenjata Gerakan 26hb Julai sebagai strategi ‘pengembaraan.’ Namun,
Fidel jelasnya tertarik dengan pembinaan hubungan dengan pihak Komunis. Adiknya Raúl
sangatlah rapat dengan pihak Komunis dan, di Escambray, Che sedang bekerjasama dengan
mereka. Namun, orang yang paling rapat dengan Fidel sangat meragui gerak-geri ini dan
meyakinnya untuk menyingkirkan wakil PSP, Carlos Rafael Rodríguez, dari kem mereka.
Che tidak bersetuju, dan apabila serangan pada Guinía di Las Villas sedang diatur, PSO
bersetuju untuk melibatkan diri sambil Directorio menolak rancangan tersebut. Masih
terdapatnya kecemburuan dan persaingan di antara unit-unit tempatan.

Guevara enggan menerima keadaan ini. Dia melancarkan diri tindakan berskala kecil sambil
kumpulan-kumpulan lain berdiam diri. Dia muncul dengan wawasan sebuah gerakan
kebangsaan teratur dan, satu demi satu, dia tiba pada persetujuan dengan kumpulan-
kumpulan berlainan sambil mendesak bahawa dia akan mengekalkan kepimpinan umum.
Pada awal bulan Disember, Perjanjian Pedrero menandakan perjanjian dengan Directorio.

Jumlah pengundi yang rendah pada pilihanraya 3hb November mengukuhkan keyakinan
pihak pemberontak, dan siri kejayaan kecil tetapi penting membara semangat mereka.
Hubungan jalanraya dan pengangkutan dipotong, musuh diculik dan senjata dirampas.
Pengaturan di kawasan Che dan di antara kolum-kolum Che dan Camilo di kawasan utara di
daerah tersebut menemui kejayaan. Dan pada masa ini juga, Guevara menjumpai kekasih
baru. Seorang aktivis berusia 22 tahun yang telah mencari perlindungan di El Pedrero, Aleida
March bakal menjadi temannya dan melahirkan empat anak mereka.

Dari sudut pandangan Batista, pilihanraya November merupakan permulaan tahap terakhir
baginya. Hanya 30 peratus daripada penduduk mengundi, dan di beberapa kawasan, kurang
daripada 10 peratus membuang undi. Kehadiran Che di pergunungan Escambray
sememangnya merupakan faktor penting dalam penolakan pemerintahan diktator Batista.
Tetapi sejarah perjuangan yang mewakili Che sebagai pelakon tunggal dalam peristiwa-
peristiwa ini tidaklah tepat. Realiti-nya adalah bahawa, meskipun kegagalan permogokan
April, kumpulan-kumpulan Gerakan 26hb Julai di kawasan pergunungan telah mengekalkan
rangkaian sokongan mereka di beberapa bandar dan kawasan desa di pusat pulau tersebut.
Para pekerja di sebuah kilang tembakau kecil, misalnya, menjual kuota tembakau mereka
dan menghantar wang kepada pihak gerila.76 Unit-unit Directorio Revolucionario, bagi siapa
Che menaruh simpati, juga memiliki kehadiran dan kehormatan yang berakar dalam
tindakan-tindakan lalu mereka.

Castro risau bahawa hubungan-hubungan ini terlalu rapat. Dia sentiasa melihat Directorio
sebagai persaingan politik paling sengit, dan maka patut diragui dan dimusuhi. Pada masa
yang sama, Fidel jelasnya membuka laluan komunikasi dengan pihak Komunis, meskipun
permusuhan pemimpin-pemimpin lain pada direktorat kebangsaan. Permusuhan
berpanjdangan di antara Directorio dan PSP hanya dapat melemahkan rundingan-rundingan
tersebut. Fidel bersedia untuk duduk di atas pagar di antara dua kumpulan itu.

Namun, faktor utama dalam perubahan yang berubah ini adalah faktor objektif. Kegagalan
pilihanraya, kejayaan tindakan-tindakan berskala kecil tetapi terkenal di kawasan itu,
kezaliman Batista dan alienasi penduduk yang menghasilkannya, telah mempercepatkan
penumbangan rejim tersebut – terutamanya apabila lebih ramai daripada askar kerajaan
enggan berjuang. Ini menjadi jelas sambil pertempuran itu berlanjutan pada bulan Disember
dan membawa pihak gerila semakin hampir ke bandar keempat Kuba – ibu negeri daerah
Las Villas, Santa Clara.

Pada 27hb Disember, Che menghampiri bandar itu. Dia dan Fidel menyedari bahawa
penumbangan Batista akan ditentukan di sana – diktator itu juga menyedarinya. Che kini
mengetuai lebih kurang 340 pejuang. Askar Batista berjumlah sekurang-kurang 4,000 orang,
dan sebuah keretapi yang dipenuhi dengan senjata sedang menuju ke bandar itu untuk
melengkapi kubu di sana. Santa Clara merupakan persimpangan keretapi dan pengangkutan
penting di pusat pulau itu – ia merupakan, dari satu segi, gerbang ke Havana (walaupun
bandar pelabuhan Matanzas terletal di antara Santa Clara dan Havana).

Pertempuran selama tiga hari di sana sangatlah pahit dan ngeri. Tetapi pada ketika penting,
keretapi tersebut dihantikan di luar bandar itu. Pihak gerila berjaya merosakkan landasan
keretapi, dan 22 gerabak keretapi dimusnahkan apabila melintasi landasan rosak itu. Dalam
masa yang singkat, askar pada keretapi itu menyerah diri. Ia merupakan hari terakhir pada
tahun 1958.

Di Havana, rancangan dan kontra-rancangan diajukan untuk menghalang pihak gerila itu.
Tetapi penganiayaan, korupse dan pembelotan adalah tabiat yang susah untuk dilepaskan.
Batista mengemaskan barangnya dan mengatur rancangannya. Pada lewat malam, dia
meminta diri dari jamuan Tahun Baru dan menaiki kapal terbang ke Republik Dominika – di
mana seorang lagi diktator, Rafael Trujillo, menanti kedatangannya.
IX. Gerila Berkuasa

Pada Tahun Baru 1959, Kuba bangun kepada masa depan tanpa Batista. Di Santa Clara,
milita-militia tempatan mengawal askar yang telah menyerah diri semasa serangan ke atas
keretapi bersenjata tersebut. Masih terdapatnya beberapa penembak sasaran di ibupejabat
polis – penyeka terkenal Batista, yang tidak dapat mencari tempat perlindungan di bandar
itu – dan beberapa pengawal diktator tersebut yang menguasai hotel pusat. Tetapi selepas
tengahari, kubu di bandar itu menyerah diri dan para penduduk membanjiri jalanraya,
mengalu-alukan lelaki berjanggut yang bersaragam hijau zaitun (los barbudos). Menjelang
pukul enam petang, Santiago di kawasan timur telah tumbang kepada Castro.

Pada 2hb Januari, Camilo dan Che mengetuai kolum mereka dalam perjalanan sepanjang 300
kilometer ke Havana. Sepanjang lebuhraya, mereka dialu-alukan dan diberikan tepukan
tangan. Pada ketika ini, pada jalan raya ini, Che Guevara menjadi wira, seorang wakil
bermistika bagi perjuangan gerila yang berjaya. Namun, apabila kolum pemberontak
memasuki Havana pada hari seterusnya, ia diketuai oleh Camilo Cienfuegos. Che tiba
beberapa jam selepas itu dengan sebuah kumpulan kecil dan di bawah perlindungan waktu
malam. Namun, Camilo sehingga itu telah berfungsi sebagai timbalan Che – walaupun
kejayaannya di Yaguajay, yang berlaku pada masa yang sama dengan penumbangan Santa
Clara, sangatlah penting. Dia lebih muda dan, walaupun seorang tokoh popular,
pendiriannya tidak dapat dibandingkan dengan wira dari Argentina itu, di mana stamina,
keberanian cuai dan kesediaan mengorbankan diri telah menjadikannya sesuatu lagenda.

Arahan bahawa Camilo patut memimpin kolum berjaya diberikan oleh Fidel Castro, yang
masih berada di kawasan timur tetapi menguasai strategi keseluruhan. Ia sudah ditunjukkan
beberapa kali pada tahun sebelumnya bahawa Che tidak mempersoalkan arahan Castro. Dan
ia juga timbul dalam minda Che bahawa dia adalah, akhirnya, seorang pendatang asing
tanpa akar di Kuba. Bagi warga Kuba biasa, Che mewakili realiti fizikal perjuangan
bersenjata, kualiti-kualiti seorang pejuang, dan bukannya seorang ahli politik.

Terdapatnya lebih daripada itu juga. Fidel lebih dari sekali telah meluahkan keresagannya
dengan hubungan yang Che telah membina di pergunungan Escambray dengan pejuang-
pejuang Directorio di bawah Faure Chomón dan dengan PSP. Ia sememangnya merupakan
pra-syarat bagi kejayaan ketenteraan. Tetapi mata Fidel terpaku pada persoalan kuasa politik.
Bagi dia, ia sangatlah penting agar kejayaan itu dikenalpasti dengan Gerakan 26hb Julai,
bahawa pertubuhan yang dia mengetuai patut dikenalpasti sebagai kuasa tunggal di Kuba
baru. Apabila Fidel tiba di ibu negara, kurang daripada seminggu selepas itu, dia perlulah
tiba sebagai ketua Kuba revolusioner tanpa persaingan.

Namun, terdapatnya percanggahan di sini. Profil Gerakan 26hb Julai yang Castro memimpin
mencapai tahap tertinggi kerana kejayaan ke atas Batista dilihat sebagai kejayaan ketenteraan.
Tetapi Batista jelasnya tidak akan tumbang di bawah pengaruh serangan-serangan gerila
sahaja, walaupun perjuangan itu sangatlah berani dan diatur dengan baik. Tuan-tuan
diktator itu di Washington telah menarik balik sokongan mereka. Sekatan senjata diamalkan,
walaupun Batista dapat menerima senjata dari sumber-sumber lain. Angkatan tentera
akhirnya melerai. Ramai di kalangan penduduk menentang dan dijijikkan oleh penindasan
dan keganasan rejim tersebut. Dan terdapatnya pertubuhan-pertubuhan politik yang lain di
Kuba di mana para penyokong mereka telah memainkan peranan penting pada hari-hari
terakhir itu.

Jika Castro menerima ini, penguasaannya sudah pasti akan terjejat – dan sebahagian besar
daripada penguasaan itu berasal dari peranan yang telah dimainkan oleh Che, terutamanya
pada tahap perjuangan terakhir. Maka Fidel memupuk sikap yang agak bercanggah terhadap
Che. Dia bersedia untuk menyemai mitos seorang pemimpin ketenteraan yang berani dan
gagah, dan untuk menggalakkan penulisan sejarah perjuangan tersebut sebagai sesuatu
kempen ketenteraan dengan Che sebagai lambang dan penceritanya. Namun, dia memberikan
Che peranan sekunder dalam arena politik paska-revolusioner. Ini adalah kerana masih
terdapatnya jeraguan berkenaan dengan tahap persetujuan Che dengan strategi Fidel,
terutamanya penyingkiran kuasa-kuasa dengan siapa Che telah bersetuju dan bertindak
bersama pada bulan-bulan sebelumnya. Terdapatnya satu pertimbangan lagi. Fidel enggan
melakukan apa-apa yang mungkin memunasabahkan campur tangan serta-merta oleh AS.
Che kuat bersuara dalam bidang anti-imperialisme, sambil kewaspadaan Fidel dikenali
ramai.77

Che bersetuju tanpa bantahan. Apakah yang ini memberitahu kita mengenai sikapnya?
Pertama, bahawa Che sangatlah setia dan menerima peranan bawahannya sebagai seorang
pendatang asing yang berjuang di Kuba. Kedua, seperti tulisan-tulisannya menunjukkan,
Vhe melihat pertimbangan ketenteraan sebagai keutamaan. Dia yakin bahawa ini pertama
sekali merupakan kejayaan bersenjata – dan maka melihat disiplin dan struktur perintah
sebagai keutamaan pertubuhan. Itulah mengapa dia menerima pengumuman Castro bahawa
Santiago akan menjadi ibu negara sementara dan mengetepikan diri agar Camillo, pemimpin
muda yang membesar di Havana, dapat memimpin perarakan kejayaan dan mengambil
kuasa di pusat ketenteraan utama di Kolombia sambil Che di hantar ke kubu Cabaña yang
kurang penting di Teluk Havana. Penerimaan tanpa bantahan ini merupakan tindakan yang
murah hati dan tidak mengira diri sendiri.78 Anderson bersetuju bahawa Fidel ingin
menyingkirkan Che dari cahaya popular – walaupun dia menawarkan penjelasan tidak
kritikal, berkenaan dengan pandangan antarabangsa terhadap Revolusi Kuba.79

Apabila Che memasuki La Cabaña pada 3hb Januari, dia merujuk kepada askar yang baru
sahaja menyerah diri sebagai angkatan ‘neo-kolonialis’ dan menyindir, ‘Anda dapat
menunjukkan kami cara berbaris tetapi kami akan menunjukkan anda cara berjuang.’ Tugas
utama bagi Che adalah untuk bersedia demi ketibaan Fidel, dan untuk mengatur ‘keadilan
revolusioner.’ Sementara itu, Castro sedang bertindak laju untuk membentukkan susunan
baru. Kedudukan presiden diberikan kepada seorang ahli politik sederhana, Manual Urrutia.
Ia merupakan tindakan yang ditujukan kepada pandangan awam luar negara, tetapi
hanyalah petanda palsu. Ahli-ahli kabinet yang lain terdiri sepenuhnya daripada calon-calon
Gerakan 26hb Julai. Kepimpinan Directorio, iaitu komrad-komrad seperjuangan Che yang
baru, Chomón dan Cubela, menjadi marah. Mereka memasuki Havana dan menduduki
istana presiden, sesuatu tindakan yang penting kerana pemimpin dan ahli-ahli militan
terbaik mereka dibunuh di sana semasa kegagalan usaha membunuh Batista dua tahun
sebelumnya. Ia jatuh kepada Che untuk berbincang dengan mereka dan meyakinkan mereka
untuk berpindah ke bangunan yang kurang terkenal.

Rombongan Fidel memasuki Havana pada 9hb Januari 1959. Camilo dan Che mengiringnya
dalam jip, walaupun gambar paling terkenal dari hari itu menunjukkan Camilo dengan Che,
berdiri dan terlibat dalam perbincangan. Apabila Che muncul, dia kelihatan berfikir dan
melihat ke arah yang lain. Ini mungkin disebabkan oleh fakta bahawa mindanya
mempetimbangkan tugas penting yang Castro telah memberikannya – untuk mengatur
keadilan revolusioner di La Cabaña. Walaupun ia tidak jelas berapa ramai orang dibunuh
pada hari-hari pertama itu, ia mungkinlah 55 (70 lagi dibunuh tanpa bicara oleh Raúl di
Oriente). Menjelang bulan Mei pada tahun itu, jumlahnya mungkin mencapai 550. Mereka ini
merupakan penyeksa, perisik polis, hamba-hamba paling tekun bagi kerajaan polis Batista.

Dalam keghairahan dan keriuhan hari-hari revolusioner pertama di Havana, tidak sesiapa
berduka-cita akan kematian mereka. Di jalanraya, orang ramai sudah berbalas dendam,
diiringi oleh lagu dan tarian dan sesuatu jenis keghairahan umum.80 Sikap kerohanian Che
sudah ditunuukkan berkali-kali semasa pemberontakan tersebut, dan dia jelasnya terkejut
dengan keghairan dan sifat terbuka bandar itu. Pada masa itu, Havana melambangkan
kebebasan dan sifat tidak malu yang dia, seperti kebanyakan askar petaninya yang lain, tidak
pernah mengalami. Dia jelasnya merisaukan pengaruhnya pada askar-askarnya, dan oleh
kebiasaan mereka untuk menghilangkan diri dalam kedai minuman keras dan rumah
pelacuran di bandar pelabuhan itu. Tetapi pengalaman lalu telah menunjukkannya bahawa
ia bukanlah baik untuk meletakkan syarat-syarat pada para pejuang yang hampir menemui
maut. Sebaliknya, dia memiliki sesuatu upacara perkahwinan beramai-ramai di kubu La
Cabaña, lalu mengesahkan seksualiti terbuka askar-askar muda.

Gabungan hasrat demi dendam dan keadaan ghairah bukanlah sesuatu yang bercanggah.
Sebagaimana orang ramai meraikan kebebasan mereka, maka mereka mengutuk sesiapa
yang telah menghadkan dan menyingkirkan kebebasan mereka pada masa yang lalu. Tidak
terdapatnya persoalan bahawa mereka yang dibunuh secara umumnya merupakan mereka
yang bersalah kerana jenayah terhadap rakyat – ia mungkin juga dikatakan bahawa ini
merupakan cara untuk menghadkan keadilan rakyat revolusioner yang lebih rambang dan
susah dikawal. Dan walaupun proses tersebut sangatlah laju dan kejam, sekurang-kurangnya
selepas hari pertama, ia diamalkan mengikut tatatertib yang sama, dengan peluang membela
diri.

Walauapapun, Che tidak melarikan diri dari tanggungjawab yang dia menerima tanpa
bantahan. Dia sendiri telah menembak mereka yang melarikan diri dan menyokong
hukuman mati bagi para perisiki di kawasan pergunungan. Dalam bingkai tatatertib politik
di mana keperluan utama merupakan disiplin dan kesetiaan, ini merupakan amalan tetap.
Tetapi perjuangan bersenjata kini telah berakhir, dan pengukuhan kerajaan baru
mengutarakan persoalan-persoalan baru. Sambil polisi-polisi bagi pembangunan kebangsaan
dan kemerdekaan sekurang-kurangnya diutarakan secara kasar dalam dokumen dan
kenyataan lebih awal, isu demokrasi dan kebebasan membebankan pemimpin-pemimpin
Kuba yang baru. Ia patut menjadi keutamaan dalam pembinaan sebuah masyarakat baru
yang, dalam pandangan ternyata Che – jika belum lagi dalam pandangan Castro – berada
pada jalan menuju sosialisme.

Pembatalan hukuman tanpa bicara akhirnya muncul, tetapi sebagai balasan kepada tekanan
pendapat awam di luar negara, terutamanya di Amerika Syarikat. Sejak itu, hamba-hamba
rejim lama dibicarakan di stadium sukan di bawah undang-undang revolusioner, dan
tanggungjawan ini dilepaskan dari tangan Che.

Dia dibebankan oleh benda-benda lain. Pada 9hb Januari, ibubapanya tiba di Havana.
Kegembiraan mereka dengan kejayaan anak mereka adalah jelas dari gambar-gambar yang
menunjukkan senyuman lebar. Tetapi mereka juga terpaksa menerima peranannya dalam
mengamalkan keadilan tegas, dan keghairahannya. Mereka berjumpa dengan teman Che,
iaitu Aleida. Pada bulan itu juga, terdapatnya perjumpaan yang kurang selepas apabila
Hilda, isteri Che dari Peru, dan anak perempuan mereka berusia tiga tahun, Hildita, juga tiba
di Havana untuk menjumpai rumahtangga Che yang baru. Che enggan menghadapi keadaan
yang kurang merbahaya secara relatif ini, dan menghantar seorang pembantu untuk
menjelaskan keadaan tersebut kepada Hilda!

Pada 12hb Januari, penyakit asma Che menjadi semakin tenat dan dia berpindah ke rumah di
tepi laut di Tarará, di mana dia menetap, seringkali di bilik tidur, selama empat bulan. Dia
berada hanya 15 batu di luar Havana, tetapi dia berada di pinggir politik awam. Namun,
keadaan tersebut agak bercanggah, kerana sambil dia jelasnya dijauhkan dari pembinaan
kepimpinan politik, dari pelbagai segi dia merupakan ideolog politik dan salah seorang wakil
utama baginya.81

Terdapat tiga dimensi kepada hari-hari pertama semasa revolusi itu. Pertama, pengukuhan
kuasa baru dalam kerajaan. Kedua, perkembangan polisi-polisi bagi kerajaan baru – kerana
realitinya adalah bahawa hanya sedikit pertimbangan strategik telah berlaku pada dua tahun
yang lalu. Ketiga, kesan Revolusi Kuba pada Amerika Latin dan dunia secara umumnya.

Kuba revolusioner merupakan sebuah pulau kecil dengan lebih kurang lapan juta penduduk.
Ia masih bergantung bagi hampir seluruh pendapatan asingnya pada gula, yang dieksport
secara menyeluruh ke Amerika Syarikat. Ia tidak memiliki kemampuan pengeluran yang
mendalam dan kebanyakan barangan pengguna, jentera, minyak dan keperluan tenaga dan
pendapatan pelancongan berasal dari AS. Maka, hubungannya dengan Washington
merupakan faktor penentuan dalam masa lalu dan masa depan Kuba.

Che sangat yakin bahawa AS masih merupakan musuh utama, sebuah kuasa imperialis yang
tidak dapat bertindak dengan cara lain. Castro berkongsi pandangan itu, tetapi lebih bersedia
mencari penyokong dan penaruh simpati di Amerika Syarikat yang mungkin menghadkan
kemampuan Washington untuk bertindak dalam cara konfrontasi. Itulah mengapa Manuel
Urruti menjadi presiden Kuba dan bukannya Castro sendiri (sekurang-kurangnya bagi
beberapa bulan). Dalam masa beberapa bulan, Castro bakal mengunjungi Amerika Latin dan
melawat AS untuk memobilisasikan pendapat awam demi sokongan Kuba. Tetapi menjelang
masa itu, keadaan di Kuba juga telah berubah.

Che berada di Tarará bukan sahaja untuk berehat. Dia terlibat dalam diri perbincangan dan
persediaan dengan tokoh-tokoh penting dalam kerajaan baru. Tujuan mereka adalah untuk
mereka sistem keselamatan kerajaan baru, untuk memperkembangkan polisi-polisi ekonomi,
dan untuk membentukkan hubungan di antara Kuba dan Amerika Latin. Perbincangan
mereka semakin melibatkan ahli-ahli PSP, yang mula mendirikan pengaruh mereka dengan
Castro, dengan galakan Che.

Keselamatan kerajaan Kuba, atau G-2, diatur dengan laju dan diletakkan di bawah kawalan
Ramiro Valdés, seorang pejuang berwibawa dari Escambray.82 Hubungan dengan ahli-ahli
revolusioner lain dari Amerika Latin didirikan, dan ramai mengunjungi Kuba untuk
memimum atmosfera keghairahan revolusioner. Mungkin paling penting sekali adalah
perbincangan mengenai polisi ekonomi Kuba, kerana ia menjadi jelas kepada semua orang
bahawa sikap Washington tidak dapat diubah.

Sememangnya, ini merupakan tahun 1959 – masih dalam zaman Perang Dingin. AS telah
membangunkan dirinya sebagai sebuah kuasa global dan memunasabahkan campur tangan
politik dan ketenteraan di merata dunia dari segi konflik dengan Kesatuan Soviet. Apa-apa
usaha mencapai kemerdekaan atau demi pembangunan bebas digambarkan sebagai
sebahagian daripada konfrontasi ini – maka campur tangan AS di Lubnan, Iran, Guatemala
dan merata lagi. Tetapi meskipun kehadiran ketenteraannya, sokongan Washington bagi
pemerintahan diktator di seluruh Amerika Latin menjadi sumber kemarahan dan tentangan.
Lawatan ke Amerika Latin oleh Nelson Rockefeller pada tahun 1958 telah mencetuskan
demonstrasi dan pemberontakan di mana-mana dia menjejak.

Dengan latarbelakang ini, Revolusi Kuba dan penumbangan Batista diterima dengan
kegembiraan berleluasa di Amerika Latin sebagaimana ia diterima di jalanraya Havana. Dari
pelbagai segi, Batista merupakan seorang pemerintah diktator biasa – kebanyakan negara
Amerika Latin memiliki contoh mereka tersendiri, setiap satu dikekalkan dan disokong oleh
AS. Selepas sedekad di mana AS telah menggunakan kuasa ketenteraan dan ekonomi mereka
dengan sombong, Kuba mengumumkan bahawa gergasi itu memiliki kaki lemah. Empayar
besar itu dapat dihadapi, dan wakil-wakilnya dapat ditumbangkan. Itulah mesej yang
mengalir melalui satu generasi pihak anti-imperialis.

Di AS juga, Kuba mencetuskan perdebatan awam mengenai peranan Amerika di dunia. C.


Wright Mills, seorang ahli sosiologi dan penentang kuasa Amerika, menghasilkan amarannya
sendiri bagi kerajaan AS,83 bahawa negara-negara yang dinafikan kebebasan akan berjuang
deminya. Pihak lain, seperti Scheer dan Zeitlin,84 menawarkan amaran yang sama dari
perspektif politik yang berbeza. Mereka berkata bahawa tuntutan-tuntutan munasabah demi
perkembangan dan kemajuan bukanlah bersifat Komunis sahaja, tetapi jika hasrat manusia
yang asas ini dinafikan, maka gerakan-gerakan kebebasan akan bergerak ke kiri dan menjadi
Komunis. Suara-suara ini sememangnya diabaikan. Presiden AS, iaitu Eisenhower,
merupakan seorang Pejuang Perang Dingin – dan lebih-lebih lagi, timbalan presiden Nixon.
Kepentingan-kepentingan berkuasa, ketenteraan dan ekonomi, yang mengendalikan kerajaan
AS memahami pelajaran-pelajaran ini dengan baik – tetapi balasan mereka adalah untuk
menggunakan setiap peluang untuk menghancurkan rejim Kuba yang baru. Mungkin
terdapat keraguan sementara pada pihak mereka, tetapi CIA dan agensi-agensi Jabatan
Dalam Negara sudah mengutuk kerajaan baru ini kerana dedikasinya terhadap tujuan yang
melintasi kemerdekaan politik. Dan di pusat pemahaman mereka adalah wajah Che Guevara
yang, dari sudut pandangan mereka, lebih bersifat Komunis dari Castro yang licik. Che
mungkin mengundur diri untuk berehat, tetapi pandangan mereka adalah bahawa dia masih
merupakan kuasa politik penting. Dan mereka mungkin tepat.

Di Tararé, beberapa pihak yang Che telah mengumpul di sekelilingnya di Escambray kini
berjumpa sekali lagi untuk membincangkan polisi. Dan pihak Amerika Latin datang untuk
membincangkan permulaan revolusi di negara masing-masing. Ia bukanlah hanya
perbincangan politik dengan minuman keras serta cerut. Mereka datang untuk berbincang
dengan lelaki yang telah menciptakan revolusi – apa yang dia berkata mendukung pengaruh
mendalam dan dorongan revolusi yang berjaya. Tidak terdapatnya persoalan mengenai
perdebatan di sini – mereka datang untuk belajar.

Pada bulan-bulan pertama pada tahun 1959, Castro sedang membina struktur-struktur
kerajaan baru sambil Che sedang membentukkan ideologi dan menulis sejarahnya. Dengan
itu, dengan kedudukannya, dia bukan sahaja menggambarkan pengalaman lalu – dia juga
mengajukan pengalaman itu sebagai contoh dan arah untuk diikuti. Diambil bersama, Perang
Gerila dan tulisannya bertajuk Ingatan Mengenai Perang Revolusioner Kuba merupakan buku
panduan politik serta buku ketenteraan. Pengaruhnya bakal menjadi jelas dalam setiap
perjuangan revolusioner besar di Amerika Latin pada sepuluh tahun seterusnya. Kesan-
kesannya, secara umumnya, bakal membawa padah.

Pemahaman Che akan pengalaman Kuba mencerminkan dan mengukuhkan wawasan politik
Castro. Che memulakan Perang Gerila, yang ditulis pada tahun 1960, dengan kenyataan
terkenal bahawa Revolusi Kuba ‘menunjukkan dengan jelas kemampuan rakyat untuk
membebaskan diri mereka melalui perang gerila dari kerajaan yang menindas mereka.’ He
kemudiannya menarik ‘tiga pelajaran asas’ dari Revolusi Kuba:

(1) Kuasa-kuasa popular dapat memenangi perang menentang angkatan tentera.


(2) Ia bukanlah sentiasa penting untuk bersabar demi kewujudan keadaan-keadaan demi
revolusi: pemberontakan dapat menciptakan keadaan-keadaan tersebut.
(3) Di Amerika yang mundur, kawasan desa adalah kawasan asas bagi perjuangan
bersenjata.85

Dalam teori ini, ia adalah pihak revolusioner yang menciptakan revolusi – dan sememangnya
yang menciptakan keadaan revolusioner. Faktor-faktor utama yang menentukan kejayaan
atau kekalahan, dalam pandangan ini, adalah kemahiran berjuang, keberanian, kewiraan.

Diterjemahkan kepada perihal membina kerajaan baru, cara politik ini menganggap bahawa
ia akan direka dan dikekalkan oleh keinginan para pemimpin – dan bahawa hubungan di
antara kerajaan dan masyarakat akan menjadi hubungan perintah. Sifat perjuangan gerila,
dan kepimpinannya oleh Gerakan 26hb Julai di bawah Castro, juga bermakna bahawa
pertubuhan-pertubuhan massa atau pertubuhan-pertubuhan pertahanan diri pekerja telah
membangun dalam aliran perang revolusioner. Itu merupakan kesan perang yang diamalkan
sehingga ketika-ketika terakhir di kawasan yang jauh dari pusat-pusat penduduk dan
budaya politik. Penumbangan dasar bandar Gerakan tersebut selepas kegagalan permogokan
umum pada tahun 1958 menghancurkan satu-satunya peluang untuk membina gerakan di
luar kawasan pergunungan. Penguasaan gerakan kesatuan pekerja oleh pihak Komunis
mengecualikan satu lagi arena di mana bentuk-bentuk aktiviti massa mungkin berkembang
di samping tindakan-tindakan bersenjata, oleh kerana konflik yang sentiasa wujud di antara
Castro dan Parti Komunis (meskipun usaha untuk berdamai). Kelajuan penumbangan Batista
juga merupakan faktor penting.

Maka, satu-satunya kuasa yang bersedia untuk mengambil kuasa merupakan tentera
pemberontak sendiri. Jelasnya, inilah keinginan Castro. Tetapi hasilnya adalah bahawa
perlibatan demokratik massa tidak memiliki tempat dalam ideologi perang revolusioner ini.

Ia adalah penting untuk menggariskan betapa jauhnya ideologi ini dari tradisi sosialis
revolusioner, dan betapa jauhnya ia dari prinsip-prinsip Marxsisme sebagai teori dan amalan
revolusi pekerja. Dalam pentafsiran Che mengenai proses revolusioner, terdapatnya satu
kesulitan yang asas lagi jelas. Dimanakah rakyat? Dimanakah kelas pekerja, di mana
pembebasan mereka adalah inti sosialisme? Marx menulis:

Revolusi diperlukan... bukan sahaja kerana kelas pemerintah tidak dapat ditumbangkan dalam
cara lain, tetapi juga kerana hanya dalam revolusi dapat kelas yang menumbangkannya
berjaya menghapuskan segala kekotoran zaman dan bersedia untuk membina masyarakat
baru.86

Konsep ini bahawa revolusi adalah pembebasan sendiri kelas pekerja adalah inti pemikiran
Marx. Dari menjadi objek kepentingan pihak lain, majoriti rakyat menjadi penentu
kehidupan sendiri dengan mengubah masyarakat melalui tindakan-tindakan mereka sendiri.
Ia adalah prinsip asas dalam Marxsisme revolusioner. Namun, teori perang gerila
menggantikan idea ini dengan idea baru – bahawa ahli revolusioner akan menciptakan
revolusi bagi pihak kelas yang lebih luas.

Namun, hak untuk mewakili kelas ini adalah hak yang dituntut dengan sendiri, berdasarkan
ukuran merbahaya dan sentiasa berubah – populariti dan sokongan.87 Itu sangatlah berbeza
daripada hak memimpin yang dimenangi dalam perjuangan seharian, dalam amalan politik,
dan yang berakar dalam hubungan organik dan demokratik dengan kelas bagi siapa pihak
revolusioner mendakwa diri mereka mewakili. Teori gerila mementingkan pemisahan di
antara pihak revolusioner dan para pekerja.

Namun, dalam konteks tahun 1959, idea-idea ini dipenuhi dengan kepentingan dan
kekuasaan Revolusi Kuba dan lambangnya yang paling berpengaruh – Guevara. Pada hari-
hari dan minggu-minggu selepas penumbangan Batista, Gerakan 26hb Julai merampas kuasa
di seluruh Kuba dan mengutarakan budaya meraikan gerila sebagai wira popular baru.

Carlos Franqui, wartawan yang telah meluangkan tahun terakhir daripada kempen itu
dengan Fidel dan menyunting akhbar pemberontak, kini mengubahnya menjadi akhbar
harian utama. Di merata-rata timbulnya lukisan gerila yang berjanggut itu, dan bahasa
politik mencontohi retorik perjuangan bersenjata. Buku Franqui, La Sierra y el Llano
(Pergunungan dan Dataran) mengukuhkan mitos sebuah gerakan yang dibahagikan di antara
ahli revolusioner benar di kawasan pergunungan dan pihak lemah dan penakut di kawasan
bandar – kecuali pihak seperti Frank País. Pemahaman mengenai revolusi ini menguasai
bahagian gerakan di bawah Castro dan Che, dan memberikan tanda jelas kepada pihak
lawan, iaitu pihak Komunis dan Directorio, akan cara kuasa akan digunakan dalam kerajaan
revolusioner baru.
X. Menyebarkan Revolusi

Dalam perbincangan dengan pihak revolusioner Amerika Latin, ia merupakan nilai-nilai dan
cara-cara ini yang diajukan – dan siapakah yang berani menentang mereka yang baru sahaja
memenangi revolusi? Mereka membanjiri Havana dan tempat berehat Che.

Siapakah ahli-ahli revolusioner muda ini? Latarbelakang mereka, dalam kebanyakan kes,
bukanlah sangat berbeza dari latarbelakang Che atau Castro – mereka berasal secara
umumnya dari kelas menengah dan dipenuhi dengan kebencian terhadap imperialisme.
Mereka secara umumnya merupakan pihak nasionalis bagi siapa kemerdekaan kebangsaan
dan penentuan sendiri merupakan isu paling penting. Sebahagian besar daripada mereka
tidak berasal dari tradisi Komunis. Parti-parti Komunis di Amerika Latin sudah terbenam
dalam kesatuan-kesatuan pekerja dan sudah lama mengabaikan strategi revolusioner, lalu
menyemai pendekatan beransur-ansur kepada perubahan sosial. Apabila Che mendesak
bahawa pihak revolusioner tidak perly bersabar demi kewujudan objektif bagi revolusi, dia
merujuk secara kasar kepada parti-parti Komunis. Bagi dia, dan generasi ahli-ahli nasionalis
revolusioner muda, ia kelihatan seolah-olah pihak Komunis telah mengetepikan harapan
perubahan radikal kecuali pada tahap retorik yang paling abstrak.

Oleh kerana itu, mereka yang mengunjungi Kuba dengan tujuan mencari cara dan strategi
sangatlah bersimpati dengan pandangan-pandangan Che. Pada bulan Jun 1959, ekspedisi
yang diketuai oleh seorang veteran Sierra Maestra tiba di Republik Dominika denbgan tujuan
mendirikan sebuah unit gerila. Dalam masa beberapa jam, 230 orang sudah meninggal dunia,
dibunuh oleh askar di bawah arahan diktator Trujillo.88 Rancangan untuk mencapai operasi
serupa di Haiti beberapa minggu selepas itu ditunda. Pada bulan November, di Paraguay,
sebuah kumpulan seramai 80 orang melintasi sempadan Argentina dengan rancangan untuk
menubuhkan tentera gerila untuk menentang pemerintahan diktator Stroessner di sana.
Hanya sepuluh orang berjaya menyelamatkan diri dari serangan yang menunggu mereka
apabila mereka menjejak pada tanah Paraguay. Pada awal tahun itu, Roberto Romero, yang
Che telah menemui empat tahun sebelum itu, mengetuai ekspedisi ke Nikaragua yang juga
menemui kegagalan.89

Ini bukanlah satu-satunya tugas Che di luar mata awam. Laporan perisik AS dari awal tahun
1959 mencadangkan bahawa dia sebenarnya merupakan pemikir politik utama di belakang
pentas. Jelasnya dia telah mengumpulkan beberapa pakar di sekelilingnya – beberapa
daripada mereka telah berpindah ke Escambray semasa kempen Las Villas – untuk
membincangkan isu-isu polisi bagi rejim baru. Beberapa daripada mereka berasal dari Parti
Komunis, yang mungkin menjelaskan kerahsiaan mesyuarat-mesyuarat dan perbincangan-
perbincangan ini. Castro sendiri menjadi risau bahawa, jika berita mesyuarat-meryuarat sulit
ini dilepaskan, AS akan menggunakannya untuk memunasabahkan untuk menyerang Kuba.

Namun, ia tidak dapat dinafikan bahawa Che terlibat secara penting dalam tiga projek besar
pada bulan-bulan pertama ini. Yang pertama adalah perubahan tentera pemberontak
menjadi kuasa berterusan untuk mempertahankan kerajaan baru. Pertahanan itu juga
melibatkan penciptaan aparatus keselamatan, yang jatuh di bawah naungan Che. Projek
kedua adalah dalam bidang ekonomi, dan paling sekali melibatkan persediaan undang-
undang reformasi pertanian berdasarkan idea-idea yang Che telah mengutarakan setahun
sebelum itu. Projek ketiga adalah berkenaan dengan arah politik bagi revolusi. Di sini, Che
(dan Raúl Castro) jelasnya percaya bahawa Gerakan 26hb Julai dan pihak Komunis patut
bekerjasama dengan lebih rapat. Fidel jauh lebih berwaspada, terutamanya berkenaan
dengan pengumuman berita ini. Keraguan jangka masa panjang Castro terhadap PSP masih
wujud, walaupun dia masih berjumpa dan berbincang dengan Carlos Rafael Rodríguez,
seorang pemimpin PSP, sepanjang tahun sebelumnya. Walauapapun, pendekatan ini
sangatlah berhati-hati dan cermat, walaupun Che menyokong perbincangan yang lebih
mendalam.
Dari segi ini, perdebatan-perdebatan politik lebih memberikan tumpuan kepada bidang-
bidang lain – terutamanya persoalan reformasi pertanian. Di sebuah ekonomi pertanian yang
berdasarkan satu tanaman utama, ini sememangnya menjadi isu utama – kerana ia
menumpukan perhatian pada persoalan diversifikasi, pertumbuhan dan modenisasi pada
masa yang sama.

Pengalaman mutakhir memberikan dua contoh yang mungkin diikuti. Yang satu akan
melibatkan pembubaran ladang-ladang besar, terutamanya yang dimiliki oleh syarikat asing,
dan pengagihan tanah sebagai ladang-ladang kecil. Ini akan menciptakan kelas petani-petani
kecil di mana permilikan mereka, agar dapat digunakan, akan menjadi cukup besar agar
membolehkan mereka untuk mengupah pekerja untuk mengerjakan tanah. Para petani akan
menjadi, secara asasnya, pihak kapitalis kecil dengan sikap konservatif terhadap sebuah
sistem kapitalis di mana mereka jelasnya menerima kebaikan. Selepas Revolusi Kuba, AS
mula mengajukan reformasi pertanian jenis konservatif ini melalui Persekutuan Demi
Kemajuan – ia diamalkan, misalnya, di Chile pada tahun 1964, walaupun tanpa kejayaan
besar.

Alternatifnya mungkin digambarkan sebagai reformasi revolusioner, di mana ladang-ladang


besar akan ‘dikolektivisasikan’ – dikerjakan sebagai projek-projek sosial kolektif. Kebaikan
penyusunan semula jenis ini adalah bahawa ia akan memberikan pendapatan dari lebihan
pertanian yang kerajaan, sebagai penguasa tertinggi tanah, dapat menggunakan – untuk
dilaburkan dalam pertumbuhan perindustrian, misalnya. Namun, para petani secara
bersejarah telah menentang reformasi jenis ini kerana, secara asasnya, ia menghapuskan
dasar materialis bagi kewujudan mereka.

Che jelasnya lebih menyokong alternatif kedua. Apabila undang-undang revolusioner


pertama diluluskan di pergunungan Escambray pada tahun 1958, sesuatu perdebatan yang
Che jelasnya tidak memenangi sudah berlaku. Isu ini kini bangkit semula. Apakah tujuan
reformasi tanah? Adakah ia bertujuan merampas ladang-ladang besar, biarpun dimiliki asing
atau oleh warga Kuba, dan mengagihkannya di kalangan petani-petani kecil, lalu
memberikan setiap satu ladang kecil? Atau adakah tujuannya untuk mengubah milikan ini
menjadi ladang koperatif dan kolektif yang dapat disesuaikan untuk menghasilkan tanaman
melainkan gula?

Di sebaliknya ini terdapatnya persoalan lebih besar yang Guevara, lebih daripada sesiapa
yang lain dalam kepimpinan Kuba, percaya adalah kunci kepada masa depan revolusi
tersebut. Bagaimanakan sebuah ekonomi kecil, yang bergantung bagi lebih 80 peratus
daripada pendapatan eksport pada satu tanaman – gula – dapat melepaskan diri dari
pergantungan ini? Satu jawapan adalah melalui diversifikasi ekonomi – yang satu lagi adalah
melalui pembangunan perindustrian.

Terdapat komponen lain dalam wawasan strategik ini – alam antarabangsa yang lebih
terbuka dan bersimpati dengan revolusi. Semua ini berhubung secara rapat.90 Hasil
daripadanya, Che melihat dirinya sebagai terlibat dalam pembinaan masyarakat sosialis di
Kuba dan penyebaran revolusi di luar sempadan pulau tersebut.

Dia percaya bahawa kejayaan akan dicapai di luar Kuba melalui pengeksportan perang
gerila. Ia sememangnya merupakan satu-satunya pengalaman politik yang dapat dirujuk
kepada oleh Guevara – dia tidak mempunyai pengetahuan mahupun pemahaman politik
mengenai cara kaum pekerja dapat menciptakan revolusi bagi diri mereka sendiri. Che
menggambarkan tentera baru sebagai ‘barisan hadapan rakyat Kuba.’91 Ini merupakan
deklarasi jelas bahawa angkatan tentera akan memainkan peranan politik utama, yang
sebenarnya – dalam tradisi sosialis revolusioner – diberikan kepada parti revolusioner yang
terbenam dalam pertubuhan kolektif para pekerja. Tetapi Che melihat pertubuhan-
pertubuhan massa kelas pekerja sebagai sesuatu yang akan mengikuti rampasan kuasa dan
direka oleh kerajaan baru.

Undang-Undang Reformasi Petanian yang pertama diluluskan pada 7hb Mei. Ia mencontohi
ucapan yang Che membuat mengenai isu ini sebulan sebelum itu. Pengagihan semula tanah
kepada petani-petani kecil dan pekerja-pekerja petanian bermula pada hujung bulan itu.
Pada bulan Januari 1960, kerajaan mengumumkan rancangan menasionalisasikan latifundia
(ladang-ladang besar yang dimiliki secara swasta), biarpun dimiliki asing atau oleh warga
Kuba. Lebih penting lagi, Fidel mengumumkan bahawa ia akan diubah menjadi ladang-
ladang kolektif atau koperatif dan bukannya ladang-ladang swasta kecil. Ini merupakan jenis
reformasi pertanian yang Che menyokong di pergunungan Escambray dan yang Fidel
menentang pada masa itu. Ia bakal dilihat sebagai cabaran kepada AS dan sahabat-sahabat
AS di Kuba.

Mengapakan ini sangat penting? Penciptaan sebuah kelas petani individu kecil akan
menandakan bahawa Kuba sedang bergerak menuju sistem kapitalis moden di mana cara-
cara pengeluaran dmiliki secara swasta. Peralihan menuju ladang-ladang koperatif dan
kolektif terbenam dalam idea harta sosial – bahawa sumber-sumber masyarakat dimiliki oleh
semua orang dan patut digunakan demi kebaikan semua orang. Sebenarnya, kerajaan kini
menjadi tuan tanah besar.

Nasionalisasi syarikat-syarikat telefon dan elektik yang dimiliki oleh AS sebulan sebelum itu
sudah ditafsir oleh sektor-sektor perisikan AS sebagai bukti bahawa rejim baru itu bersifat
Komunis. Dan ia adalah Che yang mereka melihat sebagai pihak yang bertanggungjawab. Ini
menjelaskan mengapa Castro menerima jemputan dinginan apabila dia mengunjungi
Washington pada bulan yang sama. Presiden Eisenhower mengelakkan perjumpaan itu
dengan mengambil percutian golf, lalu meninggalkan timbalan presiden Richard Nixon,
seorang yang bersifat anti-Komunis, untuk menangani Fidel. Laporan Nixon mengenai
perjumpaan itu berkata bahawa Kuba merupakan negara Komunis dan patut dihapuskan
dengan laju. Fidel, dalam tangan sebelah, menggunakan lawatan itu untuk
mempersembahkan dirinya sebagai seorang nasionalis, dan untuk menunjukkan bahawa
Kuba baru tidak mencabar keselamatan tuan lamanya.

Dari AS, Castro mengunjungi Brazil dan Venezuela untuk mendirikan hubungan diplomatik
rapat dengan presiden negara-negara itu yang dia melihat (akhirnya dengan salah) sebagai
sekutu berpotensi. Dalam kunjungan sementara yang terkenal di Houston, Fidel berjumpa
dengan Che dan Raúl. Tidak terdapatnya rekod mengenai perbincangan mereka, tetapi
kemungkinan besar dua ahli radikal itu risau bahawa Fidel terlalu merapati kerajaan AS. Dia
telah mengumumkan tanpa bicara bahawa hukuman bunuh akan dibatalkan, meskipun fakta
bahawa masih terdapatnya beberapa kes makhamah yang belum selesai. Raúl dan Che
menentang apa yang mereka melihat sebagai penyerahan diri kepada pendapat awam AS.

Pada 2hb Jun 1959, Che berkahwin dengan Aleida di rumah salah seorang sahabat dan rakan
kerjanya yang paling karib, Alberto Castellanos.92 Ia berlaku 12 hari sebelum harijadinya
yang ke-31.

Pengumuman, tiga hari selepas perkahwinannya, bahawa Che akan dihantar pada misi
diplomatik ke beberapa negara – dia bakal meninggalkan Kuba selama tiga bulan –
mengejutkan ramai orang:

Adakah ini sebahagian daripada permainan sekatan dan imbangan biasa Fidel?Adakah Che
marah dengan kesederhanaan proses revolusioner seperti yang dicadangkan oleh beberapa
orang yang mengenalinya?93

Dalam satu tangan, ia sesuai sepenuhnya dengan pencarian sekutu dan hubungan ekonomi
di merata dunia. Dalam tangan sebelah, ia menyingkirkan buat sementara lelaki di mana
kekuasaan politiknya telah bertumbuh secara dramatik sehingga ia dapat dilihat sebagai
cabaran kepada Fidel sendiri. Ia dapat juga dilihat sebagai penyerahan kepada Washington,
di mana atmosfera menjadi semakin bermusuh terhadap kerajaan Kuba yang baru.

Perjalanan Che bermula pada 12hb Jun. Aleida tidak mengikutinya, meskipun desakan
sahabat-sahabatnya untuk ‘mengambil pekuang ini dan berbulan madu.’ Keputusan Che
untuk bertolak seorang diri adalah satu lagi contoh ketegasannya, keinginannya agar tidak
kelihatan seperti mempunyai tujuan melainkan penyebaran revolusi. Tidak terdapatnya
keraguan bahawa rakyat Kuba menyedari fakta ini, dan tertarik. Bagi Che, lawatan tersebut
merupakan pengalaman bercanggah, kadang-kala menghampakan, kadang-kala
mengghairahkan, sambil dia melawat Mesir, Indonesia, Jepun dan Yugoslavia. Tetapi surat-
suratnya kembali kepada tema kesunyian dan ‘perasaan misi’ yang mendorongnya.

Guevara telah menjadi seorang insan yang menyedari takdir bersejarah, kepentingannya
pada pentas dunia.94 Namun, dia tidak pernah digambarkan oleh mereka yang menjumpai
Che sebagai seorang yang sombong – tidak sabar dengan protokol, ghairah, tegas, mungkin,
tetapi tidak menjauhkan diri. Rundingan sulit dengan Kesatuan Soviet untuk pembelian gula
Kuba mungkin merupakan unsur paling penting semasa lawatan ini. Oleh kerana tuduhan
yang semakin nyaring dari AS, rundingan ini dirahsiakan. Begitu juga dengan ketibaan wakil
Soviet rasmi yang pertama di Kuba pada awal bulan Oktober. Adakah ini merupakan tanda
bahawa Fidel sedang bergerak ke kiri? Ia adalah susah untuk berkata jika ini hanyalah satu
lagi tindakan imbangan oleh Castro – mencari pasaran baru sambil tidak menawarkan
kesetiaan yang lebih luas.

Apabila Che kembali, Institut Reformasi Pertanian sedang berfungsi di bawah naungan Fidel.
Tanggungjawab baru – sebagai ketua jabatan perindustrian – menunggu Che. Dari segi
politik, ia seiras dengan perkembangan yang lain, yang mengukuhkan penguasaan Castro ke
atas kerajaan.

Jawatan baru itu, dari satu segi, sangatlah logikal – Che sentiasa berkata bahawa ia adalah
penting untuk memperkembangkan dasar perindustrian dengan laju. Dia percaya bahawa ia
merupakan syarat bagi kehidupan kerajaan baru. Kilang-kilang Kuba sedang merosot akibat
kekurangan jentera dan penutupan pasaran luaran. Pelaburan sangatlah rendah, sambil
kebocoran kelas majikan Kuba bermula. Didorong oleh AS, bagi siapa pelarian kelas majikan
merupakan senjata propaganda penting, dan diancam oleh keasukan kerajaan ke dalam
ekonomi, kelas-kelas perdagangan dan profesional lama mula mengatur penghijrahan
mereka. Ia adalah penting bahawa, apabila Che mengambil-alih jabatannya, bangunan bagi
jabatan tersebut belum siap dibina, pejabat-pejabatnya masih belum dipenuhi dan
peralatannya masih berkurangan. Sekali lagi, Che kelihatan sebagai timbalan Fidel.

Terdapatnya perkembangan di tempat-tempat lain juga. Pada bulan Julai, Presiden Urrutia
dan sekutu-sekutunya meletakn jawatan sebagai bantahan terhadap arah kiri polisi kerajaan.
Selepas penolakan palsu, Fidel membenarkan dirinya dilantik sebagau presiden, sambil dia
‘menyerah’ kepada keinginan rakyat semasa perarakan Havana yang meraikan 26hb Julai.
Lebih serius lagi, Huber Matos – seorang komrad lama, seorang komander gerila penting dan
salah seorang yang Che telah menggambarkan sebagai ‘anti-Komunis lama’ – juga
mengumumkan letakan jawatannya. Fidel mendesak agar dia dihadapkan dengan
makhamah di bawah tuduhan pengkhianatan, dan para pemimpin revolusi berdebat jika dia
patut dihukum bunuh. Raúl mendesak bahawa apa-apa tentangan terhadap kerajaan dalam
iklim mutakhir adalah pengkhianatan dan patut dihukum seiras dengan tuduhan itu. Yang
lain pula enggan berubah pendapat dan berkata bahawa pembantahan bukanlah sama
dengan pengkhianatan. Che kelihatan kurang pasti, walaupun akhirnya dia bergerak dari
pengajuan hukuman bunuh kepada penerimaan hukuman penjara 30 tahun yang dikenakan
pada Matos.
Walaupun dia sudah sangat sibuk, pada hujung bulan November, Guevara dinamakan
sebagai presiden Bank Nasional Kuba. Ini pertama sekali merupakan lantikan politik –
pengarah-pengarah sebelumnya lebih mementingkan perdagangan dan bermusuh dengan
Fidel. Lebih-lebih lagi, bank tersebut mungkin sekali terlibat dalam pelarian warga Kuba dan
sumber-sumber ke Miami, sambil pelarian itu belayar secara beramai-ramai melintasi Selat
Florida sepanjang 90 batu.

Terdapatnya cerita mitos yang berkata bahawa Fidel pernah bertanya jika terdapatnya ahli-
ahli ekonomi dalam bilik dan Che mengangkat tangannya – dia kemudiannya berkata
bahawa dia salah mendengar, berpendapat bahawa Fidel mencari ahli ‘Komunis.’ Realitinya
adalah bahawa Fidel tidak mempunyai pilihan. Kumpulan sekutu-sekutu yang dipercayai
dalam kepimpinan kerajaan baru sangatlah kecil. Camilo sudah meninggal dunia dan Raúl
kini mengatur jabatan pertahanan. Che bukanlah seorang ahli ekonomi, walaupun dia telah
membaca dan mengkaji ekonomi dan matematik. Tetapi dia dapat diharapkan untuk
mendirikan kawalan politik ke atas ekonomi melalui Bank Nasional. Itulah tugas sebenarnya.
Dan ia mewakili gerakan jelas dalam arah ekonomi berpusat dan terancang, walaupun ini
belum lagi dikatakan secara terbuka. Apabila ia diumumkan, Che tidak bersetuju mengenai
cara sebuah ekonomi sosialis patut diatur. Tetapi itu berlaku kemudiannya.

Bursa saham di New York menjadi gementar dengan berita lantikan Che, dan lebih ramai
pelabur mula menarik wang mereka dari Kuba. Mereka melihat arah baru dalam polisi Kuba,
walaupun ia tidak bersifat sistematik mahupun teratur seperti yang mereka membayangkan.
Menjelang akhir tahun pertama selepas revolusi, sisa-sisa rejim lama telah dibersihkan dari
angkatan tentera, polis, pertubuhan-pertubuhan ekonomi dan organ-organ kerajaan. Fidel
mengetuai kerajaan dan Institut Reformasi Pertanian, Che mengetuai peralatan keselamatan
dan Bank Nasional, dan Raúl mengetuai angkatan tentera. AS semakin memupuk polis tegas
terhadap Kuba, yang menggabungkan serangan ekonomi dengan perjanjian keselamatan
serantau untuk memulaukan Kuba. Ia bergerak dengan laju untuk melemahkan talun-talun
politik akibat Revolusi Kuba di Amerika Latin. Dokumen-dokumen yang berkitar dalam
bulatan-bulatan kerajaan AS berkali-kali mengutarakan peranan penting Che sebagai bukti
arah yang diambil oleh proses itu.

Lawatan timbalan presiden Soviet, Mikoyan, ke Kuba pada bulan Februaru 1960 merupakan
katalis. Dari segi awam, dia berada di sana untuk membuka pameran perindustrian Soviet,
tetapi terdapatnya juga agenda lain. Oleh kerana sekatan ekonomi tidak rasmi yang sudah
berkuat-kuasa, Rusia dilihat sebagai pasaran berpotensi bagi gula Kuba dan sebagai
pembekal barangan pengguna. Hubungan itu bukanlah bersifat kewangan, ia bersifat politik.
Kumpulan penasihat ekonomi Che berasal dari seluruh Amerika Latin, dan setiap satu
merupakan ahli Komunis. Itu bermakna bahawa mereka berkongsi pandangan
pembangunan ekonomi berdasarkan konsep perancangan yang diamalkan di blok Soviet.
Mereka mencadangkan penggunaan pendapatan dari penjualan gula untuk membiayai
pembangunan perindustrian, untuk mengalihkan sumber-sumber dari penggunaan kepada
pengeluaran. Ini akan diatur dalam cara yang sangat berpusat, dengan menggunakan ukuran
tegas bagi keuntungan. Namun, tindakan pertama Che lebih bersifat politik – dia
menghadkan simpanan matawang. Ini merupakan permulaan jelas sebelum membawa
segala perdagangan asing di bawah kawalan Bank Nasional, walaupun itu hanya
diumumkan setahun selepas itu.

Reaksi Washington dapat dijangka. Senjata paling penting Amerika Syarikat adalah
pergantungan Kuba pada AS untuk membeli gula – iaitu sumber matawang asing paling
besar bagi Kuba. Washington kini mengancam untuk memotong kuota gula (jumlah yang ia
membeli) oleh kerana nasionalisasi ladang-ladang besar. Ia juga mula menyenjatakan
kumpulan-kumpulan pelarian Kuba yang bersedia untuk menyerang.

Pada bulan Mac 1960, menuntut agar kilang-kilang pemprosesan minyang yang dimiliki oleh
AS memproseskan bekalan minyak Rusia yang mula tiba di Kuba. Apabila syarikat-syarikat
itu enggan bekerjasama, kerajaan Kuba merampas kilang-kilang tersebut. Tidak terdapatnya
pilihan lain kerana Kuba tidak memiliki bekalan minyan sendiri. Bekalan-bekalan minyak itu
merupakan sebahagian daripada perjanjian komersil yang ditandatangani sebulan sebelum
itu dengan Kesatuan Soviet, yang juga menjamin pembelian kuantiti-kuantiti gula Kuba yang
besar. Pada masa yang sama, dan ini bakal menjadi penting tidak lama selepas itu, Kuba
menubuhkan sebuah majlis ekonomi kebangsaan bersama, JUCEPLAN, di bawah pengaruh
penasihat-penasihat Soviet. Majlis itu mewakili keputusan jelas untuk bergerak menuju
ekonomi berpusat dan terancang jenis Soviet.

Serangan-serangan dari tapak-tapak di AS kini berlaku dengan lebih kerap, dan Castro
diyakinkan bahawa pertahanan pulau itu merupakan keutamaan penting. Namun, lawatan
untuk membeli senjata tidak berbuah. Misalnya, Britain enggan menjual senjata kepada
pelanggan baru ini. Jelasnya Washington mempengaruhi keputusan beberapa negara, dan
hanya Belgium dan Itali ingin membekalkan Kuba dengan senjata. Keperluan sebuah strategi
pertahanan menjadi lebih penting apabila bekalan senjata pertama dari Belgium meletup di
pelabuhan Havana, membunuh 100 orang. Ia jelasnya merupakan kegiatan sabotaj. Maka
pada bulan Mei 1960, Kuba dan Kesatuan Soviet menandatangani perjanjian persenjataan.

Aliran peristiwa-peristiwa menjadi semakin laju. Havana telah berubah:

Bandar yang setahun sebelum itu menjadi taman permainan Amerika dengan kelab-kelab
belayar mewah, pantai-pantai peribadi, kasino dan rumah pelacuran – dan kawasan-kawasan
kulit putih sahaja – semakin melesap. Roda-roda perjudian masih berputar di hotel-hotel
besar, tetapi kebanyakan pelacur tidak berada di jalanraya.95

Hubungan dengan AS hampir diputuskan. Pihak di sekeliling Eisenhower, seperti Richard


Nixon dan CIA, semakin mengajukan tindakan secara langsung terhadap Kuba kerana ia kini
dilihat sebagai pangkalan blok Soviet. Pejuang-pejuang anti-Soviet kini dilatih di AS,
terutamnya di Miami di mana warga Kuba bersejarah digandakan oleh tambahan pelarian
yang semakin ramai, hampir kesemuanya ahli-ahli profesional atau pedagang, serta hamba-
hamba rejim lama yang telah mewakili kepentingan-kepentingan AS di pulau itu.

Pada bulan Julai, ancaman untuk memotong kuota gula Kuba dicapai oleh undi di Kongres
AS. Kerajaan Kuba membalas dengan rancangan nasionalisasi baru terhadap harta AS. Pada
masa yang sama, beberapa ahli gerila sekali lagi menduduki pergunungan Escambray,
termasuk beberapa komrad lama Che. Namun, kini mereka berjuang menentang revolusi.
Pemberontakan itu tidak berlanjutan – tetapi keadaan itu menjadi semakin tenat. Pihak
pembangkang politik dan akhbar-akhbar mereka ditindas menjelang pertengahan tahun
1960. Di AS, Kuba mula mengambil peranan penting dalam kempen presiden di mana John
F. Kennedy memalukan calon bersaingnya, Richard Nixon, kerana gagal bertindak
menentang Kuba dan berjanji bahawa dia akan mengambil tindakan tegas apabila dia
memasuki Rumah Putih.

Perang kata-kata dan pertikaman lidah ini seringkali menyembunyikan kepentingan-


kepentingan benar di hati perdebatan tersebut. Kerajaan AS menghadapi cabaran terhadap
penguasaannya dan haknya yang sehingga itu tidak tercabar untuk menguasai urusan dunia
dengan gabungan kuasa ekonomi dan ketenteraan. Gula Kuba bukanlah penting, tetapi
tentangan Kuba tidak dapat diterima.96

Di Kuba sendiri, perubahan politik yang benar sedang berlaku, dan Che semakin berada di
pusatnya. Dalam kesatuan-kesatuan pekerja, misalnya, pertempuran sudah berlaku selama
lebih setahun. Selepas revolusi, CTC, iaitu kongres pekerja Kuba, telah jatuh di bawah
kawalan sekumpulan ahli Gerakan 26hb Julai di sekeliling David Salvador. Seperti
kebanyakan orang dari generasinya, dia sangatlah bermusuh dengan pihak Komunis Kuba.
Namun, menjelang akhir tahun 1959, Castro sendiri menjadi semakin risau dengan pengaruh
kumpulan itu, yang dia melihat sebagai sesuatu yang bersifat konservatif. Menjelang akhir
tahun itu, Salvador digantikan oleh kepimpinan baru yang lebih rapat dengan Parti
Komunis. Menjelang pertengahan tahun 1960, kesatuan-kesatuan pekerja diatur dari atas,
secara langsung oleh menteri tenaga pekerja. Ia telah menjadi lengan kerajaan.
XI. Tindakan-Tindakan Yang Diambil

Pada 10hb Julai 1960, Fidel tidak sihat dan Che mengambil tempatnya semasa perarakan
dengan Khrushchev, ketua Rusia Soviet. Ucapan Che penuh dengan keyakinan dan kejayaan.
Kerajaan revolusioner, dia berkata, kini menikmati keselamatan kuasa ketenteraan kedua
besar di dunia. Ia bukanlah menakjubkan bahawa dia mengatakan ini. Malah sebelum
revolusi tersebut, dia semakin menggambarkan dirinya sebagai seorang Komunis dalam
bentuk Soviet, dan majoriti orang di sekelilingnya – sebelum dan selepas penumbangan
Batista – merupakan ahli Komunis.

Tetapi ia adalah sangat jelas bahawa pemahaman Che mengenai makna menjadi seorang
Komunis sangatlah berbeza dari pandangan klasik Marx mengenai revolusi sosialis sebagai
ketika apabila kelas pekerja merampas kuasa demi dirinya sendiri. Buku Che, Perang Gerila,
yang diterbitkan pada bulan April 1960, berkata bahawa pelakon-pelakon revolusi
merupakan pihak revolusioner, yang berdiri di atas golongan majoriti dan bertindak bagi
pihak mereka. Apabila berkuasa, ia merupakan kerajaan revolusioner yang mengambil
peranan ini. Kunci kepada kejayaan merupakan pertumbuhan dan diversikasi ekonomi, dan
kejelasan pemerintahan. Kerajaan revolusioner hanyalah satu lagi penjelmaan tentera gerila.

Apa yang tersingkir dari gambar ini adalah demokrasi, kawalan dari bawah dan kepimpinan
yang bertanggungjawab secara langsung kepada majoriti yang ia mewakili. Namun, ini
bukanlah sesuatu isu bagi Che atau Fidel, yang pada Hari Pekerja melaungkan ungkapan
baru, ‘Ya kepada revolusi, tidak kepada pilihanraya.’

Bagi Che, isu-isu utama merupakan ‘pengorbanan dan dedikasi.’97 Ketegangan dengan
Amerika Syarikat mendalam setiap hari, dan apa-apa rundingan yang Fidel mungkin
mempertimbangkan kini dilupakan. Che sentiasa menekan permusuhannya terhadap
imperialisme, dan keyakinannya bahawa ia tidak akan membenarkan revolusi tersebut untuk
membangun. Washington sudah menyokong tentangan bersenjata terhadap rejim baru itu
dan ingin menggunakan kuasa ekonominya untuk melemahkan Kuba revolusioner.
Bertentangan dengan ini, tulisan dan ucapan Che pada masa itu mengutarakan rayuan
kepada Kesatuan Soviet demi sokongan dan bekalan (terutama sekali bagi minyak) dan
sebagai pasaran bagi gula Kuba.

Pada tahap ini, Che juga melihat ekonomi Soviet sebagai contoh untuk diikuti, oleh kerana ia
telah mengamalkan kolektivisasi pertanian laju diikuti oleh perindustrian yang juga laju. Kini
kita menyedari bahawa pertumbuhan itu dicapai dengan harga tinggi bagi berjuta-juta
pekerja Rusia, dan dengan pengenaan ekonomi perintah di mana kerajaan mengatur
pengeksploitasian tenaga pekerja di bawah keadaan zalim.98 Tetapi Che mungkin tidak
melihat sejarah zalim ini – meskipun ucapan tahun 1956 oleh Khrushchev yang mula
membuka topeng pemerintahan Stalin. Kerisauan terbesar Che adalah perkembangan
perindustrian yang dapat meringankan pergantungan Kuba pada gula dengan
membangunkan sektor-sektor ekonomi yang lain, dan mendorong pengeluaran bahan-bahan
mentah dan jentera yang diperlukan untuk mengekalkan pengeluaran itu.

Ulangtahun serangan 1953 pada berek Moncada, iaitu 26hb Julai, seringkali menjadi ketika
bagi pengumuman perubahan penting dalam arah politik Kuba. Pada tahun 1960, nada dan
kandungan ucapan panjang Fidel Castro agak bermusuh dan mencabar. Buat kali pertama,
Fidel memberikan amaran kepada Amerika Latin bahawa di mana terdapatnya ketidak-
adilan dan penindasan, contoh Kuba akan menjadi melahirkan tentangan dan perjuangan
revolusioner. Ucapan itu sememangnya ditujukan kepada AS sebagaimana dengan Amerika
Latin. Ia menandakan amalan yang semakin tegas terhadap pihak imperialis, tetapi ia juga
memberikan tanda bagi apa yang berlaku di Kuba sendiri.
Paling sekali, ia merupakan tanda paling jelas mengenai pengaruh politik dan peribadi Che
pada revolusi tersebut. Ini diluahkan dalam beberapa cara: pertama sekali, dalam sifat anti-
imperialisme yang semakin tegas; kedua, dalam perkembangan hubungan dengan Kesatuan
Soviet dan pihak Komunis Kuba; ketiga, dalam polisi ekonomi yang semakin menekan
diversifikasi yang menjauhkan diri dari gula; dan keempat, dalam polisi-polisi dalaman
kerajaan Kuba yang semakin menekan unsur-unsur ketenteraan seperti disiplin,
pengorbanan dan kepatuhan.

Apabila Castro mengunjungi New York untuk menyampaikan ucapan kepada Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan Jun, sikap sangatlah berbeza daripada setahun
sebelumnya. Ucapannya selama tiga jam merupakan ucapan paling panjang dalam rekod
(walaupun bukannya ucapan Castro yang paling panjang) dan mencabar Washington. Di
New York, rombongan Kuba memenangi kejayaan hubungan awam yang besar dengan
enggan menetap di Hotel Waldorf Astoria (yang terlalu mahal dan sudah pastinya diperisik)
dan berpindah ke sebuah rumah penginapan di Harlem. Jika itu menjadikan rombongan
Kuba sangat pipular di kalangan kaum pekerja, ia tidak memenangi mereka sahabat baru
dalam pentadbiran AS. Dalam tangan sebelah, kedua-dua calon dalam pilihanraya presiden
AS (Nixon dan Kennedy) sudah mengumumkan keinginan mereka untuk ‘melakukan
sesuatu berkenaan dengan Kuba.’

Di Kuba sendiri terdapatnya tanda-tanda jelas mengenai kawalan kerajaan yang semakin
ketat. Penubuhan apa yang bakal menjadi Majlis-Majlis Demi Pertahanan Revolusi (CDR)
pada hujung bulan September memberikan mesej yang sangat jelas. Pada permukaannya, ia
merupakan balasan terhadap tentangan dalaman, sabotaj dan peningkatan dalam jumlah
kumpulan-kumpulan pembangkang bersenjata. Tetapi pada masa yang sama, ia merupakan
bentuk kawalam kerajaan secara langsung yang jelas dan teratur. Sememangnya, seperti
kebanyakan pertubuhan lain yang diasaskan di bawah kepimpinan Gerakan 26hb Julai, ia
merupakan cara untuk memastikan yang keputusan yang diambil oleh kerajaan diamalkan
dengan sempurna. Tidak terdapatnya aspek bahawa komunikasi tersebut akan berfungsi
dalam arah bertentangan, tidak terdapatnya aspek bahawa majlis-majlis ini akan mewakili
akar-umbi masyarakat. Perubahan-perubahan yang sama telah berlaku dalam gerakan
kesatuan pekerja, misalnya, di mana kongres kesatuan pekerja baru (CTC) berucap bagi
pihak kerajaan kepada pekerja, dan bukannya dalam arah bertentangan. Federasi Perempuan
Kuba (FMC) berfungsi dalam cara yang sama. Kesemuanya merupakan alat kerajaan.

Dalam atmosfera tegang pada masa itu – dengan ketibaan bekalan senjata Rusia yang
pertama, pemenjaraan pemberontak-pemberontak bersenjata, pemotongan hubungan
ekonomi dan politik dengan Washington berserta dengan ancaman yang semakin meningkat
dan semakin jelas – perdebatan bahawa ini merupakan zaman darurat apabila peraturan-
peraturan biasa tidak dapat diamalkan mungkin mempengaruhi ramai orang. Namun, kesan-
kesan jangka masa panjang merupakan penerimaan, atau sekurang-kurang penaklukan
kepada, idea bahawa demokrasi dan tanggungjawab merupakan kemewahan yang tidak
dapat dibiayai oleh revolusi yang kian diserang. Lebih 40 tahun selepas itu, ia merupakan
perdebatan yang masih digunakan oleh kerajaan Kuba dan penyokong-penyokongnya di
luar negara.

Ia adalah Che yang berkata bahawa kesetiaan kepada revolusi merupakan isu utama, dan
bahawa kegagalan untuk mengikuti tuntutan-tuntutannya merupakan kesalahan yang patut
dihukum. Ia adalah Che yang mengasaskan kem buruh berkontroversi di Guanacahabibes di
mana ‘mereka yang melakukan kesalahan terhadap moral-moral revolusioner’ dihantar
untuk dipulihkn melalui kerja susah.99

Akhbar-akhbar pembangkang ditutup, dan majalah-majalan pra-revolusioner dipaksa


bergulung tikar. Penutupan majalah budaya Lunes de Revolución pada awal tahun itu,
misalnya, berlaku akibat filem pendek bertajuk PM yang dibuat oleh beberapa orang yang
terlibat dengan Lunes, yang menunjukkan kehidupan hedonistik di Havana. Ia tidak dapat
disifatkan sebagai kontra-revolusioner dari apa-apa segi – kecuali jika hubungan sesama seks
dianggap sebagai sesuatu yang kontra-revolusioner! Ia merupakan tanda awal bagi
penindasan golongan yang mengamalkan hubungan sesama seks, yang sentiasa dikaitkan
oleh Castro dengan Havana pra-1959, dan yang berlaku tanpa henti sepanjang empat dekad
seterusnya.100

Di Amerika Latin, Revolusi Kuba masih menikmati kekuasaan besar berkenaan dengan
pengaturan perjuangan – perang gerila masih merupakan contoh yang diikuti oleh sebuah
generasi baru. Che memperdebatkan bahawa pihak revolusioner merampas kuasa terlebih
dahulu, dan kemudiannya mencipta revolusi. Kerajaan memerintah, dan akar-umbi
mengamalkan arahan-arahan tersebut.

Pada masa yan sama, Che kini menggunakan sesuatu konsep yang bakal menjadi penting
dalam pemikirannya, iaitu konsep ‘insan baru’ (el hombre nuevo). Ia sudah diutarakan dalam
ucapannya pada bulan Jun 1960, ‘Mengenai Pengorbanan dan Dedikasi,’ di mana dia berkata
bahawa para pekerja perlu menerima pengorbanan pada masa mutakhir sebagai ganti bagi
masa depan di mana taraf kehidupan mereka akan meningkat. Che berkata pada masa itu,
dan akan mengutarakan dengan lebih berkuasa selepas itu, bahawa kerisauan dengan
kebaikan-kebaikan materialis merupakan sesuatu penjelmaan budaya kapitalis, dan bahawa
dalam masyarakat baru, perkhidmatan kepada masyarakat dan perasaan menyumbang
kepada revolusi adalah hadiah yang mencukupi. Ini meluahkan diri dalam hari-hari bekerja
sukarela, apabila orang ramai memberikan masa mereka dengan percuma. Dengan aliran
masa, pekerjaan sukarela ini menjadi hari-hari bekerja tanpa gaji, dan meletuskan perasaan
tidak puas hati yang semakin bertumbuh walaupun agak terpendam.

Ia merupakan perdebatan yang agak menarik, melainkan bahawa janji-janji tersebut


ditawarkan lebih dengan berharap daripada dengan pasti. Dalam pada itu, bagi kebanyakan
pekerja, ia kelihatan seolah-olah mereka disuruh mengorbankan kepentingan mereka demi
masa depan yang terpencil dan tidak pasti. Walauapapun, realitinya adalah bahawa Kuba
tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan masa depan ekonominya sendiri,
terutamanya apabila ia bergantung pada kepentingan ekonomi yang lebih berkuasa (Rusia)
yang menguasai sumber-sumbernya dan harga barangan. Dari segi itu, keadaannya bukanlah
sangat berbeza dari zaman sebelum 1959, apabila Kuba bergantung kepada AS untuk
membeli gulanya dan menjual barangan pengguna yang diperlukan. Revolusi tidak
bermakna bahawa barangan yang majoriti orang tidak memiliki kini dapat diperolehi.
Sebaliknya, ia bermakna bahawa ia kurang dapat diperolehi berbanding dengan dahulu.

Tetapi terdapatnya kebaikan-kebaikan penting. Kempen membaca pada tahun 1960


membawa taraf buta huruf ke tahap yang paling rendah di Amerika Latin,101 dan
perkhidmatan kesihatan pada tahun-tahun awal itu memenangi Kuba sesuatu reputasi bagi
perkhidmatan kesihatan asas. Ini merupakan kemajuan-kemajuan sosial yang membawa
kebaikan bagi semua orang. Tetapi terdapatnya juga masalah. Akumulasi kekayaan untuk
membiayai pengeluaran dan sektor-sektor ekonomi yang baru mengalihkan sumber-sumber
dari perkhidmatan sosial. Konsep kesedaran baru Che merupakan jawapan kepada masalah
itu.

Pada mulanya, balasan penduduk Kuba sangatlah positif. Namun, terdapatnya sesuatu
unsur yang tidak muncul dalam perdebatan Che. Perlibatan dapat menjadi matlamat
tersendiri, selagi ia benar-benar berlaku. Namun, kepelbagaian deklarasi kesetiaan para
pemimpin kepada mereka yang dipimpin bukanlah ganti bagi demokrasi pekerja tulin di
mana ia merupakan pertubuhan-pertubuhan popular yang membuat keputusan dan kerajaan
yang mengamalkannya.

Sambil perubahan-perubahan ini berlaku, Che dihantar pada lawatan rasmi ke Moskow.
Lawatannya berlaku pada masa yang sama dengan mesyuarat penting bagi parti-parti
Komunis sedunia – sesuatu mesyuarat yang membawa ke permukaan ketegangan di antara
dua mahakuasa Komunis pada masa itu, China dan Kesatuan Soviet. Che dialu-alukan oleh
jemputan berhormat. Dia berdiri dengan ketua Soviet, Khrushchev, semasa perarakan
ulangtahun Revolusi Rusia dan diberikan akses kepada pejabat-pejabat sulit birokrasi Soviet.
Namun, meskipun segala jemputan dan keistimewaan, Che kelihatan seolah-olah tidak
menyedari apa yang berlaku semasa Kongres Parti-Parti Komunis:102

Meskipun simpati-simpati Marxsis-nya, Guevara masih tidak menyedari kehidupan sulit


keluarga Komunis. Pemahamannya mengenai USSR agak berpuisi. Dia telah membawa
beberapa karya mengharukan oleh penulis-penulis yang Stalin menggambarkan sebagai
‘jurutera jiwa,’ dan menonton filem-filem memakrifatkan yang menyanjung nilai-nilai ‘wira
positif’... Dia menerima segala-galanya yang dia ditunjuk atau dijanjikan.103

Dari sudut pandangan Che, lawatan itu merupakan kejayaan besar. Dia diterima dengan
berhormat dan diberikan kedudukan penting di sisi apa yang dia menamakan ‘negara paling
berkuasa di dunia.’ Eropah Timur yang dia melihat sememangnya merupakan bahagian yang
dia ingin melihat. Che tidak mempunyai pengalaman kehidupan politik atau gerakan
sosialis. Pembacaannya pada dua tahun sebelumnya agak rambang dan secara umumnya
berkenaan dengan urusan-urusan teknikal dan falsafah. Pendek kata, dia bersifat naif (lurus).

Perkara yang aneh adalah bahawa kementahannya merupakan penarikan dari satu segi –
terutamanya apabila digabungkan dengan kejujuran dan kemampuannya untuk berusaha.
Namun, ia bermakna bahawa dia dapat ditipu oleh hasrat Rusia. Dan apabila dia membuat
lawatan sepuluh hari ke China dan Korea, dia dapat berkata selepas itu bahawa dia tidak
melihat kemiskinan di China, meskipun kebinasaan meluas yang disebabkan oleh Lompatan
Besar Ke Hadapan – iaitu usaha China untuk melompat dari kemunduran ekonomi ke
kemodenan perindustrian dalam masa beberapa tahun. Serupa dengan itu, dia tidak melihat
apa-apa di Rusia atau di Eropah Timur untuk merisaukannya.104

Pandangan-pandangan Che tidak dipengaruhi oleh lawatannya. Sememangnya, ia menjana


harapan yang dia meluahkan dalam temuramah televisyen pertamanya tidak lama selepas
dia kembali.105 Sikap Kuba pada ragyb 1961 jelasnya dikukuhkan oleh kepercayaan bahawa
pihak Soviet akan mempertahankan mereka walau apa. Sebenarnya, kerisauan utama Rusia
adalah untuk mengekalkan Kuba di luar sfera pengaruh China. Namun, walaupun Che
dikagumkan oleh dunia Komunis, ia merisaukan dia bahawa barangan Soviet tidak berkualiti
seperti barangan Amerika Utara yang biasa digunakan oleh rakyat Kuba. Dia
membincangkan isu-isu ini semasa temuramah televisyen-nya. Pada masa yang sama, dia
dikagumkan oleh China – dan terutama sekali oleh idea-idea Lompatan Besar Ke Hadapan.

Pada 17hb April 1961, sebuah pasukan serangan seramai 1,500 tiba di pantai yang dikenali
sebagai Playa Girón atau Teluk Babi, di perairan tenggara Kuba. Dinafikan secara rasmi oleh
kerajaan AS, ia jelasnya dibenarkan oleh pentadbiran Kennedy yang baru dan diatur melalui
CIA.106 Ketegangan telah meningkat selama beberapa minggu, sambil pulau tersebut
dimasuki oleh pelbagai kumpulan dan sambil tindakan sabotaj berlaku dengan lebih kerap.
Meskipun pengumpulan 35,000 orang di Havana oleh pihak polis dan hampir tiga kali
jumlah itu di seluruh Kuba, di mana beberapa dihukum bunuh tanpa bicara, sebuah kedai
besar di Havana diletupkan seminggu sebelum serangan tersebut. Pada 15hb April, dua
kapal udara yang kelihatan seperti kapal Tentera Udara Kuba mengebom Santiago dan
Havana, di mana tujuh orang terbunuh.107 Dalam ucapannya yang marah semasa
pengebumian pada hari seterusnya, Castro menggambarkan revolusi tersebut sebagai
revolusi ‘sosialis’ buat kali pertama.

Serangan bersenjata itu tidak berjaya. Militia Kuba bertindak dengan laju dan berani, dan
lapan kapal terbang menangani pengebom B-26 yang berkuasa tetapi besar. Dalam masa tiga
hari, ia telah berakhir, dan Castro serta Che dapat mengumumkan ‘kekalahan pertama bagi
imperialisme di kawasan Amerika.’108 Bagi Kennedy, dalam atmosfera konfrontasi Perang
Dingin, Kuba hanyalah anak buah Rusia – dan ini merupakan pertempuran yang dimenangi
oleh pesaing imperialis. Pihak Soviet bersedia untuk membenarkannya dilihat di bawah
cahaya itu. Pada bulan Mei, Fidel dianugerahkan Anugerah Kedamaian Lenin, iaitu anugerah
Soviet yang serupa dengan Anugerah Nobel.

Reaksi Kennedy adalah untuk meningkatkan perbelanjaan ketenteraan. Kajian Che mengenai
Playa Girón adalah untuk melihatnya sebagai pengesahan strategi perang gerila – reaksi
Kennedy juga agak serupa. Di mana Che menuntut pembinaan tentera-tentera gerila,
Kennedy mengarahkan perkembangan kuasa-kuasa dan strategi kontra-revolusioner. Satu
hasil dari masa itu merupakan ‘pasukan pencegah laju,’ atau Beret Hijau. Mesyuarat
Pertubuhan Negara-Negara Amerika di Punta del Este, Uruguay, pada bulan Ogos pada
permukaannya adalag berkenaan dengan isu-isu ekonomi. Tetapi arus bawahan dapat
dirasai. Rancangan bantuan baru merupakan satu lagi komponen dalam strategi kontra-
revolusioner, yang menawarkan jalan menuju pembangunan yang tidak mengikuti (dan
menentang) revolusi.

Guevara merupakan wakil Kuba di mesyuarat itu, dan fakta ini menggembirakan pengambil
gambar yang mungkin dijangka mengambil gambar baju kelabu selama seminggu. Dalam
ucapannya pada 8hb Ogos, Che menyerang AS, dan menuntut keadilan ekonomi dan
kemerdekaan bagi negara-negara Amerika Latin. Dalam realiti, keganasan serangannya
dilemahkan sedikit oleh pengakuannya, juga dalam ucapan itu, bahawa Kuba ingin hidup
bersama dengan ‘keluarga Amerika secara menyeluruh.’ Tidak lama selepas itu, dia
berjumpa secara sulit dengan wakil AS, Richard Goodwin. Rekod-rekod perjumpaan itu
tidak didedahkan selama beberapa dekad – tetapi ia menunjukkan yang Che agak terbuka
mengenai masalah-masalah ekonomi Kuba dan mencadangkan sesuatu ‘kedamaian’ untuk
membenarkan Kuba menangani masalah-masalah penting. Sebagai ganti, Che
mencadangkang yang Kuba mungkin tidak akan membekalkan perjuangan bersenjata di
Amerika Latin atau membentukkan persekutuan rasmi dengan pihak Soviet.

Laporan Goodwin kepada tuan-tuannya menunjukkan bahawa dia mentafsir perbincangan


itu sebagai tanda kelemahan. Bagaimana pula dengan Che? Kemungkinan besar dia melihat
Kuba dari kedudukan kekuatan sementara selepas Playa Girón. Kennedy, seperti yang dapat
dijangka, melihatnya sebagai peluang untuk meningkatkan tekanan pada Kuba, yang kini
mengalami kesusahan ekonomi yang serius, dan mendesak kerajaan-kerajaan Amerika Latin
untuk menghancurkan segala hubungan dengan Kuba. Gergasi semakin menggerakkan
ototnya.

Ia kini kelihatan ironik untuk mempertimbangkan kenyataan Che bahawa menjelang tahun
1962, Kuba akan berada pada perjalanan menuju rancangan perindustrian dan perubahan
ekonomi, sesuatu hadiah bagi pengorbanan dan kemurahan hati rakyat Kuba selepas
menangguhkan kebaikan materialis dalam kehidupan mereka dan berjuang demi pertahanan
revolusi. Kempen ketenteraan menentang Kuba berterusan dan krisis ekonomi menjadi
semakin tenat. Menjelang bulan Mac 1962, kad-kad catuan makanan muncul di Kuba:

Walaupun Che mahupun Fidel enggan mengakui fakta tersebut, permulaan catuan makanan
menandakan penamatan ilusi mereka untuk membina Kuba sebagai sebuah kerajaan sosialis
yang serba ada, bebas daripada pergantungan luar. Berkenaan dengan ilusi Che bahawa
perpaduan global di antara negara-negara sosialis dapat membawa penumbangan kapitalisme,
ia bakal dihancurkan.109

Che mengambil-alih Kementerian Industri baru pada bulan Februari 1962. Catuan makanan
bermula sebulan selepas itu. Ia sangatlah menyifatkan Che, dan menjelaskan popularitinya,
bahawa dia menolak gaji kementerian yang lebih tinggi dan mendesak agar dia dan semua
orang dalam kementeriannya menerima hanya gaji biasa. Pada masa yang sama, terdapatnya
sesuatu kecemasan dalam ucapan dan tulisannya, dan sesuatu perasaan hampa. Sekatan AS
semakin mengelilingi. Bahagian-bahagian ganti bagi jentera AS yang menggerakkan industri
Kuba kini semakin berkurangan dan tidak dapat diganti, walaupun rakyat Kuba sudah
memperkembangkan kemampuan untuk menyesuaikan diri, bagi mana mereka menjadi
terkenal. Meskipun rayuannya kepada para penduduk agar bersabar, wang masih digunakan
untuk barangan pengguna, walaupun ini semakin susah diperolehi.

Terdapatnya juga masaah manusia. Menjelang masa itu, 500,000 warga Kuba telah melarikan
diri ke AS. Gusano (cacing) ini, seperti yang mereka dipanggil, sebenarnya mewakili
sebahagian besar daripada pedagang dan ahli-ahli profesional Kuba – peguam, doktor, ahli-
ahli teknik, jurutera. Che melaporkan bahawa dia hanya mempunyai dua ahli geologi dalam
jabatannya, tetapi memerlukan 2,000. Lebih kurang dua ratus sukarelawan dari Eropah
Timur tidak mencukupi untuk memenuhi jurang ini.110 Malah jika mereka ingin
melakukannya, blok Soviet tidak dapat membekalkan barangan ganti atau jentera baru yang
mencukupi dalam jangka masa pendek atau sederhana, dan apa yang diberikan tidak
berkualiti tinggi.111 Kemudian terdapatnya kekurangan bahan-bahan mentah.

Bagi Che, keperluan melepaskan diri dari pergantungan pada gula dan demi diversifikasi
ekonomi menjadi semakin genting. Namun, di antara tahun 1961 dan 1963, pengeluaran gula
merosot, sebahagiannya kerana keadaan-keadaan luaran dan sebahagian lagi kerana
kebanyakan mereka yang menikmati kebaikan reformasi tanah dahulunya memotong tebu
dan kini mereka enggan melakukannya. Che sedang berhadapan dengan batasan
pembangunan di satu negara – dan dengan percanggahan-percanggahan contoh Soviet.

Di pejabatnya pada tingkat kesembilan di bangunan INRA (Institut Reformasi Pertanian) di


Dataran Revolusi, Che menunjukkan kualiti-kualitinya yang paling positif dan negatif. Dia
sangat setia kepada revolusi, dan bersedia memberikan nyawa-nya kepada revolusi sebelum
kehidupan peribadi (seperti yang difahami oleh isterinya, Aleida). Tetapi dia juga membawa
ke dalam setiap usahanya contoh perintah yang dia telah memperkembangkan dalam tentera
pemberontak. Hasil daripadanya, dia membina sebuah birokrasi yang besar dan berpusat
dengan dirinya di hati. Dia merungut bahawa kerajaan baru beroperasi dalam cara rambang
dan tidak tentu, kreatif tetapi tidak tersusun dan anarkik. Penyelesaiannya adalah untuk
membawa segala-galanya di bawah kawalan kementeriannya dengan dirinya sebagai
kekuasaan tertinggi. Dia digalakkan dalam usaha ini oleh penasihat-penasihatnya, di mana
ramai daripada mereka merupakan ahli-ahli Komunis dari Amerika Latin.

Menjelang akhir tahun 1961, masalah-masalah yang dihadapi oleh revolusi yang diserang
masih belum diselesaikan, dan sistem birokratik masih dijangkiti kesusahan dan masalah-
masalah yang Che mengutarakan. Dia jelasnya menjadi semakin kecewa, dan tidak bersabar
dengan komrad-komradnya dari Kuba. Jika Teluk Babi tetah menghasilkan optimisme politik
dalam Che dan Castro, realiti materialis memberikan sumber bagi kerisauan. Balasan Che
adalah untuk mengulangi tuntutan demi pengorbanan dan dedikasi, tekanannya pada
penafian keinginan diri. Ia seolah-olah keadaan materialis dapat diatasi oleh keinginan
rakyat, seolah-olah kesedaran mencukupi sebagai ganti bagi ketidak-hadiran sumber-sumber
materialis. Dia jelasnya tidak menyedari, atau mungkin tidak mengakui, kos sosial dan
manusia yang membinasakan akibat pembangunan pesat di Rusia dan China – apatah lagi
sumber-sumber semulajadi yang negara-negara tersebut memiliki yang Kuba kekurangan.

Ketidak-sabaran Che dengan realiti materialis berada di hati teori politiknya. Jika ahli-ahli
revolusioner dapat menggantikan rakyat dalam penciptaan revolusi, kerajaan revolusioner
dapat mengatasi masalah-masalah materialis yang ia menghadapi, dia berkata. Tetapi
sebahagian daripada proses mengatasi masalah tersebut, bagi Che, juga melibatkan
perubahan alam politik di mana Kuba wujud. Jika Washington menggunakan setiap peluang
untuk memulaukan revolusi tersebut dari segi politik dan ekonomi, maka revolusi mesti
membalas serangan itu dengan serangannya sendiri. Menjelang awal tahun 1962, Che sekali
lagi menggalakkan pembinaan gerakan-gerakan gerila di merata Amerika Latin.

Di Kuba sendiri, Che semakin menyuarakan keraguan dengan penguasaan menjalar pihak
Komunis Kuba dan persekutuan dengan Gerakan 26hb Julai yang diluahkan dalam
pertubuhan politik baru yang diasaskan setahun sebelumnya – Pertubuhan Revolusioner
Berintegrasi (ORI). Tetapi dia menyokong kempen menentang dan pembuangan negara
pemimpin Komunis, Escalante. Che melihatnya sebagai seorang yang korupse, tidak jujur
dan bertindak menentang revolusi.
XII. Tiga Belas Hari dan Selepasnya

Tiga belas hari pada bulan Oktober mengubah keadaan di Kuba, termasuk arah Revolusi
Kuba.112 Pada separuh kedua tahun 1962, Kesatuan Soviet menghantar senjata dan askar ke
Kuba – perjanjian terakhir yang ditandatangani oleh Khrushchev, iaitu ketua Soviet, dan Che
pada bulan September. Dari 40 peluru berpandu yang dihantar ke pulau itu, setengah
dilengkapi dengan bahan nuklear. Terdapatnya juga 42,000 askar Rusia pada pulau itu.113

Benda paling aneh adalah bahawa perkhidmatan perisiki AS seolah-olah tidak menyedari
kehadiran tersebut – sekurang-kurangnya sehingga 16hb Oktober, apabila Kennedy
ditunjukkan gambar-gambar yang diambil oleh kapal udara U-2, yang menunjukkan tapak-
tapak peluru berpandu yang sedang dibina. Beberapa daripada penasihat presiden Kennedy,
di mana sikap anti-Kuba mereka dikenali ramai, menasihatkan serangan serta-merta.
Kennedy memiliki sekatan tentera laut, lalu menghalang kapal-kapal laut Soviet daripada
memasuki perairan Kuba. Kapal-kapal Rusia yang membawa senjata terus berlayar ke Kuba.
Mereka bakal memasuki sekatan itu pada pagi 24hb Oktober – kecuali jika mereka berpatah
balik.

Semua orang yang melalui hari-hari itu meningati ketegangan dan ketakutan sambil tarikh
itu mendekati. Selama satu dekad, seluruh dunia telah hidup di bahawa ancaman perang
nuklear di antara AS dan Kesatuan Soviet. Fakta bahawa dunia Barat memiliki kemampuan
nuklear yang jauh lebih besar daripada Rusia tidak bermakna apa-apa. Kedua-duanya
memiliki senjata nuklear yang mencukupi untuk menghapuskan seluruh dunia. Masa
semakin berlalu, menuju malam akhirat sambil kapal-kapal laut Rusia menghampiri Kuba.114
Pada tengahari 24hb Oktober, pihak Rusia berpatah balik – dan masa berhenti.

Hanya beberapa hari sebelum itu, Khrushchev dan kerajaan Kuba telah menafikan dengan
tegas bahawa peluru-peluru berpandu itu wujud. Kemudian, dalam masa satu malam, ketua
Rusia itu mengubah pendiriannya, mengakui kewujudan peluru-peluru berpandu tersebut,
dan merundingkan perjanjian dengan kerajaan AS. Peluru-peluru berpandu Rusia akan
ditarik balik jika AS menutup pangkalan-pangkalannya di Turki dan jika Washingtion
berjanji bahawa mereka tidak akan menyerang Kuba. Kennedy mengetepikan bahagian
pertama daripada perjanjian ini, tetapi kedua-dua pihak mendakwa kemenangan diplomatik.

Dimanakah pihak Kuba dalam semua ini? Ia kelihatan seolah-olah Rusia dan Amerika
Syarikat memainkan seluruh senario ini tanpa mengakui kehadiran kerajaan Kuba. Adakah
Kuba hanya buah catur dalam permainan antarabanga yang lebih besar?

Che Guevara sangat pasti apabila dia berjumpa dengan Khrushchev pada bulan September
bahawa pihak Soviet jujur dalam perjanjian mereka untuk mempertahankan Kuba, walaupun
dia agak risau dengan keengganan mereka untuk mengumumkan perjanjian tersebut.
Namun, ‘Che tidak membayangkang bahawa Khrushchev mungkin menarik balik peluru-
peluru berpandu tersebut jika berlakunya konfrontrasi dengan Washington,’115 dan begitu
juga dengan Castro. Sebaliknya, kedua-dua mereka percaya bahawa pihak Rusia akan
berusaha sedaya upaya untuk mempertahakan Kuba kerana keyakinan politik. Ini
sebenarnya bersifat naif. Khrushchev sememangnya ingin menghalang serangan AS ke atas
Kuba. Pada masa yang sama, dia tidak mungkin merisikokan perang nuklear global untuk
menghalang serangan seperti itu. Ia mungkinlah permainan yang merbahaya bagi pihaknya,
atau cara untuk menguji persediaan ketenteraan dan pertahanan Rusia. Tetapi dia
sememangnya menyedari bahawa kemampuan nuklear AS jauh melebihi kemampuan Rusia.

Dakwaan Kuba bahawa peluru-peluru berpandu tersebut dipaksa pada Kuba oleh Rusia
dapat dipersoalkan. Che dan Castro telah merundingkan perjanjian senjata dengan Rusia
buat beberapa lama, dan kedua-dua mereka telah membuat rujukan kepada peluru-peluru
berpandu itu. Che sememangnya percaya akan, dan mengulangi beberapa kali,
keyakinannya bahawa ‘dunia sosialis’ akan mempertahankan Kuba walau apa pun kos.

Maka, bagi mereka, perjanjian oleh Rusia untuk menarik balik peluru-peluru berpandu itu
merupakan penganiayaan besar. Perjanjian Kennedy untuk membatalkan serangan ke atas
Kuba kelihatan tidak penting di sisi pengetahuan bahawa apabila ketika genting muncul,
Kuba masih terpulau dan tersendiri. Sambil dia tidak berkata apa-apa secara awam, Castro
sangatlah marah dengan apa yang dia melihat sebagai kelemahan Rusia. Tetapi dia juga
merupakan seorang pragmatis, dan menyedari bahawa Kuba masih memerlukan sokongan
ekonomi dan diplomatik Rusia.

Di Kuba, kesan krisis tersebut, walaupun seringkali di bawah permukaan, sangatlah besar.
Pengaruh pihak Komunis Kuba dalam kerajaan Castro sentiasa didasarkan sedikit sebanyak
pada hubungan Soviet. Urusan Escalante sememangnya merupakan tanda pertikaian
dalaman – tetapi kepimpinan Revolusi Kiba masih memercayai perpaduan Soviet. Lebih
penting lagi, Che dan Raúl Castro, terutamanya, setia dari segi ideologi kepada contoh Soviet
dan dikelilingi oleh orang yang mengukuhkan kepercayaan itu. Jika dia ingin, Che sudah
pasti melihat percanggahan-percanggahan di Eropah Timur – ketidak-samarataan ekonomi
(yang dia membincangkan), ketidak-hadiran demokrasi, cita-cita imperialis pihak Soviet, dan
kesusahan dan kemelaratan yang dialami oleh berjuta-juta warganegara Soviet dan China,
Tetapi dia tidak melihatnya – sehingga bulan Oktober.

Di Kesatuan Soviet, Khruschev dan lain-lain sedang menarik kesimpulan politik tersendiri
dari krisis peluru berpandu. Ia dikatakan bahawa ia menunjukkan kemungkinan ‘kehidupan
damai’ di antara AS dan pihak Soviet. Namun, hanya beberapa minggu sebelum itu,
Khrushchev telah mengesahkan kepada Che kesetiaannya kepada revolusi Amerika Latin.
Bagi Che, ini merupakan penipuan besar. Bagaimanakah seorang revolusioner anti-imperialis
dapat menerima rundingan damai dengan musuh! Di Moskow, suara-suara tertentu
meluahkan keraguan dengan Guevara. Dalam pertikaian di antara Rusia dan Cina, mereka
berkata, Che terlalu mendekati pihak China.

Sehingga itu, Che belum meluahkan secara awam apa-apa pertikaian dengan pihak Rusia.
Tetapi dia seringkali meluahkan kemarahan dan kekecewaannya dengan barangan Rusia
yang tidak berkualiti, dan dengan kelemahan ekonomi mereka. Sememangnya, bagi Che
segalanya bergantung kepada kemampuan Kuba untuk memajukan industri dengan pesat.
Jika dia berpendapat bahawa Rusia akan membantu mencapai matlamat itu, atau dapat
membantu, dia dengan laju terpaksa mengakui kesilapannya. Di Kuba juba, Che mengkritik
apa yang dia melihat sebagai sikap tidak peduli pihak Komunis. Pengaruh PSP lama pada
Fidel dan pada kerajaan Kuba telah menciptakan sebuah birokrasi besar, dan struktur politik
yang lebih rumit dan kadang-kala juga korupse. Ia tidak menghasilkan perubahan-
perubahan yang diharapkan oleh Che.

Pada masa yang sama, Che telah mengekalkan hubungan-hubungannya dengan kumpulan-
kumpulan gerila di merata rantau tersebut. Sepanjang tahun 1962, dia telah bekerjasama
dengan sebuah kumpulan dari Argentina yang diketuai oleh Jorge Masetti, yang sedang
bersedia untuk memulakan operasi gerila di tanahairnya, serta dengan kumpulan-kumpulan
lain di Bolivia, Peru dan Amerika Tengah. Che menyedari bahawa Kuba yang terpulau tidak
dapat hidup dan, bertentangan dengan Castro, merasai bahawa hubungan dengan pihak
Rusia kini mewakili kompromi yang tidak dapat diterima.

Revolusi mesti disebarkan. Siri negara-negara Amerika Latin dengan kerajaan anti-imperialis
atau sosialis mungkin memberikan alam sekitar di mana Kuba dapat hidup dan maraih akses
kepada bahan-bahan mentah dan minyak yang ia memerlukan, tanpa bergantung pada Rusia
atau AS. Dan di Kuba, sesuatu budaya berbeza – sebuah masyarakat yang diyakinkan
bahawa nilai-nilai moral seperti perpaduan dan pengorbanan diri adalah jauh lebih
bermakna daripada gaji bonus atau akses kepada barangan pengguna – dapat menjamin
kemajuan ekonomi yang pesat. Ini akan dibantu oleh sebuah sistem di mana seluruh
ekonomi dapat berfungsi sebagai sebuah unit tunggal tanpa persaingan atau keuntungan:

Ia tidak lagi dapat dinafikan bahawa jalan Che dan Fidel kini mula mengikuti arah yang
berbeza. Matlamat Fidel adalah untuk mengukuhkan kehidupan ekonomi Kuba dan
keselamatan politiknya sendiri, dan demi itu dia bersedia untuk berkompromi. Misi Che
adalah untuk menyebarkan revolusi sosialis. Masa untuk meninggalkan Kuba semakin
menghampiri.116

Dua tahun akan berlalu sebelum dia meninggalkan Kuba, tetapi minda Che semakin
mempertimbangkan revolusi di luar Kuba. Pada masa yang sama, kebanyakan ucapan dan
tulisannya pada awal tahun 1963 mengakui keadaan lemah ekonomi Kuba. Harapan-harapan
ekonominya tidak membawa hasil. Sememangnya, beberapa pihak dalam kerajaan Kuba
memperdebatkan bahawa polisi berpusat Che dan dedikasinya kepada kemajuan
perindustrian sebenarnya bertanggungjawab, sekurang-kurangnya sedikit, bagi krisis itu.
Menjelang masa itu, kekurangan barang-barang ganti menjadi sangat tenat, dan barangan
Eropah Timur tidak dapat digunakan. Penyesuaian diri menggerakkan kereta dan bas dan
menghidupkan jentera. Dalam bulatan-bulatan kerajaan, Che menjadi kurang popular.
Namun, di kalangan penduduk, bintangnya masih terang seperti dahulu.

Terdapatnya juga tanda-tanda bahawa ketegangan sosial membawa kesan-kesan psikologi.


Berat badannya semakin meningkat, dan walaupun dia berkata bahawa ini disebabkan oleh
ubat kortison yang dia menggunakan untuk penyakit asma, realitinya adalah bahawa
kehidupan tidak aktif telah membawa kesan. Rambutnya yang liar kini dipotong pendek dan
kemas – walaupun dia masih enggan memakai seragam hijau zaitun dengan cara betul,
dengan bajunya yang kemas. Che telah menjadi seorang menteri kerajaan yang mengalami
beberapa jam sehari dalam mesyuarat dan majlis-majlis lain. Pada bulan-bulan awal tahun
1963, dia tidak mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan bersama anak
perempuannya, Celia. Sambil rumahtangga mereka nertumbuh (Che kini mempunyai empat
anak), Aleida tidak mempunyai masa lama untuk diluangkan bersama suaminya. Dia
meluangkan lebih banyak masa di kementeriannya apabila keadaan di sekitar menjadi lebih
tenat, dan apabila krisis dan masalah-masalah berlaku dengan lebih kerap. Rungutan
menentangnya kini juga menjadi lebih jelas, dan perasaannya mencerminkan ketegangan.
Che, meskipun gayanya yang agak sabar, sentiasa merupakan seorang yang tegas –
walaupun dia paling tegas dengan dirinya sendiri. Kini, dia kadang-kala menjadi marah
apabila kecewa dengan orang di sekelilingnya.

Bagi Che, isu usaha sukarela kini menjadi sangat penting. Perdebatannya adalah bahawa
ahli-ahli revolusioner tidak berusaha demi kebaikan materialis, tetapi kerana keyakinan.
Usaha demi kebaikan umum tidak patut menjadi pengorbanan, tetapi adalah perluahan
kesetiaan dan keyakinan sosialis – itulah inti ‘insan baru.’ Seperti yang dia berkata kepada
seorang rakan sekerja, ‘Saya tidak mementingkan perubahan ekonomi kecuali jika ia diiringi
oleh kemoralan sosialis.’117 Maka, usaha sukarela merupakan perluahan tahap teringgi
pemahaman politik. Itulah mengapa ia dijangka dari setiap ahli revolusioner, dan mengapa
Che membuang dirinya ke dalam usaha sukarela pada bulan-bulan awal tahun itu.

Terdapatnya atmofesra kekecewaan dalam diri Che pada masa ini. Perubahan-perubahan
yang dia mengharapkan belum berlaku. Sokongan persaudaraan Kesatuan Soviet runtuh
selepas cabaran pertama. Kawalan berpusat yang dia mendirikan tidak beroperasi seperti
yang dijangka. Karangan yang ditulis pada bulan Februari 1963, ‘Menentang Birokrasi,’118
dari beberapa segi mengkritik dirinya sendiri serta mendedahkan kelemahan dan keburukan
kerajaan Kuba. Desakan pada usaha sukarela sebagai penyelesaian mencerminkan unsur ini
dalam pemikiran Che dari mula-mulanya, keyakinan bahawa hasrat dan ketekunan ahli-ahli
revolusioner dapat mengatasi segala batasan, malah batasan objektif. Tetapi idealisme ini kini
dikritik secara terbuka oleh pihak Komunis lama di sekeliling Castro.
Pada bulan Mei, Che membuat ucapan semasa sambutan ulangtahun majalah Hoy yang
mencontohi pengenalannya kepada buku lupuk dan dogmatik mengenai parti Marxsis-
Leninis – iaitu sebuah antologi petikan dari ahli-ahli teori Soviet dan ucapan-ucapan Fidel:

Salah seorang penulis biografinya, Massari, menyesali pujian Che ‘bagi buku kecil yang
buruk dan lemah dari segi teori ini.’ Ia adalah perkara aneh bahawa Che, yang sangat kritikal
terhadap jalan ekonomi yang diambil oleh pihak Soviet, seolah-olah tidak mempunyai
pemahaman mengenai malapetaka sosial, kezaliman dan penindasan dalam masyarakat Soviet.
Realitinya adalah bahawa dia tidak memiliki alat-alat teori yang mungkin membolehkannya
menjauhkan diri daripadanya. Dia terkunci dalam Marxsisme primitif.119

Ini mungkin kelihatan seperti pentafsiran yang tegas, tetapi ia disahkan oleh perdebatan-
perdebatan yang mengikuti. Jurnal Nuestra Industria (Industri Kami) mula diterbitkan pada
bulan Jun, dengan tujuan jelas untuk memulakan perdebatan mengenai masa depan ekonomi
Kuba. Di sini Che memperkembangkan idea-ideanya mengenai ekonomi berdasarkan
perangsang moral (iaitu politik) dan bukannya perangsang materialis, meneruskan tema
penciptaan ‘insan baru.’ Pihak pro-Soviet dalam dan di sekeliling kerajaan memasuki
perdebatan ini dengan ganas, tetapi Che tidak menyerah diri.

Pada masa yang sama, dia terlibat dalam perdebatan lain dengan pihak Komunis di Amerika
Latin. Dengan segala kekuasaan Revolusi Kuba di belakangnya, Guevara mendesak bahawa
perjuangan revolusioner mestilah menjadi perjuangan bersenjata yang didasarkan pada
kaum petani – dengan sokongan materialis dan politik ditawarkan kepada mana-mana
kumpulan yang bersedia untuk melancarkan perang gerila pada dasar itu, walauapapun
asal-usul politik mereka. Maka, misalnya, dia menyokong kumpulan-kumpulan Trotskyis di
Venezuela di antara yang lain – lalu membara kemarahan sekutu-sekutu Komunis Kuba.

Dalam kata akhir kepada Perang Gerila, diterbitkan pada bulan September, Che mengulangi
idea-idea yang diutarakan dalam karya tersebut:

Untuk menjadi parti barisan hadapan adalah sama dengan mengetuai kelas pekerja dalam
rampasan kuasa, untuk mengenali cara memimpinnya menuju rampasan kuasa itu, malah
memimpinnya melalui jalan pendek.120

Sambil dia menggunakan istilah ‘kelas pekerja,’ Che mendesak berkali-kali dalam
karangannya bahawa tentera gerila mesti bertapak di kawasan desa, dan mencari ahli di
kalangan kaum petani, kerana ia adalah mereka yang telah mengalami pengeksploitasian
yang paling dasyhat. Tetapi kesusahan tidak melahirkan ahli-ahli revolusioner secara
automatik. Sebaliknya, tanpa pertubuhan kolektif dan keyakinan yang berasal dari
pengalaman perjuangan, dan tanpa kuasa untuk menyerang hati kapitalis – iaitu jentera-
jentera pengeluaran – kesusahan dapat menghasilkan kehampaan dan perasaan mandul.

Sebenarnya, rencana ini adalah serangan berkabus terhadap parti-parti Komunis di Amerika
Latin, yang telah gagal memimpin revolusi. Che sangatlah tepat untuk mengarahkan
tuduhan terhadap mereka. Namun, dalam menolak peranan khusus mereka, dia juga
mengetepikan tradisi pertubuhan revolusioner massa dan menggantikannya dengan
tindakan-tindakan tekun oleh kumpulan-kumpulan ahli revolusioner kecil yang dapat,
dalam kata-katanya, ‘membangkitkan kemarahan musuh.’ Pengalaman bakal menunjukkan
bahawa kemarahan ini akan diarahkan terhadap kaum pekerja dan bukannya terhadap ahli-
ahli gerila. Dan penguasaan sesuatu teori gerila, di mana kaum pekerja disingkirkan kepada
peranan pasif, meninggalkan mereka dalam keadaan tidak bersedia dari segi pengaturan dan
politik bagi serangan-serangan tersebut.

Masa terbitan rencana itu sangatlah penting. Sambil perdebatan ekonomi berkembang
dengan mendalam, Fidel sedang bergerak menuju kedudukan yang Che mempertahankan.
Meskipun sambutannya yang ghairah semasa lawatan ke Moskow pada bulan Mac, Fidel
juga menyedari kepentingan gerakan antarabangsa untuk membantu Kuba membebaskan
diri daripada pemulauan politik dan ekonomi.

Memetik secara langsung dari Deklarasi Havana Kedua oleh Fidel pada bulan Januari 1962,
Che mengulangi bahawa fasa revolusi seterusnya akan berlaku di Amerika Latin:

Seperti yang dikatakan oleh Fidel, cordillera Andes akan menjadi Sierra Maesta Amerika
Latin... Ini bermakna bahawa ia akan menjadi perang berpanjangan; ia akan memiliki pelbagai
medan pertempuran dan ia akan membawa darah dan pelbagai pengorbanan bagi jangka masa
yang panjang.121

Che mungkin mempertimbangkan unit gerila yang sudah bersiap-sedia untuk melancarkan
medan pertempuran yang pertama – di Salta, Argentina. Ia akan memberikan, pada tahun
seterusnya, pelajaran-pelajaran tragik mengenai batasan strategi ini.

Pada bulan yang sama, Che kembali ke Moskow sebagai ketua rombongan kerajaan Kuba
bagi sambutan ulangtahun Revolusi Rusia dan untuk mengikuti pembukaan sebuah ‘Wisma
Persahabatan Soviet-Kuba’ di Moskow. Sambutannya sangatlah berbeza daripada
sambutannya tiga tahun sebelumnya – sikap Che terhadap Kesatuan Soviet juga telah
berubah. Parti-parti Komunis Amerika Latin yang bakal berjumpa semasa kongres serantau
di Havana telah merungut dengan pahit lepada Moskow mengenai kedudukan-kedudukan
politik Che dan Fidel yang baru. Selepas krisis peluru berpandu, polisi parti-parti Komunis di
merata dunia mengikuti garisan ‘kehidupan damai’ Moskow. Dari segi bersejarah, parti-parti
ini sentiasa mengikuti arahan politik yang dibentangkan oleh Kesatuan Soviet.122 Mesej yang
disampaikan kepada Che semasa lawatannya ini tidak dapat dipertikaikan. Polisi perang
gerila merupakan cabaran terhadap strategi perubahan beransur-ansur.

Selepas kembali ke Kuba, Che membuat ucapan pada 20hb November di mana dia
menjelaskan bahawa dia tidak kagum dengan perbincangan-perbincangannya di Moskow. Ia
adalah penting bahawa dia menyampaikan ucapan ini di Santiago, berjauhan dari kongres
Parti Komunis yang sedang berlaku pada masa yang sama di Havana.

Walaupun hanya beberapa orang menyedarinya, ketidak-hadiran Che di mesyuarat Havana


merupakan tanda pertama bahawa sesuatu yang asas telah berubah. Bagi sesiapa yang ingin
memperhatikannya, Che sudah berada dalam proses menjauhkan dirinya dari rutin biasa dan
bakal melesap dari kalangan mereka.123

Menurut Anderson, Che memberitahu Fidel bahawa dia ingin meninggalkan kerajaan Kuba
lebih kurang pada masa yang sama.
XIII. Bukan Perkahwinan Mahupun Penceraian

Pemisahan perjalanan mereka hanya berlaku setahun selepas itu, tetapi keputusan itu
diambil pada akhir tahun 1963.124 Perhatian Che semakin diberikan kepada Afrika, dan
dalam ucapannya pada bulan September, dia berucap dengan panjang mengenai keadaan di
sana. Dia telah mengunjungi Maghribi pada bulan Julai dan telah memulakan persahabatan
dengan Ben Bella, iaitu presiden negara itu dan pemimpin perjuangan kemerdekaan di sana.
Mereka bersetuju bahawa peristiwa-peristiwa di Kongo meletakkan negara itu di hati benua
Afrika. Pembunuhan Patrice Lumumba pada tahun 1961 telah menghapuskan salah seorang
pemimpin paling berwibawa dalam proses kemerdekaan Afrika, tetapi pada tahun 1963,
perjuangan itu bakal meletus sekali lagi, di bawah kepimpinan salah seorang timbalan
Lumumba.

Di Amerika Latin, pertubuhan gerila Argentina yang Che menyokong dan mengatur dari
Kuba kini didirikan di daerah Salta, dan sedang bersiap-sedia bagi permulaan kempen-nya
pada awal tahun 1964. Ia adalah jelas bahawa Che ingin mengetuai kumpulan tersebut – dua
daripada rakan seperjuangannya sudah berada dengan Masetti. Dalam minda Che,
tanahairnya merupakan kunci, dan terdapatnya sebuah rangkaian pertubuhan-pertubuhan di
sana yang dapat menjadi kuasa penting jika ia disatukan di belakangnya. Bolivia dan
Venezuela juga diberikan kepentingan dalam minda Che, walaupun Parti Komunis
Venezuela jelasnya menentang apa-apa operasi bersenjata di negara itu, dan malah pihak
Bolivia hanya memberikan pengesahan rasmi bagi strategi umum Che.125

Inilah isu-isu yang menarik Che kembali kepada perjuangan. Kemarahannya dan sikapnya
yang semakin tegas terhadap mereka yang berada di sekelilingnya merupakan tanda-tanda
kekecewaannya. Walaupun dia mempunyai keluarga yang disayangi, perasaan peranan
bersejarah Che jelasnya tidak dapat dicapai dari sebalik meja.

Terdapatnya faktor-faktor lain yang mendorongnya. Populariti-nya yang semakin merosot di


kalangan pihak Komunis yang karib dengan Fidel dan dengan pihak Soviet, merupakan satu
faktor. Hanya beberapa bulan sebelum itu, dia telah menikmati kekuasaan dalam Revolusi
Kuba yang hanya ditandingi oleh Fidel. Kini, ia kelihatan seolah-olah Fidel sedang bergerak
dalam arah bertentangannya dengannya, mungkin juga melihatnya sebagai pesaing.

Terdapatnya unsur-unsur tingkahlaku Fidel yang tidak dapat diterima oleh Che. Dari satu
segi, Che merupakan seseorang yang percaya secara dogmatik dalam prinsip-prinsip dan
kepercayaan tulus. Bertentangan dengan itu, Fidel merupakan seorang ahli politik, seorang
pragmatis yang membuat keputusan berdasarkan keadaan di sekelilingnya, dan yang
mengubah keputusannya apabila keadaan berubah. Sambil menikmati sanjungan hadirin
Rusia, misalnya, Fidel juga sedang menjelajahi jalan-jalan komunikasi dengan Amerika
Syarikat. Dan usaha ini menikmati sedikit kejayaan, sebelum pembunuhan Kennedy
mengakhiri perbincangan-perbincangan tersebut. Che mempunyai pengetahuan mengenai
perbincangan-perbincangan ini dan menentangnya sepenuh hati. Sejak permulaan revolusi,
dia memperdebatkan bahawa imperialisme merupakan musuh dan bahawa ia tidak akan
berubah – hanya kekalahan imperialis dapat membuka jalan kepada revolusi. Dalam
kepercayaan ini, Che tidak pernah berdolak-dalik.

Namun, menjelang akhir tahun itu, Fidel mula berucap secara awam mengenai
pengembalian kepada perjuangan bersenjata di benua Amerika Latin. Che tidak memercayai
apa yang dia melihat sebagai retorik yang direka untuk memikat hati AS dan Kesatuan
Soviet. Sememangnya, persetujuan-persetujuan baru dengan Rusia menandakan kepadanya,
dengan tepat, bahawa ikatan-ikatan itu sedang menjadi lebih ketat. Ini sememangnya
bukanlah menakjubkan. Apa yang kelihatan seperti perdebatan-perdebatan teknikal
mengenai ekonomi pada separuh kedua tahun 1963 sebenarnya merupakan perdebatan
politik. Kontroversi perasang moral/materialis sebenarnya melibatan persoalan jika ekonomi
akan diatur mengikuti idea-idea keuntungan dan kecekapan atau mengikut keperluan
sosial.126 Dalam kajian-kajian rasmi selepas itu, pertikaian tersebut digambarkan sebagai
perbezaan pendapat yang kecil – bagi Che, ia merupakan perbezaan politik dan prinsip.

Kebanyakan rakan sekerja Che berdebat dengannya apabila keputusannya untuk


meninggalkan kerajaan diketahui pada awal tahun 1964, mendesaknya untuk berjuang demi
polisi-polisi perindustrian yang dia telah menyokong. Tetapi Che enggan menukar
keputusannya. Sejauh berkenaan dengannya, Perjanjian Gula Kuba-Soviet pada tahun 1964
hanya mengesahkan apa yang dia sudah menyedari. Ekonomi Kuba sekali lagi akan
bergantung pada pengeluaran gula, dengan segala pergantungan pada pasaran luaran yang
akan mengikuti. Pengasasan sebuah Jabatan Pengeluaran Gula, pada bulan Julai, yang jatuh
di luar kawalannya merupakan bukti terakhir, jika bukti masih diperlukan.127

Che sedang menyediakan pemulangannya kepada pangkuan perjuangan gerila. Beberapa


penulis telah mencadangkan bahawa ini merupakan hasil keresahannya, bergabung dengan
perasaan bahawa usahanya di Kuba sudah selesai. Ini sebenarnya adalah pentafsiran
romantik, yang sebenarnya tersilap. Che merupakan seorang revolusioner, yang setia kepada
projek kebebasan. Ia adalah mustahil untuk mengetepikan fakta bahawa bintangnya telah
menjadi semakin pudar, bahawa kekuasaannya dalam revolusi menjadi semakin lemah
setiap hari. Dia telah menjelaskan kritikan-kritikannya mengenai pihak Komunis di Moskow
dan Amerika Latin, dan kini mereka mengetepikannya secara sistematik.

Ini bukanlah sama dengan mengatakan bahawa Che tidak mempunyai keinginan untuk
kembali kepada perjuangan bersenjata. Tetapi sebab-sebab bagi pengembaliannya adalah
lebih rumit,,dan paling sekali, bersifat politik. Namun, rancangannya tidak mengikuti aliran
yang dijangka. Tentera Gerila Rakyat di Argentina, yang dia ingin memimpin, dihapuskan
dan majoriti daripada keahliannya dibunuh sebelum ia dapat mengikut apa-apa tindakan.
Menjelang akhir bulan Mac 1964, ia tidak lagi wujud.

Buat masa itu, Argentina bukanlah kemungkinan besar. Kongo telah timbul dalam pemikiran
Che selama beberapa bulan dan kini diberikan kepentingan yang lebih mendalam.
Kedudukan Che dalam Revolusi Kuba dan dalam kerajaan Kuba yang baru semakin
kehilangan kepentingan. Dia lebih terlibat dalam persediaan bagi fasa seterusnya dalam
kehidupannya. Pada bulan Mac, dia mengetuai rombongan Kuba ke mesyuarat PBB
mengenai perdagangan dan pembangunan di Geneva. Sambutan ghairah yang dia menerima
apabila dia berucap merupakan bukti kedudukan dan populariti-nya di luar negara. Ia
mungkin menandakan ketika apabila peranan dan kedudukan Che mula dibahagikan
daripada hubungannya dengan Kuba. Ucapannya di mesyuarat itu agak pendek dan bersifat
anti-imperialis – ia seolah-olah merupakan pendahuluan bagi ucapannya yang lebih terkenal
kepada PBB di New York pada akhir tahun itu. Dan sambil dia disokong oleh beberapa
pihak, dia juga diberikan sambutan dingin oleh ramai ahli rombongan Eropah Timur dan
Amerika Latin.

Dia mengambil beberapa hari untuk mengunjungi Maghribi sekali lagi, dan untuk mengkaji
keadaan Afrika dan Ben Bella. Apa yang dia diberitahu mengesahkan kepercayaannya
bahawa Kongo merupakan medan penting dalam perjuangan sedunia menentang
imperialisme. Ini jelasnya sudah dipertimbangkannya apabila dia kembali ke Kuba pada
bulan April. Tetapi dia masih bertanggungjawab bagi kementerian perindustrian.
Keresahannya semasa mesyuarat dan perbincangan menjadi semakin mendalam. Semasa
satu mesyuarat, dia mengeluarkan siri barangan baru – sebuah patung, zip yang tidak
berfungsi, permainan yang mudah pecah – dan membuangkannya pada meja untuk
menunjukkan masalah dengan industri muda Kuba. Jentera-jentera Eropah Timur sangatlah
kasar dan biasa, dan tugas-tugas dilakukan dengan kurang pasti.

Che juga kelihatan bersedia untuk mengulas, sekurang-kurangnya secara peribadi, mengenai
isu-isu lain. Dia menotakan pengukuhan kuasa dalam birokrasi pemerintah yang baru.
Dalam temuramah dengan seorang wartawan Meksiko, dia membincangkan peranan
kesatuan-kesatuan pekerja sebagai ‘tali perintah’ dari kerajaan – kebebasan mereka adalah
palsu.128 Dia terus memperdebatkan persoalan-persoalan besar mengenai bentuk dan sifat
sebuah ekonomi sosialis, tetapi bagi rakan-rakan sekerjanya, dia kelihatan semakin bosan dan
resah, berjauhan dengan isu-isu seharian yang lebih penting.

Pada bulan November, Che kembali ke sambutan ulangtahun di Moskow. Ia merupakan


lawatan diplomatik sepenuhnya. Dalam perbincangan tidak rasmi dengan para pelajar Kuba
di Havana, dia menggambarkan lawatannya, tetapi sekali lagi membentangkan kritikannya
mengenai negara-negara Komunis Eropah Timur. Desakan mereka untuk membenarkan
hukum-hukum pasaran menentukan bentuk ekonomi telah menghadkan pembangunan
mereka, dia berkata, dan melemahkan mereka dalam persaingan dengan negara-negara
kapitalis di Barat. Ia merupakan antara sumbangannya yang terakhir kepada perdebatan
yang telah melibatkannya selama lebih dua tahun, dan di mana dia dikalahkan.

Kehadirannya semasa Majlis Umum PBB di New York pada 9hb Disember dari satu segi
merupakan tindakan terakhirnya sebagai seorang warga Kuba dan tindakan pertamanya
seagai seorang ahli revolusioner antarabangsa. Ucapannya semasa mesyuarat tersebut
sangatlah tegas. Dia mengutuk imperialisme dengan istilah-istilah paling kuat dan membuat
ulasan kritikan mengenai blok Komunis, walaupun secara tersirat. Sebahagian besar
daripada ucapannya mempertimbangkan Kongo, yang mencadangkan kepada ramai
pengulas bahawa dia sedang mencari arah baru. Dia seolah-olah mengakui ini dalam
rancangan khas televisyen, Face the Nation, di mana dia ditemuramah oleh tiga wartawan. Ia
didedahkan beberapa tahun selepas itu bahawa dia juga berjumpa dengan seorang senator
Amerika dan kemudiannya dengan calon presiden, Eugene McCarthy, dan mengesahkan
sokongan Havana bagi gerakan-gerakan revolusioner di Amerika Latin.129

Pada bulan Januari, Che kembali ke Maghribi. Di sana, dalam temuramah dengan baldu
penulis anti-imperialis yang terkenal, Frantz Fanon, Guevara berkata, ‘Afrika adalah di
antara medan atau adalah medan pertempuran paling penting pada hari ini... Terdapatnya
kemungkinan besar bagi kehjayaan di Afrika, oleh kerana pergolakan yang sedia ada, tetapi
terdapatnya juga kebahayaan besar.’130 Dia mengunjungi China selama beberapa hari pada
awal bulan Februari sebelum mengunjungi beberapa negara Afrika untuk menjumpai apa
yang dia menamakan sebagai (dalam Bahasa Inggeris) ‘pejuang kemerdekaan’ di benua itu.
Karya peribadi mengenai perjumpaan-perjumpaan itu, diterbitkan 30 tahun selepas
kematiannya, menunjukkan bahawa Che agak risak dengan gaya kehidupan dan kekurangan
persediaan mereka.131

Pada 25hb Februari, Che menyampaikan ucapan terkenal dan berkontroversi di Algiers
semasa mesyuarat perpaduan Dunia Ketiga. Ia merupakan kritikan paling jelas dan
mendalam mengenai Kesatuan Soviet yang dia telah menyampaikan sehingga itu. Dia
berkata bahawa kegagalan untuk menyokong gerakan-gerakan kebebasan telah menjadikan
Rusia ‘sekutu imperialisme,’ dan dia menuntut agar negara-negara ‘sosialis’ memberikan
bantuan materialis bagi pejuang-pejuang kemerdekaan di Vietnam dan Kongo. Pihak Rusia
sangatlah marah. Adakah Fidel bersetuju dengan Che? Ia masih diperdebatkan pada hari ini.
Tetapi Fidel berada di lapangan terbang untuk menjemput Che apabila dia kembali pada
pertengahan bulan Mac. Mereka berbincang secara peribadi selama beberapa jam dan tanpa
rakaman. Kemungkinan besar Fidel gembira bahawa Che telah mencabar pihak Rusia tanpa
melibatkan dirinya. Pada masa yang sama, ia menjamin bahawa Che tidak lagi akan
memegang kedudukan dalam kerajaan Kuba yang terus bekerjasama dengan pihak yang dia
telah mengutuk.

Apabila Che kembali ke Kuba, dia sudah meletak jawatannya. Ia telah dicadangkan bahawa
dia kemudiannya didesak untuk berhijrah ke Kongo, walaupun Amerika Latin merupakan
fokus pemikiran strategik Che. Sebenarnya, terdapatnya hanya beberapa petanda baik di
Amerika Latin pada masa itu, dan Che sendiri telah meletakkan Kongo di hati perjuangan
anti-imperialis. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada Aleida dan anak lelakinya yang
hanya dilahirkan beberapa hari sebelum itu. Pada 1hb April, seorang lelaki yang tidak
berjanggut, berpakaian kemas dan memakai cermin mata gelap, melepasi lapangan terbang
antarabangsa Havana. Tidak terdapatnya upacara untuk menandakan perjalanan terakhir
Che Guevara dari Kuba.

Karangan Che yang paling terkenal, ‘Manusia dan Sosialisme di Kuba,’ diterbitkan dalam
majalah radikal di Uruguay, iaitu Marcha, pada bulan Mac 1965, dan hanya selepas itu di
Kuba, dalam malah tentera Verde Olivo. Dari satu segi, ia merumuskan perdebatan dan
pertikaian pada empat tahun sebelumnya. Mengapakah dia sangat mementingkan persoalan
kesedaran baru? Ia jelasnya bukanlah kerana sebab-sebab ekonomi, atau kerana orang yang
setia adalah pengeluar yang lebih cekap – walaupun perdebatan-perdebatan mengenai
perangsang moral mencerminkan apa yang dia melihat sebagai keperluan untuk mengubah
ekonomi Kuba dengan pesat. Ia menusuk hati idea-idea politik Che, kerana ia menekan
faktor subjektif sebelum faktor objektif, usaha keinginan yang dapat mengatasi keadaan-
keadaan materialis yang susah. Ini merupakan konsep utama dalam Perang Gerila, dan
dinyatakan dengan lebih jelas dalam karangannya yang terakhir, ‘Perang Gerila: Sesuatu
Cara.’ Ia bertentangan dengan tradisi revolusioner yang menyedari hubungan dialektik di
antara individu dan keadaan-keadaan yang Marx telah merumuskan dalam hukum terkenal:
‘Manusia menciptakan sejarah, tetapi bukannya di bawah keadaan-keadaan yang dipilih
sendiri.’ Che mengabaikan bahagian kedua daripada pendapat Marx dan hanya menekan
wawasan hubungan-hubungan sosial yang baru lagi berbeza:

Manusia di bawah sosialisme, meskipun keseragaman luaran, adalah lebih lengkap; meskipun
kekurangan jentera sesuai pada mulanya, peluang-peluangnya untuk meluahkan diri dan
untuk menjadikan dirinya terasa dalam organisma sosial adalah jauh lebih besar.132

Bagi Che, masyarakat baru dilahirkan akibat perubahan semangat, maka kritikan tegas
terhadap dogmatisme dalam seni:

Ini bukanlah persoalan berapa banyak daging mungkin dimakan oleh seseorang, mahupun
persoalan berapa kali setahun seseorang dapat bercuti di pantai... Apa yang sebenarnya
terlibat adalah bahawa individu merasai dirinya lebih lengkap, dengan kekayaan dalam yang
lebih tinggi dan tanggungjawab yang lebih penting.133

Bagi Marx, kemungkinan perubahan sosial bangkit dari perkembangan kuasa-kuasa


produktif yang bercanggah, di bawah kapitalisme, dengan hubungan-hubungan sosial pada
mana perkembangan itu bergantung. Kemampuan lebih tinggi bagi pengeluaran kekayaan
bersama dengan ketidak-samarataan di antara mereka yang memiliki dan mereka mereka
yang menghasilkan kekayaan – itulah sifat utama kapitalisme. Ia juga adalah sebab mengapa
kapitalisme menghasilkan perjuangan kelas. Namun, hasil perjuangan itu bukanlah sesuatu
yang tidak dapat dielakkan – kejayaan kelas pekerja akan bergantung pada pengaturannya,
kepimpinannya, dan idea-idea yang mendorong perjuangannya ke hadapan. Namun,
perkara penting adalah bahawa revolusi dibina oleh seluruh kelas pekerja, yang
mengamalkan kuasa sebagai sebuah kelas.

Ketidak-sabaran Che, tekanannya pada kesedaran dan keyakinan ahli-ahli revolusioner,


bangkit dari kepercayaan, seperti yang dia berkata berkali-kali, bahawa perubahan tidak
perlu menunggu pembinaan pertubuhan itu tetapi dapat muncul selepasnya. Ia adalah ahli-
ahli revolusioner, dan bukannya kelas pekerja, yang merupakan pelakon-pelakon utama
dalam konsep revolusi Che.

Che menulis rencana ini sambil dia bertolak ke Kongo. Dia juga meninggalkan karya yang
lebih pendek – surat selamat tinggal kepada Fidel. Tetapi ini hanya diterbitkan enam bulan
selepas itu. Dia kini telah meninggalkan Kuba. Walaupun dia dijangka mengikuti perjuangan
di Argentina, ia adalah Kongo yang mengalu-alukannya. Sebahagiannya, ini disebabkan oleh
penumbangan perjuangan gerila di Argentina. Namun, ia seiras dengan wawasan Che
mengenai cara untuk mengalahkan imperialisme, bahawa perjuangan patut diutarakan pada
beberapa medan. Perang di Vietnam telah menjadi semakin genting, dan Che tidak pernah
meragui bahawa Amerika Latin akan menjadi medan pertempuran kedua, walaupun
keadaan pada masa itu kurang baik. Pihak gerila Guatemala dan Peru telah mengalami
kekalahan serius, dan tapak perjuangan tidak dapat dibina di Bolivia atau Argentina.

Kebangkitan semula perjuangan di Kongo pada tahun sebelumnya mencadangkan


kepadanya bahawa medan ketiga sudah beroperasi. Che merupakan sebahagian daripada
kumpulan hadapan kecil. Dalam masa setahun, lebih kurang 100 warga Kuba bakal
berpindah ke sana. Che telah mengunjungi Afrika hanya dua bulan sebelum itu.
Kunjungannya ke China pada awal bulan Februari kemungkinan besar dibuat untuk
mentafsir sikap kerajaan China terhadap perjuangan di Kongo. Kini dia melalui beberapa
negara ke Dar es Salaam di Tanzania, di mana presiden negara itu, Julius Nyerere,
merupakan seorang penyokong Kuba tanpa persoalan. Che sudah meluahkan keresahannya
mengenai beberapa pemimpin perjuangan di Afrika – dia mendapati mereka tidak bersedia,
keliru dan malas. Kini beberapa pemimpin utama dalam perjuangan Kongo tidak muncul
untuk menjemput kumpulan Kuba atau pemimpin mereka, ‘Ramon,’ (nama samaran Che).
Mereka berada di Kaherah untuk membincangkan perdebatan dan pertikaian dalaman.

Pada 24hb April, Che melintasi Tasik Tanganyika dari pelabuhan Kigame di Tanzania dan
berdiri buat kali pertama pada tanah Kongo. Apa yang dia menjumpai, bertentangan dengan
jangkaannya, merupakan sebuah kumpulan berbahagi dan tidak berdisiplin yang sangat
membencikan pemimpim-pemimpin yang hidup dengan mewah berjauhan dari medan
pertempuran.134

Che sangatlah terkejut. Dia juga tidak dapat berkomunikasi dengan para pejuang dengan
baik, walaupun seorang penerjemah berbahasa Perancis telah datang dengannya. Anderson
melaporkan kerisauannya dengan pengaruh fikiran ajaib di kawasan itu.135 Lebih penting
lagi, pihak Kuba tidak menyelidik kawasan itu dengan cukup baik. Latihan hutan mereka,
misalnya, tidak menyediakan mereka bagi ngarai, jalan genting dan cenuram di kawasan
pergunungan ini.

Kepentingan Kongo dari segi geografi dan politik tidak dapat dipertikaikan. Tetapi keadaan
di negara yang luas itu sangatlah rumit. Kawasan Katanga yang kaya dengan sumber
mineral berpisah di bawah Moise Tshombe pada pertengahan tahun 1964, dengan galakan
Barat. Tshombe telah mengatur sebuah kuasa ketenteraan di bawah kolonel Britain Mike
Hoare dan yang sedang menyerang pihak pemberontak secara teratur dan dengan bekalan
baik. Ia adalah jelas bahawa penyokong-penyokongnya di Britain, Belgium dan Amerika
Utara melihat Katanga yang ‘merdeka’ ini sebagai jambatan dari mana kawalan ke atas
seluruh Kongo dapat dicapai.

Menjelang pertengahan tahun itu, ia merupakan pemberontak nasionalis sayap kiri yang
menguasai majoriti kawasan luas tersebut. Namun, mereka tidak bersatu-padu. Beberapa
kumpulan bersenjata yang berlainan berjuang demi kuasa, meskipun kesetiaan rasmi mereka
kepada Majlis Kemerdekaaan Kebangsaan. Keadaan itu dirumitkan lagi oleh sokongan yang
diberikan kepada kumpulan-kumpulan berlainan oleh China dan Rusia, di mana
pembahagian dunia Komunis kini dihasilkan semula di setiap negara di mana terdapatnya
pertubuhan Komunis.

Campur tangan Barat pada tahun 1964, dan serangan menentang pihak pemberontak oleh
tentera Hoare, mengubah imbangan kuasa. Pertempuran secara langsung yang pertama di
antara Hoare dan kuasa-kuasa Majlis Kemerdekaan berlaku di sebuah empangan
hidroelektik yang penting di Bendera pada bulan Jun, tidak lama selepas ketibaan kumpulan
Kuba. Ia merupakan kekalahan besar dan kumpulan Hoare merupakan kumpulan yang
berjaya. Diari Guevara merekodkan kehampaannya. Tetapi dia juga mendedahkan
kekurangan persediaan, kekurangan pengetahuan mengenai kawasan dan realiti politik.
Sekali lagi, Che mengetepikan keadaan-keadaan objektif oleh kerana keyakinannya bahawa
faktor-faktor subjektif adalah lebih penting.

Sebenarnya, apabila kumpulan Guevara tiba di Kongo, keadaan di sana telah berubah secara
mendadak berbanding dengan setahun sebelumnya. Pembahagian dalaman telah menjadi
semakin tenat. Pemimpin yang paling diharapkan oleh Guevara, Laurent Kabila, dibuktikan
kurang mampu daripada yang dibayangkan. Lebih-lebih lagi, Che dan ramai orang yang
mengikutinya dijangkiti penyakit malaria – dan asma Guevara menjadi serius.

Kerajaan pusat di Kongo, bagi pihaknya, ingin berunding dengan Tshombe. Kemudian pada
bulan Jun yang sama – bulan pertama di mana kumpulan Kuba terlibat dalam pertempuran
aktif – Ben Bella, sekutu utama Kuba di kawasan itu, ditumbangkan di Maghribi. Guevara
menulis dalam diarinya yang merumuskan bulan itu, ‘Sifat tidak tersusun adalah
menyeluruh.’ Askar Tshombe dan bantuan Baray kepada kerajaan pusat di Leopoldville (kini
Kisangani), digabungkan dengan sifat tidak tersusun dan tidak bersedia tentera pemberontak
semakin menghancurkan kuasa-kuasa pemberontakan.

Pada bulan Oktober, presiden Kongo, Kasavubu, menggantikan Tshombe. Dia kemudiannya
menghadiri perjumpaan kerajaan-kerajaan Afrika untuk mengumumkan pengakhiran
kebebasan Katanga dan pengunduruan askar-askar berkulit putih. Sebagai ganti, dia
meminta para hadirin untuk menamatkan sokongan mereka bagi pihak pemberontak. Pada
20hb November 1965, Guevara dan para pejuang Kuba kembali ke Tanzania.

Ekspedisi ke Kongo merupakan malapetaka. Kata-kata pemimpin Mesir, iaitu Nasser, kepada
Gievara pada awal tahun itu semestinya menghantuinya. Nasser telah memberi amaran
kepada Che, ‘Seorang lagi Tarzan, seorang berkulit putih di antara mereka yang berkulit
hitam, memimpin dan mengawal mereka... Ia tidak dapat dilakukan.’136

Mengapakah Che memilih Kongo? Beberapa pihak telah mencadangkan bahawa dia
melihatnya sebagai peluang latihan bagi pejuang-pejuang gerila Kuba pada masa depan. Che
sendiri berkata, ‘Saya akan pergi ke Kongo kerana ia adalah tempat paling panas [penting] di
dunia pada masa ini... Saya percaya bagawa kami dapat melukai pihak imperialis di hati
kepentingan mereka di Katanga.’137 Itu mungkin benar setahun sebelum itu, tetapi apabila
Che tiba di sana, imperialisme telah mengatur balasannya dan sedang melaksanakan
rancangannya dengan kejam. Pihak pemberontak Kongo tidak dilatih, berbahagi dan tidak
berdisiplin. Mungkin Che percaya bahawa reputasi dan kedudukannya dapat menyatukan
kuasa-kuasa pemberontak, atau bahawa pengetahuan ketenteraannya dapat mengatasi
kelemahan mereka. Jika ya, ia merupakan sikap naif atau angkuh. Walauapapun, peristiwa
itu merupakan bukti bahawa prinsip-prinsip umum tidak mencukupi – keadaan-keadaan
khusus sesuatu perjuangan membentukkan sifatnya.

Ia adalah benar bahawa ekspedisi Che disokong oleh Fidel. Sebahagian daripada in disokong
oleh maklumat salah yang Castro menerima mengenai realiti keadaan di Kongo. Ia adalah
benar bahawa Kuba terlibat secara aktif di Afrika sejak itu, dan terutamanya di Angola dan
Afrika Timur pada tahun 1970-an. Tetapi menjelang masa itu, peranan Kuba terikat dengan
kepentingan-kepentingan Soviet di kawasan itu. Ini sangatlah benar di Ethiopia, di mana
askar Kuba berjuang dalam pemberontakan Somalia demi pertahanan sebuah rejim zalim
lagi ganas yang bersekutu dengan pihak Soviet. Ia mungkin adalah benar bahawa
pertimbangan yang serupa mempunyai pengaruh pada keputusan untuk menghantar
pasukan Kuba ke Kongo.

Enam bulan selepas perjalanannya dari Kuba, pada bulan Oktober 1965, Fidel menerbitkan
surat selamat tinggal Che, di mana dia mengumumkan letakan jawatannya dan perlepasan
kewarganegaraan Kuba:
Saya membawa ke medan pertempuran baru kepercayaan yang anda telah menyemai dalam
diri saya, semangat revolusioner rakyat saya, perasaan memenuhi tugas yang paling suci:
untuk berjuang menentang imperialisme walau di mana seseorang berada... Saya hanya akan
berkata bahawa saya membebaskan Kuba daripada apa-apa tanggungjawab kecuali itu yang
muncul dari contoh saya.138

Ia merupakan sanjungan tinggi kepada Fidel. Ia juga merupakan dokumen yang melepaskan
Fidel atau kerajaan Kuba daripada apa-apa tanggungjawab bagi apa yang mungkin berlaku
di Afrika. Tetapi persoalannya masih bangkit – mengapakah Fidel mengumumkan surat itu
pada masa tertentu? Ia menyebabkan kesusahan besar bagi Che di kalangan komrad-komrad
Kuba, bagi siapa ia dianggap sebagai penganiayaan. Ia juga menjadikannya mustahil bagi
Che untuk kembali ke Kuba kecuali secara sulit dan berahsia.

Che menetap seketika di Dar es Salaam sebelum berpindah ke Prague. Ia adalah di sana,
dalam perbincangan dengan komrad-komrad dari Kuba, yang dia mengambil keputusan
untuk membawa perjuangan ke Bolivia. Terdapatnya perdebatan akan sebab mengapa dia
memilih Bolivia.139 Tetapi ia disetujui bahawa dua belas minggu itu di ibu negara
Czekoslovakia merupakan hari-hari paling gelap dalam kehidupan Che. Dia tidak sihat, dan
keadaannya menjadi semakin tenat akibat ubat batuk Rusia yang usang. Dia juga
bersendirian. Aleida mengunjunginya, tetapi hubungan mereka sudah mencapai tahap susah
sebelum dia bertolak ke Kongo. Dia diserbu dengan nasihat dan tekanan, tetapi masa
depannya belum ditentukan.
XIV. Perjalanan Terakhir

Keputusan terakhir mungkin sekali diambil bersama oleh Fidel dan Manuel Piñeiro, iaitu
ketua perkhidmatan keselamatan Kuba. Che sendiri ingin kembali ke Argentina, tetapi
sekutu-sekutunya sudah meninggal dunia atau berada dalam penjara. Kumpulan gerila
Venezuela sudah didirikan, tetapi dibelenggu oleh pertikaian dalaman dan, oleh kerana
sebab-sebab rumit, menentang kehadiran Che. Kumpulan gerila Peru telah mengalami
kekalahan besar.

Perbincangan di Prague akhirnya berpusat pada Bolivia, di mana pihak gerila di bawah
Masetti telah berkumpul dalam persediaan bagi tindakan mereka pada tahun 1964. Kecewa
selepas Kongo, dan merasai dirinya terpulau dan diketepikan akibat penerbitan surat selamat
tinggalnya, pengesahan strategi gerila semestinya berada di pusat minda Che. Dari segi itu,
Bolivia merupakan tapak pelancaran bagi pembinaan semula foko gerila di Argentina utara.
Untuk mengaturnya dari sebuah rumah pangsa di pusat Prague sememangnya tidak masuk
akal. Tetapi Che enggan kembali ke Havana, dan ia memerlukan perjumpaan dengan Ramiro
Valdés, seorang komrad lama dan salah seorang pegawai paling penting di Kuba, untuk
meyakinkannya untuk kembali ke ibu bandar Kuba secara sulit dan mula mengatur kuasa
gerila dari sana.

Ernesto Che Guevara kembali ke Kuba pada pertengahan bulan Julai 1966. Tidak terdapatnya
majlis-majlis jemputan. Sebaliknya, dia kembali ke ladang terpencil untuk memulakan
latihan kumpulan Bolivia. Beberapa daripada mereka merupakan warga Kuba, beberapa lagi
merupakan pelajar Bolivia. Dia diiringi ke merata-rata oleh Piñeiro, yang kini telah menjadi
salah seorang sekutu Fidel yang paling karib.

Jika ekspedisi ke Kuba menerima sokongan peribadi Castro masih belum dijelaskan. Che
telah kembali ke Kuba tanpa semangat, tetapi menerima bahawa Kuba merupakan tapak
persediaan yang lebih baik daripada Eropah Timur. Fidel mendakwa kemudian bahawa Che
tidak sabar – bermakna bahawa persediannya tergesa-gesa dan tidak lengkap.140 Meskipun
itu, Che kekal di sana sehingga bulan November sambil pengikut-pengikutnya membuat
persediaan bagi ketibaannya.

Adakah ia merupakan usaha yang kurang baik? Mengapakah Che menginginkan perjuangan
gerila di Bolivia dimulakan dengan secepat mungkin? Adakah ia kerana dia merasai
keperluan untuk memunasabahkan wawasannya selepas malapetaka di Kongo – atau kerana
dia masih merasai bahawa ketika bersejarah itu masih membolehkan perjuangan menentang
imperialisme? Ia tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua unsur ini wujud. Dia mungkin
juga dipengaruhi oleh nada ucapan-ucapan terbaru Fidel, yang sekali lagi membentangkan
panji-panji revolusi Amerika Latin meskipun kutukan Moskow. Fidel sedang bersedia bagi
Mesyuarat Tricontinental pada bulan Januari 1967 dan sedang mengarahkan ucapan-
ucapannya kepada para pejuang kemerdekaan di Dunia Ketiga. Ia mungkin juga merupakan
cara untuk membuka ruang kecil bagi kebebasan dari Rusia dan China. Dari segi retrospek,
ia adalah jelas bahawa ini tidak mewakili apa-apa perubahan arah yang serius pada pihak
Castro. Jika apa-apa, ia merupakan peralihan taktik, sesuatu penyesuaian pragmatik yang
menyifatkan Fidel. Sambil dia memberikan sokongan materialis kepada projek Che, dia tidak
memberikannya sokongan awam. Namun, dari sudut pandangan Che, ini menawarkan
peluang memunasabahkan strateginya. Dia akhirnya merupakan seorang revolusioner
terkenal yang hanya 18 bulan selepas itu menikmati sokongan padu di mana jua.

Jika terdapatnya pilihan lain, Che mungkin mempertimbangkan bahawa Bolivia bukanlah
tempat paling baik untuk melancarkan serangan gerila umum di Amerika Latin.141 Beberapa
bulan sebelum itu, Peru kelihatan seperti tapak pelancaran yang lebih sesuai, tetapi
menjelang akhir tahun 1966, para pemimpin pertubuhan-pertubuhan gerila yang utama di
Peru sudah meninggal dunia dan para penyokong mereka bersurai. Mungkin Bolivia terpaku
dalam fikiran Che sebagai tempat permulaan dan tapak belakang bagi tentera gerila
Argentina, yang masih merupakan keutamannya.

Fidel kemudiannya mendakwa bahawa Bolivia merupakan cadangannya sendiri. Tetapi Che
telah berkahwin dengan strategi gerila – dan kegagalannya di Argentina, Peru dan
Guatemala seolah-olah mengukuhkan kepercayaannya dan bukannya mempersoalkan
kepercayaan itu. Dari satu segi, Bolivia mungkin kelihatan seperti tempat yang baik bagi
pembinaan gerakan revolusioner. Pada tahun 1952, revolusi yang dipimpin dan dilaksanakan
oleh sebuah gerakan yang dipimpin oleh kelas pekerja telah mengutarakan kerajaan
nasionalis sayap kiri di bawah Gerakan Revolusioner Kebangsaan (MNR) yang dipimpin
oleh Víctor Paz Estenssoro. Ia menasionalisasikan peraih eksport utama di negara itu –
lombong-lombong timah. Bagi sebab-sebab yang agak rumit, titik tertinggi dalam perjuangan
popular ini diikuti oleh siri kompromi dan penganiayaan. Menjelang awal tahun 1960-an,
kesatuan pelombong dan federasi kesatuan pekerja kebangsaan (COB) sekali lagi terlibat
dalam perjuangan menentang kerajaan.

Pada tahun 1964, Paz Estenssoro – yang sekali lagi menjadi presiden – ditumbangkan oleh
rampasan kuasa ketenteraan yang diketuai oleh seorang pegawai tentera udara, René
Barrientos. Dua tahun selepas itu, Barrientos menjadi presiden. Keadaan itu sangat rumit.
Bolivia adalah sebuah negara yang dibahagikan oleh geografi. Pergunungan Andes Tinggi
dan dataran pergunungan altiplano yang luas adalah sumber kekayaan mineral Bolivia dan
rumah kepada masyarakat-masyarakat peribumi berbahasa Aymara, yang telah bekerja
sebagai pelombon selama beberapa abad. Tetapi di kawasan timur terdapatnya lembah-
lembah subur dan kawasan perhutanan rimba di sekitar Cochabamba dan Camiri, iaitu pusat
pengeluaran minyak.

Sejarah perjuangan massa di Bolivia dilahirkan oleh masyarakat-masyarakat perlombongan.


Selepas rampasan kuasanya pada tahun 1964, Barrientos memusatkan perhatian kuasa-kuasa
penindasan pada para pemimpin kelas pekerja ini. Setahun penindasan kejam diikuti oleh
pengukuhan kuasanya dan penindasan pertubuhan-pertubuhan pekerja. Tetapi Barrientos
menikmati sokongan popular di kawasan timur di negara itu, kerana dia berjanji untuk
meneruskan (walaupun secara terpilih) reformasi pertanian dari tiga atau empat tahun yang
lalu, yang telah memberikan 200,000 petani bidang tanah tersendiri. Ini bukanlah para petani
miskin yang Guevara mungkin berkata membentukkan tulang belakang tentera gerila.
Sebaliknya, sikap mereka adalah agak konservatif dan mereka meragui aktiviti revolusioner,
terutama sekali jika ia diamalkan oleh golongan asing. Namun, ia adalah di kawasan inilah
yang Che memilih untuk mengasaskan foko gerila yang pertama, di Ñancahuazú – berjauhan
dari hati tradisi revolusioner megah Bolivia.

Para petani tidak mungkin menyokong para gerila itu. Kuasa revolusioner utama di negara
itu berakar di kawasan yang berlainan dan pada masa itu pertubuhan-pertubuhan mereka
berada dalam keadaan kucar-kacir. Lebih-lebih lagi, kawasan itu sangatlah berbeza daripada
lokasi sesuai yang Che mencadangkan dalam Perang Gerila. Dan di tempat-tempat lain di
Amerika Latin, strategi itu telah mengalami kekalahan. Keadaan-keadaan objektif tidak
membantu.

Namun, semasa Mesyuarat Tricontinental di Havana pada bulan Januari tahun itu, Fidel
seolah-olah mengutarakan semula perspektif revolusi Amerika Latin, menjauhkan dirinya
dari rancangan beransur-ansur yang menyifatkan parti-parti Komunis di rantau tersebut.
Dan setiausaha Parti Komunis Bolivia, Mario Monje, telah mengunjungi Havana dan
menjanjikan sokongannya bagi perjuangan bersenjata. Sokongan itu akhirnya tidak
menjelma, dan merupakan salah satu sebab utama bagi kegagalan pihak gerila Che. Tetapi
penganiayaan Monje tidak patut mengejutkan sesiapa yang mengenali keadaan politik di
Bolivia pada masa itu.
Parti Komunis Bolivia telah dibahagikan seperti kesemua parti Komunis yang lain selepas
pertikaian Rusia-China. Mereka yang menyokong pendirian China (Maoisme) mengkritik
polisi kehidupan damai Soviet dengan dunia Barat dan menyokong idea perjuangan
bersenjata di kawasan desa. Parti Maois yang utama di Bolivia, iaitu PCML, diasaskan pada
tahun 1965. Pemimpinnya, Oscar Zamora, mengunjungi Kuba pada tahun seterusnya dan
menawarkan sokongan logistik kepada Che. Ini mungkin sekali menjadi penting, kerana
kritikan mereka terhadap kerjasama Parti Komunis dengan kerajaan nasionalis telah
memenangi sokongan beberapa pemimpin kesatuan pekerja, dan terutama sekali, beberapa
pelombong penting. Tetapi sambil Castro bersedia untuk berjumpa dengan Zamora di
Havana, dia berunding secara eksklusif dengan Monje dan pihak Komunis Bolivia. Tawaran
sokongan bagi perjuangan bersenjata oleh Monje, yang bertentangan dengan polisi Komunis
di rantau itu, mesti dilihat sebagai usaha untuk melemahkan Zamora dan bukannya sebagai
perubahan arah yang benar.

Mesyuarat Tricontinenal telah mendengar mesej dari Che. Ia merupakan deklarasi awam Che
yang terakhir dan mungkin yang paling terkenal. Ia bermula dengan petikan terkenal dari
José Martí, iaitu pemimpin gerakan kemerdekaan Kuba pada abad ke-19 dan pensyair Kuba
abad ke-19 yang termasyhur:

Sekarang adalah ketika relau, dan hanya cahaya patut dilihat.142

Tetapi laungan yang bertalun di merata dunia, sambil imperialisme AS mendalamkan


perangnya menentang Vietnam dan menyokong balasan-balasan zalim terhadap gerakan-
gerakan kemerdekaan di merata dunia, merupakan seruan Che untuk ‘menciptakan satu,
dua, tiga, banyak Vietnam.’ Mungkin, akhirnya, itulah naluri di sebalik projek Che di Bolivia
– untuk menciptakan medan anti-imperialis yang pertama. Dia kini menjelaskan bahawa
sambil kapitalisme wujud, perjuangan tidak dapat berakhir dan dia menawarkan ‘kehidupan
kami, pengorbanan kami’ sebagai ilham bagi perjuangan yang akan datang. Namun, ia
adalah susah untuk percaya bahawa dia menjangka pengorbanan yang bakal menjelma.

15hb Oktober 1966 ditetapkan sebagai tarikh bertolak Che dan pasukannya. Seorang
pemerhati melaporkan perbincangan terakhir di antara Che dan Fidel, walaupun dia hanya
dapat melihat apa yang berlaku dari jauh:

Castro seorang bertutur, sambil Che kelihatan muram dan berdiam diri; Castro bersifat
ghairah, Che pula sunyi. Akhirnya, Fidel melalui segala masalah, biarpun tersirat dan
bergantung, dalam ekspedisi Bolivia. Dia menekan kekurangan komunikasi, keresahan Monje,
kelemahan pertubuhan Inti dan Coco Peredo. Dia ingin mengubah pendapat Guevara, atau
sekurang-kurangnya meyakinkannya untuk menangguhkan ekspedisi tersebut... Gaya badan
Fidel mendedahkan keresahannya dengan kedegilan Che. Mereka melabuhkan punggung
selepas beberapa lama, sambil berdiam diri. Kemudian Fidel bangun dan meninggalkannya.
Che dipenuhi dengan perasaan tidak sabar, buat kali terakhir dalam kehidupannya.143

Che tidak sabar kerana dia menyedari bahawa projek yang mudah rapuh itu mula
terbongkar. Sahabatnya di La Paz, iaitu pengikut Che sepanjang Hayat bernama Harry
‘Pombo’ Villegas, sudah mengutarakan kerisauannya mengenai operasi itu pada hujung
bulan Septenber.144 Begitu juga dengan Régis Debray, seorang mahasiswa dari Sorbonne di
Paris, di mana karyanya bertajuk Revolusi Dalam Revolusi145 telah mengumumkan idea-idea
Che bagi pembaca global. Debray digemari oleh Fidel. Bagi sebab-sebab yang, sekurang-
kurangnya bagi saya, sukar difahami, Debray disuruh mengkaji keadaan umum di Bolivia
dan menasihati Che. Sebenarnya, Debray tidak menyukai foko Bolivia, walaupun dia
merupakan seorang penyokong teori tersebut, dan ini mungkin juga menjelaskan mengapa
Fidel tidak menyokong projek itu sepenuh hati. Tetapi Che tetap degil.

Mesej-mesej Pombo mencadangkan bahawa terdapatnya perselisihan faham dengan Monje


dan pihak Komunis Bolivia. Pombo dan Debray telah berhubung dengan pihak Maois di
sekeliling Zamora di antara yang lain, dan enggan memutuskan hubungan itu. Tetapi ia
kemudiannya didedahkan bahawa dakwaan dari semua pihak ditokok-tambah, dan
terdapatnya beberapa agenda pada masa yang sama.

Daripada tiga tapak gerila yang berpotensi, Che memilih kampung Ñancahuazú:

Ia adalah lebih susah untuk mencari di seluruh Bolivia sesuatu kawasan yang kurang sesuai
bagi perjuangan perang gerila, terutamanya mengikut cara foko... Kawasan itu terdiri
daripada rantai pergunungan, sistem sungai rumit dan gaung dalam; ia menawarkan tempat
sembunyi yang baik tetapi sudah untuk dilintasi dan tidak memiliki perimeter yang dapat
dikawal... [Ia] tidak dihuni oleh ramai orang dan para petani yang menetap di sana memiliki
tanah dalam kuantiti yang mencukupi, bersifat parokial dalam padangan... dan tidak pernah
menunjukkan apa-apa perasaan tidak puas hati yang mendalam atau keinginan untuk
mengikyti politik radikal.146

Satu-satunya penjelasan bagi pilihan itu adalah bahawa tempat itu paling rapat dengan
sempadan Argentina dan Che sebenarnya tidak mementingkan keadaan di Bolivia. Namun,
dari perspektif politik yang lain, Bolivia patut menjadi lokus perjuangan yang utama. Ia
memiliki tradisi perjuangan kelas pekerja yang lama dan berani, ia memiliki tahap keahlian
dalam kesatuan pekerja yang tinggi dan tradisi-tradisi revolusioner yang berakar dalam. Hati
tradisi itu terletak di kawasan pergunungan, di sekeliling kawasan perlombongan dan
bandar La Paz. Ini bukanlah masa yang paling sesuai bagi serangan besar, tetapi ia
merupakan masa baik bagi pembinaan semula pertubuhan politik dengan sabar, terutama
sekali dengan kekuasaan moral Che di sebaliknya. Namun, Guevara terikat dengan idea
perang gerila, dan tidak melihat kelas pekerja sebagai pelakon utama dalam wawasan
revolusi-nya.

Che tiba di Bolivia pada hujung bulan Oktober, melintasi sempadan dari Brazil. Di
Ñancahuazú, persediaan sudah dimulakan. Pada bulan Disember, Mario Monje tiba, diiringi
oleh Tania (Tamara Bunke), penerjemah Jerman Timur yang telah berjumpa dengan Che
semasa kunjungannya ke Eropah pada tahun 1960.

Diari Che merekodkan perjumpaan itu pada 31hb Disember, dan ia mendedahkan tujuan
sebenar Monje. Monje ingin meletak jawatan dalam parti untuk mengambil-alih kepimpinan
pihak gerila. Dia juga mendesak bahawa dia patut mengendalikan hubungan dengan
pertubuhan-pertubuhan politik yang lain di Amerika Latin. Pada isu ini, Che tidak berubah
pendapat:

Saya tidak akan menerima tawaran kedua-nya walauapapun. Saya merupakan pemimpin
ketenteraan dan tidak terdapatnya apa-apa lagi untuk dibincangkan mengenai itu.
Perbincangan tergendala pada isu ini dan sejak itu kami hanya berputar dalam bulatan.147

Hubungan di antara Parti Komunis Bolivia dan kumpulan gerila Che berakhir pada malam
itu. Monje disingkirkan dalam mata kepimpinan partinya sendiri – ia tidak jelas sejauh mana
dia berucap bagi mereka pada mulanya – dan sambil ia terus menyokong Che dari segi teori,
ia menghalang apa-apa usaha oleh ahli-ahli parti untuk membantunya. Pihak Maois, bagi
pihak mereka, meluahkan pelbagai retorik tetapi tidak mencapai apa-apa. Sebuah kumpulan
pelombong yang kecil akhirnya tiba, tetapi mereka merupakan sebuah kumpulan kecil di
bawah Moisés Guevara, seorang bekas pemimpin pelombong. Ia adalah jelas bahawa rekrut-
rekrut Bolivia yang dijanjikan tidak akan menjelma. Bekalan pula berkurangan dan beberapa
daripada ahli kumpulan itu berada di kem bagi sebab-sebab yang kurang pasti. Petanda-
petandanya kurang baik.

Pada bulan Januari, Che mengatur pihak gerila tersebut menjadi tiga kumpulan bagi latihan
ketenteraan. Empat orang ditinggalkan, sambil yang lain bertolak pada ekspedisi latihan. Ia
sepatutnya berlangsung selama beberapa hari. Sebaliknya, enam minggu berlalu sebelum
mereka kembali, letih dan lapar, setelah menjadi sesat beberapa kali, bertempur dengan
sungai deras dan serbuan nyamuk. Tiga komrad mati lemas. Berat badan Che jatuh sebanyak
lapan kilogram dan dia kelihatan kurus-kering. Keadaan mental-nya tidak dibantu oleh apa
yang dia menjumpai setelah kembali ke kem pada 19hb Mac.

Aktiviti di kampung itu telah menarik perhatian para petani tempatan. Ketibaan dan
perjalanan yang pesat seperti itu sudah pasti menarik perhatian. Angkatan tentera telah
diberitahu mengenai kehadiran itu dan telah menyerang dua hari sebelumnya. Mereka
menjumpai diari salah seorang warga Kuba dan lukisan ahli-ahli kumpulan yang lain,
termasuk Che. Pada 23hb Mac, pihak gerila dan angkatan tentera berjumpa dalam
pertempuran buat kali pertama. Tujuh askar dibunuh dan kumpulan perisik yang lain
ditahan. Tetapi dalam masa lebih kurang seminggu, kem tersebut diserbu dan pihak gerila
terpaksa bergerak.

Foko tersebut belum bersedia untuk memulakan operasi – mereka tidak sempat membawa
bekalan mereka, dan latihan mereka tidak memadai. Sejak itu, 40 ahli gerila tersebut terpaksa
melarikan diri daripada kuasa ketenteraan yang berjumlah 1,500 orang. Sebelum melarikan
diri dari kem, dua pelawat baru telah tiba – pelukis dari Argentina, Ciro Bustos, dan Régis
Debray. Ia menjadi jelas bahawa mereka terpaksa dihantar keluar dari kawasan itu, dan ini
memaksa Cha untuk membahagikan pasukan kecilnya menjadi dua. Satu kumpulan akan
bergerak ke selatan dan membawa dua pelawat itu ke tempat selamat – sebenarnya, mereka
ditahan sesudah mereka meninggalkan pasukan itu. Penahanan Debray bakal menjadi berita
antarabangsa dan mengarahkan cahaya awam pada pihak gerila itu. Bandar Camiri
memenerima beberapa pelawat yang tidak dijangka pada hari-hari selepas itu, termasuk
penerbit Feltrinelli (dari Itali) dan François Maspéro (dari Perancis), dan seorang ahli
Trotskyis penting, Tariq Ali (dari Britain).

Di kawasan yang susah itu, para gerila kini tidak terpisah dan tidak berhubung dengan
dunia luar. Che menulis dalam diarinya bagi bulan April:

Kami kini terpulau sepenuhnya. Beberapa komrad tidak sihat, dan ini telah memaksa kami
untuk membahagikan kumpulan kami, yang telah melemahkannya; dasar petani gagal
berkembang, walaupun penindasan sekurang-kurangnya akan memaksa kebanyakan mereka
duduk di atas pagar. Sokongan mereka akan datang kemudian. Belum ada sesiapa yang
menyertai kami dan di samping dua kematian, kami telah kehilangan Loro, yang tidak dilihat
selepas tindakan Taperillas.148

Menjelang bulan Jun, penyakit asma Che, berseta dengan kekurangan bekalan ubat dan
makanan, bermakna bahawa dia hanya dapat berpindah dari tempat ke tempat pada
belakang keldai. Namun, sambil pihak gerila itu bersembunyi dari angkatan tentera, para
pelombong sekali lagi mengambil tempat mereka di hati politik Bolivia. Pada bulan April,
sebuah gerakan baru bermula, diikuti oleh demonstrasi-demonstrasi di seluruh kawasan
Andes. Pada malam 23-24hb Jun, semasa perayaan San Juan (St. John), angkatan tentera
membunuh para pelombong dan keluarga mereka yang telah berkumpul untuk mesyuarat di
kem perlombongan Llallagua. Perasaan terkejut dan marah menggenggam seluruh negara.
Tiga puluh ribu orang menghadiri pengebumian para pelombongan yang dibunuh itu,
meskipun pendudukan kawasan itu oleh angkatan tentera, dan para pelombong
melancarkan permogokan umum yang berlangsung selama dua minggu.

Beberapa hari selepas itu, para gerila itu meluluskan ‘Utusan Nombor 5 Kepada Para
Pelombong Bolivia.’149 Ia adalah dokumen luarbiasa – bersifat sombong dari pelbagai segi,
tidak realistik dan mendedahkan betapa jauhnya idea-idea Che berada dari pembebasan
sendiri kelas pekerja:
Kami kini sedang berpulih selepas kekalahan yang disebabkan oleh pengulangan kesilapan
taktik oleh kelas pekerja. Kami sedang menyediakan negara ini dengan sabar bagi revolusi
sosial mendalam yang akan mengubah sistem dari atas ke bawah.150

Ini berasal dari sebuah kumpulan terpulau dan letih yang tidak melebihi 20 orang. Tidak
lama selepas itu, hanya merekalah yang masih hidup. Pada bulan Ogos, kumpulan kedua,
yang dipimpin oleh seorang warga Kuba bernama Joaquín, diserang dan kesemua mereka
dibunuh, walaupun Che tidak menyedarinya apabila dia melintasi kawasan yang sama
beberapa jam selepas itu. Pada bulan September, hanya 17 gerila masih hidup dan mereka
terbahagi menjadi beberapa kumpulan.

Pada 8hb Oktober, Che ditangkap oleh angkatan tentera. Dilumpuhkan oleh asma dan tanpa
perubatan yang diperlukan, Che diangkat melalui gaungan Quebrada del Yuro pada
belakang seorang pelombong muda. Dua puluh empat jam selepas itu, dia sudah meninggal
dunai, dibunuh di kampung La Higuera oleh angkatan tentera Bolivia di bawah arahan
penasihat-penasihat tentera AS. Hanya lima orang gerila berjaya menyelamatkan diri – tiga
warga Kuba, termasuk Pombo, yang melarikan diri ke Chile, dan dua warga Bolivia.

Kekalahan operasi gerila Che dan kelemahan utama dalam strategi Che – serta teori Debray
mengenai perang gerila revolusioner dalam Revolusi Dalam Revolusi berasal dari apa yang
mungkin dikatakan sesuatu sifat barisan hadapan ketenteraan. Dengan menyingkirkan
revolusi popular kepada bentuk perang gerila khas, strategi Che dan tulisan-tulisan awal
Debray terlalu mementingkan aspek-aspek ketenteraan dalam memulakan perjuangan
revolusioner menentang sebuah rejim tidak adil. Dan mereka tidak menekan dimensi politik
dalam usaha mengatur dasar sokongan popular yang diperlukan bagi kejayaan perjuangan
revolusioner.151

Bolivia menunjukkan dengan jelas kesan-kesan pemisahan aspek ketenteraan dan politik,
pemisahan ahli-ahli revolusioner dari kelas pekerja. Di Muzium Revolusi di Havana, sebuah
bilik khas disediakan untuk merayakan pengalaman Guevara di Bolivia. Ia digambarkan
sebagai pengalaman yang berwira, berani dan gagah. Namun, ia tidak menghormati warisan
Che untuk menadikan kebenaran ngeri bahawa ini merupakan kegagalan dasyhat dan
menyedihkan akibat desakan Che bahawa keingingan seorang revolusioner dapat mengatasi
keadaan-keadan objektif dan menggantikan gerakan sebuah kelas dengan keingingan
seorang individu. Hujung jalan ini membawa sifat syahid, bukannya revolusi sosial.
XV. Kematian dan Kebangkitan Semula

Pada masa itu sebagaimana dengan sekarang, wajah Che Guevara merupakan lambang
harapan revolusioner. Kematiannya, sambil ia menjadikannya sesuatu wira suci, membawa
pelajaran-pelajaran politik yang hanya diterima oleh beberapa orang pada masa itu. Gambar
mukanya yang kurus dan badannya yang bogel pada sebuah meja di Bolivia dihantar ke
seluruh dunia. Ia merupakan ambang tahun 1968, tahun pemberontakan.152

Di Kuba, 1968 diberikan nama sebagai penghargaan kepada Che – ‘Tahun Gerila Berwira.’
Wira yang mati itu menjadi mitos hidup. Kepentingan wajah Che digunakan untuk
menyamakna Revolusi Kuba dengan gerakan-gerakan tahun 1968, dan untuk mencadangkan
bahawa Kuba masih berada di pusat gerakan revolusioner global.

Ia juga adalah pada masa ini yang, mengambil kesempatan ombak simpati terhadap sebuah
negara kecil yang terpulau dan menentang keganasan dengan berwira, Castro mengasaskan
Kongres Akaliah pada hujung tahun 1967; hanya beberapa wakil menyedari bahawa apa yang
mereka menyokong sudah tergelincir ke masa lalu... Dan pada tahun 1968, poster-poster Che
di mana dia muncul sebagai nabi yang bergaya mula muncul.153

Imej Che digunakan untuk menekan ideologi kolektif Revolusi Kuba yang masih
memerlukan pengorbanan materialis dari para penduduk negara itu. Kepastian moral retorik
Fidel mengiringi keraguan ekonomi sesuatu revolusi yang diserang. Tetapi Che sendiri telah
meletakkan dasar bagi gabungan imej-nya dan kerajaan Kuba. Dari beberapa segi,
terutamanya dalam tulisan-tulisan terakhirnya, Che telah meluahkan sesuatu pujaan
terhadap Castro. Kini Castro menggunakan Che sebagai mitos untuk memunasabahkan
dirinya dan untuk melambangkan usaha-usaha terakhir untuk mengekalkan sesuatu
kebebasan dari Kesatuan Soviet.

Penuaian gula pada tahun 1969-1970 (Gran Zafra) merupakan usaha terakhir untuk mencapai
lompatan ekonomi besar. Seluruh masyarakat dihantar ke ladang-ladang gula dalam nama
usaha sukarela dan kesedaran sosialis pengorbanan yang Che telah mengajukan. Ia
merupakan penuaian yang besar – tetapi ia sama sekali tidak mencapai sepuluh juta tan yang
diperlukan untuk memberikan lebihan yang mungkin membolehkan pelaburan dalam
sektor-sektor perindustrian. Menjelang tahun 1970, Castro telah menerima integrasi Kuba
dalam sfera pengaruh Rusia. Pada dekad-dekad seterusnya, kehadiran Kuba di Afrika
dibentukkan dan ditentukan oleh matlamat-matlamat polisi luar negara Soviet – meskipun
retorik perpaduan yang mengiringi gerak-geri askar Kuba. Di pulau itu sendiri, tahap
kehidupan yang agak baik digabungan dengan pengabaian apa-apa usaha mencapai
kebebasan ekonomi. Janji demokrasi ditangguhkan buat selama-lamanya sambil kuasa
dipusatkan dalam tangan sebuah kumpulan kecil di kepala kerajaan, iaitu dalam tangan parti
dan angkatan tentera.154

Sambil tekanan pada keinginan dan semangat revolusioner digantikan oleh pembahagian
dalam terhad – di antara para pekerja, dan di antara birokrat dan pekerja, misalnya –
utopianisme revolusioner Guevara kelihatan semakin kurang penting, dan memori Che tidak
lagi menduduki tempat penting dalam dewan wira revolusi. Namun, ia meraih semula
kedudukan penting apabila Kuba mendapati dirinya berhadapan dengan malapetaka selepas
penarikan sokongan Eropah Timur pada tahun 1986, dan penumbangan seluruh blok
Komunis pada tahun 1989. Castro menyedari bahawa kesusahan ekonomi akan mengikuti,
dan bahawa pada masa krisis, rakyat tidak lagi akan menerima korupse, kekayaan segelintir
dan kemiskinan ramai. Dan tidak terdapatnya alasan bagi ketidak-hadiran apa-apa
demokrasi tulin apabila kemampuan untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan
sendiri merupakan satu-satunya senjata yang para pekerja Kuba dapat menggunakan
menentang kuasa-kuasa pasaran.
Bagi Castro, isu-nya merupakan keselamatan – keselamatan dirinya dan kerajaan Kuba yang
menghadapi sekatan ekonomi AS. Demi tujuan ini, dia memulakan proses yang dia
menamakan ‘pembetulan,’ dan sekali lagi mengutarakan hantu komradnya dari hari-hari
Sierra Maestra:

Che Guevara melambangkan nilai-nilai yang memimpin ‘proses pembetulan.’ Rencana-


rencana suratkhabar serta buku-buku muncul mengenai Che... Dalam ucapan yang
menandakan tahun kedua-puluh sejak kematian Guevara, Castro mengulas bahawa negara itu
sedang membetulkan segala-galanya yang menafikan idea-idea Che, gaya Che dan semangat
Che. Castro berkata bahawa warga Kuba patut membetulkan perkara-perkara – dan
terdapatnya pelbagai contoh – yang tidak mengikuti semangat revolusioner, usaha
revolusioner, nilai revolusioner, keberkatan revolusioner dan tanggungjawab revolusioner.155

Petikan-petikan dari Che pada papan-papan tanda besar didirikan di tepi lebuhraya dan
dilukis pada tepi bangunan di Havana. Pengorbanan Vhe, wawasannya bagi masa depan
yang berbeza dan kejujurannya dieksploitasi untuk menyembunyikan realiti masyarakat
yang memasuki pasaran global dalam kedudukan lemah dan yang hanya dapat diimbangkan
oleh lebih banyak pengorbanan materialis oleh rakyat. Namun, terdapatnya mereka yang
menjadi lebih kaya dengan laju akibat proses ini.

Di sinilah sindiran cerita ini. Lambang perjuangan dan keberanian revolusioner ini
digunakan oleh sebuah rejim zalim yang bertanggungjawab bagi kesilapan-kesilapan yang
kini dikutuk dalam nama Che. Bagi mereka di Kuba yang telah mengalami realiti 50 tahun
yang lalu, laungan-laungan demi pengorbanan ini kelihatan kosong, sambil mereka
menunggu dalam barisan bagi lori-lori besar yang digunakan sebagai bas, sambil mereka
dilalui di jalan raya oleh kereta Mercedes dan Toyota yang digunakan oleh kaum kaya.

Namun di luar Kuba, wajah Che telah lahir semula atau dijumpai semula oleh generasi baru
yang ingin menciptakan sebuah dunia yang lebih baik, lebih berperikemanusiaan, lebih adil
dan saksama. Che meluahkan pengutukan mereka terhadap pengeksploitasian dan
peperangan. Che adalah janji mereka bagi sebuah dunia lebih baik yang akan datang.

Sememangnya terdapat beberapa pihak yang menjual wajah tersebut sebagai sesuatu gaya –
sesuatu imej tanpa sejarah, tanpa kehidupan yang rumit dan bercanggah. Mereka adalah
pembuat komoditi yang akan menggunakan setiap perluahan semangat manusia dan
menjadikannya sesuatu barang yang dapat dijual. Vhe telah menjadi mangsa mereka juga.

Tetapi berjuta-juta orang yang memakai kemeja-T yang memaparkan wajah Che, atau kain
selendang Zapatista, atau beret dengan bintang merah, sedang membuat kenyataan yang
lain. Dalam kata-kata gerakan anti-kapitalis, ‘sebuah dunia lain adalah kemungkinan.’ Wajah
Che tidak dimiliki oleh mana-mana kerajaan, tetapi dimiliki oleh gerakan yang telah
menjumpainya semula. Kesedaran revolusioner yang dia melambangkan bukanlah sesuatu
semangat keagamaan – revolusi tidak memerlukan nabi, tetapi memerlukan pejuang, di
mana kehidupan mereka, kesilapan dan kesusahan mereka, adalah sebahagian daripada
warisan yang mereka meninggalkan.

Revolusi akhirnya diciptakan oleh insan yang mengambil, dari masa lalu, pelajaran-pelajaran
– baik atau buruk – yang akan membantu mereka untuk memahami dan meluahkan kuasa
kolektif mereka untuk membina dunia sosialis.

Nota

1 Lihat Tony Cliff, State Capitalism in Russia (London: Bookmarks, 1996).

2 Lihat Tom Hayden (penyunting), The Zapatista Reader (New York: Penerbit Thunders

Mouth/Buku Nation, 2002).


3John Lee Anderson, Che Guevara: A Revolutionary Life (London: Penerbit Bentam, 1997),
muka surat 21.

4Paco Ignacio Taibo II, Ernesto Guevara, También Conocido Como El Che (Meksiko: Joaquín
Mortiz, 1996), muka surat 27.

5 Dan dia sememangnya tepat – lihat Uki Goñi, The Real Odessa (London, Buku Granta, 2002).

6Lihat buku bapa Che – Ernesto Guevara Lynch, Mi Hijo el Che (Havana: Arte y Literatura,
1998). Lihat juga Pierre Kalfon, Che: Ernesto Guevara, Une Légende du Siècle (Paris: Éditions du
Seuil, 1997), muka surat 39-41.

7 Lihat Anderson, muka surat 24-25, 30-31.

8 Bagi kajian menarik mengenai Peronism, lihat Daniel James, Resistance and Integration:
Peronism and the Argentine Working Class (Cambridge: Penerbit Universiti Cambridge, 1998).

9 Lihat dokumen oleh pemimpin Parti Komunis, Vittorio Codovilla, dalam M. Lowy, Marxism
in Latin America (New Jersey: Terbitan Humanities, 1992), muka surat 83-86.

10 Jorge Castañeda, Compañero (London, Bloomsbury, 1997), muka surat 33.

11 Kalfon, muka surat 61.

12Tulisan Che mengenai perjalanan ini terkandung dalam Che Guevara, The Motorcycle
Diaries (London, Fourth Estate, 1996). Lihat juga Alberto Granado, Con el Che Guevara
(Córdoba, 1995).

13 Dipetik dari Anderson, muka surat 62.

14Lihat F. Diego García dan Oscar Sola, Che: Images of a Revolutionary (London, Terbitan Pluto,
1997), muka surat 30-31.

15 Taibo, muka surat 41 dan seterusnya.

16Seperti yang dilakukan oleh Jean Cormier dalam Che Guevara (Paris: Gallimard, 1996), dan
dicontohi secara umumnya oleh Matilde Sánchez dan tulisannya yang terkandung dalam
Che: Images of a Revolutionary.

17Mengenai revolusi Bolivia, lihat James Dunkerley, Rebellion in the Veins (London: Verso,
1984). Mengenai kedudukan mineral dalam sejarah Amerika Latin, lihat Eduardo Galeano,
Open Veins of Latin America (London: Biro Amerika Latin, 1997), dan kajian Domitila Barrios
de Chungara mengenai kehidupannya dalam masyarakat-masyarakat perlombongan, Let Me
Speak (London, Stage 1, 1978).

18 Che Guevara, Back on the Road (New York: Terbitan Grove, 2002), muka surat 17-18.

19 Castañeda, muka surat 64.

20 Anderson, muka surat 123.

21 ‘As an Afterthought,’ dalam The Motorcycles Diaries, muka surat 150-152.


22Lihat Stephen Schlesinger dan Stephen Kinzer, Bitter Fruit (New York: Anchor, 1983).
Mengenai peranan AS dalam Amerika Tengah secara umumnya, lihat karya Jenny Pearce,
Under the Eagle (London: Biro Amerika Latin), yang sangat baik.

23Lihat Anderson, muka surat 122-123; dan Michel Lowy, Marxism in Latin America, muka
surat 113-124.

24 Castañeda, muka surat 72.

25 Castañeda, muka surat 67.

26 Back on the Road, muka surat 67.

27 Back on the Road, muka surat 67.

28 Back on the Road, muka surat 78-79.

29 Back on the Road, muka surat 79.

30 Dipetik dari Anderson, muka surat 165.

31 Claudia Lightfoot, Havana (London: Biro Amerika Latin, 2002), muka surat 40.

32Mengenai isu gula, lihat René Dumont, Cuba: Socialism and Development (New York:
Terbitan Grove, 1970); Arthur McEwan, Revolution and Economic Development in Cuba
(London, 1981). Lihat juga James O’Connor, Origins of Socialism in Cuba (New York: Penerbit
Universiti Cornell, 1970).

33 Filem Ken Loach, Land and Freedom, menggambarkan konflik ini dengan baik. Bagi kajian

mutakhir, lihat karya Felix Morrow, Revolution and Counter-Revolution in Spain (New York:
Pathfinder, 1974).

34 Lihat K. S. Karol, Guerrillas in Power (London: Jonathan Cape, 1971), muka surat 81-98.

35Mario Vargas Llosa baru-baru ini telah memberikan potret baik dan mengerikan mengenai
Trujillo dalam buku ceritanya bertajuk The Feast of the Goat (London: Faber & Faber, 2001).

36 Fidel Castro, History Will Absolve Me (London: Jonathan Cape, 1968).

37 Anderson, muka surat 173.

38 Taibo, muka surat 93.

39 Castañeda, muka surat 85.

40Lihat Lockwood, Castro’s Cuba, Cuba’s Fidel (New York: Macmillan, 1967), muka surat 143-
144.

41Penghancuran kebangkitan pekerja Hungari pada tahun 1956 dan pemisahan di antara
Rusia dan China pada tahun 1962 merupakan titik perubahan penting.

42 Anderson, muka surat 178.

43Mereka menandatangani perjanjian di Meksiko pada bulan September 1956, menurut


Taibo, muka surat 119.
44Castañeda dan Hugh Thomas dalam The Cuban Revolution (London: Weidenfeld, &
Nicolson, 1986) di antara yang lain.

45 Lihat E. Bayo, Mi Aporte a la Revolución Cubana (Havana: Imp Ejército Rebelde, 1960).

46 Taibo, muka surat 107-110.

47 Taibo, muka surat 109.

48 Taibo, muka surat 115.

49Dalam ini, seperti dengan pelbagai benda lain, Anderson memberikan alasan bagi Fidel:
‘Walau apa pun asal-usul wang itu, Fidel bertindak dengan bebas’ (Anderson, muka surat
204). Kemungkinan ini juga adalah benar apabila, dalam pandangannya, Fidel menerima
wang CIA, seperti yang Tad Szule mengesahkan dalam biografinya mengenai Fidel, Fidel: A
Critical Portrait (New York: Penerbit Monthly Review, 1986). Ini kelihatan bagi saya seperti
kenyataan yang dapat dipersoalkan, dan penjelasan yang kurang baik. Paling buruk, ia
mencadangkan bahawa Fidel menerima wang dari sesiapa. Paling baik, ia
mempersembahkan Castro sebagai seorang ahli politik oportunistik sepenuhnya.

50Dari Che Guevara, Reminiscences of the Cuban Revolutionary War (New York: Penerbit
Monthly Review, 1998). Diari-diari ini diterbitkan di Havana pada tahun 1963. Tetapi
menurut Anderson (muka surat 213), ia merupakan versi diari Che yang ‘ditapis dengan
berhati-hati’ – tanpa ulasan tajam yang dia membuat mengenai beberapa daripada komrad-
nya yang kemudian menjadi tokoh penting di Kuba selepas revolusi.

51 Carlos Franqui, The Twelve (New York: Lyle Stuart, 1968). Sebelumnya bertajuk El Libro de
los Doce.

52 Che Guevara, Guerrilla Warfare (New York: Penerbit Monthly Review, 1961).

53 Anderson, muka surat 231.

54 Anderson, muka surat 233.

55Namun, terdapatnya sekumpulan ahli kesatuan pekerja aktif di Guantánamo, di antara


mereka beberapa ahli Trotskyis yang bekerjasama dengan M-26-J. Lihat Gary Tennant, ‘The
Hidden Pearl of the Caribbean: Trotskyism in Cuba,’ Revolutionary History, Jilid 7, Nombor 3
(London: Penerbit Porcupine, 2000), terutamanya muka surat 175-183.

56 Dipetik dari Anderson, muka surat 245.

57 Hubungannya menjadikan Smith seorang wakil AS tercemar pada bulan-bulan Batista


terakhir, dan maka dia digantikan. Dia menyuarakan pendapatnya mengenai perubahan
polisi AS terhadap Kuba dalam riwayat hidupnya, The Fourth Floor (New York: Random
House, 1962). (Tajuk tersebut merujuk kepada tingkat empat Jabatan Dalam Negara, di mana
jawatannya dapat dijumpai.)

58Che Guevara, Episodes of the Cuban Guerrilla War (New York: Pathfinder, 1996), muka surat
129.

59Kesusahan akan kematian abangnya tidak pernah meninggalkannya – ia mungkin


merupakan salah satu sebab mengapa dia membunuh diri lebih 20 tahun selepas itu.
60 Lihat Anderson, muka surat 235.

61 Kalfon, muka surat 197. Franqui menulis sejarah penting mengenai perjuangan gerila
tersebut, El Libro de los Doce, tetapi dia kemudiannya menentang pemusatan kuasa dalam
tangan Fidel dan menjadi salah seorang pengkritik Fidel yang paling tajam. Lihat karyanya,
Family Portrait With Fidel (New York: Random House, 1985).

62 John Gerassi (penyunting), Veneceremos: Speeches and Writings of Ernesto Che Guevara
(London: Weidenfeld dan Nicolson, 1968), muka surat 75.

63 Anderson, muka surat 280-281.

64Keraguan yang dia meluahkan dan kritikan yang dia menyuarakan tidak muncul dalam
versi diari-diairi yang disunting di Havana pada tahun 1963.

65Bagi perspektif lain bagi zaman ini, lihat Gary Tennant, ‘The Hidden Pearl of the
Caribbean: Trotskyism in Cuba.’

66 Rumusan Che bagi tahun ini terkandung dalam Episodes, muka surat 260-276.

67 Episodes, muka surat 267.

68 Lihat Bab 6.

69 Episodes, muka surat 273.

70Dipetik dari Anderson, muka surat 319. Lihat ‘A Decisive Meeting,’ dalam Episodes, muka
surat 316-322.

71 Lihat Kalfon, muka surat 212.

72Seperti yang Earl T. Smith merungut dalam The Fourth Floor. Smith pada mulanya dihantar
untuk mengutuk Batista – tetapi sifat anti-Komunis Smith lebih kuat daripada
tanggungjawab diplomatiknya, dan dia menjadi seorang penyokong nekad diktator tersebut.

73 Anderson, muka surat 324.

74 Castañeda, muka surat 122.

75 Kalfon, muka surat 223.

76 Taibo, muka surat 275.

77Satu tanda jelas bagi ini adalah fakta bahawa Raúl Castro, yang paling rapat dengan PSP,
diketepikan sejak itu.

Ini sangatlah berkontroversi. Pierre Kalfon, misalynya, berkata bahawa ‘Castro membantu
78

Che,’ memberikannya masa untuk menyesuaikan diri (muka surat 239).

79 Anderson, muka surat 376.

80Reinaldo Arenas, di mana riwayat hidupnya Before Night Falls (diterbitkan pada tahun
1992) bakal mewakili salah satu pengutukan paling kuat terhadap penindasan seksual dan
politik di Kuba, menggambarkan keghairahan dan kegembiraan hari-hari awal itu, yang dia
mengalami sebagai seorang pemuda yang menjumpai seksualiti-nya pada masa yang sama
dengan pembukaan revolusi.

81Camilo Cienfuegos, yang dipilih untuk memimpin perarakan berjaya ke Havana, dibunuh
semasa hempasan kapal terbang yang masih belum dijelaskan pada bulan Oktober. Seorang
tokoh popular, dia tidak pernah menjadi penting kepada mitos politik revolusi tersebut – dan
dia sememangnya berasal dari latarbelakang politik yang sangat berbeza dari Che atau Fidel.
Selepas kematiannya, Camilo terus diakui kerana peranan ketenteraannya – namun dia tidak
hadir dalam ikonografi revolusi tersebut.

82Ia kemudiannya menjadi daerah orang yang dinamakan ‘Janggut Merah,’ iaitu Manuel
Piñeiro, salah seorang penindas paling penting dalam masyarakat baru.

83 C. Wright Mills, Listen, Yankee (New York: Ballantine, 1960).

84 Robert Scheer dan Maurice Zeitlin, Cuba: An American Tragedy (New York, 1963).

85Guerrilla Warfare, muka surat 15. Lihat juga Michel Lowry, ‘Revolutionary Warfare,’ dalam
The Marxism of Che Guevara (New York/London: Terbitan Monthly Review, 1973), muka surat
75-112.

86 Karl Marx dan Frederick Engels, The German Ideology (Moscow, 1964), muka surat 86.

87 Satu contoh ke mana perspektif ini menuju terdapat dalam perbincangan Jean Stubb
mengenai peranan Fidel Castro dalam revolusi dalam bukunya, Cuba: The Test of Time
(London: Biro Amerika Latin, 1989), di mana dia memperkembangkan pelbagai alasan untuk
menunjukkan bahawa populariti Castro adalah kemunasabahan yang mencukupi demi
tahun-tahunnya dalam kuasa tanpa pilihanraya.

88 Castañeda, muka surat 147.

Bagi contoh lebihan, lihat rencana tahun 1965 Régis Debray, ‘Latin America: The Long
89

March,’ dalam New Left Review, Nombor 33 (Julai-September 1965), muka surat 17-58.

90 Perbincangan ini dapat dijumpai dalam bentuk terperinci dalam René Dumont, Cuba:
Socialism and Development (New York: Terbitan Grove, 1970). Saya berterima kasih kepada
Chris Harman kerana menjelaskan isu-isu ini, dan kerana membaca draf buku ini dengan
terperinci dan cermat.

91Dari ucapan yang Guevara membuat pada bulan Januari 1959, ‘Social Projections of the
Rebel Army,’ dipetik dari Castañeda, muka surat 152.

92Castellanos menjelaskan peristiwa ini dalam Hilda Barrio dan Gareth Jenkins, The Che
Notebook (London: MG, 2003), muka surat 162-164.

93 Taibo, muka surat 360.

94Kalfon (muka surat 270) memetik dari surat yang ditulis kepada ibunya semasa misi ini, di
mana dia hanya berkata bahawa ‘Saya menyimpan dalam minda saya sesuatu tugas
bersejarah.’

95 Anderson, muka surat 468.

96Sambil terdapatnya beberapa kajian terperinci mengenai zaman ini dari kedua-dua pihak
yang bertelingkah, terdapatnya hanya beberapa kajian yang menusuk pandangan paranoid
kerajaan AS, mafia Miami dan kumpulan Kennedy. Salah satu daripadanya adalah tulisan
James Ellroy, The Cold Six Thousand (London: Century, 2001), iaitu buku cerita yang sangat
baik dalam tradisi ‘noir.’

97Tajuk ucapan yang dia menyampaikan pada 18hb Jun 1960, dicetak semula dalam Gerassi
(penyunting), muka surat 144-167.

98Perdebatan dan perbincangan di kalangan ahli sosialis mengenai isu ini telah menghasilkan
kesusasteraan yang besar. Dalam tradisi sosialis revolusioner, karya Tony Cliff, State
Capitalism in Russia dan karya Nigel Harris, The Mandate of Heaven: Marx and Mao in Modern
China (London: Quartet, 1978) adalah titik permulaan penting kepada persoalan-persoalan
ini.

99 Castañeda (muka surat 178) memetik ini sebagai sebahagian daripada kumpulan dokumen
di mana Che membentangkan sebab-sebab bagi pengasasan kem-kem buruh – sesuatu istilah
yang memiliki warisan ganas, iaitu memori kem-kem buruh Stalin di mana beribu-ribu ahli
pembangkang dan mangsa-mangsa lain meninggal dunia pada tahun 1930-an. Seperti yang
Castañeda menunjukkan dalam nota kaki, dokumen-dokumen ini masih didiamkan, dan
tidak muncul dalam mana-mana koleksi tulisan Che. Anderson, bagi pihaknya,
membincangkan Guanacahabibes dalam kajiannya, tetapi hanya sebagai sesuatu perkara
kecil (muka surat 567).

100Riwauyat hidup Reinaldo Arena, Before Night Falls, memberikan satu aspek atmosdera
pada masa itu dan penindasan yang mengikuti dari perspektif seorang penulis yang
menjalinkan hubungan sesama seks. Filem Julian Schnabel mengenai buku ini mengandungi
beberapa petikan dari PM. Lihat juga Ian Lumsden, Machos, Maricones and Gays (Philadelphia:
Terbitan Universiti Temple, 1996).

101 Ia adalah penting untuk mengatakan, walauapapun, bahawa kadar buta huruf di Kuba

sebelum 1959 sudah berada di antara yang terendah di rantau itu. Ini tidak menarik dari
kejayaan kempen tersebut.

102Lihat Kalfon, muka surat 305-206. Wakil rasmi dari Kuba adalah Aníbal Escalante, yang
bakal menjumpai dirinya dalam penjara Kuba, dituduh memimpin kumpulan pembangkang
menentang Castro.

103 Kalfon, muka surat 305.

104Karya K. S. Karol, Guerrillas in Power, memberikan latarbelakang paling lengkap kepada


hubungan Kuba dengan blok Komunis. Namun, satu peristiwa semasa perjalanannya bakal
membawa pengaruh yang tidak dijangka pada kehidupan Che. Di Jerman Timur,
penerjemahnya merupakan seorang perempuan bernama Tamara Bunke. Setahun kemudian,
dia mengunjungi Havana selepas dijemput oleh Armando Hart, walaupun dia
mencadangkan bahawa dia memberikan jemputan itu bagi pihak Che. Apa yang jelas adalah
bahawa Bunke bakal menjumpainya sekali lagi di Bolivia enam tahun selepas itu.

105 Kalfon, muka surat 307; Anderson, muka surat 495.

106 Bagi butir-butir terperinci, dari segi fiksyen tetapi penuh bermaklumat, lihat James Ellroy,

The Cold Six Thousand.

107Duta AS ke PBB, Adlai Stevenson, tidak diberitahu mengenai operasi tersebut dan
mendakwa bahawa ia merupakan kapal udara Kuba. Ia kemudiannya timbul bahawa ia telah
berlepas dari Nikaragua pada pagi itu.
108 Terbitan dan tulisan yang baru mengesahkan kesan kekalahan ini di Amerika Syarikat –

dan Kalfon (muka surat 316) memperdebatkan bahawa ia membawa peningkatan campur
tangan AS di Vietnam dan merata-rata lagi.

109 Anderson, muka surat 523.

110 Taibo, muka surat 413.

111 Ia hanyalah selepas itu, apabila Rusia mengetepikan Kuba pada tahun 1986, yang Fidel

berucap secara terbuka dan dengan ganas mengenai barangan perindustrian yang Kuba
menerima dari Eropah Timur.

Bagi kajian penuh mengenai krisis peluru berpandu Kuba, lihat Laurence Chang dan Peter
112

Kornbluh (penyunting), The Cuban Missile Crisis (New York: Terbitan Baru, 1992); K. S. Karol,
Guerrillas in Power, muka surat 249-281; dan sememangnya filem Oliver Stone, Thirteen Days.

113 Castañeda, muka surat 229.

114 Saya melalui malam sebelumnya dengan tiga sahabat, mendengar rancangan radio Suara

Amerika dan berbincang bagaimana kami ingin meluangkan hari terakhir di dunia. Ia
mungkin kelihatan bodoh pada masa ini, tetapi kami merupakan generasi yang dibesarkan di
bawah awan ancaman nuklear yang mengancam dan menduduki mimpi kami.

115 Castañeda, muka surat 228.

116 Anderson, muka surat 587.

117 Lihat Kalfon, muka surat 362-375.

118 Dalam Gerassi (penyunting), muka surat 220-226.

119 Taibo, muka surat 468.

120 Dari ‘Guerrilla Warfare: A Method,’ dalam Gerassi (penyunting), muka surat 269.

121 Dalam Gerassi (penyunting), muka surat 275.

Sehingga pemiasahan China-Soviet pada tahun 1962, iaitu, apabila Beijing menggantikan
122

Moskow sebagai ibu negara Komunisme sedunia bagi beberapa kumpulan.

123 Anderson, muka surat 616.

124 Castañeda (muka surat 249) menggambarkan perjumpaan di antara Che dan Carlos
Franqui pada tahun itu. Franqui, iaitu penulis sejarah penting mengenai perjuangan gerila,
telah menjauhkan diri dari Fidel dan Che, dan bekerja di Paris. Tetapi Franqui merupakan
seorang sahabat Ben Bella, dan itu memberikan peluang bagi perjumpaan di antaranya dan
Che. Dia mengingati, ‘Che sedang mencari jalan lain. Dia mempertimbangkan keadaan Kuba
sebagai keadaan yang susah.’ Sahabat-sajabat dan rakan sekerja Guevara dipetik sebagai
sokongan bagi pandangan ini.

125Namun demikian, seperti yang akan menjadi jelas selepas itu, perjanjian rasmi itu
memainkan peranan penting dalam keputusan Che untuk mendirikan angkatan gerila
Bolivia.
126 Ini merupakan usaha ringkas dan skimatik untuk merumuskan perdebatan yang sangat

rumit. Terdapatnya kajian yang lebih terperinci dalam Castañeda, muka surat 255-263, dan
Bette Ann Evans, The Moral Versus Material Incentives Controversy in Cuba (Pittsburg:
Universiti Pittsburg, 1973).

127Walaupun orang yang diberikan tanggungjawab bagi kementerian tersebut merupakan


seorang rakan sekerjanya yang karib.

128 Taibo, muka surat 492-493. Namun, ia patut dinotakan bahawa Che bersetuju bahawa

kesatuan-kesatuan pekerja patut berfungsi sebagai sebahagian daripada kerajaan.

129Dokumen-dokumen ini hanya dilepaskan pada tahun 1994 dan dibincangkan oleh
Castañeda, muka surat 274.

130 Taibo, muka surat 512.

131 Lihat Anderson, muka surat 621.

132 Che Guevara, Man and Socialism in Cuba (New York: Terbitan Pathfiner, 1978), muka surat
12.

133 Man and Socialism in Cuba, muka surat 20.

Diari Afrika Che diterbitkan sebagai Che Guevara, The African Dream (London: Harvill
134

Panther, 2000).

135Anderson, muka surat 641. Oleh kerana pengaruh santería di Kubai, aitu idea-idea ajaib
dan keagamaan yang berasal dari Afrika, ia adalah aneh bahawa dia bertindak dengan begitu
dramatik.

136 Richard Gott, dalam pengenalannya kepada The African Dream, muka surat xxiii.

137 Gott, muka surat xxiii.

138 Barrio dan Jenkins, muka surat 314-316.

139 Lihat Anderson, muka surat 680-682.

140 Kalfon, muka surat 474.

141Bagi kajian terbaik mengenai sejarah mutakhir Bolivia, lihat James Dunkerley, Rebellion in
the Veins: Political Struggle in Bolivia 1952-1982 (London: Verso, 1984).

142Istilah ‘La hora de los hornos’ (‘Ketika relau’) timbul sekali lagi sebagai tajuk filem baik
yang dibuat oleh tentangan Perónis terhadap pemerintahan diktator ketenteraan yang baru
di Argentina, yang bermula dengan rampasan kuasa Onganía pada tahun 1966.
Pemerintahan ketenteraan kekal sehingga tahun 1973 dan kembali sekali lagi dengan sangat
zalim di antara tahun 1976 dan 1983, apabila 30,000 orang ‘dihilangkan’ dalam usaha
mengejar ‘tamadun Kristian dan kedamaian sosial.’

143 Castañeda, muka surat 344-345. Abang-adik Peredo, kedua-duanya ahli Komunis,
merupakan kunci kepada seluruh projek tersebut. Namun, pentafsiran Fidel mungkin adalah
tepat.
Lihat mesej Pombo bagi 24hb September dan 28hb September dalam Pombo Villegas, A
144

Man of Che Guerrilla 1966-1968 (New York: Terbitan Pathfinder, 1997), muka surat 109-111.

145 Régis Debray, Revolution in the Revolution (Harmondsworth: Penguin, 1969).

146 James Dunkerley, muka surat 140.

147El Diario del Che en Bolivia (Havana, 1968), muka surat 46-47. Diari ini telah diterbitkan
beberapa kali sejak itu – tetapi ini adalah versi paling lengkap. Tarikhnya sememangnya
tidak berubah dari edisi ke edisi.

148 Diario del Che, muka surat 171.

149 Dihasilkan semula dalam Villegas, muak surat 204-206.

150 Villegas, muka surat 205.

Richard L. Harris, Death of a Revolutionary: Che Guevara’s Last Mission (New York/London:
151

Norton, 2000), muka surat 252.

152Saya pasti yang mereka yang telah berkumpul di dataran Universiti Essex untuk
mengingati kematian Che tidaklah bersendirian. Kami bukanlah satu-satunya golongan
pelajar revolusioner yang menghiasi dinding kami dengan potret Che sambil kami bersedia
untuk berdemonstrasi menentang perang AS di Vietnam.

François Maspero, ‘Pengenalan,’ Janette Habel, Ruptures à Cuba (Paris: La Breche, 1989),
153

muka surat 23.

154 Saya telah memperkembang kajian yang lebih umum mengenai Revolusi Kuba dalam

karya lain. Lihat ‘Can Castro Survive?’ dalam International Socialism, Jilid 56 (Musim Luruh
1992), muka surat 83. Lihat juga Habel.

155 Susan Eckstein, Back From the Future (New Jersey: Princeton, 1994), muka surat 62.

Anda mungkin juga menyukai