Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN PRASEKOLAH (6 Tahun)

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua


aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

 Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk
menjadi warganegara yang patriotik,
 Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan
kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
 Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua,
 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran
agama,
 Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
 Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
 Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
 Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam
dan warisan budaya.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan
pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang
dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,
bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang
naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan
daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan
berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang
lebih formal di sekolah rendah.

SUKATAN PRASEKOLAH

1 Bahasa Melayu
2 Perkembangan Kognitif
3 Kerohanian dan Moral
4 Perkembangan Sosioemosi
5 Perkembangan Fizikal
6 Kreativiti dan Estatik
PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya


memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan
sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.

Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada
subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan
moral.

Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ujian tersebut menguji:-

 Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan


Bahasa Inggeris
 Penguasaan kemahiran matematik
 Penguasaan konsep sains

SUKATAN PELAJARAN TAHAP 1 (Tahun 1 – 3 )

Mata Pelajaran Teras


1 Bahasa Melayu
2 English Language
3 Mathematics
4 Science
5 Pendidikan Islam
6 Pendidikan Moral
Mata Pelajaran Wajib
1 Pendidikan Jasmani
2 Pendidikan Kesihatan
3 Pendidikan Seni Visual
4 Pendidikan Muzik
SUKATAN PELAJARAN TAHAP 2 (Tahun 4 – 6)

Mata Pelajaran Teras


1 Bahasa Melayu
2 English Language
3 Mathematics
4 Science
5 Kajian Tempatan
6 Pendidikan Islam
7 Pendidikan Moral
8 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Mata Pelajaran Wajib
1 Pendidikan Jasmani
2 Pendidikan Kesihatan
3 Kemahiran Hidup
4 Pendidikan Seni Visual
5 Pendidikan Muzik

Anda mungkin juga menyukai