Anda di halaman 1dari 21

INJAP-INJAP

JANTUNG
&
SISTEM
KORONARI

DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD ALIF SAUFWAN B. ABAS
Atrium dan ventrikel dipisahkan oleh
bahagian yang membentuk injap-injap
jantung. injap-injap ini akan mengemudi aliran
darah diantara ruang-ruang jantung.
Injap ini membenarkan aliran sehala dengan
menyalurkan darah ke dalam yang seterusnya
dan menghalang aliran balik.
Di bahagian kanan jantung, darah mengalir
melalui injap trikuspid yang terletak di antara
atrium kanan dan ventrikel kanan. injap ini
mempunyai tiga dedaun atau kelopak. di
sebelah kiri jantung pula, darah mengalir di
antara atrium kiri dan ventrikel kiri melalui
injap mitral. Injap mitral juga dikenali sebagai
injap bikuspid kerana ia mempunyai dua
dedaun atau kelopak.
Bagi membolehkan darah mengalir dari ruang
atas ke dalam ruang bawah, injap-injap tadi
mestilah terbuka. Injap-injap ini dikawal oleh
perubahan tekanan darah di dalam setiap
ruang tadi.

Injap juga terdapat di antara ventrikel dan


saluran darah yang menyalurkan  darah
keluar daripada jantung. Setiap kelopak pada
injap diikatkan/diselaputi dengan 1 jenis
collagen putih yang dipanggil ‘chordae
tendinae’ atau tendonous cord/”heart string”
Darah akan mengalir melalui injap
pulmonari yang memisahkan ventrikel
kanan dengan arteri pulmonari. Manakala
di sebelah kiri pula darah mengalir daripada
ventrikel kiri ke dalam aorta melalui injap
aorta.
Injap trikuspid terletak di antara atrium kanan
dengan ventrikel kanan menentukan darah
yang mengalir masuk ke dalam ventrikel
kanan tidak mengalir balik ke atrium kanan.
Ianya terdiri daripada tiga kelopak.

Injap bikuspid (injap mitral) terletak di antara


atrium kiri dengan ventrikel kiri menghalang
pengaliran balik darah dari ventrikel kiri ke
atrium kiri.
Injap sabit terletak dipangkal arteri pulmonari
dan aorta menentukan darah yang keluar dari
jantung tidak mengalir balik.
Injap semilunar (bulan sabit) menghalang
darah kembali
ke ventrikel apabila ventrikel mengendur

a. Injap semilunar aortic pada pangkal aorta


– menghalang darah
kembali ke ventrikel kiri

b. Injap semilunar pulmonari pada pangkal


arteri pulmonari –
mennghalang darah kembali ke ventrikel
kanan
Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk
membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada
jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri
dan kanan, yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan
darah kepada jantung dipanggil kitaran darah
koronari
Jantung juga mempunyai sistem aliran
darahnya sendiri yang berfungsi memberikan
bekalan darah kepada otot-otot jantung. Ianya
terdiri daripada arteri koronari kanan dan kiri.
Arteri koronari kanan muncul daripada aorta
dan mengelilingi bahagian kanan lekukan
atrioventrikular dan menyalurkan darah
kepada atrium kanan dan ventrikel kanan dan
sebahagian pembahagi[septa] belakang. Arteri
koronari kiri juga muncul daripada aorta.
Bahagian permulaannya arteri kiri koronari
utama dan menjadi arteri kiri bawah dan arteri
sirkumfleks.
Kesemuanya menyalurkan darah bahagian
atrium kiri dan ventrikel kiri dan sebahagian
pembahagi depan
Koronari arteri kiri jantung, kemudian dibahagi
kepada beberapa bahagian iaitu

1. anterior interventrikular arteri


2. Interventrikular sulcus
3. Interventrikular septum

Circumflex arteri yang mengalirkan darah ke


atrium kiri dan dinding belakang ventrikel kiri.
Koronari arteri berada di bahagian kanan
jantung. Ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

1.Marginal arteri yang menampung


myocardium di bahagian bawah kiri jantung.

2.Posterior interventrikular arteri, yang


mengalirkan darah ke dinding jantung.
Berdekatan dengan apex( pangkal) jantung,
arteri yang bersimpang (anastomoses)
bercantum dengan interventrikular arteri.
Arteri koronari membekalkan pengaliran darah
ke myocardium. Saluran darah dan cabang –
cabangnya yang terletak di epicardium dan
membasahi myocardium. Seterusnya, darah
dihantar apabila jantung berda dalam keadaan
rehat. Walaupun jantung hanya 1/200 daripada
berta badan, ianya memerlukan 1/20 daripada
sumber darah. Ventrikel kiri menerima paling
banyak darah.
Selepas melalui kapilari di myocardium, darah
venous dikumpulkan oleh salur kardiak yang
mengalir mengikut koronari arteri. Salur darah ini
bergabung membentuk salur darah yang lebih
besar yang dipanggil koronari sinus.
Koronari sinus mempunyai 3 bahagian besar
iaitu :

1)Great cardiac vein di interventrikular sulcus


2)Middle cardiac vein juga interventrikular
sulcus
3)Small cardiac vein dibahagian kanan jantung.

Anda mungkin juga menyukai