Anda di halaman 1dari 4

iDeologi.my - Kewangan dan Ekonomi - Zakat Latih Perancangan Kewa... http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?

storyid=35

Zakat Latih Perancangan Kewangan Peribadi


Date 2010/11/12 6:37:43 | Topic: Kewangan dan Ekonomi

Pentingnya ilmu perancangan kewangan peribadi mula kerap dibincangkan dalam masyarakat
Malaysia. Bahkan kelemahan perancangan kewangan peribadi adakalanya dianggap sebagai
punca keruntuhan rumah tangga dan punca ramai orang muda menjadi muflis. Di barat, kerjaya
perunding perancangan kewangan peribadi begitu popular sejak sekian lama, dan di Malaysia,
kerjaya ini pada awalnya, sekitar 1990an dipopularkan oleh agen-agen insurans dan seterusnya
oleh agen Unit Amanah. Atas kepentingan ilmu Personal Financial Planning ini menjadikan
kursus kahwin pun telah memerlukan modul ini untuk dimasukkan sekali.

Umat Islam sepatutnya menguasai ilmu perancangan kewangan ini tetapi oleh kerana sistem
pendidikan Islam rasanya mungkin wujud kepincangan, menjadikan umat Islam, khususnya
Melayu, agak ketinggalan. Antara sebab utama lemahnya masyarakat tentang perancangan
kewangan ini adalah kerana pendidikan rukun Islam ketiga, iaitu Zakat, tidak dititikberatkan. Di
masjid, surau, sekolah, fokus pendidikan fardu ain, hanyalah kepada sembahyang dan puasa,
sedangkan zakat adalah rukun Islam yang sentiasa dirangkaikan dengan sembahyang. Apabila
pendidikan zakat tidak diberikan tempat yang sewajarnya, masyarakat tidak akan faham tentang
falsafah zakat, bahkan natijahnya, perancangan kewangan juga diabaikan. Akan tetapi, jika
pendidikan dan pengetahuan zakat ditekankan dengan cara sebaiknya, secara automatik
kesedaran untuk merancang kewangan akan menjadi lebih baik.

Perlu Sedar Kewajipan Membayar Zakat

Telah banyak diperkatakan tentang zakat serta peranannya dalam menjana ekonomi umat Islam,
tetapi sedikit sekali yang menekankan tentang zakat sebagai asas dalam perancangan kewangan.
Zakat, secara mudahnya ialah wang si miskin yang diberikan oleh Allah kepada orang kaya.
Wang diperolehi oleh seseorang tidak semuanya menjadi miliknya, tetapi terkandung di
dalamnya hak milik orang yang memerlukan. Jika anda ada wang yang melebihi keperluan
(berasaskan penilaian Syariah), maka pada wang anda itu, ada wang orang lain seperti firman
Allah: "Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak
untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)"
[al-Dhariyat: 19].

Zakat dianggap rukun Islam ketiga selepas sembahyang oleh majoriti sarjana kerana di dalam
al-Quran, zakat sentiasa dirangkaikan dengan zakat. Bahkan Sayyidina Abu Bakar pernah
berkata, "Demi Allah, aku pasti akan memerangi orang yang cuba memisahkan antara kewajipan
sembahyang dan zakat." [Bukhari, Muslim]. Begitulah pentingnya zakat dalam Syariah Islam

1 of 4 11/11/2010 10:53 PM
iDeologi.my - Kewangan dan Ekonomi - Zakat Latih Perancangan Kewa... http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=35

pada zaman khalifah terdahulu.

Kesedaran membayar zakat menjadi kurang apabila pendidikan zakat yang sebenarnya menjadi
fardu ain, seolah-olah telah menjadi fardu kifayah dalam masyarakat. Mentaliti "hanya yang
layak dikenakan zakat" seolah-olah menjadi 'mental-block' kepada masyarakat, sehingga ada
antara mereka tidak sedar bahawa mereka sudah wajid dikenakan zakat. Bahkan sepatutnya,
Zakat diletakkan sebagai GOAL atau objektif utama dalam perancangan kewangan peribadi
seseorang kerana zakat ada rukun Islam.

Zakat, seperti sembahyang, wajib dipelajari dan ketahui. Adalah menjadi dosa bagi seseorang
Muslim yang tidak mempelajari ilmu kewajipan berzakat, sehingga dia tidak menunaikan zakat.
Kesedaran tentang wajibnya zakat, perlu ditanam sejak seseorang itu mempelajari sembahyang
lagi, agar ditanam cita-cita untuk membayar zakat. Bahkan lebih malang, ada orang kita yang
ada duit, lebih dahulu menunaikan umrah terlebih dahulu, padahal kalau dihimpunkan duitnya,
sepatutnya digunakan untuk membayar zakat terlebih dahulu. Menunaikan umrah dan haji
adalah wajib, tetapi perlu didahulukan zakat kerana ia adalah rukun yang diikuti selepas
sembahyang.

Jika masih tidak mempunyai harta yang cukup, berusaha untuk mencukupkan harta adalah
wajib kerana zakat adalah wajib. Jika sudah berusaha, tetapi tidak juga cukup, baharulah
terlepas daripada wajib berzakat. Itu soal kedua, yang menjadi persoalan, betapa ramai
kakitangan kerajaan atau peniaga yang sudah cukup hartanya, tetapi mengabaikan zakat dalam
perancangan kewangan mereka, lantaran itu, perancanga kewangan peribadi juga terabai.

Bagaimana Zakat Menjadi Asas Perancangan Peribadi?

Oleh kerana zakat menjadi kewajipan asas dalam kewangan peribadi seseorang, kesedaran untuk
membayar zakat menyebabkan seseorang itu cuba untuk mengaudit berapa jumlah zakat yang
sepatutnya dibayar.

Zakat ialah wang orang lain sebanyak 2.5% yang terkandung dalam harta seseorang yang
mencukupi 'nisab' dalam tempoh setahun (tahun hijrah). Nisab ialah simpanan wang yang tidak
digunakan dalam tempoh setahun yang mencukupi nilai 85 gm emas. Biasanya di Malaysia,
ditetapkan kadar purata tahunan, memandangan harga emas sentiasa naik dan turun. Contohnya
RM10000. Jika RM10k ini tersimpan dan tidak digunakan, maka wajiblah dibayar zakat 2.5%

1. Dengan adanya niat membayar zakat, seseorang itu akan menilai perbelanjaannya yang mana
belanja yang perlu dan mana belanja yang tidak perlu. Perbelanjaan keperluan asas, akan ditolak
daripada dikira sebagai kadar nisab tahunan. Apabila seseorang itu menilai kewanganya, secara
automatik dia akan sedar, ke mana wang dibelanjakan. Dalam ilmu perancangan kewangan,
mencari ke arah mana wang dibelanjakan adalah sangat penting untuk menilai cash flow
seseorang. Seseorang yang alert dengan kedudukan kewangannya sekarang, biasanya akan turut
sedar kepentingan merancang pelaburan dan perlindungan untuk situasi tidak terduga.

2. Jika sedari wujudnya banyak perbelanjaan tidak perlu, maka secara automatik seseorang itu
akan berhati-hati untuk membelanjakan kewangannya, kerana perbelanjaan yang tidak perlu itu,
sebenarnya dikira daripada nisab zakat. Walaupun tidak terhimpun. Dengan kata lain, seseorang
itu akan terbeban dengan 'hutang zakat' sekiraya dia membelanjakan wang pada jalan yang tidak
perlu, melebihi kadar nisab tahunan, dan mereka perlu membayar balik untuk tahun-tahun
tersebuh.

3. Seorang yang sedar kepentingan zakat bahkan pahala dan ganjarannya akan menganalisis
hutang-hutangnya seperti kereta, rumah dan sebagainya. Majlis Agama negeri biasanya
menentukan kadar asas 'hutang rumah' yang dikecualikan daripada zakat, tetapi jika 'hutang

2 of 4 11/11/2010 10:53 PM
iDeologi.my - Kewangan dan Ekonomi - Zakat Latih Perancangan Kewa... http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=35

rumah'nya melebihi keperluan asas tempat tinggal, dia tetap dikenakan zakat. Dengan
melakukan analisis hutang, seseorang itu akan dapat menilai yang mana hutang perlu
disegerakan, dan yang mana hutang berstruktur yang boleh ditangguhnya, untuk dia membayar
zakat. Pada hakikatnya, memang dikecualikan wang hutang daripada zakat, tetapi jika hutang itu
telah distrukturkan, bahkan untuk keperluan seperti rumah, maka zakat tidak perlu dibayar
berasaskan nisbah lebihan daripada 'hutang keperluan' tetapi tidak diambil kira 'hutang bukan
keperluan'. Dalam perancangan kewangan, salah satu komponen penting ialah merancang
hutang. Tidak salah untuk berhutang, jika perlu, atau jika tidak perlu pun, dengan syarat
seseorang itu mahir dalam proses menstrukturkan hutang, agar cash flownya tidak terjejas.
Orang yang mementingkan zakat, akan menjadikan seseorang itu cuba menstrukturkan
hutangnya dengan cara yang terbaik.

4. Mereka yang tidak pandai menguruskan cash flow, tetapi tahu betapa pentingnya kewajipan
berzakat, akan mengutamakan zakat dalam gaji mereka. Dengan gaji bulanan mereka, mereka
akan tolak dahulu perbelanjaan asas untuk isteri dan anak-anak, ibu bapa, kwsp, kediaman asas
dan seumpamanya, dan mereka juga akan membuat potongan bulanan bagi zakat. Bila zakat
ditolak awal-awal, mereka akan lebih berhati-hati untuk membuat pembelian yang tidak perlu.

5. Zakat itu adalah keberkatan. Mengabaikan zakat bukan sahaja menempah dosa besar, tetapi
mengurangkan keberkatan dalam berharta. Harta yang tidak berkat ini sifatnya tidak kekal lama,
dan biasanya akan habis begitu sahaja, habis tanpa ada manfaat yang efisyen dan bernilai. Harta
yang tidak ada keberkatan ini juga menyebabkan pelbagai jenis masalah rumah tangga, masalah
sosial yang lain.

Islam Tidak Fokus Pada Himpun Harta

Mengapa di dalam al-Quran, boleh dikatakan tidak ada ayat yang menggalakka umat Islam
mengumpul harta? Bahkan kebanyakan ayat seolah-olah menyifatkan harta sebagai 'beban'
kepada orang Islam? Itulah rahsia kewajipan zakat, apabila Islam mewajibkan umat Islam
membayar zakat, umat Islam mewajibkan umatnya berusaha untuk meningkatkan kekayaan.
Tetapi Islam tidak mahu umatnya fokuskan untuk jadi orang kaya, atau jadi jutawan internet,
atau jutawan siber, atau macam-macam jenis jutawan, kerana sifat inginkan kekayaan sudah
menjadi naluri semulajadi manusia.

Cara Islam mahu umat Islam menjadi kaya ialah dengan mewajibkan zakat sebagai fardu ain,
serta menggalakkan sedekah sebagai sunat yang memberikan ganjaran yang berterusan, agar
kekayaan itu menjadi lebih bermakna kepada semua. Agar kekayaan itu bukanlah kekayaan
individu, tetapi kekayaan yang menjana produktiviti dalam masyarakat.

Bincanglah apa cara formula untuk meningkatkan kesedaran perancangan kewangan peribadi,
tetapi tanpa ada kesedaran kewajipan menunaikan zakat, kesedaran itu tidak membuahkan
amalan kewangan efektif. Kalaupun ada yang berjaya uruskan kewangan dengan abaikan zakat,
wang itu tidak akan berkat, dan wang yang tidak berkat biasanya akan habis dengan sia-sia
sahaja.

This article comes from iDeologi.my


http://ideologi.my/v3

The URL for this article is:

3 of 4 11/11/2010 10:53 PM
iDeologi.my - Kewangan dan Ekonomi - Zakat Latih Perancangan Kewa... http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=35

http://ideologi.my/v3/modules/AMS/article.php?storyid=35

4 of 4 11/11/2010 10:53 PM

Anda mungkin juga menyukai