Anda di halaman 1dari 5

iDeologi.my - Isu Fiqh dan Syariah - Cerita Ringkas Mazhab Hanafi http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?

storyid=39

Cerita Ringkas Mazhab Hanafi


Date 2010/11/24 21:17:19 | Topic: Isu Fiqh dan Syariah

Mazhab Hanafi ini telah lahir di bandar Kufah, Iraq. Pada masa zaman khalifah al-Rasyidin,
pemerintah, Khalifah Umar telah menghantar seorang sahabat Rasulullah bernama Abdullah
bin Mas`ud atau lebih kita kenali sebagai Ibn Mas`ud (meninggal tahun 32H). Ibn Mas`ud,
kita selalu dengar, sebagai seorang periwayat hadith yang masyhur juga, bahkan seorang
yang banyak mengetahui tentang hukum fiqh. Kalau antara para sahabat Rasulullah, Ibn
Mas'ud mempunyai aliran perundangan tersendiri, selain daripda Ibn Abbas, Ibn Umar dan
Ibn 'Amr.

Dua aliran fiqh yang saling berlawanan. Ibn Mas`ud secara amnya agak rigid, manakala Ibn
Abbas agak fleksibel. Walaupun seorang pakar hadis dan fiqh yang masyhur, Ibn mas'ud
sebenarnya seorang yang amat takut untuk menyebarkan hadis. Pendekatan Ibn Mas'ud,
lebih baik merumuskan hadis Nabi kepada pandangan fiqh, daripada tersilap sebar perkara
yang bukan daripada Nabi. Tak macam orang kita, yang belum tentu hadis atau belum pun
kita bantai hadis. Prinsip rigid Ibn Mas'un ini sebenarnya banyak mempengaruhi aliran
mazhab Hanafi.

Datangnya Ibn Mas`ud ke Kufah, telah menghasilkan murid yang menjadi ulama' terkemuka
zaman tabi'in seperti `Alqamah al-Nakh`i, Masruq al-Hamdani, al-Qadi Syurayh, Ibrahim
al-Nakh`i, Amir al-Sya`bi dan Hammad Ibn Abu Sulayman.

Di bandar Kufah ini jugalah, lahirnya mazhab Hanafi, yang berasaskan kepada pemikiran
Imam Abu Hanifah, atau nama sebenarnya Nukman bin Thabit, yang merupakan murid
kepada Hammad bin Abu Sulayman (meninggal 120H). Nukman sebenarnya seorang peniaga
kain, seorang usahawan yang aktif di pasar. Beliau juga seorang yang pintar dan sarjana.
Gabungan kesarjanaan dengan pemikiran usahawan ini menghasilkan suatu pemikiran yg
begitu luar biasa, memberikan beliau kemampuan yang hebat dalam aspek analogi (qiyas)
dan pemikiran ekuiti (istihsan). Justeru, aliran pemikiran beliau dikenali sebagai aliran al-ra'y
atau ahli al-ra'y atau "aliran pemikiran".

Maksud pemikiran ahli al-ra'yi dalam apa yang saya tulis di atas ialah pemikiran berasaskan
logikal dan analogi, berbanding pemikiran berasaskan sumber nas. Lawan kepada pemikiran
aliran ahli al-Ra'yi adalah Ahli al-Hadith. Ahli al-Hadith lebih menggunakan sumber daripada
sirah dan sejarah Rasulullah berbanding mengutamakan penggunaan interpretasi akal.

Antara sebab yang dilihat mengapa Imam Abu Hanifah lebih banyak menggunakan kaedah
Qiyas, atau analogi logikal dan istihsan (perubahan hukum) ialah kerana kedudukannya di

1 of 5 26/11/2010 6:30 AM
iDeologi.my - Isu Fiqh dan Syariah - Cerita Ringkas Mazhab Hanafi http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=39

Kufah adalah jauh dengan Mekah dan Madinah yang merupakan pusat pengajian Sunnah dan
Hadith Rasulullah. Sebab itu, menurut kaedah Imam Abu Hanifah, seandainya terdapat dalil
yang kurang diyakini datang daripada Rasulullah, beliau lebih mengutamakan qiyas, atau
kaedah analogi. Apakah kaedah Analogi? Kaedah analogi ialah melakukan persamaan antara
hukum bagi PERKARA BARU YANG TIDAK DISEBUTKAN OLEH NAS (QURAN ATAU
HADIS) berasaskan HUKUM PERKARA YANG DISEBUT OLEH NAS KERANA
TERDAPAT PERSAMAAN 'ILLAH' ANTARA KEDUA-DUA KES TERSEBUT. Qiyas
bukan mencari persamaan hukum moden dengan hukum zaman dahulu. Tapi mencari
persamaan hukum moden, dengan 'illah daripda dalil. Ramai juga para ustaz kita sewenang-
wenang menggunakan Qiyas dengan mencari persamaan hukum moden dengan hukum yang
ada dalam buku dan kitab2 zaman dahulu. Itu perbandingan, bukan Qiyas. Qiyas perlu 'illah
daripada dalil, bukan dari hukum hasil ijtihad. Sebab itu imam al-syafi'i kata qiyas adalah
ijtihad and vice versa.

ILLAH atau ratio decidendi ialah persamaan yang boleh dijadikan sandaran antara
kedua-dua perkara itu. Contohnya Dadah tidak disebutkan di dalam al-Quran dan hadis.
Namun disebut Arak dan illah pengharaman arak ialah kerana sifat khayal, mabuk dan
merosakkan fungsi akal. Oleh kerana illah yang sama dengan arak terdapat di dalam Dadah,
maka hukum Arak mesti diletakkan jugak pada dadah. Illah dalam arak adalah Sifat Mabuk,
bukan kandungan alkohol, kerana itu tidak semua perkara yang beralkohol itu haram kalau
tak ada sifat mabuk.

Dalam undang-undang lazim Inggeris, kaedah ini dinamakan doctrine of precedent, iaitu
keputsan hakim terdahulu, oleh mahkamah yang sama taraf atau lebih tinggi boleh mengikat
keputusan hakim sekarang, yang mana ratio decidendi dalam sesuatu kes terdahulu dianggap
sifat yang mengikat terhadap kes-kes yang baru jika ada persamaan.

Tapi benarkah Abu Hanafah mengutamakan Qiyas daripada dalil????

Dijelaskan sebelum ini tentang keadah utama yg digunakan oleh Abu Hanifah iaitu al-Qiyas.
Berbalik kepada kisah Abu Hanifah, semasa pemerintahan dinasti Umaiyyah, beliau telah
ditawarkan dengan jawatan mufti oleh Gabenor Iraq, Ibn Hubayrah, namun beliau telah
menolaknya kerana tidak mahu masuk campu dalam politik, lantas beliau telah dihukum
sebat.

Pada zaman Abbasiyah pula, zaman yang dikatakan zaman kegemilangan ilmu Islam, setelah
Islam dikuatkan oleh khalifah Umawiyyah sebelum itu, baginda telah ditawarkan sekali lagi
jawatan mufti tetapi sekali lagi beliau menolaknya. Lantas beliau telah dipenjarakan
sehinggalah beliau meninggal pada tahun 150 Hijrah atau 767 masihi. Terdapat beberapa
spekulasi menyatakan tentang hukuman penjara itu adalah kerana beliau tidak bersetuju
dengan beberapa polisi pemerintah pada ketika itu. Ternyata pengaruh aliran rasional dan
logik oleh muktazilah ketika itu meresapi dalam pemerintahan kerajaan, tanpa menafikan
sumbangan besar kerajaan ketika itu dalam dunia ilmu dan peradaban Islam.

Seperti yang dijelaskan dalam tulisan sebelum ini, tentang penerimaan beliau terhadap hadis,
baginda amat kurang menggunakan hadis, kerana bimbang menggunakan hadis yang tidak
tepat. Ternyata sikap berhati-hati Ibn Mas'ud mempengaruhi pendekatan Imam Abu Hanifah
ini. Ya lah, zaman dahulu tidak macam zaman sekarang, segala-galanya di hujung jari. Zaman
dahulu internet tak ada, email tak ada, cdrom tidak ada, Youtube tak ada. Bukan senang
untuk mendapatkan satu hadis. Lagi-lagi zaman dahulu, hadis masih belum dikumpulkan
seeperti zaman sekarang.
Pada zaman itu, hadis perlu didapati daripada primary sources, iaitu daripada mereka yang

2 of 5 26/11/2010 6:30 AM
iDeologi.my - Isu Fiqh dan Syariah - Cerita Ringkas Mazhab Hanafi http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=39

menerima hadis daripada mereka yang menerima hadis, sehinggalah sampai kepada Nabi. Ini
penting untuk menjaga kualiti hadis daripada dikritik.

Kompilasi hadis yang dibuat oleh sahabat Rasulullah, walaupun ada, tetapi tidaklah tersebar
luas seperti sekarang. Kalau pun mereka menerima hadis, mereka akan semak, tapis, teliti,
kaji dan pastikan ia benar-benar daripada Rasulullah dahulu, baharulah mereka melaporkan
kepada orang ramai. Justeru, beliau amat berhati-hati untuk menerima sesuatu hadis
dikhuatiri ia adalah tidak benar daripada Rasulullah.

Walaubagaimana pun, Menurut Subhi Mahmasani, Abu Mu'ayyad Muhammad bin Mahmud
al-Khawarizmi (mati 655H) telah membuat satu kompilasi dalam satu jilid, buku bertajuk
Jami' al-Masanid, yang mengandungi 15 karya Hadis membuktikan autoriti Imam Abu
Hanifah dalam penggunaan hadis. Oleh itu dengan ini kita dapat menafikan pendapat Ibn
Khaldun dalam al-Muqaddimah yang menyatakan bahawa Imam Abu Hanifah cuma
menerima 17 hadis Rasulullah.

Hakikatnya, Abu Hanifah bukan tidak menerima hadis, bukan juga mengutamakan Qiyas
berbanding hadis. Tetapi sikap berhati-hati menyebabkan beliau tidak melaporkan banyak
hadis. Dan beliau takut menyandarkan sesuatu yang pada beliau sendiri ada hadis dan
bersumberkan hadis, tetapi beliau suka menonjolkan hasil ijtihadnya berasaskan Qiyas
daripada al-Quran. Ahli hadis masyhur daripada mazhab Hanafi, al-Allamah Anwar Shah
Kasymiri (meninggal tahun 1933 masihi), yang juga ulama' Deobandi terkemuka, telah
meneliti hadis-hadis daripada Musnad Ahmad dan Sunan Abu Daud lalu mengeluarkan
hadis-hadis yang sahih yang membawa implikasi yang sama dengan hukum ijtihad Abu
Hanifah, bagi membuktikan bahawa Imam Abu Hanifah sebenarnya tidak mengutamakan
Qiyas tetapi menggunakan hadis, cuma tidak diriwayatkan dalam bentuk hadis sahaja.

Aspek Hadis

Bercerita tentang aspek hadis, mazhab Hanafi ini agak berbeza dengan mazhab majoriti
sarjana hadis kerana dalam aliran Hanafi, Hadis Masyhur dikategorikan hampir sama taraf
dengan hadis Mutawatir, walaupun autoritiya tidak sama. Hadis masyhur dalam konteks
majoriti sarjana hadis pula ialah hadis daripada kategori Ahad (diriwayatkan oleh seorang
perawi sahaja) tetapi popular di kalangan orang dan masyarakat. Dalam konteks ini, hadis
masyhur tidak semestinya sahih.

Dalam aliran Hanafi, hadis masyhur dianggap hadis yang kuat, bilangan perawinya ramai,
tetapi tidak cukup syarat mutawatir. Autoritinya cukup tinggi berbanding hadis Ahad, bahkan
boleh menjadi asas kepada hukum akidah, boleh menjadi pentakwil kepada ayat al-Quran
sama ada mengkhususkan, mengecualikan, atau seumpamanya. Implikasinya, kalau dilihat
dari sudut fekah, amat banyak sekali. Ini kerana aliran Hanafi tidak menerima hadis Ahad
sebagai asas dalam melakukan takwilan terhadap ayat al-Quran, terutama dalam aspek-aspek
rutin dalam agama dan ibadah. Sebab itu mazhab ini tidak menjadikan NIAT sebagai rukun
dalam wuduk mahupun solat, tidak menjadikan fatihah sebagai rukun solat, dan lain-lain lagi.

Perkembangan Mazhab Hanafi

Dalam mana-mana mazhab terdahulu pun, kebanyakan mazhab dikembangkan oleh murid-
muridnya, bukan oleh diri mereka sendiri. Dalam mazhab Hanafi, karya-karya hukum fekah
mazhab itu kebanyakannya telah disebarkan oleh murid Abu Hanifah melalui penulisan
murid2nya tetapi disandarkan kepada pandangan Abu Hanifah. Hal ini berasaskan kepada
pendekatan dan metodologi yang sama yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah yang

3 of 5 26/11/2010 6:30 AM
iDeologi.my - Isu Fiqh dan Syariah - Cerita Ringkas Mazhab Hanafi http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=39

diguakan.

Antara empat muridnya yang agak famous ialah:


- Abu Yusuf
- Zufar bin al-Hudhayl bin Qays
- Muhammad bin al-Hasan bin Farqad al-Syaybani
- al-Hasan bin Ziyad al-Lu'lu'i.

Melalui mereka inilah mazhab Hanafi tersebar luas. Terutama melalui Imam Abu Yusuf dan
Muhammad al-Syaybani. Kedua-dua mereka ini dikenali sebagai gelaran Dua Imam dan Dua
Sahabat.

Walau bagaimanapun kalau kita kaji dengan teliti tentang Imam Abu Yusuf, Ya`qub bin
Ibrahim al-Ansari (113 - 182 Hijrah) yang popular dengan karya al-Kharaj itu, pandangan
pandangannya kebanyakannya tidak sama dengan pandangan guru mazhabnya. Bahkan Abu
Yusuf sendiri mengakui hanya 1/4 pandangannya yang sama dengan imam mazhabnya Abu
Hanifah, tetapi dia masih menganggap dirinya mazhab Hanafi.

Abu Yusuf sebenarnya telah dilantik sebagai mufti di Baghdad sewaktu dalam pemerintahan
khalifah Harun al-Rashid. Beliau telah menggunakan peluang ini untuk mempraktiskan
mazhab Hanafi dalam undang-undang tempatan serta dalam fatwa-fatwa semasa.

Imam Muhammad al-Syaybani (132 - 189) juga seorang murid yang mendapat didikan Imam
Abu Hanifah di Iraq. Namun beliau berpindah ke Madinah dan di sini beliau telah banyak
bergaul dengan Ahli Hadith bahkan telah melanjutkan bidang akademik beliau dengan Imam
Malik Bin Anas.

Imam Muhammad al-Syaybani seorang yang hebat, mahir dalam kaedah analisis induktif dan
deduktif. Bahkan mahir juga dalam undang-undang pewarisan harta. Karya Imam
al-Syaybani ini diklasifikasikan kepada dua jenis:
- Zahir al-Riwayah
- al-Nawadir

Dalam jenis yang pertama ini adalah kompilasi kepada buku-buku seperti al-Mabsut, Jami`
al-Kabir, Jami` al-Saghir, al-Siyar al-Kabir dan al-Ziyadat. Kemudian keenam-enam buku ini
pula telah dikumpul, dikompilasikan oleh Abu Fadel al-Marwazi (meninggal 344H). Koleksi
ini seterusnya telah dihuraikan menjadikan 30 jilid oleh seorang sarjana terkemuka iaitu
Imam Muahmmad bin Ahmad al-Sarakhsi, dalam sebuah kompilasi bernama al-Mabsut.
Imam al-Sarkhasi juga terkenal dengan buku teori hukum (usul fiqh) bernama Usul
al-Sarkhasi.

Aspek Usul Fiqh

Bercerita tentang aspek Usul Fiqh, mazhab Hanafi mempelopori aliran tersendiri dalam usul
fiqh, bahkan menjadi pelopor kepada kaedah fiqhiyyah sebelum mazhab lain mengikutinya.
Bahkan majoriti sarjana aliran Hanafi mendakwa Imam Hanafi terlebih dahulu menulis buku
tentang Usul Fiqh sebagai disiplin ilmu sebelum karya agong Imam al-Syafi'i, al-Risalah,
tetapi ini gagal dibuktikan kerana tidak ada bukti empirikal.

Apapun, aliran Hanafiyah mempunyai pendekatan berbeza dengan aliran majoriti sarjana
Usul Fiqh. Aliran ini menggunakan hukum cabang dan pendapat Imam Abu Hanifah lantas

4 of 5 26/11/2010 6:30 AM
iDeologi.my - Isu Fiqh dan Syariah - Cerita Ringkas Mazhab Hanafi http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=39

menjadikannya sebagai teori yang boleh menjadi asas kepada penyelidikan yang baru.
Kaedah ini ialah kaedah induktif iaitu mengumpulkan bukti-bukti untuk mencipta teori
umum. Berasaskan teori ini, Ibn Khaldun menganggap kaedah Hanafiah sebagai praktikal
dan lebih mudah difahami berbanding teori usul fiqh aliran Syafiiyah dan mutakallimun
(termasuklah aliran muktazilah), walaupun majoriti sarjana usul fiqh tidak menolak bahawa
teori majoriti lebih fundemental, berbanding aliran Hanafiyyah.

Pendekatan induktif ini bukan satu perkara yang asing kepada aliran Hanafiyyah kerana
Qawaid Fiqhiyyah juga mula terbentuk melalui sarjana mazhab Hanafi separti Ibn Nujaym.
al-Qawaid Fiqhiyyah atau islamic legal maxims ini ialah kaedah umum yang boleh dipakai
untuk mencari hukum baru contohnya, "keyakinan tak dapat dihapuskan dengan sangkaan"
atau "Sesuatu perkara itu dinilai berasaskan objektifnya" dan banyak lagi cabang-cabangnya
yang mula dipopularkan oleh mazhab Hanafi seterusnya dikembangkan oleh ramai mazhab
lain. Kaedah2 sebegini sebenarnya disusun berasaskan kepada pemerhatian yang mendalam
dan menyeluruh, terhadap pelbagai hukum fekah.

Tak Boleh Makan Sotong?

Sebenarnya banyak perkara yang berbeza dalam mazhab Hanafi berbanding mazhab kita
Syafii dan majoriti, contohnya kaki tidak menjadi aurat bagi wanita, cara azan dan iqamah,
solat jamak, cara solat, najis dan macam-macam lagi Tapi saja diakhiri dengan bab makanan.
Sebenarnya dalam banyak-banyak mazhab, aliran Hanafi sahaja yang agak berbeza dari
aspek makanan kerana mereka mengharamkan memakan makanan selain daripada ikan.
Paling ringan pun dalam mazhab Hanafi, makan udang ada yang mengatakan makruh dan
kebanyakannya haram. Sotong, ketam dan lain-lain lagi sudah tentulah. Oleh kerana itu,
mereka juga menganggap industri makanan laut haram bagi mereka dan kita janganlah pula
pelik dengan pandangan ini.

Kalau dikaji asas hukum ini bukan sembarangan dalil yang mereka gunakan, bahkan sekali
tengok, tafsiran mereka dalam konteks ini lebih konsisten berbanding mazhab Syafi'i. Tapi
oleh kerana methode dalam resaerch adalah berbeza, terimalah saja perbezaan ini sebagai
rahmat.

Wallahu A'lam......

This article comes from iDeologi.my


http://ideologi.my/v3

The URL for this article is:


http://ideologi.my/v3/modules/AMS/article.php?storyid=39

5 of 5 26/11/2010 6:30 AM

Anda mungkin juga menyukai