Anda di halaman 1dari 9

iDeologi.my - Kewangan dan Ekonomi - Definisi Ringkas Bagi Kontra... http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?

storyid=33

Definisi Ringkas Bagi Kontrak Muamalat Islam


Date 2010/11/10 1:50:00 | Topic: Kewangan dan Ekonomi

Sebelum ini, saya telah tulis serba sedikit tentang pentingnya mengetahui tentang kontrak-
kontrak klasik atau kontrak musamma dalam karya fekah Islam seperti riba, qard, murabahah
dan lain-lain. Bagi mereka yang ingin tahu tentang istilah muamalat Islam yang mungkin agak
pelbagai dan agak susah diingati, di sini saya sertakan kamus ringkas yang cuma sekadar
diberikan maksud dan definisi ringkas sahaja. Maksud dan definisi yang diberikan adalah
sekadar untuk kefahaman awal. Dengan mengetahu sedikit sebenyak maksud bagi istilah
kontrak musamma ini, diharap memudahkan untuk membaca artikel-artikel lain atau
mempelajari isu-isu dalam kewangan dan perbankan Islam.

Kontrak Musamma (Nominate Contract) Utama

Definisi yang diberikan di sini ialah definisi ringkas yang dipermudahkan. Saya tidak
semestinya menggunakan lafaz yang sama lafaz dengan kitab-kitab fiqah tetapi maksudnya
adalah sama juga. Mungkin juga ada beberapa definisi yang berbeza berasaskan kitab dan
mazhab masing-masing, sebab kadang-kala satu-satu istilah itu memberi definisi yang
pelbagai. Definisi yang diberikan juga tidak disertakan dengan mana-mana dalil, dan jika
mahu perincian, boleh rujuk mana-mana buku yang berkaitan. Definisi di sini ialah sekadar
rujukan ringkas yang mungkin bermanfaat terutama bagi mereka yang sukar untuk merujuk
buku-buku yang terperinci. Jika ada masa, saya akan update kan definisi ini dari masa ke
semasa. Boleh print dan simpan kalau malas baca sebab memang panjang, tetapi pandai-
pandailah kalau nak copy pastekan ke mana-mana web atau komuniti atau portal, atau
facebook kerana setiap kerja akan dipertanggungjawabkan.

1. al-Bay’: Pertukaran harta dengan harta untuk memiliki dan memberi milik. Kontrak ini
diharuskan oleh Syariah selagi mana berasaskan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

2. Al-Riba. Riba dianggap musuh utama dalam ekonomi Islam, dan dianggap dosa besar,
dan diwajibkan menjauhinya dan bertaubat atas dosa-dosa yang lalu. Umumnya, riba ialah
sebarang manfaat diperoleh yang disyaratkan daripada kontrak pinjaman, atau pun lebihan
yang berlaku akibat pertukaran barangan tertentu yang dinamakan ‘barangan ribawi’.
Sebarang bentuk manfaat atau faedah yang diperoleh oleh pemberi pinjam kepada peminjam
dianggap riba. Keadaan ini dikenali sebagai Riba al-Qard. Kalau pun tidak syaratkan, tetapi

1 of 9 11/11/2010 3:26 PM
iDeologi.my - Kewangan dan Ekonomi - Definisi Ringkas Bagi Kontra... http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=33

pada kebiasaannya perlu diberi faedah atau bayaran lebih, atau sebarang manfaat, juga
dianggap riba. Tetapi jika tidak dijanjikan apa-apa oleh peminjam atau tidak disyaratkan
apa-apa oleh pemberi pinjam, maka ia adalah harus. Atau pun lebihan yang terhasil akibat
kelewatan membayar hutang pinjaman. Contohnya Mamat berhutang RM1000 tetapi kerana
lewat sebulan, dipaksa bayar RM1100, ia dianggap riba. Dikenali sebagai Riba al-Nasi’ah
oleh sebahagian sarjana.

Selain itu riba turut berlaku dalam urusan jual beli yang melibatkan pertukaran barangan
‘ribawi’. Riba jenis ini agak kompleks untuk difahami, dikenali dengan Riba al-Buyu’ atau
Riba al-Bay’. Iaitu berlakunya pertukaran EMAS dengan EMAS, atau PERAK DENGAN
PERAK, atau WANG dengan WANG atau barangan TIMBANGAN SAMA JENIS
(contohnya kurma, gandum, beras) dengan TIMBANGAN SAMA JENIS (contohnya kurma,
gandum, beras), contohnya tukar kurma dengan kurma yang sama jenis, yang mana
pertukaran itu melibatkan perbezaaan pada nilai atau timbangan, atau perbezaan berlaku
akibat. Sebarang lebihan yang berlaku akibat perbezaan nilai dianggap riba al-fadl manakala
sebarang ketidaksamaan nilai yang berlaku akibat kelewatan penyerahan salah satu
barangan dinamakan riba al-nasi’ah. Contoh mudahnya EMAS dianggap barangan ribawi,
dan WANG juga dianggap barangan ribawi oleh majoriti sarjana moden, maka WANG
dengan EMAS perlu ditukar serentak sewaktu pembelian dan tidak boleh berlaku sebarang
kelewatan. Sebarang kelewatan yang berlaku menyebabkan ketidaksamaan dalam nilai
sebenar, mungkin akibat perubahan nilai emas. Berhutang Emas boleh dianggap riba, tetapi
berhutang dengan orang lain untuk membeli emas, tidak menjadi kesalahan.

3. Al-Ijarah atau al-Ijar. Ialah memberikan perkhidmatan tertentu dengan bayaran


tertentu, dengan bahasa mudahnya mengupah atau mengambil upah, atau pun menukar
manfaat barangan dengan harga atau dengan bahasa mudahnya memberikan guna barangan
untuk tempoh tertentu dengan bayaran tertentu atau sewaan. Kontrak ini diharuskan oleh
Syariah (tertakluk kepada terma dan syarat). Bayaran sewa atau bayaran upah dinamakan
Ujrah. Akad ini dianggap mengikat kepada dua-dua belah pihak tertakluk kepada terma yang
dipersetujui pada permulaan kontrak.

4. Al-Ju‘alah. Memberikan komitmen untuk membayar upah tertentu atau sebarang


ganjaran tertentu atau hadiah misteri kepada mereka yang sanggup melakukan sesuatu kerja
yang tertentu. Contohnya menjanjikan sesiapa yang berjaya mendapatkan puteri raja yang
diculik, maka boleh dapat hadiah daripada raja. Atau jika pasukan memenangi Piala
Malaysia, maka akan dapat hadiah yang akan ditentukan nanti. Majoriti sarjana
mengharuskan kontrak sebegini, dan kontrak ini mengikat orang yang memberi komitmen itu
untuk memberikan ganjaran seperti yang dijanjikan tetapi tidak mengikat orang yang
melakukan kerja itu untuk meneruskan kerja atau tidak.

5. Al-Kafalah. Iaitu memberi komitment untuk meletakkan tanggungan orang lain ke atas
dirinya, terhadap apa jua tuntutan sama ada barangan atau harta atau dirinya. Contohnya
seseorang itu meletakkan dirinya sebagai penjamin kepada seseorang yang berhutang, jika
orang itu gagal membayar hutangnya. Tetapi orang itu tidak boleh menggantikan dirinya
untuk menerima hukuman seperti potong tangan, jika si pencuri lari daripada hukuman, tetapi
boleh menjamin dari aspek kewangan. Akad ini diharuskan oleh Syariah (tertakluk kepada
terma dan syarat). Kontrak ini mengandungi unsur jaminan atau dhaman, dan merupakan

2 of 9 11/11/2010 3:26 PM
iDeologi.my - Kewangan dan Ekonomi - Definisi Ringkas Bagi Kontra... http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=33

kontrak sukarela, seseorang yang menjamin tidak boleh mengambil sebarang upah daripada
yang dijamin.

6. Al-Wakalah. Meletakkan orang lain sebagai wakil kepada dirinya. Kontrak ini
diharuska Syariah tetapi pada asasnya orang yang menjadi wakil itu adalah berasaskan
sukarela. Jika seorang wakil itu ingin mendapatkan upah, maka kontrak wakalah telah
bertukar menjadi kontrak al-Ijarah, tetapi masih lagi harus. Cuma syarat-syaratnya kena ikut
syarat al-Ijarah.

7. Al-Qard. Al-Qard ertinya seseorang itu memberikan harta yang bersifat nilai (qimi)
atau harta nilaian untuk diambil semula pada tempoh yang dijanjikan dengan nilai yang sama
tanpa apa-apa tambahan ganjaran atau manfaat yang dijanjikan atau tidak dijanjikan tetapi
pada kebiasaannya diberikan. Dengan bahasa lain ialah memberi pinjam wang, atau hutang
wang atau memberi wang pendahuluan wang (salaf). Kontrak ini harus di sisi Syariah dengan
syarat tidak dijanjikan apa-apa manfaat kepada si pemberi pinjam. Sebarang bentuk manfaat
yang diperoleh oleh pemberi pinjam yang dijanjikan atau pada kebiasaannya perlu diberikan,
dianggap riba dan haram di sisi Syariah. Pada asasnya kontrak ini tidak mengikat mana-mana
pihak dalam kontrak untuk meneruskan atau tidak, tetapi jika pemberi pinjam telah
menjanjikan tempoh bayar balik selama tempoh tertentu, maka dia tertakluk dengan tempoh
itu sebelum menuntutnya. Tetapi ia tidak mengikat peminjam untuk membayar balik bila-bila
masa dalam tempoh yang dijanjikan. Jika dia tidak mampu bayar balik dalam tempoh yang
dijanjikan, pemberi pinjam tidak berhak mengenakan sebarang bentuk faedah.

8. Al-I‘arah atau Ariyah. Memberikan guna manfaat harta yang bersifat fizikal untuk
tempoh tertentu tanpa meminta apa-apa balasan, contohnya memberi pinjam laptop untuk
digunakan kawan. Dengan syarat, barang yang dipinjam itu tidak terjejas. Jika terjejas, ia
tidak dinamakan Ariyah, tetapi Hibah. Kontrak Ariyah atau I’arah diharuskan oleh Syariah.
(tertakluk kepada terma dan syarat). Peminjam barangan tidak dipertanggungjawabkan untuk
ganti barangan jika ada kerosakan bukan atas sebab kecuaiannya. Sesetengah sarjana
membenarkan jaminan kerosakan oleh peminjam dan sesetengah sarjana seperti mazhab
Hanafi tidak membenarkan.

9. Al-Iqalah. Membatalkan kontrak dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.


Contohnya kontrak jual beli, boleh dibatalkan dengan persetujuan dua-dua belah pihak.
Hukum kontrak ini adalah harus.

10. Al-‘Ida’ atau al-Wadi‘ah. Meminta seseorang yang bukan pemilik harta itu untuk
menjaganya. Pada asasnya kontrak wadiah tidak mengikat mana-mana pihak untuk
membatalkan kontrak bila-bila masa. Dan penyimpan harta itu tidak boleh memberikan
sebarang jaminan untuk menggantikan balik harta itu jika digunakan atau dirosakkannya
tanpa kecuaian yang keterlaluan. Jika seseorang itu menyimpan wang orang lain, lalu
menggunakannya dan menjamin untuk memulangkan wang itu bila-bila masa yang
diperlukan, maka kontrak itu sudah menjadi al-Qard, dan bukan lain Wadi’ah dan tertakluk

3 of 9 11/11/2010 3:26 PM
iDeologi.my - Kewangan dan Ekonomi - Definisi Ringkas Bagi Kontra... http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=33

dengan syarat-syarat al-Qard. Kontrak Wadi’ah diharuskan oleh Syariah dan para sarjana
ijmak tentang hal ini.

11. Al-Hibah. Kontrak yang memberikan milik harta atau sebarang hak tanpa meminta
sebarang balasan, yang berlaku semasa si pemberi masih hidup, atau memberi hadiah.
Contohnya memberikan makanan, atau memberikan laptop sebagai hadiah hak milik penuh.
Jika pemberian itu berkuatkuasa selepas si pemberi itu mati, maka ia tidak dinamakan hibah,
tetapi al-wasiyyah atau wasiat, dan ia tertakluk kepada syarat-syarat wasiat, contohnya tidak
boleh wasiatkan harta kepada pewaris harta seperti anak-anak kandung.

12. Al-Syarikah. Ialah bentuk perkongsian harta. Seseorang itu boleh untuk berkongsi harta
dengan beberapa orang yang lain.

a. Syarikah al-‘Aqd. Kontrak antara dua orang atau lebih untuk menyertai apa jua urus
niaga atau mendapatkan hasil. Terdapat beberapa jenis utama iaitu:

i. Syarikat Amwal. Persetujuan setiap orang untuk berkongsi modal dan untung rugi
dikongsi bersama. Konsensus para sarjana mengharuskan kontrak ini.

ii. Syarikah Abdan atau A‘mal. Persetujuan untuk melakukan bersama-sama dengan
keuntungan dikongsi, tetapi modal dan tanggungan rugi oleh orang lain.

iii. Syarikah al-Wujuh. Perkongsian yang tidak melibatkan modal, tetapi melibatkan
jaminan seseorang, untuk mereka mendapatkan belian secara hutang lalu dijual barangan dan
bila untung diperoleh, orang yang menjamin namanya itu turut mendapat bahagian untung.
Jika disyaratkan jaminan bayaran hutang, biasanya dinamakan al-Mufawadah.

13. Al-Mudarabah atau juga dinamakan al-Qirad atau Muqaradah. Salah satu bentuk
kontrak perkongsian yang mana melibatkan pemilik modal dan pengusaha dan keuntungan
dikongsi bersama berasaskan perjanjian, manakala kerugian modal ditanggung oleh pemilik
harta sahaja. Pengusaha tidak boleh menjanjikan sebarang keuntungan kepada pemodal,
bahkan tidak boleh menjanjikan balik modal. Jika menjanjikan balik modal, kontrak bertukar
menjadi al-Qard dan tertakluk kepada syarat al-Qard, dan jika pengusaha menjanjikan
keuntungan, walaupun tidak tetap, kontrak itu menjadi riba yang diharamkan oleh Syariah.
Pada asasnya, kontrak ini diharuskan oleh Syariah.

14. Al-Hawalah. Kontrak yang memindahkan hutang daripada tanggungan seseorang


kepada seorang yang lain. Contohnya Mamat berhutang dengan Siti, dan Siti ada hutang
dangan Yunus, lalu hutang Mamat dengan Siti dipindahkan kepada hutang Mamat kepada
Yunus. Itupun jika jumlah hutang itu sama. Jika hutang Mamat dengan Siti lebih kecil, maka
bolehlah Siti menghapuskan hutangnya dengan Yunus sebahagiannya, dan jika hutang Mamat
dengan Siti lebih besar daripada hutang Siti dengan Yunus, Siti boleh pindahkan hutang itu
tetapi melangsaikan bakinya kepada Mamat. Kontrak ini diharuskan dengan syarat
dipersetujui bersama. Terdapat juga beberapa kes yang mana tidak perlu persetujuan
bersama. (tertakluk kepada terma dan syarat).

4 of 9 11/11/2010 3:26 PM
iDeologi.my - Kewangan dan Ekonomi - Definisi Ringkas Bagi Kontra... http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=33

15. Al-Muzara‘ah. Kontrak yang mana pemilik tanah berkongsi dengan pengusaha tanah
untuk mendapatkan hasil bersama. Kontrak ini adalah harus di sisi Syariah.

16. Al-Musaqah. Kontrak antara pemilik tanaman dengan pengusaha untuk mendapatkan
hasil bersama. Majoriti mengharuskan kontrak ini.

17. Al-Rahn. Merupakan kontrak gadaian yang mana seseorang itu memberikan seseorang
lain memegang hartanya untuk mendapatkan kepercayaan bahawa dia akan melunaskan
hutangnya pada tempoh yang dijanjikan. Kontrak ini harus oleh Syariah dan disebutkan di
dalam al-Quran.

18. Al-Syuf’ah. Merupakan hak yang boleh diperolehi oleh penjual hartanah terhadap
pembeli tanah walaupun secara paksaan, atau hak milik yang boleh diberikan kepada pemilik
lama daripada pemilik baru walau dengan paksaan dengan pampasan. Contohnya satu tanah
itu yang tidak diletakkan sempadan dimilik bersama oleh dua orang, lalu salah seorang telah
menjual sebahagian tanah itu, maka seorang lagi boleh mengambil balik tanah itu daripada
pembeli dengan bayaran pembeli perlu diambil daripada rakan kongsinya itu. Ini kerana
Islam memberikan hak kepada pekongsi tanah itu untuk lebih berhak memiliki tanah yang
dikongsi itu.

19. Al-Suftajah. Suatu bentuk komitmen yang ditulis oleh seorang yang ingin memberi
pinjam wang terhadap satu sijil, dan sijil itu diberikan kepada peminjam wang untuk dibawa,
dan ditunaikan melalui wakilnya di negeri yang lain. Ia seperti cek pada zaman moden. Pada
zaman dahulu oleh kerana bimbang risiko wang dirompak, maka pemberi pinjam hanya
memberikan sijil tertentu kepada peminjam, bila peminjam sampai ke negara lain, sijil itu
ditunaikan melalui wakil peminjam.

Beberapa bentuk jual beli atau al-Bay'.

1. Jual beli Amanah: Maksud amanah ialah pembeli dan penjual sama-sama tahu
tentang harga kos dan jumlah nilai keuntungan jika ada atau nilai jika ada tanpa
menyembunyikan apa-apa. Sarjana bersepakat menganggap harus untuk melakukan semua
bentuk urus niaga ini.

a. Tawliyah: Jual apa yang dimiliki tanpa mengurangkan harga atau mengambil untung

b. Wadhi‘ah: Menjual dengan harga yang kurang daripada harga kos

c. Isyrak: Menjual sebahagian daripada barangan jualan dengan harga kos

5 of 9 11/11/2010 3:26 PM
iDeologi.my - Kewangan dan Ekonomi - Definisi Ringkas Bagi Kontra... http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=33

d. Murabahah: Menjual dengan harga kos + margin untung

2. Bay’ al-Ma’dum: Menjual barangan yang tidak wujud. Jual beli ini haram jika
barangan tidak pernah wujud dan tidak mampu diserahkan pada waktu yang dijanjikan.

3. Bay ‘al-Mu’atah atau al-Ta‘ati. Jual beli sekadar sama-sama faham tanpa
melafazkan akad ijab qabul, seperti mengucapkan saya jual, atau saya beli. Sekadar
sama-sama faham dan sama-sama setuju tanpa menyatakan persetujuan secara kata-kata atau
tulisan, atau jualan unjuk-berunjuk. Bentuk sebegini adalah sah jika pada pandangan umum,
difahami bahawa berlaku persetujuan dua belah pihak walaupun tanpa lafaz atau tulisan.
Kerap berlaku di pasaraya anda sekadar ambil, bayar. Atau membeli air tin dengan mesin.

4. Bay’ al-Gharar: Jual beli yang mengandungi ketidakpastian implikasinya akibat


ketidakjelasan beberapa aspek dalam akad, atau dalam barangan / perkhidmatan. Jika
implikasinya besar pada pandangan umum, maka haram, jika ringan pada pandangan umum,
maka harus. Contohnya bayaran 50 sen untuk penggunaan air di tandas berbayar, tidak tetap
berapa banyak air atau masa guna tandas, tetapi perspektif umum yang menentukan dan
ketidakpastian ini adalah ringan pada perspektif umum. Sebenarnya, gharar bukanlah bentuk
jual beli, tetapi sifat ketidakpastian yang wujud dalam bentuk-bentuk jual beli.

5. Bay’ al-Mulamasah. Jual beli dengan sekadar menyentuh baju penjual atau pembeli,
kemudian dikira jadi, atau sekadar menyentuh barangan, dikira jual, atau sekadar menyentuh
barangan di dalam gelap dan dikira jual. Bentuk jual beli ini juga haram kerana terdapat sifat
gharar, iaitu ketidakpastian tentang sifat sebenar barangan yang didagangkan.

6. Bay’ al-Munabazah. Jual beli yang berlaku akibat pembeli masuk ke kedai lalu
terkena lontaran batu penjual dan dikira jual.

7. Bay’ al-Hasah. Urus niaga jual beli yang berlaku dengan sekadar melemparkan batu,
atau anak panah ke arah mana-mana barangan, barangan yang terkena itulah yang dikira
barangan jual beli.

8. Bay’ al-Thunya atau Istithna’. Menjual sesuatu dengan mengecualikan beberapa


perkara sebahagian daripadanya, atau pun menjual sesuatu yang diketahui spesifikasinya
tetapi sebahagiannya tidak dijelaskan sifatnya. Jual beli ini tidak sah jika harga yang
ditetapkan itu untuk semua, tetapi sah jika harga yang ditetapkan itu hanya untuk yang
diketahui sahaja.

6 of 9 11/11/2010 3:26 PM
iDeologi.my - Kewangan dan Ekonomi - Definisi Ringkas Bagi Kontra... http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=33

9. Bay’ al-‘Inah. Membeli barangan dengan harga yang tinggi secara ansuran, kemudian
menjualnya kembali kepada orang yang sama dengan harga yang lebih rendah, secara tunai.
Atau pun seseorang itu menjual apa bentuk asetnya secara cash, tetapi membelinya semula
secara ansuran dengan harga yang lebih tinggi. Tujuannya adalah untuk mendapatkan
pinjaman wang tunai. Majoriti sarjana mengharamkan kerana ia seolah-olah riba yang ditukar
bentuk kepada jual beli. Mazhab Syafi’i mengesahkan kontrak ini.

10. Bay’ al-Tawarruq: Membeli barangan secara ansuran, kemudian menjualnya kepada
pihak lain (bukan penjual asal barangan) secara tunai dengan harga yang lebih rendah.

11. Bay‘ al-Muzabanah: Menukar buah kurma dipokok berasaskan anggaran dengan buah
tamar yang telah dipetik yang ditimbang, melebihi lima wasaq. Jual beli ini diharamkan oleh
majoriti sarjana. Apa yang menjadikan haram ialah wujudnya unsur ketidaksamaan nilai
barangan. Tetapi contohnya jika tamar di pokok dianggarkan dengan durian yang ditimbang,
tidak tidak mengapa jika anggaran itu biasanya tepat dan diterima umum.

12. Bay’ al-Muhalaqah. Dijual gandum yang masih ditangkai berasaskan anggaran dengan
gandum yang sepertinya yang disukat. Jual beli ini diharamkan oleh majoriti sarjana. Jika
gandum ditangkai ingin dijual dengan rambutan yang telah dipetik, ia adalah harus. Sebab
haram ialah untuk mengelakkan berlakunya riba fadl atau ketidaksamaan sukatan barangan
yang sama jenis.

13. Bay’ al-‘Araya, ‘Ariyyah. Menjual kurma basah dipokok dengan agak-agak dengan
tamar yang telah dipetik dengan cara anggaran. Majoriti membenarkan dengan syarat tidak
lebih daripada lima wasaq.

14. Bay’atan fi al-bay’ah. Nama jual beli jenis ini wujud dalam hadis yang mana
Rasulullah melarang dan haram melakukan “Bay‘atan fi al-Bay‘ah” tetapi sarjana fiqh
berbeza pandangan tentang maksudnya, namun, antara maksud yang diberikan ialah;
seseorang penjual menawarkan harga RM1000 untuk bayar cash, RM1300 untuk ansuran,
lalu pembeli membeli barangan itu tanpa menentukan terlebih dahulu sama ada untuk
membeli berasaskan harga cash atau harga ansuran. Jual beli ini dilarang, tetapi jika pembeli
menyatakan pilihannya untuk ansuran atau cash, maka tidak salah menurut majoriti sarjana 4
mazhab utama. Ada juga yang menganggap seperti seorang penjual menjual barangan kepada
pembeli secara ansuran selama setahun dengan harga RM3000 tetapi mensyaratkan
membelinya kembali selepas setahun, tetapi duitnya dibayar sekarang cash RM2000
(contoh). Dengan kata lain, penjual ingin mendapatkan cash, tetapi seperti memberi barangan
kepada pembeli hanya untuk tempoh terhad; ada juga yang menganggap jual beli jenis ini
berlaku dengan cara penjual menjual barangan dengan harga ansuran selama setahun,
tiba-tiba pembeli ingin menambah tempoh bayaran, lalu dijual kembali dengan harga yang
lain.

7 of 9 11/11/2010 3:26 PM
iDeologi.my - Kewangan dan Ekonomi - Definisi Ringkas Bagi Kontra... http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=33

15. Bay’ al-Wafa’ atau jual janji. Jual beli yang mana setelah penjual menjual barangan,
lalu disyaratkan sekiranya penjual itu memulangkan kembali wang bayaran kepada pembeli,
pembeli perlu memulangkan kembali barangan itu kepada penjual. Majoriti sarjana
menyatakan jual beli bentuk ini adalah cacat, tidak valid, tetapi sarjana Hanafi dan Syafi’i
menganggap ia adalah sah berasaskan keperluan masyarakat terhadap urus niaga ini.

16. Bay’ al-Istijrar. Seseorang itu mengambil barang daripada penjual sedikit demi sedikit
untuk kegunaan rutinnya, tanpa menetapkan harga pada waktu ambil itu, kemudian dibayar
semuanya selepas satu tempoh tertentu, atau; seseorang itu mengambil apa yang diperlukan
daripada penjual sedikit demi sedikit, tetapi ditetapkan harga semasa ambil, kemudian dikira
semuanya selepas itu; atau pun; seseorang

17. Bay’ al-Muzayadah. Jual beli berbentuk bidaan atau lelongan. Penjual menawarkan
harga terendah, kemudian penjual mempelawa untuk tawaran harga tertinggi daripada
pembeli, hanya orang yang menawarkan harga tertinggi akan melakukan akad jual beli.
Majoriti sarjana mengharuskan jual beli ini. Tetapi selepas akad berlaku, jika ada tawaran lain
yang lebih tinggi, maka haram dijual lagi.

18. Bay’ al-Najasy. Seorang pembeli (yang telah berpakat dengan penjual) dengan
menawarkan harga yang tinggi bukan untuk membeli pun, cuma supaya orang lain
menyangka barangan itu berkualiti tinggi; atau pun seorang yang berlakon pembeli memberi
testimoni dengan memuji berlebih-lebihan barangan yang tidak sehebat mana seperti pujian
itu dengan harapan barangan itu dipandang berkualiti lebih daripada hakikat sebenarnya.
Urus niaga seperti ini adalah haram kepada penjual.

19. Bay’ Talaqqa al-Rukban atau Talaqqa al-Jalab. Orang tengah yang menyekat
barangan daripada sampai ke sesuatu tempat pasar dan membelinya dengan harga tertentu
dengan niat agar pengusaha asal tidak mengetahui harga di pasar atau dengan niat untuk
menopoli sumber dan menjual dengan harga yang lebih mahal.

20. Bay’ al-Hadhir li al-Badi (Orang Bandar kepada orang kampung). Menjual
barangan dalam keadaan pembeli itu jahil sama ada tentang harga barangan itu di pasaran,
atau kualiti barangan itu sama nilai dengan harganya.

21. Bay’ al-Fudhuli. Seseorang yang membelanjakan harta orang lain untuk orang itu,
tanpa keizinan yang dibenarkan Syariah. Contohnya Mamat memberikan wang RM100.
Tetiba-tiba Ali membelikan henfon kepada Mamat tanpa izin daripada Mamat. Haram jika
belian itu tidak diredai oleh pemilik harta asal. Jika penerima harta menjangkakan pemilik
harta itu tidak suka atau belum pasti suka atau tidak, maka majoriti sarjana menganggap
haram dia melakukan jual beli.

8 of 9 11/11/2010 3:26 PM
iDeologi.my - Kewangan dan Ekonomi - Definisi Ringkas Bagi Kontra... http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=33

22. Bay’ al-Talja’ah. Urusan jual beli yang berlaku secara paksaan atau bukan dengan
kehendaknya yang sebenarnya, seperti dipengaruhi secara ‘paksaan emosi’ oleh penjual
Linguaphone di pesta buku antarabangsa PWTC atau oleh penjual barangan gores dan
menang atau koyak dan beli.

23. Bay’ al-Jidzaf. Jual barangansecara longgok tanpa mengira satu-satu secara spesifik.
Contohnya menjual rambutan secara longgok, kelihatannya longgok itu sama besar sahaja,
tanpa mengira sebiji-sebiji rambutan yang ada pada setiap longgok. Jual beli ini sah tetapi
tertakluk kepada tahap penerimaan umum masyarakat.

24. Bay‘ al-‘Urbun atau ‘Urban. Jual beli dengan membayar deposit dahulu kepada
penjual dengan syarat penjual tidak boleh menjual barangan itu kepada orang lain, deposit
dikira hangus jika pembeli tidak jadi membeli atas sebab yang tidak diterima oleh umum
masyarakat. Jual beli sebegini diharuskan tetapi tertakluk kepada pandangan umum
masyarakat, atau undang-undang setempat yang berkaitan.

25. Bay‘ al-Mustarsal. Jual beli yang berlaku dalam keadaan pembeli tidak tahu harga
sebenar barangan itu di pasaran. Jika ada penipuan maka haram, tetapi jika tiada penipuan
oleh penjual, tetapi harga berbeza daripada pasaran, diharuskan, tetapi juga tertakluk kepada
pandangan umum masyarakat.

26. Bay’ al-Salam atau al-Salaf. Jual beli dengan membayar wang sepenuhnya atau
sebahagian besarnya terlebih dahulu. Contohnya melanggan majalah. Bayar dahulu, majalah
masih belum wujud untuk setahun atau dua tahun akan datang. Biasanya harga lebih murah
berbanding jika beli pada waktu selepas majalah terbit. Ijmak mengharuskan jual beli
sebegini.

27. Al-Istisna‘. Jual beli berbentuk tempahan. Membayar setelah tamat tempahan, atau
membayar sedikit modal pada awal tempahan, kemudian melangsaikan sebahagian lagi
bayaran selepas barangan siap.

This article comes from iDeologi.my


http://ideologi.my/v3

The URL for this article is:


http://ideologi.my/v3/modules/AMS/article.php?storyid=33

9 of 9 11/11/2010 3:26 PM

Anda mungkin juga menyukai